• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

KESEDIAAN GENERASI Z TERHADAP REVOLUSI INDUSTRI 4.0 Nurul Syuhada Mohd Yunos

(syuhadayunos@gmail.com) ABSTRAK

Revolusi Industri 4.0 bermula dari revolusi pertama hingga ketiga yang berasaskan kepada sumber dan tenaga kerja manusia. Kini, kita berada dipermulaan Revolusi Industri 4.0 yang akan mengubah cara manusia hidup dan bekerja.Generasi Z ini adalah mereka yang dilahirkan selepas pertengahan tahun 1990-a.Mereka ini dicirikan sebagai pengguna teknologi yang bijak, pribumi digital dan akan menyertai tenaga kerja kelak. Mereka membawa kemahiran baru, jangkaan tinggi dan hasrat untuk menggegar dunia perkerjaan. Kajian ini bertujuan mengetahui tahap kesediaan Generasi Z dan pengetahuan mereka terhadap Revolusi Industri 4.0. Kajian rintis ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Pengumpulan data adalah secara dalam talian melalui pengedaran google Form menggunakan pelantar media sosial seperti Whatapps kerana Generasi Z ini dikenali sebagai generasi yang saling berhubung secara alam maya dan dikaitkan dengan generasi yang sering menggunakan teknologi dengan baik. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan Generasi Z terhadap kehadiran Revolusi Industri 4.0 ini berada pada tahap yang rendah namunkesediaan Generasi Z terhadap kedatangan Revolusi Industri 4.0 ini adalah pada tahap tinggi. Pengkaji mencadangkan agar Generasi Z ini perlu meningkatkan pengetahuan mereka terhadap isu-isu dan informasi berkenaan Revolusi Industri 4.0 ini dengan menerapkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat kerana konsep pembelajaran sepanjang hayat adalah suatu pembelajaran terbuka yang memberi masyarakat satu kebolehan untuk belajar dan terus belajar terutamanya berdasarkan arahan kendiri. Jadi, kemahiran ini penting bagi membantu Generasi Z membina minat dan pengetahuan dalam bidang yang digemari.

Kata Kunci: Revolusi Industri 4.0, pengetahuan dan kesediaan, Generasi Z, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat.

PENGENALAN

Dunia kini telah melalui tiga peredaran revolusi industri yang bermula dari tahun 1976 sehingga 2010. Sebelum kedatangan Revolusi Industri 4.0 ini, revolusi pertama adalah menggunakan air dan wap untuk menghasilkan produk. Revolusi kedua pula menggunakan kuasa elektrik bagi pengilangan secara besar-besaran sementara revolusi ketiga menggunakan kuasa elektrik dan teknologi maklumat bagi menghasilkan teknologi automasi.Menurut Klaus (2016) kita sedang berdepan ambang revolusi teknologi yang secara asasnya akan mengubah cara hidup, bekerja, dan saling berhubungan dalam skala, skop, dan kerumitannya. Transformasi ini akan menjadi tidak seperti apa yang pernah dialami oleh manusia sebelum ini kerana ia dicirikan oleh gabungan teknologi yang mengaburkan garisan antara sfera fizikal, digital, dan biologi. Pada tahun 2017, Rammel menyatakan Revolusi Industri 4.0 ini merujuk kepada kilang-kilang pintar dimana mesin dihubungkan melalui capaian sesawang kepada sistem yang boleh mengambarkan rantaian pengeluaran keseluruhan dan membuat keputusan sendiri.

Revolusi Industri 4.0 mewakili gabungan sistem fizikal-siber, Internet of Things

(IoT), dan sistem internet yang akan mewujudkan pekerjaan baharu yang mungkin

tidak lagi relevan dengan kerjaya semasa.Revolusi ini merupakan penemuan pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan data raya,

(2)

perkara yang seumpamanya.Kemajuan teknologi automasi memberikan cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini dan memerlukan pelbagai lapisan masyarakat melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap dunia digital. Walaupun revolusi ini menawarkan kepelbagaian peluang baru namun banyak tenaga kerja hari ini sedang ditinggalkan dan tidak bersedia untuk masa depan (Mohd Fairuz).

