PERKAITAN DI ANTARA FAKTOR SOSIOEKONOMI DENGAN KESEJAHTERAAN EKONOMI KELUARGA WARGA TUA DI MUKIM KUALA BERANG
ABSTRAK
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan Limpah dab KurniaNya dapatlah kami menyempurnakan penyelidikan ini yang bertajuk Perkaitan Di Antara Faktor Sosioekonomi Dengan Kesejahteraan Keluarga Warga Tua Di Mukim Kuala Berang, Terengganu dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Profesor Madya Wan Ibrahim bin Wan Ahmad yang telah banyak membantu kami sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh tersebut sangatlah dihargai dan disanjungi.
Terima kasih juga ditujukan kepada semua penduduk Kampung Rahmat,Kampung Tanjung Putat, Kampung Pasir Nering dan Kampung Gaung sama ada yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam kajian ini. Kepada responden yang terlibat terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga kepada semua komuniti setempat yang telibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan penulisan ini.
Ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada pihak Universiti Utara Malaysia atas memberi sokongan dan kerjasama dalam menyiapkan kajian ini. Teristimewa juga untuk keluarga kami yang banayk berkorban masa dan tenaga bagi membantu menyiapkan kajian ini. Jasa dan pengorbanan mereka tidak akan kami lupakan. Semoga Allah merahmati dan memberkati mereka.
secara langsung atau secara tidak lansung dalam menghulurkan bantuan dan tunjuka ajar sehingga kami dapat menyiapkan penyelidikan ini. Budi anda semua tetap saya kenang.
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1: Pengenalan
Matlamat utama kajian ini ialah untuk memerihalkan perkaitan di antara faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua di mukim kuala berang. Sebelum membincangkan aspek-aspek tersebut dalam bab-bab seterusnya, dalam bab ini dibincangkan latar belakang penuaan penduduk yang terjadi di peringkat dunia secara umum untuk mendapat gambaran yang jelas tentang senario kesejahteraan ekonomi warga tua penduduk yang terjadi di Malaysia. Secara khusus dalam Bab I ini dibincangkan aspek pengenalan, pernyataan masalah, kerangka teori, objektif kajian, , kerangka konseptual yang digunakan untuk menganalisis hasil kajian.
Manakala Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2001) melaporkan bahawa terdapat 1.4 juta warga emas di Malaysia dan wanita merangkumi 52.3 peratus daripada jumlah tersebut. Menurut Hamid et al. 2010 menyatakan jumlah yang lebih tinggi bagi warga emas wanita berpunca daripada jangka hayat wanita yang lebih tinggi berbanding lelaki ,75 tahun untuk wanita manakala 70 tahun untuk lelaki Manakala umur persaraan wajib di Malaysia adalah pada umur 60 tahun, antara yang terendah di Asia. Ini bermakna secara purata, jangkaan tempoh kehidupan selepas persaraan adalah lebih kurang 20 tahun. Dalam erti kata lain, warga emas yang telah bersara perlu mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat untuk jangka masa yang panjang.
Berasaskan apa yang dihuraikan di atas, maka secara khusus kajian ini dilakukan untuk menganalisis mengkaji perkaitan di antara faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua di mukim kuala berang. Kajian ini memilih faktor umur, pendidikan, pendapatan, jantina dan jumlah anak sebagai faktor sosioekonomi mempengaruhi kesejahteraan ekonomi warga tua.
1.2: Pernyataan Masalah
penduduk yang aktif dalam ekonomi. Walau bagaimanapun, daripada jumlah tersebut, hanya 39.5% iaitu dalam lingkungan 351,800 orang daripada mereka berada dalam pasaran buruh.
Sehingga sekarang telah agak banyak kajian yang pernah dilakukan yang bertujuan untuk perkaitan di antara faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua. Kajian ini ialah untuk menguji perkaitan di antara faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua di mukim Kuala Berang. Kajian ini kebanyakan menumpukan kepada analisis perkaitan di antara faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua.
