HUBUNGAN ANTARA STRES, KONFLIK KERJA-KELUARGA DAN PERILAKU MEROKOK DALAM KALANGAN PEKERJA
NOOR ADILAH BT ADNAN
Kertas Projek Yang Dikemukakan Kepada Pusat Pengajian Pembangunan Sosial Dan Ekonomi,
Universiti Malaysia Terengganu Bagi Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Untuk Sarjana Muda Kaunseling
ii
PENGAKUAN
Saya akaui kertas Projek Ilmiah Tahun Akhir (COU 4999) ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali sumber-sumber yang telah saya jelaskan rujukannya.
Tandatangan :………
Nama Penulis : Noor Adilah Binti Adnan
iii
PENGESAHAN
Kajian ilmiah ini telah diterima dan diluluskan sebagai memenuhi syarat kursus. Projek Ilmiah Tahun Akhir (COU 4999). Kelulusan kertas projek ini memenuhi sebahagian daripada syarat Ijazah Sarjana Muda Kaunseling.
Tandatangan :……….
Nama Penyelia : Dr. Madihah Binti Mohd Shukri
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah S.W.T yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.W.T . Rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kajian ilmiah ini dengan jayanya.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Dr. Madihah binti Mohd Shukri atas segala tunjuk ajar, nasihat dan semangat yang diberikan kepada saya sepanjang kajian ini. Kajian ini mungkin tidak dapat disiapkan dengan baik tanpa bantuan daripada beliau. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pekerja di sekitar negeri Kelantan yang sudi memberikan kerjasama yang baik dalam proses pengumpulan data.
v ABSTRAK
Kajian adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara tahap stres dan konflik kerja keluarga (WFC) dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja di Negeri Kelantan. Soal selidik yang digunakan adalah Perceived Stress Scale -10 (PSS-10) Cohen (1988), Work-Family Conflict Gutek (1991) dan Konstruk dari Teori Perilaku Terancang (TPB) Conner & Spark (2006). Analisis kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara stres dengan perilaku merokok. Terdapat hubungan negatif yang signifikan antara tahap konflik kerja mempengaruhi keluarga (WIF) dengan perilaku merokok. Hasil kajian juga mendapati bahawa norma, sikap dan kawalan mempunyai hubungan yang signifikan dengan niat berhenti merokok. Berdasarkan hasil dapatan kajian, penyelidik telah membincangkan beberapa cadangan untuk kajian yang akan dilakukan pada masa hadapan.
vi ABSTRACT
vii
SENARAI KANDUNGAN
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH xiii
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Permasalahan Kajian 3
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Hipotesis Kajian 6
1.6 Kerangka Konseptual Kajian 6
1.7 Pendekatan Teori 7
1.7.1 Teori Sindrom Penyesuaian Umum 7 1.7.2 Teori Perilaku Yang Terencana 9
1.8 Limitasi Kajian 12
1.9 Definisi Operasi 13
1.9.1 Stres 13
viii
1.9.2.1 Konflik Kerja-Keluarga 14 1.9.2.2 Konflik Keluarga-Kerja 14
1.9.3 Faktor Sosio-Kognitif 15
1.10 Kepentingan Kajian 17
1.11 Kesimpulan 17
BAB 2 SOROTAN KAJIAN LEPAS
2.0 Pendahuluan 18
2.1 Kajian Lepas 18
2.2 Kesimpulan 23
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan 24
3.1 Reka Bentuk Kajian 24
3.2 Tempat Kajian 25
3.3 Populasi dan Sampel 25
3.3.1 Populasi Kajian 25
3.3.2 Sampel Kajian 26
3.3.3 Kaedah Persampelan 26
3.4 Instrumen Kajian 27
3.4.1 Bahagian A: Latar Belakang 27 3.4.2 Bahagian B: Perilaku Merokok 28 3.4.3 Bahagian C: Perceived Stress
Scale-10 28
3.4.4 Bahagian D: Work-Family
Conflict 29
ix
dan Niat Berhenti Merokok 29
3.5 Kaedah Permakatan 30
3.5.1 Perceived Stress Scale-10 30
3.5.2 Work-Family Conflict 31
3.5.3 Niat Berhenti Merokok 31
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Instrumen 32
3.7 Kajian Rintis 33
3.8 Prosedur Pengumpulan Data 33
3.9 Penganalisisan Data 34
3.9.1 Statistik Deskriptif 35
3.9.2 Statistik Inferensi 35
3.9.2.1 Kolerasi Pearson 35
3.10 Kesimpulan 37
BAB 4 ANALISIS DATA
4.0 Pendahuluan 38
4.1 Keputusan Kajian 38
4.1.1 Statistik Deskriptif 38
Tahap Stres 39
Tahap Konflik Kerja Keluarga 39
Perilaku Merokok 40
Purata Batang Rokok Sehari 40
4.1.2 Statistik Infrensi 41
4.1.2.1 Analisis Kolerasi Pearson 41
4.2 Kesimpulan 45
x
5.0 Pendahuluan 46
5.1 Perbincangan Hasil Kajian 46
5.1.1 Tahap Stres 47
5.1.2 Tahap Konflik Kerja-Keluarga 47
5.1.3 Niat Berhenti Merokok 48
5.1.4 Stres dan Perilaku 48
5.1.5 Konflik Kerja-Keluarga dan Perilaku
Merokok 49
5.1.6 Faktor Sosio-Kognitif dan Niat Berhenti
Merokok 50
5.2 Implikasi 51
5.3 Cadangan Dapatan Kajian 53
Pekerja 53
Majikan 54
Unit Bimbingan Kaunseling 54
Kerajaan 55
5.4 Saranan Kajian Lanjutan 56
5.5 Kesimpulan 57
RUJUKAN 58
LAMPIRAN 64
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK MUKA SURAT Jadual 3.1 Jadual 3.2 Jadual 3.3 Jadual 3.4 Jadual 3.5 Jadual 3.6 Jadual 4.1 Jadual 4.2 Jadual 4.3 Jadual 4.4 Jadual 4.5 Jadual 4.6 Jadual 4.6.1 Jadual 4.6.2 Jadual 4.7.1 Jadual 4.7.2 Jadual 4.7.3
Pembahagian Item Positif dan Negatif Inventori Perceived Stress Scale-10
Pembahagian Jenis Item Dalam Work-Family Conflict Pembahagian Jenis Subskala Dalam Niat Berhenti Merokok
Tahap Stres Bagi Setiap Markat Taburan Kolerasi dan Hubungannya
Pemilihan Alat Statistik Berasaskan Persoalan Kajian Taburan Responden Berdasarkan Tahap Stres
Tahap Work Family Conflict
Taburan Responden Untuk Niat Berhenti Merokok Taburan Purata Rokok Yang Dihisap Sehari
Hubungan Antara Tahap Stres dengn Purata Rokok yang Dihisap Sehari
Hubungan Antara Konflik Kerja-Keluarga dengan Purata Rokok Sehari
Hubungan Antara Konflik Kerja Mengganggu Keluarga dengan Purata Rokok Sehari
Hubungan Antara Konflik Keluarga Mengganggu Kerja dengan Purata Rokok Dihisap Sehari Hubungan Antara Kawalan dengan Niat Berhenti Merokok
Hubungan Antara Norma dengan Niat Berhenti Merokok
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK MUKA
SURAT Rajah 1.1
Rajah 1.2
Rajah 1.3
Rajah 1.4
Penerangan Kerangka Konseptual Kajian Faktor Sosio-Kognitif (Berdasarkan Theory of Planned Behavior)(Conner & Norman, 2007) Tiga Tahap Model Tindak Balas (Sindrom Penyesuaian Umum) atau General Adaptation Syndrome (GAS) Selye (1975)
Model Theory of Planned Behavior (TPB)
6
7
xiii
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH
& Dan
% Peratus
> Lebih Besar < Lebih kecil
= Sama dengan
N Bilangan sampel
p Nilai signifikan
r Nilai kolerasi
Ha Hipotesis Alternatif PSS Perceived Stress Scale WFC Work Family Conflict WIF Work Inferior Family FIW Family Inferior Work
1 BAB 1 PENGENALAN 1.0PENDAHULUAN
Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan mengenai pekara-perkara yang berkaitan dengan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif, persoalan kajian serta hipotesis kajian. Bab ini juga akan membincangkan mengenai kerangka konseptual , kerangka teori yang berkaitan dengan stres, konflik kerja-keluarga dan tingkah laku merokok, limitasi kajian, definisi operasi dan kepentingan kajian.
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Stres merupakan sebahagian perkara yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian kita. Stres dari sudut bahasa membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah manusia (Harussani Zakaria, 2004). Stres juga merupakan faktor penyebab dan akibat daripada sesuatu penyakit sehingga tahap kesihatan seseorang individu menjadi rendah. Perkataan stres sebenarnya berasal daripada perkataan eustres yang membawa maksud dapat menyesuaikan diri atau stres yang membina. Stres juga berasal daripada perkataan distres yang bermaksud tidak dapat menyesuaikan diri ataupun dapat merosakkan diri. Jadi stres adalah merujuk kepada situasi yang mengganggu atau membina dalam kehidupan seharian (Fontana,1989).
