• Tidak ada hasil yang ditemukan

VOL. 3 (1) JUN. 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "VOL. 3 (1) JUN. 2016"

Copied!
128
0
0

Teks penuh

(1)

VOL. 3 (1) JUN. 2016

Jurnal Bahaa, Budaya dan Warisan Melayu

(2)

Pertanika MahawangsaPertanika MAHAWANGSAPertanika MAHAWANGSAPertanika MAHAWANGSA

Pertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

Latar Belakang

Pertanika merupakan jurnal berwasit antarabangsa yang berfungsi sebagai medium penerbitan dan perbincangan isu pertanian tropika serta bidang berkaitan. Pertanika memulakan penerbitan pertama pada 1978 sebagai Journal of Tropical Agricultural Science. Pada 1992, Pertanika diselaraskan kepada tiga jurnal berasingan, iaitu Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH), Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS) dan Journal of Science and Technology (JST) sebagai memenuhi keperluan jurnal yang lebih khusus dalam bidang pengajian. Pengasingan ini memberikan ruang tumpuan yang khusus terhadap kekuatan bidang yang pelbagai di universiti.

Pada 2013, siri terbaharu dalam Pertanika telah diwujudkan, iaitu Pertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu). Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu. Pertanika MAHAWANGSA diterbitkan dalam bahasa Melayu, dua kali setahun, iaitu pada Jun dan November dan dibuka kepada pengarang dari seluruh dunia

Matlamat

Menyebarluaskan penyelidikan berkualiti tinggi kepada umum.

Kualiti

Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan penerimaan makalah dijamin dalam tempoh 14 minggu. Masa diambil daripada serahan makalah kepada penerbitan untuk artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.

Indeks Petikan

Pengetahuan dan pengalaman penerbitan selama 33 tahun telah melayakkan siri terbitan Pertanika diindeks dalam SCOPUS (Elsevier), Thomson (ISI) Web of Knowledge [CAB Abstracts], EBSCO, DOAJ, ISC, MyAIS dan Rubriq.

Visi

Pertanika akan terus mempertingkatkan kandungan, khidmat penyelidikan dan capaian arkib jurnal kepada umum. Pertanika berusaha merealisasikan wawasan baharu yang akan memberikan manfaat kepada ahli akademik dan masyarakat umum. Kemunculan medium atas talian menjadi pemacu utama sebaran berita penyelidikan terkini untuk pembaca Pertanika.

Skop dan Matlamat

Matlamat Pertanika MAHAWANGSA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu merentas disiplin. Kandungan penulisan boleh berbentuk konseptual, teoritikal, empirikal, sejarawi, dan sebagainya dalam kerangka kebahasaan, kesusasteraan, pendidikan, kebudayaan dan warisan Melayu. Ranah pengajian mestilah meliputi alam Melayu dan diaspora Melayu.

Kenyataan Redaksi

Pertanika ialah jurnal rasmi Universiti Putra Malaysia. Singkatan untuk Jurnal Pertanika Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu ialah Pertanika MAHAWANGSA.

(3)

Sidang Editorial

2013-2016 Ketua Editor

Abdul Mua’ti@ Zamri Ahmad Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik

Universiti Putra Malaysia

Editor Bersekutu I Mohd Zariat Abdul Rani

Teori dan Kritikan Sastera

Universiti Putra Malaysia

Editor Bersekutu II Muhd Zulkifli Ismail Bahasa dan Kesusasteraan Arab

Universiti Putra Malaysia

Anggota Sidang Editorial

Arndt Graf, Linguistik dan Bahasa Melayu, Goethe-University Frankfurt, Germany.

Barbara Watson Andaya, Pengajian Sejarah Alam Melayu, University of Hawai‘i, USA.

Che Ibrahim Salleh, Linguistik Terapan dan Tatabahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia.

Deddy Mulyana, Komunikasi antara budaya, Universitas Padjadjaran, Indonesia.

Ezhar Tamam, Komunikasi antara Budaya, Pembangunan Belia dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Halis Azhan, Penulisan Kreatif, Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja, Universiti Putra Malaysia.

Hashim Musa, Sosiolinguistik, Falsafah Bahasa, Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi, Universiti Putra Malaysia.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan, Kesusasteraan Melayu Moden, Universiti Malaya.

Noriah Mohamed, Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Sains Malaysia.

Osman Bakar, Falsafah Sains, Peradaban dan Pemikiran Islam, Universiti Brunei Darussalam.

Syed Farid Alatas, Sosiologi Pengajian Masyarakat dan Budaya Melayu, National University of Singapore.

Wu Zong Yu, Bahasa, Sastera dan Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University, China.

Zaharani Ahmad, Bahasa Melayu dan Linguistik, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ketua Editor

Pertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu), Pejabat Dekan,

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia Tel: +603-8946 8661 / 8326 / 8723 / 8753 • Faks: +603 8943 9951

E-mel: [email protected] ; [email protected] Laman Sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my

Penerbit

Penerbit Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia Tel: +603 8946 8855, 8946 8854 • Faks: +603 8941 6172

E-mel: [email protected] Laman Web : http://penerbit.upm.edu.my

© 2016 Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

(4)

Corak dasar : PUCUK REBUNG

Variasi : PUCUK REBUNG BUAH PADI Filosofi : Pucuk rebung buah padi

Tanda hidup mengenang budi Sebarang kerja akan menjadi Ilmu banyak dada berisi

Keterangan Warna

Emas : Mercu Kegemilangan Ungu : Warisan Peradaban Melayu

Adaptasi daripada:

Corak dan Ragi Tenun Melayu Riau

Penulis: Abdul Malik, Tenas Effendy, Hassan Junus dan Auzar Thaher

Terbitan: BKPBM dan Adicita, Yogjakarta Indonesia

(5)

MAHAWANGSA

(Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

Vol. 3 (1) Jun. 2016

Kandungan

Artikel Penyelidikan

Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka 1 Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis 11

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan 25 Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa

Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi:

Sebuah Kes dalam Perkumpulan Warga Surakarta

37 Agus Hari Wibowo

Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini 47 Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan

Wan Muhammad Wan Sulong

Tahap Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar, Daerah Meradong, Bintangor, Sarawak

63

Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin

Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik

79

Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa

Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia 95

Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh

Ulasan Buku

An Analysis of Malay Magic. oleh K.M. Endicott 109

Puteh Noraihan A Rahman dan Zahir Ahmad

(6)
(7)

MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

MAHAWANGSA

Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka

Paramasivam Muthusamy1* dan Che Ibrahim Salleh2

1Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia

2Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Masyarakat Chitty Melaka ialah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka.

Masyarakat ini terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang Hindu dengan orang tempatan seperti Melayu, Cina dan Jawa. Bandar Gajah Berang di Melaka merupakan kawasan penempatan masyarakat Hindu Peranakan Melaka. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti asal-usul dan latar belakang Chitty Melaka serta menghuraikan sifat asimilasi, sosial dan budaya kaum Chitty Melaka. Kajian ini merupakan sebuah kajian ’non-experimental’.

Ini merupakan kajian lapangan dan bahan rujukan sejarah serta temu bual. Pemilihan sampel adalah daripada kalangan masyarakat kaum Chitty Melaka di Gajah Berang. Pengumpulan data dijalankan melalui soal selidik dan temu bual. Hasil penyelidikan memaparkan masyarakat Chitty mempunyai keunikan dalam segala aspek kehidupan seharian mereka dari segi bahasa, pakaian, makanan, adat-istiadat, kepercayaan, perkahwinan, gelaran, upacara agama, seni bina, muzik, dan permainan. Segala keunikan masyarakat Chitty bukan sahaja perlu dipelihara dan diteruskan malah perlu didokumentasikan secara sistematik.

Kata kunci: Chitty Melaka, peranakan Melaka, asimilasi, sosial, budaya, identiti masyarakat, minoriti

Assimilation of Malacca Cheety in Local Culture

ABSTRACT

Malacca Chitty is an unique group of Indian minority community in Malacca. This community is formed as a result of inter-marriage with the local Hindus to Malays , Chinese and Jawanees. Their settelement area is located at Gajah Berang City in Malacca. The main focus of this study is to identify the origin and background of Malacca

INFO MAKALAH Pewasitan Makalah:

Dihantar: - Diterima: -

E-mail:

[email protected] (Paramasivam Muthusamy), [email protected] (Che Ibrahim Salleh)

*Penulis penghubung

Chitty and describe their social and cultural assimilation. This is a ‘non - experimental’ field study with historical references and interviews.

The sample of this study were the Malacca Chitty community from Gajah Berang City in Malacca.

