Markah yang diperoleh Page 3. (lihat halaman sebelah)

Teks penuh

(1)

SOALAN 1 – 5 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

(1) baik budi (2) buka pintu

(3) cari jalan (4) orang tengah

(5) diam-diam ubi (6) bagai aur dengan tebing

(7) bagai cembul dengan tutup (8) seperti menatang minyak yang penuh

1 Encik Fuad dan Puan Milah menatap wajah anak mereka yang sedang terbaring lesu di katil hospital. Hanif merupakan anak tunggal mereka. Sejak kecil lagi dia dijaga dengan penuh kasih sayang dan sempurna oleh mereka. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka akan kehilangannya.

2 Danial berasa kecewa dengan sikap kedua-dua rakan akrabnya. Sudah hampir seminggu mereka tidak bertegur sapa. Ini semua disebabkan oleh salah faham yang berlaku antara mereka berdua. Danial sudah tidak sabar dengan perangai mereka. Dia bertekad untuk menjadi pendamai agar mereka berdua dapat berbaik semula.

3 Semua murid di dalam kelas terkejut apabila Suraya diumumkan sebagai pelajar yang telah mendapat agregat tertinggi untuk peperiksaan PSLE. Dia jarang memberi jawapan semasa perbincangan di dalam kelas. Dia juga tidak pernah menunjuk-nunjuk setiap kali dia mendapat markah tinggi untuk ujian di dalam kelas.

4 Hanis dan Suzie sudah berkawan sejak mereka di dalam darjah dua. Perangai mereka berdua amat serasi. Mereka berdua peramah dan suka menolong orang. Mereka juga aktif dalam apa juga kegiatan di sekolah. Mereka jarang bertengkar dan sekiranya ada perselisihan mereka akan segera berbaik semula.

5 Sulaiman sudah bekerja dengan syarikat itu selama lima belas tahun. Majikannya, Encik Tan seorang ketua yang bertanggungjawab dan amat bertolak-ansur. Segala keputusan yang diambilnya akan dirundingkan terlebih dahulu bersama pekerja-pekerjanya. Sulaiman berasa amat beruntung mendapat majikan sepertinya.

SOALAN JAWAPAN 1 2 3 4 5

(lihat halaman sebelah) Markah yang

diperoleh

(2)

SOALAN 6 – 10 MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)

Arahan: Petikan yang berikut mengandungi lima perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

Pada zaman ini, Internet merupakan satu kemudahan yang penting dalam kehidupan kita. Internet mempunyai pelbagai (6) pengguna seperti mencari maklumat, menghubungkan manusia, berniaga dan sebagainya. Internet digunakan oleh semua golongan, tidak kira kanak-kanak (7) dan orang dewasa.

Namun begitu, ada padahnya sekiranya kita terlalu (8) menggantungkan kepada Internet. Kes-kes ketagihan kepada permainan-permainan di Internet semakin meningkat di kalangan para remaja sekarang. Mereka tidak pandai membahagikan masa (9) dalam kehidupan di dunia siber dengan kehidupan sebenar mereka. Keadaan ini amat membimbangkan. Sesuatu harus dilakukan untuk (10) tangani masalah ini. Masalah ini tidak harus dibiarkan berlarutan.

(Sumber : diubahsuai dari Kertas Latihan Peperiksaan Bahasa Melayu 2012)

SOALAN JAWAPAN 6 7 8 9 10

(lihat halaman sebelah) Markah yang

diperoleh

(3)

SOALAN 11 - 15 MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH)

Arahan: Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

(1)

Kehadiran kamu dalam karnival ini amat kami alu-alukan. (2) Jangan berebut-rebut untuk melakukan sesuatu aktiviti itu. (3) Pastikan kamu mengikut arahan guru di setiap stesen permainan.

(4) Jangan lupa untuk mencuba setiap stesen yang ada di dalam karnival ini. (5) Sekiranya ada sebarang masalah harap minta bantuan guru yang bertugas. (6) Namun begitu, harap beri perhatian terlebih dahulu kepada penerangan saya. (7) Karnival ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa kerja keras guru-guru kamu

semua.

