• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEDIA ALTERNATIF SEBAGAI AGEN PERLUASAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MEDIA ALTERNATIF SEBAGAI AGEN PERLUASAN"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

MEDIA ALTERNATIF SEBAGAI AGEN PERLUASAN RUANG BERSUARA KAJIAN KES

PILIHAN RAYA UMUM DI MALAYSIA

ABSTRAK

Penggunaon ruang siber melalui peranan media altematif seperti blog, laman web, emel

dan SMS dapat memperluas ruang bersuara sekali gus meningkatkan partisipasi demokrasi. Dalam konteks Malaysia, penggunaan media ini masih dianggap baru, muncul

sekitar akhir tahun 1990-an. Peranan media altematif secara meluas dan signifikan

ketara dilihat dalam kempen pilihan raya umum 2008, dan daripada situ ia memberi

petandapesatnyapeningkatan demokrasi digital di Malaysia. Aplikasi Theory of Radical

Media menjadi landasan utama kajian ini dalam meneliti sejauh mana media altematif

berperanan sebagai counter-hegemony terhadap state atau penguasa seterusnya

mewujudkan impak ke atas tren pengundian pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008

lalu. Dengan menggunakan kaedah survey terhadap 2,500 responden di Malaysia,

dapatan kajian menunjukkan bahawa media altematif mempunyai impak yang signifikan

ke arah perubahan tren pengundian masyarakat Malaysia. Dalam masa yang sama,

politik baru yang lebih banyak menumpukan isu korupsi, penyelewengan dan salah guna

kuasa menjadi isu utama laungan media ini. Rakyat tidak lagi terpengaruh dengan politik

(2)

bahawa media altematif wujud sebagai medium penting dalam penyampaian isu politik

baru seterusnya memberi impak terhadap trend pengundian di negara ini.

PENGENALAN

Media merupakan sumber primer yang wujud dalam konteks komunikasi massa. Agen komunikasi ini seperti akhbar, radio, televisyen dan media baru seperti telefon bimbit dan internet memainkan peranan penting kepada

sesebuah masayarakat dan tamadun umat manusia amnya. Penguasaan media dapat dianggap sebagai satu kuasa yang utama dalam pemerintahan sesebuah negara. Kalau dahulu media hanya dilihat sebagai suatu alat penghubung kini ia telah menjadi satu kuasa yang sangat penting sehingga muncul kata-kata seperti siapa yang menguasai informasi dia yang menguasai pemerintahan. Secara teoritikal, maklumat yang tepat dan boleh dipercayai yang tersebar melalui media massa merupakan nadi dalam proses demokrasi. Sebagai sebuah sistem pemerintahan yang mengutamakan kebebasan dan ketelusan media dengan itu amat berperanan dalam masyarakat ini. Dalam masa yang sama, peranan media massa di sini ditentukan pula oleh proses tanggungjawab sosial ke atas

masyarakat melalui penyebaran maklumat yang tepat dan jitu. Media adalah segala sesuatu yang dapat menyalurkan informasi dari sumber informasi kepada penerima informasi. Oleh sebab itu, media memainkan peranan penting dalam membentuk satu Negara yang kukuh dari segi ekonomi, politik dan social. Ini kerana, segala informasi yang dapat disalurkan dengan mudah dan ini

(3)

pertanian sebagai contoh dimana pengusaha-pengusaha petani perlu

mengiklankan hasil pertanian mereka agar meraka dapat menjana keuntungan daripada hasil pertanian. Dengan adanya platfom media seperti surat khabar, majalah dan televisyen, para petani ini dapat mengiklankan hasil pertanian mereka kepada orang awam. Dengan ini, hasil pertanian para petani ini akan menjadi popular dan peluang untuk mereka menjana keuntungan juga tinggi.

