• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN LAKSANAKAN TRANSAKSI & MENANG CIMB BANK BERHAD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN LAKSANAKAN TRANSAKSI & MENANG CIMB BANK BERHAD"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Bank Page 1

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN LAKSANAKAN TRANSAKSI & MENANG CIMB BANK BERHAD Tempoh Kempen

1. “Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014” CIMB Bank (“Kempen”) dianjurkan oleh CIMB

Bank Berhad (“CIMB Bank” atau “Bank”) dan akan diadakan dari 11hb Ogos 2014 hingga 31hb

Disember 2014; termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”).CIMB Bank merizab hak

untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis yang mencukupi.

Kelayakan

2. Kempen ini terbuka secara eksklusif kepada:-

a) semua pemegang Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan CIMB Bank (“Akaun Sertaan”)

baru dan sedia ada;

b) semua pemegang kad Debit MasterCard CIMB Bank (“Kad Debit”) yang memegang Kad Debit

yang dikeluarkan oleh CIMB Bank sahaja; dan c) semua pengguna CIMB Clicks;

(selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Peserta Layak”)

3. Orang/entiti berikut TIDAK layak menyertai Kempen:-

(i) Kakitangan atau pekerja tetap dan/atau sementara CIMB Bank (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan/atau

(ii) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB Bank, MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah State of Delaware,yang mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509,

United States of America (“MasterCard”) (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitan mereka

masing-masing); dan/atau

(iii) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan kempen, vendor dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga) CIMB Bank (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya) dan pekerja tetap dan/atau kontrak mereka dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik);dan/atau

(iv) Keempunyaan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Perdagangan; dan/atau

(v) Individu berusia kurang daripada 18 tahun.

3. Berhubung dengan Akaun Sertaan bersama, hanya pemegang akaun yang pertama sekali

dinamakan iaitu pemegang akaun utama layak menyertai Kempen (“Pemegang Akaun Utama”).

Bagi tujuan Kempen ini, pemegang akaun bersama akan diperlakukan sebagai satu pemegang akaun.

Hadiah

4. Hadiah yang akan diberikan di bawah Kempen ini adalah seperti berikut:

Hadiah Utama

3 Pemenang x maksimum 2 pilihan Hadiah bernilai RM28,888 dari kategori hadiah -gajet, pecutian,gaya hidup,barangan runcit atau kelengkapan rumah

Hadiah Bulanan

Ogos 2014 Hadiah Terbaik 3X Samsung GALAXY Note 10.1 (Edisi 2014)

Hadiah Istimewa 88X Samsung GALAXY Tab 4 7.0 3G

September 2014

Hadiah Terbaik 3X Baucer Percutian bernilai RM1,888

Hadiah Istimewa 88X Baucer Percutian bernilai RM888

Oktober 2014

Hadiah Terbaik 3X Baucer Hadiah Giant Hypermarket bernilai RM1,888

Hadiah Istimewa 88X Baucer Hadiah Giant Hypermarket bernilai RM888

November 2014

Hadiah Terbaik 3X Baucer Hadiah Starwood Hotels & Resorts bernilai

RM1,888

Hadiah Istimewa 88X Baucer Hadiah Starwood Hotels & Resorts bernilai

RM888 Disember

2014

Hadiah Terbaik 3X Sistem Teater Rumah Samsung Blu Ray

(2)

Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Bank Page 2

Hadiah Wang Tunai Bulanan

8x Hadiah Wang Tunai Bulanan sebanyak RM688

(Hadiah yang dinyatakan di atas selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Hadiah”).

5. Semua harga dan nilai yang dinyatakan di sini adalah tepat pada masa percetakan terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini kempen. Imej hadiah yang dipaparkan dalam sebarang bahan pemasaran dan pengiklanan hanyalah bagi tujuan visual dan warna mungkin berbeza daripada

Hadiah sebenar yang diterima. Pemenang (“Pemenang”) bertanggungjawab atas sebarang kos

pun jua yang ditanggung berhubung dengan Hadiah, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengangkutan dari lokasi pejabat Peniaga, semua peningkatan dan perubahan, sebarang kos pihak ketiga lain (komisyen, pemindahan pemilikan, dll).

6. Pemenang bertanggungjawab membayar sebarang cukai, kos sampingan dan/atau sebarang caj lain berkaitan dengan Hadiah kecuali dinyatakan sebaliknya. CIMB Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang cukai, kos sampingan, caj dan/atau kerosakan terhadap Hadiah dan/atau tindakan mana-mana agen/pengedar mereka yang tidak memenuhi obligasi mereka.

