ANAK TAK SAH TARAF DARI PERSEPEKTIF ISLAM Muqaddimah
Perkahwinan adalah satu ibadat dan sunnah Rasulullah SAW yang merupakan pelaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia. Ia bertujuan menjalinkan ikatan teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah.
Perkahwinan disyari`atkan dalam Islam melalui akad nikah yang sah.
Perkahwinan disyari`atkan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Nisaa` ayat 1 :
Maksudnya : Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai.
Sebaliknya Islam mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sebelum akad nikah. Ini bagi mengelakkan terjadinya perlanggaran terhadap hukum Allah yang menyebabkan manusia terjebak kepada pelbagai masalah antaranya melahirkan anak luar nikah.
Pengertian
Anak luar nikah atau anak tak sah taraf adalah anak yang lahir daripada ibu yang tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan dengan lelaki yang
menyetubuhinya dan bukan anak daripada perhubungan perkelaminan salah sangka ( wati syubhah ).
Dalam kebanyakkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia, anak tak sah taraf ditafsirkan sebagai : Seorang anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu samada berpunca daripada perbuatan zina atau dirogol atau melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum Syara`.
Anak tersebut (TST) dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah (tahun qamariyyah) dari waktu “Imkan al-Dukhul” dan ia bukan daripada persetubuhan syubhah.
Manakala anak tersebut juga (TST), boleh dinasabkan kepada lelaki yang
menyebabkan kelahirannya dengan syarat lelaki tersebut tidak menafikan yang anak tersebut bukan daripada hasil hubungannya dengan ibu kepada anak berkenaan. Disamping itu juga tidak berlaku penafian oleh kedua-dua belah pihak iaitu ibu dan bapa kepada anak tersebut, juga pengisytiharan penafiannya tidak dihebahkan kepada orang ramai, dan anak tersebut lahir setelah enam bulan atau lebih daripada tarikh pernikahan, maka anak tersebut dikira sebagai anak yang sah taraf menurut pandangan Islam walaupun anak tersebut terhasil sebelum dari akad nikah yang sah dan lelaki tersebut menanggung segala yang telah diperakukannya.[2]
Kedudukan Anak Tak Sah Taraf
Persoalan anak tak sah taraf adalah satu persoalan berat mengikut hukum syara` kerana ia melibatkan nasab keturunan, pesaka, wasiat, perwalian, nafkah, pergaulan dan sebagainya.
Rasulullah SAW bersabda : (( ررججحجلاْ ررههَاعجِللهوجْ شارجفهِلرلهْ ددلوجلاْ ))
Maksudnya : “ Anak luar nikah itu adalah hak ibunya dan bagi bapa (penzina) adalah batu sahaja (pembalasan)”.
Daripada hadith ini jelas bahawa anak yang dilahirkan di luar nikah atau disebabkan oleh perzinaan, maka ianya dinasabkan kepada ibunya dan bapa penzina / perogol tidak mendapat apa-apa.
Tempoh Minimum Kehamilan
Firman Allah SWT di dalam Surah al-Ahqaf ayat 15 :
Maksudnya : “ Tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan ”.
Seterusnya firman Allah di dalam Surah al-Baqarah :
ةعَاضرلاْ متيْ نأْ دارأْ نملْ نيِلمَاكْ نيلوحْ نهدلوأْ نعضريْ تادلاولاو
Maksudnya : “ Dan ibu-ibu yang menyuskan anaknya selama dua tahun (sempurna) bagi sesiapa yang ingin menyempurnakan penyusuan ”.
Berdasarkan dua ayat inilah para Fuqaha` menentukan bahawa tempoh minimun kehamilan ialah enam bulan qamariyyah dan dua lahzah. Iaitu lahzah
percantuman benih suami isteri dan lahzah berlakunya kelahiran.