Data were collected through questionnaires and

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

(8)

Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh

interviews. Findings showed Malacca Chitty is unique in all aspects of their daily lives in terms of language, dress, food, customs, beliefs, marriage, greeting, ritual, architecture, music, and games. The uniqueness of this community should not only be preserved and continued, but should be documented in a systematic way.

Keywords: Malacca Chitty, Malacca peranakan, assimilation, social, cultural, community identity, minority

PENDAHULUAN

Masyarakat Semenanjung Malaysia khasnya dan Malaysia amnya selalu dianggap sebagai sebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India mengamalkan kebudayaan, adat resam, agama dan bahasa masing- masing. Setiap kaum mempunyai keperibadian budaya yang tersendiri yang dikekalkan.

Tiga etnik ini bersatu atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi raja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chitty Melaka ialah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini tidaklah boleh disamakan dengan masyarakat ceti (chettier) yang terkenal dengan peminjaman wang, tetapi sebuah komuniti masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang Hindu dengan orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain (Narayanasamy, 1976).

Bandar Gajah Berang, terletak kira-kira 1.6 kilometer dari kawasan perbandaran Melaka merupakan kawasan penempatan masyarakat Hindu Peranakan Melaka. Chitty bererti golongan yang berniaga sama seperti golongan ceti pada masa kini. Mereka mempunyai taraf kewangan yang kukuh. Mengikut pandangan Noriah Mohamed dan Meriam Abdul Karim (2005), terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk merujuk kepada perkataan ceti. Antaranya Chetty, Chati, Chatin, Chettijn, Sitty dan seumpamanya lagi. Istilah Chitty yang merupakan gelaran masyarakat ini berasal daripada perkataan Sresthi dalam bahasa Sanskrit yang membawa maksud ‘orang kaya atau pedagang’ yang berasal dari Klingga Partanam atau Benua Keling (Nadarajan, 2003).

OBJEKTIF

Kajian ini dijalankan untuk:

1. Mengenal pasti asal-usul dan latar belakang Chitty Melaka 2. Menghuraikan asimilasi sosial dan budaya kaum Chitty Melaka

2 MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

(9)

Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka

METODOLOGI

Kajian ini merupakan sebuah kajian ’non-experimental’. Ini merupakan kajian lapangan dan bahan rujukan sejarah serta temu bual. Pemilihan sampel adalah daripada masyarakat kaum Chitty Melaka di Gajah Berang Melaka. Sebanyak empat orang daripada kalangan masyarakat Hindu Peranakan Melaka ditemu bual dalam jangka masa dua bulan bermula dari bulan Jun 2009 hingga Ogos 2009.

Menerusi kajian ini, masyarakat Chitty dapat dikenal pasti dari aspek latar belakang dan juga asal-usul kelahiran, di samping mengetahui asimilasi sosial dan budaya kaum Chetty Melaka. Hasil penyelidikan ini membuka ruang kepada pembentangan dalam seminar dan persidangan, penerbitan makalah dalam jurnal serta memberikan peluang untuk kajian lanjutan.

ASAL-USUL MASYARAKAT CHITTY MELAKA

Menurut Narayanasamy (1976), dalam catatan Gabenor Belanda Balthasar Bort tentang kota Melaka pada 1678, telah tercatat tentang adanya hamba ’gentoo’ yang bererti Hindu di bawah pemerintahannya di Melaka. Semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pedagang Hindu dari negara India Selatan dipercayai memiliki kekayaan dari segi perkapalan, perdagangan. Antara 1509 hingga 1511, Naina Chitty merupakan pemimpin tersohor kaum Hindu Peranakan yang menjadi pembantu kepada Ruy De Aranjo dan 20 tahanan Portugis sehingga mendapat tempat istimewa dalam kalangan pentadbir Portugis.

Pada zaman penjajahan Belanda, kaum Hindu Peranakan Melaka telah wujud sebagai masyarakat yang sah sehingga pemerintah Belanda menyerahkan setapak tanah di tengah-tengah Kota Melaka untuk didirikan sebuah kuil- Sri Poyatha Vinayagar Moorthy, pada 1781. Semasa penjajahan British, kaum Hindu Peranakan Melaka diterima menjadi pekerja am rendah dalam pentadbiran negeri serta di sektor swasta. Kesetiaan dan kejujuran kaum ini menarik minat pihak British mengekalkan mereka di sektor kerajaan (Narayanasamy, 1967). Dipercayai, hampir 50% daripada penduduk kaum Hindu Peranakan Melaka telah bermigrasi ke Singapura atas urusan pekerjaan yang lebih baik, di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta.

Pencerobohan kuasa Jepun pada 8 Disember 1941 menyebabkan, segenap lapisan masyarakat Hindu Peranakan Melaka dikhuatiri diambil bekerja dalam Batalion ke-4 Pasukan Sukarela Melaka (4th Battalion of the Melaka Volunteer Corps), dan mereka ini telah dimobiliti ke Singapura termasuk mendiang En.B.S.Naiker (Narayanasamy, 1967).

Sebilangan masyarakat Hindu Peranakan di Singapura dan Melaka telah direkrut untuk membina landasan kereta api maut Burma-Thailand dan juga kereta api Kra. Kebanyakan buruh yang terlibat dalam pembinaan kereta api ini sengsara dengan penyakit beri-beri dan juga penyakit skurvi (Narayanasamy, 1967).

Pada masa ini, kehidupan masyarakat Hindu Peranakan Melaka memperlihatkan keseimbangan dari aspek sosial, ekonomi, pendidikan, dan politik dengan masyarakat lain di Melaka. Kesetiaan dan kepatuhan agama masih menjadi pegangan yang kuat dalam kalangan masyarakat Hindu Peranakan Melaka (Samuel, 2006).

MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016) 3

(10)

Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh

ASIMILASI SOSIAL DAN BUDAYA Adat Perkahwinan

Unsur asimilasi hanya berlaku dalam sesetengah bahagian dalam adat perkahwinan masyarakat Hindu Peranakan Melaka seperti adat persandingan, adat mandi pengantin, pemberian bunga rampai, pakaian pengantin dan selebihnya masih mengekalkan adat biasa yang dijalankan oleh masyarakat Tamil-Hindu di negara kita. Menurut Narayanasamy (1976), kebiasaan amalan dalam adat perkahwinan ini sudah lenyap pada masa kini akibat peresapan cara Tamil Moden. Menurut Mohd Shukri Mohd Arif dan rakan-rakannya (2003), tradisi perkahwinan masyarakat Chitty sememangnya menarik dan unik. Kebanyakan adat yang diamalkan mempunyai persamaan dengan adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Misalnya, dalam majlis perkahwinan, majlis tersebut akan diserikan dengan persembahan dondang sayang. Golongan tua masyarakat ini akan menyanyi dan berpantun.

Pengkaji telah menemu bual Encik Thamby Chetty pada 29 Jun 2009 di Kampung Chetty, Gajah Berang untuk mengumpulkan data berkaitan adat perkahwinan yang diamalkan oleh Masyarakat Chitty. Hasil daripada temu bual diketahui bahawa, perbincangan keluarga lelaki dengan keluarga perempuan dilakukan untuk menentukan pemilihan jodoh yang baik. Keserasian ditentukan berdasarkan tarikh lahir, waktu dilahir dan nama daripada kedua-dua belah pihak. Menurut Encik Thamby Chetty yang ditemu bual adat ini dipanggil adat merisik dan buang suara. Adat parasam atau pertunangan dijalankan seperti biasa yang dilakukan oleh masyarakat Tamil-Hindu. Kebiasaannya pihak lelaki akan membuat hantaran kepada pihak perempuan. Barang hantaran ialah lima hingga tujuh dulang berupa lima biji kelapa dikupas yang disalut kunyit, lima sisir pisang, lima jenis buah-buahan, sedulang gula batu dengan buah kurma, sedulang sirih pinang, sedulang berisi sepasang cincin, gelang tangan, bedak, cermi, sikat, wang tetek (wang susu) sebanyak RM51.00 atau RM 101.00 dan sedulang air mawar dengan bunga rampai (Narayanasamy, 1976).

