• Tidak ada hasil yang ditemukan

CIMB Bank Kempen Live Your Dream Terma-Terma dan Syarat-Syarat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CIMB Bank Kempen Live Your Dream Terma-Terma dan Syarat-Syarat"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1

CIMB Bank – Kempen “Live Your Dream”

Terma-Terma dan Syarat-Syarat

1. CIMB Bank - Kempen “Live Your Dream” (“Kempen”) adalah dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”).

2. Kempen ini diadakan bersempena dengan CIMB Islamic - Kempen “Live Your Dream” yang dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank Berhad ( "CIMB Islamic"). Dalam menjalankan Kempen sempena dengan CIMB Islamic, Hadiah di bawah Kempen ini akan datang dari Hadiah yang sama bertujuan untuk kempen yang dianjurkan oleh CIMB Islamic.

Tempoh Kempen

3. Kempen ini akan berlangsung dari 1 November 2017 sehingga 28 Februari 2018, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).

4. CIMB Bank menyimpan haknya apabila memberikan notis terdahulu yang mencukupi empat belas (14) hari kalendar untuk menukar tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen.

Kelayakan dan Kriteria Kelayakan

5. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad kredit utama (kecuali “Platinum Business Card” CIMB Bank dan Kad “Fuel Tanker”) yang dikeluarkan oleh CIMB Bank di Malaysia, yang merupakan warganegara Malaysia dan mempunyai nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan pembekal perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi atau U-Mobile dan dikekalkan di dalam rekod CIMB Bank (“Peserta Yang Layak”). Peserta Yang Layak yang menghantar SMS dari nombor telefon bimbit yang tidak dikekalkan di dalam rekod CIMB Bank tidak layak untuk menyertai Kempen ini. Akaun-akaun kad kredit CIMB Bank Peserta Yang Layak dirujuk secara kolektif sebagai “Akaun Kad Kredit Penyertaan”.

6. Kategori orang yang berikut TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:-

i) Kakitangan atau pekerja-pekerja tetap, kontrak dan/atau sambilan *Kumpulan Syarikat CIMB dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa, abang dan kakak); dan/atau

ii) Wakil dan/atau agen-agen (termasuk agen-agen pengiklanan dan promosi) Kumpulan Syarikat CIMB, VISA Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura yang mempunyai alamat pejabat di 30, Raffles Place, #10-00, Chevron House, Singapore 048622 (“VISA”) (termasuk subsidiari mereka dan syarikat-syarikat berkenaan) dan Mastercard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah State of Delaware, dengan pejabat dan tempat perniagaan utama di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America (“Mastercard”) (termasuk subsidiari mereka dan syarikat-syarikat berkenaan).

(2)

2

*Kumpulan Syarikat CIMB bermakna kumpulan syarikat / entiti undang-undang di mana CIMB Group Holdings Berhad, sebagai syarikat induk muktamad CIMB Bank yang mempunyai kepentingan kawalan, secara langsung atau tidak langsung, samada dengan sendiri atau subsidiari syarikatnya.

7. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak mesti pertama sekali mendaftar penyertaan mereka di dalam Kempen ini samada:-

(a) dengan menjawab khidmat pesanan ringkas CIMB Bank (“SMS”) yang dihantar kepada nombor telefon bimbit beliau yang dikekalkan di dalam rekod CIMB Bank dan taipkan A2 dan hantar kepada 62666 semasa Tempoh Kempen; atau

(b) dengan menghantar satu (1) SMS dengan menaip A3 atau A4 atau A5 atau A6 atau A7 atau A8 atau A9 <selang> nombor 6 digit terakhir Kad Pengenalan Peserta Yang Layak dan hantar kepada 62666 semasa Tempoh Kempen dengan menggunakan nombor telefon bimbit yang di kekalkan di dalam rekod CIMB Bank; atau

(c) dengan mendaftar secara talian di www.cimbbank.com.my/lyd semasa Tempoh Kempen.

8. Peserta Yang Layak dikehendaki menanggung semua caj telekomunikasi yang dikenakan untuk setiap SMS yang dihantar.

9. Setelah penyertaan Peserta Yang Layak berjaya didaftarkan mengikut Klausa 7 di atas, Peserta Yang Layak akan menerima pengesahan SMS daripada CIMB Bank.

