TOV DAN AR GPMP KELAS GDB
2.1 Proses Penguasaan B2 Pendekatan Interaksional Hipotesis Perinteraksian (HI)
Pendekatan interaksional menggunakan HI (Long, 1996) adalah merupakan rangkaian manifestasi kepada respon-respon berupa kajian dan pemerhatian ilmiah yang dijalankan berterusan oleh Long dan para pengkaji lainnya. Pendekatan interaksional mula berkembang apabila dikaji secara lanjut dan direkodkan pemetaan konsepnya dengan lebih jelas oleh Long (M.H. Long, 1981, 1983b, 1983a) melalui kajian responnya terhadap Hipotesis Input Krashen. Seterusnya sisi struktur persepsinya dipermantapkan lagi melalui edisi diperkemas pada 1996 dalam hasil kajian beliau bertajuk “The Role of the Linguistic Environment in Second Language Acquisition” (M.H. Long, 1996), dan lain-lain kajian lagi yang berkaitan pendekatan interaksional.
Aspek interaksi berperanan penting dalam komunikasi seharian yang membantu proses penguasaan bahasa dalam kalangan BPnJ melalui bentuk-bentuk mekanisme interaksional Long iaitu; 1. Pengulangan (repetition), 2. Pemeriksaan pengesahan (confirmation checks), 3. Pemeriksaan pemahaman (comprehension checks) dan ke-4. Permohonan Penjelasan (clarification Request). Pendekatan dan mekanisme-mekanisme bahasa ini disebutkan sebagai strategi pembelajaran atau penguasaan bahasa. Strategi ditakrifkan sebagai segala tindakan atau perancangan yang diaplikasikan untuk mencapai tujuan. Dalam konteks ini tujuan berkenaan adalah merujuk kepada usaha untuk menguasai sesuatu Bahasa sebagai B2 secara bersendirian atau berkumpulan (Vijayaletchumy Subramaniam & Shobehah, 2016).
Mekanisme-mekanisme interaksional di atas diperjelaskan melalui contoh-contoh berikut;
2.1.1 Mekanisme Pengulangan (P) /Repetition
Mekanisme pengulangan adalah merupakan pengujaran perkataan-perkataan tertentu dalam perbualan khususnya oleh BPnJ seperti pada contoh verbatim (S5/R4/V722) di bawah;
10 BPnJ : Aji mana pigi? Lama tada makan sini?
11 PnJ : Ada sini juga. Knapa? Sudah rindukah? Haha (ketawa)
12 BPnJ : Aiyoob rinduP suda(h). Heheh (gelak kecil) 13 PnJ : Hai..., mestilah rindu... tu yang datang hari ni.
14 BPnJ : RinduP Aiyoob?
15 PnJ : Bukan kaulah! Rindu roti plaster dengan tehlah Yoob.
Hehehe
16 BPnJ : Ya, ya, rinduP roti plaster, rinduP teh tarik, rinduP mi goreng, rinduP sumua sini kedai... hehehe. Maso(k), maso(k).
(S5/R4/V722) Mekanisme P pada contoh di atas ditandai dengan “…P”. Perkataan yang diulang- ulang pengujarannya oleh BPnJ dalam verbatim berkenaan ialah perkataan “rindu”, pada baris 12, 14 dan 16 selepas BPnJ mendengarkannya, diujarkan sebelumnya
42
SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)
oleh PnJ pada baris 11. Menurut Arxer, Ciriza dan Shapeck, serta Mitchell et al, mekanisme P pada sampel ini dilihat lebih berperanan sebagai satu bentuk usaha sama ada untuk mempraktik atau menunjukkan demonstrasi penggunaan sesuatu unsur bahasa (Arxer, Ciriza, & Shappeck, 2017; Mitchell et al., 2013). Berdasarkan peranannya seperti di atas maka Long memecahkan lagi mekanisme P kepada 3 seperti berikut iaitu:
1) mekanisme P sebagai demonstrasi tunjukcara; Pengulangan perkataan digunakan di dalam dialog untuk tujuan menunjukkan cara sepatutnya perkataan berkenaan digunakan. Contohnya seperti pada verbatim S25/K2/V389 berikut:
10 BPnJ : Maso(k), maso(k) bole tengok-tengok, kain ada, tudung, school uniform pun ada.
11 PnJ : Baju sekolah pun adakah?
12 BPnJ : Baju sekola(h)P kanPS? SekolaPS menenga(h)?
SekolaPS renda(h)?
