• Tidak ada hasil yang ditemukan

KETEGASAN PRINSIP DAN DINAMIKA POLITIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KETEGASAN PRINSIP DAN DINAMIKA POLITIK"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

KETEGASAN PRINSIP DAN DINAMIKA POLITIK Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh

Abstrak

Setiap kejadian dialam ini dikelaskan mengikut rupabentuk kejadiannya. Setiap pengkelasan akan memiliki ciri-ciri yang dikenali sebagai prinsip untuk membezakan sesuatu bentuk dengan bentuk yang lain. Rumah akan dikenali dengan ciri sebuah rumah. Sekolah dikenal keran ciri yang dimilikinya begitu juga kenderaan dibezakan dengan ciri yang dimilikinya. Sesebuah organisasi juga tidak lari dari prinsip dan perlu mempunyai prinsip. Organisasi perlu menetapkan prinsip sebagai asas perjuangan, untuk merancang dan menetapkan halatuju. Prinsip perlu dikekalkan dalam keadaan apa sekalipun namun ketegasan prinsip bukan halangan untuk sesebuah gerakan mengubah pendekatan bagi mencapai tujuan perjuangan. Pendekatan perlu bersifat dinamik sesuai dengan peredaran masa dan suasana. Sepertimana sebuah rumah perlumengekalkan prinsip asas rumah untuk dikenali sebagai rumah namun bentuknya boleh berubah-ubah sesuai dengan persekitaran dan zaman di mana ia dibina.

Pengenalan

Mewujudkan masyarakat adil dan negara demokratik, berusaha untuk memantapkan sistem politik negara yang sesuai dengan kehendak serta kepentingan rakyat, menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua serta membentuk sistem pemerintahan yang adil, bertanggungjawab serta demokratik merupakan beberapa prinsip dalam perjuangan hampir semua parti politik di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, tidak terkecuali bagi parti politik di Malaysia. Prinsip ini akan terus dipegang dan diperjuangkan sehingga berjaya.

Islam tidak memberikan batasan sistem pemerintahan, tetapi menyerahkan kepada umat Islam untuk memilih dengan bebas sistem yang sesuai dengan budaya, persekitaran, dan zaman dengan meletakkan asas bahwa Islam adalah agama universal, sesuai untuk semua zaman dan tempat. Sistem pemerintahan Islam mestilah berpegang kepada prinsip-prinsip politik dan perundangan yang dinyatakan di dalam al-Quran dan Hadith kerana kedua-duanya merupakan sumber utama perundangan Islam.

(2)

pelaksanaan oleh Rasulullah SAW serta khalifah yang empat di zaman awal pemerintahan Islam di Madinah. Selepas itu pintu ijtihad dibuka agar umat Islam mampu mengembangkannya menjadi sistem politik dan perundangan yang sesuai dengan keperluan sesuatu zaman dan persekitarannya.

Sebahagian penulis dan ilmuan Islam telah menggariskan beberapa prinsip politik Islam. Sebagai contoh, sebagaimana yang dinyatakan oleh Muhammad S. El-Awa dalam bukunya “On The Political System of Islamic State” bahwa politik Islam pada hakikatnya terdiri atas “Musyawarah (syura), Keadilan, Kebebasan, Persamaan kewajipan untuk taat dan batas kuasa dan hak penguasa”. Saya tidak bercadang untuk mengupas semua prinsip, cukup sekadar menjelaskan secara ringkas prinsip-prinsip berkenaan.

Prinsip Politik Dalam Islam

1. Prinsip Musyawarah

Musyawarah merupakan prinsip pertama dalam susnatur politik Islam yang amat penting. Ini bermaksud penentuan kebijaksanaan pemerintah dalam sistem pemerintahan Islam haruslah berdasarkan kepada kesepakatan musyawarah. Jika kita kembali kepada nas, maka prinsip ini sesuai dengan ayat al Qur’an

“Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu, kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada Allah” (ali-Imran : 159).

2. Prinsip Keadilan

Perkataan ini sering digunakan dalam al Qur’an dan telah dimanfaatkan secara terus menerus untuk membangunkan teori kenegaraan Islam. Allah memerintahkan manusia berlaku adil dalam semua aspek kehidupan sebagaimana firman Allah dalam surat an Nahl. Ayat ini memerintahkan umat Islam untuk berlaku adil dan melarang berlaku zalim dengan ancaman hukuman bagi orang-orang yang berbuat sewenang-wenangnya.

(3)

3. Prinsip Kebebasan

Kebebasan merupakan nilai yang juga amat diperhatikan oleh Islam. Kebebasan yang dimaksudkan di sini ialah kebebasan bagi untuk memilih sesuatu yang lebih baik, iaitu kebebasan berfikir untuk menentukam mana yang baik dan mana yang buruk, sehingga proses berfikir ini boleh mendorong manusia melakukan perbuatan yang baik sesuai dengan hasil pemikirannya. Kebebasan berfikir dan memilih ini pernah diberikan oleh Allah kepada Adam dan Hawa untuk mengikuti petunjuk atau tidak mengikuti petunjuk yang diberikan oleh Allah sebagaimana firman-Nya :

“(Allah berfirman) : Turunlah kamu berdua dari surga bersama-sama sebagaimana kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka” (Toha : 123).

