<SS
GALA psý
ýti ý
ý ýý
ý ý
7 ý
" ýfi
ýN I M Aý"
1 I
1 1
SEMANGAT BULUH DALAM MASYARAKAT BIDAYUH SEBAGAI IDEA PENCIPTAAN KARYA
ANYSITYA ANAK JUSAM
N 7429.4 AN637 2016
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Seni Halus)
2016
ruft Kuiilaut Mddw"Alude®ik uNIVERSITT MAI, AYSfA SARAWAK
SEMANGAT BULUH DALAM MASYARAKAT BIDAYUH SEBAGAI IDEA PENCIPTAAN KARYA
ANYSITYA ANAK JUSAM
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Seni Halus)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2016
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Grade:
Please tick (i)
Final Year Project Report Masters
PhD DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the Thursday of June 2016.
Student's Declaration:
Ile]
ý ý
ANYSHYA ANAK JUSAM (40609) from FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE- ART Shereby declare that the work entitled SEMANGAT BULUHDALAM
MASYARAKAT BIDAYUH SEBAGAI IDEA PENCIPTAAN KARYA is my original work. I have not copied from any other students' work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.
ý
C )q Zat 6
ANYSHYA ANAK JUSAM (40609) Date Submitted
Supervisor's Declaration:
I ASSOCIATE PN. ENDANG LESTARI hereby certifies that the work entitled
SEMANGAT BULUH DALAM MASYARAKAT BIDAYUH SEBAGAI IDEA
PENCIPTAAN KARYA prepared by the above named student, and was submitted to the "FACULTY" as a * partial/full fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS (FINE ARTS), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work.
Receiv ý examixýgtion by:
(PN. ENDANG LESTARI) I
Date: 09 3M HE 201-6
1
I
declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (I:
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization
0
ý aaca c
research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:
" This Project/Thesis is the sole legal property of University Malaysia Sarawak (UNIMAS).
" The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.
" The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database.
" The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
" No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
" This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.
Student signature 4" Supervisor signature) ' `
(Date: 9 JUNE 2016) (Date: 9JUNE 2016)
Current Address:
NO. KAMPUNG PLAMAN SIDUNUK. 94200 JLN LINK PADAWAN KUCHING SABAWAKK
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
11
PENGAKUAN
Projek bertajuk SEMANGAT BULUH DALAM MASYARAKAT BIDAYUH
SEBAGAI IDEA PENCIPTAAN KARYA telah disediakan oleh ANYSHYA ANAK JUSAM dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus).
Diterima untuk diperiksa oleh:
I
(PN. ENDANG LESTARI) Tarikh: 09 3u NE 'a01 b
Hi
PENGESAHAN
Adalah ini diakui bahawa saya, ANYSITYA ANAK JUSAM disertai penulisan yang
bertajuk SEMANGAT BULUH DALAM MASYARAKAT BIDAYUH SEBAGAI
IDEA PENCIPTAAN KARYA sebagai sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dalam Program Seni Halus diterima.
Disahkan oleh:
ýr
(PN. ENDANG LESTARI)
Penyelia
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ku panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah memberi dan membuka ruang kepada dalam melaksanakan sebuah karya sendiri dalam bidang seni ini. walaupun terpaksa mengharungi pelbagai kesulitan dan cabaran dalam menyiapkannya.
Hasil kajian ini tidak mungkin dapat disiapkan tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada semua pihak. Jutaan terima kasih terutamanya kepada penyelia saya iaitu Puan Endang Lestari yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Segala idea serta tunjuk ajar dalam pemilihan tajuk dan langkah-langkah dalam menyiapkan kajian ini amat saya hargai. Tidak lupa juga kepada En. Awangko Hamdan Awang Arshad selaku pensyarah seramik yang telah memberi tunjuk ajar semasa proses penyelidikan ini berlangsung.
