• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN PANTAI CAHAYA BULAN SEBAGAI EKO PELANCONGAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN

KOTA BHARU KELANTAN

Siti Nurnis binti Mamat

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian (WA59 - Pengurusan Seni)

2018

(2)

i

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN PANTAI CAHAYA BULAN SEBAGAI EKO PELANCONGAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU

KELANTAN

SITI NURNIS BINTI MAMAT

Kajian ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian

(Program Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2018

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAW AK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: PEMELIHARAAN DAN PEMULlHARAAN PANTAI CAHAYA BULAN SEBAGAI EKO PELANCONGAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN KOT A BHARU KELANTAN

SESI PENGAJIAN :2014/2015

Saya: SITI NURNIS BINTI MAMAT

Mengaku membenarkan tesislIaporan* 1m disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikul :

I. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusal Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/laporan 1111 sebagai bah an pertukaran antara institusi pengaj i an tinggi

5. *sila tandakan ( 1)

DSULlT (mengandungi maklumal yang berdajah keselarnatan atau kepentingan termaktub di dalam AKT A RAHSIA

D TERHAD RASMII972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan

D

TIDAK TERHAD oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan

x A

I

Alexander ak Cbehlro

lUlL-

Lecturer

Tandatangan Penulis Tandatangan ~.!~l'ItiApplied and Crea ,ve Arts

Tarikh : Tarikh:

~?'~1fAYSIAS

RAWAK

Alamat tetap :

Kampung Baru Kandis, 16310 Bachok, Kelantan

Catatan: 'TeSls/Laporan d!maksudkan sebaga! teSis bag! IJazah Doktor Falsafah, SarJana dan Sarjana Muda

*Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu sebagai SULIT atau TERHAD

ii

(4)

iii

PENGAKUAN

Projek bertajuk‘Pemeliharaan dan Pemuliharaan Pantai Cahaya Bulan Sebagai Eko Pelancongan Oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu’ disediakan oleh Siti Nurnis binti Mamat dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian(Pengurusan Seni)

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Encik Alexander Anak Chelum) Tarikh:

(5)

iv

PENGHARGAAN

Salam Sejahtera,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan penuh dedikasi dan jayanya. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tinggi ucapan penghargaan diatas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan projek akhir ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Alaxander Anak Chelum selaku penyelia dalam projek ini diatas tunjuk ajar dan bimbingan yang banyak dicurahkan kepada saya.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu diatas kesudian beliau melapangkan masa untuk memberikan kerjasama kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberi sokongan dan dorongan sebagai pemudahcara untuk saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam menyiapkan projek tahun akhir ini.

Ucapan penghargaan ini ditujukan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk memberi maklumat dan kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, kerjasama dan pertolongan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

(6)

v

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka

Surat

Halaman Tajuk I

Isi Kandungan ii

Borang Pengesahan Status iii

Borang Pengakuan iv

Peghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Senarai Singkatan viii

1.0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan umum 1-3

1.1.1 Latar belakang kajian Negeri Kelantan 3

1.1.2 Sejarah Negeri Kelantan 4-5

1.2 Latar belakang kajian 6-8

1.3 Permasalahan Kajian 9-10

1.4 Objektif kajian 11

1.5 Persoalan kajian 12

1.6 Kepentingan kajian 13

(7)

vi

1.6.1 Kepentingan kajian terhadap pengkaji 13- 1.6.2 Kepentingan kajian untuk pengkaji yang akan datang 14

1.6.3 Kepentingan kepada pengunjung 14

1.6.4 Kepentingan kepada industri pelancongan 15

1.7 Lokasi kajian 16

1.8 Skop kajian 17

1.9 Limitasi kajian 18

1.10 Kesimpulan 21

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 22

2.1 Kajian literatur 22

2.2 Latar belakang Majlis Perbandaran Kota Bharu 23 2.2.1 Visi dan misi Majlis Perbandaran Kota Bharu 24

2.3 Sejarah Bandar Kota Bharu 24-25

2.4 Zon persisir pantai 25-28

2.5 Pemeliharaan dan pemuliharaan 28-29

2.5.1 Pemeliharaan 30-39

2.5.2 Pemuliharaan 39-52

2.6 Pelancongan 52-55

2.6.1 Eko pelancongan 55-57

2.6.2 Tarikan pelancongan 57-58

2.7 Kesimpulan 59

(8)

