• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan-soalan lazim daripada penyelidik/calon berkenaan penyelidikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Soalan-soalan lazim daripada penyelidik/calon berkenaan penyelidikan"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Soalan-soalan lazim daripada penyelidik/calon berkenaan penyelidikan

Perkara Soalan-soalan daripada penyelidik

Jawapan Daripada Sekretariat Penyelidikan Perubatan & Inovasi mewakili Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM dan Jawatankuasa Penyelidikan PPUKM

1) Saya adalah pensyarah pelatih di UKM dan ingin menghantar projek penyelidikan untuk membuat sarjana, sekiranya saya ingin mengisi borang Permohonan Menjalankan Penyelidikan, nama siapakah yang perlu diisi sebagai pemohon?

Nama Penyelia perlu diisi di ruangan Pemohon, nama calon pelajar perlu diisi di belakang borang permohonan iaitu di Borang Persetujuan Penyelidik Bersama dan pastikan calon menandatangani borang tersebut.

2) Sekiranya saya mempunyai Penyelidik Bersama, di manakah perlu saya mengisi nama beliau?

Nama Penyelidik Bersama hendaklah diisi di Borang Persetujuan Penyelidik Bersama (helaian belakang sekali). Sila pastikan Penyelidik Bersama mengisi nama, jawatan, tarikh, cop rasmi dan tandatangan.

3) Sekiranya saya calon sarjana dan mempunyai penyelidik bersama, dimanakah saya perlu memasukkan nama saya dalam borang persetujuan penyelidik besama?

Calon hendaklah mengisi nama Penyelidik Bersama terlebih dahulu selepas itu baru nama calon.

4) Sekiranya Ketua Penyelidik/Projek saya adalah Ketua Jabatan, siapakah yang perlu menandatangani ruangan Ketua Jabatan?

Individu yang berjawatan lebih tinggi daripada Ketua Jabatan akan menandatangani ruangan tersebut. Kebiasaannya mana-mana Timbalan Dekan atau Dekan & Pengarah.

5) Sekiranya Ketua Jabatan saya adalah Penyelidik Bersama dalam projek penyelidikan saya, siapakah yang akan menandatangani di ruangan Ketua Jabatan?

Individu yang berjawatan lebih tinggi daripada Ketua Jabatan akan menandatangani ruangan tersebut. Kebiasaannya mana-mana Timbalan Dekan atau Dekan & Pengarah.

6) Di dalam borang permohonan no.2 (C), bilakah tarikh yang sesuai sepatutnya saya isi di ruangan jangka masa kajian?

Bermula daripada tarikh hantar borang dan berakhir mengikut jangka masa kajian yang dikehendaki.

7) Sekiranya Ketua Projek/Penyelidik saya adalah pensyarah kontrak, bolehkah beliau dilantik sebagai Ketua Projek/Penyelidik di UKM?

Boleh bagi kontrak sepenuh masa.

8) Perlukan saya memaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan sekiranya saya menukar Ketua Penyelidik/Projek? Sekiranya perlu, bagaimanakah prosedur oleh pihak SPPI?

Perlu. Penyelidik/Calon hendaklah menghantar surat permohonan penukaran Ketua Penyelidik/Projek kepada Timbalan Dekan(Penyelidikan & Inovasi). Dalam surat tersebut, sila nyatakan tajuk projek, kod projek (sekiranya dah lulus) dan sebab berlakunya penukaran ketua Penyelidik/Projek tersebut. Pihak SPPI akan membalas surat tersebut.

9) Saya adalah Pensyarah dari Jabatan Kejururawatan di PPUKM, telah bercuti belajar kerana menyambung pelajaran di Universiti Luar Negara. Sekiranya saya ingin menghantar proposal, bolehkah saya mengisi borang permohonan sebagai pemohon?

Tidak boleh. Sila dapatkan Penyelidik Utama daripada PPUKM. Pastikan Perjanjian Penyelidikan antara Universiti ditandatangani.