2
sihat kepada seseorang individu. Keadaan stres yang teruk boleh menyebabkan keletihan, kemurungan dan pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan kematian.
Stres juga tidak dapat dipisahkan dengan pekerja. Pekerjaan pada zaman sekarang memerlukan seseorang yang kental dari segi fizikal dan juga emosi. Hal ini kerana stres boleh mempengaruhi tingkah laku dan emosi seseorang. Arus pemodenan dunia pada zaman sekarang menyebabkan beban kerja semakin bertambah. Keadaan ini boleh menimbulkan perasaan stres dalam diri pekerja secara langsung dalam memenuhi tuntutan aspek pekerjaan tidak kira kerja di luar atau dalam organisasi bergantung kepada keadaan individu tersebut. Oleh itu, sesetengah pekerja menggunakan rokok sebagai tempat mereka melepas tekanan yang mereka alami. Merokok merupakan salah satu kaedah koping yang digunakan dalam menghadapi stres. Menurut Lazarus (1985), koping adalah perubahan kognitif dan perilaku secara konstan dalam upaya untuk mengatasi tuntutan internal atau eksternal khusus yang melebihi sumber individu. Menurut Keliat (1999), mekanisme koping adalah cara yang dilakukan individu dalam menyelesaikan masalah, menyesuaikan diri dengan perubahan, serta respon terhadap situasi yang mengancam. Oleh yang demikian, strategi koping adalah cara untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi atau dirasakan.
Kerja dan keluarga merupakan komponen utama dalam kehidupan orang ramai dan dengan itu menuntut banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk menguruskan pelbagai tanggungjawab. Walaubagaimanapun, pelbagai peranan yang perlu dipikul oleh individu meningkatkan konflik interpersonal dan intrapersonal dialami oleh wanita dan lelaki yang pada masa yang sama mengekalkan profesional dan peribadi tanggungjawab.
3
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa tabiat merokok dalam kalangan masyarakat semakin meningkat. Misalnya, menurut WHO dalam Sufean (2004) menunjukkan bilangan perokok di dunia dianggarkan satu billion. Statistik juga menujukkan bahawa 49% daripada lelaki dewasadi Malaysia merokok dan jumlah ini melebihi peratusan perokok di negara maju seperti di Britain 38%, Amerika Syarikat 35% dan Sweden 30%.
Statistik menunjukkan yang rakyat Malaysia merokok adalah sekitar 3.1 juta orang pada tahun 2006 dan melibatkan kira-kira 23.7 billion batang rokok setahun. Jumlah perokok dijangka meningkat kepada 3.8 billion pada 2015 dan lebih empat juta perokok menjelang 2020 (Utusan Malaysia, 2007). Justeru itu, angka di atas menjelaskan bahawa tabiat merokok dalam kalangan masyarakat semakin meningkat dan langkah-langkah pencegahan perlu diperkukuhkan lagi supaya tabiat ini diatasi.
Tabiat merokok yang semakin berleluasa ini amat membimbangkan kerana ia memberi kesan negatif sama ada dari aspek kesihatan dan juga fizikal. Laporan Kementerian Kesihatan dalam kempen “Tak Nak Merokok” (2004) telah menyenaraikan beberapa penyakit kronik kesan daripada merokok antaranya ialah kanser paru-paru, COPD (enfisima dan bronkitis), kanser kerongkong, kanser mulut dan tekak, kanser esophagus, strok dan sebagainya. Selain daripada itu, merokok juga memberi kesan yang negatif dari aspek perhubungan sosial. Keadaan ini berlaku apabila orang yang tidak merokok berasa tidak selesa ketika berada bersama-sama dengan orang yang merokok. Menurut Sallehuddin(1998), dari aspek fizikal, tabiat merokok boleh mengakibatkan bau rokok yang kurang menyenangkan kepada pakaian. Bau rokok yang kuat menyebabkan orang lain akan cuba mengelak daripada berada bersama dengan perokok. Oleh itu, tabiat merokok ini tidak sepatutnya diamalkan dalam kalangan pekerja kerana ia tidak memberi manfaat kepada pengamalnya.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
4
Guerin, 1994; Sinha, 2001). Justeru adalah penting untuk mengetahui tahap stres dan konflik kerja-keluarga yang boleh menyumbang ke arah perilaku merokok dalam kalangan pekerja. Selain itu juga, kebiasaannya perokok yang berhenti merokok selalu dikaitkan dengan masalah relapse atau kembali merokok. Hal ini mungkin dikaitkan dengan kegagalan untuk menguruskan tekanan yang dihadapi dan mereka beranggapan bahawa dengan kembali merokok dapat mengurangkan tekanan yang dialami. Menurut Baer & Lichtenstein, 1988; Cummings, Jaen, & Jovino, 1985; Shiffman, 1982; U.S. Department of Health and Human Service [ USDHHS], (1988), individu yang berhenti merokok dan kembali merokok kebiasaannya melaporkan bahawa mereka kembali merokok disebabkan oleh satu pengalaman yang memberi tekanan atau keadaan yang memberi kesan yang negatif kepada mereka. Secara umumnya, berhenti merokok adalah satu pengalaman emosi yang menyedihkan. Boleh dikatakan bahawa laporan peningkatan tekanan yang berulang menyebabkan individu atau perokok menggunakan tekanan sebagai alasan kegagalan mereka untuk berhenti merokok (Cohen & Lichtenstein, 1990).
Akan tetapi tidak banyak kajian di Malaysia dalam mengkaji tentang kesan stres terhadap pekerja yang merokok. Jadi kajian ini juga mengambil kira sumbangan stres dan konflik kerja-keluarga kepada perilaku merokok. Di samping itu, kerja dan keluarga mempunyai peranan yang tinggi dalam membawa kepada gejala psikologi seperti tekanan yang tinggi (Chapman et al,1994; Googins, 1991). Tambahan pula, kehadiran anak juga boleh meningkatkan rasa tertekan dalam rumah tangga dan menyumbang kepada tekanan dan kepuasan hidup yang lebih rendah (Brett, Stroh dan Reilly, 1992). Stres yang dihadapi menyebabkan mereka menggunakan kaedah penyesuaian yang mudah iaitu merokok untuk mendapatkan ketenangan tanpa memikirkan kesan buruk yang mereka akan tanggung di kemudian hari.
5
melakukan kontrol diri untuk berbuat atau tidak. Perokok yang mengalami stres atau mengalami keadaan hidup yang tidak menyenangkan susah untuk berhenti merokok. Keinginan untuk merokok kembali timbul kerana adanya hubungan perasaan negatif dengan rokok di mana perokok kembali merokok agar mereka dapat menghindari daripada perasaan stres. Walaupun perokok menyatakan bahawa rokok dapat mengurangi stres tapi kenyataannya berhenti merokok yang dapat mengurangi stress ( Timiatun,2001).
Oleh yang demikian, keadaan ini menimbulkan minat kepada pengkaji untuk melakukan kajian dalam kalangan pekerja di negeri Kelantan bagi mengetahui sejauh mana hubungan stres dan konflik kerja-keluarga dengan perilaku merokok. Kajian ini juga bertujuan meninjau faktor-faktor sosio-kognitif dalam niat untuk berhenti merokok dalam kalangan mereka.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
1) Untuk mengkaji tahap stres yang dialami oleh pekerja.
2) Untuk mengenalpasti tahap konflik kerja-keluarga yang dialami oleh pekerja. 3) Untuk mengkaji perilaku merokok dalam kalangan pekerja.
4) Untuk menentukan hubungan antara tahap stres dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja.
5) Untuk menentukan hubungan konflik kerja-keluarga dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja.
6) Untuk mengenalpasti faktor sosio-kognitif (kawalan, norma, sikap) yang berkaitan dengan niat untuk berhenti merokok.
1.4 PERSOALAN KAJIAN
1) Apakah tahap stres yang dialami oleh pekerja?
2) Apakah tahap konflik kerja-keluargayang dialami oleh pekerja? 3) Apakah perilaku merokok dalam kalangan pekerja?
6
5) Adakah terdapat hubungan di antara konflik kerja-keluargadengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja?
6) Adakah terdapat hubungan di antara faktor sosio-kognitif (kawalan, norma, sikap) dengan niat untuk berhenti merokok?
1.5 HIPOTESIS KAJIAN
Ha1 Terdapat hubungan yang signifikan tahap stres dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja.
Ha2 Terdapat hubungan yang signifikan di antara konflik kerja-keluarga dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja.
Ha3 Terdapat hubungan yang signifikan di antara kawalan, norma, sikap dengan niat berhenti merokok.