7. Hadiah tidak boleh ditukar atau diganti dengan wang tunai atau kredit atau dalam bentuk barang sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya.

8. Hadiah mungkin tertakluk kepada terma dan syaratnya sendiri dan terma dan syarat tersebut akan diguna pakai di samping terma dan syarat yang terkandung di dalam ini.

9. Pemenang bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB Bank untuk mendedahkan butir-butir pemenang (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/agen yang kemudian akan menghubungi pemenang tentang penghantaran atau penebusan Hadiah. Pemenang bertanggungjawab membuat pengaturan yang perlu dengan CIMB Bank dan/atau pengedar/agennya untuk memungut atau menebus Hadiah mereka. CIMB Bank tidak akan menanggung sebarang kos penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau kos lain yang mungkin atau terpaksa ditanggung oleh pemenang semasa menebus dan/atau menghantar dan/atau menggunakan Hadiah.

10. Mana-mana Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh tiga (3) bulan selepas makluman dibuat tentang pemenang hadiah akan ditarik balik.

11. Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB Bank dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan, atau pengindorsan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, bagi semua Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan tentang mutu, kebolehdagangan, kesesuaian Hadiah bagi sesuatu tujuan tertentu, kesihatan dan keselamatan. Semua risiko, kerugian, kerosakan dan/atau kecederaan berkaitan dengan penggunaan Hadiah akan ditanggung oleh pemenang. Di mana berkenaan, Pemenang digalakkan mendapatkan perlindungan insurans perjalanan yang cukup untuk melindungi diri mereka terhadap kerugian, kerosakan dan/atau kecederaan tersebut.

Kriteria Kelayakan Hadiah

Kriteria Kelayakan Hadiah Utama & Hadiah Bulanan

12. Peserta Layak boleh mendapat peluang atau peluang-peluang (“Peluang” atau “Peluang-peluang

mengikut keadaan) untuk memenangi Hadiah Utama dan/atau Hadiah Terbaik atau Istimewa Bulanan yang dirujuk dalam Klausa 4 di atas dalam cara berikut:

(i) Peserta Layak yang membuka Akaun Semasa atau Akaun Simpanan CIMB Bank semasa

Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak untuk mendapat satu (1) Peluang.

(ii) Untuk setiap deposit tambahan dalam gandaan RM500 dalam Akaun Semasa dan Akaun

Simpanan CIMB Bank semasa Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak untuk mendapat satu (1) Peluang.

(3)

Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Bank Page 3

(iii) Untuk setiap permohonan yang diluluskan bagi mana-mana Kad Debit utama oleh CIMB

Bank semasa Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak utama untuk mendapat satu (1) Peluang.

(iv) Untuk setiap perbelanjaan runcit tempatan sebanyak RM50 (iaitu transaksi runcit yang dicaj

oleh peniaga di dalam Malaysia) dalam satu resit yang dicaj kepada mana-mana Kad Debit Sertaan Pemegang Kad Layak semasa Tempoh Kempen dan dipost kepada akaun

Pemegang Kad Layak pada atau sebelum 5hb Januari, 2015 memberikan hak kepada

Pemegang Kad Layak utama untuk mendapat satu (1) Peluang;

(v) Untuk setiap perbelanjaan runcit luar negara (iaitu transaksi runcit yang dicaj oleh peniaga yang kod negara yang ditetapkan bagi transaksi tersebut adalah di luar Malaysia) sebanyak RM50 (dalam jumlah bersamaan dalam mata wang asing) dalam satu resit yang dicaj kepada mana-mana Kad Debit Sertaan Pemegang Kad Layak semasa Tempoh Kempen dan dipost

kepada akaun Pemegang Kad Layak pada atau sebelum 5hb Januari, 2015 memberikan hak

kepada Pemegang Kad Layak utama untuk mendapat sepuluh (10) Peluang. Penjejakan perbelanjaan runcit luar negara adalah berdasarkan tarikh transaksi (Waktu Malaysia);

(vi) Untuk pengguna CIMB Clicks baru yang berjaya mendaftar diri dan melengkapkan „First

Time Login‟ di www.cimbclicks.com.my semasa Tempoh Kempen memberikan hak kepada

Peserta Layak untuk mendapat satu (1) Peluang.