Selain itu, jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada keluarga saya yang banyak membantu, mendorong dan memberi semangat serta sokongan moral kepada saya dalam melaksanakan pembelajaran saya dalam bidang tersebut. Segala nasihat daripada mereka akan saya jadikan pedoman dan pegangan dalam hidup untuk terus tidak berputus isa dalam menghadapi halangan dan cabaran.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah program Seni Halus atas komen serta idea semasa Pra -Cipta berlangsung dan akan memperbaiki segala kekurangan yang ada. Kepada rakan-rakan ucapan terima kasih juga yang tidak terhingga kerana banyak memberi kerjasama dan membantu walaupun masing-masing menghadapi masalah yang tersendiri tetapi saya bersyukur kerana kawan-kawan yang bersama saya telah memberi kerjasama yang ea"at dalam sebuah keluarga program Seni 'Halus.
Sekian, terima kasih.
V
rwtt Kiidmt Mddupt Awie. iE UMVER3ITI MALAYSIA SARAw"'
ISI KANDUNGAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN ... I, II PENGAKUAN PELAJAR . . .. . .. . .. . .. . .. . ... .. .. . . .. . . ... .. . ... ... .. . . .. . .. . .. . .... . .. . ... III
PENGESAHAN PENYELIA ... IV
PENGHARGAAN ...:... ... V ABRTRAK . . . .. . . .. . .... . . .. . . .. X ABSTRACT . . .. . .. ... . . . .. . .. . .. . ... .. . . .. .. . .. .. .. .. . ... . .. ... .... .. .... . . . .. . .. . ... . ... . XI
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian ... 1
1.2 Permasala6an Kajian
... 2,3 1.3 Objektif Kajian ... 4
1.4 Persoalan Kajian ... 4
1.5 Kepentingan Kajian ... 4
1.6 Skop Kajian ... 5, 5,6 1.713ipotesis ... .. . . . .. .... .. . .. ... .... .... .. ... . . . ... ... . .... .. . . 6, 6,7
vi
BAB 2: SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan ... 8 2.2 Masyarakat Bidayuh ... 8, 9, 10,11
2.3 Rujukan Artis
A. Artis Rujukan 1 ... 12, 12,13 B. Artis Rujukan 2 ... 13,14,15,16
2.4 Media dan Bentuk ... 17
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan ... ... ... . ... . 18,19 3.2 Rujukan Sumber Ilmiah
A. Buku ... 19, 19,20 B. Kajian Lepas ... 20
C. Rujukan Akhbar / Media Massa ... 20, 20,21
D. Sumber Web ... 21 3.3 Eksplorasi Bahan Kajianvii
Pengenalan
... ... . ... ... ... ... ... .... ... . ... 21 A. Seramik ... . ... .... ... ... ... ... ... . ... ... ... . ... .. ... 22 B. Tali
. . .. . .. . .. .. . . .. . .. . . .. . .. . . .. . .. . .. . .. . .. . . .. . .. . . .. . .. . . ... . . . . .... . . ... 22 C. Besi
. . .. . . .. . . .. 22 BAB 4: KAJIAN DAN HASIL DAPATAN
4.1 Pengenalan ... 23 4.2 Kajian Literasi ... 23
4.3Penghasilan Karya ... 23, 23,24
4.4 Proses Penghasilan Karya ...:... 25, 26, 27, 28, 29, 30
4.5 Hasil Dapatan Kajian ... 31, 31,32
4.6 Penjelasan hash karya ... 32, 32,33
BAB 5
Kesimpulan . ... . .. . . ... .. . .. . .. . .. . . .. ... ... . .. ... ... . .. . ... .. . .. . ... .... .... . . ... . .. . .. . .. 34
Rujukan ...:... 35
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan merupakan sebahagian daripada perjalanan Kursus GKV 3206 Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir yang dijalankan oleh pelajar tahun akhir Program Seni Halus. Fokus kajian yang dipilih adalah mengenai semangat buluh dalam masyarakat Bidayuh sebagai idea penciptaan karya. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji dengan lebih terperinci tentang budaya dan nilai kebergantungan masyarakat Bidayuh terhadap buluh lalu diterjemahkan dalam karya yang bertajuk Rakat dimana penggunaan media yang digunakan adalah menggunakan media tanah liat dan besi. Dalam karya ini juga hanya semangat buluh sahaja yang diambil sebagai subjek matter. Melalui kajian ini, Pengkaji cuba mengupas segala persoalan serta konflik dalaman yang dirasainya sepanjang menjalankan kajian ini.
ix
ABSTRACT
The study Is part of research and courses GKV 3206 final year project out by final year student of the department of Visual Arts and Technology. The selected research focus on the spirit of Bidayuh bamboo as the creation of ideas. Study is intended to exemine in more detail about the culture and the Bidayuh community's dependence on the bamboo then translated in the works titled communities, where media use is using clay and metal. In this work study only focuses on bamboo spirit as the subject matter.