BORANG PERMOHONAN

(2)

10) Saya adalah Calon Sarjana UKM luar kampus. Contohnya di Hospital Selayang. Saya juga telah mempunyai Ketua Projek/Penyelidik di Hospital Selayang. Sekiranya saya ingin menghantar proposal, dalam borang permohonan, bolehkah saya mengisi nama ketua Projek/Penyelidik daripada hospital Selayang sebagai pemohon? Sekiranya tidak boleh, apakah status Ketua Penyelidik/Projek daripada hospital Selayang?

Tidak boleh. Pemohon yang ingin membuat kajian di UKM, nama pemohon mesti pensyarah daripada UKM. Status Ketua Penyelidik/Projek daripada Hospital Selayang adalah penyelidik bersama di UKM.

11) Perlukah saya mengisi bajet di dalam borang permohonan?Bolehkan saya mengisi dalam proposal?

Ya. Penyelidik perlu mengisi bajet yang dipohon daripada Dana Fundamental PPUKM dalam borang permohonan menjalankan penyelidikan walaupun penyelidik telah melampirkan dalam proposal.

1) Apakah yang perlu diisi dalam borang saringan?

Dalam Borang Saringan, sila isi nama penyelidik Utama, tajuk projek dan nama Jabatan serta tandakan [√] jika YA , [X] jika TIDAK dan [O] jika tidak berkaitan di kolum Penyelidik Utama. Sila kosongkan ruangan komen. Segala maklumat perlu dimasukkan di dalam proposal.

2) Di dalam Borang Saringan ada sebaris ayat yang menyatakan *Sila tandakan (/) jika Ya, (X) jika TIDAK dan (O) jika tidak berkaitan *. Sebenarnya siapakah yang perlu mengisi di ruangan Penyelidik Utama tersebut?

Ketua Projek/Penyelidik/Pelajar.

3)Sekiranya ada beberapa makluman kepada Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM berkenaan kandungan proposal, bolehkah pemohon memaklumkan di ruangan komen?

Tidak boleh. Ruangan komen hanyalah untuk Ahli Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM yang menyaring proposal. Sila kosongkan ruangan tersebut. Segala maklumat perlu dimasukkan di dalam proposal.

4) Dalam borang saringan, paling bawah, ada tertera keputusan. Siapakah yang akan membuat keputusan tersebut?

Keputusan tersebut akan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Etika Penyelidikan yang menyaring proposal tersebut.

1. Projek penyelidikan saya telah diluluskan. Saya ingin menambah penyelidik bersama. Apakah prosedur daripada SPPI?Perlukah saya menghantar CV untuk menambah penyelidik bersama?

Penyelidik hendaklah menghantar surat permohonan untuk menambah Penyelidik Bersama kepada Timbalan Dekan(Penyelidikan & Inovasi). Sila pastikan Penyelidik Bersama mengisi nama, jawatan, tarikh, tanda tangan dan cap rasmi dalam Borang Persetujuan Penyelidik Bersama/Penyelia Bersama. Sila pastikan juga Polisi Penerbitan/Perjanjian Penyelidikan/Deraf Perjanjian Penyelidikan (mana satu yang berkaitan) dilampirkan. Sekiranya penyelidik bersama daripada luar PPUKM, CV mesti dilampirkan.

2. Sekiranya salah seorang penyelidik bersama dalam projek penyelidikan saya telah menamatkan perkhidmatan di PPUKM atau cuti belajar. Perlukah saya memaklumkan kepada Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM?

Ya. Perlu.

1. Resit pembelian saya adalah pada bulan Februari 2009, bolehkah saya menuntut bayaran di Jabatan Kewangan sekiranya tarikh jangka masa kajian dalam surat kelulusan saya bermula Mac 2009 -Mac 2010?

Tidak boleh. Penyelidik hanya boleh membuat tuntutan bayaran di dalam jangka masa yang tertera pada surat kelulusan sahaja.

2. Sekiranya jangka masa kajian saya tidak mencukupi, bolehkah saya membuat penambahan masa?Apakah prosedur daripada pihak SPPI?

Boleh. Penyelidik hendaklah mengisi Borang Kemajuan dan tandakan di petak Permohonan Tambahan Masa. Borang boleh di muat turun daripada laman web Sekretariat. Sila lampirkan sekali sebab-sebab tambahan masa diperlukan pada borang.