Justeru hal ini telah menyebabkan kebimbangan yang semakin meningkat dari para pemimpin perniagaan bahawa tenaga kerja global tidak lagi mengikuti perubahan semasa. Khususnya, 1.8 bilion belia di seluruh dunia yang ditinggalkan oleh perubahan. Sebagai seorang lepasan pengajian tinggi kemahiran pembelajaran sepanjang hayat adalah satu cara untuk individu membangunkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang yang mereka minati.Malah, apabila graduan terus menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat ini selepas tamat pengajian,hal ini akan membantu individu itu menaruh minat dalam pelbagai bidang disiplin yang lain. Mereka akan mempunyai keupayaan untuk belajar dan mempelajari semula perkara baru seperti yang diperlukan oleh pekerjaan mereka (Kementerian Pengajian Tinggi 2018). Generasi Z yang merupakan generasi digital dan teknologi boleh menerapkan pembelajaran sepanjang hayat kerana mereka ini merupakan generasi yang serba cepat, golongan yang kurang sabar, mahukan sesuatu dengan segera dan akan menggunakan teknologi untuk meneroka sesuatu pekara yang tidak tahu kepada tahu.

Revolusi Industri 4.0 akan merubah masa depan dunia pekerjaan serta keseimbangan perolehan dan agihan pendapatan yang akan menyebabkan ketidaksamaan rata dalam ekonomi.Mohamad Raimi (2016) menyatakan revolusi ini juga dilihat hebat dalam menggantikan pekerjaan dalam revolusi industri pertama,kedua dan ketiga dengan mengurangkan kebergantungan sumber tenaga buruh dan mentah. Kemunculan kilang pintar, pemanduan automatik dan robot ini membuatkan sektor perindustrian,pekerjaan menjurus kepada proses automasi melalui penggunaan bantuan perisian (Salleh Said, 2017). Bagi mengejar kemunculan teknologi canggih ini Generasi Z dilihat sebagai pewaris yang dekat dalam melangkah arus era digital untuk menjadikan industri Malaysia berada di tahap revolusi 4.0 (Rubaneswaran, 2017).

Pakar pendidikan tinggi (Marmolejo,2017) berpendapat bahawa pengetahuan sedia ada individu hari ini hanya menyumbang satu peratus sahaja menjelang 30 tahun akan datang. Pasaran kerja bagi masa depan dilihat akan dipenuhi dengan individu atau tenaga kerja berkemahiran tinggi, yang mempunyai bakat, pemikiran yang kreatif dan kritis. Menurut laporan World Ekonomi Dunia (2016), dianggarkan 65% kanak-kanak hari ini yang memasuki sekolah rendah akan berdepan dengan jenis pekerjaan yang baru dan belum pernah wujud pada zaman ini kerana lanskap pekerjaan yang pesat berkembang. Jadi, pelbagai pihak berkepentingan perlu bersedia untuk menyediakan kemahiran masa depan dan pola pekerjaan yang akan memenuhi keperluan yang sesuai dengan trend teknologi Revolusi Industri 4.0.

Kajian oleh Sharita,Norfidah dan Asmah (2018) menunjukkan pengetahuan pelajar semester empat POLIMAS terhadap Revolusi Industri 4.0adalah sederhana malah kajian ini juga mendapati bahawa kesediaan pelajar bagi menempuh revolusi digital juga berada ditahap yang rendah.Dapatan kajian(Ladin 2018)terhadap pengetahuan dan kesediaan pelajar kampus perguruan Ipoh terhadap Revolusi Industri 4.0ini berada pada tahap sederhana manakala pengetahuan kemahiran insaniah Revolusi Industri 4.0ini adalah pada tahap tinggi. Oleh itu, kajian ini juga akan mengkaji kesediaan pelajar dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 bagi memperluaskan lagi kajian empirikal dalam institusi pengajian tinggi.