Majlis parasam diakhiri dengan jamuan makanan masakan Chitty. Bermula hari tersebut, persiapan akan dijalankan untuk hari perkahwinan. Satu lagi adat yang mirip kepada masyarakat Tamil-Hindu ialah pemakaian Thali (Rantai Perkahwinan). Penempahan Thali dilakukan dengan mendapatkan khidmat nasihat pandaram untuk melihat tarikh dan masa yang sesuai mengikut kalendar agama Hindu. Adat Anthar Sirih Koil turut diamalkan dalam masyarakat ini yang juga menyerupai amalan biasa oleh masyarakat Tamil-Hindu di negara ini (Narayanasamy, 1976). Kad jemputan diedarkan kepada saudara mara, dan sahabat handai yang terlebih dahulu mendapat restu daripada Dewa Vinayagar. Data yang diperoleh daripada temu bual menjelaskan bahawa, rombongan ini diketuai oleh Pemegang Amanah Kuil bersama keluarga pengantin lelaki. Sedulang berisi kelapa yang disalut kunyit, bunga melur, kad kahwin, buah-buahan, sedulang berisi tepak sirih dan sedulang lagi berisi bunga rampai diletakkan di tengah rumah untuk mendapat restu.

Seterusnya ialah adat menaikkan tiang panthal (khemah perkahwinan). Amalan ini turut diwarisi sejak zaman berzaman oleh kaum Tamil-Hindu (Narayanasamy, 1976). Tiang khemah (panthal) akan dinaikkan sehari sebelum hari bersanding dan akan diturunkan pada hari ketiga. Upacara Nalanggu (adat buang sial untuk pengantin lelaki) dijalankan mengikut tradisi kaum Tamil-Hindu. Adat ini penting bagi pengantin lelaki sebelum hari

4 MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

(11)

Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka

perkahwinan menjelma. Adat ini dijalankan oleh lima wanita yang sudah berkahwin (Narayanasamy, 1976).

Encik Nadarajan yang telah ditemu bual pada 15 Julai 2009 di Kampung Chetty, Gajah Berang telah mengatakan bahawa, satu lagi upacara istimewa masyarakat Chitty ialah upacara sembahyang Thali (Rantai Perkahwinan). Terdapat istilah yang digunakan oleh masyarakat Chitty menamakan loket pada Thali, iaitu Kodok-Kodok. Bentuk Thali yang dihasilkan berbeza dengan masyarakat Tamil-Hindu biasa yang turut membezakan antara kasta yang terdapat dalam masyarakat Chitty. Setelah sembahyang Thali, malam berinai akan berlangsung. Jika diperhatikan, upacara ini juga turut menjadi sinonim dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu (Narayanasamy, 1976). Air mawar direnjiskan pada pengantin lelaki dan perempuan. Inai yang dihasilkan dengan cara tradisional, iaitu dengan cara menggiling, disapu bermula dari tangan kanan ke tangan kiri, dan dilakukan oleh wanita yang sudah berkahwin.

Hasil temu bual dengan Puan Kamachi pada 25 Julai 2009 di Kampung Chetty, Gajah Berang membuktikan bahawa, suatu adat yang tidak wujud dalam istiadat perkahwinan kaum Tamil-Hindu ialah adat persandingan. Beberapa adat persandingan yang menjadi amalan masyarakat Chitty menunjukkan unsur asimilasi masyarakat Melayu seperti pemberian bunga telur dan bunga rampai, penggunaan bunga manggar, bermain congkak, penggunaan pelamin, hiburan semasa perkahwinan seperti joget lambak, beronggeng, berdondang sayang, dan berpantun menjadi eleman penting adat persandingan masyarakat Chitty yang tidak diamalkan oleh masyarakat Tamil-Hindu.

Puan Kamachi yang ditemu bual juga menerangkan bahawa, satu lagi adat istiadat masyarakat Chitty yang ada persamaan dengan istiadat Melayu ialah mandi pengantin.

Pada hari kedua, pengantin akan berdiri di hadapan rumah dan dimandikan oleh ibu bapa dan sanak saudara. Pakaian untuk kedua-dua pengantin memperlihatkan unsur asimilasi masyarakat Melayu. Pada masa dahulu, pakaian pengantin perempuan disewakan daripada orang Melayu. Sarung, baju berlengan panjang dan dastar ala Jawa, talpa serta berkeris merupakan pakaian pengantin lelaki. Sementara pakaian pengantin perempuan pula dipanggil baju panjang labuh dengan sarung, didepannya ialah biota, dokok-dokok dan sanggul lintang.

Adat Kelahiran

Dalam adat kelahiran, tiada unsur asimilasi masyarakat Melayu yang ketara. Cuma dalam pantang-larang selepas ibu bersalin memperlihatkan persamaan dengan budaya masyarakat Melayu. Kebiasaannya, apabila seseorang ibu mengandung, pantang larang seperti tidak membenarkan kerja berat, tidak boleh menjemur kain baju, tidak boleh memotong dan mengetuk sesuatu walau apa benda sekalipun dilihat menjadi pegangan yang kuat dalam masyarakat Chitty sejak turun-temurun. Larangan ini biasanya terdapat dalam kalangan masyarakat Tamil-Hindu dan juga orang Melayu. Upacara melenggang perut atau valakappu dilakukan pada bulan ke-7 sebelum ibu bersalin. Upacara ini menjadi amalan kuat dalam masyarakat Tamil-Hindu yang turut menjadi ikutan masyarakat Chitty Melaka (Nadarajan, 2003).

MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016) 5

(12)

Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh

Adat Kematian

Dalam adat kematian, masyarakat Chitty Melaka memegang teguh kepada istiadat agama Hindu yang diperturunkan oleh nenek moyang sejak zaman berzaman. Boleh dikatakan, semua eleman yang dikaji dalam adat ini menampakkan pegangan agama Hindu ortodok.

Hasil daripada temu bual dengan Encik Narayanasamy pada 12 Ogos 2009 di Kampung Chetty, Gajah Berang dapat diketahui bahawa, mayat ditutupi dengan kain putih, kecuali muka akan diletakkan dalam peti. Sepasang Kutuvilakku (lampu duduk) diletakkan di bahagian kepala mayat. Ada beberapa upacara dijalankan bagi seseorang yang telah meninggal dunia. Contohnya, jika yang meninggal dunia ialah seorang yang sudah berkahwin, lilin putih dinyalakan dan diletakkan pada bahagian kepala mayat tersebut.

Jika kematian untuk yang belum berkahwin, dua lilin merah dinyalakan dan diletakkan pada bahagian kepala mayat itu. Semua gambar ditanggalkan dan kain hitam digantungkan pada hadapan muka pintu rumah (Nadarajan, 2003).

Istiadat menanggalkan thali (rantai perkahwinan) bagi isteri yang kematian suami merupakan satu lagi amalan penting dalam adat istiadat masyarakat Tamil-Hindu.

Menurut Encik Narayanasamy dalam temu bual mengatakan bahawa masyarakat Chitty turut mengamalkan pegangan ini. Sari putih akan dipakai oleh isteri si mati sebagai tanda kesucian.Beberapa pantang larang sehingga upacara hari ke-16 diadakan. Ahli keluarga tidak boleh ke kuil untuk sembahyang, dan mereka juga dilarang hadir dalam segala majlis perkahwinan, kelahiran atau perayaan. Pada hari ke-16, kenduri besar diadakan dengan menyambut sanak saudara ke rumah. Pandaram akan dijemput untuk melakukan upacara sembahyang dan menyanyi devaram atau lagu agama untuk mententeramkan roh si mati.

Pakaian dan Perhiasan Diri

Maklumat daripada hasil temu bual didapati bahawa, kaum lelaki dewasa dalam lingkungan umur 50-70 tahun masih memegang teguh cara pemakaian masyarakat Chitty. Pada kebiasaannya, baju berlengan panjang, kain sarung, dan pelikat menjadi kegemaran kaum lelaki dewasa ketika berada di rumah. Maka tidak hairanlah, jika mereka kelihatan seakan- akan orang Melayu memandangkan pakaian dan cara pertuturan seperti kaum Melayu.

Bagi pemuda masyarakat Chitty, pakaian ala-barat dan moden menjadi kegemaran. Tiada pakaian yang khusus bagi pemuda-pemudi Chitty ketika berada di rumah mahupun ketika menghadiri majlis perkahwinan ataupun pada musim perayaan. Pakaian tradisional Tamil turut digalakkan oleh keluarga pemuda Chitty ketika ke kuil untuk sembahyang ataupun menghadiri sesuatu pesta perayaan.

