• Tidak ada hasil yang ditemukan

GGGE3403 FOTOGRAFI BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK DR. HAFIZAH OMAR ZAKI. Disediakan Oleh: BIL NAMA NO MATRIK 1 FAUZIAH BINTI PENSI A180917

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "GGGE3403 FOTOGRAFI BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK DR. HAFIZAH OMAR ZAKI. Disediakan Oleh: BIL NAMA NO MATRIK 1 FAUZIAH BINTI PENSI A180917"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

GGGE3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK DR. HAFIZAH OMAR ZAKI

Disediakan Oleh:

BIL NAMA NO MATRIK

1 FAUZIAH BINTI PENSI A180917

2 NUR ALYA AFIQAH BINTI MUHAMAD NAZERI A181737

2 NURUL NADHIRAH BT ATAN A181747

4 NUR DALILI BINTI AZAKI A182683

5 NUR FIRAS ALIYAN QISTINA BT HAMAT A184423

Pensyarah:

Kolonel Mohd Jasmy Bin Abdul Rahman

(2)

PRAKATA

Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka bicara dalam kajian tokoh akademik GGGE3403 Kursus Fotografi. Kami, Fauziah Binti Pensi , Nur Alya Afiqah Binti Muhamad Nazeri, Nurul Nadhirah Bt Atan , Nur Dalili Binti Azaki, Nur Firas Aliyan Qistina Bt Hamat berasa bertuah kerana diberi peluang untuk menjalankan kajian tokoh akademik yang sangat hebat di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia .

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan memberi peluang kepada kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Hafizah Binti Omar Zaki yang sanggup meluangkan masa beliau untuk memberi kerjasama dalam kajian tokoh akademik ini. Sesungguhnya kami amat bersyukur atas kesanggupan pihak Dr untuk meluangkan masa dengan kami. Kami tidak akan pernah mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Dr Hafizah Binti Omar Zaki.

Tidak juga dilupakan kepada Encik Mohd Jasmy bin Abdul Rahman yang sanggup memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa Encik Jasmy disisi, kajian tokoh ini mesti menjadi huru-hara dan mungkin tidak dapat kami siapkan.

(3)

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1. Prakata 1

2. Isi Kandungan 2

3. Pendahuluan 3-5

4. Latar Belakang Keluarga 6-7

5. Latar Belakang Pendidikan 8-13

6. Pembinaan Kerjaya 14-18

7. Kejayaan dan Sumbangan 19-25

8. Perancangan dan Harapan 26-27

9. Penutup 28

10. Rujukan 29-30

11. Lampiran 31-35

(4)

DR HAFIZAH BINTI OMAR ZAKI

Fauziah Binti Pensi¹ , Nur Alya Afiqah Binti Muhamad Nazeri², Nurul Nadhirah Bt Atan³ , Nur Dalili Binti Azaki⁴, dan Nur Firas Aliyan Qistina Bt Hamat⁵

Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) PENDAHULUAN

Dr Hafizah Binti Omar Zaki

Tugasan ini berkaitan dengan biografi seorang tokoh akademik dan juga pensyarah dari Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan ( FEP ) di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Bangi , Selangor iaitu Dr Hafizah Binti Omar Zaki. Beliau mengamalkan prinsip Menuntut Ilmu sehingga menara gading kerana Allah Taala , Ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara , jujur di dalam setiap perkataan beliau dan juga seorang yang amanah. Biografi ini mengandungi 5 topik utama tentang perjalanan kehidupan Dr Hafizah Bt Omar Zaki sehingga beliau memperoleh

(5)

kejayaan dalam kehidupannya sehingga kini. 5 Topik utama ini telah disusun mengikut kronologi dari awal kehidupan beliau sehingga sekarang.

Topik pertama dalam biografi ini adalah berkaitan dengan latar belakang keluarga tokoh akademik yang dipilih dan juga tentang kehidupan awal tokoh akademik berkenaan. Melalui bab ini , kita akan mengetahui secara mendalam tentang latar belakang berkaitan dengan asal - usul tokoh , tempat lahir tokoh , dan juga latar belakang keluarga beliau yang bermula daripada ibu bapa beliau , adik beradik beliau , sehinggalah ke kehidupan beliau sendiri yang berkemungkinan kurang didedahkan kepada orang awam tentang tokoh yang sangat berwibawa dan boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang ingin berjaya dalam kehidupannya.

Seterusnya , topik yang kedua ialah menceritakan tentang tahap pendidikan beliau , bermula dari pendidikan awal di sekolah rendah sehingga ke menara gading. Namun begitu beliau tidak menamatkan pendidikan beliau dengan memperoleh segulung ijazah sahaja , bahkan beliau bertekad untuk meneruskan pengajian beliau sehingga peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu sehingga peringkat “ PostDoctoral “ iaitu Program pertukaran Penyelidik.Di dalam topik ini juga akan menceritakan tentang anugerah dan jawatan yang disandang oleh beliau sejak berada dalam alam persekolahan lagi.