(3)

Kemunculan teknologi automasi dalam Revolusi Industri 4.0 dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Industri ini juga dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan.Revolusi Industri 4.0. ini berlaku melalui tiga ciri utama iaitu kelajuan, keluasan dan kedalaman terhadap impak sistem atau impak menyeluruh yang telah menyebabkan dunia pada masa hadapan akan dipenuhi dengan fenomena-fenomena baharu seperti seperti kereta autonomi, pengkomputeran kuantum dan kecerdasan buatan. Klaus Schwab, menerusi bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan revolusi industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak teknologi Revolusi Industri 4.0 yang merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi.

Objektif Kajian

i) Mengenalpasti pengetahuan Generasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0

ii) Mengenal pastikesediaanGenerasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0

Persoalan Kajian

i) Apakah pengetahuan Generasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0 ini?

ii) Sejauhmanakah kesediaanGenerasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0 ini?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian rintis ini dijalankan kepada Generasi Z iaitu responden kajian yang dilahirkan antara tahun 1995 hingga 2001. Menurut Cooper dan Schindler (2011), bilangan responden yang efisien untuk kajian awal adalah antara 25 hingga 100 orang manakala Johanson dan Brooks (2010) pula menyarankan bilangan minimum 30 responden adalah munasabah untuk kajian rintis dijalankan bagi tujuan membuat tinjauan awal atau pembangunan skala. Justeru, penyelidik menetapkan untuk melibatkan seramai 30 responden kajian yang merupakan pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal UITM Shah Alam. Responden kajian merupakan modal insan yang bakal menempuh cabaran Revolusi Industri 4.0 bagi memodenkan pelbagai sektor perkhidmatan,perindustrian,perbankan dan lain-lain. Tumpuan kajian akan menjurus kepada pengetahuan Generasi Z ini terhadap Revolusi Industri 4.0 dan menilai sejauhmanakah kesediaanGenerasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0. Dalam menentukan tahap min bagi kedua konstruk pengetahuan dan kesediaanGenerasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0 berdasarkan tahap nilai min iaitu min tahap rendah antara min 0 hingga 1.6, min tahap sederhana antara 1.7 hingga 3.3. dan min tahap tinggi antara 3.4 hingga 5.0 (Ladin 2018).

Kajian rintis ini merupakan kajian tinjauan awal untuk mengetahui pengetahuan dan kesediaan Generasi Zterhadap kemunculan Revolusi Industri 4.0.Penyelidik

mengedarkan borang soal selidik secara dalam talian menggunakan google Form.

Generasi Z yang terkenal dengan Generasi digital lebih senang mendapatkan apa-apa sahaja menerusi teknologi digital dan internet. Justeru, menggunakan persampelan rawak mudah platform digital seperti whatapp digunakan bagi mendapatkan maklumat

dari responden melalui edaran pautan google Form. Borang soal selidik ini diadaptasi

dari kajian Sharita,Norfidah dan Asmah (2018) bagi bahagian A: profil responden dan kajian Norabeerah, Halimah dan Azlina (2012) untuk soalan di bahagian B dan C.

(4)

Borang soal selidik yang dibangunkan ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian A adalah soalan profil responden, bahagian B adalah soalan kajian mengenai pengetahuan Generasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0 manakala bahagian C menjurus kepada soalan kajian mengenai kesediaanGenerasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0. Kaedah

pengukuran data kajian adalah Skala jenis Likert(Likert-type scale),(1) Sangat Tidak

Setuju (STS), (2) Tidak Setuju (TS), (3) Setuju (S), (4) Sangat Setuju (SS).