Media sering dikaitkan dengan teknologi komunikasi. Ini kerana teknologi komunikasi adalah satu aspek penting dalam pembentukan media. Tanpa teknologi komunikasi, maka proses media bekerja akan menjadi lambat dan tidak efisyen. Oleh sebab itu, kita sering lihat teknologi komunikasi semakin berkualiti dari semasa ke semasa. Dahulu orang mengunakan majalah, surat khabar dan radio sebagai wadah utama dalam media tetapi sekarang pelbagai jenis teknologi lahir bagai cendawan tumbuh selepas hujan seperti komputer, telefon digital, dan media sosial. Teknologi kominikasi kian maju sehingga timbul satu fenomena dalam industri media komunikasi yang dipanggil “Media Baru”. Persoalannya sekarang, apabila ditanya tentang maksud “Media Baru”, perkara pertama yang lahir di benak fikiran saya adalah Internet. Ini kerana, Internet adalah satu teknologi yang berjaya memudahkan dan melajukan proses komunikasi. Seperti contoh kelas Adobe Connect yang saya hadapi di penggal pertama di Rochester Institute of Technology (RIT) yang saya kira memudahkan para pelajar dan pensyarah. Dengan menggunakkan Adobe Connect kelas dibuat secara online. Ini bermaksud para pelajar dan pensyarah boleh hadir ke kelas dimana jua mereka berada. Akan tetapi, selepas melakukan kajian dengan teliti, saya sedar bahawa saya perlukan rujukan yang berkualiti untuk mendefinisikan perkara ini.

(4)

RUANG PARTISIPASI

Dalam konteks dunia hari ini teknologi maklumat konvensional seperti akhbar, teievisyen dan radio telah menjadi agen utama kepada perhubungan dan penyebaran berita masayarakat. Namun dengan perkembangan arus globalisasi dan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) sekitar tahun 1960-an, jaringan internet mula menjadi media alternatif menggantikan yang arus

perdana seperti teievisyen dan radio. Internet atau lebih spesifik dikenali sebagai World Wide Web (www) yang ditawarkan melalui komputer telah membawa implikasi yang besar dalam perkembangan dunia komunikasi malah diklasifikasi sebagai media baru yang pantas berkembang.

(5)

Perubahan ini berlaku akibat daripada beberapa faktor. Antaranya ialah peranan teknologi komunikasi sebagai satu medium pemerluasan ruang masyarakat sivil bagi golongan kelas menengah menggunakan media sebagai satu wahana untuk menyuarakan pandangan mereka. Proses yang berlaku antara masyarakat sebagai pengguna media dan teknologi sebagai medium dapat dimanifestasikan kepada satu hubungan simbiosis, yang tidak boleh tidak dalam sesuatu

perhubungan apatah lagi dalam dunia serba terjalin dan terangkai rapi ini.

Kewujudan ruang chat, forum dan blog dalam masa yang sama telah mengurangkan komunikasi interpersonal di kalangan khalayak seterusnya mewujudkan masyarakat maya atau alam siber yang lebih terbuka dan berpengetahuan. Malah, masa dan ruang serta batas sempadan sesebuah Negara turut menjadi tidak relevan sejajar dengan pemerluasan TMK. Menerusi aspek teknologi, medium ini dapat memperkasa ruang patisipasi, memanjangkan interaksi melampaui sempadan negara dalam sekelip mata, meningkat

kebebasan, malah boleh bertindak sebagai platform menyekat hegemoni yang selama ini dipraktikkan oleh penguasa atau elit pemerintah menerusi media aliran perdana seperti teievisyen, radio dan surat khabar.

KOMUNITI MEDIA

Sementara itu pembentukan khalayak aktif yang menggunakan teknologi komunikasi dapat

membentuk satu konsep yang diistilahkan sebagai komuniti media seperti yang dibincangkan olehNigg dan Wade (1980) (dipetik dari Atton 2002), komuniti media menjurus kepada:

A conviction that the means of communication and expression should be placed in the hands of those people who clearly need to exercise greater control over their immediate environment... Once this happens, a process of internal dialogue in the community can take place, providing opportunities for developing

(6)

Meskipun media perdana telah lama wujud namun pembentukan komuniti media kini lebih banyak merujuk kepada perkembangan media baru yang dikenali sebagai media alternatif. Menurut Noam Chomsky (1994) (dipetik daru Atton 2002), media alternatif merupakan media yang dikawal oleh rakyat melalui proses kawal dan imbang (check and balance) ke atas media aliran perdana yang dikuasai oleh pemerintah dan penguasa korporat. Malah, kebangkitan media ini seperti penggunaan laman web dan blog sebagai medium sosialisasi di kalangan khalayak dapat membentuk revolusi media seterusnya mewujudkan gerakan sosial (social movement).