vii BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 60

3.1 Metodologi 60-61

3.2 Reka bentuk kajian 61-62

3.3 Prosedur kajian 62-64

3.4 Sumber data 65

3.4.1 Data sekunder 65-66

3.4.2 Data Primer 67-70

3.5 Kaedah kualitatif 71

3.6 Instrumen kajian 71-72

3.7 Sasaran kajian 72

3.8 Kesimpulan 73

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1Pengenalan 74-76

4.2 Mengkaji aspek pemeliharaan Pantai Cahaya Bulan 76-85 untuk memelihara kawasan persekitaran pantai

oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan

4.3 Mengenalpasti pemuliharaan Pantai Cahaya Bulan 85-107 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Kelantan

4.4 Mengetahui kesan pemuliharaan Pantai Cahaya Bulan kepada masyarakat sekitar

4.4.1 Kesan jika pemuliharaan Pantai Cahaya Bulan tidak 108-112 dilaksanakan kepada masyarakat sekitar

(9)

viii

4.4.2 Kesan pemuliharaan kepada penduduk sekitar 112-120 Pantai Cahaya Bulan

4.5 Kesimpulan 121

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 122-123

5.2 Perbincangan 123-130

5.3 Penemuan kajian 131

5.4 Cadangan kajian 132

5.4.1 Cadangan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu 133-136

5.4.2 Cadangan untuk pengkaji akan datang 136-139

5.5 Kesimpulan 140

Lampiran 141-143

Rujukan 144-156

(10)

ix ABSTRAK

Kajian ini adalah sebuah kajian berkenaan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan Pantai Cahaya Bulan sebagai eko pelancongan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji aspek pemeliharaan Pantai Cahaya Bulan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan, mengenalpasti pemuliharaan Pantai Cahaya Bulan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan serta mengetahui kesan pemuliharaan Pantai Cahaya Bulan kepada masyarakat sekitar. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menemubual empat orang informan yang pakar dalam bidang tersebut dan beberapa informan daripada masyarakat sekitar.

(11)

x ABSTRACT

This study is to study on the pertaining to the preservation and conservation management of Pantai Cahaya Bulan as an eco-tourism by Kota Bharu Municipal Council. This study was carried out to study the management aspects of Pantai Cahaya Bulan preservation by Kota Bharu Municipal Council, Kelantan, to identify the management of Pantai Cahaya Bulan by the Kota Bharu Municipal Council, Kelantan and to know the impact of Cahaya Bulan Beach conservation to the surrounding community. The study was conducted using a qualitative method that was interviewed by for informen expert in the field and few informen from around society.

(12)

xi

SENARAI SINGKATAN MPKB- Majlis Perbandaran Kota Bharu

PCB-Pantai Cahaya Bulan

(13)

1

PENDAHULUAN

1.0PENGENALAN

Bab satu merupakan bahagian yang akan menjelaskan tentang perkara yang terkandung dalam sesebuah penyelidikan. Dalam kajian ini, pengkaji akan mengupas mengenai tajuk yang ingin dikaji oleh pengkaji iaitu pemeliharaan dan pemuliharaan Pantai Cahaya Bulan sebagai eko-pelancongan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan.

Antara sub topik yang akan dibincangkan adalah mengenai latar belakang kajian, objektif kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian, signifikan kajian, skop kajian, kerangka kajian, limitasi kajian serta kesimpulan kajian.

1.1 PENGENALAN UMUM

Menurut JAHI, J. M. (2009), pelancongan bukanlah pokok perbincangan yang baru didengari oleh masyarakat pada masa kini. Hal ini demikian kerana, Industri pelancongan telah menjadi penyumbang ekonomi yang utama kepada beberapa buah Negara, Malaysia dan juga Negara luar dalam mendapatkan sumber pendapatan hasil daripada industri pelancongan.

Dalam dunia yang semakin kemodenan ini, kebanyakan Negara dunia saling berlumba-lumba antara satu sama lain dalam meningkatkan industri pelancongan untuk tukaran mata wang asing. Sesetengah negara luar pada masa kini menggalakkan industri pelancongan untuk mendapatkan dan meningkatkan sumber ekonomi bagi destinasi pelancongan di Negara mereka. Dalam perancangan untuk memajukan industri pelancongan ini, banyak tempat atau lokasi terpilih yang mempunyai kecantikan semulajadi dan keunikan telah dibuka oleh pihak yang terlibat untuk tujuan industri pelancongan kepada semua.