Kebolehpercayaan Instrumen

Analisis ini dilakukan bagi memastikan setiap soalan dalam kaji selidik yang digunakan boleh dipercayai dan difahami oleh responden untuk menjawabnya. Ianya

dilakukan melalui ujian Reliability Analysis–Scale Alpha yang dilakukan ke atas

keseluruhan data yang diperolehi dan hasil ujian tersebut adalah dipaparkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Analisis Kebolehpercayaan dengan nilai pekali kebolehpercayaan keseluruhan sama dengan 0.865 (21 item)

Alpha cronbach

ID Item Scale Mean if Item Deleted Scale Variance if Item Deleted Corrected item- Total correlation Alpha cronbach if item deleted 0.801 untuk konstruk pengetahuan Generasi z terhadap revolusi industri 4.0 B1 39.87 44.257 .451 .859 B2 40.13 45.223 .353 .862 B3 40.03 45.206 .321 .863 B4 39.77 45.151 .329 .863 B5 39.87 43.223 .611 .855 B6 39.83 42.971 .656 .853 B7 39.93 45.720 .230 .865 B8 39.80 45.269 .304 .863 B9 39.90 44.093 .475 .859 B10 40.00 45.586 .256 .865 B11 39.63 44.102 .573 .857 0.825 untuk konstruk kesediaan Generasi z terhadap revolusi industri 4.0 C1 36.57 40.806 .765 .847 C2 36.60 41.007 .660 .850 C3 36.50 42.052 .652 .852 C4 36.57 42.806 .568 .855 C5 37.47 42.947 .339 .866 C6 37.50 42.190 .357 .866 C7 37.20 41.959 .445 .860 C8 36.77 40.530 .662 .850 C9 37.20 43.614 .253 .871 C10 36.87 43.292 .600 .855

Jadual 1 di atas menunjukkan kebolehpercayaan konstruk bagi pengetahuan Generasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0 adalahα = 0.801 (11 item), manakala kesediaan Generasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0 pula adalah α = 0.825 (10 item).Keputusan analisis menunjukkan Alpha cronbach bagi keseluruhan dalam kalangan responden adalah 0.865 (21 item).Menurut Bond dan Fond (2015) jika pekali alpha cronbach melebihi pekali α>0.5 maka tiada mana-mana item akan disingkirkan dalam konstruk tersebut. Sesuatu item dalam konstruk yang mempunyai nilai alpha cronbach yang rendah item tersebut perlu disingkirkan. Namun untuk instrumen kajian jnj tiada item yang disingkirkan. Justeru, jadual 1 di atas menunjukkan bahawa

(5)

instrumen yang dibina mempunyai kebolehpercayaan yang sangat baik dan efisien dengan tahap ketekalan yang tinggi. Jadi item-item instrumen ini sesuai digunakan untuk menjalankan kajian.

Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini dianalisis secara analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratusan bagi bahagian latar belakang responden kajian. Maklumat responden kajian seperti jantina, umur dan semester pengajian ditunjukkan pada jadual 2.

Jadual 2: Kekerapan dan Peratus Profil Responden

Demografi Kekerapan (N) Peratus (%)

Jantina Lelaki Perempuan Jumlah 13 17 30 43.3 56.7 100.0 Umur 18-20 21-23 23 keatas Jumlah 15 9 6 30 50.0 30.0 20.0 100.0 Semester Pengajian 1 2 3 4 Jumlah 9 18 2 1 30 30.0 60.0 6.7 3.3 100.0

Tahap Pengetahuan Generasi Z Terhadap Revolusi Industri 4.0

Jadual 3: Dapatan Kajian pengetahuan Generasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0

Min Sisihan Piawaian

Saya tahu tentang teknologi simulasi dan realiti maya dalam Revolusi Industri Keempat

1.47 0.507

Saya pernah lihat teknologi Internet of Things (IoT) dalam Revolusi Industri Keempat

1.63 0.490

Saya pernah mendengar tentang teknologi keselamatan siber dalam Revolusi Industri Keempat

1.37 0.490

Saya tahu teknologi pengkomputeran awan dalam Revolusi Industri Keempat adalah teknologi yang sedang popular sekarang

1.47 0.507

Saya tahu kewujudan teknologi pembuatan bahan tambahan(Percetakkan 3D ) dalam Revolusi Industri Keempat

1.43 0.504

Saya tahu kebaikan teknologi integrasi sistem menegak dan melintang dalam Revolusi Industri Keempat

1.53 0.507

(6)

Min Sisihan Piawaian

dalam Revolusi Industri Keempat

Saya pernah lihat penggunaan teknologi robot automasi dalam Revolusi Industri Keempat di sekitar saya

