SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA (2) KERTAS KERJA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
BULAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014
1. Tajuk
Minggu Seni @ Bulan Pusat Sumber Sekolah
2. Pendahuluan
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang.
3. Objektif
3.1 mengetahui bahawa seni merupakan salah satu cabang keusahawanan.
3.2 melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
menyeronokkan
3.3 menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
3.4 mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
3.5 memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
3.6 menarik minat murid dalam bidang keusahawanan
4. Pelaksanaan
Tarikh : 19 – 23 Mei 2014
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : waktu DSV
Tempat : Kelas masing-masing
5. AJK Pelaksana
Penasihat : Pn Khadijah bt Udin (Guru Besar) Pengerusi : En Balpanaban Nair
Penyelaras : Pn Norhafizah Hamzah Setiausaha : Pn Suriana Abdullah
Hadiah : Cik Che Madiah Jusoh
Peralatan : Semua guru PSV
6. Sasaran
Semua murid tahun 1 hingga 6
7. Pelaksanaan / Aktiviti
7.1 Pertandingan mewarna bagi murid tahun 1
7.2 Pertandingan menghasilkan kolaj ikan bagi murid tahun 2
7.3 Pertandingan menghasilkan kolaj lady bird bagi murid tahun 3 7.4 Pertandingan menghasilkan corak mozek bagi murid tahun 4 7.5 Pertandingan membuat corak montaj bagi murid tahun 5 7.6 Pertandingan menghasilkan anyaman bagi murid tahun 6
8. Kewangan
Sumber kewangan adalah dari akaun PCG sekolah BI
L HADIAH RM
1. Hadiah individu
Tempat pertama – 6 X RM12 Tempat kedua – 6 X RM10 Tempat Ketiga – 6 X RM8
Jumlah
RM72 RM60 RM48
RM180
9. Cadangan Hadiah Hadiah individu
Tempat pertama – oil pastel 36 warna (6 X RM12) Tempat kedua – oil pastel 24 warna (6 X RM10) Tempat ketiga – oil pastel 16 warna (6 X RM8)
10. Penutup
Adalah diharap aktiviti ini dapat dijalankan dalam keadaan yang menyeronokkan dan mempunyai input yang baik serta menyumbang terhadap pembentukkan insan yang berketrampilan dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Disediakan oleh, Disah dan diluluskan oleh,
... ...
(NORHAFIZAH HAMZAH) (PN KHADIJAH BINTI UDIN)
Ketua Panitia PSV Guru Besar