(14)

2

Negara Malaysia mempunyai pelbagai keunikan alam semulajadi yang cantik dan dapat menarik pelancong seperti terdapatnya pulau-pulau, pantai-pantai yang cantik, cuaca yang tidak terlampau panas dan pelbagai jenis hidupan yang lain seperti flora dan fauna terdapat disitu. Dengan pertambahan bilangan penduduk, taraf hidup masyarakat dan juga masa lapang serta proses globalisasi telah meningkatkan lagi penggunaan sumber semula jadi yang sedia ada. Sehubungan dengan peningkatan penggunaan semulajadi oleh manusia , keunikan dan kecantikan kawasan persisiran pantai yang semulajadi dapat menarik pelancong untuk berkunjung ke kawasan pantai samada pelancong dari dalam atau luar Negara ditambah lagi dengan pelbagai daya tarikan pantai yang indah dengan air yang kebiruan menjadi salah satu dari lokasi yang berkemampuan untuk meningkatkan lagi kawasan rekreasi dan juga pelancongan .Dalam industri pelancongan pantai pihak yang terlibat sangat penting dalam sistem perancangan bersepadu bagi menguruskan pantai dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan tempat-tempat pelancongan tersebut.

Keindahan dan kecantikan persisiran pantai yang tenang serta persekitaran mempersonakan merupakan salah satu aset yang penting kepada Negara yang bergiat aktif dalam industri pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong samada pelancong tempatan dan juga luar Negara untuk berkunjung ke Malaysia dan mengecapi keindahan semula jadi kawasan tersebut. Kawasan persisiran pantai dan pulau yang terdapat di Malaysia juga telah menjadi tumpuan para pelancong asing dari pelbagai Negara sebagai destinasi pelancongan yang utama mereka disebabkan keindahan yang terdapat di pantai Malaysia sangat mengujakan dan mempesonakan. Anugerah alam semulajadi yang telah tercipta ini telah menjadikan Negara Malaysia sebagai salah sebuah Negara percutian untuk mereka. Dengan usaha pihak kerajaan dalam melaksanakan aktiviti seperti sukan air, tahun melawat Malaysia dan festival-festival yang lain telah menarik lebih ramai pelancong asing dan juga tempatan

(15)

3

untuk melancong dan mengenali Malaysia dengan lebih dekat dan mendalam (Amin, M. A.

2009).

Hal ini telah disokong oleh Azni, R. (2012), pertumbuhan pesat industri pelancongan harus dikawal dan dirancang dengan teliti terlebih dahulu untuk mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Hal ini demikian kerana, setiap aktiviti yang dilakukan akan memberikan kesan yang negatif kepada alam sekitar dan juga penduduk tempatan yang berdekatan dengan pesisir pantai. Pihak yang bertanggungjawab dalam pelancongan harus sentiasa membuat perancangan dari semasa ke semasa dalam industri pelancongan ini.

Menurut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, “industri pelancongan antara salah satu sektor penyumbang ekonomi utama yang sangat penting kepada Negara dan merupakan sumbangan yang keenam terbesar kepada keluaran dalam Negeri kasar (KDNK). Pelancong asing yang datang ke Malaysia ini juga memerlukan pengangkutan, penginapan, makanan, minuman, juru pandu pelancong dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain”.

1.1.1 LATAR BELAKANG NEGERI KELANTAN

Menurut pengkaji yang lepas daripada Nasir, M. R. (2011), Negeri Kelantan merupakan empat belas Negeri daripada Malaysia dan Kelantan terletak di timur laut daripada semenanjung Malaysia iaitu Thailand serta merupakan sempadan bagi Kota Bharu yang dikenali sebagai pusat kegiatan perniagaan dan pentadbiran Kelantan juga sangat sinonim dengan seni melayu dan kraf tangan yang kini menjadi popular dengan pelbagai seni tradisional dan budaya. 95 peratus dari penduduk Negeri Kelantan adalah etnik berbangsa melayu. Di dalam Perlembagaan Malaysia, semua masyarakat adalah beragama Islam. Oleh

(16)

4

itu, masyarakat di Negeri Kelantan mempunyai pengaruh Islam sangat kuat dan juga berpengaruh.