Through this study, the researchers tried to analyze all the problems and conflicts that were felt throughout this study.
R
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan Barat Daya Sarawak iaitu bahagian Serian, Kuching, dan Barat Kalimantan. Masyarakat Bidayuh juga terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu Selakau atau Lara yang terdapat di daerah Lundu, Jagoi atau Singai di daerah Bau, Biatah di daerah Kecil Padawan, dan Bukar atau Sadong di Daerah Serian.
Pada zaman dahulu, suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang yang lazimnya terletak jauh di kawasan pedalaman dan tanah tinggi. Struktur rumah panjang masyarakat kaum Bidayuh di perbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula dibina daripada buluh. Begitu juga dengan pelantar atau lantai rumah yang lebih dikenali sebagai tanju dan awah.
Sejarah masyarakat Bidayuh bermula dari penghijrahan orang Sungkung iaitu sebuah daerah di Lembangan Kapuas, Kalimantan ke bahagian barat daya Borneo.
Sepanjang destinasi, masyarakat Bidayuh telah singgah di salah sebuah tempat yang bernama Rabak Mikabuh pada 373 sebelum Masehi. Penghijrahan masyarakat Bidayuh juga dipercayai telah singgah di tempat berikut iaitu di kaki bukit Penrissen, Tigauh, Perok, Sekap Dendu, Papang Sambu, Ateng Misandung, Padawan, Tanjung Abang, Tanjung Kutub dan Tanjung Semadang. (Sarawak Annal 27, Ogos 1883)
I
1.2 Permasalahan Kajian
Permasalahan kajian yang didapati dalazn membuat kajian ini ialah pengkaji mendapati banyak teori yang bercanggah dengan perkembangan masyarakat Bidayuh pada masa kini yang mewujudkan konflik dalaman dalam diri pengkaji.
Kajian ini dikukuhkan lagi dengan teori (Robert 1989: 370) dimana beliau menyatakan kehidupan tradisi tidak menyaksikan masyarakat ini bergelumbang dengan konsep "individualistic" dalam kehidupan masyarakatnya tetapi wujud sentimen kebebasan hak iaitu setiap orang mempunyai hak untuk memutuskan keputusan terbaik dalam menyelesaikan dilema yang dihadapi. Dalam masa yang sama, sifat kebebasan serta keinginan untuk melakukan perubahan menjadi tuntutan tradisi yang bercanggah serta tidak berupaya memenuhi kepentingan masyarakatnya sebagai amalan praktis.
Berdasarkan teori masyarakat bidayuh bemekad untuk melakukan perubahan yang lebih kepada arah modemisme dalam kehidupan seharian mereka.
Selain itu, teori ini juga turut mendorong kepada perkembangan masyarakat Bidayuh dari segi kegiatan harian mereka. Oleh kerana perkembangan ini, mereka semakin lupa dengan asal usul budaya kehidupan mereka. dimana pengkaji merasai identiti masyarakat bidayuh semakin terpisah yang sebelum ini ikatan perkauman mereka adalah sangat kuat terutamanya dalam menjalankan aktiviti harian mereka menggunakan peralatan tradisonal. Namun, apabila mereka menerima perubahan yang lebih kearah moden, mereka hampir lupa dengan budaya mereka sendiri. Hal ini turut menjadi tuntutan dalam kehidupan generasi muda zaman kini.
Namun pernyataan ini belum memadai apabila ciri dan nilai kehidupan tradisi begitu
2
kuat menerima perkembangan dari segi perlakuan sosial misalnya fizikal dan cara kehidupan masyarakat Bidayuh. Fenomena ini menggambarkan bagaimana dalam kehidupan masyarakat bidayuh lebih menerima unsur baru dalam setiap kegiatan mereka.