1.6 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Pemboleh Ubah Pemboleh Ubah Tak Bersandar Bersandar
TAHAP STRES Perceived Stress Scale
(Cohen,1988) - Tinggi
- Sederhana - Rendah
Tingkah Laku Merokok
TAHAP WORK-F AMILY CONF LICT (Gutek, 1991) - Tinggi
7
Faktor Sosio-Kognitif ( Berdasarkan Theory of Planned Behavior )(Conner & Norman, 2007)
Berikut adalah kerangka konsep yang digunakan dalam kajian ini. Kajian ini adalah untuk mengukur dua pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar iaitu tahap stres dan work family conflict dalam kalangan penjawat awam di Kelantan. Pemboleh ubah tidak bersandar ialah perilaku merokok dalam kalangan penjawat awam di Kelantan. Selain itu juga, terdapat juga satu kerangka konsep bagi implikasi atau cadangan yang akan digunakan dalam kajian ini iaitu faktor sosio-kognitif berdasarkan Theory of Planned Behavior yang mana ia mempunyai tiga komponen yang memainkan peranan dalam menentukan perilaku untuk berhenti merokok iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan perilaku.
1.7 PENDEKATAN TEORI
1.7.1 Teori Sindrom Penyesuaian Umum ( General Adaptation Syndrome Theory )
Teori ini dikemukakan oleh seorang perintis dalam bidang stres iaitu Selye ( 1974 ). Beliau telah mula mengkaji tentang stres pada awal abad ke 20 dan telah memperkenalkan Teori Sindrom Penyesuaian Umum atau General Adaptation Syndrome ( GAS). Menurut teori ini, stres adalah reaksi pertahanan tubuh secara keseluruhan terhadap sumber-sumber penyebab stres. Teori ini adalah berdasarkan kepada tiga tahap asas perkembanagan yang berlaku ketika stres iaitu tahap bersedia dan berjaga-jaga (alarm reaction), tahap penentangan ( stage of resistance) dan tahap kelesuan (stage of exhaustion).
Pada peringkat pertama adaptasi umum iaitu tahap reaksi amaran (alarm reaction) adalah reaksi serta merta untuk mengurangkan tekanan. Dalam fasa awal
Niat Berhenti Merokok 1. SIKAP
2. NORMA
8
tekanan, manusia mempamerkan tindak balas melawan yang mana menyediakan tubuh untuk aktiviti fizikal. Walau bagaimanapun, respon awal ini juga boleh mengurangkan keberkesanan sistem imun yang boleh menyebabkan individu mudah terdedah kepada penyakit semasa fasa ini. Keadaan ini adalah sebagai satu bentuk amaran kepada seseorang individu supaya menganbil langkah berjaga-jaga dan sentiasa bersedia. Langkah pengawalan ini dapat membantu seseorang menilai tentang masalah yang dihadapi dan berusaha untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Kesimpulannya, stres boleh dikawal supaya tidak terjadinya sindrom yang boleh menimbulkan penyakit ( Selye, 1975 ).
Pada peringkat kedua pula ialah peringkat penentangan. Ketika fasa ini, jika tekanan berterusan, badan akan menyesuaikan diri kepada tekanan yang dihadapi. Perubahan pada di peringkat ini menyebabkan seseorang itu mengalami kekecewaan dan akan merasa sedih dengan apa yang terpaksa dilakukan oleh mereka. Kebanyakan orang yang mengalami stress adalah yang mempunyai bebanan kerja yang terlalu banyak dan cuba untuk melengkapkan semua kerja yang tertangguh namun lumrah bagi kehidupan manusia yang mana mempunyai masa dan keupayaan yang terhad. Hal ini menyebabkan seseorang itu akan merasa sangat kecewa dan sedih dengan apa yang dialami olehnya. Apabila berlakunya situasi sebegini individu akan menunjukkan reaksi kehilangan tenaga yang banyak dan mempamerkan keupayaan yang rendah. Perkara ini akan menjejaskan prestasi kerja mereka dan menyebabkan seseorang itu memasuki kitaran hidup bermasalah. Pada peringkat ini, seseorang cuba untuk mengatasi masalahnya, namum secara realistik adalah mustahil (Melgosa, 2001). Pada peringkat ini juga, individu akan menunjukkan perasaan kurang minat untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti menonton televisyen, bermain dengan anak-anak, membaca dan sebagainya.
9
Secara kesimpulannya, menurut Hans Selye dalam artikelnya iaitu The Stress Concept Today yang menyatakan bahawa apabila seseorang itu tidak mendapat stres yang lengkap, ini bermakna ia akan mati ( Melgosa, 2001 ). Di bawah merupakan gambar rajah yang menerangkan tentang teori asas stres ini.
Rajah 1.3 Tiga tahap Model Tindak Balas ( Sindrom Penyesuaian Umum ) atau General Adaptation Syndrome ( GAS ) Selye ( 1975 )
1.7.2Teori Perilaku Yang Terencana ( Theory Of Planned Behavior )
10
norma subjektif pula iaitu sejauh mana keinginan individu memenuhi harapan daripada pihak yang dianggap penting berkaitan dengan perilaku tertentu. Namun Teori Tindakan Beralasan ini dilihat mempunyai kelemahan disebabkan wujudnya penekanan pada faktor norma subjektif yang dianggap terlalu mengurangkan faktor individu sebagai penggerak ke atas tingkah laku mereka sendiri. Hal demikian, teori tersebut telah dikembangkan menjadi Teori Perilaku Direncana (Theory of Planned Behavior) dengan menambahkan kawalan perilaku sebagai penentu niat seseorang. Teori Perilaku Direncana ini menyatakan bahawa perilaku seseorang tidak hanya dikendalikan oleh diri sendiri tetapi juga oleh kawalan yang sedia ada dan kesempatan tertentu (perceived behavioral control). Hasilnya, teori ini menyatakan tentang tiga perkara iaitu sikap, norma dan kontrol seseorang untuk membentuk niat perilaku individu. Gambar rajah berikut menerangkan tentang niat seseorang terhadap perilaku tertentu yang dipengaruhi oleh tiga aspek iaitu sikap, norma subjektif dan kontrol perilaku.
Rajah 1.4 Model Theory of Planned Behavior (TPB) ( Sumber: Ajzen 1988 )
Terdapat penjelasan tentang tiga aspek yang mempengaruhi niat atau intensi seseorang individu terdapat sesuatu perkara tersebut.
Sikap (Attitude)
Sikap adalah merupakan sesuatu perkara yang wujud secara langsung dalam diri kita tanpa kita sedari. Sikap juga merupakan faktor yang dipelajari oleh seseorang untuk memberikan tindak balas dengan cara yang konsisten yang mana sama ada seseorang tidak suka atau suka terhadap penilaian kepada sesuatu perkara.
Sikap
Norma Subjektif
Kontrol Perilaku
11
Sikap terdiri daripada tiga komponen iaitu afektif, kognitif dan konatif. Afektif bermaksud perasaan atau penilaian terhadap sesuatu perkara, manusia, isu dan juga persekitaran. Kognitif pula terdiri daripada pengetahuan, pandangan dan kepercayaan terhadap sesuatu perkara dan komponen konatif merupakan satu bentuk perasaan dan evaluative ( Fishbein & Azjen 1975). Menurut teori ini, sikap terbahagi kepada dua aspek iaitu kepercayaan perilaku dan penilaian. Kepercayaan perilaku merupakan keyakinan seseorang bahawa menampilkan atau tidak menampilkan tingkah laku tertentu akan mewujudkan kesan yang tertentu. Semakin positif keyakinan seseorang itu akan kesan dari sikap tersebut maka semakin positif sikap individu terhadap perlakuan sikap tersebut dan demikian pula sebaliknya. Penilaian pula merupakan penilaian seseorang terhadap hasil yang diterima oleh individu. Apabila menampilkan atau tidak menampilkan tingkah laku tertentu, penilaian ini akan bersifat menguntungkan atau merugikan ( Fishbein & Ajzen 1975 ).
Norma Subjektif (Subjective Norm)
Komponen yang seterusnya ialah norma subjektif. Norma subjektif adalah tanggapan seseorang terhadap pemikiran pihak-pihak yang dianggap penting dan menaruh harapan kepadanya untuk melakukan sesuatu dan sejauh mana keinginan seseorang itu untuk memenuhi harapan tersebut. Orang lain yang dimaksudkan dalam norma subjektif kebiasaannya ialah orang yang signifikan ( Fishbein & Ajzen 1975 ). Orang-orang yang signifikan termasuklah ibu bapa, pasangan, kawan dan juga rakan sekerja ( Wijaya 2007 ). Norma subjektif juga dibentuk oleh dua aspek iaitu keyakinan normatif dan juga motivasi. Keyakinan normatif ialah pandangan atau persepsi orang lain yang dianggap penting oleh individu tersebut untuk mempengaruhi individu itu untuk menampilkan atau tidak menampilkan tingkah laku tersebut manakala motivasi pula ialah untuk memenuhi tuntutan lingkungan yang merupakan persediaan individu untuk melaksanakan atau tidak melaksanakan pendapat atau pandangan orang lain yang dianggap penting sama ada ingin melakukan tingkah laku tersebut atau tidak ( Fishbein & Ajzen 1975 ).
Kontrol Perilaku (Behavirol Control)
12
ini ada dua cara iaitu secara langsung dan tidak langsung berdasarkan kawalan-kawalan yang ada dalam diri seseorang. Kawalan perilaku berperanan secara tidak langsung mempengaruhi perilaku iaitu melalui niat terhadap tingkah laku tersebut manakala kawalan perilaku juga terjadi secara langsung dalam mempengaruhi perilaku tersebut (Ajzen 1988).