Topik ketiga biografi tentang tokoh yang sangat berwibawa ini ialah tentang kerjaya Dr Hafizah Bt Omar Zaki setelah bergelar graduan Universiti. Kita akan dapat melihat perjalanan kehidupan beliau tentang kejayaan yang diperoleh beliau bermula dari bawah sehingga menjadi seorang Dr selepas menamatkan pengajian beliau di peringkat PHD.

Topik yang keempat berkaitan tentang sumbangan dan kejayaan Dr Hafizah Binti Omar Zaki sepanjang beliau digelar sebagai seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan malaysia dan juga seorang pekerja yang bekerja di Syarikat Telekom Malaysia. Demi menjadi seorang yang berwibawa dan bertanggungjawab , pelbagai usaha serta pengorbanan beliau curahkan. Bahagian ini juga menceritakan tentang peranan beliau sebagai seorang pensyarah di Universiti kebngsaan Malaysia ( UKM ) untuk mendidik anak - anak Malaysia untuk membentuk mereka menjadi seorang yang berjaya apabila tamat pengajiannya nanti. Dr Hafizah Binti Omar Zaki telah

(6)

menerbitkan pelbagai jenis kajian yang bermutu tinggi serta memberikan impak kepada orang yang membaca kajiannya.

Akhir sekali , topik yang ada dalam biografi ini adalah tentang harapan dan perancangan beliau untuk masa hadapan beliau. Beliau mempunyai pelbagai perancangan yang akan dilakukan suatu hari nanti. Dr Hafizah Bt Omar Zaki juga menyatakan harapan beliau seperti mengharapkan agar generasi akan datang perlu mulakan perancangan dengan jelas , berfikiran terbuka , berani mengambil risiko dan lain - lain lagi dalam topik yang akan diceritakan.

Pelajar kursus Citra Fotografi UKM bergambar bersama Dr Hafizah Omar Zaki secara atas talian kerana pandemik Covid -19

(7)

LATAR BELAKANG KELUARGA

Dr Hafizah Binti Omar Zaki merupakan nama penuh beliau dan dikenali sebagai Pizah, Fizah atau Dr Hafizah daripada kalangan keluarga, rakan sekerja dan juga pelajar pelajar beliau.

Beliau telah dilahirkan pada 28 Oktober 1987 di Hospital Besar Banting, Selangor. Beliau kini menetap di Puchong, Selangor bersama keluarga. Ayah beliau, Omar Zaki Bin Mustapha merupakan bekas Jurutera Elektronik dan kini telah pencen manakala ibu beliau, Rashida Abdul Rasid merupakan suri rumah sepenuh masa yang berjaya. Beliau merupakan anak yang keempat daripada 8 orang adik-beradik.

Potret bersama keluarga

(8)

Seterusnya kami akan menceritakan serba sedikit tentang pengajian dan kejayaan yang dicapai oleh adik beradik beliau. Kakak sulung beliau mempunyai ijazah dalam bidang perakaunan daripada Universiti Multimedia MMU. Kakaknya pernah bekerja sebagai Pegawai Akauntan di HSBC dan kini merupakan Pegawai Kewangan di syarikat DHL. Kakak kedua beliau juga merupakan graduan Universiti Multimedia- MMU dalam ijazah Information Technology (IT) dan kini merupakan seorang Pegawai di bahagian Teknologi Software di Telekom Malaysia ( ™) manakala kakak yang ketiga telah memegang ijazah dalam bidang Perubatan Farmasi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia- UIAM dan kini telah berkhidmat di Hospital Serdang.

Adik yang kelima beliau mempunyai Master dalam bidang Biomedik dan Farmasi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia- UKM dan kini merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik - PTD manakala yang keenam pula merupakan graduan daripada Universiti Putra Malaysia- UPM dalam bidang Psikologi dan kini adiknya berkhidmat sebagai Pegawai pembangunan sumber manusia di Syarikat Cochlear International. Adik ketujuh beliau merupakan salah satu daripada adik beradik yang lain yang telah bergraduat di luar negara iaitu di University of Wisconsin-USA dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan kini merupakan Pegawai Jurutera di Petronas. Akhir sekali, adik bongsu beliau masih lagi melanjutkan pelajarannya dalam bidang Diploma Perniagaan di Universiti Multimedia- MMU.

(9)

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Beliau telah mendapat pendidikan awal pada usia 5 tahun di Ysgol Cae Top School , Bangor Wales ,United Kingdom pada tahun 1992 hingga 1996 . Setelah lima tahun , keluarga beliau terpaksa berpindah ke Bangladesh disebabkan atas urusan kerja ayah beliau. Dengan ini ibu ayah beliau telah mendaftar beliau ke sekolah Bangladesh International Tutorial School di Dhaka , Bangladesh selama 4 tahun . Beliau juga pernah mempunyai pengalaman selama satu tahun untuk mendapat pendidikan di negara Thailand sebelum kembali ke tanah air.

(10)

Ini memberikan pengalaman yang luar biasa yang tidak mudah dimiliki oleh kanak-kanak di malaysia. Sudah tentu pembelajaran pada setiap negara amatlah berlainan . Oleh itu beliau terpaksa mendapat pendidikan di International School kerana beliau boleh meneruskan pembelajaran tanpa ketinggalan . Selepas keluarga beliau membuat keputusan untuk kembali ke tanah air , ibu ayah beliau terus memasuki anak mereka di Sri Utama International School Kuala Lumpur . Beliau tidak memasuki sekolah kebangsaan kerana beliau tidak fasih dalam Bahasa Melayu. Beliau telah telah mendapat pendidikan di Kuala Lumpur International School selama dua tahu iaitu dari tahun 2002 hingga 2003.