Gerakan sosial secara amnya seringkali dibangkitkan oleh kelompok

masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat sivil (civil society). Masyarakat sivil merupakan sebuah masyarakat yang wujud ruang bagi menyuarakan pandangan dan pendapat mereka menerusi badan bukan kerajaan,

nongovernmental organization (NGO) dan kumpulan pendesak (pressure group). Melalui ruang ini NGO, individu, media dan pelbagai gerakan lain dapat

berpatisipasi dalam proses pembuatan dasar dan keputusan oleh kerajaan

Namun, dalam konteks alam siber, gerakan sosial wujud menerusi satu

komuniti khalayak yang dikenali sebagai citizen journalism. Menurut Seneviratne (2008), citizen journalism merupakan khalayak yang memainkan peranan aktif dalam proses mengambil, menganalisis dan menginterpretasi maklumat atau berita yang diterima menerusi media baru. Seterusnya, aktor ini wujud bertindak sebagai watchdog kepada pemerintah dan media aliran perdana agar maklumat yang disampaikan relevan kepada pembangunan masyarakat. Suatu perkara yang cuba disembunyikan oleh pemerintah akan didedahkan oleh media alternatif. Berita palsu atau tidak tepat yang disuarakan oleh media perdana diserang balas atau diperbetul oleh media alternatif. Dengan kehadiran tindakan counter hegemony ini telah membuatkan penguasa atau state kehilangan

cengkaman kepada gerakan sivil.

(7)

Dalam konteks Malaysia, penggunaan TMK dalam industri media telah bermula sejak awal 1980-an. Namun, pada ketika itu pengaplikasian TMK lebih tertumpu kepada syarikat akhbar yang menerapkan aspek pengkomputeran dalam kegiatan menulis dan menyunting berita. Sejajar dengan perkembangan TMK di Malaysia, munculnya media baru yang kini menjadi penghubung

masyarakat Malaysia merentasi dunia global. Media baru ini merupakan media interaktif atau multimedia yang tidak menghadapi sebarang sekatan ke atas transmisi yang melangkaui jarak dan waktu. Media baru ini juga mengandaikan pengguna bergerak aktif dalam komunikasi berbanding media lama seperti radio dan televisyen. Internet dianggap sebagai media baru atau sistem media baru yang menyeluruh. Contoh media baru yang lain adalah seperti penyiaran audio dan video digital serta kandungan CDROM (Noor Bathi Badarudin 2002). Data statistik terkini yang diperoleh daripada Unit Perancang Ekonomi mendapati pada suku pertama tahun 2008, jumlah langganan internet "Dial-up' di Malaysia memasuki angka 4 juta pengguna. Pola penggunaan internet serta peningkatan secara konsisten di Malaysia memberi andaian bahawa internet telah menjadi keperluan pada masa kini dan menjadi wadah baru bukan sahaja kepada

golongan remaja, tetapi merangkumi pelbagai generasi tanpa mengira batasan usia. Isu-isu yang diutarakan melalui forum dan blog adalah berlandaskan

fenomena isu semasa sama ada bersifat global mahupun tempatan. Seterusnya, partisipasi melalui medium terbabit dapat impak yang signifikan ke atas pola sososial-politik dan persepsi masyarakat terhadap sesuatu isu.

(8)

media yang bernaung di bawah penguasaan pihak kerajaan yang mana semua tindak tanduk akan ditentukan oleh pihak kerajaan.

