• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGASIMILASIAN BAHASA INGGERIS KE DALAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGASIMILASIAN BAHASA INGGERIS KE DALAM"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

TOPIK : PENGASIMILASIAN BAHASA INGGERIS KE DALAM SISTEM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL : SATU TANGGAPAN UMUM

Oleh: Ishak Johari GT020053

1.0 PENGENALAN

Kemantapan sesebuah sistem pendidikan umumnya bergantung kepada pembentukan sesuatu kurikulum. Sebagai sebuah negara yang menuju ke pasca kemodenan, Malaysia memerlukan kurikulum yang kemas dan sesuai bagi

mengwujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan aspirasi dan kehendak negara. Sistem pendidikan teknik dan vokasional khususnya, yang diasaskan pada ‘compentency-ba se education’ memikul tanggungjawab yang mencabar dalam memastikan kurikulum yang terbentuk memenuhi keperluan ini.

Definasi pengasimilasi adalah proses pensaduran atau proses penggunapakai sesuatu objek (termasuk bahasa, budaya dan sebagainya) dalam masyarakat setempat (Kamus DBP, Edisi Ke2). Oleh yang demikian, pengamilisasian bahasa inggeris dalam pembentukan pendidikan teknik dan vokasional ialah supaya maklumat yang diperolehi lebih tepat dan padat sejajar dengan matlamat pendidikan teknik dan vokasional itu sendiri. Pembentukan kurikulum dalam konteks pendidikan teknik dan vokasional perlu sentiasa sejajar dengan kehendak dan keperluan pasaran pekerjaan. Kegagalan kurikulum untuk mematuhi keperluan dan kehendak pasaran akan menyebabkan kursus yang

(2)

2.0 TEORI

David Nunan (1987) dalam Kristen Gatehouse (1999)juga mempunyai pendapat yang sama di mana beliau menyatakan bahawa:

“It seems fairly obvious that if teachers are to be the ones responsible for

developing the curriculum, they need time to analyse, the skills and the support to do so.”

Kegiatan ekonomi mempunyai komponen-komponen yang saling berkait seperti majikan, pekerja, pasaran pekerjaan, barangan dan sebagainya. Kegagalan salah satu komponen akan memberi kesan terhadap komponen yang lain. Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, teknologi, keilmuan, pendidikan mahupun politik memperlihatkan kepada hambatan keperluan penguasaan bahasa Inggeris sepenuhnya di kalangan rakyat khususnya yang bakal menjawat pekerjaan. Isu kemahiran berbahasa Inggeris telah mencetus reaksi pelbagai pihak. Amnya ramai yang terkeliru tentang masalah sebenar kelemahan pelajar dalam bahasa Inggeris sama ada kelemahan penguasaan yang

dipengaruhi oleh pelbagai faktor atau kesilapan aliran yang mendatari pendidikan pelajar. Pelbagai persoalan telah ditimbulkan oleh masyarakat seperti:

1. Adakah pengwujudan semula sekolah aliran Inggeris yang sudah lama dimansuhkan mampu menyelesaikan masalah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar?

2. Apakah dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam pendidikan akan berjaya membina bangsa yang maju dan berdaya saing? 3. Bagaimanakah pula dengan masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan?

4. Adakah kegagalan pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris ini menjadi faktor mengapa graduan semakin ramai tidak mendapat pekerjaan.?

(3)

6. Adakah penggunaan bahasa Inggeris yang di dalam kurikulum dapat membantu pelajar mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik?

3.0 KEPENTINGAN PENGASIMILASIAN BAHASA INGGERIS

Jelasnya kehangatan isu ini telah benar-benar menimbulkan satu polemik baru dalam masyarakat. Pengwujudan permasalahan ini telah mendorong pelbagai pihak mencari jalan penyelesaian. Ramai yang tampil memberi pandangan secara emosi tanpa membuat kajian yang lebih terperinci dan fahaman yang jelas terhadap isu ini serta kesan jangka panjangnya yang perlu didatari. Walau apa pun pendapat yang diberi, bahasa Inggeris tetap perlu dikuasai oleh pelajar tanpa mengira pendekatan yang diambil.