(11)

Pada usia beliau 17 tahun ibu ayah beliau mencandang untuk menukarkan beliau ke Sekolah Kebangsaan supaya beliau dapat mengambil Peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM). Peperiksaan ini merupakan peperiksaan yang wajib diambil oleh pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Beliau telah mengambil aliran sains sosial iaitu belajar tentang perakaunan .Ini amat memberi bebanan kepada beliau kerana terpaksa belajar sendiri subtopik tingkatan 4 dan perlu belajar menggunakan Bahasa Melayu. Ini tidak memberi putus semangat malahan meningkatkan lagi semangat beliau untuk berjuang dalam peperiksaan tersebut. Dengan usaha yang tinggi , beliau telah mendapat keputusan 3A dan 5B . Beliau rasa sedikit kecewa apabila melihat keputusan beliau dengan kawan yang lain. Ini menyebabkan beliau telah berazam untuk menyambung pelajaran untuk memperbaiki keputusan beliau.

(12)

.

Selepas menamatkan pembelajaran di peringkat Sekolah , beliau ditawarkan pengajian dalam peringkat diploma Pengurusan Multimedia di Universiti Multimedia . Walaupun dengan keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang , Beliau telah berjaya mendapat anugerah dekan dalam peringkat diploma . Beliau juga telah meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti yang sama dan sekaligus menerima anugerah dekan . Bukan itu sahaja di peringkat Master perniagaan beliau juga telah diberikan anugerah dekan daripada pihak

(13)

Universiti Kebangsaan Malaysia . Beliau tidak meletakkan keazaman untuk menyambung di peringkat pengajian tertinggi dan ingin menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja. Pada peringkat Master perasaan beliau mula bertukar dan ingin menyambung pelajaran di Peringkat PHD . Alhamadulillah keinginannya telah tercapai iaitu ingin menyambung pelajaran di peringkat Phd di Universiti Malaya bahkan beliau juga telah menerima Anugerah Biasiswa Harvard business School di peringkat master. Pada Februari 2021, beliau telah menamatkan sepenuhnya pengajian beliau dan merupakan lepasan graduan .

Sepanjang beliau telah menimba ilmu , beliau seperti merasakan seperti pengembaraan untuk beberapa buah negara. Pada beliau setiap peringkat pengajian mempunyai liku yang berbeza sama ada tajam atau tumpul. Ini juga telah mengajar beliau bahawa untuk mencapai peringkat yang tinggi perlu bersedia dari segi mental bukan sahaja memikul ilmu . Beliau menyatakan begitu kerana beliau sendiri perlu menghadapi masalah tersebut dengan mental beliau.

(14)

Pada peringkat pengajian PHD beliau mengalami depresi pada tahun kedua. Beliau terpaksa menangguhkan pengajian beliau selama 6 bulan . Penyakit depresi merupakan gangguan kesihatan mental yang dinodai dengan suasana hati yang terus menerus merasa sedih dan tertekan seta kehilangan minat dalam melakukan aktiviti . Antara satu sebab beliau oleh mengalami tekanan kerana persaingan yang sengit dan kondisi belajar di Universiti Malaya dan pandangan daripada penyelia. Pengalaman ini memberi impak yang besar terhadap diri Dr dan keluarganya. Beliau sedar bahawa dirinya mengalami tekanan dan keluarga juga mengetahui daripada kelakuan beliau yang seorang ceria kepada seorang yang murung. Keluarga beliau telah membawa dirinya berjumpa psikiatri. Dengan ini beliau memerlukan 6 bulan untuk memulihkan dirinya.

.

Walaupun pengalaman ini perit dan sentiasa di pandang serong oleh masyarakat Malaysia ,beliau tidak segan untuk untuk berkongsi pengalaman ini kepada pelajarnya. Beliau juga memahami bahawa dalam kalangan pelajar juga turut mengalami isu yang sama seperti beliau.

Pengalaman ini bagi beliau sangat menarik dan membuatkan saya ingin membantu pelajar untuk mengatasi masalah ini. Beliau juga bercadang untuk membuka unit kaunseling di Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan dalam masa 1-2 tahun daripada sekarang.

(15)

PEMBINAAN KERJAYA

Beliau merupakan seorang tokoh yang bersemangat tinggi dalam melakukan sesuatu perkara demi mencapai sasaran beliau. Sikapnya yang suka membaca telah membantu beliau untuk sampai ke tahap yang cemerlang dalam kehidupannya. Beliau semangat untuk mengubah hidup beliau ke arah yang lebih cemerlang adalah disebabkan diri sendiri iaitu beliau inginkan masa depan beliau yang cerah serta tidak bergantung harap kepada orang lain kerana beliau mengamalkan prinsip jika mahukan sesuatu haruslah usaha sendiri untuk sesuatu perkara erti kata lain usaha dengan titik peluh sendiri lebih berbaloi daripada mengharapkan bantuan orang lain. Beliau merupakan seorang yang ulat buku kerana sikap beliau yang rajin membaca telah menjadikan beliau seorang Dr setelah tamat pengajiannya di peringkat PHD.

