OPEN UNIVERSITY Hubungan Etnik kumpulan etnik dominan dan
minoriti
kumpulan dominan atau migrasi secara paksa kelompok minoriti
Selepas itu, penjajahan kelompok minoriti.
Hubungan antara kumpulan etnik dominan dan minoriti
Bersifat paternalistik atau kompetetif Secara idealnya bersifat kesaksamaan tetapi sering bersifat kompetetif
Kompetetif
Bentuk stratifikasi Kasta atau seperti kasta; kasta dan etnisiti sering bertindih
Hieraki kelas dalam setiap kumpulan etnik
Kelas dan etnisiti saling bertindih; tetapi kumpulan minoriti berselerak dalam sistem kelas Segregasi dalam kalangan
kumpulan etnik
Sangat tegar; dinyatakan dengan jelas oleh tradisi dan undang-undang
Tegar tetapi secara sukarela; kumpulan etnik tertumpu pada wilayah yang tertentu
Sederhana dan secara sukarela bagi kumpulan yang mempunyai ciri budaya dan fizikal yang sama dengan kumpulan dominan; tegar dan secara paksa bagi kumpulan minoriti
Pengasingan institusi dalam kalangan kumpulan etnik
Tinggi kecuali dalam lapangan ekonomi
Tinggi kecuali dalam lapangan ekonomi dan kerajaan pusat
Rendah dalam lapangan politik dan ekonomi
Perbezaan fizikal dan budaya antara kumpulan etnik dominan dan minoriti
Perbezaan fizikal dan budaya yang sangat jelas
Sedikit atau tiada langsung perbezaan fizikal; perbezaan budaya yang jelas ialah dari segi bahasa dan agama
Kepelbagaian dari aspek fizikal; perbezaan sangat jelas dari segi budaya
Objektif utama dasar etnik Pluralisme ketidaksamaan Pluralisme kesaksamaan Asimilasi Tahap konflik Tinggi tetapi rendah pada jangka
masa panjang
Agak rendah kecuali dalam soal budaya dan hak politik
Tidak menentu tetapi agak tinggi dalam kumpulan etnik yang mempunyai perbezaan nyata
Contoh negara Kolonial India, Afrika Selatan semasa Aparteid, Selatan Amerika Syarikat sebelum perang
Switzerland dan Kanada Amerika Starikat, Brasil dan Israel
Jadual 1.10 Tiga jenis masyarakat pelbagai etnik Sumber: Marger (2011: 137)
Masyarakat plural korporat
Kumpulan etnik dalam masyarakat plural korporat dipisahkan oleh perbezaan budaya dan fizikal tetapi tiada suatu kumpulan etnik pun yang bersifat dominan. Sebaliknya, setiap kumpulan etnik agak seimbang daripada aspek kuasa politik dan ekonomi.
Jika ada pun segregasi kumpulan, ianya berlaku atas dasar pilihan atau sukarela dan bukannya atas dasar paksaan seperti dalam masyarakat kolonial.
Ideologi penting dalam masyarakat plural korporat ialah etnisiti tidak digalakkan.
Walau bagaimanapun, kumpulan etnik dibenarkan untuk mengekalkan identiti mereka masing-masing tetapi diberi ruang dan peluang untuk bekerjasama dalam lapangan ekonomi dan politik. Hasilnya, konflik dapat diminimakan. Akan tetapi, isu budaya berupaya menghangatkan keadaan dan menimbulkan pesaingan dan konflik dalam kalangan kumpulan etnik.
Masyarakat asimilasi
Dalam masyarakat asimilasi, terdapat kumpulan yang bersifat dominan manakala kumpulan etnik minoriti lain melalui pelbagai tahap asimilasi. Hubungan etnik dalam masyarakat ini lebih bersifat persaingan. Kumpulan etnik bersaing dalam arena politik dan ekonomi untuk mendapatkan kuasa dan pekerjaan. Stratifikasi sosio-ekonomi pula ditentukan oleh kelas dan bukannya pertimbangan etnik semata- mata. Walaupun dari segi teorinya kumpulan etnik dapat mengecapi kejayaan berdasarkan merit dan kerja kuat, realitinya kumpulan etnik minoriti tetap berada di bawah hieraki ekonomi dan politik. Dengan kata lain, perkembangan kumpulan etnik minoriti adalah agak terhad.
Dalam masyarakat asimilasi, ideologi rasis adalah terkawal kerana ia tidak diterima oleh kumpulan minoriti. Justeru, dasar atau luahan yang bersifat rasis boleh membawa kepada konflik. Disebabkan sistem stratifikasi yang bersifat lebih terbuka dan kompetetif, konflik dalam kalangan masyarakat asimilasi ini adalah lebih kerap berbanding masyarakat kolonial dan plural. Dalam masyarakat kolonial, kumpulan minoriti menerima kedudukan istimewa kumpulan dominan, oleh itu konflik dapat dielak. Manakala dalam masyarakat plural, kesaksamaan dan keseimbangan dalam lapangan ekonomi dan politik menjadikan konflik etnik dapat dikawal. Tetapi dalam masyarakat asimilasi, kumpulan minoriti bersaing dengan kumpulan dominan yang cuba mempertahankan kedudukan dan keistimewaan mereka. Keadaan ini akhirnya akan membawa kepada konflik yang berpanjangan.
Aktiviti 1.6
Berdasarkan tipologi masyarakat pelbagai etnik yang dikeutarakan oleh Martin N. Marger (2011), bincangkan bentuk hubungan etnik yang paling sesuai mengambarkan Malaysia.
Rumusan
1. Ras dan etnik adalah dua konsep yang berbeza. Ras merujuk kepada pengkelasan manusia mengikut ciri fizikal dan biologi manakala etnik pula merujuk kepada kumpulan yang mempamerkan ciri budaya yang berbeza.
2. Stratifikasi etnik ialah keadaan di mana kelompok etnik majoriti atau dominan mengekalkan kuasa mutlak bagi mempengaruhi bentuk hubungan etnik.
3. Prejudis dan diskriminasi adalah teknik penguasaan kumpulan etnik minoriti. Ia seringkali digunakan oleh kumpulan majoriti atau dominan. Walau bagaimanapun, kelompok minoriti tidak terkecuali daripada menggunakan teknik ini apabila berinteraksi dengan kumpulan etnik lain.
4. Kumpulan etnik, lazimnya, akan bergerak ke arah dua matlamat yang berbeza, iaitu peningkatan dari segi integrasi atau pemisahan.
5. Peningkatan dari segi integrasi dikenali sebagai proses asimilasi.
Asimliasi mengambil empat bentuk iaitu asimilasi budaya, struktur, biologi dan psikologi. Ia adalah proses di mana sempadan etnik menjadi lemah disebabkan peningkatan interaksi dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.
6. Peningkatan pemisahan pula dikenali sebagai proses pluralisme.
Ia mempunyai dua bentuk iaitu pluralisme kesaksamaan dan ketidaksamaan. Pluralisme kesaksamaan adalah keadaan di mana perbezaan budaya dan struktur dikekalkan tetapi wujudnya keterbukaan dalam lapangan ekonomi dan politik.
Pluralisme ketidaksamaan pula adalah keadaan di mana perbezaan budaya dan struktur dikekalkan tetapi pada masa yang sama kumpulan etnik yang berbeza berinteraksi dalam institusi ekonomi dan politik secara tidak seimbang.
7. Masyarakat pelbagai etnik dapat dikategorikan kepada tiga jenis yang utama iaitu masyarakat kolonial, plural korporat dan asimilasi.
8. Ciri masyarakat kolonial ialah pertembungan awal disebabkan oleh penjajahan atau migrasi secara paksaan; sistem stratifikasi seperti kasta diamalkan; matlamat kumpulan dominan ialah pluralisme ketidaksamaan; dan konflik dalam masyarakat terkawal tetapi boleh menjadi serius.
9. Ciri masyarakat plural korporat ialah pertembungan awal kumpulan etnik disebabkan oleh pemisahan sempadan politik atau migrasi secara sukarela; segregasi adalah tinggi terutamanya dalam lapangan tertentu tetapi ia bersifat sukarela; dan dasar utama masyarakat ialah pluralisme kesaksamaan.
10. Ciri masyarakat asimilasi ialah pertembungan awal kumpulan etnik adalah melalui migrasi yang berlaku secara sukarela;
tahap segregasi dari aspek budaya dan fizikal adalah jelas tetapi berbeza dalam kalangan kumpulan etnik; dan pengasingan institusi dan konflik dalam kalangan kumpulan etnik juga adalah jelas.
Latihan Kendiri 1.3
1. Bandingkan konsep ras dan etnik.
2. Bincangkan bagaimana prejudis dan diskriminasi digunakan sebagai alat dominasi etnik.
3. Jelaskan konsep stratifikasi etnik. Bincangkan bentuk stratifikasi etnik di Malaysia.
4. Jelaskan secara ringkas dua pola hubungan etnik.
5. Bandingkan tiga jenis masyarakat pelbagai etnik.
Cadangan jawapan untuk aktiviti
Maklum Balas Aktiviti 1.5
1. Senarai stereotaip
a. Orang Melayu pemalas
b. Orang Cina kiasu (suka bersaing) c. Orang India suka putar belit
d. Orang Bajau adalah orang laut e. Orang Iban masih bercawat
2. Langkah-langkah untuk mengatasi prejudis ini
a. Kenali budaya dan kepercayaan kumpulan etnik lain.
b. Nilai seseorang berdasarkan peribadinya.
c. Tolak pandangan-pandangan umum dan negatif mengenai kumpulan etnik lain.
Aktiviti 1.6
Malaysia boleh dikategorikan sebagai masyarakat asimilasi kerana 1. Orang Melayu adalah etnik dominan.
2. Ideologi rasis agak berleluasa tetapi terkawal.
3. Kumpulan etnik bersaing untuk mendapatkan kuasa politik dan ekonomi.
4. Walaupun konflik etnik tidak berlaku secara kerap, insiden pertelingkahan etnik tetap tercetus.