1.8 LIMITASI KAJIAN
Pengkaji telah mengenalpasti beberapa batasan yang terdapat dalam kajian ini berdasarkan konstruk-konstruk yang diukur, teori-teori yang digunakan, populasi dan sampel kajian dan soal selidik yang mengukur setiap konstruk yang ingin diukur.
Kajian ini melibatkan responden yang bekerja sahaja dan tidak tertumpu kepada pelajar dan juga penganggur. Sampel yang digunakan bekerja di sekitar negeri Kelantan sahaja. Sampel ini juga hanya tertumpu kepada golongan pekerja yang merokok dan fokus kajian adalah kepada responden lelaki yang berkeluarga. Selain itu juga, responden kajian ini adalah berdasarkan convenience sampling. Kekurangan convenience sampling ini apabila penarikan sampel dilakukan pada jumlah yang besar maka akan terjadi bias dan seringkali terjadi penilaian under-representation atau over-under-representation yang boleh menyebabkan tidak mewakili populasi secara tepat (Morse, 1991).
Kajian yang dijalankan juga adalah menggunakan kaedah kuantitatif yang mana kajian ini menggunakan soal selidik dalam mendapatkan maklumat responden yang ingin dikaji. Kejujuran dan keikhlasan responden dalam memberikan maklumat dalam soal selidik ini boleh dipersoalkan. Oleh hal yang demikian, perkara ini boleh menjejaskan keputusan kajian tetapi bagi menyelesaikan ujian ini pengkaji membuat andaian bahawa semua jawapan yang diberikan oleh responden adalah jujur dan benar.
13 1.9 DEFINISI OPERASI
Dalam kajian ini, penyelidik menerangkan beberapa istilah yang perlu fahami agar menepati kajian ini.
1.9.1 Stres
Menurut Lazarus & Folkman (dalam Aldwin, 2007; Cooper, 2004) stres adalah keadaan dalaman yang terhasil dari tuntutan fisiologi dari tubuh atau oleh pengaruh sosial yang membahayakan, tidak terurus atau melebihi kemampuan individu untuk melakukan kaedah penyesuaian. Menurut Seyle (2004), stres terbahagi kepada dua iaitu :
i. Eustres merupakan pengalaman stres yang baik yang mana wujud ketika seseorang telah mendapat kejayaan dan kemenangan. Eustres dapat meningkatkan kesihatan mental, kewaspadaan, kognisi dan pencapaian individu.
ii. Manakala distres pula adalah pengalaman yang menyakitkan atau yang kurang menyenangkan yang bersifat mengancam. Hal demikian stres akan dirasa sebagai satu keadaan dimana individu mengalami perasaan cemas, takut, khuatir atau gelisah sehingga individu mengalami keadaan psikologi yang teruk.
Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut pengertian stres dapat disimpulkan sebagai sebarang jenis desakan yang memberi kesan kepada kehidupan harian seseorang. Kesan daripada desakan ini mungkin baik atau buruk bergantung kepada tindak balas seseorang individu.
14
1.9.2 Konflik Kerja-Keluarga (Work-F amily Conflict)
Konflik Kerja-Keluarga atau Work Family Conflict adalah salah satu dari bentuk interrole conflict yang mana tekanan atau ketidakseimbangan peranan antara peranan di tempat kerja dengan peranan di dalam keluarga (Greenhaus & Beutell, 1985). Waktu bekerja yang lama dan beban kerja yang berat merupakan sebab wujudnya konflik pekerjaan-keluarga kerana waktu dan tenaga banyak digunakan untuk bekerja menyebabkan kurangnya waktu dan tenaga yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti bersama keluarga (Greenhaus & Beutell, 1985). Selain itu, Frone (1992) mengatakan kehadiran salah satu peranan (pekerjaan) akan menyebabkan kesulitan dalam memenuhi peranan tuntutan peranan lain (keluarga), harapan orang lain terhadap pelbagai peranan yang harus dilakukan seseorang dapat mewujudkan konflik. Manakala Frone, Rusell & Cooper (1992) mendefinisikan konflik pekerjaan keluarga sebagai konflik peranan yang terjadi pada karyawan dimana di satu ia harus melakukan pekerjaan di pejabat dan di sisi lain harus menjaga keluarga dengan baik sehingga sukar untuk membezakan antara pekerjaan mengganggu keluarga dan keluarga mengganggu pekerjaan. Pekerjaan mengganggu keluarga (WIF) bermaksud sebahagian besar masa dan perhatian diberikan untuk melakukan pekerjaan sehingga kurang mempunyai waktu untuk keluarga manakala keluarga mengganggu pekerjaan (FIW) bermaksud sebahagian besar masa dan perhatian digunakan untuk menyelesaikan urusan keluarga sehingga mengganggu pekerjaan.
1.9.2.2 Konflik Keluarga-Kerja (F amily-Work Conflict)
Konflik keluarga-kerja digambarkan sebagai satu bentuk konflik antara dalam permintaan yang umum, masa yang terhad dan ketegangan yang dicipta oleh keluarga yang mengganggu dalam melaksanakan tanggungjawab yang berkaitan dengan kerja (Netemeyer et al., 1996).
15 1.9.3 Faktor Sosio-Kognitif
Faktor sosio-kognitif adalah berdasar Theory Planned Behaviour yang akan dibincangkan di dalam kerangka teori (theoretical framework). TPB menjelaskan bahawa perilaku seseorang tidak hanya dikendalikan oleh dirinya sendiri, tetapi juga kontrol yang ketersediaan sumber daya dan kesempatan tertentu (perceived behavioral control) (Ajzen 1988). Terdapat tiga aspek yang terlibat dalam faktor sosio-kognitif yang mempengaruhi perilaku merokok iaitu sikap, norma subjektif dan kontrol perilaku.
1.9.3.1 Sikap
Menurut Assael (2001) sikap didefinisikan kecenderungan yang dipelajari untuk memberikan respon kepada objek atau kelas objek secara konsisten baik dalam rasa suka mahupun tidak suka. Sedangkan menurut Mowen dan Minor (2002) sikap merupakan afeksi atau perasaan terhadap sebuah rangsangan. Berdasarkan dua definisi di atas sikap dapat disimpulkan sebagai kecenderungan yang dipelajari untuk memberi respon atau menerima rangsangan terhadap objek secara konsisten baik dalam rasa suka mahupun tidak suka.
1.9.3.2 Norma Subjektif
Norma subjektif diertikan sebagai faktor sosial yang menunjukkan tekanan sosial yang dirasakan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara (Dharmmesta, 1998). Dalam penelitian sebagai norm subjektif dalam kelompok rujukan seperti orang tua, teman dan saudara, yang mampu mendorong seseorang individu berperilaku iaitu niat untuk berhenti merokok.
1.9.3.3 Kawalan Perilaku
16 1.9.4 Perilaku Merokok
Perilaku merokok merupakan aktiviti responden yang berkaitan dengan perilaku merokok mereka yang diukur melalui purata rokok yang dihisap dan niat untuk berhenti merokok.
1.9.4.1 Niat Berhenti Merokok
Menurut Ajzen dan Madden (1994), niat berhenti merokok adalah sangat berkaitan dengan pengetahuan dan keyakinan individu tentang perilaku merokok itu sendiri. Niat berhenti merokok merupakan keinginan yang kuat seseorang individu untuk menghentikan kebiasaan merokok dan ianya dilakukan secara sedar. Niat merupakan estimasi seseorang mengenai besarnya kemungkinan untuk melakukan sesuatu tindakan tertentu (Ajzen & Fishbein, 1975).
1.10 KEPENTINGAN KAJIAN
17
membolehkan para pekerja menggunakan ia sebagai rawatan bagi menghalang dan mencegah daripada mereka terus merokok.
1.11 KESIMPULAN
18 BAB 2
SOROTAN KAJIAN LEPAS
2.0PENDAHULUAN
Bab ini bertujuan untuk membincangkan kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh beberapa orang penyelidik yang telah mengkaji tentang masalah yang wujud dalam kalangan pekerja. Kajian-kajian lepas ini meliputi kajian yang dilakukan di luar negara dan beberapa kajian di Malaysia.
2.1 KAJIAN LEPAS
19
pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan. Kajian juga mendapati kumpulan pensyarah yang berumur kurang daripada 40 tahun lebih baik daripada kumpulan pensyarah berumur 41 – 49 tahun dan berumur melebihi 50 tahun dalam aspek produktiviti dan fungsi fizikal. Selain itu, dapatan menarik mendapati kumpulan pensyarah berumur kurang daripada 41 – 49 tahun lebih baik daripada kumpulan pensyarah berumur kurang daripada 40 tahun dan pensyarah berumur melebihi 50 tahun dalam aspek kesihatan mental. Selain itu, pensyarah berumur melebihi 50 tahun didapati lebih baik dalam aspek fungsi sosial jika dibandingkan dengan dua lagi kumpulan umur yang dikaji.
