• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN DAN UKUR SERTA DRAF POLA PAKAIAN KASUAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGENALAN DAN UKUR SERTA DRAF POLA PAKAIAN KASUAL"

Copied!
76
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN DAN UKUR SERTA DRAF POLA

PAKAIAN KASUAL

(2)

PENGENALAN

PAKAIAN KASUAL

(3)

Pakaian kasual adalah Western Dress Code yang terdiri dari kod pakaian yang lebih formal, pakaian separa formal atau pakaian tidak rasmi

Pakaian kasual dikaitkan dengan penekanan keselesaan dan keperibadian mengikut formaliti dan kesesuaian yang diantaranya adalah blaus, slek dan skirt.

Perkataan "kasual" boleh ditakrifkan sebagai sesuatu

yang santai dan spontan "sesuai untuk penggunaan

harian" atau "tidak rasmi" dalam erti kata "tidak formal".

(4)

JENIS-JENIS

PAKAIAN KASUAL

(5)

BLAUS

Blaus merupakan pakaian yang amat digemari pada masa sekarang dan mempunyai bentuk yang kemas dan menarik bagi si pemakai.

Setiap rekaannya adalah berbeza dan sentiasa berubah mengikut pereka yang mempunyai idea tersendiri.

Blaus boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860.

Blaus direka dalam pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung

kepada pilihan fabrik dan hiasan

(6)
(7)

SLEK

Slek mula dipakai pada abad ke-18 bagi kaum lelaki

dan abad ke-19 bagi kaum wanita. Pakaian

ini sesuai untuk melakukan aktiviti harian seperti bersiar- siar, membeli- belah, berkelah,

bersukan atau untuk ke pejabat.

Terdapat pelbagai garis stail seperti sama

sendat, palazo, baggy, clown, pensel, oxford dan kembanng.

Slek boleh dijadikan pakaian kasual

atau formal bergantung pada pilihan jenis fabrik

dan corak.

(8)

SKIRT

Skirt boleh didapati dengan potongan labuh, atas lutut atau bawah lutut. Skirt sesuai dipergayakan dalam pelbagai

acara sama ada acara formal atau tidak formal dan dipakai untuk aktiviti harian.

Jenis-jenis skirt diantaranya adalah straight

skirt, A-line skirt, box pleated skirt, fly skirt,

sheath skirt, fix box pleat skirt, 8 panel skirt, 4

panel skirt, 6 panel skirt dan fall skirt.

(9)
(10)

VARIASI STAIL

PAKAIAN KASUAL

(11)

Variasi stail rekaan fesyen memerlukan idea

kreatif mengikut trend semasa berdasarkan

maklumat kajian yang diperolehi dan variasi

stail boleh digabungkan dengan beberapa

aspek seperti warna, peredaran masa, cuaca

dan musim. Stail rekaan yang lama turut di beri

nafas baru dengan rekaan yang lebih menarik

seperti:

(12)

POKET

Poket mempunyai tujuan hiasan atau berfungsi dan boleh digunakan untuk kedua-dua tujuan.

Pembukaan poket perlu cukup luas dan mendalam untuk menampung tangan dan untuk mengelakkan objek jatuh.

Poket dilekatkan, tersembunyi atau ditebuk pada blaus, skirt seluar dan sebagainya. Semua jenis pakaian boleh direka dengan poket.

Poket terutamanya berfungsi sebagai tujuan utiliti dan bukannya hiasan dalam pakaian lelaki. Dalam pakaian wanita, poket meningkatkan nilai yang menarik perhatian terhadap reka bentuk pakaian.

Hiasan seperti bias mengikat, renda, ruffles, tucks, pleats, applique, menyulam, dan lain-lain boleh dilampirkan kepada pakaian kanak-kanak untuk menjadikannya menarik.

(13)

KOLAR

Kegunaan kolar ialah untuk

mengemaskan garis leher pakaian, menunjukkan rekabentuk pakaian dan dibuat untuk menutup kecatatan leher si pemakai.

Kolar adalah yang bahagian yang dilekat atau dijahit sekali pada pakaian dan ada yang boleh ditanggalkan

daripada pakaian jika tidak diperlukan.

Kolar boleh didapati dalam berbagai- bagai jenis dan bentuk. Ciri-ciri kolar yang biasa digunakan ialah:

 Permukaan rata dan sama lebar

 Mata jahitan lurus dan kukuh

 Bahagian hujung/ penyudah kolar dibentuk dengan elok

(14)

LENGAN

Lengan ialah tambahan

pakaian dari lubang

lengan. Ia boleh dibuat dari sepotong fabrik yang

dicantumkan ke lubang lengan atau pun

tambahan daripada badan.