1.1.2 SEJARAH NEGERI KELANTAN

Mustaffa, F. b. (2013), juga mengatakan pada masa yang terdahulu Negeri Kelantan mempunyai sejarah dalam sistem pemerintahan Bersultan. Pada awalnya, Raja Kumar telah memerintah Negeri Kelantan dan beliau telah memegang gelaran Sultan Iskandar Shah kerana telah memeluk agama Islam pada ketika itu. Pada masa kini, sistem pemerintahan bersultan ini masih lagi diteruskan, diamalkan dan dipraktikkan sehingga sekarang dan kini telah diperintah oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Tengku Muhamad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang merupakan Sultan bagi Negeri Kelantan. Ayahanda baginda Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985 telah melantik putera sulungnya daripada empat beradik ini sebagai sultan di Kelantan. Selain itu, Negeri Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang paling tertua dan lama di Malaysia dan mengikut sejarah yang terdahulu, Negeri Kelantan ini telah lama wujud sebelum abad ke 15 masihi lagi iaitu sebelum terwujudnya atau adanya kerajaan melayu Melaka.

Disamping itu, Negeri Kelantan juga dikatakan telah wujud pada 13 masihi sebagaimana yang disahihkan oleh pengembara Cina iaitu Chau Ju Kua yang menyatakan bahawa pada tahun 1225 masihi Negeri Kelantan telah dikuasai oleh kerajaan Sri Vijaya.

Nama perkataan Kelantan juga telah diambil dari perkataan “gelam hutan” iaitu nama melayu bagi pokok yang bermaksud “Melaleuca leucadondrom” dan ada juga yang menyatakan bahawa nama Kelantan juga datangnya daripada perkataan “kolam tanah” atau ‘kilatan”. Ada

(17)

5

juga yang menyatakan bahawa nama negeri Kelantan juga dikenali dengan nama negeri Serambi Mekah, Siti Wan Kembang, Tanah Serendah Sekebun Bunga pada masa terdahulu.

Terdapat sejarah yang menceritakan tentang asal usul negeri ini serta menunjukkan Negeri Kelantan mewarisi Kebudayaan Melayu yang unik seperti mencerminkan sifat, watak dan keperibadian orang Melayu. Kita boleh lihat pada masa sekarang, kehidupan seluruh rakyat negeri Kelantan mencerminkan melalui perkembangan, kemajuan dan peningkatan Bandar Kota Bharu yang telah menjadi pusat pentadbiran dan kebudayaan seperti seni persembahan, seni bina, seni kraf tangan, pelancongan dan lain- lain sehingga Kota Bharu telah diisytiharkan sebagai “Kota Bharu”.

Peta Kelantan

Sumber: http://www.cutikelantan.com/peta-kelantan/

(18)

6 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Nurul Syair & Siti Mariam dalam buku yang bertajuk “Pulau-Pulau di Malaysia”

(2007), Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di Negeri Kelantan.

Pada awalnya, pantai ini di kenali sebagai Pantai Cinta Berahi tetapi telah ditukarkan namanya kepada Pantai Cahaya Bulan disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu. Walaupun pantai ini telah ditukar namanya hal ini tidak menjejaskan keindahan dan kecantikan pantai ini dikalangan para pelancong atau masyarakat tempatan yang mengenali pantai ini. Nama panggilan tersebut telah dipanggil kerana kedudukan strategik kawasan pantai ini yang berdekatan dan senang untuk dikunjungi oleh masyarakat setempat yang telah menjadikan pantai Cahaya Bulan ini sebagai salah satu tempat pelancongan paling terkenal dan digemari oleh pelancong-pelancong dari dalam mahupun luar Negara.