(8) Kejayaan karnival hari ini bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh kamu semua.

Salam sejahtera murid-murid sekalian! Saya pasti kamu semua tidak sabar untuk memulakan aktiviti pada pagi ini. (11) _________________. Saya tidak mahu karnival hari ini terganggu disebabkan insiden-insiden yang tidak diingini. (12) _______________. Keselamatan kamu semua adalah keutamaan kami.

(13) _______________. Saya yakin kamu ada masa yang mencukupi untuk mencuba semua permainan yang kami telah sediakan. (14) ________________. Saya berharap kamu semua akan bergembira pada hari ini. (15) ___________________. Oleh itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan saya. Sekian, terima kasih.

(lihat halaman sebelah)

SOALAN JAWAPAN 11 12 13 14 15 Markah yang diperoleh Page 5

(4)

SOALAN 16 - 17 MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH)

Arahan : Baca petikan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang mengikutinya.

Kemakmuran Singapura bergantung kepada rakyatnya. Sikap rakyat yang baik dan bersatu-padu akan memastikan Singapura terus maju dan berjaya. Sebaliknya jika rakyatnya mempunyai sikap perkauman, ini akan mengugat kestabilan ekonomi dan kemajuan Singapura.

Di negara yang berbilang bangsa seperti Singapura, setiap rakyat memainkan peranan dalam memastikan keharmonian sentiasa terpelihara. Setiap rakyat harus ada perasaan muhibbah, bertolak-ansur, hormat-menghormati dan saling bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa ataupun agama. Kehidupan yang aman dan tenteram di kalangan rakyat dapat dijalin dengan kerjasama setiap anggota masyarakat.

(Sumber : Diubahsuai dari Latihan Pengukuhan Bahasa Melayu dan Kefahaman,2010)

Arahan: Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenal pasti idea utama dalam teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

16 Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah

(2 markah)

17 Rakyat Singapura boleh menjamin keharmonian dengan _________

(2 markah)

(lihat halaman sebelah) Markah yang

diperoleh

(5)

SOALAN 18 – 24 KEFAHAMAN (26 MARKAH)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Mentari yang terik bagaikan membakar kulitku. Peluhku mengalir membasahi pakaian sukanku. Namun, semua itu tidak aku hiraukan. Tumpuanku hanya satu. Aku telah bertekad untuk merangkul piala kejohanan yang selama ini menjadi impianku.

Perlawanan kali ini sangat penting bagiku. Perlawanan ini yang akan menentukan juara keseluruhan di zon Timur. Sememangnya, bukanlah mudah bagi pasukan bola jaring sekolahku untuk sampai ke tahap ini. Banyak latihan yang harus kami jalani. Pelbagai cabaran yang harus kami tempuhi.

Adakalanya, latihan-latihan ini membuatkan aku terlalu letih untuk membuat kerja sekolahku ataupun mengulang kaji pelajaranku. Guruku sering memarahiku kerana tidak menyelesaikan tugas yang diberikan. Pada masa yang sama, jurulatih pasukan bola jaring, berura-ura ingin melantik Syirah, rakan karibku untuk menerajui pasukan sekolah bagi perlawanan kejohanan yang bakal menjelang. Cikgu Arif, jurulatih kami, ingin memberi peluang kepada orang lain pula menjalankan tugas tersebut. Dia juga mahu memberi ruang kepadaku untuk fokus dalam pelajaranku. Sebelum ini, aku yang selalu menerajui pasukan kami. Apabila aku mendapat tahu Syirah mungkin mengambil alih tempatku, aku mula berasa kecewa. Semua dugaan ini membuatkan aku berasa amat tertekan. Aku mula menjauhkan diri daripada Syirah. Aku tidak peduli jika perbuatanku itu telah membuat Syirah tersinggung. Tanpa pengetahuanku, Syirah telah pergi berjumpa jurulatih kami dan meminta agar tempatku tidak ditukar. Aku berasa amat terharu apabila mendapat tahu tindakan Syirah itu.