Seterusnya, kajian oleh Padmaja Ayyagari dan Jody L. Sindelar (2009) yang mengkaji kesan yang berkaitan dengan tekanan kerja ke atas tingkah laku merokok. Mereka menggunakan data dari Kesihatan dan Kajian Persaraan untuk mengkaji bagaimana tekanan kerja yang tinggi dapat mempengaruhi kebarangkalian untuk perokok berhenti merokok dan bilangan rokok yang dihisap. Untuk mengawal kadar penurunan merokok dalam kalangan pekerja adalah dengan cara mengawal ciri-ciri tekanan kerja di tempat kerja. Kajian tersebut telah menggunakan responden yang merokok sebagai responden kajian dan telah mendapati bahawa tekanan kerja mempunyai hubungan yang positif yang bagi perokok untuk meneruskan tabiat merokok.
Ini dikuatkan lagi dengan kajian yang dijalankan oleh Sunday Azagba dan Mesbah F Sharaf (2011) yang bertajuk The Effect of Job Stress on Smoking and Alcohol Consumption. Kajian ini mengkaji kesan tekanan kerja ke atas penggunaan rokok dan alkohol yang menggunakan data dari Kajian Kesihatan Populasi Negara Kanada. Kajian ini menyatakan kesan tekanan kerja ke atas tingkah laku merokok dan pengambilan alkohol sebahagian besar bergantung kepada ciri-ciri yang tidak boleh dilihat seperti kawalan diri, tekanan menghadapi keupayaan, personaliti dan kesihatan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa tekanan kerja mempunyai hubungan yang signifikan terhadap keamatan merokok dan juga pengambilan alkohol yang berlebihan.
20
dijalankan terhadap responden seramai 1101 orang penduduk dan seramai 66% telah memberi respon. Tekanan kerja telah diukur dengan menggunakan permintaan/kawalan, ketidakseimbang usaha/ganjaran dan model tekanan kerja. Tekanan-tekanan kerja yang dikaitkan dengan merokok adalah waktu kerja yang berlebihan dalam kalangan lelaki dan bagi kalangan wanita pula adalah permintaan fizikal. Hasil dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa tekanan kerja mempunyai hubungan dengan status merokok dalam kalangan penduduk dengan corak yang berbeza dalam kalangan penduduk lelaki dan juga wanita.
Menurut Frone et al. (1994) dalam kajian mereka menyatakan konflik kerja keluarga mempengaruhi pengambilan alkohol dan rokok dalam kalangan wanita yang bekerjaya. Berdasarkan teori pengawalan kesan (control theory effects) dan penyelidikan semasa terhadap konflik kerja keluarga dan emosi negatif, kajian ini menguji model yang berkaitan konflik kerja keluarga dengan penggunaan alkohol dan rokok melalui kelompok khusus seperti perkaitan antara kerja dan keluarga. Data diperolehi melalui temu bual daripada 366 orang ibu yang bekerjaya. Dapatan kajian mendapati bahawa konflik kerja keluarga adalah secara tidak langsung mempunyai hubungan dengan penggunaan alkohol dan pengambilan rokok.
Di samping itu juga, terdapat juga kajian daripada Lalluka et al. (2010) dalam kajian mereka mendapati bahawa konflik kerja dikaitkan dengan kesihatan yang kurang baik. Kajian tersebut adalah untuk mengkaji konflik antara kerja yang dibayar dan kehidupan keluarga dengan tingkahlaku yang tidak sihat dalam kalangan pekerja British, Finland dan Jepun. Data yang telah ini diperoleh daripada pekerja yang berumur 40 hingga 60 tahun. Kajian mendapati konflik kerja keluarga mempunyai beberapa perkaitan dengan tingkahlaku yang tidak sihat dalam ketiga-tiga kelompok. Dalam kelompok Finland, konflik kerja keluarga dikaitkan dengan merokok dalam kalangan lelaki manakala wanita pula mempunyai konflik dalam mengamalkan pemakanan yang tidak sihat.
21
mengurangkan tahap tekanan yang dihadapi. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh McKinzie et al. (2006) yang mengkaji tekanan berkaitan dengan harga diri, perasaan dan tabiat harian (makan, tidur, merokok, bersenam dan pengambilan alkohol) dalam kalangan 65 orang pelajar siswasah psikologi. Keputusan kajian tersebut menunjukkan bahawa corak tidur, tabiat senaman dan mood negatif mempunyai hubungan dengan tekanan.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Bagus Wismanto dan Budi Sarwo (2010) mengkaji sejauh mana konsistensi niat untuk berhenti merokok yang dikaitkan dengan seberapa besar pengaruh sikap terhadap rokok, sokongan sosial, kemampuan yang dirasakan berpengaruh terhadap niat untuk berhenti merokok dalam kalangan karyawan Sekretariat Daerah Kabupaten/Kota di Jawa Tengah. Berdasarkan ujian analisis regresi, hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa sikap terhadap rokok, sokongan sosial dan kawalan mempengaruhi secara signifikan terhadap niat untuk berhenti merokok dengan sumbangan bersama ketiga pemboleh ubah sebesar 37.1%. Hasil lanjutan menunjukkan bahawa dari 266 subjek terdapat 192 yang berniat untuk berhenti merokok, dan dari 192 terdapat 41 yang tertarik untuk mengikuti latihan berhenti merokok, dan secara keseluruhanya hanya 34 subjek (12.79%) yang hadir dalam latihan yang dilaksanakan di Kabupaten/Kota.
Selain itu terdapat juga kajian yang menyatakan tentang niat untuk berhenti merokok dalam kalangan pekerja. Menurut kajian yang dijalankan oleh Mina Westman et al. (2008) yang mengkaji tentang hubungan antara tekanan kerja dan keamatan merokok dan niat berhenti merokok dalam kalangan kibbutzim. Kajian tersebut dijalankan dengan menggunakan 560 sampel lelaki merokok yang bebas penyakit. Kajian tersebut mendapati bahawa jam kerja, ketagihan kerja, kekurangan pengaruh, penderitaan intrinsik dan kekurangan sokongan mempunyai hubungan yang positif dengan keamatan merokok manakala konflik, tanggungjawab, jam kerja, status yang rendah, kekurangan pengaruh dan keadaan bekerja keras mempunyai hubungan negatif dengan berhenti merokok.
22
sosiodemografi responden, tabiat merokok dan perilaku merokok di tempat kerja. Daripada jumlah responden sebanyak 14.4% adalah perokok semasa, 7.5% adalah bekas perokok, dan 78.1% adalah perokok. Daripada perokok setiap hari sebanyak 52% berniat untuk berhenti merokok. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ramalan yang berbeza boleh menyumbang kepada perbezaan peringkat peralihan dalam proses berhenti merokok. Program berhenti merokok terhadap penduduk perlu mengambil kira ramalan tersebut dalam mempertimbangkan untuk mereka melibatkan semua pihak.
Selain itu juga, hasil kajian yang dijalankan oleh Satriya (1997) menyatakan bahawa sikap positif terhadap perilaku merokok berhubungan dengan rendahnya niat berhenti merokok, sebaliknya sikap negatif terhadap perilaku merokok berhubungan dengan tingginya niat untuk berhenti merokok. Namun begitu, kajian yang dijalankan oleh Tri Dita Maharani (2011) terhadap pelajar lelaki fakulti kedoktoran menyatakan bahawa sikap dan iklan tidak memiliki hubungan yang signifikan dengan perilaku merokok. Oleh itu, sikap terhadap sesuatu perilaku adalah bergantung kepada keyakinan dan pengetahuan tentang akibat positif dan negatif daripada perilaku tersebut.
Kajian yang dijalankan oleh Higgins & Conner (2003) mengkaji teori Tingkah Laku Terencana (TPB) untuk meramal niat merokok dan perilaku merokok dalam kalangan remaja. Seramai 162 responden yang terlibat iaitu daripada tujuh buah sekolah menengah di United Kingdom. Kajian tersebut membandingkan antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimental dengan perilaku merokok untuk mengukur Tingkah Laku Terencana (TPB). Hasil kajian mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan tersebut dengan perilaku merokok dan Tingkah Laku Terencana (TPB) memberi ramalan yang baik terhadap niat, kawalan dan norma dengan perilaku merokok. Teori tersebut memberi ramalan yang baik tentang niat berhenti merokok secara kajian rentas R²=0.27 dan secara prospektif R²=0.23 dari tingkah laku merokok.
23
menjelaskan niat, kawalan dan norma yang berkaitan dengan kesihatan walaupun ianya daripada kategori yang berbeza.
Selain itu juga, kajian yang dijalankan oleh Akram et al. (2013) yang mengkaji kesan jangka pendek teori Tingkah Laku Terencana (TPB) termasuk niat, kawalan dan sikap terhadap pengambilan makanan ringan yang tidak sihat oleh gadis remaja Iran. Kajian tersebut dijalankan terhadap 739 remaja perempuan di sepuluh buah sekolah menengah di Tehran bagi menguji keberkesanan teori tingkah laku terencana. Kajian mendapati bahawa teori Tingkah Laku Terencana (TPB) dapat memberi keberkesanan dan kemampanan perubahan yang diingini.