1.50 0.509

Saya tahu rantaian bekalan merupakan salah satu teknologi Revolusi Industri Keempat

1.60 0.489

Saya tahu aplikasi “Grab”, “Waze”adalah antara contoh teknologi Revolusi Industri Keempat

1.60 0.489

Saya bersedia menempuhi era Revolusi Industri Keempat 1.23 0.430

Keseluruhan 1.34 0.45

Merujuk jadual 3, min keseluruhan bagi pengetahuan responden kajian terhadap Revolusi Industri 4.0 adalah pada tahap rendah. Hal ini kerana nilai min terhadap item paling mempunyai min rendah adalah pada item B11:Saya bersedia menempuhi eraRevolusi Industri 4.0 (M=1.23). Manakala item yang mendapat skor min rendah tinggi adalah pada item B2: Saya pernah lihat teknologi Internet of things dalam Revolusi Industri 4.0. (M=1.63).

Tahap Kesediaan Generasi Z Terhadap Revolusi Industri 4.0

Jadual 4: Dapatan Kajian KesediaanGenerasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0

Min Sisihan Piawaian

Teknologi Revolusi Industri Keempat sesuai diaplikasikan dalam pendidikan

3.83 0.648

Teknologi Revolusi Industri Keempat bermanfaat kepada Generasi Z

3.80 0.714

Teknologi Revolusi Industri Keempat membantu Generasi Z dalam proses pembelajaran dan pemudahcara

3.90 0.607

Teknologi Revolusi Industri Keempat menjadikan suasana pengajaran lebih menyeronokkan

3.83 0.592

Teknologi Revolusi Industri Keempat tidak memerlukan kos yang mahal

2.87 0.860

Teknologi Revolusi Industri Keempat tidak menuntut penggunaan internet yang kuat

2.90 0.960

Teknologi Revolusi Industri Keempat mudah digunakan 3.20 0.847

Teknologi Revolusi Industri Keempat mampu merangsang minat Generasi Z untuk lebih fokus terhadap Pembelajaran dan Pemudahcara

3.63 0.765

Teknologi Revolusi Industri Keempat memerlukan masa yang singkat untuk dikuasai

3.20 0.925

Teknologi Revolusi Industri Keempat fleksibel digunakan 3.53 0.507

Keseluruhan 3.59 0.74

Jadual 4 menunjukkan konstruk kedua kajian, min keseluruhan kesediaanGenerasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0 ini berada pada tahap tinggi iaitu m=3.59. Item yang mempunyai nilai min sederhana adalah C5: Teknologi Revolusi Industri Keempat tidak memerlukan kos yang mahal (M=2.87) dan item C6: Teknologi Revolusi Industri

(7)

Keempat tidak menuntut penggunaan internet yang kuat (M=2.90). Manakala 8 item dalam konstruk persepsi Generasi Z ini mencatatkan tahap tinggi.

PERBINCANGAN

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kesediaan Generasi Z terhadap revolusi industri keempat ini berada pada tahap rendah tetapi tahap kesediaanGenerasi Z terhadap Revolusi Industri 4.0 ini menunjukkan sebaliknya iaitu pada tahap tinggi. Hal ini membuktikan bahawa Generasi Z lebih berpengaruh atau minat terhadap teknologi berbanding dapatan kajian sharita et.al (2018) dan kajian (Ladin 2018) yang menunjukkan pengetahuan pelajarterhadap Revolusi Industri 4.0 ini berada pada tahap sederhana. Justeru, bagi mendidik Generasi Z ini memahami Revolusi Industri 4.0 ini pembelajaran sepanjang hayat boleh diterapkan untuk sesi pembelajaran dan pengajaran di mana- mana institusi pengajian mahupun sekolah.Konsep pembelajaran sepanjang hayat adalah menimba pengetahuan, kemahiran dan kecekapan secara formal ataupun tidak formal. Dengan kepelbagaian teknologi baru dalam Revolusi Industri 4.0 ini setiap individu era ini perlu tingkatkan dan perbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka bagi mendepani saingan global dan keperluan semasa. Revolusi Industri 4.0 lebih daripada sekadar perubahan yang didorong oleh teknologi kerana ia adalah peluang untuk membantu semua orang, termasuk pemimpin, pembuat dasar dan dari semua kumpulan pendapatan dan negara untuk memanfaatkan teknologi bagi mewujudkan masa depan inklusif dan berpusatkan manusia. Peluang yang sebenar adalah untuk melangkaui teknologidan mencari cara untuk memberikan orang yang paling besar keupayaan memberi kesan positif terhadap keluarga, organisasi dan komuniti. Sebagai satu langkah untuk mendalami dan memahami Revolusi Industri 4.0 ini pembelajaran sepanjang hayat haruslah dipupuk dalam Generasi Z keranakemahiran inimenjadi yang utamadalam pembelajaran secara kendiri dan sangat penting bagi tenaga kerja umum pada tahun-tahun akan datang kerana Revolusi Industri 4.0 terus menggugat dan mengganggu model perniagaan lama dan cara bekerja (Nancy W, 2018)