(vii) Peserta Layak yang melaksanakan mana-mana transaksi (“Transaksi Layak”) yang berikut

semasa Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak untuk menggandakan

peluang bulanan mereka “(Peluang Berganda)” untuk memenangi Hadiah Bulanan:

i. Peserta Layak yang berjaya melanggan Penghantaran Penyata E-mel melalui

Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), Pusat Panggilan CIMB Bank atau di mana-mana cawangan CIMB Bank semasa Tempoh Kempen memberikan hak kepda Peserta Layak untuk mendapat Peluang Berganda untuk memenangi Hadiah dalam mana-mana bulan

sepanjang Tempoh Kempen; ATAU

ii. Peserta Layak yang membayar minimum tiga (3) bil sebulan dengan Kad Debit semasa

Tempoh Kempen memberikan hak kepda Peserta Layak untuk mendapat Peluang Berganda untuk memenangi Hadiah dalam mana-mana bulan sepanjang Tempoh Kempen.

(viii) Peserta Layak yang melaksanakan mana-mana Transaksi Layak berikut memberikan hak

kepada Peserta Layak untuk mendapatkan Peluang Berganda untuk memenangi Hadiah

Utama:

i. Peserta Layak yang mendaftarkan minimum tiga (3) pengebilan automatik sebulan

dengan Kad Debit anda semasa Tempoh Kempen dengan syarat arahan pengebilan

automatik tersebut tidak dibatalkan; ATAU

ii. Peserta Layak yang membuka atau bertukar kepada Akaun Senarai Gaji CIMB@Work

semasa Tempoh Kempen dengan syarat majikan Peserta Layak melanggan pakej CIMB@Work melalui cara pemprosesan semua pembayaran gaji kepada pekerja melalui CIMB Autopay BizChannel atau CIMB Autopay Diskette File Transfer and Akaun Senarai Gaji CIMB@Work tersebut tidak dibatalkan sepanjang Tempoh Kempen.

Untuk kemudahan rujukan, adual di bawah adalah ringkasan Peluang (s) (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 12 di atas) yang boleh diperolehi oleh Peserta yang Layak: -

No. Kriteria Kelayakan Bilangan

Peluang

1 Daftar diri untuk Akaun Semasa atau Akaun Simpanan CIMB

Bank 1X

2 Daftar diri untuk mana-mana Kad Debit utama 1X

3 Daftar diri untuk CIMB Clicks dan berjaya melengkapkan Time Login‟ „First 1X

4

Setiap deposit tambahan dalam gandaan RM500 dalam Akaun

(4)

Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Bank Page 4

No. Kriteria Kelayakan Bilangan

Peluang

5 Berbelanja minimum RM50 dalam satu resit dengan kad Debit

anda bagi transaksi runcit tempatan. 1X

6 Berbelanja minimum RM50 dalam satu resit dengan kad Debit

anda bagi transaksi runcit luar negara. 10X

7

Peluang Berganda untuk Cabutan Hadiah Bulanan  Melanggan Penyata E-mel; atau

 Membayar minimum 3 bil sebulan dengan Kad Debit

Peluang Bulanan X2

8

Peluang Berganda untuk Cabutan Hadiah Utama

 Mendaftar diri untuk minimum pengebilan 3 automatik sebulan

dengan Kad Debit anda; ATAU

 Membuka atau bertukar kepada Akaun Senarai Gaji CIMB@Work semasa tempoh kempen

Peluang Terkumpul 5

Bulan X2

Kriteria Kelayakan Hadiah Wang Tunai Bulanan

13. Tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini, bagi kategori Hadiah Wang Tunai Bulanan, Hadiah tersebut akan diberikan kepada lapan (8) Peserta Layak dengan jumlah „Inward Interbank GIRO

Transfer‟ (IBG) terkumpul paling tinggi dalam Ringgit ke dalam Akaun Sertaan Peserta Layak bagi

bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember masing-masing dalam Tempoh Kempen ("8 Pemenang Teratas").

14. Tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini, Hadiah Wang Tunai Bulanan akan diberikan dalam bentuk wang tunai yang akan dikreditkan ke dalam Akaun Sertaan 8 Pemenang Teratas dalam Ringgit dalam masa enam (6) hingga lapan (8) minggu bekerja selepas tamat tarikh setiap tempoh penjejakan bulanan yang dinyatakan dalam Klausa 25 di dalam ini.