University Malaya ( UM )

(16)

Namun perjalanan beliau bukanlah mudah kerana beliau dari kecil lagi telah berpindah - randah kerana mengikut bapanya yang bertugas di luar negara. Beliau sering bertukar sekolah kerana pekerjaan bapanya. Walau Bagaimanapun , beliau berjaya mengharungi segala cabaran dengan jayanya walaupun beliau sering berpindah - randah. Beliau menamatkan pengajiannya di salah sebuah University yang terkemuka iaitu Universiti Malaya yang berada di ranking pertama di Malaysia dan memperoleh PHD Pemasaran di Fakulti Perniagaan Dan Perakaunan pada Februari 2021.

Fakulti Perniagaan Dan Perakaunan ( UM )

(17)

Sebaik sahaja tamat pengajiannya di Universiti Malaya , beliau menjadi seorang pegawai di Syarikat Telekom Malaysia pada tahun 2013 sehingga 2014 selama setahun beliau berkhidmat di Telekom Malaysia ( TM ). Beliau mengamalkan konsep berdikari sepanjang beliau berkhidmat di syarikat itu kerana beliau tidak diberi penjelasan tentang apa pekerjaan yang beliau sepatutnya lakukan , beliau pergi ke setiap jabatan Telekom Malaysia untuk mengetahui skop pekerjaan beliau. Dari situ beliau telah belajar berdikari dan melakukan pelbagai jenis pekerjaan sepanjang beliau berkhidmat di syarikat tersebut. Beliau telah menyertai beberapa aktiviti yang dijalankan oleh Telekom Malaysia , salah satunya ialah Meninjau lokasi jualan Unifi dan Hypptv. Antara cabaran yang dihadapi beliau ialah pembahagian tugas merupakan cabaran terbesar beliau kerana pekerja baru tidak diberi “ briefing “ berkenaan skop pekerja.

Beliau harus pergi ke satu unit dan jabatan untuk bertanya dan mendapatkan maklumat pada masa yang sama membuatkan beliau tertekan dengan cara pembahagian tugas di syarikat tersebut.

Semasa berkhidmat di Syarikat Telekom Malaysia , beliau pakar dalam mengurus pusat penyelidikan , mengurus program training dan mengurus program sales. Beliau menjadi seorang yang berdedikasi tentang pekerjaan beliau serta bertanggungjawab tentang amanah yang dipegang oleh beliau.

Syarikat Telekom Malaysia

(18)

Kerjaya Dr Hafizah Omar Zaki Di T M

Setelah setahun berkhidmat di Telekom Malaysia , beliau mendapat tawaran menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2015. Beliau menjadi pensyarah di fakulti Ekonomi Dan Pengurusan ( FEP ). Beliau menghadapi cabaran semasa awal pekerjaan beliau di UKM kerana beliau mengalami kesulitan dalam menyesuaikan diri dengan cara kerja.

Beliau juga sering ditegur oleh pensyarah lain kerana penggunaan bahasa melayu beliau Beliau akui sulitnya beliau untuk fasih berbahasa melayu kerana beliau dari kecil lagi telah menetap di Luar Negara maka beliau fasih dalam penggunaan bahasa Inggeris. Disebabkan Universiti Kebangsaan Malaysia mengamalkan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu , maka beliau telah mencuba untuk fasih dalam bahasa melayu serta mengajar pelajar dengan menggunakan bahasa melayu. Pada permulaannya beliau sangat susah dan memahami cara kerja di UKM kerana tidak fasih berbahasa melayu tetapi setelah dipraktikkan selalu beliau sangat sukakan pekerjaan beliau sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

(19)

Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )

Beliau menerima tawaran menjadi pensyarah di UKM kerana beliau mahu mengambil peluang untuk mengajar generasi akan datang supaya menjadi seorang yang cemerlang dan terbilang pada masa akan datang. Walaupun cara penggunaan bahasa beliau menjadi penghalang untuk beliau mengajar pelajar beliau tetapi beliau tidak putus asa untuk belajar fasih akan bahasa melayu. Sebagai pensyarah di UKM beliau mahir dalam bidang mengajar , menyelidik , dan menjadi penyeliaan penyelidikan. Sepanjang menjadi pensyarah di UKM beliau telah menerbit pelbagai penerbitan.

Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan UKM ( FEP )

(20)

KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Dr. Hafizah Omar Zaki telah memperoleh pelbagai kejayaan dalam pendidikan beliau serta dalam kerjaya beliau sebagai seorang pensyarah di UKM pada hari ini. Kejayaan yang beliau perolehi ini adalah hasil kerja keras, sikap tidak pernah berputus asa dan kesungguhan beliau .

Antaranya ialah beliau berjaya menamatkan pengajian di semua peringkat bermula di peringkat diploma sehingga ke peringkat yang paling tinggi iaitu Doktor Falsafah (PhD).