Dalam teori Drake Brockman (1959: 35) menyatakan bahawa masyarakat Bidayuh yang hidup dengan kongkongan persekitaran tradisi beserta dengan sistem ideologi serta tuntutan sosial semulajadi menyebabkan mereka bersedia menerima perubahan sekiranya ia dipercayai membawa kesejahteraan dalam hidup.
"In fact they are essentially practical people, living in the present, so there should be no intellectual obstacle to accepting a new religion if they can be convinced that it will deal with their problem better: They are likely to judge it by what it can give or by its followers can be seen to have obtained. "
Kebanyakan teori menyokong kepada perkembangan masyarakat bidayuh yang lebih kearah pemodenan. Namun, pengkaji merasakan teori ini tidak sesuai dengan perkembangan yang diterima oleh masyarakat bidayuh sehinggakan mereka lupa akan budaya mereka. Oleh yang demikian, pengkaji merasakan konflik dalaman yang dirasainya amat kuat dimana pengkaji ingin mengkritik budaya masyarakat Bidayuh yang hampir lupa dengan kebergantungannya terhadap peralatan yang digunakan dalam menjalankan kegitan harian mereka.
3
1.3 Objektif Kajian
1. Mengenalpasti peralatan yang digunakan oleh masyarakat Bidayuh.
2. Menganalisis jenis-jenis media campuran yang sesuai bagi pengolahan karya akhir.
3. Mengaplikasikan penggunaan media campuran dalam kegiatan seharian masyarakat Bidayuh.
1.4 Persoalan Kajian
1. Apakah peralatan masyarakat bidayuh yang menjadi subjek utama dalam kehidupan seharian mereka?
2. Apakah penggunaan media campuran sesuai untuk pengolahan karya baru?
3. Bagaimanakah idea penggunaan media campuran dalam masyarakat Bidayuh dapat diaplikasikan dalam penghasilan karya?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharap dapat memberi ilmu dan pengetahuan yang jelas tentang budaya masyarakat Bidayuh dengan lebih jelas. Tujuan kajian ini dijalankan juga adalah untuk memberi pemahaman kepada audiens dengan lebih jelas berdasarkan pencitaan karya akhir pengkaji. Selain itu, pengkaji juga dapat memahami dengan lebih mendalam konsep sebenar kajian yang ingin dikaji.
4
Fwst KWWlräidrrat Ahtsk"
UMVER91Tt MAi. AYRIA SARAwAK
1.6 Skop Kajian
Kehidupan masyarakat Bidayuh sering digambarkan sebagai suatu rumpun bangsa yang tinggal menetap dan tidak suka berpindah atau berhijrah ke kawasan lain. Senario sedemikian mungkin bertolak dari ideology "Settle Nature" yang meresapi pemikiran masyarakatnya. Ini bermakna masyarakat bidayuh tidak bersifat "Adventure" cuma bagi mereka tanah, rumah, ladang, tanaman, buah-buahan, tanah perkuburan, dan sebagainya mempunyai ikatan kukuh dengan cara kehidupan mereka yang menetap pada satu tempat sahaja.
Seperti masyarakat lain, orang Bidayuh juga tidak terkecuali dari memiliki cerita lagenda yang memaparkan mitologi sejarah asal-usul bangsanya. Masyarakat bidayuh juga merupakan sebuah kelompok etnik peribumi yang hidup dengan amalan tradisi akibat daripada kebergantungan dengan alam kehidupan dan persekiran.
Semangat membawa banyak maksud dan tidak semestinya hanya merujuk kepada upacara animisme sahaja. Tetapi semangat membawa maksud seperti had, roh, jiwa, makhluk halus, semangat, nyawa, batin manusia, hantu, jin, dan mambang. Merujuk kepada tajuk kajian, perkataan semangat yang cuba diketengahkan oleh pengkaji dalam karyanya ialah membawa maksud konflik dalaman yang tidak terluah tetapi hanya tersimpan di dalam hati pengkaji. Dengan ini, pengkaji cuba untuk mengkritik masyarakat bidayuh dengan menghasilkan karya yang mempunyai hubungkait masyarakat bidayuh dengan menggunakan buluh sebagai idea penciptaan karya.