Justeru itu dalam mengembalikan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, pengasimilasian bahasa Inggeris di di dalam sistem pendidikan perlu dilakukan. Langkah Kementerian Pendidikan melaksanakan pengajaran mata pelajaran matematik dan sains di dalam bahasa Inggeris terhadap tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah mulai tahun depan dilihat sebagai satu tindakan yang wajar dalam pengembalian

penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Perancangan yang seterusnya ialah perlaksanaan pengajaran berbahasa Inggeris di Politeknik pada tahun 2008.(Sumber: Mingguan Malaysia, 21 Julai 2002)

Pengasimilasian bahasa Inggeris di dalam kurikulum Politeknik pada tahun 2008 merupakan tindakan yang sejajar dengan visi dan misi Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Di mana misi jabatan merupakan “Membentuk Sistem Pendidikan

Teknikal Bertaraf Dunia Yang Memenuhi Keperluan Semasa Negara” dan visinya ialah “ Pendidikan Teknikal Dapat Membantu Perkembangan Insan Yang

Cemerlang”. Fungsi dan kebaikan bahasa Inggeris sudah tidak perlu dibahaskan lagi. Seantero dunia telah mengetahui kejayaan dan status bahasa itu di peringkat

(4)

perisian-perisian (sekadar memberikan contoh) menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.

Sebagai sebuah institusi yang berkait-rapat dengan dunia pekerjaan, keperluan untuk melahirkan lulusan yang berkeupayaan dalam bidang yang diceburinya adalah amat kritikal. Selain dari kemahiran, bahasa juga memainkan peranan yang penting dalam pencarian ilmu dan alat komunikasi. Menurut Pinelli, Keene, Kennedy dan Glassman (1999) dalam Gupta, Vidya Singh dan Errin, Eilleen Praitt (1997):

“ The ability to communicate technical information effectively is important to workplace performance and profesional advancement.”

Keupayaan bakal tenaga kerja mendapat ilmu yang tinggi dapat menjamin penghasilan pekerja yang berilmu seperti yang dikehendaki oleh sektor pekerjaan kini.

(5)

alat komunikasi sahaja.Atas dasar-dasar ini, pengasimilasian bahasa Inggeris dalam konteks pendidikan teknik dan vokasional adalah satu tugas mencabar dan harus diberi perhatian yang serius.

Menyedari kepentingan bahasa Inggeris, apakah persediaan yang perlu dilakukan sebagai pembangun kurikulum dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional?

Bagaimanakah caranya kita memastikan pengasimilasian bahasa Inggeris di dalam kurikulum pendidikan teknik dan vokasional dapat menjawab semua persoalan dan permasalahan yang timbul? Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah menerusi analisa tugas. Analisa tugas merupakan satu strategi yang telah disyorkan oleh V-TECHS

(Vocational - Technical Education Consortium of States) untuk menjalankan analisis penentuan isi kandungan kurikulum pendidikan teknik dan vokasional. (Morsh dan Archer, 1967 dalam Finch dan Crunkilton, 1992) Menerusi analisis tugas, inventori tugas dapat dilakukan bagi memberi gambaran atau mendefinisikan sesuatu keperluan

pekerjaan dalam aspek kemahiran (skill), pengetahuan (knowledge) dan kebolehan (aptitude) dalam dunia pekerjaan sebenar.

4.0 KAJIAN KES

Penggunaan analisa tugas dalam menentukan isi kandungan kurikulum

pendidikan teknik dan vokasional melibatkan lima langkah asas seperti yang dinyatakan di bawah:

a) Mengkaji kajian-kajian lepas b) Membina inventori tugas c) Memilih sampel pekerja

d) Mentadbir inventori yang diperolehi e) Menganalisa maklumat yang diperolehi.