Sekali pandang, kaum wanita Chitty seperti wanita Melayu. Hasil temu bual juga menjelaskan bahawa, 100% wanita dewasa yang berumur antara 50-70 tahun, memperlihatkan persamaan yang ketara dengan wanita Melayu. Sarung kebaya, kebaya labuh dan bersanggul menjadi pakaian kegemaran wanita dewasa Chitty yang sudah sebati sehingga kini. Seperti pemuda Chitty, pemudi Chitty yang berumur antara 15 hingga 40-an memilih pakaian yang berupa kain sarung, kebaya labuh, skirt serta pakaian moden ketika di rumah, lebih-lebih lagi bagi pemudi moden Chitty. Pakaian tradisional Tamil seperti Sari, Chuditar, baju Punjabi dipakai ketika menghadiri upacara keagamaan ke kuil, menghadiri adat istiadat keluarga, dan ketika musim perayaan.

6 MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

(13)

Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka

Secara keseluruhannya, kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur dalam lingkungan 5-14 tahun memilih cara pakaian barat ketika di rumah dan di luar rumah.

Perubahan ini jelas terpancar apabila kanak-kanak tidak menitikberatkan soal pemakaian yang khusus serta tidak mengikut cara pemakaian warisan orang tua mereka.

Makanan

Makanan harian mereka juga adalah seperti orang Melayu, iaitu nasi. Daripada temu bual dengan responden diketahui bahawa pada hari perayaan Ponggal, masyarakat Chitty akan memasak makanan tradisional mereka seperti nasi lemak kukus berlauk pinding ikan parang, kuah terung, sambal timun, udang, urap kelapa, kangkung tumis, kacang goreng minyak, acar cili dan sambal tahi minyak.

Jika diperhatikan pada jenis masakan masyarakat Chitty pada perayaan besar seperti pesta Ponggal, asimilasi masakan Melayu lebih ketara dan mendominasi masakan masyarakat ini. Antaranya kuih ondeh-ondeh, kuih dodol, kuih dadar, kuih koci, kuih gomak, kuih sargon-sargon, seri kaya, kuih kanda kasturi, kuih lapis, pulut hitam, kuih rempah udang serta pelbagai kuih lagi yang mengalami asimilasi masakan kaum Melayu. Selain itu, sambal tumis, sambal belacan, ikan sipat masak nanas, ikan bilis, ikan pindang, sambal belimbing udang, otak-otak, cencaluk dan banyak lagi masakan lain turut menyerupai masakan Melayu. Makanan paling digemari oleh kaum Chitty Melaka ialah nasi lemak (Samuel, 2006). Makanan sayuran, iaitu vegetarian turut diamalkan dalam kalangan masyarakat Chitty, terutamanya pada hari Jumaat serta pada musim perayaan Hindu seperti payasam, pacedi (acar), sambar, puttoo, vadei, thosai, idli, kesari, halva, rasem(sup India), kacang dal, appalam(papadam) dan banyak lagi.

KESIMPULAN

Masyarakat Chitty telah melalui perjalanan yang cukup panjang untuk terus mengekalkan identiti yang tersendiri. Keunikan ini dapat diperhatikan dalam segala aspek kehidupan seharian mereka, bahasa, pakaian, makanan, adat-istiadat, kepercayaan, perkahwinan, gelaran, upacara agama, seni bina, muzik, permainan dan seumpamanya. Secara langsung dan tidak langsung, asimilasi antara kedua-dua budaya masyarakat Chitty dengan masyarakat Melayu telah terjadi dengan segala keunikannya. Oleh itu, Segala keunikan ini bukan sahaja perlu dipelihara dan diteruskan malah perlu didokumentasikan secara penuh sistematik.

Kebanyakan masyarakat Chitty yang ditemui, tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang kepupusan yang sedang berlaku dalam masyarakat mereka. Identiti masyarakat Chitty hilang ditelan oleh arus peredaran zaman. Budaya masyarakat lain yang tinggal bersama-sama mereka di sesebuah wilayah sering mendominasi budaya mereka yang bersifat minoriti.

Kajian oleh Mohd Shukri Mohd Arif dan rakan-rakannya (2003) mendapati, masyarakat Chitty merupakan antara kelompok masyarakat yang semakin pupus ditelan zaman.

Masyarakat yang semakin terancam ini tidak sesekali menolak pembangunan yang diberikan kepada mereka oleh kerajaan. Malah, masyarakat Chitty yang ditemui amat

MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016) 7

(14)

Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh

mengalu-alukan jika terdapat usaha daripada pihak tertentu untuk memelihara komuniti ini yang semakin pupus. Secara perlahan-lahan, masyarakat Chitty semakin berkurangan dan budaya mereka semakin dilupakan. Menyedari hakikat ini, Nadarajan (2003) berusaha menghidupkan kebudayaan kaum Chitty semula dan memperkenalkan masyarakatnya pada mata dunia. Usahanya membuahkan hasil apabila Kampung Tujuh diisytiharkan sebagai Kampung Budaya Chitty pada tahun 2001. Usahanya tidak ternoktah begitu sahaja.

Nadarajan (2003) turut mengasaskan Pertubuhan Kesenian Chitty Negeri Melaka pada tahun 2000. Setiap kali pesta kebudayaan atau sambutan hari tertentu, pertubuhannya turut diundang untuk mengadakan persembahan.

Kebanyakan generasi muda masyarakat Chitty Melaka ini kurang mengenali adat istiadat mereka. Untuk memastikan bahawa budaya masyarakat Chitty ini terus terpelihara dan sebagai usaha murni masyarakat ini dikenali dunia, sebuah muzium Chitty Melaka dibina pada 2003 oleh Kerajaan Negeri Melaka di perkampungan Chitty, Gajah Berang, Melaka. Muzium tersebut dibuka setelah semua bahan yang bersangkutan dengan kaum Chitty dapat dikumpulkan dan dipamerkan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors SdnBhd.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam:

Karisma Publications.

Aisyah Abu Bakar, Mariana Mohamed Osman, Syahriah Bachok, & Mansor Ibrahim (2014). “An Analysis on Transmission of Ethnic Languages in Selected Communities in the World Heritage Site of Malacca, Malaysia”. Procedia Environmental Sciences, 20: 612-621.

Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziz Deraman. (2005). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bakar, A. A., Osman, M. M., Bachok, S., & Ibrahim, M. (2014). “Analysis on Community Involvement in Cultural Activities: Transmission of Ethnic Language.” Planning Malaysia, 12: 105-132.

Chew, P. G. L. (2011). “Multiculturalism: A Study of Plurality and Solidarity in Colonial Singapore”. BiblioAsia, 6(4): 14-18

Collins, J. T. (2005). Bahasa Melayu Bahasa Dunia Sejarah Singkat. (Terj. Evita Elmanar). Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

Edmund T. G. (2000). “Tracing the Ethnic Divide: Race, Rights and Redistribution in Malaysia.” In Joanna Pfaf-Czarnecka et al. (eds.), Ethnic Futures: The State and Identity Politics in Asia. (pp.168) London:

Sage Publications.

Hashim Hj. Musa, (2005). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat. Petaling Jaya: DJ Gemilang Sdn. Bhd

Lukman Z. Mohamad & Khaidzir Hj. Ismail (2003), “Melayu Hilang di Dunia? Persoalan Identiti Nasional dan Bangsa Malaysia dalam Era Globalisasi.” dlm Lukman Z. Mohamad & Azmi Abdul Manaf (eds.).

(2003). Globalisasi di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah. (2014). “Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara: Kajian Kes Cina Peranakan Kelantan di Malaysia.” Kajian Malaysia, 32(1): 119-148.

8 MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)

(15)

Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka

Mohd Shukri Mohd Ariff., Adnan Abd. Jamil., & Cliff Akid Kamijan Abdullah. (2003). “Kelompok Yang Semakin Pupus”. Dewan Budaya. 25(1): 16-20.

Nadarajan, R. (2003). Kaum Chetty Melaka. Kertas Kerja Seminar Sejarah dan Kebudayaan Melaka pada 27 Ogos 2003 di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Narayanasamy, K. (1967). Proses Assimilasi dan Pengebudayaan di Kalangan Masyarakat Chitty Melaka.

Latihan Ilmiah, Universiti Malaya

Narayanasamy, K. (1976). Keadaan Kaum Chetty Masa Kini. Kertas Kerja dalam Seminar Sejarah Melaka, pada 18 Mac 1976 di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Noriah Mohamed. (2009) “Malay Chetty Creole Language of Malacca: A Historical and Linguistic Perspective.”

Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 82 (1): 55-70.

