• Tidak ada hasil yang ditemukan

SUMBANGAN KOKURIKULUM DAN PENDIDIKAN JASMANI TERHADAP KECERGASAN FIZIKAL PELAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SUMBANGAN KOKURIKULUM DAN PENDIDIKAN JASMANI TERHADAP KECERGASAN FIZIKAL PELAJAR"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

663

SUMBANGAN KOKURIKULUM DAN PENDIDIKAN JASMANI TERHADAP KECERGASAN FIZIKAL PELAJAR

Mohd Tarmizi Bin Azeman & Mohd Radzani Abdul Razak Email : mizi1004@gmail.com

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Abstrak

Aktiviti kokurikulum dan Pendidikan Jasmani merupakan salah satu tunjang pendidikan di sekolah, sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti sumbangan aktiviti kokurikulum dan Pendidikan Jasmani terhadap kecergasan fizikal pelajar sekolah rendah. Sampel kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar sekolah rendah. Kaedah kajian ini adalah dengan menjalankan beberapa jenis ujian kecergasan berdasarkan panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Terdapat lima set ujian (SEGAK) ini, iaitu Pengiraan Indeks Jisim Badan, Ujian Naik Turun Bangku selama tiga minit, Ujian Tekan Tubi, Ujian Ringkuk Tubi Separa, dan Ujian Jangkauan Melunjur. Selain itu, soal selidik menggunakan Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) akan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan data mengenai aktiviti kokurikulum dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan hasil analisa data ujian (SEGAK) didapati bahawa 10.00% responden adalah sangat cergas, 27.50% adalah cergas, 37.50% adalah sederhana cergas, 22.50% adalah kurang cergas, dan 2.50% adalah tidak cergas. Data analisis juga menunjukkan tahap kecergasan fizikal adalah bergantung kepada keterlibatan seseorang dalam aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity pada kadar masa yang tertentu. Lazimnya, murid yang cergas adalah murid yang lebih banyak melakukan aktiviti vigorous- intensity pada kadar masa yang tinggi. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjelaskan sejauh mana sumbangan aktiviti kokurikulum dan Pendidikan Jasmani terhadap kecergasan fizikal pelajar sekolah rendah.

Kata Kunci: Aktiviti kokurikulum, Pendidikan Jasmani, dan Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ)

PENGENALAN

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani kini banyak mengalami perubahan, sama ada dari segi konsep ataupun perkembangan isi kandungannya. Walaubagaimanapun, penerimaan dan pengiktirafannya terhadap mata pelajaran ini masih dipertikaikan. Bahkan ia masih lagi dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tidak penting kerana mata pelajaran ini bukan satu mata pelajaran peperiksaan yang besar seperti SPM.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berhasrat untuk memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan namun begitu pelaksanaan aktiviti fizikal semasa mata palajaran pendidikan jasmani dan kesihatan itu sendiri tidak menggalakkan pelajar untuk bergiat aktif dan kekal sihat. Hasrat dan cita-cita ini FPN adalah ke arah pembentukan masyarakat yang cemerlang yang berperibadi seimbang dan harmonis (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1985). Bagi mengatasi serta mengubah persepsi sempit dan penerimaan yang salah terhadap mata pelajaran ini, maka mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah digabungkan pula dengan Pelajaran Kesihatan. Gabungan kedua mata pelajaran ini telah kemudiannya dijadikan satu mata pelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988; Pusat Perkembangan Kurikulum 1992).

(2)

664

Kegiatan atau gerakerja kokurikulum pula merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan dilaksanakan selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah berasas dan lanjutan sesi

persekolahan. (Mok Soon Sang, 2011). Selain itu kokurikulum juga boleh diertikan sebagai apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. (Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997). Sementara Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) pula mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah .

Menurut Md. Aris Mansor dalam Ab. Alim Abd. Rahim (2004), aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerakerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Menurut Ee Ah Meng (1995) pula, kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja tersusun dan terancang. Menurutnya lagi, gerak kerja ini adalah lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang dijalankan melalui pertubuhan pakaian seragam, persatuan atau kelab dan kelab permainan atau sukan.