Terdapat beberapa kajian mengenai pelbagai isu warga emas telah dijalankan di Malaysia. Masalah kewangan merupakan satu tekanan hidup yang akan dilalui oleh warga emas terutamanya mereka yang miskin, tiada harta benda atau hanya bergantung kepada wang pencen sahaja . Di Semenanjung Malaysia, kadar kemiskinan isi rumah adalah tinggi bagi ketua isi rumah yang berumur 61 tahun ke atas. Menurut Tan dan Ng (2000), pertumbuhan warga emas di Malaysia adalah sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi perubatan di negara ini di mana semakin banyak bilangan hospital serta bilangan doktor dan katil yang disediakan di hospital, semakin ramai orang tua.
taraf hidup sehingga mendorong golongan wanita tua bekerja bagi menampung perbelanjaan harian keluarga mereka.
Oleh kerana terdapat banyak isu yang timbul tentang warga tua, penyelidik mengambil keputusan untuk mengkaji perkaitan di antara faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua. Banyak kajian yang di buat tentang isu penjagaan warga tua tetapi kurang memfokuskan mengenai perkaitan faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi warga tua. Justeru itu, Penyelidik mengambil keputusan untuk mengkaji perkaitan di antara faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua
1.3: Kerangka Teori
Manakala Ryff (1989) mengemukakan bahawa terdapat tiga bahagian yang berupa teori yang berbeza dalam mengertikan kesejahteraan, antaranya (i) teori pembangunan manusia, (ii) teori psikologi, dan (iii) teori kesihatan mental, terutamanya kesihatan metal positif. Ryff mengusulkan enam komponen kesejahteraan, iaitu: sambutan peribadi, matlamat hidup, penguasaan lingkungan, autonomi, perkembangan peribadi dan hubungan positif kepada hal-hal lain. Kesejahteraan dan kualiti hidup merupakan konsep yang sangat sukar dijelaskan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengkaji-pengkaji terdahulu berpendapat bahawa kesenangan hidup, barangan material dan pekerjaan yang berfaedah adalah merupakan harapan yang sangat penting. Kesemua ini adalah makna daripada kesejahteraan.
Menurut Fletcher dan Lorenz (1985) menyatakan usaha awal untuk mengukur kesejahteraan, khususnya kesejahteraan material dibuat menggunakan pendekatan objektif; iaitu berdasarkan pendapatan wang. Melalui pendekatan ini, warga tua boleh ditanya tahap kesejahteraan mereka melalui pendapatan keluarga mereka. Pengukuran konsep berdasarkan pendekatan objektif dibuat secara kuantitatif dan dikira berdasarkan nilai wang (Rudd & Kline, 1976). Nilai wang ini, seperti yang dianalisis oleh pengkaji, mungkin berupa pendapatan semasa, pendapatan isi rumah, serta kekayaan lain (Cheal, 1983), atau termasuk juga pendapatan daripada bantuan awam, bonus, pendapatan yang diperoleh daripada persaraan (Leon, 1985), dan lain-lain bentuk pendapatan. Rudd dan Kline (1976) menyatakan pendapatan wang merupakan ukuran objektif yang paling biasa digunakan untuk mengukur kesejahteraan material.
warga tua. Teori ini mempercayai manusia berpotensi untuk perkembangan psikologi yang sihat dan berupaya mengatasi kesukaran yang timbul dalam proses perkembangan. Lapan peringkat telah dikenal pasti oleh beliau di dalam perkembangan manusia iaitu peringkat pertama adalah Peringkat kepercayaan lawan curiga (lahir – 18 bulan). Peringkat perkembangan Ini adalah sangat penting kerana ianya mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalamannya. Bayi mula belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain.. kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi masalah dan kecurigaan akan melemahkan keupayaan seseorang untuk mengatasi masalah.