“Syirah, maafkan aku. Aku tidak sepatutnya menjauhkan diri daripada kamu. Bukan salah kamu jika Cikgu Arif ingin memberi tempatku kepadamu. Maafkan aku,” pintaku kepada Syirah.

"Tidak mengapa Zila. Memang kamu yang paling layak menjadi ketua dalam pasukan kami. Kamu seorang ketua yang berdedikasi. Aku tahu kamu sangat berharap untuk menjulang piala kejohanan itu.”

Kata-kata Syirah itu membuat aku rasa amat bersalah. Akhirnya, jurulatih kami akur dengan keputusan Syirah. Aku dikekalkan sebagai ketua dalam pasukan kami. Pasukan kami berjaya merangkul piala kejohanan itu. Aku berasa gembira tidak terkata. Impianku telah menjadi kenyataan.

(Sumber : Diubahsuai dari Pencapaian Bahasa Melayu 2009 )

(6)

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, jawab semua soalan yang berikut. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

18 Apakah yang menjadi tumpuan Zila pada waktu itu? (2 markah)

19 Mengapakah Zila dimarahi oleh gurunya? (4 markah)

20 Berikan motif Cikgu Arif memilih Syirah menerajui pasukan sekolahnya. (4 markah)

(lihat halaman sebelah)

Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Page 8

(7)

21 Berikan satu sifat Syirah yang patut diteladani. Berikan bukti untuk menyokong

pernyataan kamu. (4 markah)

22 Apakah pengajaran yang boleh kamu ambil daripada watak Zila. Jelaskan. (4 markah)

23 ‘Kata-kata Syirah itu membuat aku rasa amat bersalah.’ Jelaskan maksud kata-kata

ini. (4 markah)

(lihat halaman sebelah) Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Page 9

(8)

24 Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut.

(i) menerajui pasukan (2 markah)

(ii) akur (2 markah)

Selesai

Markah yang diperoleh

(9)

SEKOLAH RENDAH EAST SPRING PEPERIKSAAN PRELIM HML DARJAH 6 2016

BAHASA MELAYU LANJUTAN KUNCI JAWAPAN Q1-Q5 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Q1 8

Q2 4

Q3 5

Q4 7

Q5 2

Q6-Q10 MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)

Q6 kegunaan

Q7 mahupun / atau

Q8 bergantung

Q9 antara

Q10 menangani

Q11-Q15 MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH)

Q11 6

Q12 5

Q13 2

Q14 8

Q15 7

Q16-Q17 MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH)

Q16 ...kepentingan sikap bersatu-padu untuk memastikan Singapura maju dan berjaya.

Q17 ...mempunyai perasaan muhibbah, bertolak-ansur, hormat-,menghormati dan saling bantu-membantu tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Q18-Q24 KEFAHAMAN (26 MARKAH)

Q18 Zila bertekad untuk merangkul piala kejohanan untuk pasukan bola jaring sekolahnya.

Q19 1) Dia sering dimarahi guru kerana tidak membuat kerja sekolah akibat terlalu letih selepas latihan-laithan bola jaringnya.

2) Dia juga tidak menyelesaikan tugas yang diberikan.

Q20 1) Cikgu Arif ingin memberi peluang kepada orang lain pula untuk menjalankan tugas itu.

2) Dia juga mahu memberi ruang kepada Zila untuk fokus dalam pelajarannya. Q21 1) Syirah seorang rakan yang bertimbang rasa/ prihatin.

Buktinya:

2) Syirah pergi berjumpa jurulatih pasukan dan meminta agar tempat Zila sebagai ketua tidak ditukar ATAU

2) Syirah tidak pernah menyimpan rasa dendam terhadap perbuatan Zila terhadapnya.

Q22 Kita harus pandai membahagikan masa antara pelajaran dan aktiviti ko-kurikular. Kita harus menjadi seorang sahabat yang tidak mementingkan diri sendiri.

Q23 Zila rasa bersalah kerana dia telah menjauhkan diri daripada Syirah apabila jurulatih ingin Syirah mengambil alih tempatnya sebagai ketua pasukan. Perbuatannya itu telah menyinggung perasaan Syirah.

(i) mengetuai kumpulan (ii) setuju

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...

Related subjects :