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah antara lain mempunyai beberapa matlamat. Antaranya ialah untuk memperkembangkan intelek, sosial, jasmani dan rohani murid secara optimum. Selain itu aktiviti kokurikulum yang dijalankan juga bermatlamat untuk mengukuh dan memperkaya ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah, serta memperluas pengalaman murid dalam bidang tertentu. Melalui kegiatan kokurikulum juga, murid-murid diharapkan dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah, dan memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan kendirinya.

Melalui gerak kerja kokurikulum juga, diharap dapat memperkembang dan meningkatkan kemahiran-kemahiran asas dalam sesuatu permainan, sukan, unit beruniform, dan aktiviti berpersatuan. Selain itu aktiviti kokurikulum juga bermatlamat untuk melatih murid supaya mengejar pencapaian yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Disiplin murid juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti kokurikulum melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara. Selain itu aktiviti kokurikulum juga diharap dapat membentuk iklim sekolah dengan lebih menarik dan menggembirakan murid di samping dapat mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan murid.

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah faktor-faktor ini mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan PJK di sekolah-sekolah berkenaan.Selain itu, masalah yang dihadapi dalam kajian ini ialah aktiviti korikulum yang tidak djalankan mengikut perkadaran waktu yang sebenar. Pelaksanaan aktiviti korikulum yang melibatkan tiga aspek iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan yang lemah dan tidak tersusun telah menyebabkan pelajar tidak tertarik untuk bergiat aktif dalam aktiviti korikulum yang disediakan. Guru-guru yang mengetuai setiap kelab, unit beruniform dan kelab sukan sendiri tidak menunjukkan minat pada kelab yang dikelolainya dan pemilihan guru untuk ketuai kelab ini tidak mengikut penilaian kemahiran guru tersebut.

Pada dasarnya, guru PJK yang menyusun guru untuk mengetuai kelab ini haruslah menilai minat dan kemahiran guru-guru di sekolah itu supaya guru yang mengetuai sesebuah kelab dapat menunjukkan kemahiran yang mereka ada dan berkongsi dengan pelajar. Pembahagian masa bagi ketiga-tiga elemen penting dalam aktiviti kokurikulum ini tidak tersusun dimana pada minggu pertama dijalankan perjumpaan aktivti bagi kelab persatuan dan minggu

(3)

665

seterusnya unit beruniform dan seterusnya sukan dan permainan, namun begitu pihak sekolah atau guru yang bertugas pada minggu tersebut berhak untuk tentukan aktiviti yang akan dijalankan pada minggu tersebut tanpa mengambil kira keperluan masa bagi menjalankan aktiviti ini. Kadang kala guru-guru lebih cenderung untuk melakukan aktiviti unit beruniform dan kelab persatuan daripada melakukan aktiviti sukan dan permainan yang memerlukan pelajar dan guru menukar pakaikan dan sebagainya.

Pembahagian pelajar dalam aktiviti ini juga adalah mengikut kelas dan ini tidak menggalakkan pelajar untuk bergaul dengan pelajar lain. Sepatutnya, aktiviti kokurikulum yang banyak melibatkan aktiviti fizikal ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal pelajar namun begitu bergantung pada pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sesebuah sekolah itu sendiri.