10. Sekiranya pendaftaran SMS tidak lengkap, satu (1) SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit Peserta Yang Layak yang dikekalkan dalam rekod CIMB Bank tanpa sebarang kos untuk memberi notifikasi mendaftar semula melalui SMS. Peserta Yang Layak harus memastikan bahawa mereka telah memasukkan 6 digit terakhir Kad Pengenalan mereka dengan betul di dalam SMS. 11. Setelah Peserta Yang Layak berjaya didaftarkan, semua Akaun Kad Kredit Penyertaan akan

dikesan secara automatik untuk mengira penyertaan untuk Kempen ini. Bagi mengelakkan keraguan, sekiranya Peserta Yang Layak adalah pemegang kad utama yang dikeluarkan oleh CIMB Bank dan CIMB Islamic dan layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini serta kempen CIMB Islamic – Kempen “Live Your Dream”, perbelanjaan runcit Peserta Yang Layak dengan menggunakan kad kredit penyertaan yang dikeluarkan oleh CIMB Bank dan CIMB Islamic akan dikumpulkan dan tidak boleh dikira secara berasingan untuk tujuan mendapatkan penyertaan untuk memenangi Hadiah dalam Kempen.

Kriteria Penyertaan dan Hadiah

12. Setelah pendaftaran berjaya dilakukan seperti Klausa 7 di atas, Peserta Yang Layak harus membuat transaksi perbelanjaan runcit (seperti yang ditakrif di dalam Klausa 18 di sini) dengan menggunakan Akaun Kad Kredit Penyertaan dalam cara yang diterangkan di bawah untuk mendapat penyertaan-penyertaan semasa Tempoh Kempen untuk mendapatkan peluang memenangi Hadiah Harian dan/atau Hadiah Utama (seperti yang diterangkan di dalam Klausa 13 hingga 17 di sini):-

(3)

3

Hari Transaksi Perbelanjaan Runcit

Diluluskan

Transaksi-Transaksi Perbelanjaan Runcit Diluluskan Oleh CIMB Semasa

Tempoh Kempen

Bilangan Penyertaan Isnin, Selasa, Rabu, Khamis & Jumaat Setiap RM50 perbelanjaan runcit di

dalam satu (1) resit 1 penyertaan Sabtu & Ahad Setiap RM50 perbelanjaan runcit di

dalam satu (1) resit 3 penyertaan Transaksi-transaksi perbelanjaan runcit mata wang asing akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia (RM) untuk tujuan pengiraan perbelanjaan runcit dan akan berdasarkan kepada kadar pertukaran semasa CIMB Bank.

Hadiah Harian

13. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Peserta Yang Layak adalah layak untuk memenangi maksimum empat (4) Hadiah Harian sepanjang Tempoh Kempen. Butir-butir Hadiah Harian adalah seperti berikut:-

Tempoh Kempen Bilangan Pemenang Hadiah Harian Setiap Hari Jumlah Bilangan Hari Semasa Tempoh Kempen Jumlah Bilangan Hadiah Harian Yang Diberikan Semasa Tempoh Kempen Hadiah Harian Setiap Pemenang Jumlah Hadiah Harian Yang Diberikan Semasa Tempoh Kempen 1 Nov 2017 – 28 Feb 2018 10 120 1,200 RM100 Pulangan Tunai RM120,000 Pulangan Tunai 14. Tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini, Peserta Yang Layak adalah layak mendapatkan dan mengumpul penyertaan bermula dari hari pertama Kempen untuk berpeluang memenangi satu (1) daripada sepuluh (10) Hadiah Harian yang diberikan setiap hari ("Hari Kempen") semasa Tempoh Kempen tidak kira tarikh pendaftaran penyertaan Peserta Yang Layak dalam Kempen, dengan syarat pendaftaran dibuat dalam Tempoh Kempen. Sila rujuk contoh di bawah:-

Contoh:

Peserta Yang Layak A telah membuat pelbagai transaksi runcit dengan Akaun Kad Kredit Penyertaan sejak 1 November 2017. Akan tetapi, Peserta Layak A hanya berjaya mendaftarkan untuk Kempen ini pada 1Disember 2017. Tidak kira tarikh pendaftaran, semua transaksi runcit Peserta Yang Layak A dari 1 November - 28 Februari 2017 yang memenuhi keperluan perbelanjaan runcit akan dikumpulkan untuk pengiraan penyertaan untuk berpeluang memenangi Hadiah Harian semasa Tempoh Kempen selagi Peserta Yang Layak A telah berjaya mendaftar untuk Kempen dalam Tempoh Kempen.

15. Dalam usaha untuk berpeluang memenangi Hadiah Harian, Peserta Yang Layak hendaklah mendapatkan dan mengumpul penyertaan harian beliau, iaitu pada setiap Hari Kempen, di mana waktu Malaysia 0000 jam sehingga 2359 jam (24 jam) akan dianggap sebagai satu (1) hari.