(6)

4.1 Pembinaan Inventori Tugas

Inventori tugas telah wujud semenjak sebelum perang dunia kedua lagi (Lytle, 1946 dalam Craig Campbell ,1997). Walaupun ia diwujudkan sebelum perang dunia kedua, namun pembangunannya hanya bermula pada tahun 1954 oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (Craig Campbell, 1997) dan sehingga kini penggunaannya semakin meluas dan tidak terhad untuk kegunaan tentera sahaja. Pembangunan kurikulum kini telah mula mengadaptasikan kaedah ini ke dalam kaedah pembentukan kurikulum. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inventori tugas berikut merupakan penerangan menegnai inventori tugas ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan inventori tugas? Inventori tugas menurut Donald Clark, (1995) :

“The task inventory consists of all the tasks that a jobholder requires to perform the job to standards. Each and every task performed by the job incumbent must be listed on the task inventory. It provides vital information about the skills, knowledge and abilities required to perform a job”.

Pernyataan Donald Clark jelas menunjukan bahawa inventori tugas merupakan deskripsi tugas yang terpiawai yang dapat memberi maklumat tentang kemahiran,

pengetahuan dan kebolehan yang mesti dipunyai oleh seseorang pekerja untuk melakukan sesuatu tugas. Maklumat-maklumat yang diperolehi dari inventori tugas ini dapat

(7)

Menyentuh tentang inventori tugas, bagaimanakah seseorang pembangun

kurikulum dapat membentuk inventori tersebut. Langkah pertama yang dicadangkan oleh Finch dan Crunkilton (1992) ialah menjalan penyelidikan terhadap kajian-kajian lepas bagi mendapat senarai tugas dan peralatan yang mempunyai kebarangkalian tinggi pengaplikasiannya di dalam bidang pekerjaan yang sebenar. Sebagai contoh dalam konteks pengasimilasian bahasa Inggeris ke dalam subjek, seorang pembangun kurikulum boleh melakukan penyelidikan dan pembacaan dari jurnal-jurnal, disertasi, thesis dan kertas kajian bagi mendapatkan senarai komponen-komponen bahasa Inggeris yang sering digunakan dalam alam pekerjaan. Sebagai contoh, penggunaan tatabahasa, penulisan, percakapan dan pendengaran.

Setelah mendapat senarai komponen tugas, langkah seterusnya ialah

membahagikan tugas-tugas tersebut mengikut pekerjaan (duties). Seperti yang dinyatakan di dalam Finch dan Crunkilton (1992):

“Task are grouped under appropriate duty headings.”

Pekerjaan disini merujuk kepada kegiatan mengurus, merancang,

perhubungan,menilai, membuat persembahan, menaip, mengadakan latihan pengurusan dan sebagainya. Melihat dari sudut pandangan pengasimilasian bahasa Inggeris, senarai-senarai tugas yang telah dikenalpasti contohnya tatabahasa, penulisan, percakapan boleh dikumpulkan mengikut bidang kerja sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh dalam kerja seorang setiausaha, ia haruslah mempunyai kemahiran tatabahasa, mengurus jadual dan penulisan yang tinggi di samping mempunyai kemahiran menaip dan komunikasi yang tinggi.

(8)

“Lists are then incorporated into an inventory that will eventually be completed by incumbent workers.”

Hasil kajian ini adalah signifikan kepada proses analisis tugas. Ia dikatakan signifikan kerana ia menunjukkan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang pekerjaan tersebut. Setiap bidang kerja yang disahkan oleh pekerja akan diambil kira untuk dimasukan ke dalam kurikulum yang akan terbentuk. Sebarang perubahan akan

(9)

Inventori Tugas : Senarai Tugas / Bidang Kerja. Arahan:

Tandakan () untuk tugas yang anda lakukan sekarang di dalam ruang yang disediakan. 1. JANGAN tanda () untuk tugas yang pernah anda lakukan tetapi bukan dilakukan

pada masa sekarang.