Kegiatan kokurikulum di sekolah tidak mendapat galakkan yang baik dari sebilangan guru dan juga pentadbir sendiri yang mana pentadbir lebih mementingkan prestasi akademik berbanding kegiatan kokurikulum. Disebabkan itu, pengetua yang mementingkan prestasi akademik menggunakan kuasanya untuk membatalkan segala aktiviti kokurikulum dan digantikan dengan proses P&P terutama sekali bagi Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan besar pada hujung tahun. Kejadian ini sering berlaku ketika pelajar Tingkatan 3 dan 5 di ambang peperiksaan yang mana mereka dikerah untuk menyertai program motivasi dan program pecutan menjawab soalan-soalan ramalan dan sebagainya. Selain itu, masalah yang sering berlaku ialah apabila guru yang mengelola sesebuah kelab tidak berminat dengan kelab tersebut mereka tidak akan berusaha untuk merancang untuk melakukan aktiviti yang menarik bagi memberi pengalaman kepada pelajar.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik diedarkan kepada murid dan ujian kecergasan dilakukan untuk menguji tahap kecergasan murid. Responden kajian terdiri daripada murid 10 tahun hingga 12 tahun di SK Taman Kosas. Kajian ini dilaksanakan terhadap 40 orang pelajar perempuan. Prosedur ujian dilakukan terlebih dahulu bagi mendapatkan pengesahan kajian ini supaya dapat dijalankan dan seterusnya mendapatkan surat kebenaran untuk melakukan kajian dan mendapatkan maklumat dari responden.

Soal selidik menggunakan Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) akan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan data mengenai aktiviti kokurikulum dan Pendidikan Jasmani. Manakala SEGAK adalah ujian kecergasan fizikal yang menguji lima ujian iaitu Indeks Jisim Tubuh (IJT), turun naik bangku 3 minit, tekan tubi, ringkuk tubi separa, dan jangkauan melunjur. Tujuan bateri ujian ini dilakukan adalah untuk mengukur daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, dan kelenturan tubuh.

Prosedur pengumpulan data adalah dengan mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pendidikan Daerah dan pihak sekolah. Selepas mendapat kebenaran, borang soal selidik diedarkan kepada pelajar dan dijawab bersama dengan pengkaji serta ujian kecergasan dilakukan di kawasan padang dengan menggunakan kemudahan yang disediakan. Penganalisisan data adalah dengan membuat analisis deskriptif untuk mengukur tahap penglibatan dan corak aktiviti fizikal murid dan analisis korelasi pearson untuk mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah. Proses menganalisis borang soal selidik untuk melihat skor min item PAQ-C, pengkaji data nilai min yang diadaptasi daripada Wiersma (1995), iaitu Jadual 1.

(4)

666

Jadual 1: Interpretasi min skor yang diadaptasi daripada Wiersma (1995)

Skor min Interpretasi

1.00 – 2.33 Tidak Cergas / Tidak Aktif / Berintensiti Rendah 2.34 – 3.67 Sederhana Cergas / Sederhana Aktif / Berintensiti Sederhana 3.68 – 5.00 Cergas / Aktif / Berintensiti Tinggi

DAPATAN KAJIAN

Jadual 2 menunjukkan hasil analisa data Ujian SEGAK tersebut. Satu piawaian kecergasan telah ditetapkan untuk tujuan kajian ini. Piawaian tersebut ditentukan berdasarkan kepada jumlah skor Ujian SEGAK. Jumlah skor Ujian SEGAK 18-20 dikategorikan sebagai sangat cergas, jumlah skor 15-17 dikategorikan cergas, jumlah skor 12-14 dikategorikan sederhana cergas, jumlah skor 8-11 dikategorikan kurang cergas, dan jumlah skor 0-7 dikategorikan sebagai tidak cergas. Berdasarkan hasil analisa data tersebut, didapati bahawa 10.00% responden adalah sangat cergas, 27.50% adalah cergas, 37.50% adalah sederhana cergas, 22.50% adalah kurang cergas, dan 2.50% adalah tidak cergas.

