• Tidak ada hasil yang ditemukan

Beregu wanita negara lakar kejutan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Beregu wanita negara lakar kejutan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Beregu wanita negara lakar kejutan Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 5 Julai 2022 Journalist Ferzalfie Fauzi

Source https://www.hmetro.com.my/arena/bad minton/2022/07/858748/beregu-wanita- negara-lakar-kejutan

Remarks Sains Sukan

Beregu wanita negara lakar kejutan

Ferzalfie Fauzi

[email protected]

Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing berjaya melakar kejutan dengan mengetepikan lawan yang mempunyai ranking lebih baik daripada mereka, iaitu gandingan adik beradik Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard di pusingan pertama Masters Malaysia di Arena Axiata hari ini.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri Anna-Mei Xing yang menduduki ranking ke-37 dunia berjaya menundukkan lawan mereka 21-19, 21-17 dalam tempoh 38 minit.

(2)

Headline Beregu wanita negara lakar kejutan Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 5 Julai 2022 Journalist Ferzalfie Fauzi

Source https://www.hmetro.com.my/arena/bad minton/2022/07/858748/beregu-wanita- negara-lakar-kejutan

Remarks Sains Sukan

Selepas mengalahkan pasangan ke-30 dunia itu, menanti mereka di pusingan kedua nanti ialah gandingan Jepun yang juga pilihan kelima, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara ataupun Pichamon Phatcharaphisutsin-Nannapas Sukklad (Thailand).

Sekiranya sekali lagi bertemu Matsumoto-Nagahara yang berada diranking keenam dunia itu, ia bakal menjadi perlawanan ulangan selepas Anna-Mei Xing tewas di tangan gandingan Jepun itu di suku akhir Terbuka Malaysia, minggu lalu.

"Saya rasa kami tidak memikirkan soal ranking atau apapun. Kami hanya

mempersiapkan permainan kami sebab kesemua lawan di kejohanan ini sengit.

Disebabkan itu, kami tidak mahu terlalu memikirkan mengenai (pasangan) yang lain,"

kata Mei Xing.

Turut mengiringi mereka ke pusingan kedua ialah pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah yang mengetepikan pasangan India, Treesa Jolly-

Gayatri Gopichand 21-14, 21-14.

Nasib berbeza menimpa Low Yee Yuan-Valeree Siow dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien selepas kedua-duanya gagal mara ke pusingan kedua apabila tumpas kepada lawan masing-masing.

Yee Yuan-Valeree terpaksa akur dengan kehebatan pasangan Indonesia, Febby Valencia Dwijayanti Gani-Ribka Sugiarto apabila mereka tumpas 12-21, 17-21.

Vivian-Chiew Sien pula terpaksa menerima hakikat apabila kalah straight set ketika berdepan pilihan utama dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 17-21, 21-23.

Sementara itu, hasrat Yap Rui Chen-Yap Yee untuk mara ke undian utama tidak kesampaian apabila mereka tumpas kepada gandingan Thailand, Supissara Paewsampran-Puttita Supajirakul 16-21, 8-21 dalam aksi kelayakan.

Disiarkan pada: Julai 5, 2022 @ 9:24pm

Referensi

Dokumen terkait

Headline Sasaran Zii Jia emas Olimpik 2024 Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 01 April 2021 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Azroy sedia pertahan gelaran CP150 Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 08 Mac 2022 Journalist Ferzalfie Fauz Source