Selawat ahli Mubahalah dan ahli Kisa’ (r.anhum) 1. Ahli Mubahalah
Firman Allah dalam Surah Al-Imran : 61 yang bermaksud;
“Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.”
Peristiwa Mubahalah ini berlaku antara Rasulullah s.a.w dan ahlil bait baginda menentang kaum Nasrani Najran . Rasulullah SAW datang di waktu pagi pada 24 Zulhijjah, 10 Hijriyyah. Baginda SAW mengendong al-Hussein r.a di dadanya dan menuntun al-Hasan r.a dengan tangannya sementara Fatimah r.anha dan
Saidina Ali kar. berjalan di belakangnya. Rasulullah s.a.w berkata kepada mereka: "Ketika kalian mendengar aku melaknat, maka katakanlah: 'Amin' ".
Ketika melihat Rasulullah SAW dan orang-orang yang bersamanya berada dalam keadaan seperti itu, pemimpin Najran berkata: "Ketahuilah, wahai kaum Nasrani, sesungguhnya wajah-wajah yang ku lihat, seandainya mereka bersumpah atas nama Allah agar melenyapkan gunung, nescaya Allah akan melenyapkannya. Oleh kerana itu, berhati-hatilah kalian dengan 'Mubahalah' melawan mereka. Sesungguhnya kalian pasti akan binasa dan takkan ada lagi kaum Nasrani yang akan tersisa setelah itu di atas muka bumi ini." Lantas mereka berkata kepada Rasulullah SAW: "Kami rasa, kami tidak perlu bermubahalah dengan anda. Anda tetap dengan agama anda dan kami tetap dengan agama kami." Rasulullah SAW lalu bersabda: "Sekarang kalian telah menarik diri dari bermubahalah. Maka menyerahlah kalian (masuklah Islam) untuk bersama-sama kaum Muslimin dalam keadaan bahagia dan susah." Namun mereka semua tetap menolak.
2.Ahli al- Kisa’
Kemasyhuran hadith al- Kisa’ ini telah diketahui umum dan tiada seorang pun yang boleh menafikan kesahihannya . Ayat al-Qur'an Surah 33:33 bermaksud:
"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan kalian daripada kekotoran (rijsa) ,wahai Ahlul Bayt dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya."
Ayat di atas di wahyukan untuk menunjukkan kemuliaan dan kesucian Ahlul Bayt r.a. Ayat al-Qur'an ini dikenali sebagai ayat al-Tathir dan menjadi asas kepada hadith al-Kisa’ yang menceritakan tentang Ahlul Bayt r.a.
"Ya Allah mereka inilah Ahlul Baytku. Peliharalah mereka dari sebarang keburukan dan sucikanlah mereka dengan sesuci-sucinya."
Ummu Salamah r.a, isteri Rasulullah s.a.w yang berada di dalam rumah pada masa itu menyaksikan sendiri kejadian yang sungguh menakjubkan itu dan dengan perasaan rendah hati memohon kepada Rasulullah s.a.w:"Ya Rasulullah s.a.w! Bolehkah aku turut bersama-sama mereka?" Rasulullah s.a.w
menjawab:"Tidak, tetaplah kamu di tempat kamu berada!"
Rasulullah s.a.w bersabda:"Perumpamaan Ahlul Baytku adalah seperti bahtera Nabi Nuh a.s. Barang siapa yang menaikinya akan selamat dan barang siapa yang menyisihkan diri dari mereka akan tenggelam."
Ahlul Bayt r.a menikmati kedudukan yang tinggi dan mulia dengan perintah Allah s.w.t, yang dapat dilihat menerusi ayat al-Qur'an, yang bermaksud:
"Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekerabatan"(surah 42:23)
Maksud ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w
diperintahkan oleh Allah SWT untuk meminta orang-orang yang beriman supaya mencintai keturunannya iaitu Ahlul Bayt r.a. Inilah balasan (upah) yang diminta oleh Rasulullah s.a.w daripada pengikut-pengikut baginda s.a.w di atas seruan yang disampaikan kepada mereka di sepanjang hayatnya.
Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud:
"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang paling berharga (al-Thaqalain), Kitab Allah dan Itrahku. Kamu tidak akan sesat selepasku sekiranya kalian
mentaati kedua-duanya, dan kedua-duanya tidak akan terpisah sehingga mereka menemuiku di telaga al-Haud “.
Semoga bermanafaat insyaAllah.