Prabhawathy, S. G. (2007). “Masyarakat Chetti yang dilupakan”. Dewan Budaya, 29(3): 10-13

Samuel, S. D. (2006). Peranakan Indians Of Singapore and Melaka- Indians Babas and Nonyas- Chitty Melaka. Singapura: Utopia Press Pte Ltd

Tambiah, Y. (1984). Some Historical and Social Perspectives on the Colombo Chetties. Colombo: International Center for Ethnic Studies.

Uthaya Sankar SB. (2007). “Wajah Malaysia dalam Budaya Chetti”. Dewan Budaya, 29(3): 10-13

Yap, E. M. (1989). “Komuniti Ceti Melaka: Satu Pengenalan”. Jurnal Antropologi dan Sosiologi, 17: 55-72.

Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman. (2007). “Interaksi Budaya India & Cina Ke Atas Pengukuhan Bahasa Dalam Tamadun Melayu”. Jurnal Pengajian Umum 8: 115-139.

MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016) 9

(16)
(17)

MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

MAHAWANGSA

Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

Haliza Hamat* dan Normahdiah Seikh Said

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji skrip drama Megat Terawis dari sudut Hati Budi Melayu dengan menggunakan 26 komponen teras Hati Budi Melayu oleh Hashim Musa. Pengkaji menggunakan kaedah kajian analisis teks terhadap kesemua dialog watak-watak yang terdapat dalam skrip drama Megat Terawis. Walau bagaimanapun, melalui kajian ini hanya 6 daripada 26 komponen Hati Budi Melayu yang paling menonjol dalam dialog watak-watak dalam skrip ini dipilih. Manakala 20 komponen lagi tidak begitu menonjol mungkin kerana panjang manuskrip yang agak terhad serta pengarang hanya ingin memfokuskan kepada kisah Megat Terawis menyelamatkan Puteri Limau Purut sahaja. Manuskrip Megat Terawis merupakan sebuah manuskrip yang berbentuk skrip drama pentas yang ditulis oleh Teh Fatimah pada tahun 1950. Manuskrip ini mengisahkan tentang Megat Terawis yang berasal dari Pagar Ruyung telah berjaya membantu Sultan Perak membawa pulang anaknya iaitu Puteri Limau Purut yang telah dilarikan ke Acheh.

Kata kunci: Hati budi, Megat Terawis, Manuskrip Melayu

Malay Character Traits

ABSTRACT

The objective of this study is to analyze the Malay Character Traits (Hati Budi Melayu) by using 26 component by Hashim Musa. Researcher use textual analysis study method on all dialogues that occur in Megat Terawis manuscript. Through this study only 6 out of 26 component Malay Character Trait could be obtained in the characters’s dialogue in this script. Meanwhile another 20 component was not really shown may be because the manuscript length is limited and the author only want to concentrate on the story about how Megat Terawis saves Puteri Limau Purut. Megat Terawis manuscript is a stage show script written by Teh Fatimah in the year 1950. This manuscript is about

how Megat Terawis, which is from Pagar Ruyung

INFO MAKALAH Pewasitan Makalah:

Dihantar: - Diterima: -

E-mail:

[email protected] (Haliza Hamat), [email protected] (Normahdiah Seikh Said)

*Penulis penghubung

have successfully helped the Sultan of Perak to bring home his child named Puteri Limau Purut that had been abducted to Acheh.

Keywords: Malay Hati Budi, Megat Terawis, Malay manuscript

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

(18)

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

PENDAHULUAN

Secara umumnya, manuskrip Melayu lama boleh didefinisikan sebagai sebuah karya dalam tulisan Jawi dan bertulisan tangan yang dihasilkan di antara kurun ke-16 hingga kurun ke-20. Dalam setiap manuskrip yang dihasilkan ilmuwan terdahulu mengandungi pelbagai ilmu yang merangkumi pelbagai bidang seperti sejarah, undang-undang, kitab agama, perubatan dan sebagainya. Hal ini menjadikan setiap manuskrip yang dihasilkan pada zaman tersebut tidak ternilai harganya. Ilmu yang dihasilkan dalam manuskrip Melayu dapat mencerminkan kekayaan pemikiran tamadun Melayu pada zaman tersebut. Melalui manuskrip juga kita dapat melihat gambaran kehidupan masyarakat zaman tersebut yang penuh dengan adab dan pemikiran yang dirakamkan ke dalam hikayat, syair, gurindam dan sebagainya.

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan adab dan hati budi yang tinggi. Hal ini dapat dilihat melalui adat yang ditinggalkan oleh masyarakat yang terdahulu. Seperti yang terdapat dalam karya lisan masyarakat terdahulu contohnya, peribahasa dan puisi didapati bahawa sikap hidup bermasyarakat dan hormat menghormati di antara satu sama lain. Penyataan ini selaras dengan pendapat Nor Aina Dani (2011) yang menyatakan bahawa orang Melayu akan menjelmakan budi bahasa mereka melalui perbuatan, perkataan, sifat bersopan santun serta kebijaksanaan pemikirannya. Keadaan ini telah lama wujud dan diamalkan dalam masyarakat Melayu yang dapat dilihat melalui manuskrip-manuskrip lama seperti hikayat yang dihasilkan oleh masyarakat terdahulu dan terus diamalkan sehingga ke hari ini.

Dalam artikel ini, manuskrip Megat Terawis (MT) dipilih untuk melihat sejauh mana pengarang menerapkan unsur Hati Budi Melayu ke dalam skrip drama pentas.

MT merupakan sebuah skrip drama pentas yang dikarang oleh Teh Fatimah pada tahun 1950. Ia mengisahkan tentang seorang pahlawan bernama Megat Terawis yang berjaya menyelamatkan anakanda Sultan Perak yang dilarikan ke Acheh dan akhirnya dilantik sebagai Bendahara Perak. Objektif kajian ini ialah untuk mengukur sejauh mana pengarang menerapkan Hati Budi Melayu dalam setiap watak yang terdapat dalam MT dengan menggunakan 26 komponen Hati Budi Melayu oleh Hashim Musa.

Menurut Sidek Baba (2009), seseorang yang tinggi hati budinya akan menggunakan bahasa yang santun, jelas dan beradab. Manakala seseorang yang mempunyai akal budi tinggi dan bermakna pula akan menggunakan kiasan, pantun, peribahasa dan lain-lain dalam tutur kata agar memberi kesan yang mendalam kepada orang lain. Walau bagaimanapun, menurut Hashim Hj Musa (2012) sifat ini boleh terhakis disebabkan oleh sifat dalaman yang buruk, dan juga oleh pengaruh luaran yang asing, seperti yang pernah terjadi dalam sejarah yang telah menyebabkan kejauhan kerajaan Melaka.

SOROTAN KAJIAN

Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan agama Islam sejak dahulu lagi. Agama Islam telah memberi pengaruh besar dalam kehidupan orang Melayu sama ada dalam bentuk lisan atau tingkah laku. Noriati A. Rashid (2005) dalam kajiannya menyatakan bahawa masyarakat Melayu sememangnya tinggi dengan tradisi hidup bermasyarakat. Hal ini dapat dilihat melalui pengucapan dalam bahan-bahan tradisi lisan dan rakyat seperti peribahasa,

12 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

(19)

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

puisi, dan naratifnya. Apabila budi digabungkan dengan bahasa pula lahirlah tutur kata yang baik serta sopan yang mampu melahirkan sifat hormat terhadap orang lain. Apabila ditambah pula dengan peraturan Islam menjadikan strategi berbahasa yang berhubung rapat antara Melayu dengan Allah.

Perkaitan antara agama Islam dengan masyarakat Melayu turut diperkatakan oleh Hashim Musa (2008) iaitu konsep kesantunan dan agama Islam merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam masyarakat Melayu. Menurut beliau, sopan santun boleh didefinisikan sebagai halus budi bahasa dalam berkomunikasi untuk mengelakkan konflik antara penutur dengan pendengar di samping menjaga air mukanya. Tambahan pula, kesantunan bukan setakat etika dan moral sahaja tetapi sebahagian daripada akhlak seseorang. Menurut Noor Aina Dani (2011) melalui analisis kandungan terhadap buku Malay Courtesy turut menyatakan bahawa budi bahasa dan nilai murni orang Melayu adalah berasaskan agama Islam dan warisan kebudayaan mereka dan beliau mendapati bahawa orang Melayu menjelmakan sihat budi bahasa melalui tatatertib, perbuatan kebajikan, sopan santun, pertuturan dan kebijaksanaan.