Peringkat kedua adalah Peringkat Autonomi lawan perasan malu/curiga (18 bulan – 3 tahun). Pada peringkat ini bayi akan membina keyakinan diri dan autonomi apabila beliau merasa bebas untuk melakukan sesuatu. Jika terlalu banyak halangan atau bantuan yang diberikan kanak-kanak akan merasa curiga, terhina dan kurang keyakinan diri. Peringkat ketiga adalah Peringkat Inisiatif lawan kesalahan ( 3-6 tahun ). Inisiatif merupakan trait yang akan membantu individu itu sepanjang hayatnya. Melalui galakan, kanak-kanak akan menyedari potensi mereka sebaliknya jika tidak diberi inisiatif dan terdapat halangan akan mengakibatkan kanak-kanak sering rasa bersalah.
mereka akan menjadi lebih tekun dan berminat dalam pelajaran. Sementara itu mereka akan merasa kecewa dan perasaan rendah diri akan terbentuk sekiranya keinginan mereka dihalangi.
Peringkat kelima adalah Peringkat identiti lawan kekeliruan identiti (12 – 18 tahun). Ini merupakan peringkat remaja di mana mereka cuba mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Mereka cuba mendapatkan kestabilan diri dalam masyarakat sekiranya gagal mereka akan meragui peranan mereka dalam masyarakat . Peringkat keenam adalah peringkat kerapatan lawan pengasingan (18 – 35 tahun). Individu akan melalui peringkat awal dewasa yang memerlukan perhubungan yang akrab dengan individu lain. Halangan akan menyebabkan pengasingan diri.
Peringkat ketujuh adalah peringkat Pewarisan lawan pemusatan kendiri (35 – 60 tahun). Pada peringkat ini individu telah boleh dipertanggungjawabkan, boleh diwariskan untuk melakukan kerja-kerja yang baik. Bagi mereka yang gagal menjalankan tanggungjawab akan menjadi individu yang mementingkan diri sendiri dan akan merasa kecewa dengan hidupnya. Peringkat kelapan adalah peringkat Kesepaduan lawan putus asa. ( 60 tahun– akhir hayat ) Individu akan menerima hakikat kehidupan sebagai proses semula jadi dan sentiasa melakukan refleksi diri. Jika individu itu berpuas hati dengan tentang kehidupan yang dilaluinya akan mencapai rasa kesepaduan sebaliknya jika beliau menyesal tentang peluang yang terlepas pada masa lalu, dia akan merasa putus asa.
tanggungjawabnya pada peringkat ketujuh, ianya akan mempengaruhi tahap kesejahteraan ekonomi semasa peringkat tua. Pada peringkat tua iaitu umur 60 tahun ke atas manusia berusaha untuk menerima diri dan berpuas hati dengan kehidupannya. . Kajian ini bertujuan untuk memahami perkaitan di antara faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua. Lumrah kehidupan masa tua bukan sahaja di Malaysia tetapi merupakan satu fenomena global yang berlaku di seluruh pelosok dunia.
1.4: Objektif Kajian
Kajian ini secara umumnya dilakukan untuk mengkaji perkaitan di antara faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua di mukim Kuala Berang. Secara khususnya pula kajian ini dilakukan untuk ;
1.4.1 Mengenalpasti profil sosial demografi warga tua di mukim Kuala berang, Terengganu. 1.4.2 Mengukur perkaitan di antara faktor umur dengan tahap kesejahteraan ekonomi keluarga
warga tua.
1.4.3 Mengenal pasti perkaitan di antara pendapatan dengan tahap kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua.
1.4.4 Menganalisis perkaitan di antara faktor jumlah anak dengan tahap kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua.
1.4.5 Mengkaji perkaitan di antara faktor pendidikan dengan tahap kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua.
1.4.6 Mengukur perbezaan tahap kesejahteraan ekonomi warga tua mengikut jantina
Dalam mengkaji perkaitan di antara faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua di mukim Kuala Berang, penyelidik membina beberapa hipotesis berdasarkan kepada persoalan kajian seperti berikut:
1.5.1 Tidak terdapat perkaitan antara faktor umur dengan tahap kesejahteraan ekonomi warga tua di kawasan kajian
1.5.2 Tidak terdapat hubungan antara tahap pendidikan dan tahap kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua di kawasan yang dikaji.
1.5.3 Tidak terdapat hubungan antara tahap pendapatan dan tahap kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua di kawasan yang dikaji.
