• Tidak ada hasil yang ditemukan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

2 - - 2 No. Kad Pengenalan: ___________________

PEPERIKSAAN PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

PENOLONG PEGAWAI SAINS C29 KERTAS II

(PUSAT PENGAJIAN SAINS FIZIK)

Tarikh : 3 Mei 2018 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari (3 jam) Tempat : Kampus Induk

______________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi Lapan (8) soalan daripada tiga bahagian. Jawab lima (5) soalan sahaja. Satu (1) soalan dari setiap bahagian dan dua (2) soalan lagi dari mana-mana bahagian.

Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.

Kertas soalan ini mengandungi 12 muka surat termasuk muka hadapan.

(2)

Jawab LIMA (5) soalan sahaja

Bahagian A

1. Setiap makmal pembelajaran atau penyelidikan memerlukan suatu ruang penyimpanan sementara atau dipanggil stor unit selain daripada stor utama PTJ. Contohnya untuk menyimpan alat ganti, bahan kimia, barangan elektrik, komponen elektronik, komputer dan sebagainya.

a) Pada pandangan anda, apakah kepentingan mempunyai stor unit di setiap makmal pembelajaran atau penyelidikan?

(20 markah)

b) Inventori dan stor adalah perkara yang sinonim. Berikan definisi inventori dan apakah yang dimaksudkan dengan kawalan inventori?

(20 markah)

c) Nyatakan perbezaan antara “Harta modal” dan “Aset tak alih” beserta contoh.

(20 markah)

d) Semasa perolehan barangan, terdapat beberapa pecahan Vot yang perlu diteliti, untuk memastikan pembelian tidak disekat atau mempunyai masalah. Antaranya Vot 26000, Vot 27000, Vot 28000 dan Vot 35000. Apakah yang dimaksudkan dengan Vot-vot berkenaan dan berikan contoh untuk setiap Vot tersebut?

(3)

2. Kalibrasi dan akreditasi adalah perkara yang sinonim dengan makmal penyelidikan. Ia harus dipantau dengan teliti untuk memastikan tahap kebolehpercayaan data berada pada tahap sepatutnya.

a) Terangkan secara ringkas perbezaan kalibrasi dan akreditasi beserta contoh. (25 markah)

b) Apakah kepentingan kalibrasi dan akreditasi terhadap peralatan makmal pembelajaran dan penyelidikan?

(25 markah)

c) Bincangkan masalah-masalah yang akan timbul jika peralatan makmal tidak dikalibrasi dengan betul. Apakah implikasi jika ia masih digunakan secara meluas samada untuk tujuan pengajaran atau penyelidikan?

(50 markah)

Bahagian B

3.

Rajah 1: Wayar berpenebat

Rajah 1 menunjukkan wayar berpenebat yang telah rosak dan mendedahkan bahagian dalam wayar tersebut.

a) Sebagai staf makmal, apakah langkah-langkah keselamatan yang patut anda lakukan jika ini berlaku pada salah satu alat di makmal?

(4)

b) Sekiranya makmal anda mempunyai bahan kimia usang dan sudah tamat tarikh luput, bagaimanakah prosedur untuk melupuskan bahan kimia tersebut?

(15 markah)

c) Jika bahan kimia tersebut telah usang, tetapi tidak dapat dikenalpasti nama dan jenisnya, bagaimana pula prosedur pelupusan bahan tersebut?

(10 markah)

Rajah 2: Simbol keselamatan

d) Nyatakan simbol keselamatan tersebut dan dimanakah ia selalu berada. (10 markah)

e) Berikan tindakan kecemasan jika seseorang terkena renjatan elektrik di

makmal anda.

(5)

4.

Rajah 3: Picagari

a) Andaikan semasa mengemas makmal, tangan anda terluka akibat tercucuk jarum picagari yang mengandungi darah, apakah yang perlu anda lakukan dengan kadar segera?

