• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prinsip Asas Reka Bentuk dan Pembangunan Kursus dalam Talian Penulisan Akademik

N/A
N/A
apc uep

Academic year: 2025

Membagikan "Prinsip Asas Reka Bentuk dan Pembangunan Kursus dalam Talian Penulisan Akademik"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1

ASSIGNMENT FRONT COVER PAGE (1st PAGE) SEPTEMBER 2022 SEMESTER

KOD SUBJEK : EDD 1230

SUBJECT CODE :

TAJUK SUBJEK : PRINSIP ASAS REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN KURSUS DALAM TALIAN

SUBJECT TITLE :

PERINGKAT : SARJANA PENDIDIKAN

LEVEL : MASTER OF EDUCATION

Nama pelajar : ZAIROHA ABD GHANI Sudent’s Name :

No. Matrik :

Matric No :

Program : Sarjana Pendidikan Programme : Master of Education Nama Pensyarah : Dr. Teh Chiew Lan Lecturer’s Name :

Pusat Pembelajaran : Shingo, Shah Alam Learning Centre :

(2)

2

TUGASAN BAHAGIAN A Penulisan Akademik PENDAHULUAN

Teknologi maklumat didefinasikan sebagai penggunaan sistem komputer dan telekomunikasi untuk menyimpan, mengambil, melindung, memproses, melihat dan menghantar maklumat tanpa batasan waktu dan tempat. Dengan menguasai teknologi maklumat pengguna dapat meningkatkan pengetahuan am, memperkasakan kemahiran diri, memudahkan komunikasi, menambah pendapatan, menjimatkan masa dalam pelbagai urusan dan dapat membina jati diri yang unggul. Perkembangan teknologi mengubah cara hidup masyarakat konvensional untuk bergantung kepada kemudahan yang telah dicipta. Dengan terciptanya telefon pintar dan komputer menerima impak besar daripada setiap golongan manusia sama ada untuk kegunaan peribadi atau organisasi. Golongan sasar kepada teknologi maklumat adalah remaja dan kanak- kanak. Mereka adalah tunjang masa hadapan dan seharusnya menguasai teknologi maklumat selaras dengan perkembangannya agar faedah mampu diperoleh dapat dimanfaatkan.

Kewujudan aplikasi teknologi mengubah cara komunikasi pengguna dengan membuka ruang luas rangkaian hubungan ke serata dunia.

PENGENALAN

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) memberi kesan baik kepada pelajar, dilihat mampu meningkatkan daya kreativiti. Aplikasi perisian dianggap sebagai alatan metaphor. Penggunaannya berasaskan operasi logik. Peningkatan pengaturcaraan dalam aplikasi perisian yang ada kini memainkan 3 peranannya sebagai guru elektronik (Fisher, 2001). Berdasarkan jurnal artikel kajian oleh Frank Levi, Richard J. Murnane (dalam Phi Delta Kappan, 2004) menyatakan teknologi komputer menyalurkan pelbagai informasi. Ia meningkatkan nilai kemahiran guru dan pelajar menjadi bukti kepentingan alatan komputer sebagai suatu keperluan kini. Kemajuan dunia membawa perubahan pelbagai aspek.

Pendidikan juga perlu berubah untuk beradaptasi dengan kemajuan teknologi serta pemikiran

(3)

3

generasi baharu bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan. Pendidikan Alaf ke-21 (PAK21) diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara pada 2014. PdP abad ke-21 merujuk beberapa teras iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah.

Pembangunan pesat teknologi memberi kesan kepada perubahan hidup. Kesan, berlakunya pembangunan dimensi dan inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk membawa Malaysia ke arah negara maju. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyarankan supaya pembudayaan penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dilaksanakan secara meluas di peringkat sekolah. (Abd Hakim et.

al. (2018), proses PdP menggunakan teknologi lebih diminati kerana kaedah penyampaian secara interaktif, realiti, inovtif dan eksplorasi dan boleh di akses di mana-mana web. (Nor Aziah, Mohd Taufik, 2016; Noraini, Shuki, 2009) penerimaan pelajar terhadap ilmu lebih berkesan dan menjimatkan masa.

ISI KANDUNGAN

Menguasai teknologi maklumat adalah meningkatkan pengetahuan am dalam kalangan para pelajar dan pendidik. Teknologi menjadikan proses PdP menjadi lebih menarik dan berkesan di dalam kelas. Seperti penggunaan aplikasi powerpoint, flash, video, dan visual. Melalui cara ini proses PdP dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses PdP kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Inovasi dalam teknologi pendidikan akan merangsang murid untuk belajar dengan lebih baik. Sesuatu penerangan secara menyeluruh dapat diberikan melalui media seperti video, televisyen dan internet.

Dengan perkembangan teknologi maklumat seperti media sosial, segala maklumat diperolehi dengan pantas tanpa mengira waktu dan tempat. Penularan maklumat lebih pantas sekiranya dimuat naik ke laman sosial. Pengetahuan am ini adalah penting supaya pelajar mengenali dan mengetahui hak mereka serta dapat memberikan pendapat atau solusi. Tambahan pula, pelajar dapat mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di negara lain. Dengan mempelajari teknologi maklumat, membantu melahirkan pelajar berpengetahuan luas. Semasa proses PdP

(4)

4

guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari, bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT, disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT.

Teknologi maklumat membantu memperkasakan kemahiran diri pelajar mendepani arus modelisasi, kebanyakkan pelajar harus menguasai lebih daripada satu kemahiran.

Kemahiran berkomunikasi dan pembawaan imej diri telah menjadi kriteria utama bagi penilaian dalam perkembangan karier. Maka, pelajar mempelajari kemahiran di luar kelas melalui aplikasi penstriman video seperti youtube. Selain itu, pelajar perlu mengadaptasikan penggunaan teknologi dalam kehidupan harian kerana kehidupan pada masa akan datang dipenuhi dengan teknologi yang lebih mudah dan efisien. Sejajar dengan perkembangan teknologi yang pantas, pelajar harus bijak menambah kemahiran lain supaya menjadi nilai tambah kepada diri.

Penguasaan teknologi maklumat dapat memudahkan komunikasi sesama manusia tanpa batasan waktu dan tempat. Kewujudan aplikasi teknologi seperti whatsapp telah mengubah cara komunikasi di mana panggilan suara melalui telefon telah ditambah baik dengan panggilan video, dapat bersua muka dalam masa sebenar dan berkomunikasi dengan lebih baik.

Perhubungan jarak jauh menjadi kelaziman masyarakat dan membantu proses globalisasi yang perlu diterima dan dimanfaatkan. Aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram membuka ruang kepada penggunanya meluaskan rangkaian hubungan antarabangsa. Kemudahan komunikasi melalui teknologi maklumat penting dalam aspek keselamatan diri kerana panggilan kecemasan dan perkongsian lokasi boleh dilakukan dengan mudah jika mangsa berada situasi kecemasan.

Dalam kegawatan ekonomi yang tidak menentu penjanaan pendapatan sampingan menjadi perkara yang penting untuk dilakukan oleh masyarakat kini dengan menguasai teknologi maklumat dapat menambah pendapatan diri. Dengan menguasai teknologi maklumat, masyarakat boleh menceburi bidang perniagaan secara atas talian dan membantu keluarga menjana pendapatan sampingan. Membantu perkembangan perniagaan di hujung jari

(5)

5

dengan membuka laman sosial bagi tujuan promosi dan pasaran. Selain itu, aplikasi penghantaran seperti Food Panda dan Grab Food dapat digunakan sekiranya anda menguasai penggunaan teknologi maklumat dan mengadaptasi sistem tersebut. Secara tidak langsung, telah menguasai dua bidang dalam satu pekerjaan iaitu teknologi dan perniagaan.

KESIMPULAN

Menguasai teknologi maklumat pengguna dapat meningkatkan pengetahuan am, memperkasakan kemahiran diri, memudahkan komunikasi, menambah pendapatan, menjimatkan masa dalam pelbagai urusan dan dapat membina jati diri yang unggul.

Perkembangan teknologi mengubah cara hidup masyarakat konvensional untuk bergantung kepada kemudahan yang telah dicipta. (Abd Hakim et. al. (2018), proses PdP menggunakan teknologi lebih diminati kerana kaedah penyampaian secara interaktif, realiti, inovtif dan eksplorasi dan boleh di akses di mana-mana web. Dengan menguasai teknologi maklumat masyarakat dapat meningkatkan pengetahuan am, memperkasa kemahiran diri, memudahkan komunikasi, menambah pendapatan dan menjimatkan masa dalam pelbagai urusan serta dapat membina jati diri yang unggul. Usaha ini juga telah disokong oleh kerajaan melalui pelaksanaan Pendidikan Alaf ke-21 (PAK21), ia diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara pada 2014. PdP abad ke-21 merujuk beberapa teras iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah dalam memacu negara ke arah kemajuan, progresif dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

(1001 patah perkataan)

(6)

6 RUJUKAN

Atas talian artikel, Faedah Menguasai Teknologi Maklumat, di akses pada 23 November 2022, dalam laman web https://www.ipendidikan.my/faedah-menguasai-teknologi-maklumat.html

Atas talian artikel, Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan (TP) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), di akses pada 23 November 2022, dalam laman web https://emilychristinaedu3053.weebly.com/slt-1-peranan-dan-kepentingan-teknologi-

pendidikan-tp-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pdp.html

Atas talian artikel, Peranan Teknologi dalam Pendidikan, 12 April 2022, di akses pada 7

November 2022, dalam laman web

https://ainiilyanamohdzailan.wordpress.com/about/peranan-teknologi-dalam-pendidikan//

Atas talian artikel, Pembelajaran Abd ke-21, 12 April 2022, di akses pada 7 November 2022, dalam laman web https://cikgusmvellasamy.blogspot.com/p/pembelajaran-abad-ke-21- bahasa-melayu/

Atas talian artikel, Reka Bentuk Visual – Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, di akses pada 19 November 2022, dalam laman web http://effaedu3053.weebly.com/reka-bentuk- visual.html

Atas talian artikel, Pembelajaran Visual dalam Usaha Meningkatkan Tahap Kefahaman Murid Prasekolah, di akses pada 20 November 2022, dalam laman web http://ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PRA/9.%20Wee.pdf

Atas talian artikel, Teknologi dan Media Pengajaran – Visual untuk Pengajaran dan Pembelajaran, di akses pada 21 November 2022, dalam laman web http://edup- 2083.blogspot.com/2019/07/topik-3-visual-untuk-pengajaran-dan.html

(7)

7

Atas talian artikel, Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Aliran perdanan dan Berkeperluan Khas – Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, di akses pada 21 November 2022, dalam laman web http://effaedu3053.weebly.com/peranan-dan-kepentingan-teknologi-pendidikan-dalam-

pengajaran-pembelajaran-murid-aliran-perdana-dan-berkeperluan-khas.html

Atas talian artikel, Kajian Proses Pengembangan Idea Kreatif Reka Bentuk Grafik Melalui Pengunaan Perisian Adobe Illustrator Dikalangan Pelajar Bukan Berlatar Belakangkan Pendidikan Seni Visual Di Kolej Teknologi Cosmopoint, di akses pada 21 November 2022 di laman web https://www.researchgate.net/profile/Saiful-Akram-Che- Cob/publication/306108954_KAJIAN_PROSES_PENGEMBANGAN_IDEA_KREATIF_R EKA_BENTUK_GRAFIK_MELALUI_PENGUNAAN_PERISIAN_ADOBE_ILLUSTRAT OR_DIKALANGAN_PELAJAR_BUKAN_BERLATAR_BELAKANGKAN_PENDIDIKA N_SENI_VISUAL_DI_KOLEJ_TEKNOLOGI_COSMOPOI/links/57b272eb08ae15c76cbb3 fc0/KAJIAN-PROSES-PENGEMBANGAN-IDEA-KREATIF-REKA-BENTUK-GRAFIK- MELALUI-PENGUNAAN-PERISIAN-ADOBE-ILLUSTRATOR-DIKALANGAN- PELAJAR-BUKAN-BERLATAR-BELAKANGKAN-PENDIDIKAN-SENI-VISUAL-DI- KOLEJ-TEKNOLOGI-COSMOPOI.pdf

Referensi

Dokumen terkait