Untuk Pemegang Akaun Semasa dan Akaun Simpanan CIMB Bank

15. “Deposit Tambahan” dalam Klausa 12(ii) di dalam terma dan syarat ini ditakrifkan sebagai Baki

Purata Tambahan (Incremental Average Balance) (“IAB”) dalam Akaun Sertaan Peserta Layak

sepanjang Tempoh Kempen. IAB dikira berdasarkan baki purata bulanan (monthly average

balance) (“MAB”) berbanding dengan “Angka Dasar” yang dinyatakan dalam jadual di bawah:

Pengiraan

Angka Dasar

Jumlah penuh baki harian bagi bulan Julai 2014 Bilangan hari dalam bulan Julai 2014

Baki purata bulanan

(“MAB”) Jumlah penuh baki harian bagi bulan tersebut Bilangan hari dalam bulan tersebut

Baki purata tambahan (“IAB”) MAB – Angka Dasar

16. Bagi akaun baru yang dibuka dari 1hb Ogos 2014 hingga 31hb Disember 2014, Angka Dasar adalah

sifar.

17. Deposit yang dibuat bagi tujuan pengiraan IAB hanya terpakai bagi dana baru yang ditempatkan dalam Akaun Sertaan semasa Tempoh Kempen. Dana baru yang dirujuk di dalam ini merujuk kepada dana yang tidak berasal daripada akaun sedia ada dengan CIMB Bank, CIMB Islamic Bank Berhad dan / atau CIMB Investment Bank Berhad.

18. Untuk kemudahan rujukan, jadual di bawah adalah ilustrasi pengiraan IAB dan bilangan Peluang yang Peserta Layak berhak untuk mendapatkan semasa Tempoh Kempen: -

(5)

Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Bank Page 5

b. Pemegang Akaun Baru

Bulan MAB

(RM)

IAB

(RM) No. of Chance

Jul-14 0 Angka Dasar N/a

Ogos-14 500 500 – 0 = 500 1

Sep-14 1,250 1,250 – 0 = 1,250 2

Untuk pemegang kad Debit MasterCard CIMB Bank

19. Perbelanjaan runcit bermaksud transaksi pembelian bagi barangan dan perkhidmatan yang ditanggung untuk penggunaan peribadi dan bukan bagi tujuan perniagaan dan tidak termasuk transaksi perjudian atau pertaruhan. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, transaksi berikut juga dikecualikan dengan nyata dan tidak akan dianggap transaksi runcit atau perbelanjaan runcit yang layak:-

i) Transaksi Kuasi Tunai – (misalnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian);

ii) Ansuran bulanan di bawah sebarang kemudahan pembayaran ansuran yang disediakan oleh CIMB Bank atau mana-mana bank lain;

iii) Arahan tetap / perkhidmatan pembayaran automatik; iv) transaksi e-Debit MEPS untuk Kad Debit;

v) Pembayaran fi tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj fraud atau sebarang fi, caj atau penalti lain sama ada dikenakan oleh CIMB Bank atau sebaliknya;

vi) Transaksi bagi pembayaran yang dibuat terhadap premium insurans dan/atau sumbangan takaful tidak kira apa jenisnya;

vii) Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai;

viii) Transaksi yang dibuat oleh Peserta Layak dengan mana-mana peniaga yang mempunyai kaitan dengan atau yang dikawal oleh mereka atau ahli keluarga mereka (sama ada sebagai pekerja, majikan, pemegang saham atau pengarah) iaitu transaksi oleh Peserta Layak dengan mana-mana syarikat atau entiti perniagaan di mana beliau dan/atau mana-mana ahli keluarganya adalah pekerja atau majikan atau bekerja dengannya atau mempunyai saham atau kepentingan di dalamnya atau adalah pengarahnya; dan

ix) Transaksi pembelian layak yang selepas itu dibatalkan atau dikembalikan wang, transaksi yang dipertikaikan, tidak dibenarkan atau menipu.

Sebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang apakah yang merupakan perbelanjaan runcit adalah adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar dalam apa cara jua.

20. Perbelanjaan runcit adalah berdasarkan jumlah perbelanjaan pemegang kad debit (utama dan tambahan) yang disatukan. Jika pemegang kad debit mempunyai beberapa akaun kad debit, perbelanjaan runcit yang dilakukan terhadap semua kad debit oleh pemegang kad debit utama dan pemegang kad debit tambahannya akan disatukan dan tidak akan dilihat secara individu untuk mencapai perbelanjaan runcit bagi Transaksi Layak dan kriteria penyertaan dalam Tempoh Kempen.