(4)

4

Hadiah Utama

16. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Peserta Yang Layak adalah layak mendapatkan dan mengumpul penyertaan bermula dari hari pertama Kempen untuk berpeluang memenangi satu (1) daripada tiga (3) Hadiah Utama yang diberikan sepanjang Tempoh Kempen tidak kira tarikh pendaftaran penyertaan Peserta Yang Layak dalam Kempen, dengan syarat pendaftaran dibuat dalam Tempoh Kempen secara berikut:-

Kategori Hadiah Bilangan Hadiah

Hadiah Utama 1

Satu (1) unit Servis Apartment “Millerz Square” @OKR (Pemaju: Exsim) bernilai dalam anggaran *RM860,000.

*Nilai yang dinyatakan di atas adalah anggaran dan tidak konklusif dan tidak berdasarkan kepada apa-apa penilaian rasmi dilakukan oleh CIMB Bank. **Ciri-ciri Hadiah Utama 1 di atas adalah seperti berikut:

 Saiz Pembangunan Kasar: Lebih kurang 884 kaki persegi

 Projek oleh: LIM LEGACY DEVELOPMENT SDN BHD (ahli Exsim Group of Companies)  Nama Projek: Millerz Square @OKR ***Saiz yang dinyatakan di atas adalah anggaran sahaja dan berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh Pemaju dan tidak dijamin oleh CIMB Bank sebagai tepat.

1

Hadiah Utama 2 Satu (1) unit BMW 118i Sport 1

Hadiah Utama 3 Satu (1) unit BMW 118i Sport 1

Jumlah 3

17. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Peserta Yang Layak adalah layak mendapatkan dan mengumpul penyertaan bermula dari hari pertama Kempen untuk berpeluang memenangi satu (1) daripada tiga (3) Hadiah Utama, tidak kira tarikh pendaftaran penyertaan Peserta Yang Layak dalam Kempen dengan syarat bahawa pendaftaran tersebut dibuat dalam Tempoh Kempen. Sila rujuk kepada contoh di bawah.

Contoh:

Peserta Yang Layak B telah membuat pelbagai transaksi runcit dengan menggunakan Akaun Kad Kredit Penyertaan sejak 1 November 2017. Akan tetapi, Peserta Yang Layak B hanya berjaya mendaftar penyertaan beliau di dalam Kempen pada 1 Disember 2017. Tanpa mengira tarikh pendaftaran, semua transaksi runcit Peserta Yang Layak B yang dibuat dari 1 November 2017 - 28 Februari 2018 yang memenuhi keperluan perbelanjaan runcit masih akan dikumpul untuk mengira penyertaan dalam memenangi salah satu (1) daripada Hadiah Utama semasa Tempoh

(5)

5

Kempen selagi Peserta Yang Layak B telah berjaya mendaftar untuk Kempen dalam Tempoh Kempen.

18. Transaksi-transaksi perbelanjaan runcit untuk Kempen adalah perbelanjaan runcit dalam negara, luar negara dan/atau atas talian yang dicajkan ke sebarang Akaun Kad Kredit Penyertaan Peserta Yang Layak semasa Tempoh Kempen.

Transaksi-transaksi perbelanjaan runcit bermaksud transaksi-transaksi pembelian untuk barangan dan perkhidmatan untuk kegunaan peribadi dengan menggunakan Akaun Kad Kredit Penyertaan dan tidak termasuk transaksi-transaksi berikut:

(i) Transaksi yang dibuat atas “Platinum Business Card” CIMB Bank dan Kad “Fuel Tanker”; (ii) Transaksi Tunai Kuasi – (contohnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian);

(iii) Ansuran bulanan di bawah apa-apa kemudahan pembayaran ansuran yang disediakan oleh CIMB Bank;

(iv) Perkhidmatan arahan tetap / auto-pembayaran;

(v) Pembayaran yuran tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj fraud atau yuran-yuran, caj-caj atau penalti-penalti yang lain samada dikenakan oleh CIMB Bank atau sebaliknya;

(vi) Transaksi untuk pembayaran yang dibuat terhadap premium insurans dan/atau sumbangan takaful dalam apa jua sekalipun;

(vii) Transaksi pendahuluan wang / pengeluaran / deposit tunai; dan

(viii) Transaksi perbelanjaan runcit yang kemudiannya dibatalkan atau dipulangkan, dipertikaikan, tidak dibenarkan atau penipuan.

Sebarang penentuan oleh CIMB Bank berkenaan apa yang merupakan transaksi perbelanjaan runcit adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana cara sekalipun kecuali yang sama dilihat sebagai terlalu tidak adil.