• TraXX.fm, Klasik.FM, Muzik FM, Asyij FM, Nasional FM, KL FM, Ai FM, Minnal FM Pemilikan Media di Malaysia sehingga Oktober 2005 (Tan & Zawawi Ibrahim 2008)Tulisan Zaharom Nairn 2002 mengenai pengawalan pemerintah keatas media ini amat jelas menunjukkan betapa penguasaannya begitu kuat. Hampir kesemua media perdana dikuasai oleh UMNO atau MCA ataupun MIC,

terutamanya di tanah semenanjung. Zaharom memberi ulasan lanjut akan kadar perkongsian syer atau modal penerbitan ini menjelaskan lagi betapa pihak

penguasa amat mencengkam bidang ini. Kawalan ke atas media melalui

pemilikan sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh pemerintah dan kewujudan pengampang (gatekeeper) yang mengawasi arah aliran pengeluaran berita merupakan faktor dorongan kepada perkembangan blog dan internet sebagai media baru di Malaysia. Selain itu kewujudan beberapa akta yang

Media Prima*

• New Straits Times, Malay Mail • Berita Harian, Harian Metro • TV3, Ntv7, 8TV, Channel 9 • WaFM

* Believed to be linked to UMNO UMNO

• Utusan Melayu, Kosmo! MCA

• The Star

• Nanyang Siang Pau, China Press • 988, RedFM104.9

MIC*

• Tamil Nesan, Malaysia Nanban * Linked to MIC leaders

(9)

menyekat kebebasan media tradisional seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Penyiaran 1988 turut menyekat pemerluasan alam maya ini.

MEDIA LAMA VS MEDIA ALTERNATIF

Persekitaran media tradisional di Malaysia secara tidak langsung dapat dihubung kait dengan Model Komunikasi Massa yang diperkenalkan oleh Wilbur Scramm (dipetik Dominick, 2002) (Lihat Rajah 1.3 berikut). Rajah 1.3: Model Komunikasi Massa

Berdasarkan model di atas, penelitian dapat dijalankan ke atas proses penerimaan maklumat

dari persekitaran kepada khalayak dalam konteks di Malaysia. Arah aliran

maklumat lebih bersifat sehala apabila maklumat terpaksa melalui dua peringkat iaitu organisasi media dan medium komunikasi sebelum diterima oleh khalayak. Proses mentafsir dan menginterpretasi maklumat wujud di peringkat organisasi media seterusnya mewujudkan tapisan ke atas maklumat yang ingin

disampaikan. Kewujudan gatekeeper menyekat kebebasan bermaklumat seterusnya mendorong khalayak mencari alternatif bam yang lebih telus dan efisyen sebagai medium berkomunikasi. Tambahan dengan harga yang

berpatutan ia boleh menyebarluaskan lagi penggunaannya. Khalayak yang tidak mendapatkan khidmat on-line sama ada di rumah atau pejabat akan kerap menggunakan khidmat kafer siber atau cc untuk menyelam di alam maya ini.

Berbanding media tradisional, media altematif baru seperti laman web, e-mail dan blog telah mewujudkan corak penerimaan maklumat yang lebih bebas dan demokratik. Berdasarkan Model Komunikasi Massa melalui Internet

(10)

Komunikasi Massa menerusi Internet Kebebasan bersuara dan penyampaian maklumat secara bebas melalui blog telah membawa dimensi bam kepada khalayak. Bagi kebanyakan generasi muda, blog digunakan sebagai wadah untuk berkongsi minat dan mendapat

kenalan baru merentasi sempadan negara. Forum-forum bersifat remaja seperti Friendster, Facebook dan Myspace yang turut mengandungi blog telah digunakan secara meluas oleh golongan remaja di Malaysia. Perintis kepada perkembangan blog sosio-politik di Malaysia ialah Jeff Ooi menerusi blog Screenshots. Blog beliau dihasilkan pada 2 Januari 2003 dan merupakan blog politik Malaysia yang pertama memenangi Freedom Blog Award (kategori Asia) pada Jun 2005. Meskipun masih dianggap sebagai medium baru dalam konteks persekitaran Malaysia peningkatan blog di Malaysia adalah amat pesat. Blog sosio-politik mula mendapat tempat dan menjadi medium popular untuk diakses menerusi perang siber semasa kempen Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac 2008. Berkempen menerusi alam siber khususnya laman web, blog politik, khidmat pesanan ringkas (SMS), emel dan persidangan video menjadi kaedah baru yang menghangatkan suasana berkempen sama ada membabitkan parti atau calon yang bertanding bagi tempoh 13 hari sehingga hari pilihan raya berlangsung.Hasil penyelidikan pensyarah Universiti Malaya Dr. Abu Hassan Hasbullah mendapati bahawa terdapat 500,000 blogger yang aktif di Malaysia. Malah, beliau turut mendapati bahawa 70% daripada keputusan PRU-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat kempen yang diperoleh menerusi blog (The Star 3 April 2008). Antara blog yang aktif memperkatakan isu sosio-politik adalah seperti blog Malaysia Today, Screenshots, Sang Kelembai, Kuda kepang dan Rooky's Bru.