Untuk Pelanggan Penyata E-mel

21. Langganan bagi Penghantaran Penyata E-mel hanya tersedia kepada pemegang Akaun Semasa dan Akaun Simpanan CIMB Bank yang mempunyai alamat e-mel yang sah dalam rekod CIMB Bank dan yang menerima penyata kertas bagi akaunnya yang dipegang dengan CIMB Bank. Pemegang Akaun Semasa dan Akaun Simpanan CIMB Bank hendaklah mendaftarkan langganannya dalam Tempoh Kempen dengan menghantar Perkhidmatan Pesanan Ringkas (“SMS”) kepada 62666 seperti berikut:

 Masukkan “SaveEarth<space>6 digit terakhir nombor K/P <space>Alamat E-mel (misalnya SaveEarth 145522 abc@hotmail.com)”.

Bulan MAB

(RM)

IAB

(RM) Bilangan Peluang

Jul-14 550 Angka Dasar N/a

Ogos-14 1,000 1,000 – 550 = 450 Tidak Layak

(6)

Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Bank Page 6 Untuk mengelakkan sebarang keraguan, balasan SMS akan diguna pakai bagi nombor mudah alih yang didaftarkan di bawah penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom atau DiGi dan caj telekomunikasi standard akan dikenakan.

22. Peserta Layak yang berjaya melanggan Penghantaran Penyata E-mel selepas itu tidak akan menerima sebarang penyata kertas bagi semua akaunnya yang dipegang dengan CIMB Bank. 23. Pemegang akaun Simpanan Asas dan Semasa Asas CIMB Bank, pemegang akaun berdasarkan

buku simpanan dan pemegang akaun berdasarkan penyata elektronik tidak layak menyertai langganan Penyata E-mel ini dan tidak akan memperolehi sebarang peluang dalam Kempen ini.

Pemilihan Pemenang Terbaik dan Istimewa Bulanan

24. Bilangan Peluang akan diberikan secara automatik kepada Peserta Layak dalam cara yang diterangkan dalam Klausa 12(i) hingga 12(vi). Jika Peserta Layak turut memenuhi kriteria yang dibentangkan dalam Klausa 12(vii), Peluangnya bagi bulan tersebut akan digandakan 2 kali. 25. Peserta Layak kemudian akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik

daripada kumpulan peluang layak (“Peserta Disenarai Pendek”) dalam masa dua (2) hingga tiga (3) minggu selepas akhir setiap Tempoh Penjejakan bulanan seperti yang dinyatakan di bawah:

Bulan Tempoh Penjejakan

Ogos 2014 1 Ogos hingga 31 Ogos 2014

September 2014 1 September hingga 30 September 2014

Oktober 2014 1 Oktober hingga 31 Oktober 2014

November 2014 1 November hingga 30 November 2014

Disember 2014 1 Disember hingga 31 Disember 2014

26. Peserta Disenarai Pendek akan dihubungi oleh CIMB Bank melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di nombor telefon mudah alih mereka yang didaftarkan di bawah penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom atau DiGi dalam rekod CIMB Bank atau melalui sebarang cara lain yang dianggap wajar oleh CIMB Bank. Peserta Disenarai Pendek dikehendaki menjawab atau membalas satu (1) soalan dengan tepat dan dalam masa terpantas. Sekiranya mana-mana Peserta Disenarai Pendek mempunyai nombor mudah alih yang tidak didaftarkan di bawah penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom atau DiGi dan/atau gagal menjawab soalan dengan tepat dan/atau tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab jua, Peserta Disenarai Pendek tersebut tidak akan berpeluang memenangi hadiah. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara jua sekiranya mana-mana Peserta Disenarai Pendek tidak boleh dihubungi atas apa jua sebab. 27. Tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini, bagi kategori Pemenag Hadiah Bulanan, Tiga (3)

Peserta Disenarai Pendek pertama yang menjawab dengan jawapan yang tepat dalam masa terpantas dalam bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember masing-masing akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Tertinggi Bulanan dan lapan puluh lapan (88) Peserta Disenarai Pendek seterusnya yang menjawab dengan jawapan yang tepat dalam masa terpantas dalam bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember masing-masing akan diisytiharkan Pemenang Hadiah Istimewa Bulanan.