Sebagaimana yang telah dinyatakan di bahagian latar belakang pendidikan, beliau telah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan untuk sampai ke peringkat PhD. Maka, tidak hairanlah apabila kejayaan dalam pendidikan inilah yang paling membanggakan buat beliau. Ini kerana setiap peringkat pengajian yang beliau lalui mempunyai tingkat ilmu dan pengalaman yang berlainan yang tidak boleh diperoleh dalam kehidupan seharian biasa. Oleh itu beliau yakin bahawa ilmu itu membawa kepada tangga kejayaan, dan dengan ilmu kita boleh mencari pengalaman baru.

Kami turut bertanyakan kepada beliau tentang pengalaman dan cara beliau menghadapi kesukaran sebelum mengecapi kejayaan. Beliau berkata bahawa beliau merupakan seorang yang sangat komited dengan kerja dan pembelajaran. Beliau sentiasa mengamalkan pembahagian masa yang baik dalam menyelesaikan tugasan. Walau bagaimanapun semasa tahun kedua PhD beliau, mengalami depresi akibat tekanan pembelajaran, rakan, dan suasana di UM. Oleh itu beliau mengambil cuti selama 6 bulan untuk pulih. Tetapi tempoh 6 bulan itulah yang banyak membantu beliau untuk kembali seperti sedia kala. Dan beliau yakin aktiviti-aktiviti inilah terapi kepada setiap depresi. Antara aktiviti yang beliau lakukan ialah memperbanyakkan beribadah, melibatkan diri dalam larian marathon,mempelajari membuat kek, menanam bertukang, berbasikal, dan menjelajah negara luar.

(21)

Dengan semua aktiviti di atas, selepas 6 bulan beliau dapat kembali segar dan positif untuk menghabiskan sisa PhD beliau yang perlu beliau sambung. Disebabkan kejayaan ini beliau dalam perancangan dengan beberapa lagi pensyarah untuk membuka Unit/Pusat Kaunseling di Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan (FEP) UKM bagi membantu pelajar-pelajar yang mengalami masalah yang sama. Bagi beliau , ini merupakan inisiatif baru melalui pengalaman beliau dan pelajar tidak perlu malu untuk mendapatkan bantuan.

Sepanjang bertugas sebagai seorang pensyarah di Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan (FEP) ,UKM, Dr. Hafizah telah memberikan pelbagai sumbangan sama ada di peringkat fakulti , universiti dan antarabangsa. Pada tahun 2015-2017, beliau pernah memegang jawatan sebagai penyelaras Persidangan Penyelidikan dan Penerbitan Pusat Pengajian dan Pengurusan 2015, Jawatankuasa temuduga FEP bagi sesi kemasukan 2016-2017 , Jawatankuasa penyediaan dokumen program Sarjana Pentadbiran dan Kepimpinan FEP 2016 dan ahli jawatankuasa Kolokium Siswazah 2016 .

Pada tahun 2020-2021 pula, beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pra-intervensi Polisi Pemisah PIP-FEP Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2020, Jawatankuasa penaksir soalan kursus program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan semester 1 sesi 2020/2021 – kod kursus EPPM 2903 luar fakulti prinsip pengurusan perniagaan, Jawatankuasa penaksir kursus program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan semester 1 sesi 20202021 EPPD 1053 pengantar pengurusan, ahli jawatankuasa bagi Majlis Anugerah Kualiti FEP 2020 , Ketua Jawatankuasa Majlis Anugerah Kualiti dan Sambutan Hari Raya , pengulas untuk paper proceeding di the 10th International Management & Accounting Conference 2021, Ketua Kluster Emerging Technology and Big Data - bagi Pusat Kajian Perniagaan Global dan Ekonomi Digital (Globe), FEP dari tahun 2021-2024.

Di peringkat fakulti , beliau pernah menjadi salah seorang penyelaras untuk satu program School @ UKM . Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar sekolah menengah di negeri Selangor tentang Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan di UKM.

Para pelajar tersebut telah dijemput ke FEP untuk merasai sendiri pengalaman berada di fakulti tersebut dan untuk menarik minat mereka ke arah bidang ekonomi dan pengurusan.. Selain itu, beliau juga adalah antara pensyarah yang terlibat dalam menyelaras Program Kitar Semula di

(22)

mana beliau dan beberapa orang pensyarah melawati setiap rumah untuk mendapatkan barang terpakai atau barang yang tidak digunakan lagi untuk dikitar semula. Di samping itu, beliau juga pernah menyelaras Program Car Boot Sales di mana program ini menjual barangan terpakai untuk mengumpul dana untuk diberikan kepada sekolah yang memerlukan.

Para pelajar serta guru dari sekolah di sekitar Selangor yang terlibat dalam Program School@UKM.

(23)

Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9, Putrajaya

Di peringkat universiti pula, Dr. Hafizah Omar Zaki telah terpilih untuk melibatkan diri dalam Program Lawatan Universiti Cambridge . Di sana, beliau telah diberikan peluang untuk menjalani kursus sambil belajar selama seminggu. Di peringkat antarabangsa , beliau merupakan salah seorang pembentang di 4th International Conference Of Marketing, Strategy & Policy bertempat di Newcastle University UK.