1.5.4 Tidak terdapat hubungan antara jumlah anak dengan tahap kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua di kawasan yang dikaji.
1.5.5 Tidak terdapat perbezaan tahap kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua di kawasan yang dikaji mengikut jantina.
1.6: Kerangka Konseptual
Kesejahteraan ekonomi warga tua adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Para pengkaji yang mengkaji perkaitan faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi warga tua. Mereka telah
berjaya mengukur apakah faktor sebenar yang dianggap berkaitan dengan faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi warga tua. Antara faktor yang berjaya diselidik termasuklah umur, pendidikan, pendapatan, jantina, dan jumlah anak dan pelbagai faktor lain.
Semua penyelidik menghuraikan perkaitan faktor sosioekonomi dengan tahap kesejahteraan
kesejahteraan ekonomi warga tua. Menurut kajian Ng dan Tey (2006) ke atas 1142 warga emas di bandar mendapati mereka yang sudah mencapai umur bersara bersedia untuk bekerja atau aktif
di dalam aktiviti ekonomi sekiranya kesihatan mereka baik dan bagi yang tidak mempunyai sumber pendapatan, bekerja selepas bersara menjadi satu keperluan. Malah terdapat responden yang sanggup mempelajari teknologi baru dengan menghadiri latihan kemahiran atau kursus
pra-persaraan semata-mata bagi memenuhi keperluan pasaran buruh.
Manakala, faktor pendidikan merupakan satu faktor penting yang dianggap berkaitan dengan kesejahteraan ekonomi warga tua. Menurut Adam Smith (1776) menyatakan penyebab kesejahteraan suatu Negara dengan membangunkan dua faktor iaitu faktor ekonomi dan
pembentukan kualiti manusia. Faktor yang kedua inilah yang sampai saat ini telah menjadi isu utama tentang pentingnya pendidikan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Seterusnya, faktor tahap pendapatan merupakan satu faktor utama yang berkaitan dengan kesejahteraan ekonomi warga tua. Berdasarkan laporan Rancangan Malaysia Ke-8, isi rumah yang diketuai oleh warga emas 65 tahun ke atas mengalami insiden kemiskinan yang tinggi iaitu 22.7 peratus. Mengikut Suraiya (2007), dunia persaraan selalunya diabaikan kerana menganggap masanya masih jauh dan kebanyakannya terlalu bergantung kepada wang pencen atau dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Apabila tiba saat persaraan, wang KWSP yang diterima digunakan untuk pelbagai tujuan sehingga tiada berbaki.
Pihak KWSP melaporkan 72.0 peratus daripada pencarum yang mengeluarkan wang simpanan
terpaksa bekerja semula terutamanya dari kalangan yang berpendapatan rendah. Mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan, pembantu stesen minyak dan berniaga secara kecil-kecilan. Bagi
menghadapi dunia persaraan, setiap individu yang bekerja harus menabung sekurang-kurangnya 10.0% daripada wang gaji setiap bulan. Individu yang bekerja dikatakan dapat bersara dengan selesa apabila mempunyai sekurang-kurangnya 70.0% daripada gaji bulanan diterima ketika bekerja.
Faktor jantina merupakan satu faktor penting yang dianggap berkaitan dengan kesejahteraan ekonomi warga tua. Menurut kajian oleh Jariah et.al 2008 terhadap 1,841 responden yang berumur antara 55-75 tahun di Semenanjung Malaysia mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi sumber dan jumlah pendapatan antara warga emas lelaki dengan warga emas wanita. Warga emas lelaki yang mempunyai pendapatan berpencen melaporkan min pendapatan yang lebih tinggi berbanding warga emas wanita. Pada masa yang sama, bagi warga emas yang tinggal berseorangan lebih terdedah kepada kemiskinan. Oleh itu warga emas wanita lebih banyak bergantung kepada bantuan daripada anak-anak dari segi kewangan dan sokongan sosial.
sosioekonomi anak-anak warga tua di Limbongan itu sendiri. Anak-anak warga tua yang selalu menziarahi ibu bapa di Limbongan dari segi geografinya, adalah tinggal berdekatan.