19. Transaksi perbelanjaan runcit untuk tujuan Kempen ini akan dikira atas jumlah gabungan (utama dan tambahan) perbelanjaan kad kredit setiap Peserta Yang Layak. Sekiranya Peserta Yang Layak mempunyai pelbagai akaun kad kredit, transaksi perbelanjaan runcit yang dilakukan atas semua Akaun Kad Kredit Penyertaan termasuk akaun kad kredit utama dan tambahan akan digabungkan dan tidak diambil sebagai individu. Sila rujuk kepada contoh di bawah.

Contoh:

Akaun Kad Kredit Penyertaan Peserta Yang Layak C mempunyai 1 kad kredit utama CIMB dan 2 kad kredit tambahan CIMB. Semua transaksi menggunakan sebarang kad kredit tersebut yang memenuhi kriteria perbelanjaan runcit akan dikumpul untuk mengira jumlah penyertaan yang layak untuk Kempen.

20. Pengesanan transaksi-transaksi perbelanjaan runcit adalah berdasarkan kepada tarikh urusniaga dan/atau masa (waktu Malaysia) yang ditangkap dalam rekod-rekod transaksi CIMB Bank semasa Tempoh Kempen.

(6)

6

21. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kegagalan dan/atau kelewatan penghantaran bukti transaksi-transaksi jualan oleh VISA, Mastercard, peniaga-peniaga atau mana-mana pihak lain.

Proses Pemilihan Pemenang

22. Selepas tamat Tempoh Kempen, Peserta Yang Layak akan dipilih secara rawak melalui suatu sistem pemilihan automatik berdasarkan kepada penyertaan yang diperolehi oleh Peserta Yang Layak semasa Tempoh Kempen, untuk Hadiah berikut:-

i) Hadiah Harian

Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, sistem automatik Bank akan menjana sepuluh (10) pemenang berpotensi pada setiap Hari Kempen yang dirujuk dalam Klausa 13 di atas (jumlah 120 hari) berdasarkan kepada penyertaan harian yang diperolehi (“Pemenang Hadiah Harian Berpotensi”). Satu (1) notifikasi SMS akan dihantar sekali sahaja kepada Pemenang Hadiah Harian Berpotensi dan beliau dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan menjawab kepada SMS dengan jawapan yang betul dalam masa dua (2) hari bekerja dari tarikh SMS dihantar kepada Pemenang Hadiah Harian Berpotensi. Tarikh akhir (iaitu tarikh dan masa) untuk menjawab soalan akan dinyatakan di dalam SMS. Pemenang Hadiah Harian Berpotensi yang menjawab dengan betul akan diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Harian. Sekiranya Pemenang Hadiah Harian Berpotensi gagal memberi jawapan yang betul atau tidak menjawab dalam masa tarikh akhir yang diberi, beliau akan hilang kelayakan untuk memenangi Hadiah Harian dan Hadiah Harian akan dilucuthak. Hadiah yang dilucuthak tidak akan diberi kepada pemenang hadiah berpotensi yang seterusnya. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, caj telekomunikasi untuk jawapan melalui SMS adalah terpakai dan dibayar oleh Pemenang Hadiah Harian Berpotensi.

ii) Hadiah Utama

Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, sistem automatik Bank akan menjana senarai pemenang berpotensi (“Senarai”) dalam susunan berikut; Pemenang Hadiah Utama 1, diikuti Pemenang Hadiah Utama 2 dan diikuti Pemenang Hadiah Utama 3 (“Pemenang Hadiah Utama Berpotensi”). Pemenang Hadiah Utama Berpotensi akan dihubungi melalui telefon melalui nombor telefon bimbit yang dikekalkan di dalam rekod CIMB Bank dalam masa dua belas (12) minggu selepas tamat Tempoh Kempen dan dikehendaki menjawab dua (2) soalan dengan betul sebelum diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama. Sekiranya panggilan cubaan pertama kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi gagal, oleh sebab seperti tiada jawapan, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan atau sebab-sebab lain, dua (2) lagi cubaan akan dibuat untuk menghubungi Pemenang Hadiah Utama Berpotensi. Sekiranya cubaan kali ketiga tidak berjaya, Pemenang Hadiah Utama Berpotensi tersebut akan dilucuthak dan tidak berhak memenangi Hadiah Utama tersebut. Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang seterusnya yang dipilih berdasarkan kepada Senarai akan dinaikkan pangkat untuk memenangi Hadiah Utama di peringkat seterusnya. Sila rujuk kepada contoh di bawah:-

(7)

7

Contoh:

Oleh kerana Pemenang Hadiah Utama Berpotensi tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) kali percubaan, Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 1 akan dilucuthak dan tidak layak untuk memenangi Hadiah Utama 1. Akibatnya, Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 2 akan dinaik pangkat kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 1 dan Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 3 akan dinaik pangkat kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 2. Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 3 akan dipilih semula.