Fenomena yang wujud ini memberi petanda bahawa blog sebagai media alternatif baru sudah mendapat tempat di kalangan masyarakat di Malaysia. Dalam masa yang sama juga, evolusi media alternatif yang wujud merupakan factor kemerosotan media tradisional seperti akhbar dan televisyen sebagai medium pengakses maklumat. Survival media tradisional sudah mula tercabar, namum ia masih boleh survive dengan pendapatan pengiklanannya. Kebanyakan pembaca mendapatkan akhbar adalah untuk mendapatkan berita konvensional seperti apa yang berlaku semalam, tragedi atau peristiwa penting yang

(11)

tidak berminat dengan propaganda dan kempen politik yang sudah berulang kali disiar. Pembaca kini bijak menilai yang mana isi dan yang mana sampan.

PENGAPLIKASIAN TEORI: TEORI MEDIA RADIKAL

Kajian ini dirangka bersandarkan satu teori yang khusus membincangkan media alternatif sebagai media radikal. Teori ini dikenali sebagai teori media radikal dan diutarakan oleh John Downing (1984, 2001). Atton (2002) di dalam bukunya Alternative Media mengklasifikasikan media radikal sebagai satu bentuk perubahan sosial dalam kalangan masyarakat atau lebih dikenali sebagai proses revolutionary. Media radikal pada umumnya tidak berlandaskan kepada aspek politik dan penentangan ke atas media semata-mata, tetapi dalam masa yang sama mewujudkan satu bentuk budaya baru yang dikenali sebagai budaya hybrid iaitu percantuman proses komunikasi dan hubungan melalui medium elektronik. Pelopor teori media radikal ini, John Downing merupakan seorang sarjana komunikasi di Jabatan Komunikasi Antarabangsa, Southern Illinois University . Prinsip Downing berteraskan sosialis radikal yang kuat membantah dan mempersoalkan ketelusan institusi negara ke atas pengawalan media. Malah, menurutnya media aliran perdana yang sedia ada sukar untuk dicontohi bagi menjalankan peranannya sebagai media yang demokrasi. Fenomena ini disebabkan oleh faktor hierarki, limitasi dan autoriti media massa itu sendiri yang dikawal oleh pemilik media (stakeholder). Justeru itu. melalui teori media radikal ini, Downing (1984) mengemukakan andaian

berikut:

1. Media radikal membuka peluang dan ruang untuk pelbagai pihak tanpa mengira ideologi,

(12)

2. Media radikal tidak seharusnya menjadi alat kepada parti dan golongan bijak pandai untuk kepentingan peribadi mereka.

3. Media radikal seharusnya kreatif dalam mewujudkan impak yang signifikan ke atas aspek

sosial menerusi institusi; dan Media altematif merupakan satu alat baru yang sangat convenient atau mudah diperoleh dan digunakan oleh orang ramai. la menjadi senjata kepada komuniti media, apa lagi yang aktif seperti aktivis sosial, ekonomi dan politik.

4. Kemunculan organisasi yang melibatkan media radikal lebih menekankan aspek politik

berbanding social.