Lengan biasa yang

dicantum dengan baik

mempunyai ira lurus yang

terletak di garis leher.

(15)

JENIS-JENIS

BENTUK BADAN

(16)
(17)

APPLE

Bahu yang kecik dengan payudara yang lebih kecil.

Pinggang yang jelas

Badan bawah yang lebih luas daripada badan atas

Pinggul dan peha yang lengkap

Nisbah payudara:

pinggang:pinggul ialah 3:2:4

(18)

HOURGLASS

Bahu yang kecik dengan payudara yang besar

Pinggang yang agak kecil dan jelas

Bahu dan pinggang seimbang

Bentuk pinggul yang bulat

Badan yang ramping

Nisbah

dada:pinggang:pinggul 4:2:4

(19)

RECTANGLE

Bahu hingga dada purata yang sama size

Pinggang yang tidak ditentukan

Pinggang lurus dan bahagian bawah tidak banyak lekuk

Bahu dan pinggang yang sejajar

Nisbah

dada:pinggang:pinggul 3:3:3

(20)

PEAR

 Bahu yang kecik dengan payudara yang lebih kecil.

 Pinggang yang jelas

 Badan bawah yang lebih luas daripada badan atas

 Pinggul dan peha yang lengkap

 Nisbah payudara: pinggang:pinggul

ialah 3:2:4

(21)

INVERTED TRIANGLE

Pinggang lebih kecil daripada bahu

Purata payudara agak besar

Bentuk kaki yang cantik

Nisbah

dada:pinggang:pinggul 4:3:3

(22)

JENIS-JENIS

FABRIK PAKAIAN KASUAL

(23)

CREPE

LYCRA

(24)

CHIFFON

CASHMERE

(25)

MENGUKUR

UKURAN BADAN

(26)
(27)

BAHAN DAN PERALATAN MENGUKUR BADAN

Pita Ukur Alat tulis Buku Catatan

(28)

JENIS-JENIS UKURAN BADAN

KELILING LEHER

Ukur keliling bahagian leher dan masukkan jari untuk kelonggaran

BAHU

Ukur dari pangkal bahu kiri ke bahu kanan melalui tulang tengkuk

LABUH LENGAN

• Ukur dari tulang bahu ke paras siku

• Kemudian, terus ke buka lengan dengan

mebengkokkan sedikit lengan sehingga

labuh yang dikehendaki

(29)

PERGELANGAN TANGAN

Ukuran diambil dengan melilit pita ukur ke pergelangan tangan mengikut kehendak pelanggan

JENIS-JENIS UKURAN BADAN

KELILING DADA

Ukur keliling dada yang paling tinggi (paling menonjol) dan masukkan dua jari untuk kelonggaran

MERCU KE MERCU

Ukuran diambil dari bahagian dada yang paling tinggi di sebelah kanan

kebahagian dada yang paling tinggi di

sebelah kiri

(30)

JENIS-JENIS UKURAN BADAN

BIDANG HADAPAN

Ukur dari pangkal ketiak kanan hingga ke pangkal ketiak kiri. Pita ukur terletak kira-kira 10 cm dari pangkal leher

BAHU KE MERCU

Ukuran diambil dari pangkal bahu kebahagian dada yang paling tinggi

LABUH TENGAH BELAKANG

Ukur dari tulang tengkuk ke paras

pinggang yang paling ramping (paras

pinggang yang diikat)

(31)

JENIS-JENIS UKURAN BADAN

UKUR BIDANG BELAKANG Ukur dari pangkal ketiak kanan hingga ke pangkal ketiak kiri. Pita ukur terletak kira-kira 12 cm dari tengkuk

KELILING PINGGUL

Ukur keliling pinggul yang paling tinggi (menonjol) dan masukkan dua jari untuk kelonggaran

LABUH BAJU

Ukur labuh baju dari tulang tengkuk melalui garis tengah belakang

hingga paras labuh yang

dikehendaki

(32)

MENDRAF

POLA PAKAIAN

(33)

Draf pola adalah satu aktiviti melukis pola dengan menggunakan teknik

dan peralatan yang betul serta ukuran yang tepat untuk memastikan

bentuk pakaian kelihatan cantik dan tiada masalah ketika menjahit. Pola

boleh diubahsuai dan dibuat pembetulan mengikut stail atau rekaan yang

dikehendaki. Ukuran dan kiraan yang tepat memainkan peranan yang

penting bagi mendapatkan keseluruhan hasil pakaian melalui bahagian-

bahagian pola yang dilakar dengan teliti. Pola perlu ditanda dengan tepat

bagi memastikan keseragaman pola ketika pengubahsuaian atau

pemindahan pola ke atas kertas lakaran yang lain. Penggunaan alatan

yang tepat dititikberatkan supaya pola yang dilakar betul dan mengikut

ukuran yang sebenar .