23. CIMB Bank mempunyai hak tunggal untuk menetapkan hari bekerja (Isnin – Jumaat) dan masa (9 pagi – 6 petang) untuk membuat panggilan telefon kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi. CIMB Bank tidak bertanggungjawab untuk panggilan yang dibuat kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang (i) tidak lengkap atau terputus kerana apa-apa sebab; (ii) tidak dijawab atau tidak diteruskan kerana ketiadaan Pemenang Hadiah Utama Berpotensi pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan/atau apa-apa sebab lain. Ia merupakan tanggungjawab Peserta Yang Layak untuk memastikan bahawa nombor telefon yang diberikan oleh mereka adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB Bank sekiranya terdapat sebarang perubahan yang dibuat oleh Peserta Yang Layak. CIMB Bank menyimpan hak untuk merekod perbualan telefon ini.

24. Semasa memilih pemenang Kempen, Akaun Kad Kredit Penyertaan untuk Peserta Yang Layak yang terpilih HARUS dalam keadaan baik dan TIDAK melanggar sebarang terma-terma dan syarat-syarat kad kredit CIMB Bank atau tertunggak, dan/atau tidak sah atau dibatalkan sekiranya tidak, mereka akan dilucuthak dari menyertai atau dipilih sebagai pemenang Kempen. 25. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pilihan pemenang untuk Hadiah Harian dan Hadiah

Utama [dinyatakan di dalam Klausa 22 (i) dan (ii)] dilakukan secara serentak.

26. Satu (1) Peserta Yang Layak adalah layak untuk memenangi maksimum empat (4) Hadiah Harian dan satu (1) Hadiah Utama semasa Tempoh Kempen (“Hadiah Maksimum”). Bagi mengelakkan keraguan, Peserta Yang Layak hanya boleh memenangi satu (1) kali Hadiah Maksimum di bawah Kempen ini dan CIMB Islamic – Kempen “Live Your Dream”.

27. Hadiah Harian akan dikreditkan oleh CIMB Bank ke dalam Akaun Kad Kredit Penyertaan Peserta Yang Layak dalam masa dua belas (12) minggu selepas tamat Tempoh Kempen.

28. Pemenang Hadiah Utama akan menerima surat notifikasi CIMB Bank dalam masa dua belas (12) minggu selepas tamat Tempoh Kempen.

29. Pemenang Hadiah Utama 1 harus mematuhi terma-terma tambahan berikut:

(a) Pemenang Hadiah Utama 1 harus menandatangani dan memulangkan kepada pemaju perjanjian jual beli (sale and purchase agreement) pemaju yang biasa, surat perjanjian bersama (deed of mutual covenants) dan semua dokumen yang berkaitan sepertimana yang dikehendaki oleh pemaju pada atau sebelum 31 Mei 2018 atau mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh CIMB Bank dan diberitahu oleh CIMB Bank kepada pemenang dan mematuhi terma-terma dokumen-dokumen tersebut;

(b) Pemenang Hadiah Utama 1 harus menandatangani surat ikatan penyerahan hak dalam format yang diterima oleh Bank memberikan hak bayaran balik harga pembelian atau

(8)

8

mana-mana bahagiannya di bawah perjanjian jual beli Hadiah Utama 1 termasuk sebarang kepentingan, pampasan atau ganti rugi dibayar oleh pemaju (sekiranya ada) ("Hak Bayaran Balik") kepada Bank dan pemenang tidak berhak kepada Hak Bayaran Balik atau apa-apa tuntutan atau pampasan yang timbul dari Hak Bayaran Balik;

(c) Pemenang Hadiah Utama 1 harus mempunyai kapasiti undang-undang penuh untuk memiliki Hadiah Utama 1 dan tidak dilarang oleh sebarang undang atau peraturan untuk memiliki Hadiah Utama 1;

(d) Hadiah Utama 1 adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan ketegori kegunaan tanah yang nyata atau tersirat atau dikenakan ke atas Hadiah Utama 1. Pemenang Hadiah Utama 1 bertanggungjawab, dalam kos dan perbelanjaannya sendiri, untuk mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan (jika berkenaan) daripada pihak berkuasa yang berkenaan untuk pindahmilik Hadiah Utama 1 kepada Pemenang Hadiah Utama 1. CIMB Bank tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara sekiranya pemenang tidak mendapat kelulusan yang diperlukan untuk pindahmilik Hadiah Utama 1 kepada beliau atau Hadiah Utama 1 tidak boleh dipindahmilik kepada pemenang atas apa jua sebab;