PREMIS TEORI MEDIA RADIKAL

Teori ini meneliti bagaimana media altematif radikal berperanan sebagai wahana gerakan social yang wujud menerusi peranan masyarakat sebagai ejen sosialisasi (Downing 2001). Hal ini membawa maksud individu atau sekumpulan masyarakat dapat dikonotasikan sebagai 'laman web peribadi'nmenerusi

peranan mereka sebagai aktor penting dalam mentafsir dan menginterpretasi maklumatnmengikut corak pemikiran mereka. Setelah menyedari peranan media altematif sebagai wahana sosialisasi, aspek teori ini diperluaskan lagi sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat. Pada peringkat awal, teori media radikal hanya terhad meneliti aspek media dalam mewujudkan satu gerakan sosial. Namun, pelopor teori ini mula menyedari wujudnya satu aspek penting iaitu menerusi konsep counter-hegemony dalam melihat peranan dan

persekitaran khalayak. Konsep counter-hegemony berasal daripada konsep hegemoni yang diperkenalkan oleh Antonio Gramsci pada era 1920-an. Konsep ini menekankan bagaimana faktor kepimpinan dan dominasi budaya yang dilakukan oleh pihak pemerintah berjaya mempengaruhi tingkah laku dan persepsi khalayak berkaitan sesuatu isu (Downing 2001). Konsep

(13)

oleh para pemimpin dan golongan elit yang senantiasa mengawal tindak-tanduk masyarakat.

Namun, dengan kewujudan media altematif yang bersifat radikal, sekurang-kurangnya dapat membatasi autoriti yang dimiliki oleh golongan pemerintah seterusnya mewujudkan revolusi kebangkitan khalayak menerusi aspek kebebasan bersuara dan pengaplikasian media secara telus dan demokrasi tanpa kawalan. Konsep counter-hegemony mempunyai hubungan simbiotik dengan andaian asas gerakan sosial yang telah diperkenalkan oleh Downing di dalam teori media radikal. Perkaitan ini timbul apabila proses sekatan ke atas hegemoni yang dilakukan oleh masyarakat massa melalui peranan media altematif dapat mewujudkan impak ke atas kebebasan media seterusnya mewujudkan gerakan sosial. Walaupun pengaplikasian media radikal ini mengundang pelbagai implikasi positif, namun terdapat juga kritikan ke atas internet sebagai medium sosialisasi dan kebangkitan gerakan sosial.

Peranan internet sebagai medium perluasan pendapat umum {public interest) turut mengundang persoalan sejauhmana kandungan yang disebarkan melalui medium ini dapat dipercayai. Laman web kadang kala bersifat subjektif dan tidak tetap dalam penyampaian sesuatu maklumat sehingga menimbulkan bias. Namun, menurut Herman & Chomsky (1988 dim Ford dan Gil, 2001), khalayak tidak mengambil kira faktor negatif yang wujud ini asalkan mereka dapat berpartisipasi dalam proses pengliasilan dan perluasan idea melalui peranan internet. Fenomena ini akhirnya menjawab segala persoalan bahawa internet sebagai media alternatif layak dikategorikan sebagai media radikal sejajar dengan agendanya mengubah persekitaran khalayak daripada pasif kepada aktif. Sebenarnya persoalan yang sama boleh dilontarkan kepada media perdana. Sejauh mana maklumat yang disebarkan oleh itu tepat dan boleh dipercayai. Kedudukannya perdananya itu serta

sejarahnya yang lebih lama telah memberikan satu imej seolah-olah ia berautoriti tetapi penelitian yang mendalam akan mendapati ia juga tidak terkecuali dari diragui. Kerana keraguan yang semakin meningkat inilah maka pembaca yang mahu mencari kebenaran mencari sumber alternatif.

(14)

Politik Malaysia sering kali dikaitkan dengan konsep feudalisme, hegemoni, limited democracy, semi-democracy atau soft autoritarian. Agensi State atau pemerintah seringkali memiliki kuasa yang tinggi untuk mencengkam kebebasan dan penentangan seterusnya dapat mengekalkan status quo. Sehingga kini, Barisan nasional tidak pernah berganti dalam pemerintahan pusat semenjak Malaysia merdeka pada tahun 1957. Umumnya, State menguasai agensi penting pemerintahan seperti polis, SPR, tentera, badan kehakiman, Jabatan Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri. Malah, State yang berperanan menentukan peraturan permainan dan boleh mempengaruhi pihak mana yang

menang. Usaha dalam manufacturing consent (Chomsky) dibuat tanpa henti, walaupun bukan musim pilihan raya. State dan media perdana mengkonstruksi pemikiran public bahawa inilah kerajaan yang terbaik, yang penyayang. Parti lain diperlihatkan sebagai perosak, pengkhianat dan sebagainya. Lihat umpama segala majlis penyerahan bantuan dan pemberian pemerintah, ia diperbesarkan walaupun dana yang diguna ialah dana awam.