Hashim Musa et al. (2012) pula menyatakan bahawa dalam masyarakat Melayu Islam, orang yang ‘budiman’ dianggap mempunyai nilai etika, moral dan akhlak yang tinggi serta dipandang mulia oleh masyarakat. Tiga sifat utama yang dimiliki oleh orang ‘budiman’

ialah pertama, mempunyai budi pekerti dan adab sopan yang mulia kedua, budi bahasa dan budi bicara yang bernas dan yang ketiga, hati budi yang tinggi, akal fikiran dan hati kalbu yang sarat dengan ilmu, kebijaksanaan, dan kebaikan. Norazlina Kiram dan Raja Masittah (2012) pula menyatakan bahawa kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu dapat dilihat melalui bahasa lisan, tingkah laku dan sikap penutur. Sememangnya masyarakat Melayu terkenal dengan sikap lemah lembut dalam banyak perkara. Namun, sikap ini jarang ditunjukkan dalam hal-hal yang melibatkan harga diri, status dan maruah. Ini kerana mereka sanggup bertindak langsung jika maruah diri dan keluarga diaibkan.

METODOLOGI

Kaedah utama dalam kajian ini ialah kaedah analisis kandungan (Content Analysis Method).

Bahan untuk kajian ini ialah skrip drama Megat Terawis yang merupakan hasil karangan Teh Fatimah. Ia telah dikarang oleh Teh Fatimah sendiri pada tahun 1950, berbentuk skrip drama pentas yang telah berjaya dilakonkan pada tahun yang sama. Skrip ini telah diperolehi daripada bahagian manuskrip Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Menurut Teh Fatimah (1950:1), tujuan utama penulisan manuskrip ini ialah untuk memulihkan semula adat resam dan bahasa Perak jati.

Terdapat pelbagai versi yang menceritakan tentang Megat Terawis, namun dalam manuskrip ini diceritakan bahawa Megat Terawis berasal dari Pagar Ruyung dan menetap di Perak. Disebabkan jasanya kepada Sultan Perak, beliau telah dilantik sebagai bendahara oleh Sultan Perak dan seterusnya menjadi orang pertama yang bergelar Bendahara Perak.

Terdapat juga sebuah filem bertajuk Megat Terawis yang telah dilakonkan oleh Hashimah Yon, Ahmad Mahmud, Jins Samsuddin, Normadiah dan lain-lain. Walau bagaimanapun, filem ini adalah berbeza dengan skrip drama pentas karangan Teh Fatimah ini.

MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016) 13

(20)

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

Untuk mendapatkan data, kesemua dialog yang terdapat dalam manuskrip MT akan dianalisis dan dikenalpasti berdasarkan 26 komponen Hati Budi Melayu oleh Hashim Haji Musa. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya akan menekankan kepada 6 komponen yang paling menonjol sahaja. Menurut Hashim Musa (2008), kerangka Hati Budi Melayu yang menjadi asas kekuatan Melayu itu mengandungi tiga komponen utama, iaitu:

1. Komponen epistemologi atau ilmu pengetahuan yang boleh diistilahkan secara mudah sebagai faham ilmu.

2. Komponen pandangan alam semesta worldview atau faham alam.

3. Komponen nilai dan akhlak atau faham nilai.

(Hashim Musa, 2008:18)

Ketiga-tiga komponen tersebut seterusnya dianalisis dan menghasilkan 26 komponen teras Hati Budi Melayu yang melibatkan perbuatan, pertuturan dan sikap yang seterusnya melahirkan masyarakat Melayu yang dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.

26 komponen tersebut ialah:

1. Hidup berteraskan agama islam

2. Pendidikan demi membentuk manusia yang berilmu, beradab, berbudi, bertakwal dan beramal.

3. Nilai kerja yang mengutamakan kesungguhan, kecekapan, kerajinan dan kerukunan bagi manfaat dunia dan akhirat sehingga ke anak cucu.

4. Taat dan berkhidmat kepada ibu bapa serta memuliakan mereka 5. Setia kepada ketua yang adil, terpuji dan benar.

6. Halus budi bahasa dan budi pekerti.

7. Sentiasa bermuafakat, bertegang rasa, tolong menolong dan mengutamakan kebajikan umum dan hidup bermasyarakat.

8. Hormat dan khidmat dalam pergaulan dan dengan tetamu.

9. Sederhana bukan ekstrimis dalam tutur kata dan tingkah laku, hemat dan cermat, tidak kasar, keras, militan dan ganas.

10. Sangat prihatin tentang harga diri dan maruah yang terjelma istilah

“menjaga air muka” dan “rasa malu yang mendalam”.

11. Tahu tempat dan letak sesuatu dan diri setiap orang dan bertindak sewajarnya.

12. Membela dan mempertahankan kebenaran dan keadilan.

13. Menanam budi dan membalas budi.

14. Sifat pemaaf dan pemurah 15. Sifat kasih sayang

16. Hidup sederhana.

14 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

(21)

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

17. Ikhlas dan rela berkorban.

18. Sikap berdikari

19. Menghormati hak dan milik.

20. Kejujuran dan keikhlasan.

21. Berbaik sangka sesama makhluk

22. Sifat keterbukaan, tidak menyimpan rasa dan curang.

23. Sifat amanah

24. Memanfaatkan waktu, tidak membuang masa.

25. Memandang masa depan.

26. Mensyukuri nikmat Allah.

(Hashim Musa, 2008:7-12)

HATI BUDI MELAYU DALAM SKRIP DRAMA MEGAT TERAWIS Hidup berteraskan agama Islam

Selepas kedatangan islam ke Alam Melayu, kehidupan masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh agama Islam. Segala adat resam telah di ubah suai agar bersesuaian dengan tuntutan Islam. Dalam kajian ini juga turut memperlihatkan kehidupan masyarakat yang dipengaruhi oleh agama Islam. Walaupun berlakunya pertembungan budaya dan penyerapan beberapa unsur asing dalam sistem sosialnya, namun selagi budaya tidak bercanggah dengan agama Islam maka budaya itu diterima dan dijadikan sebagai sebahagian daripada budayanya sendiri (Mohd. Aris dan Ahmad, 2012:2). Perkaitan yang rapat antara agama Islam dengan masyarakat Melayu menyebabkan Siti Sarah et. al (2012:31) mentafsirkan bahawa seseorang Melayu itu boleh dipanggil Melayu jika mereka beragama Islam.

Contoh kebergantungan watak-watak dalam MT terhadap Allah S.W.T dan agama Islam dapat dilihat berdasarkan petikan di bawah:

Sultan Perak: Hai dayang! Dah jauh malam agaknya dayang. Lemah rasanya anggota beta mengenangkan hal Tuan Puteri Limau Purut beta yang telah dilarikan oleh Raja Acheh itu. Raja Acheh raja yang tidak menimbang rasa. Tiap-tiap suatu ada balasannya;

Ya Allah tuhan Rabbani,Apakah kazha jadi begini, Sekianlah balasan hamba-Mu ini,

Lemah rasanya jasad insani.

Sungguh beta raja bertakhta, Puteriku ghaib hilang dimata Malu menimpa hina dan lita Kepada Allah kuserahkan nyata.

MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016) 15

(22)

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

Ketua dayang (menyembah): Ampun tuanku; hari dah lampau tengah malam, tuanku. Silalah tuanku beradu; Tak usahlah dikenangkan hal paduka anakanda itu; serahkan sahajalah kepada Allah Taala. Mudah-mudahan dengan pertolongan tuhan, berkat daulat yang maha mulia, yang pipih datang melayang, yang bulat datang mengguling, tuanku.

(MT:13-14)

Dalam petikan ini dapat dilihat bahawa kedua-dua watak menunjukkan wujudnya kebergantungan kepada agama Islam. Dialog Sultan Perak di atas dapat dilihat bahawa penggunaan ayat “kepada Allah ku serahkan nyata”. Melalui ayat ini menunjukkan bahawa tiada apa yang mampu Sultan Perak lakukan tentang puteri baginda yang telah dibawa lari ke negeri Acheh kecuali berserah kepada Allah kerana Allah yang Maha berkuasa.

Seterusnya, dalam dialog yang dituturkan oleh Ketua Dayang juga turut mengandungi ayat yang berteraskan agama Islam iaitu “serahkan sahajalah kepada Allah Taala”. Melalui dialog ini turut menunjukkan bahawa Ketua Dayang sedang memujuk Sultan Perak supaya beradu dan menyerahkan hal anakanda baginda kepada Allah.

Setia kepada ketua yang adil, terpuji dan benar

Sejak zaman dahulu lagi masyarakat Melayu terkenal dengan sikap taat kepada raja, pemerintah atau ketua. Ekoran daripada itu, maka wujudlah konsep daulat dan derhaka.