13 PnJ : Ini, besar punya. (sambil menunjuk anak)
14 BPnJ : Sekola menenga la, kan?PS OK ikut itu kakak... deii!
Kasi tengok baju sekolaP menenga ini abang!
(S25/K2/V389) Mekanisme P sebagai tunjukcara penggunaan dapat dilihat pada perkataan
“baju sekolah” yang diujarkan oleh PnJ pada baris 11. Perkataan berkenaan diujarkan oleh PnJ apabila mendapati bahawa BPnJ menggunakan perkataan “school uniform” untuk merujuk perkataan “baju (seragam) sekolah”. PnJ kemudiannya mengulangi maksud konteks (pengulangan semantik) yang sama dengan menggunakan perkataan “baju sekolah”, yang kemudiannya diulangi semula pengujarannya oleh BPnJ pada baris 12 dan 14.
2) Mekanisme P sebagai demonstrasi eksperimentasi; Pada baris 12, mekanisme P digunakan oleh BPnJ untuk mendemonstrasikan percubaan penggunaan perkataan berkenaan secara bereksperimentasi sama ada penggunaannya adalah sesuai atau sebaliknya.
3) Mekanisme P sebagai aplikasi; Pada baris 14 BPnJ mengaplikasikan perkataan “baju sekolah” dalam pengujaran ayatnya dengan yakin memandangkan respon perbualan beliau dengan PnJ sebelumnya menunjukkan bahawa demonstrasi eksperimentasi beliau adalah betul.
2.1.2 Mekanisme Pemeriksaan Pengesahan (PS) /Confirmation Checks Mekanisme interaksional PS adalah berupa pengulangan kata, frasa atau ayat yang diperoleh oleh BPnJ sebelumnya. Ia diulangi dalam pengujaran ayatnya bertujuan bagi memastikan adakah butiran yang difahaminya adalah betul atau sama seperti konteks yang difahami oleh PnJ. Long mendapati ia berlaku adalah berpunca
43
SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)
daripada ketidakpastian BPnJ terhadap satu atau beberapa butiran mesej yang disampaikan kepadanya akibat kekangan penanggapan individu. Menurut beliau, ia juga berlaku akibat daripada keperluannya untuk kepastian tentang sesuatu perkara.
Contoh bentuk-bentuk mekanisme PS adalah seperti pada verbatim V214 berikut:
10 PnJ : Raya, Satu kali pulang kampung, berapa belanja Mat?
11 BPnJ : Satu kali jalan? dua kali jalan? Satu kali jalan kan?PS
12 PnJ : Ya, sampai kampung, Chennai.
(S2/R2/V214)
Pada baris 10 frasa “…satu kali (perjalanan)…” digunakan oleh PnJ dan didengar oleh BPnJ. Frasa berkenaan digunakan sebanyak 3 kali pada baris 11.
Didapati unsur pemeriksaan pengesahan ini adalah berikutan ketidakpastian BPnJ (S. M. Gass, 2003) berhubung konsep ukuran “satu kali perjalanan” yang dimaksudkan, adakah melibatkan perjalanan pergi (balik kampung) sahaja atau pergi dan balik semula ke Sabah? BPnJ kemudiannya mengujarkan ayat pada baris 11 bagi mendapatkan kepastian berhubung adakah pemahaman konsep “satu kali jalan” itu sama seperti konteks yang dimaksudkan oleh PnJ (Mitchell et al., 2013).
Berbeza sedikit pada verbatim V615 berikut yang menunjukkan bahawa pengulangan berupa pemeriksaan pengesahan yang lebih ringkas pada baris 11 dan 13 adalah lebih kepada berupa pemastian pengesahan sahaja, namun fungsi utama mekanisme berkenaan masih serupa iaitu untuk kepastian keselarasan pemahaman antara BPnJ dengan interlokutor.