2.1 KESIMPULAN
24 BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0PENDAHULUAN
Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan beberapa aspek metodologi yang terlibat dalam kajian ini. metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan perlaksanaan yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Menurut Kerlinger (1973) metodologi atau kaedah penyelidikan mempunyai dua tujuan iaitu mencari jawapan kepada penyelidikan dan mengawal varian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan berkesan, metodologi yang dirangkan adalah melibatkan pemilihan reka bentuk kajian, pemilihan subjek kajian, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data dan juga penganalisisan data.
3.1 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana penyelidik akan melibatkan analisis deskriptif dan infrensi. Kajian kuantitatif adalah satu kajian secara am yang menggunakan analisis statistik dan lebih bersifat objektif serta berorientasikan kepada hasil. Menurut Neuman (2000), kajian kuantitatif merupakan suatu pertanyaan masalah yang telah dikenalpasti yang mana berdasarkan kepada pengujian suatu teori yang digubah oleh pembolehubah, diukur melalui perwakilan nombor, dan dianalisa menggunakan teknik statistikal.
25
pembolehubah tidak bersandar iaitu tahap stres dan konflik kerja-keluarga. Ia menerangkan kekuatan kaitan dan juga sama ada ia signifikan atau tidak (Zubaidah, 2007).
Selain itu, kajian ini juga berbentuk kajian tinjauan. Kaedah tinjauan secara soal selidik telah digunakan dalam kajian ini sebagai alat utama bagi mengumpul data secara kuatitatif (Majid, 1993). Kajian ini mengukur tiga konstruk iaitu tahap stres, tahap konflik kerja-keluarga dan perilaku merokok. Soal selidik digunakan untuk mengukur sesuatu pembolehubah daripada saiz sampel yang banyak (Zubaidah,2007).
3.2 TEMPAT KAJIAN
Kajian ini dijalankan di beberapa buah organisasi di sekitar negeri Kelantan. Organisasi yang dipilih ialah Ibu Pejabat Polis daerah Kubang Kerian, Sekolah Kebangsaan Kuala Nal, kilang, dan restoran.
3.3 POPULASI DAN SAMPEL 3.3.1 Populasi Kajian
26
boleh mendapatkan sampel dan populasi sasaran dengan menggunakan kaedah persampelan rawak.
Dalam kajian ini, penyelidik memilih populasi yang bersesuaian dengan kajian yang ingin dijalankan. Populasi kajian ini terdiri daripada pekerja dari sektor awam dan juga swasta iaitu dari empat organisasi iaitu pekerja restoren, pekerja kilang, anggota polis dan guru. Populasi ini terdiri daripada responden merokok dan mempunyai keluarga.
3.3.2 Sampel Kajian
Sampel adalah sebagai atau wakil populasi yang akan diteliti (Arikunto, 2002). Menurut Webster (1985) pula, sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Dalam menentukan saiz sampel, isu yang paling penting adalah mengenai perwakilan dan kecukupan. Isu perwakilan mengemukakan persoalan adakah saiz sampel mewakili populasi kajian. Menurut Mohd Najib (1999), sampel adalah sumber untuk mendapatkan data kelompok individu yang diselidiki dan perlu dikenalpasti. Sampel kajian adalah terdiri daripada pekerja lelaki di negeri Kelantan dan jumlah sampel yang terlibat adalah seramai 120 orang.
3.3.3 Kaedah Persampelan
27 3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik berdasarkan instrumen Perceived Stress Scale-10 yang digunakan oleh Cohen (1988), Konflik Keluarga-Kerja oleh Gutek (1991) dan Theory of Behavior Construct oleh Conner & Spark (1996). Penyelidik telah melakukan pengubahsuaian terhadap soal selidik tersebut supaya dapat digunakan di dalam konteks pekerja di sekitar negeri Kelantan. Menurut Mohd Majid (1994), soal selidik digunakan kerana ia lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama responden. Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini kerana ia dapat memudahkan kerja pengumpulan data di samping dapat menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga. Ia juga sesuai digunakan sekiranya saiz populasi adalah besar.
Arahan dan soalan yang diberi dalam soal selidik kepada semua responden yang dikaji adalah piawai dan sama. Hal ini dapat meningkatkan lagi ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan yang diberi disebabkan responden lebih bertindak balas terhadap rangsangan soalan yang piawai dengan lebih berkesan. Menurut Mohd Majid (1990), dengan menggunakan instrumen soal selidik responden akan lebih mudah dan berani untuk memberi tindak balas terhadap aspek yang dikaji.
Alat kajian yang digunakan untuk tujuan pengumpulan data dalam kajian ini ialah satu set soal selidik. Set soal selidik ini mengandungi lima bahagian iaitu : 1) Bahagian A: Latar Belakang Responden, 2) Bahagian B : Tingkah Laku Merokok, 3) Bahagian C : Perceived Stress Skill, 4) Konflik Kerja-Keluarga, 5) Niat Berhenti Merokok.
3.4.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden
28 3.4.2 Bahagian B : Perilaku Merokok
Dalam bahagian ini terdapat dua soalan yang berkaitan dengan tingkah laku merokok. Antara jenis soalan yang berkaitan dengan purata bilangan rokok yang dihisap dalam sehari dan niat untuk berhenti merokok.
3.4.3 Bahagian C : Perceived Stress Scale-10 (PSS-10)
29
Jadual 3.1: Pembahagian Item Positif dan Negatif Inventori Perceived Stress Scale-10
Jenis Item Nombor Item Jumlah
Positif 4,5,7 dan 8 4
Negatif 1,2,3,6,9 dan 10 6
JUMLAH ITEM 10
3.4.4 Bahagian D : Work-Family Conflict
Dalam bahagian D pula, soal selidik yang digunakan ialah konflik kerja-keluarga yang diasaskan oleh Gutek (1991). Soal selidik ini bertujuan untuk melihat tahap konflik kerja-keluarga dalam kalangan pekerja di negeri Kelantan. Soal selidik ini mempunyai lapan soalan yang menggunakan skala likert iaitu 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=tidak pasti, 4=setuju dan 5=sangat setuju. Soal selidik ini terbahagi kepada dua dimensi iaitu soalan 1 hingga 4 adalah untuk mengukur konflik kerja-keluarga manakala soalan 5 hingga 8 pula adalah untuk mengukur konflik kerja- keluarga-kerja.
Jadual 3.2: Pembahagian Jenis Item Dalam Konflik Kerja-Keluarga
Jenis item Nombor Item Jumlah
Work-family conflict 1,2,3 dan 4 4
Family-work conflict 5,6,7 dan 8 4
JUMLAH ITEM 8
3.4.5 Bahagian E : Faktor Sosio Kognitif dan Niat Berhenti Merokok
30
berhenti merokok dalam kalangan pekerja. Soal selidik ini mengandungi sembilan soalan yang berkait dengan niat untuk berhenti merokok. Item juga akan mewakili lima subskala yang terdapat dalam soal selidik ini iaitu niat, kawalan, norma, sikap, tingkah laku dan penyesalan. Setiap item akan mewakili subskala tertentu.
Jadual 3.3: Pembahagian Jenis Subskala Dalam Niat Berhenti Merokok Subskala Jumlah
item
Skala
Niat 1 1=sangat berkemungkinan 2=berkemungkinan
3=kadang-kadang berkemungkinan 4=tidak pasti 5=kadang-kadang tidak berkemungkinan 6=tidak berkemungkinan 7=sangat tidak berkemungkinan Kawalan 1 1=sangat tidak setuju 2=tidak setuju 3=hampir tidak
setuju 4=tidak pasti 5=hampir setuju 6=setuju 7=sangat setuju
Norma 1 1=sangat tidak setuju 2=tidak setuju 3=hampir tidak setuju 4=tidak pasti 5=hampir setuju 6=setuju 7=sangat setuju
Sikap 1 1=sia-sia 2=agak sia-sia 3=kurang sia-sia 4=tidak pasti 5=agak berguna 6=berguna 7=amat berguna
3.5 KAEDAH PERMAKATAN
3.5.1 Perceived Stress Scale -10 (PSS-10)
31
sifar bagi tidak pernah, satu bagi hampir tidak pernah, dua bagi kadang-kadang, tiga untuk agak kerap dan empat bagi sangat kerap. Kemudian semua markat bagi setiap item akan dijumlahkan. Jadual menunjukkan tahap stres bagi setiap markat yang dijumlahkan.
Jadual 3.4: Tahap Stres Bagi Setiap Markat
Jumlah Markat Tahap Stres
0 hingga 7 Sangat rendah 8 hingga 11 Rendah 12 hingga 15 Sederhana 16 hingga 20 Tinggi
20 ke atas Sangat tinggi
3.5.2 Work Family Conflict
Setiap item dalam inventori ini mempunyai lima skali likert yang mana ia bermula dengan sangat tidak setuju (1), tidak setuju (2), tidak pasti (3), setuju (4) dan sangat setuju (5). Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian pertama adalah untuk mengukur work family conflict dan bahagian kedua ialah untuk mengukur family work conflict. Markat maksimum bagi kedua subskala ini ialah 16. Markat yang lebih tinggi akan menggambarkan tahap konflik berada pada tahap tinggi dan sebaliknya. Kemudian semua market dalam item akan dijumlahkan.