(24)

Dr Hafizah Omar Zaki mengambil swafoto bersama dua orang pelajar semasa mengikuti Program Lawatan Universiti Cambridge.

Walaupun sentiasa sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pensyarah, Dr. Hafizah tidak pernah melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam program Teach for the Needs pada tahun 2016. Melalui program ini, beliau telah berjumpa dengan anak-anak yang tidak berkemampuan untuk ke sekolah dan meluangkan masa dan tenaga untuk mengajar mereka beberapa subjek secara sukarela. Sikap Dr. Hafizah yang tidak jemu berkongsi ilmu ini patut dijadikan contoh oleh kita semua.

Bakat Dr. Hafizah juga terserlah apabila beliau menjadi pengacara majlis untuk Program Forum Ekonomi Digital di FEP pada bulan April 2021. Beliau juga merupakan seorang pensyarah yang bertanggungjawab menyelia beberapa orang pelajar prasiswazah dalam penyediaan kertas ilmiah, dan latihan industri. Kini, para pelajar di bawah seliaannya telah menamatkan pengajian dengan jayanya.

(25)

Dr Hafizah Omar Zaki sebagai pengacara majlis dalam Program Ekonomi Digital di FEP.

Beliau turut aktif menulis kertas kerja, menerbitkan artikel dan bab dalam beberapa buah buku. Sejak tahun 2014, beliau telah menghasilkan 13 artikel berkaitan pemasaran, perniagaan, komunikasi dan gelagat pengguna. Antara tajuk artikel yang telah beliau terbitkan ialah Humour Advertising: A Review And A Bibliometrics Citation Analysis, Ethics And Integrity In Building Employee's Perceptions, Creating A Sense Of Belonging For Gen Y At The Workplace dan banyak lagi. Beliau juga menghasilkan bab pertama dalam sebuah buku bertajuk Transformative Service in Improving Societal Well-Being: An Exploration.

Pada tahun 2021, beliau mengambil masa kira-kira 6 bulan untuk menerbitkan 5 buah artikel . 2 buah artikel daripada 5 artikel tersebut menyentuh isu Covid 19 – satu daripadanya membincangkan berkenaan impak Covid 19 ke atas pembelajaran atas talian ; dan satu lagi artikel membincangkan kesan program dan jenama vaksin Covid 19 ke atas niat pengambilan vaksin.Selain itu, pada tahun 2021 juga, beliau bekerjasama dengan seorang lagi penulis buku untuk menghasilkan satu bab dalam buku tersebut yang menyentuh Isu Kesan Covid 19 ke atas penjenamaan dan pembelian atas talian yang mengambil masa dua bulan penulisan.

(26)

Matlamat utama beliau dalam kerjaya beliau pada hari ini ialah beliau ingin memberi kembali kepada masyarakat, terutama yang muda dari sudut pembelajaran dan ilmu kerana beliau percaya ilmu merupakan pelita hidup, dan dengan ilmu, seseorang itu akan dihormati dan disegani seterusnya dapat mengubah kehidupannya. Kedua, sememangnya menjadi impian beliau untuk terus membantu pelajar yang memerlukan semampu mungkin melalui saluran-saluran yang sesuai. Contohnya, jika ada pelajar yang tidak berkemampuan, Dr. Hafizah akan membantu, dan menyokong mereka supaya mereka mendapat dana daripada pusat zakat UKM untuk membiayai yuran pengajian. Oleh kerana beliau sangat cinta akan ilmu pengetahuan, beliau sentiasa ingin menyampaikan ilmu dan pengalaman yang membina sebaik mungkin kepada setiap pelajar.

Apabila beliau ditanya tentang faktor yang mendorong beliau untuk terus memberikan sumbangan, beliau menjawab dengan cukup tenang bahawa beliau tidak ingin pelajar beliau mengalami situasi dan kesusahan yang sama seperti beliau. Selagi beliau mampu , beliau akan terus berusaha walaupun terdapat halangan dan cabaran mendatang. Kami amat kagum dengan beliau kerana beliau berkata bahawa kerjaya yang baik itu merupakan suatu ibadah, maka ia adalah satu motivasi yang besar serta dorongan ibu bapa dan keluarga membuatkan beliau lebih bersemangat untuk memberi sumbangan kepada setiap lapisan masyarakat dan negara.

(27)

PERANCANGAN DAN HARAPAN

Dr Hafizah telah menjadi pensyarah selama 6 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia, berharap agar pelajar-pelajar beliau tidak berputus asa dalam meneruskan pengajian mereka dalam bidang pentadbiran perniagaan ini. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir masyarakat yang memandang rendah kepada mereka yang mengambil jurusan perniagaan dan seangkatan dengannya ketika memasuki alam universiti, tetapi beliau menyarankan agar mereka tidak mengambil peduli akan pandangan yang seperti ini. Hal ini kerana, semua ilmu yang dipelajari adalah ilmu yang baik dan membawa manfaat kepada semua orang. Tidak semua orang dapat mempelajari bidang perniagaan ini dengan lebih mendalam dan pakar. Walaupun perniagaan boleh dibuka tanpa mereka mempelajarinya, risiko untuk mendapat kegagalan itu lebih tinggi kerana mereka hanya membuka tanpa membuat penyelidikan yang baik ketika membuka perniagaan.