Segala jentera media dieksploitasi untuk perkukuh hegemoni bagi

memperlihatkan merekalah dermawan, pemurah, suka membantu, dekat dengan rakyat, pejuang bangsa, pembela agama, pendokong hak orang ramai dan sebagainya. Justeru itu, kajian ini cuba menunjukkan bagaimana kuasa state dicabar oleh ruang partisipasi masyarakat sivil melalui peranan media alternatif seperti laman web, blog dan sistem pesanan ringkas (SMS) sebagai

media baru. Kajian menunjukkan sudah ada perubahan dalam tren pengundian. Pilihan raya Umum (PRU) 2008 juga telah berjaya menampakkan hegemoni BN mula tercabar dengan peningkatan pencapaian pembangkang .Hegemoni pemimpin kerajaan mula tercabar apabila golongan ini tidak lagi dapat mengawal tindak tanduk masyarakat melalui media aliran perdana. Counter-Hegemony yang wujud meneras iperluasan media altematif seperti laman web dan blog mendorong kebebasan berkomunikasi danmeluahkan pandangan di kalangan masyarakat dan parti pembangkang seterusnya menjadi factor utama kegagalan BN memperoleh 2/3 majoriti kerusi parlimen. Media perdana

(15)

persamaan, masyarakat sivil, transparensi/ketelusan, akauntabiliti, alam sekitar, good governance, gender empowerment, bersifat sejagat kelihatan semakin mendapat tempat manakala isu-isu lama yang meliputi isu Etnik, kaum, Bahasa Rasmi, Bahasa Kebangsaan, Agama rasmi, adat budaya, budaya nasional, isu kedaerahan, keturunan, kewarganegaraan, isu negeri dan identiti semakin kurang pengaruhnya. Malah, dalam masa yang sama juga, sokongan terhadap BN kelihatan tidak seperti yang diperolehi dalam pilihan raya 2004 iaitu

memperoleh lebih 2/3 kerusi. Malah, wujud kenaikan secara drastik parti pembangkang apabila memperoleh 82 daripada 140 kerusi parlimen dan 196 daripada 307 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Wujud beberapa faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku. Faktor kepimpinan, keangkuhan pemimpin BN, peningkatan korupsi, ekonomi dan politik boleh dilihat sebagai factor penyebab kebangkitan drastik parti pembangkang. Namun, dapat dikatakan bahawa peranan media altematif yang menjadi medium perantaraan ahli politik dan rakyat selain menjadi wahana kebebasan

(16)

RUMUSAN

Perkembangan media altematif seperti blog dan laman web mempunyai kesan yang signifikan ke atas pola persekitaran politik di Malaysia khususnya selepas pilihan raya 2008 berlangsung. Lima negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan tumpas kepada Kerajaan Negeri Barisan Altematif. Wilayah Persekutuan juga didominasi oleh Pakatan Rakyat. Malah, dalam masa yang sama, pemimpin utama BN turut tewas ke tangan pembangkang seperti Samy Vellu, Zainudin Maidin, Khir Toyo, Koh Tsu Koon, Sharizat dan M. Kyveas. Fenomena ini berlaku kerana media altematif sukar dicengkam oleh agensi state atau pemerintah. Media ini berjaya mendedahkan segala maklumat yang cuba disembunyikan oleh pihak berkuasa menerusi media aliran perdana. Antara isu hangat yang didedahkan menerasi media altematif setemsnya mendapat perhatian khalayak adalah seperti isu penyelewengan, penderaan, kompsi, skandal dan salah laku pemimpin. Justeru itu, rakyat dengan itu mendapat maklumat yang lebih seimbang sekaligus membentuk pandangan mereka sebelum mengundi dalam pilihan raya. Adalah dijangkakan ruang partisipasi masyarakat si vil Malaysia akan menjadi lebih luas dengan kehadiran media alternatif ini pada masa hadapan. Seperti yang pernah dinyatakan oleh