(34)

PERALATAN DAN BAHAN MENDRAF POLA

PITA UKUR

Digunakan untuk mengambil ukuran dan mengukur garis lurus atau garis melengkung.

ALAT TULIS

Digunakan untuk mencatat ukuran.

BUKU CATATAN

Ukuran yang dicatat pada buku nota digunakan untuk mendraf pola

BROWN PAPER

Pilih yang sederhana tebal dan tidak renyuk

(35)

PERALATAN DAN BAHAN MENDRAF POLA

PEMBARIS MELENGKUNG PEMBARIS LURUS

PEMBARIS SESIKU L

(36)

TEKNIK MENDRAF POLA PAKAIAN

 Gunakan ukuran yang telah dicatat

 Lakukan kerja mendraf dimeja mendraf

 Pilih dan guna peralatan yang sesuai dengan teknik yang betul

 Mendraf dengan prosedur yang betul

(37)

MENDRAF POLA DIMULAKAN DENGAN GARISAN ASAS

(38)

MENANDA GARIS PANDUAN PADA

POLA

Tanda-tanda garis panduan

pada kertas pola perlu dibuat

sebelum dipindahkan kesebelah

dalam fabrik bagi memudahkan

kerja memadan dan menjahit

pakaian.

(39)

TANDA SIMBOL POLA

IRA LURUS

Tanda ini di letak mengikut ira lurus selari dengan tepi fabrik.

TANDA LIPATAN

Tanda ini hendaklah di letak pada lipatan fabrik..

TANDA IMBANG

Tanda ini memberi panduan apabila mencantum kepingan fabrik sebelum kepingan tersebut dijahit.

GARIS PEMADAN

Kepingan fabrik hendaklah dijahit pada garis ini apabila kerja mencantum dilakukkan.

(40)

TANDA SIMBOL POLA

BASI KELIM

Ruang di antara garis menggunting dan garis pemadan yang berjarak 15mm hingga 20mm.

GARIS MENGUNTING

Fabrik hendaklah digunting pada garisan ini.

LISU PEMADAN

Lisu pemadan hendaklah dijahit tepat mengikut garisan ini.

ARAH MENJAHIT

Anak panah menunjukkan arah lipatan lisu.

(41)

TANDA SIMBOL POLA

G T H G T B G L

GTH - Garis Tengah Hadapan

GTB - Garis Tengah Belakang

GL - Garis Lipatan

(42)

PROSES MEMOTONG FABRIK

DAN MENJAHIT PAKAIAN

(43)

Proses menggunting pola yang telah didraf dilakukan bagi

memudahkan kerja dalam menggunting fabrik. Setiap

bahagian pola perlu mencukupi dan lengkap dengan

tanda dan simbol pola supaya pakaian dapat dihasilkan

adalah sama dengan permintaan pelanggan.

(44)

PERALATAN DAN BAHAN MEMOTONG

PITA UKUR

Digunakan untuk mengukur bahagian badan atau fabrik dan mengukur kelebaran basi di atas fabrik.

GUNTING FABRIK Digunakan untuk memotong fabrik

PENITI

Disematkan pada pola di atas fabrik supaya pola tidak

bergerak ketika menanda basi dan ketika memotong

KAPUR

Untuk menanda dan

memindahkan tanda pada fabrik

(45)

PERALATAN DAN BAHAN MEMOTONG

PEMBARIS MELENGKUNG PEMBARIS LURUS

PEMBARIS SESIKU L

(46)

PENGENALAN TEKSTUR FABRIK

IRA FABRIK

Dalam proses memotong,selain

ira, keadaan dan corak fabrik ,

tanda pola juga memainkan

peranan penting

dalam proses memotong supaya tidak berlaku kesilapan semasa proses menggunting dan memudahkan proses menjahit di jalankan.

Terdapat tiga ira fabrik antaranya ialah :

Ira menegak.

Ira melintang.

Ira serong tepat.

IRA MELINTANG IRA MENEGAK IRA SERONG TEPAT

(47)

PENGENALAN TEKSTUR FABRIK

JALUR MEMANJANG

Pastikan keadaan jalur mengikut ira yang betul.

(48)

CORAK BERTABUR

Corak bunga bertabur walaupun mudah dikendalikan tetapi ia perlu mengikut ira kain.

