• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bukan mustahil tumbangkan Tajikistan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Bukan mustahil tumbangkan Tajikistan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Bukan mustahil tumbangkan Tajikistan Language Malay Media

Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 24 September 2022 Journalist Firdaus Hashim

Source https://www.hmetro.com.my/arena/bola- sepak/2022/09/885158/bukan-mustahil- tumbangkan-tajikistan

Remarks Sains Sukan

Bukan mustahil tumbangkan Tajikistan

Firdaus Hashim

[email protected]

HARIMAU Malaya cemerlang tewaskan Thailand untuk mara ke final. FOTO FAM Kuala Lumpur: Di atas kertas Tajikistan pastinya menjadi pilihan untuk menundukkan skuad Harimau Malaya dalam aksi final Piala Raja Thai di Stadium 700th Anniversary, di Chiang Mai, Thailand malam esok.

Hakikat itu berdasarkan kepada kedudukan ranking yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) apabila menunjukkan Tajikistan kini menghuni tangga ke-109 dunia berbanding Malaysia di posisi 148 ketika ini.

Perbezaan 39 anak tangga itu jelas membuktikan betapa skuad The Crowns yang kini dibimbing Petar Segrt dari Crotia itu memiliki kelebihan untuk menundukkan skuad kendalian Kim Pan-gon dalam aksi final itu nanti.

Begitupun, berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan, skuad Harimau Malaya pernah mencipta kejutan ke atas lawan itu apabila menewaskan Tajikistan dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan 1-0 pada 2019 lalu.

(2)

Headline Bukan mustahil tumbangkan Tajikistan Language Malay Media

Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 24 September 2022 Journalist Firdaus Hashim

Source https://www.hmetro.com.my/arena/bola- sepak/2022/09/885158/bukan-mustahil- tumbangkan-tajikistan

Remarks Sains Sukan

Lantas tidak mustahil ia mampu diulangi malam esok, apatah lagi ke momentum dan motivasi pemain berada pada tahap terbaik selepas layak ke Piala Asia secara merit tahun depan selain kejayaan mengenepikan Thailand dalam aksi pertama Piala Raja Thai, Khamis lalu.

Malah, corak permainan yang berbeza diperagakan anak buah Pan-gon ketika ini, diyakini mampu membuat kejutan dengan menewaskan Tajikistan nanti.

Pan-gon sendiri mengakui mentaliti pemainnya cukup kuat dan tidak pernah gentar untuk berdepan mana-mana lawan apabila turun beraksi di padang.

Seperti yang dibuktikan ketika menewaskan Thailand, perkara sama diharapkan mampu diulangi oleh anak buahnya nanti.

"Kami bermain di gelanggang lawan dan secara fizikal mahupun mental, kami lebih tertekan, namun pemain sudah melakukan sehabis baik bagi mengatasi situasi itu. Pada akhirnya pemain berjaya menghadirkan keputusan terbaik buat pasukan.

"Kami dapat jangka perkara ini (gol penyamaan) boleh berlaku kerana saya pernah hadapi situasi ini banyak kali, namun setiap masa pemain sentiasa pamer keyakinan, beri komitmen dan mereka cukup kuat untuk atasi situasi ini.

"Terima kasih kepada semua pemain atas persembahan baik, mereka sudah menghadirkan rasa bangga kepada rakyat Malaysia," katanya.

Disiarkan pada: September 24, 2022 @ 1:57pm

Referensi

Dokumen terkait

Headline Gelaran treble kejayaan paling manis THT Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 19 Mac 2023 Journalist Zulkarnain Azman Source

Headline Joo Ven lakar kejutan Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 14 April 2022 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Skuad badminton cemerlang sumbang emas ketiga negara Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 03 Ogos 2022 Journalist Amirullah

Headline Beregu negara juara, tumbangkan pemenang emas Olimpik Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 24 Julai 2022 Journalist Aida

Headline Hakim Danish lakar sejarah di Indonesia Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 13 November 2022 Journalist Ferzalfie Fauzi

Headline Wushu sapu dua emas Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 04 Ogos 2022 Journalist Syazwan Msar Source

Headline Aaron, Wooi Yik atasi halangan pertama Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 11 Januari 2023 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Zii Jia juara Asia Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 01 Mei 2022 Journalist Syazwan Msar Source