(e) saiz Hadiah Utama 1 yang dinyatakan di atas adalah anggaran sahaja dan tidak dijamin sebagai tepat. CIMB Bank tidak bertanggungjawab untuk sebarang percanggahan saiz dalam Hadiah Utama 1;

(f) melainkan dari harga pembelian Hadiah Utama 1 yang akan ditanggung oleh CIMB Bank, semua duti setem, yuran guaman, yuran pembayaran, yuran pendaftaran, yuran pemprosesan, caj perkhidmatan, caj penyelengaraan dan semua kos dan caj sampingan yang ditanggung untuk memiliki Hadiah Utama 1 atau kos-kos penyediaan untuk dokumen-dokumen sampingan lain yang berkaitan, akan ditanggung oleh Pemenang Hadiah Utama 1, sekiranya ada. Hak kepada Hadiah Utama 1 akan dilucut sekiranya Pemenang Hadiah Utama 1 gagal membayar yuran-yuran dan caj-caj dalam masa yang ditetapkan atau gagal memenuhi terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan untuk Hadiah Utama 1 (termasuk tetapi tidak terhad kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan oleh pemaju);

(g) semua cukai hartanah semasa dan masa depan (seperti cukai tanah dan cukai pintu), insurans, dan semua cukai lain, kos pengubahsuaian, utiliti, wang keluar, kos-kos, yuran-yuran dan perbelanjaan-perbelanjaan berkaitan dengan penyelengaraan Hadiah Utama 1 adalah tanggungjawab penuh Pemenang Hadiah Utama 1 bermula dari tarikh Pemenang menerima Hadiah Utama 1 dari CIMB Bank;

(h) sekiranya harga pasaran Hadiah Utama 1 atas apa jua sebab adalah lebih rendah daripada harga / nilai belian yang dinyatakan di dalam Klausa 16 di atas, CIMB Bank tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk perbezaan antara harga pasaran dan harga / nilai belian dan Pemenang Hadiah Utama 1 tidak layak membuat sebarang tuntutan untuk perbezaan tersebut;

(i) Hadiah Utama 1 adalah dalam pembangunan dan akan disiapkan dalam tempoh masa yang dinyatakan di dalam perjanjian jual beli; dan

(j) Pemenang Hadiah Utama 1 TIDAK dibenarkan untuk mencalon orang / entiti lain untuk menerina Hadiah Utama 1;

(k) sekiranya Pemenang Hadiah Utama 1 gagal mematuhi secara tegas terma-terma dan syarat-syarat di sini, CIMB Bank menyimpan hak untuk membatalkan Hadiah Utama 1 terhadap pemenang tersebut dan memilih Pemenang Hadiah Utama 1 lain. Dalam peristiwa seperti ini, CIMB Bank tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan untuk sebarang kos atau kehilangan yang ditanggung oleh pemenang tersebut.

(9)

9

30. Kecuali harga pembelian Hadiah Utama 2 dan Hadiah Utama 3 yang dibayar oleh CIMB Bank, pembayaran cukai, insurans dan/atau semua caj sampingan berkaitan Hadiah Utama 2 dan Hadiah Utama 3 akan dibayar oleh Pemenang Hadiah Utama 2 dan Pemenang Hadiah Utama 3 masing-masing, sekiranya ada. CIMB Bank TIDAK bertanggungjawab untuk membayar kos cukai jalan, insurans kenderaan, kos mengangkut kenderaan kepada Pemenang Hadiah Utama 2 dan/atau Pemenang Hadiah Utama 3 dan/atau sebarang kos sampingan yang lain.

31. Pemenang Hadiah Utama bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB Bank untuk mendedahkan maklumat-maklumat mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar / ejen yang akan menghubungi Pemenang Hadiah Utama berkenaan penghantaran atau penebusan Hadiah Utama. Pemenang Hadiah Utama bertanggungjawab untuk membuat susunan yang perlu dengan CIMB Bank dan/atau pemaju / pengedar / ejen untuk memungut atau menebus Hadiah Utama mereka. CIMB Bank tidak bertanggungjawab untuk membayar kos penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau kos lain yang dibayar atau harus dibayar oleh pemenang-pemenang semasa menebus atau menggunakan Hadiah Utama.

32. Pemenang Hadiah Utama dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau program publisiti lain sebagaimana dan apabila dikehendaki atas kos dan perbelanjaan sendiri. Sekiranya Pemenang Hadiah Utama gagal menghadiri majlis dan/atau program publisiti tanpa sebab-sebab yang sah, CIMB Bank menyimpan hak untuk melucuthak hadiah pemenang dan memilih pemenang lain.