PENGENALAN

TEKSTUR FABRIK

(49)

PERATURAN MENYUSUN ATUR POLA

Ratakan pola yang berkedut

Kenal pasti dan patuh pada arahan,maklumat dan label pola

Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata.

Temukan sebelah dalam fabrik dan pastikan bahagian lipatan terletak selari dengan tepi meja

Pola yang mempunyai tanda lipatan perlu diletak pada lipatan fabrik

Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik

Susun atur kepingan pola besar dahulu,diikuti dengan kepingan pola kecil

Pastikan permukaan pola yang berlabelberada di sebelah atas

Susun pola diatas fabrik dengan sempurna bagi mengelakkan pembaziran.

Sematkan pola yang telah disusun dengan peniti

(50)
(51)

TEKNIK

MEMOTONG

Pastikan fabrik dibentang diatas permukaan yang rata.

Guna gunting fabrik yang tajam.

Elakkan fabrik daripada bergerak dengan meletakkan sebelah tangan diatas pola.

Jangan angkat fabrik semasa menggunting supaya mendapat potongan yang tepat.

Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi.

Amalkan langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan.

Tandakan pola perlu dipindahkan ke sebelah dalam fabrik sebelum fabrik ditanggalkan bagi memudahkan kerja memadan dan menjahit pakaian.

(52)

PENGENALAN

LANGKAH MENJAHIT

DAN KEMASAN

(53)

Jahit adalah satu proses mencantumkan dua fabrik untuk menjadi pakaian. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu jahitan tangan dan jahitan mesin. Mesin diperlukan untuk menjahit fabrik menjadi pakaian yang diinginkan. Manakala jahitan tangan adalah jahitan yang

dijahit menggunakan tangan seperti menjahit kemasan tepi baju. Contohnya jahitan insang

pari, sembat susup, silang pangkah dan lilit ubi.

(54)

PERALATAN MENJAHIT

(55)

PERSEDIAAN MENJAHIT

Mesin jahit berada dalam keadaan baik

Pelarasan mata jahitan yang bersesuaian dengan jenis fabrik

Pemilihan warna benang yang sesuai dengan fabrik

(56)

JENIS-JENIS KELIM

KELIM

KELIM BETAWI

KELIM

PAPAN KELIM LIPAT

TINDIH KELIM

BELAH

KANGKUNG

(57)

KELIM BELAH KANGKUNG KELIM LIPAT

TINDIH

KELIM PAPAN KELIM BETAWI

(58)

JENIS-JENIS LISU

Merupakan lipatan fabrik yang dijahit sebahagian atau sepanjang lipatan

Bilangan lipatan mengikut stail pakaian yang

diperlukan.

(59)

LISU TERBALIK

LISU SEIRING

LISU HIAS

LISU SETENTANG

(60)

JENIS DAN PROSEDUR KEMASAN PAKAIAN

• Kemasan merupakan proses untuk menyudahkan dan mengemaskan hujung pakaian

• Pilihan penyudah tepi bergantung kepada:

- Jenis fabrik yang digunakan - Jenis pakaian

• Jenis-jenis penyudah tepi yang biasa digunakan untuk pakaian :

- Kelepet

- Lapik

- Kun

- Renda

(61)

❑ Kerja-kerja kemasan hendaklah dilakukan semasa proses menjahit pakaian, bagi memudahkan kerja- kerja menjahit dan dapat menghasilkan pakaian yang kemas dan bermutu

❑ Lakukan kerja-kerja kemasan dengan betul dan

mengikut langkah supaya tidak mencacatkan

pakaian

(62)

Perkara penting yang perlu dilakukan dalam proses kemasan:

-Tanggalkan semua peniti dan benang jelujur untuk mengelakkan kesan-kesan peniti dan benang pada fabrik

-Lakukan kemasan dibahagian dalam supaya kesan-kesan tidak kelihatan pada pakaian.

-Kenal pasti fabrik yang hendak dibuat kemasan

samada dari jenis mengecut atau tidak supaya

dapat mengelakkan kerosakkan pada fabrik.

(63)

PROSES ACU BADAN DAN

KEMASAN AKHIR

(64)

Acu pakaian merupakan aktiviti yang penting dalam proses membuat pakaian.Ia dibuat dengan cara mengacu atau memakai pakaian

kepada badan pemakai dan memastikan pakaian itu padan dengan pemakai. Pakaian yang hampir siap hendaklah diacu pada badan pemakai supaya pakaian akan kelihatan menarik serta tergantung elok apabila dipakai,ia tidak terlalu ketat dan terlalu longgar apabila dipakai. Tujuan proses mengacu pakaian ialah :

• Mengetahui kepadanan sebenar pakaian dengan pemakai

• Sebarang kelonggaran,kesendatan dan kedutan pada bahagian pakaian dapat dibaiki agar pakaian teracu dengan baik.