(20 markah)

b) Keselamatan diri amat penting ketika menggunakan bahan kimia berbahaya di dalam makmal. Nyatakan dua (2) ciri-ciri keselamatan dan tiga (3) etika pemakaian khas yang sepatutnya dipatuhi oleh setiap pelajar.

(20 markah)

c) Sebagai penyelia makmal, apakah tindakan segera yang perlu dilakukan sekiranya berlaku tumpahan bahan kimia di dalam makmal? Nyatakan langkah-langkah susulan yang perlu diambil untuk memastikan kejadian tersebut tidak berulang.

(25 markah)

d) Alat pelindungan diri (PPE atau personal protective equipment) perlu digunakan ketika bekerja atau menggunakan sumber radiasi yang mengeluarkan sinaran alpha, beta, gama dan sinar-X. Senaraikan lima (5)

contoh PPE yang perlu dipakai ketika menggunakan radiasi. Apakah kepentingan menggunakan PPE tersebut?

(6)

5.

Rajah 4: Alat pengukuran

a) Rajah 4 menunjukkan alat pengesanan yang digunakan secara meluas dalam sinaran. Namakan alat pengesan tersebut dan berikan nama sinaran yang boleh dikesan oleh alat tersebut.

(10 markah)

b) ALARA (As Low As Reasonably Achievable) adalah satu konsep keselamatan sinaran radioaktif untuk memastikan tiada dedahan berlebihan. Terangkan tiga (3) prinsip utama dalam konsep ALARA.

(30 markah)

c) Jika seseorang menggunakan bahan radioaktif, bagaimana untuk mengurangkan dedahan radiasi dalaman yang terkena pada badan?

(7)

d)

Rajah 5: Alat pemadam api

Rajah 5 menunjukkan empat jenis alat pemadan api yang biasa digunakan di dalam makmal. Apakah kepentingan mempunyai pelbagai jenis pemadam api?

Nyatakan perbezaan keempat-empat jenis pemadam api tersebut berdasarkan jenis kebakaran yang boleh dipadam.

(8)

Bahagian C

6. Makmal pengajaran menjalankan kelas amali kepada para pelajar pra-siswazah dan para pelajar diwajibkan untuk menghantar laporan amali selepas satu minggu eksperimen selesai.

a) Format laporan biasanya bermula dengan tajuk, abstrak dan seterusnya. Apakah yang sepatutnya ditulis di dalam format laporan tersebut untuk bahagian B hingga I seperti dibawah:

A. TAJUK B. ABSTRAK C. ... D. ... E. ... F. ... G. ... H. ... I. ... J. RUJUKAN (20 markah)

b) Sekiranya pelajar lewat atau tidak menghantar laporan amali tersebut, apakah penalti yang akan dikenakan terhadap pelajar tersebut?

(15 markah)

c) Jika terdapat pelajar yang tidak hadir sesi amali tetapi menghantar laporan amali, apakah tindakan yang akan dikenakan kepada pelajar tersebut?

(15 markah)

d) Pada pendapat anda, apakah kepentingan subjek amali Makmal 100, Makmal 200 dan apakah relevan kepada para pelajar untuk menjalankan eksperimen yang pelbagai tajuk?

(9)

e) Penulisan saintifik dan plagiat sememangnya berkait rapat. Berikan definisi plagiat dalam penulisan dan pada pandangan anda, bagaimanakah plagiat dapat dielakkan oleh pelajar semasa menulis laporan?

(25 markah)

7. Semasa menjalankan eksperimen atau sesuatu kajian, topik dan skop penyelidikan adalah sangat penting. Selain itu, kajian literatur (literature review) dan hipotesis juga penting dalam memastikan penyelidikan itu adalah relevan dan boleh dilaksanakan.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan kajian literatur (literature review) dan berikan kepentingannya sebelum memulakan eksperimen atau kajian?