33. Semua Hadiah Utama tidak boleh dipindahkan ke pihak ke-3, ditukar dengan wang tunai atau hadiah yang berbeza atau hadiah yang sama atau apa-apa alternatif lain dalam apa jua keadaan. Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am

34. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat kepada Terma-terma dan Syarat-syarat di sini dan keputusan-keputusan CIMB Bank. Keputusan CIMB Bank dan/atau hakim-hakim CIMB Bank berkenaan Kempen ini adalah muktamad, terikat dan konklusif. CIMB Bank menyimpan hak dan budi bicara mutlak untuk melucuthak dan/atau menolak Peserta Yang Layak yang ditentukannya atau disyaki secara munasabah mengganggu proses atau operasi Kempen atau bertindak melanggar Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

35. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak membenarkan dan bersetuju bahawa CIMB Bank berhak untuk menerbitkan dan/atau memaparkan bahan-bahan dan/atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama-nama dan gambar-gambar Peserta Yang Layak yang memenangi Hadiah Utama dan/atau Hadiah Harian untuk Kempen ini ("Pemenang") untuk tujuan pengiklanan dan publisiti dalam apa-apa cara yang difikirkannya sesuai. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan pemenang alternatif dipilih

.

36. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk Hadiah, produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Kempen ini. Semua Hadiah, produk dan/atau perkhidmatan (dimana berkenaan) ditawarkan dan/atau diberi semata-mata oleh

(10)

penjual-10

penjual dan pembekal-pembekal yang berkenaan, di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh penjual-penjual dan pembekal-pembekal tersebut, dan CIMB Bank tidak menerima sebarang tanggungjawab (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, barbangkit, teladan, punitif atau gantirugi khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) walaubagaimana timbul samada secara kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya berkaitan dengan Kempen melainkan perkara yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian kasar atau kemungkiran ingkar CIMB Bank.

37. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak bersetuju untuk tidak memegang CIMB Bank bertanggungjawab sekiranya CIMB Bank tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana obligasinya di dalam ini, secara langsung atau tidak langsung akibat daripada kegagalan mana-mana alat mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrikal, pertikaian perindustrian, apa-apa tindakan di luar kawalan CIMB Bank atau disebabkan oleh sebarang faktor dalam bentuk force majeure. Sebarang ketidakmampuan untuk menyediakan hadiah-hadiah kerana tidak lengkapnya dan/atau ketidaksediaan produk masing-masing oleh pihak pemaju / pengedar / penjual akan dianggap sebagai peristiwa force majeure dan CIMB Bank berhak menggantikan hadiah-hadiah dengan hadiah-hadiah kos sama atau setara.

38. CIMB Bank tidak akan melayan sebarang aduan berkenaan Hadiah Utama. Hadiah Utama tidak disahkan oleh CIMB Bank dan tidak dalam sebarang situasi kemasukan Hadiah Utama di dalam Kempen ini dianggap sebagai pengendorsan atau cadangan Hadiah Utama oleh CIMB Bank. Liabiliti CIMB Bank berkenaan Hadiah Utama adalah hanya untuk membayar harga pembelian kepada pemaju / pembekal / ejen sahaja.

39. Dengan menyertai Kempen dan/atau menerima Hadiah, Peserta Yang Layak dan/atau pemenang Hadiah bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB Bank dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka berhubungan dengan penyertaan Peserta Yang Layak di dalam Kempen dan/atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah oleh pemenang Hadiah. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta Yang Layak atau mana-mana pihak untuk sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami oleh Peserta Yang Layak atau mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, turutan, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) yang timbul, berhubung dengan penyertaan atau bukan penyertaan dalam Kempen ini melainkan ianya adalah disebabkan oleh kecuaian kasar atau keingkaran CIMB Bank.

40. CIMB Bank menyimpan hak untuk menggantikan Hadiah yang ditawarkan di dalam Kempen ini dengan hadiah-hadiah yang mempunyai kos yang sama atau setara dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar kepada Peserta Yang Layak.

41. CIMB Bank berhak meminda, mengubahsuai, menggugurkan, menambah atau mengubah (“Pindaan”) sebarang Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau mana-mana bahagiannya dengan memberi notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peserta Yang Layak. Tiada

(11)

11

pampasan wang tunai mahupun dalam sebarang bentuk akan diberi kepada Peserta Yang Layak untuk sebarang kehilangan atau gantirugi yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Yang Layak secara langsung atau tidak langsung daripada pindaan, ubahsuaian, pengguguran, penambahan atau pengubahan Terma-terma dan Syarat-syarat ini kecuali disebabkan oleh kecuaian kasar dan/atau keingkaran CIMB Bank.