Jadual 2 Hasil Analisa Data Ujian SEGAK

Kategori Bilangan Peratusan

Sangat Cergas Cergas Sederhana Cergas Kurang Cergas Tidak Cergas 4 11 15 9 1 10.00% 27.50% 37.50% 22.50% 2.50% Jumlah Keseluruhan 40 100.0%

Jadual 3 menunjukkan hasil analisa data demografi responden. Hasil analisa data menunjukkan 80.00% responden adalah bangsa Melayu, 10.00% bangsa India dan 10.00% bangsa Cina serta 0.00% lain- lain bangsa. Manakala, 50.0% responden berumur 12 tahun dan selebihnya masing- masing 25.00% berumur 11 tahun dan 10 tahun. Hasil analisa data mengenai kawasan tetap kediaman pula menunjukkan bahawa 100.0% di bandar. Bagi aliran persekolahan pula, sebanyak 25.00% adalah aliran Sains, 35.00% adalah aliran Sastera, 20.00% adalah aliran Ekonomi dan 20.00% lagi adalah aliran Perdagangan. Hasil analisa data mengenai pekerjaan ibu bapa atau penjaga menunjukkan 65.00% adalah pekerja kerajaan, 15.00% adalah pekerja swasta, 15,00% adalah bekerja sendiri, dan selebihnya 5.00% merupakan pesara. Pendapatan sebulan ibu bapa atau penjaga pula menunjukkan 30.00% berpendapatan RM3000 ke atas, 35.00 % berpendapatan RM2000- RM3000 dan 35.00% berpendapatan RM1000- RM2000.

(5)

667

Jadual 3 Demografi Responden

Bangsa Umur (Tahun) Kawasan Tetap Kediaman Bilangan Peratusa

n

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan

Melayu 32 80.00% < 9 0 0.00% Bandar 40 100.00% Cina 4 10.00% 10 10 25.00% Luar bandar 0 0.00% India 4 10.00% 11 10 25.00% Lain- lain 0 0.00% 12 20 50.00% Jumlah 40 100.0% 40 100.0% 40 100.0%

Jadual 4 Demografi Responnden Aliran Persekolahan Pekerjaan Ibu

Bapa/Penjaga

Pendapatan Sebulan Ibu Bapa/ Penjaga (RM)

Bilangan % Bilangan % Bilanga

n % Sains 10 25.00 Kerajaan 26 65.00 > 3000 12 30.00 Sastera 14 35.00 Swasta 6 15.00 2000- 3000 14 35.00 Ekonomi 8 20.00 Sendiri 6 15.00 1000- 2000 14 35.00 Perdagangan 8 20.00 Pencen 2 5.00 < 1000 0 0.00 Jumlah 40 100.0 40 100.0 40 100.0

Aktiviti kokurikulum terbahagi kepada tiga, iaitu badan beruniform, kelab dan persatuan, dan sukan dan permainan. Tahap kecergasan murid dalam keterlibatan terhadap aktiviti kokurikulum diukur berdasarkan tiga kategori, iaitu kiraan masa melibatkan diri dalam aktiviti berbentuk Vigorous- Intensity (VI), Moderate – Intensity (MI) dan Low- Intensity (LI).

Jadual 5 menunjukkan purata min skor intensity aktiviti kokurikulum responden. Purata min skor tidak menentukan kategori sebenar kecergasan seseorang responden. Kategori sebenar kecergasan responden ditentukan oleh purata min skor bagi aktiviti jenis vigorous- intensity (VI), moderate- intensity (MI) dan low- intensity(LI). Seterusnya, Jadual 6 menunjukkan peratusan dan bilangan responden yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum mengikut jenis intensity aktiviti tersebut. Satu piawaian telah ditetapkan untuk mengukur tahap interpretasi masa bagi jenis- jenis intensity aktiviti kokurikulum. Bagi aktiviti vigorous- intensity (VI), moderate- intensity (MI) dan low- intensity (LI), min skor dua jam dan ke atas diinterpretasikan sebagai tinggi, min skor 01:59 – 01:00 (jam: minit) diinterpretasikan sebagai sederhana dan min skor kurang daripada satu jam diinterpretasikan sebagai rendah.