Seramik berasal daripada perkataan Greek iaitu Keramos yang membawa maksud tanah liat yang digunakan untuk menghasilkan produk. Secara lazimnya, produk tanah
5
liat akan bertukar menjadi seramik apabila didedahkan pada suhu yang tinggi iaitu melebihi 600°c. Seramik juga merupakan salah satu objek seni yang tertua sekali pernah dihasilkan oleh manusia sejak zaman pra sejarah lagi. Malah bentuk seramik yang terawal dijumpai oleh ahli arkeologi kebanyakannya berbentuk figura. Produk seramik yang tertua di dunia dijumpai oleh ahli arkeologi adalah pada zaman Jomon, Jepun iaitu
10 000 sebelum Masihi.
1.7 Hipotesis
Hipotesis yang pengkaji buat sepanjang proses penghasilan karya dalah terbahagi kepada dua iaitu pada projek tahun akhir pertama dan projek tahun akhir kedua.
Semasa projek tahun akhir pertama hipotesis yang dijalankan oleh pengkaji ialah pengkaji menjalankan kajian derigan membuat pemilihan bentuk berdasarkan kajian penyelidikan, kajian glaze, dan kajian terhadap bahan yang sesuai.
Kajian bentuk yang dipilih dalam penghasilan karya oleh pengkaji ialah pemilihan bentuk berinspirasikan bentuk baruk yang merupakan salah satu tempat tinggal masyarakat Bidayuh yang diperbuat daripada atap rumbia dan dinding serta lantai pula diperbuat daripada buluh.
Manakala, kajian kedua pula ialah kajian glaze dimana pengkaji memilih warna coklat "tempurung kelapa" untuk karya daripada empat kajian glaze. Antara bahan kimia yang diperlukan dalam penghasilan wama tersebut ialah black iron oxide 2.5 gram, transparent 70 gram, titanium 9.5 gram, zink oxide 5.5 gram, dan barium oxide 15 gram.
Bagi kaedah pembakaran pula, pengkaji menjalankan dua kaedah pembakaran yang
6
berbeza iaitu biscuit firing pada suhu 900°c dan pembakaran glaze pada suhu 1200°c.
Kajian terakhir yang dilakukan sepanjang projek tahun akhir pertama pengkaji ialah
kajian terhadap pemilihan bahan. Bahan yang dipilih dalam penghasilan karya ialah tanah liat, buluh, dan tali. Namun, penggunaan bahan buluh untuk menghasilkan karya kurang sesuai kerana tahap ketahanannya tidak lama dan mudah reput dalam jangka masa yang pendekSemasa projek tahun akhir kedua pula, hipotesis yang dilakukan oleh pengkaji ialah memfokuskan kepada peralatan masyarakat Bidayuh yang sememangnya kian pupus di telan zaman dalam menggunakan media buluh sebagai medium utama dalam kehidupan seharian mereka. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada bentuk "bubu dan sikup" dalam penghasilan karya.
Manakala, pemilihan media yang digunakan sepanjang proses penghasilan karya ialah mengekalkan penggunaan subjek matter buluh sebagai medium utama. Namun, kajian mendapati media buluh tahap ketahanannya agak rendah. Oleh itu, pengkaji memilih media besi sebagai pengganti kepada media buluh kerana media besi menunjukkan sifat ketahanannya yang mampu untuk melindungi bahan seramik.