Jadi maksud ayat tersebut di atas adalah kebebasan yang mempunyai akibat yang berbeza, barangsiapa yang memilih melakukan sesuatu perbuatan yang buruk, maka iapun akan dibalas dengan keburukan sesuai dengan apa yang telah diakukan.

4. Prinsip Persamaan

Setiap individu dalam masyarakat mempunyai hak yang sama, juga mempunyai persamaan dalam mendapat kebebasan, tanggungjawab, tugas-tugas kemasyarakatan tanpa diskriminasi rasial, asal-usul, bahasa dan keyakinan.

Dengan prinsip ini sebenarnya tidak ada rakyat yang diperintah secara sewenang-wenangnya, dan tidak ada penguasa yang memperhamba rakyatnya kerana ini merupakan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh penguasa, Allah menciptakan manusia laki-laki dan perempuan dengan berbagai bangsa dan suku bukanlah untuk membina jarak antara mereka, bahkan diantara mereka diharapkan untuk saling kenal mengenal.

5. Prinsip Pertanggungjawaban oleh Pemimpin dan Pemerintah

(4)

mengabaikan peringatan, maka masyarakat berhak mengambil tindakan dengan menurunkan pemimpin berkenaan dari jawatannya.

Belajar memegang teguh prinsip merupakan kewajipan bagi setiap individu. Ini menunjukan kemampuan seseorang individu mempertahankan dan memperlihatkan keperibadian sebagai seorang insan. Keperibadian seseorang diukur melalui sekuat mana dia menjadi insan yang memegang teguh pemahaman dalam mengamalkan prinsipnya.

Dalam berpegang kepada prinsip seseorang perlu memiliki keyakinan yang dibina melalui pengetahuan. Keyakinan dan pengetahuan saling lengkap melengkapi. Teguh terhadap prinsip yang dipegangnya dan yakin dalam mencari ilmu pengetahuan untuk terus memperkukuh keyakinan diri dalam mepertahan prinsip yang dipegangnya.

Pengetahuan tidak selalunya selari dengan tahap pendidikan formal. Pengetahuan boleh didapati dari berbagai sumber. Maksudnya seorang individu akan mendapat berbagai pengetahuan baru apabila ada niat dan keinginan untuk mengubah keadaan menjadi lebih baik. Contohnya, dia tidak mampu bersekolah formal dan tidak mampu mengikuti seminar yang memerlukan belanja untuk mengikutinya. Tapi ia memiliki keinginankuat untuk menambah pengetahuan dengan mengikuti berbagai majlis atau sering berbincang dengan teman-teman yang memiliki pengetahuan untuk menambah pengetahuan dan wawasan diri.

Dinamika Tindakan

Keanjalan atau dinamika dalam bertindak merupakan cermi kepada kecerdikan dan kebijaksanaan dalam melakukan sesuatu tindakan bagi memastikan matlamat tercapai. Ia sesuai dengan Firman Allah yang mafhumnya:

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling mu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. (Âli-‘Imrân : 159)

(5)

Tindakan keras sebegini adalah satu ketegasan, bukan kekasaran. Namun bukan semua tindakan tegas perlu dilakukan dlam bentuk kekerasan. Ada juga ketikanya ketegasan boleh ditunjukkan dalam kelembutan.

Kelembutan Dan Ketegasan

Tidak ada seorang pun yang memungkiri bahwa sikap lembut dan bijak adalah sikap yang terpuji, bahkan harus dikedepankan di berbagai situasi dan keadaan, apalagi dalam melakukan amar ma’ruf nahi munkar untuk menegakkan agama Allah SWT.

Dalam Shahîh Al-Imâm Al-Bukhâri RHM, Hadits ke – 6.024, 6.256, 6.395 dan 6.927, yang semuanya diriwayatkan dari Sayyidatina Âisyah RA, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:

“Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, dan Ia menyukai kelembutan dalam segala urusan”.

Hadits yang serupa atau semakna diriwayatkan pula oleh para Ahli Hadits lainnya seperti Al-Imâm Muslim rhm, Al-Al-Imâm At-Tirmidzi rhm, Al-Al-Imâm Ibnu Mâjah rhm, dan Al-Al-Imâm Abu Daud rhm.

Namun demikian, lembut bukan bererti tidak bertegas dan tidak berprinsip terhadap kesesatan, dan bukan pula berarti menerima atau redha terhadap penistaan agama karena tidak tegas terhadap kesesatan adalah kefasikan. Redha dengan penistaan agama adalah kemunafikan.