Pendapat Fuqaha` berkenaan al-Dukhul al-Haqiqiyy atau Imkan al-Dukhul
1) Imam Abu Hanifah :
Sesungguhnya nasab itu disabitkan dengan semata-mata akad nikah yang sahih walaupun suami dan isteri tidak sempat berjumpa ( Dukhul). Sekiranya suami di barat dan isteri di tiumr bernikah dan kemudiannya mendapat zuriat, maka anak tersebut dinasabkan kepadanya (suami) sekalipun tidak sempurna pertemuan (dukhul) di antara keduanya selepas akad.[3]
2) Imam al-Syafie, Malik dan Ahmad ( salah satu qaul Ahmad ) :
Sesungguhnya nasab disabitkan dengan akad nikah yang sahih bersama dengan Imkan al-Dukhul dan al-Talaaqi. [4]
3) Pendapat Imam Ahmad ( qaul lain)
Tempoh dan keadaan untuk Menafikan Nasab
Berkata Imam Malik , al-Syafie dan Ahmad bin Hanbal rahimahumullah :
Seseorang lelaki boleh dan hendaklah menafikan kandungan isterinya semasa hari kandungannya dan melakukan penafian dengan meli`an isterinya di Mahkamah.
Imam Malik juga berpendapat bahawa sekiranya seseorang lelaki berada di samping isterinya semasa isterinya sedang mengandung, maka tempoh untuk menafikan anak tersebut bermula dari isteri mula mengandung sehingga bersalin. Tidak ada penafian lagi selepas isteri melahirkan anak tersebut.
Adapun sekiranya seseorang suami bermusafir atau ghaib semasa isterinya mengandung sehinggalah melahirkan anak tersebut, maka baginya
(suami)menafikan anak tersebut apabila ia (suami) mengetahuinya.
Para Fuqaha` bersepakat bahawa sekiranya seseorang lelaki mengingkari nasab anaknya, maka wajib melakukan li`an di antaranya dan isterinya. Begitu juga para Fuqaha` bersepakat bahawa sekiranya seseorang suami telah menerima anaknya sebelum daripada menafikan nasabnya – samada penerimaannya sebelum itu adalah secara soreh (lafaz yang jelas) atau dengan perbuatan yang menunjukkan penerimaannya seperti menerima ucapan tahniah, memberi didikan atau mengasihani anak tersebut seperti selayaknya seorang bapa mengasihi anaknya – maka tidak ada lagi baginya selepas itu HAK MENAFIKAN bahawa anak tersebut bukan dari keturunannya.
Sekiranya seseorang suami menafikan nasab anak tersebut selepas
penerimaannya (lafaz soreh atau melalui perbuatan dan tindak tanduknya), maka wajib ke atasnya Had Qazaf.
Kedudukan Anak Tak Sah Taraf dari Segi Hukum Syara`.
a) Nasab Keturunan dan Penamaan
menimbulkan masalah sosial dan kesan psikologi kepada anak tersebut. Dia hendaklah dibin atau dibintikan kepada salah satu nama Asma` al-Husna atau sifat-sifat Allah yang berpangkalkan Abdul.
Surah al-Ahzab ayat 5 :
Maksudnya : “ Panggilah anak-anak angkat itu Dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah ”.
Rasulullah SAW telah memutuskan (qadha) di antara suami dan isteri yang telah berli`an bahawa anak perempuan (isteri) itu tidak dibin atau dibintikan kepada ayahnya (suami).
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali pertama pada 28-29 Januari 1981 telah memutuskan “ anak zina atau anak luar nikah (anak tak sahtaraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua-dua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah ”.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan :
GARIS PANDUAN MENGENAI ANAK TAK SAH TARAF MENURUT HUKUM SYARA’
Sighah berkaitan anak tak sah taraf menurut hukum syara’ ialah:
(1) Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syara’.
(2) Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu “Imkan ad Dukhul” dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat.