• Supaya pakaian yang siap dijahit selesa dipakai oleh pelanggan

atau pemakai

(65)

PERALATAN UNTUK MENGACU PAKAIAN

(66)

CIRI-CIRI ACU YANG PADAN DENGAN

PEMAKAI

Pakaian yang dipakai tergantung dengan baik dari garis bahu ke garis lipatan

Pakaian tidak terlalu panjang atau pendek daripada garis leher ke garis

pinggang dan dari garis pinggang ke garis kelepet

Bahagian kiri dan kanan pakaian

hendaklah seimbang dan hujung pakaian

selari dengan garis lantai

(67)

CIRI-CIRI ACU

YANG TIDAK PADAN DENGAN PEMAKAI

Pakaian tidak terletak dengan baik kerana bentuk pakaian tidak sesuai dengan bentuk badan pemakai.

Sebab – sebab pakaian tidak teracu dengan baik :

Ukuran badan tidak diukur dengan betul

Jahitan tidak tepat digaris pemadan

Kesilapan semasa membuat pola

Lisu pada pola tidak dibuang

Tidak membuat penambahan untuk keselesaan

(68)

PROSES MENEKAN

(69)

Proses menekan adalah langkah terakhir dalam

aktiviti menjahit untuk memastikan kekemasan baju dan selesa untuk dipakai. Pakaian yang telah siap

dijahit haruslah menjalani proses akhir seperti menjahit cangkuk dan palang, butang, lubang butang,

memotong lebihan benang, membuang jahitan

sementara dan diakhiri dengan proses menekan.

(70)

PERATURAN KEMASAN AKHIR

Pakaian yang telah siap dijahit hendaklah

ditanggalkan peniti dan jahitan sementera untuk menjalani proses menekan.

Lebihan benang atau benang jahit tepi pada baju perlu dipotong dan dibuang bagi memastikan

kekemasan baju terjaga.

1

2

(71)

Cangkuk dan palang, hook and eye atau butang dijahit pada baju supaya pakaian kelihatan lebih cantik dan menarik.

Langkah yang terakhir adalah dengan manjalani proses menekan untuk kemasan akhir pakaian.

4

3

PERATURAN KEMASAN AKHIR

(72)

PROSES UNTUK MENEKAN

Kerja-kerja menekan hendaklah dilakukan semasa proses menjahit pakaian, bagi memudahkan kerja-kerja menjahit dan dapat menghasilkan pakaian yang kemas dan bermutu.

Lakukan kerja-kerja menekan dengan betul dan mengikut peraturan supaya tidak mencacatkan pakaian.

Perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan dalam proses menekan :

-Tanggalkan semua peniti dan benang jelujur untuk mengelakkan kesan-kesan peniti dan benang pada fabrik.

-Uji suhu seterika sebelum menekan untuk mengelakkan kecacatan pada fabrik

-Seberapa boleh lakukan kerja menekan di sebelah dalam supaya kesan-kesan seterika tidak kelihatan pada pakaian.

-Kenalpasti jenis fabrik yang hendak ditekan sama ada dari jenis mengecut atau tidak supaya dapat mengelakkan kerosakan pada fabrik berkenaan.

(73)

PERALATAN MENEKAN

Seterika wap

Seterika merupakan peralatan yang penting dalam sektor pembuatan pakaian. Ia digunakan sebagai alat menekan atau alat menggosok pakaian dalam keadaan sempurna agar dapat memperolehi hasil yang baik. Seterika ini

digunakan dalam industri. Ia mempunyai liang pada tapak seterika yang mengeluarkan wap apabila digunakan.

Terdapat tiub kecil yang bersambung dengan bekas air.

(74)

PERALATAN MENEKAN

Meja seterika

Meja seterika ialah permukaan yang baik untuk menggosok kerana kain besar tidak tergelongsor. Diperbuat daripada

besi dan terdapat span pada bahagian atas dan dibalut

dengan fabrik.

(75)

PERALATAN MENEKAN

Bod Lengan

Kegunaanya ialah untuk menekan bahagian - bahagian yang berlekuk seperti lengan baju. Diperbuat daripada kayu dan mempunyai span yang pada bahagaian atas bod.

Kerja-kerja menggosok lebih mudah apabila menggunakan

bod seterika lengan ini dan bahagian-bahagian yang sukar

digosok.

(76)

SEKIAN

TERIMA KASIH…

Referensi

Dokumen terkait