2. JANGAN tanda () untuk tugas yang dijalankan oleh pekerja yang anda selia. 3. Anda boleh menambah tugas-tugas yang tidak disenaraikan

Bidang Kerja: Pengurus Pelaburan

Tandakan

1. Membaca laporan kewangan dalam bahasa Inggeris 2. Menggunakan terma-terma khusus dalam bahasa

Inggeris di dalam bidang kewangan.Contohnya seperti “bull market”.

3. Menulis laporan kewangan dalam bahasa Inggeris 4. Mempersembahkan analisa kewangan dalam bahasa

Inggeris.

Sumber : Format diperolehi dari Curriculum Development in VOTECHS Education. F&C. (1992)

(10)

Senarai jenis-jenis tulisan yang digunakan Arahan:

1. Tandakan () pada jenis tulisan yang anda gunakan sekarang di ruang yang disediakan. 2. Anda berhak menambah jenis-jenis tulisan yang

tidak terdapat dalam ruangan ini.

Tandakan () pada 1. Memo berbahasa Inggeris

2. Surat perdagangan berbahasa Inggeris 3. Kertas cadangan berbahasa Inggeris 4. Laporan kemajuan berbahasa Inggeris 5. Manual prosidur berbahasa Inggeris 6. Ringkasan ringkas berbahasa Inggeris 7. Laporan kewangan berbahasa Inggeris 8. Laporan penyelidikan berbahasa Inggeris 9. Kajian kemudahan berbahasa Inggeris 10.Abstrak berbahasa Inggeris

11.Laporan pemasaran berbahasa Inggeris 12.Laporan makmal berbahasa Inggeris

(11)

4.2 Kriteria Inventori Tugas yang Baik

Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak Tentera Udara Amerika (1954) dalam Craig Campbell (1997) setiap inventori tugas yang dibentuk perlu memperlihatkan:

Ketepatan satu bentuk pengukuran ( Accuracy of measurement) Pernyataan tugas-tugas yang terperinci kan meningkatkan ketepatan

pengukuran dan kebolehpercayaan seseuatu tugas itu dijalankan dalam bidang pekerjaan tersebut.

Keseluruhan (Comprehensiveness)

Sesuatu inventori tugas yang telah dibentuk perlu merangkumi kesemua tugas-tugas yang signifikan dalam hieraki bidang kerja tersebut.

Boleh diukur (Quantifiability)

Setiap data yang diperolehi daripada kajian boleh diukur.  Saling Ekslusif (Mutual Exclusivity)

Setiap pernyataan tugas yang disenaraikan di dalam inventori tugas harus mempunyai ciri seperti ianya boleh dihabiskan dan tidak bergantung kepada tugas-tugas yang lain.

4.3 Pemilihan Sampel Pekerja

Bagi mendapatkan maklumat dan pengesahan bahawa setiap tugas atau

(12)

Jika kaedah persampelan digunakan, ini dapat membantu pembangun kurikulum dalam menjimatkan kos, masa dan magnitud data yang perlu di analisis. Di antara kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah. Walau apa pun kaedah persampelan yang digunakan, pembangun kurikulum harus memastikan bahawa sampel yang dipilih perlu mewakili populasi. Pemilihan kaedah persampelan yang betul dapat menjamin hasil kajian yang diperolehi daripada sampel pekerja adalah sah dan boleh digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Sekaligus dapat membentuk kurikulum yang memenuhi keperluan majikan sejagat.

4.4 Pengurusan Inventori Tugas

Susulan daripada pemilihan sampel pekerja, pembangun kurikulum harus

memikirkan bagaimanakah caranya untuk mentadbir kaji selidik ini. Salah satu cara yang dikenalpasti ialah melalui penghantaran borang kaji selidik melalui pos. Kaedah ini merupakan kaedah yang mahal dan kurang digemari kerana tindakbalas dari responden adalah kurang memberangsangkan dan ianya melibatkan kos penghantaran yang tinggi. Di samping itu juga pembangun kurikulum akan menghadapi masalah dalam

mengenalpasti alamat-alamat pekerja untuk dihantar borang kaji selidik dan juga terpaksa bergantung kepada kesanggupan responden untuk menjawab dan menghantar balik borang kaji selidik. Sekiranya jumlah borang kaji selidik yang dihantar balik tidak

mencukupi, ini akan menggangu perjalan kajian dimana data yang diperolehi adalah tidak sah dan tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi yang dikaji.