7
BAB 2
SOROTAN KAºJIAN
2.1 Pengenalan
Menurut Dahlia (2009), kajian literatur merupakan satu ulasan maklumat yang diperolehi daripada jumal, buku, dokumen (laporan) dan penyelidikan pendidikan lepas (tesis) untuk melaksanakan satu penyelidikan yang baru. Proses tinjauan ini adalah untuk mengenal pasti sama ada penyelidikan ini telah dilaksanakan oleh penyelidik lain ataupun tidak. Tambahan lagi, sorotan kajian yang ditulis adalah bertujuan untuk menerangkan makiumat dan penyelidikan semasa dan yang terdahulu. Sorotan kajian disusun mengikut topik dan laporan kajian mengikut tema atau kajian individu. Melalui sorotan kajian, pengkaji dapat memantapkan lagi kemahiran pengkaji semasa mencari maklumat dari pelbagai sumber. Selain itu, pengkaji dapat mengetahui bagaimana cara penyelidik menulis dan menghasilkan penyelidikan mereka. Malah, pengkaji dapat mengumpul pelbagai maklumat yang berkaitan dengan kajian dan dapat menggunakan serta mengolah maklumat yang diperolehi untuk memenuhi kriteria kajian.
2.2 Masyarakat Bidayuh
Sejarah asal usul orang bidayuh diperikan dalam bentuk yang tersusun menurut salasialah kronologi hasil penulisan yang dilakukan oleh Dr. John Hewit iaitu seorang kurator Museum Sarawak ( 1905 - 1908 ) dalam artikelnya yang berjudul " The First Land Dayak 11 turut diperincikan lagi dalam " The Living Legend " oleh Sandin 1978 :
8
158-163 dan " Overview of The Bidayuh Culture " ( William Nais 1989 : 368 - 371 ) di mana kedua-dua penulis ini cuba menghuraikannya dalam bentuk ilmiah yang lebih tersusun mengenai kemunculan suku kaum Bidayuh di Kepulauan Borneo. Menurut kajian, penulis cuba untuk menghurai bagaimana cara kehidupan sebenar suku kaum Bidayuh yang dengan lebih terperinci,
%111\\\`
Gambar rajah 1: Sumber web
y' fººrºººýýýýýa. ý
NO\
Gambar rajah 2: Sumber web http //www kuüel. con: /percutian/melawat-rumah panianQ-titi-buluh-etnik-bidayuh-di
-homestay-kampung-ben uk. html
Struktur rumah panjang masyarakat Bidayuh menggunakan media buluh dalam pembinaan tanju dan awah (luar rumah).
9
Gambar 3 Gambar 4 Sumber: di ambil oleh pengkaji sendiri
Aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat Bidayuh menggunakan buluh. Gambar 3 menunjukkan aktiviti menampi beras sedang dilakukan. Dimana alat tampi beras tersebut juga turut diperbuat daripada buluh yang dianyam. Sementara gambar 4 pula menunjukkan salah satu proses penyediaan barang bagi upacara animisme. Media buluh juga turut menjadi salah satu media terpenting dalam menjalankan upacara tersebut.
Dimana buluh digunakan untuk memasak nasi seperti dalam gambar dan sebagainya.
10
Gambar rajah 5 Gambar rajah 6 Sumber: di ambil oleh pengkaji sendiri
Gambar diatas menunjukkan antara peralatan penangkapan yang digunakan oleh masyarakat Bidayuh dalam menjalankan aktiviti harian mereka (bubu dan sikup).
II
2.3 Artis Rujukan A. Artis Rujukan I
Hendarawan Riyanto merupakan seorang seniman terkenal di Indonesia yang diberi gelaran "perupa patung kontemporari" yang dilahirkan di Yogjakarta pada 15 Januari 1959. Beliau di anggap sebagai sosok perupa patung kontemporari yang telah berjaya memadukan antara pembelajaran Barat dan pemenungan Timur. Karyanya juga lebih bersifat jalinan antara eksplorasi sisi intelektual dan spiritual. Dengan berbekalkan pemahaman formalisme yang tinggi, Hendrawan mampu mengolah objek-objek berbahankan gerabah yang diikat dengan kawat dan di bakar sekali sehingga mewujudkan rekahan-rekahan yang spontan akibat proses deformasi alam yang nampak lebih harmoni. Kebanyakan karya-karya beliau sering mengajak kita untuk kembali merenungkan tradisi dan nilai budaya Timur dengan cara dan bahasa yang lebih berpuisi.
Hasil Karya Hendrawan Riyanto
Gambar rajah 7: Taman Putih
http"//www. ialcarta. go. id/web/system/iakarta2011/public/images/encyclopedia/bf380d7 7280b56ba7fc6b0c2a9c61510. ipg
12