Konsep ini seterusnya dipegang oleh masyarakat Melayu sehingga hari ini yang membuktikan bahawa masyarakat Melayu menghormati pemimpin dan taat setia kepada pemimpin menjadi sebahagian daripada adat dan budayanya.

Dalam skrip MT turut memperlihatkan tentang budaya masyarakat Melayu yang setia kepada ketua yang adil dan terpuji. Contohnya dalam petikan dibawah:

Megat Terawis (menyembah):

Ampun tuanku raja berdaulat, Patik umpama seekor lalat, Titah dijunjung tiadalah ralat, Acheh dilanggar tiada beralat.

Ampun tuanku mahkota negara, Ke negeri Acheh patik mengembara, Puteri anakanda dibawa segera, Patik kembali digelar bendahara.

Ampun tuanku raja maulana, Patik pohonkan keris sempana, Tiga orang kawan yang bijaksana, Orang pandai bertutur karna.

(MT: 27)

16 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

(23)

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

Konsep daulat dan derhaka ini dipercayai bermula apabila berlakunya perjanjian dan bersumpah taat setia antara Demang Lebar Daun dengan Sri Tri Buana. Dalam perjanjian ini, Sri Tri Buana sebagai raja meminta supaya keturunan Demang Lebar Daun sebagai hamba untuk tidak derhaka kepada keturunannya sebagai pemerintah. Jikalau tidak, keturunan Demang Lebar Daun akan ditimpa bala.

“Titah baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.”

Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya.”

(Sulalatus Salatin:24)

Berdasarkan konsep inilah masyarakat Melayu zaman dahulu sangat taat kepada pemerintah. Setiap arahan yang dikeluarkan oleh raja jarang sekali diingkar. Manakala sesiapa yang mengingkar arahan raja pula akan dianggap penderhaka dan akan dijatuhi hukuman. Hal ini juga merupakan faktor yang menyebabkan Megat Terawis patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh Sultan Perak.

Hubungan antara pemerintah dan rakyat dalam masyarakat Melayu lama turut dihuraikan oleh Nurulhayati Zulfadinamis dan Che Ibrahim Salleh (2012:310) iaitu bentuk organisasi sosialnya dibahagikan kepada golongan kelas atasan, iaitu pemerintah yang terdiri daripada raja atau sultan, pembesar daerah, serta penghulu manakala di satu pihak ialah golongan kelas rakyat biasa dan hamba yang diperintah oleh satu pihak yang lain.

Hubungan antara kedua-dua golongan ini ialah hubungan timbal balik.

Dalam petikan dialog MT di atas menunjukkan bahawa Megat Terawis sedia mengikut arahan Sultan Perak supaya ke Acheh untuk membawa pulang anakandanya iaitu Puteri Limau Purut kembali ke negeri Perak. Walaupun Megat Terawis baru pertama kali berjumpa dengan Sultan Perak, namun beliau tetap menjunjung titah yang disampaikan oleh Sultan Perak memandangkan beliau merupakan daripada golongan bawahan. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sangat setia dengan ketua terutama sekali raja. Setiap arahan yang dikeluarkan oleh raja tidak boleh dibantah sesuka hati.

Halus budi bahasa dan budi pekerti

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan mempunyai sikap halus budi bahasa yang menjadi tuntutan dalam agama Islam. Hal ini seperti yang pendapat yang dikemukakan oleh Zainal Kling (1980) dalam Noriati A. Rashid (2005:234), dalam masyarakat Melayu, ciri-ciri Islam menjadi asas kelakuan dan tindakan, bentuk dan hubungan, inti sari nilai, sikap, dan pandangan. Pendapat ini selari dengan penyataan yang dikemukakan oleh Noor Aina Dani (2011:132) iaitu budi bahasa dan nilai orang Melayu adalah berasaskan agama Islam dan warisan kebudayaan mereka.

Norazlina Mohd. Kiram et al. (2010:215) pula menyatakan bahawa orang yang berbudi bahasa, berbudi mulia dan bersopan dalam berbahasa diberi nilai yang sangat tinggi.

Seterusnya, MT turut memperlihatkan komponen halus budi bahasa dan budi pekerti. Hal

MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016) 17

(24)

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

ini kerana kesantunan budi bahasa telah menjadi darah daging masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi dan menjadi lambang jati diri bangsa Melayu.

Megat Terawis: Bahpulu, teman nak pergi la dah, kalu nasib teman baik, dibelalah dikeraje, mikeme tu takkan teman lupekan.

Orang darat: Baiklah Tok Megat, itulah yang nak kita cari pun, dikasih raja, kurang tapak tangan nyiru ditadahkan; kalu ada sesak sempit sima, datanglah sima mengadukan hal kepada Tok Megat.

(MT:21-22)

Dalam petikan diatas menunjukkan dialog di antara Megat Terawis dengan orang darat sewaktu Megat Terawis bersedia untuk mengikut menteri ke istana. Melalui dialog ini Megat Terawis telah berpesan kepada orang darat bahawa beliau telah bersedia untuk pergi mengadap raja dan jika bernasib baik, beliau akan dijaga oleh Sultan Perak. Seterusnya, orang darat turut membalas dengan menggunakan bahasa yang halus untuk menyatakan kepada Megat Terawis bahawa suatu hari nanti dia mungkin akan datang meminta tolong Megat Terawis jika dia ditimpa kesusahan.

Sangat prihatin tentang harga diri dan maruah yang terjelma istilah “menjaga air muka” dan “rasa malu yang mendalam”

Secara mudahnya istilah menjaga air muka boleh didefinisikan sebagai menjaga maruah dan perasaan orang lain. Dalam budaya masyarakat Melayu, maruah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan menyebabkan mereka lebih mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan. Sikap bertimbang rasa menjadikan masyarakat Melayu tidak mementingkan perasaan diri sendiri semata-mata. Walau bagaimanapun, dalam mementingkan perasaan orang lain, orang Melayu masih lagi mementingkan maruah diri sendiri dan keluarga.

Norazlina Hj Mohd. Kiram dan Raja Masittah Raja Ariffin (2012:294) menjelaskan bahawa dalam tingkah laku, antara perkara yang amat dititikberatkan ialah penjagaan dan pengurusan air muka yang dihubungkaitkan dengan konsep malu. Kesan negatif akan menjejaskan nama baik, bukan sahaja kepada individu tersebut tetapi juga keluarga dan sanak saudara. Manakala Noriati A. Rashid (2005:238) pula menghuraikan bahawa malu juga boleh berpunca daripada penggunaan bahasa kerana sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah sama sekali menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.

Perkataan yang keluar dari bibirnya hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun sewaktu menyatakan sesuatu yang benar.

Ketidakprihatinan dalam menjaga air muka orang lain dalam masyarakat Melayu boleh menjadi suatu aib dan isu yang besar. Seperti juga dalam MT, pengarang juga turut menonjolkan aspek penekanan terhadap malu dan aib.

18 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

(25)

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

Sultan Perak: Megat Terawis saudara beta, Dengarkan madah segala berita.

Megat Terawis gagah terbilang, Sifatmu lengkap jadi hulubalang, Ambilkan puteri dibawa pulang. Menggelarkan bendahara tidak ku walang.

Ambil puteri seri mahkota,

Di negeri Acheh tempat yang nyata, Puteri Limau Purut anakanda beta, Balaskan malu aib dan lata.

(MT:26)

Pentingnya malu dan aib dalam MT dapat dilihat seperti dalam contoh petikan diatas.

Petikan dialog Sultan Perak diatas menunjukkan bahawa Sultan Perak sangat mementingkan maruahnya. Hal ini dapat dibuktikan melalui ayat yang dituturkannya, “Ambil puteri seri mahkota, Di negeri Acheh tempat yang nyata, Puteri Limau Purut anakanda beta, Balaskan malu aib dan lata”. Melalui ayat ini, Sultan Perak telah menitahkan Megat Terawis supaya pergi ke Acheh untuk membawa pulang Puteri Limau Purut serta membalas malu yang diterima oleh baginda.

Peristiwa negeri Perak yang telah diserang oleh Acheh dan Puteri Limau Purut dibawa lari menyebabkan Sultan Perak menanggung malu dan aib kerana seolah-olah baginda lemah dan tidak mampu melindungi anakandanya serta negeri Perak. Ekoran daripada itulah baginda menitahkan agar Megat Terawis membalas aib yang telah menimpa dirinya bukan sahaja membawa pulang Puteri Limau Purut.