Satu kajian telah dilakukan untuk melihat status ekonomi golongan ini (lihat Tengku Aizan et al. 2006). Hasil kajian mendapati insiden kemiskinan di kalangan warga emas di Sabah ialah 21.7% (253 responden), Sarawak 34.3% (233 responden) dan Semenanjung Malaysia 33.6% (1841 responden). Peratusan ini boleh dianggap tinggi dan memerlukan perhatian yang sewajarnya dari pihak berwajib. Sumber utama pendapatan golongan tua yang dikaji ini adalah pelbagai iaitu dari upah (20.41%), sewa(4.25%), sumbangan anak lelaki (60.68%), sumbangan anak wanita (43.45%), aktiviti pertanian (9.58%), sumbangan cucu (4.3%), pencen (17.8%), keuntungan perniagaan (8.25%), dividen atau royalti (1.42%) dan bonus (1.42%). Penemuan ini menggambarkan bahawa sebahagian besar warga emas yang dikaji bergantung kepada sumbangan kewangan dari anak-anak.
Berasaskan huraian di atas, maka didapati terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi
kesejahteraan ekonomi warga tua. Faktor tersebut tidak terbatas. Walau bagaimanapun kajian ini hanya memilih pemboleh ubah umur, pendidikan, pendapatan, jantina dan jumlah anak sebagai
faktor mempengaruhi kesejahteraan ekonomi warga tua. Perkaitan di antara lima faktor ini ditunjukkan melalui Rajah 1.
Kerangka Konsep
1.7 Struktur Penulisan
Secara keseluruhannya Bab 1 ini membincangkan tentang pengenalan kajian, pernyataan masalah, pendekatan teori yang digunakan untuk mengkaji perkaitan di antara faktor sosioekonomi dengan kesejahteraan ekonomi keluarga warga tua. Dalam bab ini juga ada menerangkan pernyataan masalah di mana di dalam pernyataan masalah ini pengkaji menerangkan dengan jelas tentang isu yang ingin dikaji. Pengkaji juga cuba meyakinkan pembaca bahawa tajuk yang dikaji ini merupakan masalah yang amat penting dan perlu diambil tindakan segera.
BAB 2: SOROTAN LITERATUR
Pemboleh ubah Bebas Pemboleh ubah Terikat
PENDIDIKAN UMUR
JANTINA
PENDAPATAN
JUMLAH ANAK
2.1: Pengenalan
Bab ini secara khususnya membincangkan definisi proses penuaan penduduk, definisi warga tua, definisi tahap kecukupan ekonomi, faktor mempengaruhi tahap kecukupan ekonomi dalam kalangan warga tua di Mukim Kuala Berang, Terengganu. Tujuan utama sorotan literatur adalah untuk mengenal pasti perkaitan faktor sosioekonomi dengan tahap kesejahteraan ekonomi warga tua melalui laporan penyelidikan dan kajian lepas.
2.2: Definisi Proses Penuaan Penduduk
Warga tua merupakan fenomena yang berlaku di seluruh dunia. Warga tua merupakan fitrah alam dan kejadian manusia. Setiap manusia yang hidup akan pasti melalui zaman umur tua. Setiap manusia bermula dengan bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua. Warga tua adalah realiti yang tidak dapat dinafikan warga tua adalah salah satu perkara utama yang diambil berat oleh kerajaan. Impaknya terhadap masyarakat dan negara bergantung kepada sejauh mana penerimaan masyarakat bersedia untuk menghadapinya dan membantunya supaya lebih produktif dan kondusif. Warga tua wujud apabila peratusan penduduk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas mencecah 15% daripada jumlah penduduk. Warga tua menyentuh setiap aspek hidup individu, masyarakat dan negara. Situasi kehidupan di peringkat tua bergantung kepada perjalanan dan perancangan hidup di peringkat awal lagi.