Beliau juga menyatakan bahawa semua kerjaya memerlukan ilmu asas perniagaan misalnya jika seorang doktor ingin membuka klinik atau hospital, mereka perlu tahu akan proses POLC (Perancangan, Mengurus, Memimpin dan Mengawal). Begitu juga dalam bidang lain yang ingin membuka perniagaan. Tidak kiralah mereka mempelajari kursus apa sekalipun ketika berada di universiti, jika mereka ingin membuka perniagaan, maka mereka harus mempelajari ilmu perniagaan. Bahkan dalam rekod kewangan negara, sembilan daripada sepuluh punca rezeki adalah bidang perniagaan. Daripada perniagaan kecil-kecilan di tepi jalan, sehinggalah kepada perniagaan besar yang merangkumi skop global.

“Mereka yang memandang rendah akan jurusan pentadbiran perniagaan ini mungkin tidak tahu bahawa bidang inilah yang mudah untuk seseorang mendapat kerja kerana peluang pekerjaan yang lebih besar skopnya. Semua syarikat tidak kira swasta mahupun kerajaan, memerlukan mereka yang pakar dalam bidang pemasaran, sumber manusia, kewangan dan lain-lain untuk mengurus perjalanan dan pengembangan syarikat mereka.” kata beliau.

Beliau juga menggalakkan pelajar untuk berkecimpung bidang perniagaan ini bermula dengan menjadi sebagai dropship, ejen ataupun stokis sebagai pengalaman mereka dalam memasuki alam perniagaan. Hal ini demikian kerana apabila mereka telah berkecimpung

(28)

dalam bidang ini dengan dengan lebih awal, mereka dapat mempraktikkan penyelidikan pemasaran, rancangan perniagaan dan cara memulakan perniagaan dengan baik. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat menambah duit poket mereka sejak awal lagi.

Untuk generasi akan datang yang ingin memulakan perniagaan, beliau harapkan agar mereka menjalankan perniagaan dengan ikhlas, jujur dan memulakan perancangan dengan jelas.

Bukan itu sahaja, mereka juga perlu bersungguh-sungguh dan berani mengambil risiko yang tidak pasti kerana itu merupakan lumrah dalam membangunkan perniagaan. Untuk memastikan perniagaan lebih menarik berbanding perniagaan lain, mereka perlulah kreatif, inovatif serta berfikiran luas mengikut peredaran masa. Seseorang itu perlulah berfikiran jauh lima ke sepuluh tahun akan datang dalam memastikan kewujudan perniagaannya dan menjadi usahawan yang berjaya dan terkemuka.

Dr Hafizah menyatakan bahawa pembelajaran dalam bidang perniagaan ini memerlukan keseimbangan antara teori dan aplikasi. Jika sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini melanda, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) ada melaksanakan Marketing Day dan Entrepreneurship Day di mana pelajar melibatkan diri dalam jualan langsung di dalam kampus.

Tetapi disebabkan kini pembelajaran dilaksanakan secara atas talian, beliau bercadang untuk menghasilkan aktiviti penjualan menggunakan platform atas talian seperti Shopee atau Lazada sebagai aplikasi pembelajaran. Sebagai contoh seperti yang telah dilakukan oleh beberapa institusi lain yang menyuruh pelajar mereka menjalankan perniagaan di platform seperti ini secara realiti sebagai aplikasi pembelajaran mereka. Beliau berharap agar cadangan beliau ini kepada fakulti dapat diterima dan dilaksanakan dengan baik kerana ini memberi peluang yang besar dan pengalaman yang baik kepada pelajar dalam mengendalikan perniagaan atas talian.

(29)

PENUTUP

Secara ringkasnya, kami dapat simpulkan bahawa Dr. Hafizah Omar Zaki merupakan seorang yang amat hebat bukan sahaja dari segi kerjanya bahkan sikap dan akhlak beliau yang rendah diri, bercita-cita tinggi, tidak pernah berputus asa dan sikap peribadinya yang lain adalah merupakan contoh yang sepatutnya kita sebagai mahasiswa / mahasiswi menjadikan beliau sebagai pendorong untuk berjaya.

Beliau juga ada berkata untuk semua mahasiswa / mahasiswi agar jangan takut dan tidak mengapa jika melakukan kesilapan. Kita akan belajar dari kesilapan dan memperbaikinya kerana Albert Einstein ada menyebut "Seseorang yang tidak pernah melakukan kesalahan tidak pernah mencuba sesuatu yang baru." Kedua, beliau menasihati dan sentiasa menggalakkan para pelajar untuk bertanya soalan. Bak kata peribahasa Cina, "Dia yang bertanyakan soalan adalah bodoh selama lima minit; dia yang tidak bertanyakan soalan tetap bodoh selamanya." Ketiga, untuk kita menjadi seorang yang hebat, kita tidak perlu memandang kepada permulaan tetapi pandanglah pada pengakhiran. Seperti apa yang dikatakan Zig Ziglar "Anda tidak perlu hebat untuk bermula, tetapi anda harus mula untuk menjadi hebat."