(17)

RUJUKAN

Atton, C. (2002). Alternative media. London: Sage

Dominick, J. R. (2002). The dynamics of mass communication media in the digital age. New York:

McGraw-Hill

Downing, J. (2001). Radical media: Rebellious communication and social movements. London:Sage

Ford, T.V. & Gil, G. (2001). Radical internet use. dim. Downing, J (pnyt.). Radical media:Rebellious

communication and social movements, him. 201-234. London: Sage

Huntington. S.P. (1993). The third wave: Democratisation in the late twentieth century. Princeton University

Press: New York

Lipset, S.M. (1959). Some social requisites of democracy. American Political Science Review.53(1): 69 135

Mohd Safar Hasim, (2005). Akhbar di Malaysia antara kebebasan dengan tanggungjawab. Ed. A'e-2.Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Noor Bathi Badarudin, (2002). Dunia media moden. Kuala Lumpur: PTS Publications

Seneviratne,K. (2008). Citizen journalism-redefining journalism or cheap contents. Gateway, June.

Tan, J.E. & Zawawi Ibrahim, (2008). Blogging and democratization in Malaysia a new civil society in the

making. Petaling Jaya: SIRD

Zaharom Nain, (2002) The structure of the media industry: Implications for democracy, in F. Loh & B .T Khoo

(eds) Democracy in Malaysia: Discourses and practices, Richmond: Curzon The Star. (2008). 3 April

www.epu.gov.my

(18)

(atas talian) http://news.bbc.co.Uk/2/hi/technology/4099802.stm (13 Ogos 2008) 260

(19)

RUANG BERSUARA KAJIAN KES PILIHAN RAYA UMUM DI MALAYSIA

PEMIKIRAN POLITIK SEMASA UK01002

SESI 2013/2014 SEMESTER 1

DR. ANANTHA RAHMAN GOVINDASAMY

MOHAMMAD RASHID RIDHA BIN HUSIN

BP13110179

TUAN MUHAMAD ZAFFIQ MUQHRISH BIN TUAN ADDULLAH BA13110510

Referensi

Dokumen terkait

Untuk Memperoleh Gelar Magister Kedokteran Klinik (Anak) dalam Program Magister Kedokteran Klinik Konsentrasi Kesehatan.. Anak-Spesialis pada Fakultas Kedokteran Universitas

Pembuatan film plastik biodegredable dimulai dari pengambilan Pati biji kluwih dengan cara pengupasan, perendaman air garam, dihancurkan, penyaringan, pencucian,

Analisis kinerja ruas jalan perkotaan, dengan indikator kinerja yaitu arus lalu lintas (Q), kapasitas (C), derajat kejenuhan/ Degree of Saturation (DS), kecepatan arus bebas yang

Berdasarkan uraian hasil penelitian dan pembahasan yang dilakukan di SMAS Taman Mulia Sungai Raya, penggunaan metode mengajar guru pada mata pelajaran sosiologi masih

Sebab itulah, SMA Islam Sultan Agung 1 Semarang sebagai lembaga pendidikan swasta dibawah Yayasan Badan Wakaf Sultan Agung Semarang (YBWSA) sangat memperhatikan betul perihal

Bigne et al ., (2010) dalam studinya di bidang pariwisata menemukan bukti nyata bahwa citra secara positif mempengaruhi niat untuk berkunjung lagi diwaktu yang akan

Program Tanggung Jawab Sosial dan Lingkungan yang selanjutnya disebut Program TJSL, adalah tanggungjawab yang melekat pada setiap perusahaan untuk tetap menciptakan

tampaknya bukan waktu yang sesungguhnya ketika pertama kali Hajat Laut dilaksanakan. Seperti sudah diungkapkan, Upacara Hajat Laut, jika dilihat dari artefak-artefaknya yang