Memandangkan kaedah ini kurang praktikal, alternatif lain yang boleh digunakan oleh pembangun kurikulum ialah mengguna kaedah persampelan majikan ( Finch dan Crunkilton, 1992). Persampelan majikan dipilih kerana kaedah ini lebih mudah dan menjanjikan timbal-balas yang lebih menyakinkan. Kaedah ini diperkukuhkan lagi dengan pandangan Finch dan Crunkilton, (1992) :

(13)

Apa yang perlu dilakukan oleh pembangun kurikulum ialah beliau perlu

berhubung dengan salah seorang pengurus di peringkat pengurusan atasan di organisasi bagi mendapat kerjasama sepenuhnya dari pekerja. Secara tidak langsung pembangun kurikulum mendapat sokongan dari pihak atasan dalam menjalankan kajian dan memperolehi hasil kajian yang lebih memberangsangkan.

Kaedah yang lain yang boleh juga dilakukan ialah kajian lapangan atau “field study”. Kaedah ini memerlukan pembangun kurikulum mendapatkan maklumat secara langsung di premis pekerjaan tersebut. Walaupun ia akan menelan belanja yang agak besar tetapi ia merupakan cara yang paling efektif untuk mendapatkan maklumat daripada pekerja. ( Finch dan Crunkilton, 1992)

4.5 Menganalisa maklumat yang diperolehi.

Umumnya selepas data-data diperolehi dari responden, ianya akan diproses menggunakan perisian khas di dalam komputer. Pemprosesan ini perlu dilakukan melalui komputer kerana setiap inventori yang diuji boleh mengandungi beratus-ratus deskripsi tugas dan penggunaan peralatan yang berbeza. Ini ditambah lagi dengan jumlah

responden yang agak ramai menjadikan penggunaan komputer untuk memproses data-data tersebut adalah yang terbaik dan lebih sistematik. Diantara perisian-perisian yang boleh digunakan untuk menganalisa data-data ini ialah SPSS iaitu Statistical Procedure for Social Science.

Bagi menentukan kesignifan kajian yang telah dilakukan, adalah dicadangkan supaya pembangun kurikulum menetapkan satu tahap pengukuran. (Finch dan

(14)

5.0 KESIMPULAN

Pembentukan kurikulum yang hampir kepada dunia sebenar merupakan satu ‘competive advantage’ kepada pelajar-pelajar lulusan pendidikan teknik dan vokasional. Sebagai bakal tenaga buruh di pasaran pekerjaan, pelajar harus menyiapkan diri dengan segala ilmu yang dikehendaki oleh bakal majikan di alam pekerjaan nanti. Kemahiran terhadap bidang yang dipilih tidak lagi mencukupi untuk menjanjikan peluang pekerjaan diperolehi. Keupayaan menggunakan bahasa antarabangsa dengan baik dan fasih akan membantu pelajar menjadi seorang pekerja yang serba boleh dari segi mempunyai bakat, kemahiran,pengetahuan dan kebolehan komunikasi yang baik. Pengasimilasian bahasa Inggeris di dalam sistem pendidikan teknik dan vokasional merupakan langkah yang baik dalam memenuhi permintaan majikan terhadap bakal pekerjanya. Tanpa mengasingkan subjek ini daripada bidang kemahirannya, ia dapat membantu pelajar mengasimilasikan kemahiran berbahasa dengan kemahiran bidang yang dipelajarinya.