BORANG SARINGAN BORANG PERMOHONAN PENAMBAHAN PENYELIDIK BERSAMA 2

(3)

3. Setelah bajet diluluskan, bolehkah saya membuat penukaran belanjawan?Sekiranya boleh apakah prosedur daripada pihak SPPI?

Boleh. Penyelidik hendaklah menghantar surat kepada Timbalan Dekan(Penyelidikan & Inovasi), PPUKM menyatakan perincian belanjawan yang baru dibandingkan dengan perincian belanjawan yang telah diluluskan. Pihak SPPI akan meluluskan sekiranya mengikut garis panduan yang ditetapkan. Keputusan tertakluk kepada Timbalan Dekan(Penyelidikan & Inovasi) PPUKM.

4. Berapakah bajet sebenar yang diperuntukan kepada calon sarjana Muda Kejururawatan, Calon Ijazah Doktor Perubatan, Calon Sarjana, Calon PhD dan Pensyarah.?

Permohonan bajet boleh dibuat berdasarkan prosedur baru daripada SPPI. Kategori A - Kategori E (sila rujuk prosedur tambahan Dana Fundamental PPUKM).

5. Berapakah bajet untuk kakitangan bukan akademik, Calon Diploma & Calon Sarjana Muda?

Permohonan bajet boleh dibuat berdasarkan prosedur baru daripada SPPI. Kategori A - Kategori E (sila rujuk prosedur tambahan Dana Fundamental PPUKM).

6. Apakah beza kakitangan akademik dengan kakitangan bukan

akademik? Kakitangan Akademik terlibat dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran manakala Kakitangan Bukan Akademik terlibat dengan servis sepenuhnya.

7. Sekiranya saya ingin menuntut bayaran daripada peruntukan yang telah diluluskan oleh pihak SPPI, perlukah saya menghantar surat kepada SPPI bersama-sama dengan inbois? Sekiranya tidak perlu, apakah prosedur dari pihak SPPI?

Tidak perlu. Penyelidik hendaklah berhubung terus dengan Jabatan Kewangan berkenaan dengan prosedur tersebut. Sila hubungi Kakitangan Bertanggungjawab di sambungan 5326.

8. Saya adalah calon sarjana, sekiranya bajet saya tidak mencukupi, bolehkah saya memohon untuk tambah peruntukan?

Boleh, tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan (Sila rujuk Prosedur Tambahan Dana Fundamental PPUKM)

9. Saya merupakan pensyarah yang pernah mendapat peruntukan Dana Fundamental sebanyak RM20,000.00. Sekiranya saya ingin membuat kajian lain, bolehkah saya mendapat peruntukan sekali lagi dalam tahun yang sama sebanyak RM20,000.00?Sekiranya tidak boleh, bolehkah pihak SPPI nyatakan berapa kerapkah pensyarah boleh memohon Dana Peruntukan Fundamental?

RM20,000.00 tertakluk di bawah Kategori A. Kategori A hanya boleh diberi sekali sahaja untuk satu projek penyelidikan. Pemberian Kategori A berikutnya hanya boleh dibuat apabila projek tersebut tamat dan syarat-syarat dipenuhi. (Sila rujuk Prosedur Tambahan Dana Fundamental PPUKM)

10. Sekiranya saya telah mendapat peruntukan daripada geran lain, bolehkah saya memohon peruntukan Dana Fundamental sekiranya peruntukan tersebut tidak mencukupi?

Boleh dengan syarat lampirkan bukti penggunaan geran lain tersebut telah mencapai 70%.

11. Saya adalah calon sarjana daripada Fakulti Sains & Teknologi, Ketua Projek saya adalah daripada jabatan Ortopedik PPUKM?Bolehkah saya memohon peruntukan Dana Fundamental PPUKM?

Boleh, selagi nama Penyelidik Utama daripada PPUKM.

12. Saya telah mendapat bajet daripada Geran GUP. Sekiranya bajet saya tidak mencukupi, bolehkah saya memohon bajet daripada dana fundamental PPUKM.? Sekiranya boleh, apakah prosedur daripada pihak SPPI.?

Boleh dengan syarat lampirkan bukti penggunaan Geran GUP tersebut telah mencapai 70%.