Hasil analisa data tersebut, didapati bahawa peratusan responden yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum pada kadar masa yang diinterpretasikan sebagai tinggi ialah 17.50 % bagi aktiviti jenis vigorous- intensity, 0.00% bagi aktiviti jenis moderate- intensity dan 7.50% bagi aktiviti jenis low- intensity. Manakala, peratusan responden yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum pada kadar masa yang diinterpretasikan sebagai sederhana ialah 60.00 % bagi aktiviti jenis vigorous- intensity, 90.00 % bagi aktiviti jenis moderate- intensity dan 65.00%

(6)

668

bagi aktiviti jenis low- intensity. Seterusnya, peratusan responden yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum pada kadar masa yang diinterpretasikan sebagai rendah pula ialah 22.50% bagi aktiviti jenis vigorous- intensity, 10.00 % bagi aktiviti jenis moderate- intensity dan 27.50% bagi aktiviti jenis low- intensity.

Jadual 5 Purata Min Skor Intensity Aktiviti Kokurikulum Responden

Min skor Purata Min skor Kategori Kecergasan Responden berdasarkan ujian SEGAK VI MI LI 02:04 01:00 00:20 01:08 Cergas 01:30 01:30 00:25 01:08 Cergas 02:04 01:00 00:20 01:08 Cergas 01:30 01:20 00:35 01:08 Cergas 02:13 00:50 00:47 01:17 Sangat Cergas 01:47 01:25 01:08 01:26 Sangat Cergas 01:47 01:25 00:50 01:20 Sangat Cergas 02:30 01:30 00.50 01:37 Sangat Cergas 01:45 01:25 00:37 01:16 Cergas 01:41 01:23 00:45 01:16 Cergas 00:50 01:23 01:40 01:17 Kurang Cergas 01:02 01:30 02:00 01:31 Kurang Cergas 01:56 01:32 01:07 01:32 Cergas 01:58 01:26 01:23 01:35 Cergas 02:02 01:34 01:15 01:37 Cergas 00:45 01:19 01:52 01:19 Sederhana Cergas 00:43 01:17 01:58 01:19 Sederhana Cergas 00:32 01:23 02:04 01:20 Sederhana Cergas 02:25 01:15 00:42 01:28 Cergas 02:11 01:25 00:38 01:25 Cergas 01:50 01:08 01:19 01:26 Sederhana Cergas 01:07 01:08 01:47 01:20 Kurang Cergas 01:49 01:25 01:32 01:35 Sederhana Cergas 01:00 00:43 01:58 01:14 Kurang Cergas 00:43 01:07 02:07 01:29 Kurang Cergas 01:38 01:17 01:32 01:19 Sederhana Cergas 01:43 01:20 01:28 01:23 Sederhana Cergas 00:58 01:22 01:55 01:25 Kurang Cergas 01:15 00:55 01:40 01:17 Sederhana Cergas 01:19 01:05 01:38 01:20 Sederhana Cergas 01:20 01:05 01:38 01:21 Sederhana Cergas 00:55 01:15 01:41 01:31 Kurang Cergas 00:42 01:02 01:20 01:01 Tidak Cergas 01:15 01:11 01:07 01:11 Sederhana Cergas

(7)

669

Jadual 6 Purata Min Skor mengikut Jenis Intensity Aktiviti

Min Skor Masa Vigorous- Intensity Moderate- Intensity Low- Intensity (Jam : Minit) Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan

02:00 & lebih 7 17.50% 0 0.00% 3 7.50%

01:59 – 01:00 24 60.00% 36 90.00% 26 65.00%

00:59 & kurang 9 22.50% 4 10.00% 11 27.50%

Jumlah 40 100.0% 40 100.0% 40 100.0%

Hasil analisa data tersebut, didapati bahawa peratusan responden yang terlibat dengan aktiviti Pendidikan Jasmani pada kadar masa yang diinterpretasikan sebagai tinggi ialah 17.50 % bagi aktiviti jenis vigorous- intensity, 0.00% bagi aktiviti jenis moderate- intensity dan 7.50% bagi aktiviti jenis low- intensity. Manakala, peratusan responden yang terlibat dengan aktiviti