(30 markah)

b) Apakah yang dimaksudkan dengan hipotesis awal dan hipotesis akhir? (20 markah)

c)

Rajah 6: Jenis ralat ketika menjalankan eksperimen

Rajah 6 menunjukkan jenis ralat yang berlaku ketika menjalankan eksperimen di dalam makmal. Berikan maksud ralat sistematik dan ralat rambang beserta contoh.

(30 markah) RALAT KETIKA MENJALANKAN EKSPERIMEN RALAT SISTEMATIK RALAT RAMBANG

(10)

d)

Rajah 7: Angkup Vernier

Rajah 7 menunjukkan bacaan pada angkup vernier dalam unit mm (milimeter). Berikan bacaan tersebut dalam unit mm dan tukarkan kepada unit cm (sentimeter) dan m (meter).

(20 markah)

8.

Rajah 8: Kedudukan aras mata P, Q dan R

a) Yang manakah antara berikut kedudukan aras mata yang betul untuk mengambil bacaan?

(5 markah)

b) Jika mengambil bacaan daripada aras yang salah, apakah implikasi terhadap eksperimen dan pengumpulan data?

(11)

c)

Graf 1

Graf 1 adalah graf yang dilukis oleh seorang pelajar di dalam laporannya. Graf tersebut tidak lengkap kerana mempunyai beberapa kesalahan kecil. Berdasarkan pemerhatian anda, senaraikan lima (5) kesalahan pada graf tersebut.

(25 markah)

d) Lengkapkan Jadual 1 dan nyatakan unit serta symbol bagi setiap komponen/pengukuran elektronik seperti dibawah:

Jadual 1: Unit dan symbol bagi jenis komponen dan pengukuran yang berbeza

(24 markah)

Komponen /pengukuran Unit Simbol

*Contoh : Suhu Darjah Celcius ° C

A. Daya (Force) B. Perintang (Resistance) C. Arus (Current) D. Voltan (Voltage) E. Kapasitor (Capasitor) F. Kuasa (Power)

(12)

e) Makmal pembelajaran dan penyelidikan sentiasa dikunjungi oleh para pelawat dari dalam dan luar PTJ mahupun USM.

i) Sebagai penyelia makmal, bagaimana cara atau langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan bahawa makmal seliaan anda sentiasa dalam keadaan yang terbaik dan dapat menerima kunjungan pelawat pada bila-bila masa?

ii) Terangkan juga bagaimana sebagai penyelia, anda dapat terapkan budaya kerja yang efisien dan cemerlang dalam kalangan staf bawahan anda?

(26 markah)

Referensi

Dokumen terkait

b) Sila jelaskan fungsi dan peranan mana-mana EMPAT (4) Pegawai Universiti.. Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah universiti Penyelidikan sebelum diiktiraf

Terangkan maksud Sistem Fail dan huraikan TUJUH (7) ciri-ciri Sistem Fail yang baik. Puan Saliza seorang Pegawai Psikologi telah diperuntukkan sebuah bilik khas. Beliau

Akta Badan- Badan Berkanun ( Tatatertib dan Surcaj) 2000 merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan tatatertib,

Satu perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib untuk menghalang seseorang pekerja daripada menjalankan tugas apabila disabitkan oleh makamah atas kesalahan jenayah

Mengikut definisi, “Pelajar” adalah seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus

diarahkan oleh Ketua Jabatan. Elaun yang dibayar kepada pegawai yang diarah melaksanakan tugas pegawai lain melebihi masa yang ditetapkan. Elaun yang dibayar kepada pegawai

Semasa seseorang staf yang masih dalam perkhidmatan meninggal dunia, pihak Universiti akan memberi Bantuan Pengurusan Jenazah sebanyak ________ untuk urusan

A. Berikut disenaraikan proses kerja pemilihan dan penyemakan majalah baharu di Bahagian Bahan Bersiri. Sila pilih proses kerja yang bersesuaian dengan kerja pemilihan dan penyemakan