(4)

13. Apakah akan berlaku sekiranya bajet yang saya dapat daripada dana fundamental tidak dituntut oleh calon sarjana?

Sekiranya pihak kami dapati tiada tuntutan dibuat ke atas permohonan peruntukan yang diluluskan, kemungkinan tiada kelulusan akan diberi bagi permohonan berikutnya bergantung pada sebab-sebab yang diberikan Penyelidik.

14. Sekiranya saya telah mendapat surat kelulusan berserta bajet, bilakah saya boleh menuntut bajet tersebut?

Mengikut jangka masa kajian pada surat kelulusan tersebut.

1. Sekiranya, saya ingin membuat permohonan menjalankan penyelidikan, apakah yang diperlukan oleh pihak SPPI?

Sila hantar Borang Saringan, Borang Permohonan Menjalankan Penyelidikan dan proposal penyelidikan dalam tiga salinan (sila rujuk Panduan Mengisi Borang dan Carta Alir Permohonan Menjalankan Penyelidikan). 2. Adakah pihak SPPI mempunyai garis panduan bagaimanakah

cara untuk menyediakan proposal?

Sila rujuk Borang Permohonan Menjalankan Penyelidikan untuk Ringkasan kertas cadangan penyelidikan.

3. Sekiranya kajian saya melibatkan haiwan sahaja, apakah prosedur untuk menghantar proposal daripada pihak SPPI?

Sila lampirkan surat kelulusan dari UKMAEC, borang permohonan menjalankan penyelidikan dan proposal dalam satu salinan sahaja. Pihak SPPI tidak akan menerima permohonan daripada penyelidik sekiranya tidak ada surat kelulusan daripada UKMAEC.

4. Sekiranya proposal saya melibatkan haiwan dan manusia,

bolehkah saya menghantar permohonan ke pihak SPPI? Mesti hantar kerana melibatkan manusia.

5. Perlukan saya menghantar 'Patient Information Sheet' dan

'Consent Form' dalam dua versi(Versi Melayu dan Inggeris)? Keperluan bergantung pada Kriteria Pengambilan Subjek.

6. Sekiranya dalam metodologi kajian saya ada berlaku perubahan, perlukah saya memaklumkan kepada pihak SPPI? Apakah prosedur daripada SPPI?

Ya, perlu. Penyelidik hendaklah menghantar surat permohonan kelulusan perubahan metodologi kajian kepada Timbalan Dekan(Penyelidikan & Inovasi), PPUKM.

7. Saya adalah penyelidik daripada luar fakulti PPUKM, kajian saya melibatkan manusia, apakah prosedur yang diperlukan oleh pihak SPPI?

Penyelidik hendaklah membuat saringan di peringkat fakulti dahulu, sekiranya telah ada maklum balas daripada fakulti penyelidik, penyelidik boleh menggunakan borang permohonan menjalankan penyelidikan daripada pihak kami. Sila isi borang permohonan menjalankan penyelidikan, lampirkan keputusan daripada fakulti dan proposal penyelidikan terkini (selepas pindaan peringkat fakulti) beserta surat menyatakan pindaan yang dibuat (sekiranya ada). Semuanya satu salinan sahaja.

8. Sekiranya saya telah mendapat dana OUP untuk satu projek penyelidikan yang mepunyai sub-tajuk. Tajuk yang manakah perlu dimaklumkan kepada Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM untuk mendaftar di fakulti?

Mengikut kepada tajuk penyelidikan yang hendak didaftarkan ke SPPI.

PROPOSAL BAJET

(5)

9. Sekiranya saya ingin membuat pemohonan menjalankan penyelidikan, perlukan saya melampirkan CV ketua projek dan penyelidik bersama?

Perlu lampirkan CV yang terkini besertasoftcopy dalam bentuk pdf. Untuk penyelidikan berikutnya tidak perlu lagi melampirkan CV kecuali terdapat pertambahan atau pertukaran penyelidik.

10. Sekiranya saya mengambil sampel kajian daripada hospital lain, bolehkah saya memohon bajet kajian daripada PPUKM?

Boleh, tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan (Sila rujuk Prosedur Tambahan Dana Fundamental PPUKM). Sila hantar deraf perjanjian penyelidikan sekiranya bajet kajian disalurkan ke hospital terlibat (pembayaran penggunaan fasiliti dan bahan pakai habis).

1. Saya ingin membuat permohonan untuk projek 'Sponsored Clinical Trial' , apakah yang diperlukan oleh Ahli Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM?

Sila rujuk Carta Alir Permohonan Menjalankan Penyelidikan dan Senarai Semak Penghantaran Proposal.

2. Sekiranya ada perubahan kepada protokol, berapa salinankah yang diperlukan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM?

Satu salinan sahaja dan pastikan ada 'covering letter' yang ditandatangani oleh Ketua Projek/Penyelidik daripada UKM. Sila maklumkan kod projek penyelidikan sekiranya projek tersebut telah lulus.

3. Sekiranya saya ingin menghantar laporan SAE, berapakah salinan yang perlu dihantar kepada Jawatankuasa Eitka Penyelidikan UKM?

Satu salinan sahaja dan pastikan ada 'covering letter' yang ditandatangani oleh Ketua Projek/Penyelidik daripada UKM dan nyatakan kod projek penyelidikan yang telah lulus.

4. Bolehkah saya ingin menghantar projek 'Sponsored Clinical

Trial' tanpa perjanjian penyelidikan? Tidak boleh. Lampirkan juga anggaran bajet.

1. Siapakah akan menandatangani perjanjian projek penyelidikan

setelah dipersetujui oleh Unit Perundangan? Timbalan Dekan(Penyelidikan & Inovasi), PPUKM, Cheras

2. Sekiranya dalam perjanjian penyelidikan, sesetengah 'sponsor' ada menyediakan satu ruangan untuk tandatangan 'in the presence of', siapakah perlu menandatangani ruangan tersebut di UKM?

Ketua Projek/Penyelidik.

3. Setelah perjanjian ditandatangani oleh pihak UKM, apakah prosedur seterusnya daripada pihak SPPI?

Perjanjian tersebut hendaklah dimatikan setem terlebih dahulu dan diserahkan kepada Unit Perundangan untuk tindakan selanjutnya.

4. Sekiranya ada berlaku perubahan dalam perjanjian penyelidikan

selepas ditandatangani, perlukah saya menghantar perubahanPerlu. Unit Perundangan akan menyemak sekali lagi perubahan perjanjian penyelidikan tersebut.

PROJEK PENYELIDIKAN KLINIKAL PROPOSAL PERJANJIAN PENYELIDIKAN

(6)

1. Pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab memasukkan semua kod projek dan nama penyelidik bersama dalam sistem SPPU?

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM) di UKM, Bangi.Sila berhubung dengan En Saiful Shahnaz Mohd Shah di talian 03-8921 5631, Email: shahnaz@ukm.my

2. Bagaimanakah pihak SPPI memaklumkan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM) berkenaan maklumat yang perlu dimasukkan ke sistem SPPU?

Melalui salinan surat kelulusan menjalankan penyelidikan.

3. Sekiranya saya menyemak dalam sistem SPPU, nama saya sebagai penyelidik bersama tidak disenaraikan dalam satu projek penyelidikan, kepada siapakah perlu saya rujuk perkara ini?

Sila berhubung dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM). Sila berhubung dengan En Saiful Shahnaz Mohd Shah di talian 03-8921 5631, Email: shahnaz@ukm.my

1. Apakah prosedur untuk menghantar pindaan proposal yang tidak perlu dibentangkan?

Penyelidik/calon hendaklah menghantar pindaan proposal dengan melampirkan 'covering letter' pindaan yang dibuat dan satu salinan proposal yang telah dipinda.

2. Bagaimanakah contoh 'covering letter' yang diperlukan oleh pihak SPPI?

Sila pastikan 'Covering letter' kepada Profesor Dr. Musalmah Mazlan, Timbalan Dekan(Penyelidikan & Inovasi), PPUKM, Cheras. Pastikan dalam 'Covering letter' tersebut ada tajuk projek penyelidikan, tarikh surat dan nombor muka surat yang dipinda. Contoh 'covering letter' ada di SPPI.

3. Siapakah yang akan menyemak pindaan proposal, adakah penyaring yang menyaring proposal tersebut?

Pindaan tersebut disemak oleh Timbalan Dekan(Penyelidikan & Inovasi), PPUKM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan PPUKM dan kadangkala dihantar semula kepada penyaring yang menyemak.

4. Selepas pindaan disemak oleh Timbalan Dekan(Penyelidikan & Inovasi), PPUKM dan pindaan tersebut telah diluluskan. Apakah prosedur seterusnya oleh pihak SPPI?

Pindaan yang telah diluluskan akan disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM.

5. Sekiranya pindaan yang telah diluluskan oleh Timbalan Dekan(Penyelidikan & Inovasi), PPUKM, ada kemungkinankah pindaan yang telah diluluskan itu perlu dipinda sekali lagi atas cadangan Pengerusi Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM?

Ya, ada kemungkinan.

6. Sekiranya pindaan telah diluluskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM, berapa lamakah pihak SPPI mengambil masa untuk mengeluarkan surat kelulusan?

2 minggu.

1.Siapakah pengerusi Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM pada

masa ini? Profesor Madya (Klinikal) Dato' Dr. Fuad Ismail

MESYUARAT JAWATANKUASA

SPPU

PINDAAN PROPOSAL 6

(7)

2. Berapa kerapkah mesyuarat Jawatankuasa Etika Penyelidikan

UKM diadakan? Satu kali sahaja dalam sebulan.

3. Sekiranya proposal yang dipohon perlu dibentangkan di Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM, bagaimanakah pihak SPPI memaklumkan kepada ketua projek dan calon sarjana?

Pihak SPPI akan menghantar surat kepada Ketua Penyelidik dan calon sarjana. Namun untuk mengelak dari sebarang masalah pihak SPPI akan menghubungi terus calon sarjana berkenaan hal ini. Selain dari itu, pihak SPPI akan SMS dan mengemel makluman ini kepada calon sarjana.

4. Ada kemungkinankah, selepas penyelidik/calon membentangkan proposal, kajian tersebut tidak diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM?

Ada, tetapi sangat jarang berlaku.

5. Apakah syarat-syarat yang diperlukan oleh pihak Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM sebelum pembentangan diadakan?

Syarat-sayarat yang diperlukan

adalah:-i. Calon /pelajar tidak boleh membentangkan proposal sekiranya tiada penyelia/penyelia bersama

ii. Masa pembentangan 15 minit sahaja(10 minit pembentangan latar belakang penyelidikan secara ringkas, pembetulan-pembetulan yang diminta dan 5 minit disusuli soal jawab oleh Ahli Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM)

iii. Saudara/i hendaklah menyediakan slaid dalam bentuk microsoft power point sahaja.

iv. Softcopy slaid dan pindaan proposal(1 salinan) dan hardcopy pindaan proposal bersama 'covering letter' (1 salinan) hendaklah dihantar ke Sekretariat Penyelidikan Perubatan seminggu sebelum tarikh pembentangan. v. Saudara/i mesti menghantar surat tunjuk sebab sekiranya tidak dapat menghadirkan diri pada sesi pembentangan yang telah ditetapkan.

6. Projek penyelidikan saya perlu dibentangkan di Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM, Sekiranya ketua penyelidik saya tidak boleh hadir semasa mesyuarat tersebut, bolehkah saya sebagai calon sarjana membentangkan proposal tanpa ketua penyelidik?

Tidak boleh. Sekiranya ketua penyelidik tidak boleh hadir, calon sarjana boleh meminta penyelidik bersama hadir pada sesi mesyuarat diadakan, sekiranya kedua-duanya tidak boleh hadir, calon sarjana tidak boleh membentangkan proposal tersebut.

5. Saya adalah calon sarjana UiTM, ketua penyelidik saya dari PPUKM. Sekiranya kajian saya perlu dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM, bolehkah penyelidik bersama dari UiTM hadir sekiranya ketua penyelidik dari PPUKM tidak boleh hadir semasa hari pembentangan tersebut diadakan?

Boleh. MESYUARAT JAWATANKUASA ETIKA PENYELIDIKAN UKM

(8)

6. Selepas penyelidik membentangkan proposal, perlukan penyelidik menghantar pindaan sekali lagi? Sekiranya perlu, apakah prosedur dari pihak Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM?

Pihak SPPI akan menghantar surat kepada ketua Penyelidik dan calon sarjana berkenaan keputusan sama ada lulus atau perlu hantar pindaan sekali lagi. Keputusan berpandukan pada petikan Minit Mesyuarat yang telah disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM.

7. Berapa lamakah jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM mengambil masa untuk mengesahkan minit mesyuarat?

Minit mesyuarat akan diedarkan kepada Ahli Jawatankuasa Penyelidikan yang hadir melalui emel selama seminggu. Selepas seminggu pihak pengerusi Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM akan mengesahkan minit mesyuarat tersebut.

LAPORAN KEMAJUAN

1. Bilakah saya perlu menghantar laporan kemajuan kepada

Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM? Enam bulan sekali.

2. Apakah prosedur oleh pihak SPPI untuk menghantar laporan kemajuan?

Penyelidik/calon hendaklah mengisi borang laporan kemajuan dan lampirkan laporan bersama-sama borang.

3. Perlukah laporan kemajuan dihantar ke SPPI enam bulan sekali? Ya, Perlu.

1. Bilakah tarikh yang sesuai, calon sarjana perlu menghantar

laporan akhir? Sebulan selepas tamat projek.

2. Apakah prosedur oleh pihak SPPI untuk menghantar laporan akhir?

Penyelidik/calon hendaklah mengisi borang laporan akhir. Lampirkan laporan akhir dan penyata kewangan bersama-sama borang tersebut.

3. Berapakah salinan laporan yang diperlukan oleh pihak SPPI? satu salinan sahaja.

4. Perlukah laporan akhir menggunakan 'covering' kulit keras atau

cukup sekadar hantar sebagaimana hantar proposal? Sila ikut arahan pada Borang Laporan Akhir.

5. Bolehkah saya menghantar laporan akhir dalam bentuk 'soft

copy'? Tidak boleh.

MESYUARAT JAWATANKUASA ETIKA PENYELIDIKAN UKM LAPORAN AKHIR

(9)

6. Sekiranya saya tidak menghantar laporan akhir, apakah tindakan daripada pihak SPPI?

Sekiranya pihak kami dapati tiada laporan akhir dihantar, kelulusan permohonan menjalankan penyelidikan berikutnya akan ditangguhkan.

7. Bagaimanakah pihak SPPI memaklumkan kepada

penyelidik/calon supaya beliau perlu menghantar laporan akhir? Melalui surat kelulusan.

1. Sekiranya, kajian penyelidikan saya melibatkan IPTA lain, perlukan saya menyediakan perjanjian penyelidikan?

Ya, Perlu. Contoh perjanjian tersebut boleh dimuat turun daripada laman web. Sila kosongkan ruangan tandatangan kerana perjanjian ini akan disemak oleh unit perundangan terlebih dahulu.

2. Sekiranya kajian saya melibatkan hospital lain, perlukahsaya menghantar perjanjian penyelidikan?

Ya, perlu dan terus ditandatangani. Contoh perjanjian tersebut boleh dimuat turun daripada laman web. Walaubagaimanapun sekiranya Dana Fundamental PPUKM dipohon untuk digunakan di fasiliti hospital tersebut, deraf perjanjian penyelidikan (belum ditandatangani) perlu dihantar untuk semakan Unit Perundangan.

3. Berapakah lamakah pihak unit perundangan mengambil masa

untuk menyemak perjanjian penyelidikan? Dua minggu dari tarikh diterima.

4. Saya merupakan pensyarah di PPUKM dan telah mendapat dana luar contohnya seperti OUP, GUP dan lain-lain. Perlukah saya memaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM?Sekiranya perlu, apakah prosedur dari SPPI?

Perlu. Penyelidik hendaklah mengisi borang permohonan menjalankan penyelidikan dan borang saringan seperti permohonan biasa tetapi lampirkan sekali surat kelulusan daripada dana yang diperolehi (isi kod dana di ruangan bantuan luar) bersama-sama proposal.

5. Kenapakah penyelidik perlu memaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM sekiranya telah memperoleh dana luar sedangkan projek berkenaan tidak melibatkan isu etika?