Pendidikan Jasmani pada kadar masa yang diinterpretasikan sebagai sederhana ialah 60.00 % bagi aktiviti jenis vigorous- intensity, 90.00 % bagi aktiviti jenis moderate- intensity dan 65.00% bagi aktiviti jenis low- intensity. Seterusnya, peratusan responden yang terlibat dengan aktiviti Pendidikan pada kadar masa yang diinterpretasikan sebagai rendah pula ialah 22.50% bagi aktiviti jenis vigorous- intensity, 10.00 % bagi aktiviti jenis moderate- intensity dan 27.50% bagi aktiviti jenis low- intensity.

Jadual 7 Peratusan Keterlibatan Responden dalam Aktiviti berlainan Intensity

Min Skor Masa Vigorous- Intensity Moderate- Intensity Low- Intensity (Jam : Minit) Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan

02:00 & lebih 7 17.50% 0 0.00% 3 7.50%

01:59 – 01:00 24 60.00% 36 90.00% 26 65.00%

00:59 & kurang 9 22.50% 4 10.00% 11 27.50%

Jumlah 40 100.0% 40 100.0% 40 100.0%

Hasil analisa data mengenai aktiviti fizikal kokurikulum, didapati bahawa responden yang melakukan aktiviti vigorous- intensity pada kadar masa yang tinggi adalah lebih cergas berbanding dengan responden lain yang kurang atau tidak melakukan aktiviti vigorous- intensity pada kadar masa yang tinggi. Namun begitu, responden yang melakukan kesemua aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity dengan kadar masa yang seimbang antara ketiga- tiganya, kumpulan responden ini mencapai tahap kecergasan fizikal yang lebih tinggi atau sama dengan kumpulan responden yang melakukan aktiviti vigorous- intensity pada kadar masa yang tinggi sahaja. Sementara itu, responden yang hanya melakukan aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity dengan kadar masa yang sederhana atau rendah sahaja adalah tidak cergas kerana ketiga- tiga jenis aktiviti yang dilakukan tidak melibatkan kadar masa yang tinggi atau kombinasi kadar masa yang tinggi dan sederhana.

(8)

670

Hasil analisa data untuk aktiviti fizikal yang dilakukan semasa Pendidikan Jasmani menunjukkan bahawa keterlibatan dalam melakukan aktiviti vigorous- intensity pada kadar masa yang tinggi dan sederhana adalah memberi pengaruh atau kesan yang besar terhadap tahap kecergasan fizikal responden. Responden yang hanya melakukan aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity pada kadar masa yang rendah atau sederhana sahaja adalah tidak cergas. Hal ini kerana, keterlibatan dalam kesemua aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity pada kadar masa yang tinggi sahaja; atau kombinasi kadar masa yang tinggi dan sederhana; atau kombinasi kadar masa yang tinggi, sederhana dan rendah yang seimbang lebih memberikan kesan yang optimum untuk tahap kecergasan fizikal responden.

Manakala, untuk mengenal pasti ujian dan aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengukur kecergasan fizikal murid. Bagi mencapai objektif kajian ini, aktiviti yang standard mengikut saranan Kementerian Pelajaran Malaysia telah dilakukan untuk proses pengumpulan data. Aktiviti tersebut terkandung dalam Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK), iaitu aktiviti turun naik bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa, dan jangkau melunjur. Data yang diperoleh telah dianalisa. Hasil analisa data mengenai aktiviti turun naik bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa, dan jangkau melunjur menunjukkan bahawa responden yang boleh melakukan kesemua aktiviti tersebut dengan jumlah skor yang tinggi mempunyai tahap kecergasan fizikal yang lebih tinggi berbanding dengan responden yang hanya mampu mendapatkan jumlah skor yang lebih rendah.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Berpandukan kepada bilangan dan peratusan responden yang dikategorikan sebagai sangat cergas, cergas, sederhana cergas, kurang cergas, dan tidak cergas; serta berdasarkan kepada bilangan dan peratusan responden yang melakukan aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity bagi setiap kategori tahap kecergasan fizikal, dapat dirumuskan bahawa tahap kecergasan fizikal adalah bergantung kepada keterlibatan seseorang dalam aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity pada kadar masa yang tertentu.