RUJUKAN

Anon (2015) Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

http://www.mohe.gov.my/portalpsh/?p=5980 [28 November 2018]

Klaus Schwab (2016) The Fourth Industrial Revolution.Davos. World Economic Forum.

Nancy W. Gleason (2018) Singapore’s Higher Education Systems in the Era of the

Fourth Industrial Revolution: Preparing Lifelong Learners.

https://doi.org/10.1007/978-981-13-0194-0.

Sharita, Norfidah & Asmah (2018) Kajian Mengenai Kesediaan Pelajar Semester Empat Polimas Dalam Mengharungi Cabaran Revolusi Industri 4.0. National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18) Rammel Ramli. 2017. Revolusi Industri 4.0 – Adakah Robot AI Akan Ambil

Alih?https://otakit.my/revolusi-industri-4-0-adakah-robot-ai-akan-ambil-alih/ [5Oktober 2018].

Norabeerah, Halimah dan Azlina. 2012. Pengajaran Masa Depan Menggunakan Teknologi Augmented Reality Dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Tahap Kesedaran Guru. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ) ISSN: 2180-4842. Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 1-10 1.

(8)

Mohd Fairuz. Revolusi Perindustrian Keempat / Industri 4.0 / Ir 4.0. https://www.academia.edu/38342865/IR401.docx.

Ladin, K. I. C. A. 2018. Pengetahuan Dan Kesediaan Revolusi Industri 4.0 Dalam

Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. O-JIE: Online Journal

of Islamic Education, [S.l.], v. 6, n. 2: 9.

Said, D. S. 2017. Masyarakat perlu sedia hadapi Revolusi Industri 4.0 - Salleh 1–7. GrahamBrown-Martin. ( 2017). Education and the Fourth Industrial Revolution

Prepared for Groupe Média TFO. https://www.groupemediatfo.org/wp- content/uploads/2017/12/FINAL-Education-and-the-Fourth-Industrial-Revolution-1-1-1.pdf.

GrahamBrown-Martin. ( 2018). Education and the Fourth Industrial Revolution (Learning to thrive in a transforming world). https://medium.com/learning-re-imagined/education-and-the-fourth-industrial-revolution-cd6bcd7256a3.

Gizem Erboz. 2017.How To Define Industry 4.0: Main Pillars Of Industry 4.0. 7th

International Conference on Management (ICoM 2017), At Nitra, Slovakia https://www.researchgate.net/publication/326557388_How_To_Define_Industry _40_Main_Pillars_Of_Industry_40.

Dell Technologies. 2018. Gen Z: The future has arrived Executive Summary. https://www.emc.com/collateral/presentation/gen-z-the-future-has-arrived

executive-summary.pdf

Johanson, G. A., & Brooks, G. P. (2009). Initial Scale Development: Sample Size

forPilot Studies. Educational and Psychological Measurement, 70(3), 394400.doi:10.1177/0013164409355692

Kementerian Pengajian Tinggi (2018) Framing Malaysian Higher Education4.0:Future-Proof Talent. Ministry of Higher Education Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas