• Tidak ada hasil yang ditemukan

Anugerah Tempat Kerja Selamat 2009 PENGENALAN - eWarga

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Anugerah Tempat Kerja Selamat 2009 PENGENALAN - eWarga"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

ANUGERAH TEMPAT KERJA SELAMAT 2009

PENGENALAN

Anugerah Tempat Kerja Selamat 2009 diadakan bersempena dengan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM. Anugerah ini bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada tempat kerja di UKM yang mengutamakan dan mengamalkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja masing-masing.

KRITERIA PENILAIAN

Anugerah dibahagikan kepada 2 kategori:

1) Pejabat

2) Makmal/Bengkel

Pengadilan bagi setiap kategori meliputi beberapa kriteria:- 1. Keselamatan umum (Kategori 1 & 2)

2. Pencegahan dan pemadaman kebakaran (Kategori 1 & 2) 3. Aspek KKP di tempat kerja (Kategori 1 & 2)

4. Peralatan keselamatan (Kategori 2) 5. Pengurusan sisa (Kategori 2)

6. Keselamatan makmal sinaran/ kimia/ biologi/komputer/ bengkel (Kategori 2 )

1. Keselamatan umum

Penilaian berdasarkan kepada keselamatan umum di antaranya ialah laluan kecemasan, maklumat mengenai keselamatan dan lain-lain.

2. Pencegahan dan pemadaman kebakaran

Penilaian berdasarkan tahap penyediaan peralatan pencegahan dan pemadaman kebakaran di tempat kerja.

(2)

3. Aspek KKP di tempat kerja

Penilaian berdasarkan aspek kebersihan, kekemasan, pencahayaan, pengudaraan, tahap bunyi dan kualiti peralatan/perabot di tempat kerja.

4. Peralatan keselamatan

Penilaian berdasarkan tahap penyediaan peralatan untuk mencegah dan menghadapi kecemasan. Contohnya peralatan perlindungan diri, safety shower dan lain-lain.

5. Pengurusan sisa

Penilaian berdasarkan pengurusan sisa di makmal meliputi penyimpanan, pelabelan dan lain-lain.

6. Keselamatan sinaran/kimia/biologi/komputer/bengkel

Penilaian berdasarkan tahap pematuhan dan amalan keselamatan dalam aspek keselamatan bagi makmal sinaran/kimia/biologi/komputer/bengkel.

PENGADILAN

Pemeriksaan dan audit keselamatan di tempat kerja yang dicalon akan dibuat oleh penilai yang dilantik oleh Jawatankuasa Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM 2009.

Pemeriksaan dan audit keselamatan dibuat menggunakan borang penilaian yang telah disediakan pihak jawatankuasa. Keputusan bagi penerima anugerah adalah berdasarkan kepada markah pemeriksaan dan audit keselamatan yang dibuat. Keputusan adalah muktamad.

PENERIMA ANUGERAH

Penerima anugerah akan diumumkan semasa perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM 2009 (27 Julai 2009) dan hadiah akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM. Hadiah berupa geran penambahbaikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, plak dan sijil penyertaan.

(3)

PENYERTAAN

Fakulti/institut/pusat/bahagian yang berminat, perlu menghantar borang penyertaan yang lengkap kepada pihak sekretariat. Setiap fakulti/jabatan/institut/pusat boleh mencalonkan 2 kategori tempat kerja yang berbeza sama ada pejabat/makmal/bengkel bagi anugerah tersebut.

Borang penyertaan perlu dihantar kepada:

Sekretariat Anugerah & Kuiz

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM 2009 d/a Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Bangunan Sains Nuklear Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia SELEWAT-LEWATNYA PADA: 19 JUN 2009

Referensi

Dokumen terkait