28. Hadiah Bulanan akan dihantar ke alamat pemenang bulanan dalam rekod Bank dalam masa enam (6) hingga lapan (8) minggu bekerja selepas tamat tarikh setiap tempoh penjejakan bulanan.

Pemilihan Pemenang Hadiah Utama

29. Pada akhir Tempoh Kempen, Peluang bulanan Peserta Layak sepanjang Tempoh Kempen akan akan ditambah untuk mengira jumlah peluang yang diperolehi dalam Tempoh Kempen keseluruhan ("Jumlah terkumpul Peluang").Jika Peserta Layak memenuhi kriteria yang dibentangkan dalam Klausa 12(viii), jumlah Peluang terkumpulnya akan digandakan 2 kali bagi cabutan Hadiah Utama. 30. Peserta Layak akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik daripada

senarai peluang layak terkumpul sepanjang Tempoh Kempen dan berpeluang memenangi Hadiah Utama.

(7)

Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Bank Page 7 31. Untuk Pemenang Hadiah Utama, tiga (3) Peserta Disenarai Pendek akan dihubungi melalui telefon

oleh wakil-wakil CIMB Bank di nombor telefon yang terakhir diketahui dalam rekod CIMB Bank dan setiap satunya dikehendaki menjawab satu (1) soalan berkaitan dengan Kempen dengan tepat sebelum diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama.

32. Jika Peserta Disenarai Pendek tidak dapat dihubungi melalui telefon pada percubaan pertama atas sebab-sebab termasuk, tetapi tidak terhad kepada keadaan berikut: Tiada jawapan, Tidak berminat untuk turut serta, Menamatkan panggilan semasa perbualan, Nombor tidak digunakan, Tiada sambungan, Peti mel suara dihubungi, dua (2) percubaan lagi akan dibuat dalam masa dua (2) Jam selepas percubaan pertama untuk menghubungi Peserta Disenarai Pendek. Jika percubaan ketiga juga tidak berjaya disebabkan keadaan yang dibentangkan di atas, CIMB Bank merizab hak untuk menyingkirkan Peserta Disenarai Pendek pertama dan kemudian menghubungi Peserta Disenarai Pendek seterusnya bagi Hadiah Utama .

33. Selanjutnya dan untuk mengelakkan sebarang keraguan, CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang caj telekomunikasi, perayauan atau caj telefon yang hendaklah ditanggung oleh Peserta Disenarai Pendek, sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang diakibatkan oleh CIMB Bank menghubungi Peserta Disenarai Pendek.

34. Hadiah Utama akan diberikan kepada pemenang dalam masa enam (6) hingga lapan (8) minggu bekerja selepas tamat Tempoh Kempen. Pemenang Hadiah Utama akan diminta memilih maksimum 2 kategori daripada gajet, pecutian, barangan runcit, gaya hidup atau kelengkapan rumah. Hadiah akan diberikan dalam bentuk baucer dan Pemenang Utama hendaklah berhubung secara terus dengan vendor yang dilantik oleh CIMB Bank untuk menuntut Hadiah.

Pemenang Hadiah Utama, Pemenang Hadiah Bulanan dan Pemenang Hadiah Wang Tunai Bulanan

35. Pemenang Hadiah Utama dan Pemenang Hadiah Bulanan selepas ini dirujuk secara kolektif

sebagai “Pemenang Kempen”. Semua sesi soal jawab akan dihakimi dan diputuskan oleh satu

panel hakim yang dipilih oleh CIMB Bank dan keputusan panel hakim adalah muktamad dan konklusif dan mengikat.

36. Peserta Disenarai Pendek bertanggungjawab memastikan nombor telefon dan alamat pos mereka yang diberikan adalah terkini dan dikemaskinikan dengan CIMB Bank sekiranya apa-apa perubahan dibuat padanya oleh mereka. Makluman dan penghantaran hadiah oleh CIMB Bank adalah berdasarkan nombor telefon dan alamat pos Peserta Layak yang disimpan dalam rekod CIMB Bank. CIMB Bank tidak bertanggungjawab kepada Peserta Disenarai Pendek atas sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian berbangkit yang menyusul daripadanya) yang ditanggung sekiranya nombor telefon atau alamat pos Peserta Disenarai Pendek dalam rekod CIMB Bank bukan yang terkini atau yang tepat.