3.5.3 Faktor Sosio-Kognitif dan Niat Berhenti Merokok
32
3.6 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN
Dalam memastikan alat kajian yang hendak digunakan dalam sesebuah kajian, penyelidik hendaklah memastikan bahwa alat kajian yang digunakan itu mmempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Kesahan dan kebolehpercayaan setiap item dalam soal selidik adalah penting. Data kajian juga penting dan perlu dipastikan ketepatan dan kemasukan datanya adalah seperti yang dimaksudkan kerana ia menyumbang kepada kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian. Jika nilai kebolehpercayaan atau kesahan soal selidik adalah tinggi, maka soal selidik tersebut boleh dipercayai dan sah.
Tuckman (1978) juga mendefinisikan kesahan kajian sebagai keupayaan sesuatu kajian yang boleh mengukur apa yang ingin diukur. Sidek Mohd Noah (2002) juga berpendapat bahawa sesuatu ujian dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi. Hal ini juga disokong oleh Mohd Majid Konting (1999) yang mentafsirkan bahawa kesahan sesuatu alat ukur adalah berdasarkan sejauhmana alat itu mengukur data yang sepatutnya diukur.
Salah satu ciri soal selidik yang baik ialah boleh dipercayai. Kebolehpercayaan bermaksud kebolehan sesuatu alah ukur atau instrumen kajian menghasilkan keputusan yang tekal atau konsisten setiap kali pengukuran yang dibuat. Menurut McMillan dan Schumacher (2006) tahap kebolehpercayaan sesuatu alat kajian boleh dianggarkan menggunakan lima kaedah iaitu menentukan kestabilan, menentukan kestabilan, menentukan kesamaan, menentukan kestabilan dan kesamaan, menentukan ketekalan dalaman dan menentukan darjah persetujuan. Jika alat kajian benar-benar boleh dipercayai, nilai koofisien (r) seharusnya 1.00 ( Gay, 1996 ). Namun sukar untuk mendapatkan alat kajian yang boleh dipercayai 100 peratus. Menurut McMillan dan Schumacher (2006) pula, nilai kooefisien antara 0.7 hingga 0.8 sudah boleh dianggap sebagai mempunyai kebolehpercayaan yang agak tinggi.
33
meningkat. Begitulah sebaliknya jika soal selidik itu kurang baik, kurang jelas dan kurang berkualiti, pekali kebolehpercayaan akan berkurang.
3.7 KAJIAN RINTIS
Sebelum melakukan pengedaran soal selidik yang sebenar penyelidik telah membuat kajian rintis terlebih dahulu untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan alat ujian tersebut. Menurut Borg dan Gall (1993) menjelaskan perlunya kajian rintis dijalankan bagi menentukan kesusaian dan kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian disamping mendapatkan maklumat awal tentang kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan (2007: dalam Poon Chong Khim). Kajian rintis juga digunakan adalah untuk menguji tahap sejauh manakah responden memahami item-item yang terdapat dalam instrumen kajian terutamanya mengenai kekurangan, kekeliruan, dan kekaburan bahasa di dalam instrumen tersebut (Wiersma, 2000). Dengan ini, penyelidik dapat mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam instrumen kajian.
Satu kajian rintis telah dijalankan oleh pengkaji kepada pekerja di sekitar negeri Kelantan dengan memberi soal selidik tersebut kepada responden lain sebelum memberikan kepada responden yang sebenar. Seramai 20 orang pekerja yang terlibat dalam kajian rintis ini yang terdiri daripada pekerja kerajaan, swasta dan lain-lain. Jumlah responden seramai 15 hingga 20 orang sudah cukup untuk menganalisis kesahan luaran dan kebolehpercayaan alat ukurun (Mohd Najib,2003).
34 3.8 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Dalam melaksanakan kajian ini penyelidik telah mengambil beberapa langkah yang penting dalam pengumpulan data. Dalam menjayakan kajian ini penyelidik telah mengambil beberapa langkah yang penting dalam proses pengumpulan data. Pada peringkat awal kajian, penyelidik berbincang dengan penyelia bagi memilih bidang dan topik yang bersesuaian bagi kajian ini. Hasil perbincangan tersebut, penyelidik telah mengambil keputusan untuk menjalankan kajian berkaitan stress, work-family conflict dan perilaku merokok dalam kalangan pekerja di negeri Kelantan. Maklumat tentang kajian lepas berkisar tentang bidang yang dikaji diperoleh daripada pelbagai sumber hasil dari pembacaan penyelidik.
Sebelum menjalankan kajian, penyelidik telah meminta kebenaran daripada majikan untuk mengedar borang soal selidik kepada responden. Responden diminta untuk memberi kerjasama supaya menjawab soal selidik ini dengan ikhlas dan jujur. Di samping itu penyelidik telah memberi jaminan bahawa segala maklumat yang diberikan oleh subjek adalah dirahsiakan. Langkah seterusnya adalah data-data yang diperoleh dikumpul, disemak dan direkod untuk tujuan dianalisis.
Data-data telah dimasukkan ke dalam komputer menggunakan bantuan program SPSS for windows versi 20.0. Kemudian, penyelidik menjalankan penganalisisan data yang melibatkan kaedah analisis statistik deskriptif dan statistik infrensi. Langkah terakhir adalah penyelidik membincangkan dapatan kajian, aplikasi kajian dan mengemukakan cadangan kajian. Menurut Grimm (1993) mengatakan bahawa data-data kajian perlu dikumpul, dianalisis, dirumus dan di buat interprtasi sebagai memberi jawapan kepada persoalan dan hipotesis-hipotesis kajian.
3.9 PENGANALISISAN DATA
35
yang dikumpul melalui soal selidik dianalisis mengikut bahagian-bahagiannya bagi mamperoleh data mentah, hasil analisis adalah untuk memenuhi objektif dan persoalan kajian ini.
Menurt Gay (1992) kaedah analisis statistik yang digunakan dalam sesuatu kajian bergantung kepada reka bentuk kajian dan jenis skala pengukuran pemboleh ubah bersandar yang digunakan. Sementara Othman Mohamed (2001) mengatakan bahawa zaman kini, analisis data statistic mudah dilakuakn dengan menggunakan bantuan perisian komputer program SPSS. Dalam kajian ini, dua pemboleh ubah statistik penganalisisan digunakan iaitu kaedah deskriptif dan infrensi.
3.9.1 Ststistik Deskriptif
Kaedah statistik deskriptif atau dikenali juga statistik perihalan ialah statistik yang digunakan untuk memerihalkan sesuatu peristiwa (Mohd Majid Konting, 1990). Ia juga merupakan teknik yang menerangkan data dengan meringkaskan beberapa set data supaya ia mudah difahami. Kaedah ini penting untuk menerangkan secara umum dapatan bagi sesuatu pemboleh ubah kajian yang merangkumi frekuensi, peratusan, min, sisihan paiwai, nilai maksimum, kadar kekerapan dan peratus bagi skor yang diperoleh daripada respon kajian.
3.9.2 Statistik Inferensi
Statistik inferensi lazimnya digunakan untuk menganalisis data kajian bagi memastikan maklumat yang serupa dengan populasi yang dikaji diperoleh dari sampel. Tujuan penggunaannya ialah untuk membuat generalisasi tentang perhubungan antara pemboleh ubah dalam sampel kajian kepada populasi kajian menurut Chua Yan Piaw (2006). Kaedah ini juga digunakan untuk menguji hipotesis. Jenis statistik yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini ialah korelasi Pearson.
3.9.2.1 Korelasi Pearson
36
yang berlawanan. Nilai pekali negative yang tidak signifikan ini menunjukkan tidak ada hubugan. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan ujian korelasi Pearson untuk melihat hubungan di antara tahap stres dan konflik kerja-keluarga dengan tingkah laku merokok. Untuk mengkaji hubungan di antara pemboleh ubah, penyelidik telah merujuk kepada skala taburan korelasi dan hubungannya berdasarkan Guilford (1956). Skala tersebut menerangkan tentang kekuatan hubungan bagi dua pemboleh ubah melalui correlation coefficient dalam SPSS. Jadual di bawah menunjukkan taburan korelasi dan hubungannya.
Jadual 3.5: Tabuaran Korelasi Dan Hubungannya
R Kekuatan Hubungan Pemboleh ubah
<0.20 Tiada hubungan
0.20=0.40 Hubungan lemah
0.40-0.70 Hubungan sederhana
0.70-0.90 >0.90
Hubungan kuat Hubungan sangat kuat Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Guilford (1956)
Jadual 3.6 menunjukkan pemilihan alat statistik berasaskan persoalan kajian yang terdapat dalam kajian ini.
Jadual 3.6: Pemilihan Alat Statistik Berasaskan Persoalan Kajian
Bil Soalan Kajian Analisis Data
1 Apakah tahap stres dalam kalangan pekerja? Deskriptif Apakah tahap konflik kerja-keluarga dalam kalangan pekerja?
Apakah perilaku merokok dalam kalangan pekerja?