Islam adalah agama perdamaian, tapi bukan berarti pasrah kepada kesesatan. Islam adalah agama kelembutan, tetapi bukan bererti diam terhadap penistaan dan penodaan agama.

Nas al-Qur’an dan as-Sunnah yang membenarkan sikap tegas tidak kurang banyaknya dengan nas tentang kelembutan. Jadi, kita tidak boleh hanya mengambil dalil-dalil kelembutan dengan mengabaikan dalil-dalil ketegasan, atau sebaliknya, karena keduanya sama-sama datang dari sumber hukum yang sah, bahkan sumber dari segala sumber hukum Islam, iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah.

Rasulullah SAW telah terlibat dalam 29 peperangan sepanjang sejarah hidup Baginda sebagai pemerintah negara Madinah. Tidak seorangpun daripada kita yang menolak bahawa perang adalah tindak kekerasan, yang mengakibatkan pertumpahan darah, kemusnahan harta benda, bahkan mengorbankan nyawa. Namun tentu saja, semua itu tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW, kecuali sebagai jalan penyelesaian terakhir, setelah sikap lembut dan ramah dikedepankandan didahulukan.

Allah SWT tidak pernah mengecam Baginda apatahlagi menyebut Baginda dan para Shahabatnya sebagai golongan “Radikal” atau menyatakan tindakan mereka sebagai “Anarki”, bahkan Allah SWT membenarkan dan memujinya.

(6)

dari para pengikut Nabi Palsu Musailamah Al-Kadzab dan mereka yang tidak mahu membayar zakat, setelah terlebih dahulu diajak untuk bertaubat dengan penuh kelembutan.

Dan lihat pula bagaimana Sayyidinâ ‘Ali Al-Murtadhâ dengan tegas bertindak terhadap kaum bughâh (pemberontak) yang telah melakukan kedurhakaan terhadap Imam yang haq, setelah terlebih dahulu diajak untuk kembali kepada kesatuan umat dan mentaati pimpinan.

Sayyidunâ ‘Ali ibnu Abi Thâlib KRW pernah menulis pesanannya kepada para pembantunya dalam menjalankan roda pemerintahan, antara lain menyatakan :

“Mohonlah pertolongan Allah. Campurlah sikap keras dengan segenggam kelembutan, lembutlah ketika kelembutan itu yang terbaik. Dan mantapkan kekerasan ketika engkau tidak lagi memperolehi cara kecuali kekerasan”. (Nahjul Balâghoh, Juz III, Hal.597, bilangan 46)

Kesimpulannya, lembut ada tempatnya dan keras ada saatnya. Kelembutan harus dikedepankan dan diutamakan dalam menegakkan agama Allah SWT, sedang kekerasan merupakan penyelesaian terakhir jika kelembutan tidak mampu menyelesaikan permasalahan atau pertikaian yang timbul.

Rujukan:

Departemen Agama RI. Al-Qur’an dan Terjemahanya. Jakarta: Yayasan Penyelenggara/ Penterjemah Al-Qur’an, 1985.

Din Syamsudin. Islam dan Politik Orde Baru. Jakarta: Logos Wacana Ilmu, 2001.

Fuad Salleh. Liku-liku Gerakan Islam di Malaysia: Satu Catatan Awal. Shah Alam: Imtiyaz Multimedia and Publications, 2015.

Haji Masagung. Islam dan Pembangunan Politik di Indonesia. Jakarta: Alamsyah Ratu Perwira Negara, 1987.

Referensi

Dokumen terkait

Ada yang disebut cerai hidup yaitu karena tidak cocok satu sama lain, sedangkan cerai mati karena salah satu pasangan meninggal. 10 Faktor penyebab perceraian antara

Hasil yang diperoleh hasil perhitungan dan hasil perhitungan menggunakan osiloskop juga menujukkan perbedaan yang sedikit, hal tersebut disebabkan karena pada

Berdasarkan nilai p<0,05, disimpulkan bahwa hipotesis ketujuh (Ha7) dalam penelitian ini diterima sehingga kompensasi berpengaruh secara tidak langsung terhadap kinerja

At Block Kawah Kamojang Nature Park, surili found at seven point encountered by the total number of 21 individuals and at Block Cibeureum found at three

Hasil penelitian ini menunjukan bahwa terdapat pengaruh Progresive Muscle Relaxation (PMR) dan terapi dzikir dengan pendekatan caring terhadap penurunan kecemasan pada

Penelitian ini bertujuan untuk mendapatkan informasi dan pengetahuan berdasarkan data atau fakta yang sahih dan valid, benar dan dapat dipercaya tentang seberapa

Salah satu model pembelajaran yang membantu peserta didik terlibat secara aktif dalam kegiatan atau aktivitas penyelidikan secara langsung untuk mencari solusi terkait

Makalah ini merupakan eksplorasi terhadap potensi kewirausahaan yang dapat dikembangkan dalam pembelajaran Penerjemahan. Metode penelitian menggunakan penelitian