Walau bagaimanapun, tidak semestinya penglibatan dalam aktiviti vigorous- intensity pada kadar masa yang tinggi akan meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang jika aktiviti tersebut tidak dilakukan secara berterusan dan konsisten. Sementara itu, jika aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity dilakukan pada kadar masa yang sederhana dan seimbang antara ketiga- tiganya boleh menyumbang kepada peningkatan tahap kecergasan fizikal murid. Namun begitu, jika aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity dilakukan pada kadar masa yang rendah sahaja, sumbangannya terhadap tahap kecergasan fizikal murid adalah rendah.

Kesimpulannya, keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kecergasan fizikal murid adalah bergantung kepada intensity aktiviti fizikal yang dilakukan seharian pada kadar masa yang tertentu. Lazimnya, murid yang cergas adalah murid yang lebih banyak melakukan aktiviti vigorous- intensity pada kadar masa yang tinggi. Selain itu, murid yang melakukan aktiviti vigorous- intensity, moderate- intensity dan low- intensity pada kadar masa yang sederhana dan seimbang antara ketiga- tiganya juga adalah murid yang cergas.

(9)

671

RUJUKAN

Zainal Abidin Zainuddin & Shafezan Hamidi Abd Hamid. (2010). Persepsi Guru-Guru Pendidikan Jasmani Terhadap Perlaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) Di Sekitar Bandar Johor Bahru Dan Bandar Skudai. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Muhamad Hafiz Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya. (2008). Kajian Tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008. UTM Muhamad Hafiz Bin Ismail & Hazlini Binti Che Ali. (2008). Kajian Prestasi Kecergasan

Fizikal Berasaskan Kesihatan Terhadap Atlet Lumba Basikal Sukma 2008.

Hassan Adnan & Raja Roslan Raja Abd. Rahman. (2010). Keberkesanan pelaksanaan aktiviti fizikal terhadap pembangunan diri pelajar: satu tinjauan. Journal of Human Capital Development ISSN : 1985- 7012 Julai- Disember 3(2) : 119 – 128.

Lokman Bin Mohd Tahir & Osmayati Othman. (2010). Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof, Borhan Yusof. (2002). Kokurikulum, peranan dan implikasi. Kuala Lumpur: Sanon Printing.

Referensi

Dokumen terkait

Melalui ana lisa kekerapan, hasil kajian menunjukkan motif kemahiran dan motif kecergasan fizikal sebagai motif yang utama dalam menjalankan aktiviti fizikal,

2.8.1 Menyatakan kedudukan tangan yang paling sesuai (angel of release) semasa melepaskan bola dalam kemahiran balingan 5.4.3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti

Fokus Berkebolehan melakukan senaman regangan yang khusus pada otot-otot yang terlibat dalam aktiviti fizikal yang akan

Berdasarkan dapatan kajian didapati bahawa aktiviti komunikasi pelajar semasa aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengurusan menunjukkan kemampuan pelajar untuk

konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran asas lompatan 3.1 Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berdasarkan konsep kecergasan 5.2 Menunjukkan keyakinan.

Dapatan kajian mendapati bahawa skor kecergasan sukan dengan prestasi sukan adalah nilai tidak signifikan antara kedua pemboleh ubah yang diuji dan menunjukkan hubungan

Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan (Domain Kognitif) Standard Kandungan 4.1 Mengaplikasikan konsep kecergasan semasa. melakukan aktiviti kecergasan

Kajian ini telah menunjukkan bahawa kualiti hidup dalam kalangan warga emas di bandar di Kajang, Selangor berada di tahap yang rendah (36%) dan penglibatan aktiviti fizikal tidak