Setiap projek yang melibatkan manusia sebagai subjek adalah melibatkan isu etika. Tujuan permohonan menjalankan penyelidikan dibuat di SPPI adalah kerana untuk mendaftar kajian penyelidik di fakulti. SPPI akan berhubung terus dengan Jawatankuasa Penyelidikan PPUKM dan sekiranya penyelidikan tersebut mempunyai isu etika, SPPI akan menyalurkan proposal tersebut kepada Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM.

6. Sekiranya saya sebagai penyelidik bersama dalam satu kajian di Universiti Malaya. Perlukah saya memaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan? Sekiranya perlu, apakah prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak SPPI?

Perlu. Penyelidik hendaklah mengisi borang permohonan menjalankan penyelidikan dan borang saringan. Sila lampirkan proposal, surat kelulusan daripada dana yang diperolehi. Di PPUKM, penyelidik hendaklah memohon sebagai pemohon. Pihak kami akan memberi kod projek daripada fakulti sebagai bukti penyelidik telah mendaftar di fakulti. Kod projek daripada fakulti sangat penting untuk disenaraikan dalam sistem SPPU.

SOALAN-SOALAN LAIN

(10)

7. Kalau pelatih daripada universiti lain ingin menjalankan penyelidikan ke atas pesakit PPUKM, dan memohon Penyelidik Bersama dari jabatan terlibat, apakah prosedurnya?

Penyelidik Bersama yang dipohon merupakan Penyelidik Utama di PPUKM. Pihak SPPI hanya akan menyalurkan persoalan mengenai calon yang sesuai untuk penyelidikan tersebut kepada Ketua Jabatan berkenaan untuk dinamakan kepada wakil institusi luar. Sekiranya bersetuju berkolaborasi, penyelidik PPUKM yang dinamakan perlu mengisi borang Permohonan Menjalankan Penyelidikan seperti biasa atas nama beliau. Semua penyelidik lain dari universiti luar termasuk pelatih tersebut perlu menandatangani persetujuan penyelidik bersama di belakang borang dan menandatangani dokumen perjanjian penyelidikan antara institusi (sila hantar deraf perjanjian penyelidikan -rujuk panduan mengisi borang) . Sekiranya penyelidikan tersebut telah lulus di universiti tersebut, sila sertakan dokumen kelulusan beserta borang permohonan, proposal penuh, dan lampiran2 berkaitan. Pengumpulan sampel di PPUKM hanya boleh dimulakan setelah mendapat kelulusan bertulis daripada pihak PPUKM.

Sekiranya ada sebarang soalan, diminta penyelidik /calon memaklumkan melalui email kepada sitiasma@ppukm.ukm.my atau fatimahz@ppukm.ukm.my

SOALAN-SOALAN LAIN

Referensi

Dokumen terkait

Kepala Puskesmas Sematang Borang , penanggung jawab manajemen mutu, penanggung jawab upaya, penanggung jawab pelayanan klinis, dan seluruh karyawan Puskesmas

Analisis data menggunakan metode padan referensial dengan teknik Pilah Unsur Penentu (PUP) dan teknik Hubung Banding Menyamakan (HBS). Analisis data menggunakan analisis

Para Pihak, berdasarkan persetujuan bersama, dapat mengundang keikutscrtaan pihak kctiga dalam program, proyek dan/ atau kegiatan bcrsama yang scdang dilaksanakan

menggunakan sistem manual, diantaranya yaitu pemilik usaha dan staf harus bekerja lebih keras dibanding dengan karyawan, pemilik usaha dan staf tidak bisa

Dengan ini menyatakan bahwa skripsi dengan judul “Pengaruh Pre dan Post Heating pada Proses Gas Metal Arc Welding (GMAW) terhadap Struktur Mikro dan Kekuatan

Hubungan Dukungan keluarga dengan Kualitas Hidup Pasien gagal Ginjal Kronis yang Menjalani Terapi Hemodialisa di RSUP Haji Adam Malik Medan.. Sumaetra Utara :

Selanjutnya untuk melakukan langkah perbaikan terhadap kualitas produk pada proses seamer, dilakukan pengelompokan jenis defect pada proses tersebut, langkah yang

Dan menurut Kwon et al., (2000), masa diferensiasi ikan terjadi hingga 30 hari setelah menetas, dan waktu yang paling efektif melalui pemberian pakan karena daya serapnya