Peningkatan jumlah warga tua berpunca daripada beberapa faktor. Antara faktor yang
menyumbang peningkatan ini adalah kemajauan dalam bidang kesihatan dan pemakanan. Ini
berdasarkan Wan Ibrahim Wan Ahmad (1999) menyatakan dengan adanya kemajuan dalam
bidang perubatan, serta pembaikan ke atas aspek pemakanan dan kesihatan masyarakat, jangkaan
hayat penduduk mengalami peningkatan, dan jangkaan hayat penduduk hari ini jauh lebih tinggi
berbanding jangkaan hayat penduduk pada masa lalu. Mengikut jangkaan, peningkatan jumlah
warga tua akan terus berkembang. Justeru itu, pengkaji merasa terpanggil untuk melakukan
kajian faktor perkaitan sosioekonomi dengan tahap kesejahteraan ekonomi warga tua.
2.3: Definisi Warga Tua
Warga tua ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak dalam Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara (1999) pula, golongan warga tua didefinisikan sebagai golongan yang telah meningkatkan usia 60 tahun dan ke atas dan golongan ini juga dikatakan sebagai golongan orang kurang upaya (OKU). Warga tua ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 65 tahun (Word Health Organization, 2008). Pakar gerontologi pula mentakrifkan warga tua kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada mereka berumur 65 hingga 74 tahun iaitu pada peringkat umur tua awal. Manakala kategori yang kedua ialah peringkat umur tua akhir iaitu mereka yang berusia 75 tahun ke atas.
ke hari ini Malaysia masih mempunyai penduduk berumur 65 tahun masih kecil bilangannya berbanding dengan negara maju. Oleh itu, Malaysia masih belum dikategorikan negara berpendudukan tua.
2.4: Definisi Tahap Kecukupan Ekonomi
Situasi ekonomi keluarga yang kukuh amat penting bagi kesejahteraan keluarga seperti yang ditunjukkan dalam kajian-kajian yang lepas. Kemiskinan keluarga bukan hanya bererti kesusahan dalam masa jangka pendek tetapi juga menggambarkan keadaan keluarga untuk suatu jangka yang panjang. Contohnya, kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran keluarga miskin lebih berkemungkinan akan mengalami masalah dalam perkembangan dan kesihatan mereka (Bradshaw & Richardson, 2009; Duncan & Brooks- Gunn, 1997) dan lebih cenderung terjerumus ke dalam pelbagai masalah sosial (Belfield & Levin, 2007). Secara umumnya, indikator ekonomi yang sering digunakan dalam mengukur kesejahteraan adalah pekerjaan dan pendapatan.
2.5: Faktor Mempengaruhi Tahap Kecukupan Ekonomi
Kenny (2005) merupakan pengkaji yang berminat menganalisis kadar penumpuan terhadap kualiti kehidupan serta terhadap pendapatan perkapita di negara-negara Asia Timur bagi tempoh antara 1960 sehingga 2005. Pemboleh ubah yang diguna pakai adalah taraf kesihatan, tahap pendidikan, kestabilan politik, kebebasan asasi manusia serta keadaan infrastruktur. Hipotesis pengkaji-pengkaji lepas dapat dibuktikan oleh Kenny (2005), apabila negara miskin dikatakan telah mengalami pertumbuhan yang pesat. Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang yang luas antara negeri yang miskin dengan negeri yang kaya di dalam sesebuah negara dari segi taraf kesihatan serta tahap pendidikan. Ini adalah kerana negeri miskin tidak mempunyai dana ataupun pendapatan yang mencukupi bagi menyediakan kemudahan yang sempurna untuk rakyat
2.6: Rumusan
Bab ini merupakan bahagian yang penting iaitu tinjauan literatur terdahulu. Tinjauan ini adalah sangat penting bagi meningkatkan pemahaman terhadap tajuk pengkaji serta memberikan idea terhadap kajian yang bakal dijalankan seperti definisi penuaan penduduk, definisi warga tua, definisi tahap kecukupan ekonomi dan faktor mempengaruhi tahap kecukupan ekonomi di kalangan warga tua. Bab ini membincangkan maklumat warga tua di dunia secara amnya dan penduduk warga tua di Malaysia secara khususnya.