Apakah faktor-faktor sosio-kognitif yang berkaitan dengan niat berhenti merokok?
2 Adakah terdapat hubungan di antara tahap stres dengan perilaku
merokok dalam kalangan pekerja? Korelasi Person
37
Adakah terdapat hubungan di antara faktor sosio-kognitif (kawalan,norma,sikap) dengan niat berhenti merokok dalam kalangan pekerja?
3.10 KESIMPULAN
38 BAB 4 ANALISIS DATA
4.0 PENDAHULUAN
Bab 4 ini menerangkan dapatan kajian mengenai tahap stress, konflik kerja keluarga dan perilaku merokok dalam kalangan pekerja sekitar negeri Kelantan.
Penganalisisan terhadap data merupakan satu proses yang penting dalam menjalankan sesuatu penyelidikan. Oleh itu, bab ini akan menerangkan mengenai analisis data dan dapatan kajian yang diperolehi daripada soal selidik yang telah dijalankan ke atas 120 orang responden pekerja lelaki di sekitar negeri Kelantan. Sebanyak 130 borang soal selidik telah diedarkan kepada pekerja. Namun, hanya 120 borang soal selidik sahaja yang lengkap dijawab oleh pekerja. Keputusan yang diperoleh adalah penafsiran yang telah dibuat daripada jawapan responden.
Pengalisisan data yang digunakan untuk kajian ini adalah perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Dalam kajian ini, kaedah analisis deskriptif digunakan untuk menentukan frequensi, peratusan, dan nilai min terhadap data-data yang diperolehi. Penyelidik telah menggunakan kaedah analisis deskriptif untuk menjelaskan mengenai tahap stress, tahap konflik kerja-keluarga dan tingkah laku merokok. Seterusnya, bagi kaedah analisis inferensi pula ia digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Kolerasi spearman telah digunakan untuk hubungan pembolehubah tidak bersandar iaitu tahap stress dan tahap konflik kerja-keluarga serta pembolehubah bersandar ialah tingkahlaku merokok.
4.1 KEPUTUSAN KAJIAN 4.1.1 Statistik Deskriptif
39
Kelantan berdasarkan aspek yang dibincangkan. Oleh itu, penganalisisan data mengenai deskriptif ini tidak mempunyai hipotesis.
Tahap Stress
Jadual 4.1 menunjukkan taburan responden mengikut tahap stress. Kajian ini melibatkan 120 responden dan jumlah keseluruhan tersebut seramai 2.5% (3 orang) yang mempunyai tahap stress yang sangat rendah, seramai 6.7% (8 orang) pula mempunyai tahap stress yang rendah, seramai 21.7% (26 orang) mempunyai tahap stress yang sederhana, seramai 50.8% (61 orang) mempunyai tahap stress yang tinggi dan seramai 18.3% (22 orang) mempunyai tahap stress yang sangat tinggi. Secara keseluruhannya, taburan responden berdasarkan tahap stress dapat dilihat dalam Jadual 4.1 dan Rajah 4.1.
Jadual 4.1 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Stress
Tahap Frekuensi Peratus (%)
Sangat Rendah Rendah Sederhana
Tinggi Sangat Tinggi
3 8 26 61 22
2.5 6.7 21.7 50.8 18.3
Jumlah 120 100
Tahap Konflik Kerja-Keluarga
40 Jadual 4.2 Tahap Konflik Kerja-Keluarga
N Min Sisihan Piawai
Kerja mengganggu Keluarga
Keluarga
mengganggu Kerja
120
120
3.0646
2.8500
.91354
.91463
Jumlah 120
Perilaku Merokok
Jadual 4.3 menunjukkan taburan responden mengikut perilaku merokok iaitu niat berhenti merokok. Jadual tersebut menunjukkan majoriti responden mempunyai niat untuk berhenti merokok iaitu seramai 66.7% (80 orang) manakala niat responden untuk tidak berhenti merokok adalah seramai 33.3% (40 orang).
Jadual 4.3 Taburan Responden Untuk Niat Berhenti Merokok
Niat Frekuensi Peratus (%)
Ya
Tidak
80
40
66.7
33.3
Jumlah 120 100
Purata Rokok Yang Dihisap Dalam Sehari
41
batang keatas sehari adalah seramai 2.5% (3 orang) yang menunjukkan peratusan yang paling rendah. Secara keseluruhannya, taburan purata rokok yang dihisap dalam sehari dapat dilihat berdasarkan jadual dan rajah 4.4.
Jadual 4.4 Taburan Purata Rokok Yang Dihisap Sehari
Purata Frekuensi Peratus (%)
1-5 6-10 11-15 16-20 21 keatas
50 29 20 18 3
41.7 24.2 16.7 15.0 2.5
Jumlah 120 100.0
4.1.2 Statistik Infrensi Analisis Kolerasi Pearson
Ha1 Terdapat hubungan yang signifikan tahap stres dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja.
Jadual 4.5 menunjukkan hasil ujian kolerasi Pearson bagi menguji hubungan antara stres dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja. Ujian kolerasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti hubungan yang wujud antara pembolehubah. Berikut adalah hasil ujian kolerasi Pearson bagi tahap stress dengan purata rokok yang dihisap dalam sehari (r=0.506, p< 0.01). Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap stress dengan purata rokok yang dihisap dalam sehari.
Jadual 4.5 Hubungan Antara Tahap Stres dengn Purata Rokok yang Dihisap Sehari
Pembolehubah N r p
Tahap stress
Purata rokok
42
Ha2 Terdapat hubungan yang signifikan di antara konflik kerja-keluarga dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja.
i. Hubungan antara konflik kerja-keluarga dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja.
Jadual 4.6 menunjukkan hasil ujian kolerasi Pearson bagi menguji hubungan antara konflik kerja-keluarga dalam kalangan pekerja. Berdasarkan jadual 6, hasil ujian kolerasi Pearson bagi konflik kerja keluarga dengan purata rokok yang dihisap dalam sehari, (r=0.243, p< 0.01). Ini menunjukkan stres yang tinggi adalah berkait dengan meningkatnya kadar purata merokok.
Jadual 4.6 Hubungan Antara Konflik Kerja-Keluarga dengan Purata Rokok Sehari
Pembolehubah N r p
Konflik kerja-keluarga Purata rokok sehari
120 0.243 0.007
ii. Hubungan antara tahap konflik kerja mengganggu keluarga dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja.
Jadual 4.6.1 pula menunjukkan hasil ujian kolerasi Pearson bagi menguji hubungan antara konflik kerja mengganggu keluarga dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja. Berdasarkan jadual 4.7, hasil ujian kolerasi Pearson bagi konflik kerja mengganggu keluarga (WIF) dengan purata rokok yang dihisap dalam sehari, (r=0.322, p< 0.01). Kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara konflik kerja mengganggu keluarga (WIF) dengan purata rokok yang dihisap dalam sehari.
Jadual 4.6.1 Hubungan Antara Konflik Kerja Mengganggu Keluarga dengan Purata Rokok Sehari
Pembolehubah N r p
43 keluarga
Purata rokok sehari
120 0.322 .000
iii. Hubungan antara tahap konflik keluarga mengganggu kerja dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja.
Bagi jadual 4.6 pula menunjukkan hasil ujian kolerasi Pearson bagi menguji hubungan antara konflik keluarga mengganggu kerja dengan perilaku merokok iaitu purata rokok yang dihisap dalam sehari. Hasil ujian kolerasi Pearson bagi konflik keluarga mengganggu kerja (FIW) dengan purata rokok yang dihisap dalam sehari, (r=0.138, p> 0.05). Hasil dapatan menunjukkan tidak terhadap hubungan yang signifikan antara konflik keluarga mengganggu kerja (FIW) dengan perilaku merokok.
Jadual 4.6.2 Hubungan Antara Konflik Keluarga Mengganggu Kerja dengan Purata Rokok Dihisap Sehari
Pembolehubah N r p
Keluarga mengganggu kerja
Purata rokok sehari
120 0.138 0.134
Ha3 Terdapat hubungan yang signifikan di antara kawalan, norma, sikap dengan niat berhenti merokok dalam kalangan pekerja.
i. Hubungan antara kawalan dengan niat berhenti merokok dalam kalangan pekerja.
44
dapatan menunjukkan semakin tinggi kawalan semakin tinggi niat untuk berhenti merokok.
Jadual 4.7.1 Hubungan Antara Kawalan dengan Niat Berhenti Merokok
Pembolehubah N r p
Kawalan
Niat berhenti merokok
120 0.380 0.000
ii. Hubungan antara norma dengan niat berhenti merokok dalam kalangan pekerja.
Jadual 4.7.2 pula menunjukkan hasil ujian kolerasi Pearson bagi menguji hubungan antara norma dengan niat berhenti merokok dalam kalangan pekerja. Ujian kolerasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti hubungan yang wujud antara pemboleh ubah. Berikut adalah hasil ujian kolerasi Pearson bagi norma dengan niat berhenti merokok (r=0.537, p< 0.01). Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara norma dengan niat berhenti merokok. Ini menunjukkan semakin kuat norma dalam kalangan perokok sema