( Warta pada 28hb April 2005 )
b) Kewajipan Memberi Nafkah
Segala nafkah dan sara hidup anak tak sah taraf adalah menjadi tanggungjawab ibunya. Ini kerana anak tersebut dinasabkan kepada ibunya dan bukan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya.
c) Hak Mewarisi Harta Pusaka
Anak tak sahtaraf tidak terpuus hubungan dengan ibunya. Maka kedua-duanya boleh mewarisi antara satu sama lain. Sekiranya ibunya meninggal dunia, maka ia mempunyai hak untuk mewarisi harta pusaka ibunya bersama-sama ahli waris yang lain. Begitulah sebaliknya jika ia meninggal terlebih dahulu. Seseorang anak tak sah taraf tidak boleh sama sekali mewarisi harta pusaka orang yang menyebabkan kelahirannya (bapanya yang tak sahtaraf) kerana ia bukan ahli waris, begitu juga sebaliknya bapa itu tidak berhak untuk mewarisi harta pusakanya.
d) Hak Perwalian dalam Perkahwinan dan Penjagaan
Wali kepada anak tak sahtaraf secara amnya adalah terletak kepada ibunya. Walau bagaimanapun perwalian dalam pernikahan anak perempuan tak sahtaraf ditetapkan kepada wali hakim. Ini kerana seseorang perempuan tisak sah
menjadi wali di dalam urusan perkahwinan. Lelaki yang menyetubuhi ibunya sebelum akad nikah yang sah, samada ia (lelaki) berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu, tetap tidak sah menjadi walinya. Berhubung dengan
penjagaan anak tak sahtaraf adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada ibu dan saudara mara sebelah ibunya kerana tiada bukti yang boleh disabitkan siapakah sebenarnya lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Walau bagaimanapun perkahwinan seseorang anak tak sahtaraf (perempuan) dengan seseorang lelaki biasa adalah sah.
Perhubungan anak tak sahtaraf dengan anak-anak dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan kekeluargaan yang satu. Tetapi perhubungan ini tidak boleh diperluaskan kepada keluarga bapanya yang tidak sah itu.
Jika dia seorang perempuan maka wuduknya dan wuduk suami ibunya tidak batal apabila bersentuhan. Pergaulan antaranya dan suami ibunya adalah pergaulan anak tiri dengan bapa tirinya.
f) Kematian dan Perkara yang Berkaitan
Seseorang anak tak sahtaraf yang belum baligh adalah mengikut hukum agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, maka ia dihukum sebagai seorang yang beragama Islam. Dengan demikian, mayatnya hendaklah diurus secara
pengurusan jenazah Islam. Jika ibunya bukan seorang Islam maka ia dihukum sebagai seorang yang bukan beragama Islam, sekalipun lelaki yang menyetubuhi ibunya itu seorang Islam. ( berlainan sedikit dengan anak temuan, al-Laqiit ).
g) Amal Kebajikan / Perlindungan
Jika semasa hidupnya dia telah melakukan amal soleh samada untuk dirinya atau untuk masyarakat, maka segala manfaatnya dari segi pahala atau lain-lain akan kembali kepada dirinya. Tidak ada bezanya di antara dirinya dengan diri orang-orang soleh yang lain.
Kalau dia berilmu tinggi dia harus memegang apa sahaja jawatan yang diberikan kepadanya, samada yang berkaitan dengan urusan agama atau urusan-urusan lainnya.
Seorang anak tak sahtaraf hendaklah diberi perlindungan dan juga nafkah sama seperti anak-nak lain dari sudut agama dan undang-undang. Dia juga berhak mendapat perlindungan sepenuhnya daripada ibunya, keluarga ibunya dan pemerintah.
Jika seseorang anak yang tidak dikenalpasti identitinya (anak pungut) dan tidak dapat ditentukan keturunannya iaitu samada Islam ataupun bukan Islam, maka adalah menjadi tanggungjawab pihak pemerintah Islam / pentadbir (kerajaan) membesarkannya menerusi rumah kebajikan dalam menjaga kebajikannya serta mendidiknya menurut agama Islam.
Penutup
Dari huraian di atas, dapatlah difahami bahawa seorang anak tak sahtaraf bukanlah seorang insan yang terbiar dan tidak bermaruah. Malahan dari sudut agama dan undang-undang dia mendapat perlindungan sepenuhnya.
Masyarakat hendaklah memberi pertimbangan yang adil terhadap