10 PnJ : Berapa score semalam Arsenal?
11 BPnJ : Mana? ArsenalPSkah? Bola?
12 PnJ : Tak tengokkah semalam?
13 PBnJ : Tengok? Semalam?PS Tadaa...Saya (sokong) Manchester!
14 PnJ : Liga baa, menang 3 mata, seri 1 mata, kalah 0 mata, taukah?
15 BPnJ : Saya tauuu. 3 mata, 1 mata saya apa bikin?
Saya seronok tengok bola (saja).
(S3/C1R16/V615) 2.1.3 Pemeriksaan Pemahaman (PF) /Comprehension Checks
Menurut Pica (T Pica, Young, & C Doughty, 1987) pemeriksaan pemahaman merupakan strategi dalam pendekatan interaksional yang dilakukan oleh PnJ terhadap BPnJ. Ia adalah merupakan satu cara bagi PnJ mengenal pasti tahap pemahaman dan mengesahkan sama ada mesej yang disampaikannya dapat diterima.
Strategi ini penting sebagai salah satu komponen juga dalam perundingan makna (meaning negotiations) (S. Gass & Varonis, 1982). Contoh bentuk-bentuk mekanisme PF adalah seperti pada petikan verbatim berikut:
44
SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)
10 PnJ : Aarun mana, bai?
11 BPnJ : Aarun? Suda(h) balik?
12 PnJ : India?
13 BPnJ : India balik.
14 PnJ : Sekejapnya. Berapa lama sajalah dia tahan duduk sini?
15 BPnJ : Tada. Aarun tada. Suda balik India.
16 PnJ : Bukan. Saya tanya, dia tidak tahan tinggal sinikah?PF
17 BPnJ : Ya. Tada tahan. Aarun balik Chennai suda.
18 PnJ : Berapa lama? Berapa lama saja dia tahan sini?PF 19 BPnJ : Wo, tada lama. Dua bulan lebey saja. Suda pulang.
Hehe
(S2/R2/V632)
Mekanisme PF digunakan oleh PnJ pada baris 16 dan 18. Penggunaannya adalah bertujuan untuk memastikan bahawa BPnJ memahami konteks perbualan yang dimaksudkan oleh PnJ.
1.1.1 Permohonan Penjelasan (PJ) /Clarification Checks
Mekanisme Permohonan Penjelasan adalah merupakan mekanisme yang memfokuskan kepada permohonan penjelasan daripada mana-mana pihak sama ada PnJ atau BPnJ bagi mendapatkan respon berupa menjelasan lebih lanjut berkenaan butiran sesuatu perkara, atas tujuan untuk lebih memahaminya dengan lebih lanjut (Michael H. Long, 1996). Ia juga merupakan satu strategi bagi mendapatkan perincian yang lebih jelas berkenaan topik yang sedang dibincangkan. Menurut Long ia digunakan oleh kedua-dua penutur apabila mendapati ada keperluan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berhubung penerangan yang diperoleh terdahulu.
Contoh-contoh dan pola penggunaannya adalah seperti pada verbatim, berikut:
10 PnJ : 30 keping aa Haji? Tapau, mau sedekah masjid malam ni.
11 BPnJ : Ya, suda tapau, sindiri ambil ka? Bos ambil ka?PJ 12 PnJ : Saya datang ambil.
13 BPnJ : Stock pot saya ka? Bos punya ka?PJ 14 PnJ : Tak pa, saya kasi saya punya, senang cerita.
(S1/R1R2/V417)
Pada petikan verbatim di atas BPnJ mengajukan pertanyaan lanjut bagi meningkatkan lagi pemahaman berhubung tugasan kerja yang perlu disediaknnya agar tidak berlaku kesilapan pada baris 11. Frasa bertanda adalah merupakan bentuk- bentuk PJ yang digunakan. Menurut Gass (Alison, Rebekha, & Gass, 2012) soalan BPnJ pada baris 11 bukanlah kerana beliau tidak memahami perihal mesej yang diujarkan oleh PnJ pada baris 10, sebaliknya adalah lebih kepada berupa keperluan untuk mendapatkan butiran lanjut (elaborate) berhubung dengannya. Situasi yang
45
SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)
serupa berlaku pada contoh ujaran BPnJ di baris 13 pada ujaran ayat ‘Stock pot saya ka? Bos punya ka?’.