42. Notifikasi kepada Peserta Yang Layak berkenaan Pindaan adalah mengikut budi bicara mutlak CIMB Bank melalui mana-mana satu (1) cara komunikasi berikut, khususnya, dengan menghantar notis tersebut melalui pos biasa ke alamat terakhir Peserta Yang Layak yang diketahui atau dengan mempamerkan notis Pindaan di setiap cawangan CIMB Bank di mana butiran berkenaan Pindaan tersebut mungkin diberi di dalam notis itu sendiri atau mungkin diberi kepada Peserta Yang Layak atas permintaan atau dengan mengiklankan Pindaan di dalam satu surat khabar pilihan CIMB Bank atau melalui laman web CIMB Bank atau melalui mel elektronik atau apa-apa cara notifikasi lain pilihan CIMB Bank dan Pindaan sedemikian dianggap terikat atas Peserta Yang Layak pada tarikh notifikasi Pindaan tersebut atau pada tarikh-tarikh lain sepertimana yang dinyatakan secara khusus oleh CIMB Bank di dalam notifikasi tersebut. Peserta Yang Layak mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB Bank pada selang masa yang tetap untuk melihat Terma dan Syarat ini dan untuk memastikan bahawa dia sentiasa dikemaskinikan dengan apa-apa perubahan atau variasi kepada Terma dan Syarat yang terkandung di sini.

43. Terma-terma dan Syarat-syarat di sini (sebagaimana yang boleh dipinda dari semasa ke semasa di bawah Klausa 41 harus dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat kad CIMB Bank dan/atau perjanjian akaun dan/atau produk-produk yang berkaitan dan akan mengatasi semua terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak konsisten yang terkandung di dalam mana-mana bahan-bahan promosi dan/atau pengiklanan berkaitan dengan Kempen ini.

44. Imej-imej hadiah, benda dan reka bentuk yang dipaparkan di dalam mana-mana bahan pengiklanan termasuk laman web dan semua bahan bercetak berhubungan Kempen ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Model / produk / warna sebenar mungkin berbeza.

45. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris atau versi bahasa lain Terma-terma dan Syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan digunapakai. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, di mana permintaan dibuat oleh Peserta Yang Layak dan dicatatkan dan diakui oleh CIMB Bank di dalam rekod bahawa versi Bahasa Malaysia untuk terma-terma dan syarat-syarat ini harus mengawal operasi Kempen Akaun Kad Kredit Penyertaan, versi Bahasa Malaysia Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan digunapakai.

46. Untuk sebarang maklumbalas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen, Peserta Yang Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank di alamat, nombor telefon dan nombor faks berikut (ataupun di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks sepertimana yang dipinda oleh CIMB Bank secara notifikasi kepada Peserta Yang Layak): Unit Resolusi Pelanggan, Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 603 6204 7788 / Faks: 603 2691 3248 / cru@cimb.com.

Referensi

Dokumen terkait

Telah dilakukan pelapisan elektroles Nikel-Posfor (Ni-P) pada baja tahan karat martensitik SS 420 dengan berbagai variasi suhu dan waktu perlakuan panas.. Karakteristik

Pada umumnya metode yang digunakan untuk me-monitoring suatu pekerjaan adalah dengan metode kurva S yang mana bobot setiap pekerjaan dalam metode ini adalah

Kajian ini juga mendapati terdapat kesan kehadiran spiritual sebagai moderator dalam hubungan kepintaran emosi dengan tingkah laku kewargaan organisasi tetapi

Uji akurasi dilakukan pada tiap-tiap hasil klasifikasi multipsektral maximum likelihood guna memperoleh informasi akurasi yang terbaik dari beberapa metode pan-sharpend dalam

Salah satu media yang dapat digunakan yaitu LKS (lembar kerja siswa). Media LKS ini digunakan sebagai sarana untuk mengoptimalkan proses pelaksanaan tugas

Data yang di gunakan dalam penelitian ini adalah dimensi tubuh yang di butuhkan untuk perhitungan dalam perancangan kompor ekonomis dengan bahan bakar oli bekas ini1. Data sekunder

Kesejahteraan dan Sosial Provinsi Sumatera Utara, serta proses pengadaan peralatan-peralatan kebutuhan Dinas Kesejahteraan dan Sosial Provinsi Sumatera Utara dan

BAB III PERBANDINGAN TEORI DENGAN PELAKSANAAN PENGANGKATAN ANAK SAAT INI DI MASYARAKAT Bab ini menguraikan tentang, dalam rangka pelaksanaan perlindungan anak dalam