37. CIMB Bank mempunyai budi bicara tunggal untuk menetapkan tarikh dan masa untuk menghubungi Peserta Disenarai Pendek.

38. Peserta Disenarai Pendek hanya berhak memenangi maksimum satu (1) Hadiah Utama dan satu (1) Hadiah Bulanan termasuk Hadiah Wang Tunai Bulanan di bawah Kempen ini. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Pemegang Kad Tambahan atau pemegang akaun Simpanan dan Semasa Sekunder tidak berhak memenangi sebarang hadiah di bawah Kempen ini.

39. Pemenang Hadiah Utama akan menerima makluman melalui panggilan telefon dan pos. Pemenang Hadiah Bulanan dan Pemenang Hadiah Wang Tunai Bulanan akan menerima makluman melalui SMS mengenai jenis hadiah yang dimenangi dan butir-butir pungutan Hadiah. 40. Pemenang dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau sebarang program

publisiti lain bila dan apabila dikehendaki dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh mereka sendiri. Jika pemenang gagal menghadiri majlis tersebut dan/atau program publisiti lain, Bank merizab hak untuk menarik balik hadiah pemenang dan memilih pemenang lain.

41. Pemenang tidak dibenarkan memindahkan atau menjual haknya terhadap Hadiah kepada mana-mana orang lain.

(8)

Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Bank Page 8

Terma-terma dan Syarat-syarat Am

42. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan keputusan CIMB Bank dan MasterCard. Pada masa pemilihan Pemenang Kempen, Kad Debit, akaun CIMB Clicks, akaun Semasa dan Simpanan Konvensional CIMB Bank Pemenang Kempen yang terpilih HENDAKLAH dalam kedudukan yang baik dan TIDAK BOLEH memungkiri sebarang terma dan syarat dalam perjanjian Debit MasterCard CIMB Bank atau Akaun Semasa dan Akaun Simpanan CIMB Bank atau Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks atau Perjanjian Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks atau mungkir, dan/atau menjadi tidak sah atau dibatalkan menurut takrifan CIMB Bank, jika tidak mereka akan disingkirkan daripada menyertai atau menjadi Pemenang Kempen dalam Kempen ini.

43. CIMB Bank dan MasterCard berhak menerbitkan dan/atau memaparkan bahan dan/atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, gambar dan bandar kediaman Peserta Layak yang merupakan pemenang hadiah di bawah Kempen ini bagi tujuan pemasaran, pengiklanan dan publisiti dalam apa cara jua yang dianggapnya sesuai. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dengan ini secara nyata memberi kuasa kepada CIMB Bank dan MasterCard untuk menerbitkan dan/atau memaparkan nama, gambar dan bandar kediaman Peserta Layak bagi tujuan pengiklanan dan publisiti. Ketidakpatuhan mungkin menyebabkan pemenang alternatif dipilih. 44. Keputusan CIMB Bank dan/atau hakim CIMB Bank berhubung dengan setiap aspek Kempen

adalah muktamad, mengikat dan konklusif. Untuk semua pertanyaan lanjut berkaitan dengan Kempen, sila hubungi Pusat Panggilan CIMB Bank di +1300 880 900.

45. CIMB Bank dan MasterCard tidak menanggung sebarang tanggungjawab bagi hadiah, produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Kempen ini. Hadiah, produk dan/atau perkhidmatan ditawarkan dan/atau disediakan semata-mata oleh vendor dan penyedia yang berkenaan, di bawah sebarang terma dan syarat yang ditentukan oleh vendor dan penyedia tersebut, dan CIMB Bank dan MasterCard tidak menerima sebarang liabiliti (termasuk tanpa had, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, langsung atau tidak langsung, gantirugi sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang walau bagaimanapun jua berbangkit sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berhubung dengan Kempen, meskipun jika CIMB Bank dan MasterCard telah dimaklumkan sebelum itu tentang kemungkinan berbangkitnya gantirugi sedemikian, dan semua gantirugi sedemikian dikecualikan dengan nyata.

46. CIMB Bank dan MasterCard tidak akan melayan sebarang aduan pun jua berkaitan dengan hadiah, produk dan/atau perkhidmatan tersebut. Hadiah, produk dan/atau perkhidmatan tidak diperakui oleh MasterCard atau CIMB Bank dan kemasukan sebarang hadiah, produk dan/atau perkhidmatan dalam Kempen ini tidak akan dalam apa cara jua ditafsirkan sebagai pengindorsan atau saranan terhadap hadiah, produk dan/atau perkhidmatan tersebut oleh MasterCard atau CIMB Bank. Jika mana-mana Peserta Layak tidak berpuas hati dengan mana-mana hadiah, Peserta Layak tersebut hendaklah memohon penyelesaian secara terus dengan vendor/penyedia yang berkenaan.

47. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua berhubung dengan sebarang kerosakan teknikal apa jua jenisnya, apa jua campur tangan, gangguan dan/atau kepincangan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilaksanakan melalui CIMB Clicks.

48. Dengan menerima hadiah, pemenang hadiah bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank dan MasterCard dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing bagi dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, gantirugi, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB Bank dan MasterCard dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing berhubung dengan penyertaan pemenang hadiah dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan hadiah.

49. CIMB Bank dan MasterCard tidak menanggung sebarang tanggungjawab bagi sebarang implikasi cukai, kos sampingan dan/atau mana-mana caj lain dan/atau kerosakan yang diakibatkan oleh mana-mana hadiah dan/atau kegagalan oleh mana-mana agen/pengedarnya untuk memenuhi obligasi mereka. Sebarang obligasi pemfailan cukai atau pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa atau sebarang kos sampingan dan/atau sebarang caj lain yang mungkin berbangkit akibat penerimaan hadiah kekal sebagai tanggungjawab tunggal Peserta

(9)

Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Bank Page 9 Layak. Setiap Peserta Layak bertanggungjawab mendapatkan nasihat bebas tentang kemungkinan implikasinya terhadap situasi kewangannya sendiri.

50. CIMB Bank berhak mengubah, memadamkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini atau mana-mana bahagian daripadanya dan/atau menggantikan hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini dan/atau melanjutkan, memodifikasi, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen dengan memberikan notis yang mencukupi kepada Peserta Layak. Tiada pampasan dalam wang tunai atau dalam bentuk barang akan diberikan kepada Peserta Layak atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh perubahan, pemadaman, penambahan atau pindaan Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan/atau pelanjutan, modifikasi, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini.

51. Terma-terma dan Syarat-syarat ini (seperti yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan Klausa 50 hendaklah dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat semasa bagi perjanjian kad dan/atau akaun CIMB Bank dan/atau Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks dan/atau Perjanjian Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks dan akan mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak konsisten yang terkandung dalam sebarang bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen.

52. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau bahasa lain, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Kempen, maka versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain

53. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen, Peserta Layak boleh menghubungi „Customer Resolution Unit‟ CIMB Bank di alamat, nombor telefon dan nombor faks berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks lain yang boleh diubah oleh CIMB Bank dengan memaklumkan Peserta Layak): Customer Resolution Unit, Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel.: 1 300 880 900, Faks: 603 2691 3248/cru@cimb.com.

Referensi

Dokumen terkait

Dari keseluruhan pelaksanaan rangkaian penelitian dan hasil uji coba ahli dan uji coba lapangan dengan menggunakan angket penilaian dapat disimpulkan bahwa multimedia

Telah dilakukan pelapisan elektroles Nikel-Posfor (Ni-P) pada baja tahan karat martensitik SS 420 dengan berbagai variasi suhu dan waktu perlakuan panas.. Karakteristik

Implikasi dari penelitian ini adalah : 1) Berangkat dari judul skripsi yang memilki arti yang sangat luas, maka itulah yang terjadi pada hasil penelitian penulis. Penelitian

Pada umumnya metode yang digunakan untuk me-monitoring suatu pekerjaan adalah dengan metode kurva S yang mana bobot setiap pekerjaan dalam metode ini adalah

Kajian ini juga mendapati terdapat kesan kehadiran spiritual sebagai moderator dalam hubungan kepintaran emosi dengan tingkah laku kewargaan organisasi tetapi

Uji akurasi dilakukan pada tiap-tiap hasil klasifikasi multipsektral maximum likelihood guna memperoleh informasi akurasi yang terbaik dari beberapa metode pan-sharpend dalam

Variabel laten dan manifest yang digunakan dalam penelitian ini mengacu pada model yang telah diajukan pada bab sebelumnya, yaitu Performance Expectancy (PE),

Dalam artikel ini, penulis akan mengelaborasikan PDRB kecamatan yang direpresentasikan pada variabel ketimpangan wilayah (TI) dengan variabel alokasi dana desa (ADD),