Setelah menemubual beliau, kami terinspirasi dan banyak liku yang perlu diharungi untuk menjadi seorang yang berjaya serta mampu untuk membantu masyarakat. Sepanjang hidup beliau, beliau sentiasa berpegang kepada kata-kata motivasi : “Anda mempelajari lebih dari kegagalan berbanding dari kejayaan. Jangan biarkan ini menghentikan anda. Kegagalan membentuk kejayaan anda” , "Kerana sesungguhnya, dengan kesusahan akan datang kemudahan." [Quran 94: 5] dan "Tindakan yang paling disukai Allah adalah tindakan yang dilakukan secara konsisten, walaupun hanya sedikit." [Nabi Muhammad SAW, Sahih Bukhari].

Kami bersyukur atas segala nikmat-Nya, kami akhirnya berjaya untuk menghasilkan tugasan ini dengan penuh jayanya. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr.

Hafizah Omar Zaki atas pengorbanan masanya untuk berkongsi sedikit mengenai dirinya dan memberi tunjuk ajar kepada kami mengenai erti kehidupan . Akhir kata, usaha dan kerjasama daripada setiap ahli kumpulan ini telah memberi sumbangan yang amat besar dalam menghasilkan laporan ini.

(30)

RUJUKAN

Adham, K.A, Said, M.F., Ghanie, S.K.M., Zaki, H.O., Jamaludin, N.A., Muhamad, N.S., (2013). Transformative Service and Societal Well-Being: Literature Synthesis and Future Research Agenda. In Proceeding The 2nd International Conference on Industrial Engineering and Service Science, 2013. ITS.

Ismail, A., Zaki, O.H., & Rose, I.R. (2016). Interlinkages Between Service Quality, Customer Satisfaction and Customer Loyalty in Malaysia: A Case Study of Armed Forces Medical Organizations. Journal of Geografia – UKM Journal of Science and Space.

Rinawiyanti, E. D., & Rahardjo , R. (2013). Designing Service Marketing Strategy in A Culinary Business. In Proceeding The 2nd International Conference on Industrial Engineering and Service Science , 2013. ITS.

Transformative Service in Improving Societal Well-Being: An Exploration, (Co-author for Chapter 1- Transformative Service and Societal well-being: Synthesis of Literature).

Chapter in Book, Chapter 1. The National University of Malaysia Publisher (2013)

Zaki, O.H., Mohtar, M., & Kamarulzaman, Y. (2019). The Impact of Need for Cognition, and Sentimental Humour on Advertising and Brand Attitude: Does Need for Affect Influence the Relationship? Asian Journal of Research in Business and Management, 1(1), 77-84.

Zaki, H. O., & Zarim, Z. A. (2016). Ethics and integrity in building employee’s perceptions.’ Management Studies, 4(3), 131–137.

Zaki, H. O., Zarim, Z. A., & Maridz, N. L. M. (2016). Motivation Factors: Impact on Sales Commission Plan Employees in a Telecommunication Company in Malaysia.

Management, 4(4), 139–148.

Zaki, H.O., Kamarulzaman, Y., & Mohtar, M., (2021). Building Sustainable Responses to Advertising and Branding Through Consumers’ Cognition and Emotion. Proceeding in The 4thInternational Conference of Marketing, Strategy & Policy.

(31)

Zaki, H. O., Kamarulzaman, Y., & Mohtar, M. (2020). Humour advertising: A review and a bibliometrics citation analysis. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 16(2).

Zaki, H. O., Kamarulzaman, Y., & Mohtar, M. (2020). Does The Need for Cognition, Need for Affect and Perceived Humour Influence Consumers' Attitudes Towards the Advertised Brands?. International Journal of Management Studies, 26(2), 1-20.

Zarim, Z. A., Mohamad, O., Rahman, M. S., Zaki, H. O., Sergio, R. P., & Haladay, D. J.

(2017). The Role of Organisational Commitment, Leadership Style, Strategic Human Resources Practices and Job Satisfaction Towards Sustainable Tourism Industry:

Comparative Study in the UAE and Malaysia. In Leadership, Innovation and Entrepreneurship as Driving Forces of the Global Economy (pp. 255–268). essay, Springer, Cham.

Zarim, Z., & Zaki, O.H., (2015). Key Success Factors for Malaysian smes Companies’

Entrepreneurial Leader. International Journal of Engineering Technologies and Management Research, 2(1), 42-50.

Zarim, Z., & Zaki, O.H., (2015). Creating a Sense of Belonging for Gen Y at the Workplace.

International Journal for Innovation and Research, 3(5).

Zarim, Z. A., & Zaki, H. O. (2014, August). APCMB-737 Refining Employee‘s Customer Service Performance through an Inter-organizational Climate Study: A Way Forward. In Annual Symposium on Management and Social Sciences (p. 227).

Zarim, Z. A., Mohamad, O., Rahman, M.S., Zaki, H. O., Sergio, R.P., & Halady, D.J., (2014, August). Leadership, innovation and entrepreneurship as driving forces of the global economy: proceedings of the 2016 international conference on leadership, Innovation and entrepreneurship (ICLIE). springer.

(32)

LAMPIRAN

(33)
(34)
(35)
(36)

Referensi

Dokumen terkait