ANUGERAH SUKAN UKM KALI KE-27 APRIL 2017 KRITERIA PENCALONAN
Kriteria berikut hendaklah dipenuhi untuk layak dipertimbangkan bagi setiap kategori yang dipertandingkan :
1. Anugerah Olahragawan dan Olahragawati (Pelajar)
Mewakili negara di peringkat antarabangsa (Olimpik, World Cup (Terbuka), Sukan Asia, Komanwel, Sukan Universiti Dunia,Terbuka Asia, Sukan Sea, Sukan Universiti Asean dan Terbuka Asean) atau
Mewakili Persatuan Sukan Kebangsaan di peringkat antarabangsa dan
Mewakili UKM dalam sukan MASUM / setara dan mendapat pingat.
2. Anugerah Olahragawan dan Olahragawati (Kakitangan)
Mewakili negara di peringkat antarabangsa atau
Mewakili negeri di peringkat kebangsaan dan mendapat pingat dan
Mendapat pingat di peringkat antara universiti / setara pada tahun dinilai.
3. Anugerah Bintang Harapan Lelaki dan Wanita (Pelajar)
Mewakili negara di peringkat antarabangsa (Olimpik, World Cup (Terbuka), Sukan Asia, Komanwel, Sukan Universiti Dunia,Terbuka Asia, Sukan Sea, Sukan Universiti Asean dan Terbuka Asean) atau
Mewakili Persatuan Sukan Kebangsaan di peringkat antarabangsa dan
Mewakili UKM dalam sukan MASUM / setara dan mendapat pingat.
Pelajar tahun 1.
4. Anugerah Bintang Harapan Lelaki dan Wanita (Kakitangan)
Mewakili negara di peringkat antarabangsa atau
Mewakili negeri di peringkat kebangsaan dan mendapat pingat dan
Mendapat pingat di peringkat antara universiti / setara pada tahun dinilai
Kakitangan yang berkhidmat kurang dari 2 tahun
Jika calon layak untuk olahragawan/olahragawati anugerah tertinggi akan diberikan keutamaan.
ANUGERAH SUKAN UKM KALI KE-27 APRIL 2017 5. Anugerah Juara Warna Emas (Pelajar)
Mewakili negara atau
Mewakili negeri di peringkat kebangsaan atau
Mewakili universiti / MASUM / SUKIPT di peringkat kebangsaan
Mewakili universiti sekurang-kurangnya 2 tahun serta mendapat pingat
Pelajar tahun akhir sahaja.
6. Anugerah Juara Warna Perak (Pelajar)
Mewakili universiti di peringkat MASUM / SUKIPT / Liga atau kejohanan terbuka
Mencapai prestasi yang baik dalam kejohanan yang disertai
Pelajar tahun akhir sahaja.
7. Anugerah Pasukan Terbaik (Pelajar & Kakitangan)
Mewakili universiti dan mendapat pingat dalam kejohanan peringkat antarabangsa/
kebangsaan/ negeri atau
Mewakili universiti dan mendapat pingat dalam MASUM / SUKIPT / Sukan Staf Antara Universiti.
8. Anugerah Pengurus Terbaik (Pelajar & Kakitangan)
Dianugerahkan kepada Pengurus yang telah menyumbangkan khidmat dan mendapat pingat dalam kejohanan peringkat antarabangsa/ kebangsaan/ negeri atau
Mendapat pingat dalam sukan MASUM / SUKIPT / Sukan Staf Antara Universiti
Konsisten dalam prestasi sukan (pencapaian)
9. Anugerah Jurulatih Terbaik (Pelajar & Kakitangan)
Dianugerahkan kepada Jurulatih yang telah menyumbangkan khidmat dan mendapat pingat dalam kejohanan peringkat antarabangsa/ kebangsaan/ negeri atau
Mendapat pingat dalam sukan MASUM / SUKIPT / Sukan Staf Antara Universiti
Konsisten dalam prestasi sukan (pencapaian) 10. Anugerah Atlet Cemerlang (Pelajar)
Dianugerahkan kepada atlet yang memenuhi kriteria Olahragawan / Olahragawati / Bintang Harapan dan
Mengekalkan pencapaian purata PNGK 3.0 (Siswazah) dan PNGK 3.5 (Pasca Siswazah) ke atas.
ANUGERAH SUKAN UKM KALI KE-27 APRIL 2017 11. Anugerah Kelab (Kakitangan & Pelajar)
Kepada mana-mana Kelab yang banyak menyumbang kepada pembangunan sukan di universiti pada tahun berkenaan.
12. Anugerah Atlit Khas
Dianugerahkan kepada atlet istimewa yang mewakili universiti / MASUM / Setara.
13. Anugerah Khas Juri
Kepada mana-mana badan / syarikat / orang perseorangan yang banyak menyumbang dana khas untuk pembangunan sukan di universiti pada tahun berkenaan.
14. Anugerah Sekalung Budi
Penghargaan universiti kepada individu yang memberi sumbangan terhadap pencapaian sukan universiti.
15. Anugerah Tokoh Sukan
Penghargaan universiti kepada individu yang telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti terhadap pembangunan sukan universiti.
16. Anugerah Khas Atlet Pelajar Antarabangsa (Individu)
Penghargaan universiti kepada pelajar antarabangsa yang telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti terhadap pembangunan sukan universiti baik dalam lapangan sukan / aktif berpersatuan, kelab dan dll.
17. Anugerah Khas Atlet Pelajar Antarabangsa (Pasukan)
Penghargaan universiti kepada pasukan pelajar antarabangsa yang telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti terhadap pembangunan sukan universiti baik dalam lapangan sukan / aktif berpersatuan, kelab dan dll.