Pengunjung yang ingin berkunjung ke pantai Cahaya Bulan ini juga boleh menaiki bas ataupun dengan memandu kenderaaan sendiri. Bagi yang ingin menaiki bas mereka boleh mendapatkan bas di Bandar di Kota Bharu atau di stesen bas yang berdekatan. Perjalanan dari Kota Bharu untuk sampai ke pantai ini hanyalah mengambil masa kira-kira dalam 30 hingga 45 minit untuk sampai. Kejernihan air laut Pantai Cahaya Bulan dan pemandangan yang indah membuatkan kedatangan pengunjung yang tidak pernah putus ke pantai ini samada hari biasa mahupun setiap hujung minggu dan cuti umum. Di samping itu, bagi mereka yang ingin merasai suasana kehidupan di sebuah perkampungan nelayan akan dapat merasainya di kampung-kampung yang berhampiran dengan pantai Cahaya Bulan ini. Apabila waktu senja menjelma pula, keindahan mentari petang yang kuning-kuningan akan mendamaikan lagi jiwa setiap pengunjung yang datang kerana kecantikan yang sangat mempesonakan. Pada masa ini

(19)

7

juga kedengaran keriuhan suara para nelayan yang baru sahaja tiba dari lautan akan meriuhkan lagi suasana petang di pantai ini.

Menurut johny ong dalam buku yang berjudul “Beaches of Malaysia” (1997), nama Pantai Cahaya Bulan juga diambil daripada sebuah kisah yang terdahulu sewaktu seorang tentera inggeris mendarat dipantai tersebut pada ketika berlakunya perang dunia kedua.

Tentera inggeris tersebut terpegun dengan kecantikan dan keindahan alam semulajadi yang ada di pantai ini sehingga beliau telah menamakannya dengan nama Pantai Cinta Berahi.

Namun kerana nama pantai ini kurang manis untuk disebut atau didengar kerana perkataan berahi ini sering kali dikaitkan dengan lain perkataan yang bermaksud negatif bagi sesetengah penduduk masyarakat tempatan, maka nama pantai tersebut telah ditukarkan menjadi Pantai Cahaya Bulan dan penduduk kampung kini lebih gemar memanggilnya dengan nama PCB secara ringkasan. Selepas tok guru iaitu menteri besar Negeri Kelantan telah memerintah kerajaan Kelantan, beliau telah menukar nama pantai tersebut dengan mengekalkan akronimnya iaitu PCB. Masyarakat setempat yang berhampiran dengan pantai ini dan pelancong yang datang melancong sering menjadikan pantai ini sebagai sebuah tempat untuk beriadah serta meluangkan masa yang lapang bersama keluarga khususnya pada hujung minggu dan cuti umum. Pantai Cahaya Bulan ini juga merupakan antara pantai yang paling terindah di Negara ini dengan pasir serta air yang jernih kebiru-biruan yang mengindahkan lagi suasana.

Menurut Mutalib, A. H. (2013), Pantai ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan yang berdekatan seperti pilihan hotel, resort, kawasan perkhemahan, deretan Medan Selera dengan pelbagai jenis makanan yang turut disediakan untuk pelancong yang datang seperti kuih muih tradisional masyarakat Kelantan yang agak sukar untuk dicari di tempat lain. Pada sepanjang 10 kilometer perjalanan dari Kota Bharu menuju ke pantai ini seolah-olah

(20)

8

pelancong telah melalui sebuah pekan melayu tradisional kerana di sepanjang kiri dan kanan jalan ini merupakan kawasan penjualan dan penghasilan kraf tangan yang sentiasa bergiat aktif dengan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti menenun songket, membuat layang-layang, percetakan batik dan sebagainya. Pemandangan di pantai ini juga sangat menarik yang boleh membuatkan pengunjung merasakan tenang dan damai ketika berada disini. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di pantai ini pada setiap hari dan hujung minggu seperti bermain air, berenang, bermain layang-layang serta pelbagai lagi aktiviti-akiviti yang lain.

(21)

9 1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian merupakan permasalahan atau isu yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan Pantai Cahaya Bulan. Pengkaji akan mengupas masalah pemeliharaan dan pemuliharaan di pantai yang terpilih iaitu pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Rashid M. A. (2015), permasalahan yang berlaku di Pantai Cahaya Bulan kini ialah persekitaran yang tidak terurus dimana terdapat banyak sampah sarap di sekitar pantai ini sehingga menjejaskan dan mencemarkan pemandangan pantai tersebut. Oleh itu, pengkaji telah memilih untuk membuat kajian mengenai aspek pemeliharaan di pantai ini. Hal ini disokong oleh Rahman M. Z. (2014), yang menyatakan bahawa kekurangan kemudahan asas seperti tandas, surau dan tempat meletak kenderaan adalah faktor utama kepada pelancongan dan masyarakat tempatan kurang mengunjungi pantai ini disamping kemudahan tersebut tidak diuruskan dengan baik.