Kemantapan kurikulum yang dibentuk akan bergantung sejauh mana relevannya ia kepada dunia pekerjaan sebenar. Justeru itu bagi memastikan ianya benar-benar praktikal kepada alam pekerjaan nanti, satu analisa tugas boleh dijalankan. Di antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjalankan kajian ini ialah melalui

(15)

BIBLIOGRAFI

1. Finch, Curtis R. dan Crunkilton, John R. (1992). “ Curriculum Development in Vocational and Technical Education.”. 4th

ed. Virginia Polytechnic Institute and State University. United States of America.

2. Gupta, Vidya Singh dan Ervin, Eileen Troutt (1999). “ Assessment Of Workplace Writing and Incorporation Into Curriculum.” Journal of Vocational and Technical Education. Volume 13, Number 2.

3. “Rate the Inventory”: http://www.state.oh.us/das/dhr/pdf/smeinsts.doc

4. “Berhati-hati apabila mengemukakan saranan” :

http://dbp.gov.my/dbp98/majalah/penta21/jan

5. “Standards for the English Language Arts” : http://www.ncte.org/standards/standards

6. “Bahasa Inggeris Untuk Sains dan Matematik Tetap Dilaksana.” :

http://www.tv3.com.my.news/bu/jun2002/18_berita2.html

7. “Tanggapan Negatif terhadap Bahasa Inggeris”:

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/beritapl/b%20inggeris.htm

8. “Bahasa Globalisasi, Bagaimana Nasib Anak Luar Bandar? : http://www.sekolah.com/article/printarticle.htm

9. “Bahasa Inggeris: Antara Pendaulatan dan Penguasaan”:

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/gr/artikel/06inggeris_daulat.htm

10. “Isu yang Menyentuh Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan

(16)

11.Leon, John E. De dan Borchers, Ralph E. “ High School Graduate Employment Trends and the Skills Graduates Need To Enter Texas Manufacturing Industries.” Journal of Vocational and Technical Education. Volume 15, Number 1.

12.Gatehouse, Kristen (1997). “ Key Issues in English for Specific Purposes (ESP) Curriculum Development” : http://www.cyberus.ca/~kristen/jumpstation.html

13.Khairul Arifin Mohd Munir.(2002) “Penguasaan Bahasa Inggeris Antara Kelemahan pembelajaran dan Pengajaran (P&P) Atau Kesilapan Aliran Pendidikan” : http://www.suaramahasiswa.net/artikel/mei/aliran_inggeris.htm

14.Campbell, Craig., Moore, Brian Graham., Lynch, Eileen.,Messer, Ivan.,Olbrich, Jeff.,Tune, Jayne. (1997) “ Task Inventory Development Manual”.

http://www.tcleose.state.tx.us.

Referensi

Dokumen terkait

Ada sekian banyak aspek gambaran yang dapat dipilih untuk dimasukkan menjadi perwakilan makna dalam film.Film selalu merekam realitas yang tumbuh dan berkembang dalam masyarakat dan

Pengujian pengaruh ion Krom (III) dalam analisa besi secara spektrofotometer UV-tampak dengan natrium tiosulfat sebagai reagen pereduksi pada pH 4,5 dilakukan

Pada tahap perancangan story board ini terdapat 7 menu yang akan dibuatkan story boardnya yaitu menu opening, main menu, menu pengenalan hardware komputer,

Para filosof tidak terlalu banyak berbicara tentang akhir dari alam ini. memeperhatikan pendapat para filosof bahwa alam ini qadīm dan azālī, kemungkinan besar juga mereka

Tipe foto ini memiliki adrenalin tinggi yang baru yang dapat memiliki kesenangan dari pengambilan gambar dari diri sendiri dengan cara yang khas dalam lingkungan yang paling

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan didapatkan kesimpulan yaitu: tidak terdapat hubungan yang signifikan antara risiko postur kerja terhadap indeks

Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perilaku Pelajar dalam Mengakses Situs Porno: Sebuah Penelitian Perilaku Pelajar terhadap Media Massa Internet di SMA Negeri 3 Semarang..