Menanam budi dan membalas budi

Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan budi dan amalan membalas budi amat penting kerana ia dapat mewujudkan semangat kerjasama dalam masyarakat. Dalam MT juga tidak terkecuali dengan memasukkan unsur membalas budi seperti dalam contoh petikan di bawah:

Sultan Perak: Benar kata Bendahara Garang, Sembana itu akalnya kurang.

Ayahanda anakanda sama terhutang, Kepada bendahara baharu datang, Semujurlah tiada aral melintang, Dengan ayahanda dapat bertentang

...

MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016) 19

(26)

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

Puteri Limau Purut:

Terima kasih memanda Bendahara, Tidak terbalas budi bicara,

Melepaskan beta daripada mara, Balik ke Perak berjumpa saudara.

(MT:72-73)

Dalam petikan di atas dapat dilihat dialog diantara Sultan Perak dan anakandanya iaitu Puteri Limau Purut setelah selamat pulang ke negeri Perak. Melalui dialog ni Sultan Perak menyatakan bahawa mereka terhutang budi dengan Megat Terawis yang telah berjaya membawa Puteri Limau Purut pulang ke Perak dengan selamat. Hal ini boleh dilihat pada ayat yang dituturkan oleh Sultan Perak, “Ayahanda anakanda sama terhutang, Kepada bendahara baharu datang...”. Perkataan “terhutang” yang dimaksudkan oleh Sultan Perak dalam petikan di atas merujuk kepada terhutang budi pada Megat Terawis.

Walaupun kedudukan Sultan Perak dan Puteri Limau Purut lebih tinggi berbanding Megat Terawis namun ia tidak menghalang mereka dari merasa terhutang budi pada Megat Terawis. Seterusnya, Puteri Limau Purut pula dilihat turut terasa terhutang budi pada Megat Terawis. Ia dapat dilihat melalui ayat yang dituturkan oleh Puteri Limau Purut, “Terima kasih memanda Bendahara, tidak terbalas budi bicara, melepaskan beta daripada mara, balik ke Perak berjumpa saudara”.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kebudayaan sesebuah masyarakat boleh dilihat melalui cara hidup mereka iaitu dari segi sosial, politik, ekonomi dan agama. Melalui kajian ini dapat dilihat bahawa 6 daripada 26 komponen Hati Budi Melayu boleh didapati dalam manuskrip MT. Keadaan ini dapat menggambarkan masyarakat Melayu pada zaman tersebut masih tinggi dengan jati diri mereka sebagai seorang yang berbangsa Melayu. Manakala baki 20 lagi komponen tidak begitu menonjol penggunaannya oleh pengarang manuskrip ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Yang pertama mungkin disebabkan panjang manuskrip ini yang agak terhad kerana manuskrip ini merupakan skrip drama pentas yang lakonannya dalam tempoh waktu yang agak terhad menyebabkan hanya lakonan tertentu sahaja boleh diceritakan. Manakala faktor kedua pula mungkin disebabkan pengarang perlu menfokuskan kepada kisah Megat Terawis yang menyelamatkan Puteri Limau Purut dan bagaimana beliau dilantik menjadi bendahara sahaja menyebabkan pengarang tidak menceritakan sosiobudaya masyarakat Melayu secara terperinci.

Melalui kajian ini juga dapat dilihat agama Islam memainkan pengaruh yang dominan dalam kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu. Masyarakat Melayu sememangnya dipenuhi dengan adat dan pantang larang yang tersendiri. Namun, setelah Islam mula bertapak di Alam Melayu, adat-adat tersebut telah diubahsuai agar tidak bertentangan dengan agama Islam. Manakala adat yang tidak bertentangan pula terus diamalkan oleh mereka. Orang Melayu juga terkenal dengan sikap autoritarian iaitu sikap golongan bawahan taat dan hormat golongan atasan contohnya anak hormat dan taat kepada ibubapa

20 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

(27)

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

dan rakyat taat kepada pemerintah. Seperti dalam kajian ini dapat dilihat Puteri Limau Purut taat kepada ayahandanya iaitu Sultan Perak dan Megat Terawis taat kepada raja iaitu Sultan Perak.

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa karya sesuatu bangsa dapat menggambarkan kehidupan dan hati budi bangsa tersebut. Oleh itu, diharapkan kajian seperti ini dapat dilakukan terhadap karya bertulis ataupun berbentuk lakonan yang dihasilkan oleh masyarakat hari ini. Hal ini bertujuan untuk mengukur sejauhmana penggunaan hati budi Melayu memandangkan orang Melayu telah terdedah dengan dunia luar seperti pengaruh barat. Melalui cara ini juga diharapkan karyawan hari ini dapat menerapkan 26 teras hati Budi Melayu ini ke dalam setiap karya mereka agar dapat mengembalikan jati diri Melayu seterusnya dapat dihayati oleh individu dan masyarakat seperti orang Melayu dahulu.

BIBLIOGRAFI

Hashim Hj Musa, Normahdiah Sheik Said, Rozita Che Rodi dan Siti Sarah Ab Karim (2012). Hati Budi Melayu: Kajian Keperibadian Sosial Melayu ke Arah Penjanaan Melayu Gemilang. Gema Online Jurnal of Language Studies Volume 12(1). 163-182.

Hashim Hj. Musa. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hashim Hj. Musa. (2010). Pemerkasaan dan Integrasi Masyarakat Malaysia melalui Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa Psikolingusitik II: Bahasa Pemikiran dan Integrasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia. hlm. 268-278.

Noor Aini Dani. (2011). Aplikasi kaedah analisis Kandungan: Gambaran Budi Bahasa dan Nilai Murni Orang Melayu dalam Buku Malay Courtesy. Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation.

29(1), 121-136.

Norazlina Mohd Kiram & Raja Masittah Raja Ariffin. (2012). Kesantunan Berbahasa Orang Melayu menerusi Gaya Pengurusan Air Muka dalam Saga: Aplikasi Teori Ting- Toomey, Jurnal Bahasa: 12 (2), 284-300.

Norazlina Mohd. Kiram, Hasnah Mohamad dan Hajah Nor Azuwan Yaakob (2010). Adat Melayu Pengungkap Jati Diri Melayu. Melayu dalam Cabaran. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 210-221.

Noriati A. Rashid. (2005). Nilai Kesantunan dalam Konteks Sosiobudaya Masyarakat Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. Jilid 15, 232-253.

Nurulhayati Zulfadinamis & Che Ibrahim Salleh. (2010). Pemikiran Melayu dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Manifestasi Bahasa dalam Budaya. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 304-330.

Sidek Baba. (2009). Melayu Perkasa. Selangor. Alaf 21 Sdn. Bhd.

Siti Sarah Ab Karim, Normahdiah Sheik Said, Hashim Musa dan Rozita Che Rodi (2010). Hati Budi Melayu Penting untuk Kesinambungan Bangsa dan Budaya. Manifestasi Bahasa dalam Budaya. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 28-45.

Sulalatus Salatin (1979). Peny. A.Samad Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016) 21

(28)

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

LAMPIRAN

22 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

(29)

Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis

MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016) 23

(30)

Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said

24 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)

Referensi

Dokumen terkait

Sedangkan dukungan dalam materi ini adalah antusiasme siswa serta persepsi siswa tentang seni budaya yang merupakan mata pelajaran yang tidak banyak menuntut berfikir.. Kata

komunikasi matematis pada kelas yang menggunakan. model pembelajaran AIR dengan

Pada Tugas Akhir ini diimplementasikan dalam bentuk aplikasi untuk mengukur keterkaitan antara sepasang kata dengan metode berbasis vektor, dengan fitur yang

Bahkan, analisis rasio keuangan merupakan alat utama dalam menganalisis keuangan, karena analisis ini dapat digunakan untuk menjawab berbagai pertanyaan tentang

Sebuah mesin pencari mempunyai ruang untuk mengetikkan kalimat atau istilah sebagai kata kunci pencarian, kemudian mesin pencari akan menunjukkan indeks dokumen yang relevan

Dapat disimpulkan bahwa desentralisasi dan sistem akuntansi manajemen baik digunakan dalam pengambilan keputusan untuk meningkatkan kinerja pada perusahaan.. Kata

Pengabdian ini dilakukan melalui penyuluhan kepada pedagang makanan, dengan memberikan pengetahuan bahaya dalam menggunakan wadah dengan kandungan bahan kimia.. Kata kunci:

Pendekatan penelitian ini dipilih karena peneliti ingin menganalisis secara mendalam tentang konstruksi pesan dakwah yang dilakukan oleh Ustadz Hanan Attaki pada