Oleh itu,Pantai Cahaya Bulan kini kurang lagi dikunjungi dan hanya segelintir sahaja masyarakat yang berkunjung kerana keadaan pantai yang tidak terjaga malah segala keindahan dan auranya di pantai ini telah hilang sehingga pelancong beralih arah ke kawasan pantai lain yang dijamin lebih bersih. (Mutalib, A.H.M., 2013).

Selain itu, permasalahan lain yang timbul adalah berlakunya hakisan di persisiran Pantai Cahaya Bulan. Menurut Mutalib, A.H.M. (2013), sejak tahun 2004 hakisan pantai semakin membimbangkan orang ramai kerana dimana dapat disaksikan persisiran pantai sepanjang 1.2 kilometer itu hanya dipenuhi benteng daripada batu dan konkrit bagi mengawal hentaman ombak ke pantai. Hal ini telah menjejaskan pengunjung yang ingin melihat keindahan laut disebabkan benteng yang akan ditinggikan tahun demi tahun bagi mengawal

(22)

10

hentaman ombak ke pantai. Maka, langkah pemuliharaan perlu dilakukan bagi mengekalkan pengunjung datang ke Pantai Cahaya Bulan.

Pantai Cahaya bulan selepas berlakunya hakisan pantai

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/air-pasang-tujuh-jam-1.14986

(23)

11 1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini amat penting dalam penyelidikan kerana ia merupakan tunggak yang utama dalam menentukan matlamat kajian yang ingin dikaji. Antara beberapa objektif yang wujud dalam kajian ini ialah:

1 . Mengkaji aspek pemeliharaan Pantai Cahaya Bulan untuk memelihara kawasan persekitaran pantai oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan.

2 . Mengenalpasti pemuliharaan Pantai Cahaya Bulan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan.

3 . Mengetahui kesan pemuliharaan Pantai Cahaya Bulan kepada masyarakat sekitar.

(24)

12 1.5 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian merupakan salah satu topik yang penting dalam sesebuah kajian yang dikaji.

Beberapa persoalan kajian yang terdapat dalam kajian ini, antaranya ialah:

1 . Apakah aspek untuk memelihara kawasan persekitaran Pantai Cahaya Bulan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu?

2 . Bagaimanakah pemuliharaan Pantai Cahaya Bulan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu ?

3 . Apakah kesan pemuliharaan Pantai Cahaya Bulan kepada masyarakat sekitar ?

Referensi

Dokumen terkait

Objektif kajian adalah matlamat yang ingin dicapai oleh pengkaji dalam kajian yang dilakukan iaitu People of Remarkable Talent (PORT) Ipoh sebagai ruang seni dalam

Pengkaji juga melihat bahawa kepentingan dalam mengkaji kaedah pengurusan koleksi songket Tenun Johor adalah sangat penting kerana ia merupakan salah satu warisan

Projek bertajuk Aplikasi Seni Cahaya Dalam Seni Lukisan Berus China telah disediakan oleh Nelly Kii Nga Lee dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan

Untuk pemilihan teks ke dalam komposisi iaitu pemilihan lirik untuk dinyanyikan oleh vokal dan koir akan diambil daripada kitab Mazmur yang berkaitan dengan kata-kata

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan kraf anyaman Sarawak yang multifungsi iaitu menginovasi kraf anyaman Sarawak yang berbentuk traditional kepada rupa bentuk yang

Penghantar berperanan sebagai pengirim (sender), encoder, dan Pembicara. Sebagai contoh di dalam situasi sebuah organisasi, Penghantar atau kata lain adalah encoder

Pengedaran borang soal kaji selidik bertujuan untuk mendapat lebih maklumat yang tepat bagi membantu kajian ini serta mengenal pasti elemen-elemen yang perlu ada pada gaun mengandung

1.5 Metodologi Penyelidikan Untuk menjayakan kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah dalam membuat analisis serta penyelidikan dalam memperolehi maklumat yang berkaitan: a