PENDEKATAN ELEMEN - ELEMEN KOMUNIKASI DALAM PENGHASILAN KARYA KOMUNIKASI VISUAL
Muhammad Luqman Bin Rosdidi
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian (WA32 – Seni Halus)
2018
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
I
UNIVERSITIMALAYSIA SARAWAK
Grade: _ _ _ __
Pleu e tid h)
FmalY~Ill'"?ro:I~ R~pon
0
~wr<r>
0
?hD 0
DECLARATION OF ORJGINAL WORK
This declaration is made on the 7th of May 2018.
Student's Declaration:
I MUHAMMAD LUQMAN BIN ROSDIDI (52715) from FACULTY OF APPLl F; D AND CREATIVE ARTS hereby declare that the work enlltled PENDEKA TAN ELEMEN - ELEMEN KOMUNIKASI DALAM PENGHASILAN KARYA KOMUNIKASI VISUAL is my original work.
I have not copied from any Qlher students' work or from any olher sources except where due reference or acknowledgement IS made expliCitly in the lext, nor has any part been \vritten for me by another person.
MUH B
LUQMAN OSDIDI (527 15)
J . b -).{)If Date Submitted
Supervis or's Declaration:
I MOHAMAD FAIZUAN BIN MAT h ELEMEN - ELEMEN KOMUNIKASI
ereby cert DALAI\1
rfies that the work entitled PENGHASTLAN KARYA
PENDEKATAi"
KOMUNIKASI VISUAL prepared by lhe above named student, and was submiued to the " FACULTY" as a *
partial/fllJl fulfillment for the confennent of BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS (FINE ARTS) and the aforementioned wor s work.
Recelved for examination by: --F.;~~~~;:~=~
/1<11 ( Mod Crc.olive Arts
Date£ " ' r r
L
il; M&l&y.~ Sarawak (MOHAMAD FAlZUAN BIN MAT)D
CON I'IUE NTI AL «('onl :~Jnl" ('ollf"idf'n l ia l infol'lll;1\ /011 un,I.'r I h.· Of'fH ialS"'-'n~l /\('1 1f)'~).
D
RESTRICTED «(\mljl'\)" rt' . ...:lrtc'II'cI lIifurlJ1.d llln ;l~ :-:Jh ·t·lfi..d 11\" IIF'Or(!ilnl",:ltllll1 whl'l"p
rC')-'(·'JI'('h IAPa..; d{ln t')*
OPEN ACCESS
Validation of Projectrrhesis
I
I lilpn,rOl"l' tlul, uflirm with [rl'" ,"o ll:,,<pnl ilnd wdli nJ,!I ~' d{'('I ~ 1 1"( t hai lIu:-o !-oliid Ilrojl'(" \ r hf"·q !-i
:-Lhall bl' pliH'l·d onida ll.\' 111 ltH' ('(' lll rv !"or l\nlllc'lTIlt ' ("formal in], ~1'n'1l' ('" Wll h llu' ;-lhlrlm~
in l(,I'~'sl ,t nd ri~IH:-. :p~ fl.IIIl\\·~·
• Thi", ('fllJN'I/Tlwsir IS llll' ~qll' iqr<d pnQ"," rly nf Unin'r:-lilY M ;llay...i:1 Sar:I\-":!}.;:
( :-.II M.<\S)
• T hp ('pnt r(' rllr ,\{"iul"llIi.' 11l[lIfmu('lon S<"l' VlI'('... hal" 111(t Inwrul righl to m:1 kl' CO j)It·Jo; for t h~· purpo,...' of ;wiu.ipmic nod )"(',..l·arc-h only and n u l for (II h" r puq)(J.S(~.
• Thl' (\'nlrp t()I" J\nJdf'mlC Informatlon St"ryicp:-o: ha.~ the' lawrul ri j..!hl 10 digllali:;(' 11"1{' ("un ll'n!
r ,. r
Ihl' 1"')(";11 ('t'Jnlc-,nl 1); ... 1:11'1"-"4'.• Th.· (,pnll'!) for .\c:ld{'mie infcJrmalion S(' I-vi("t ,~ t.a~ ttl(· lawful rI \!hl 10 maK0 1"1 '1111':-' (Jr llw Pr(,jf'f·l frlw.... is ror .(lnUlC,'IllLr ,." xl" hangl· Ilf -1 W('PIl I[j~h('r IA'iuning
rn~' l\ 1.l 1~
• 1\\.1 di.... p Ul(..1 or any 1·1:11 111 shal l ari.":l- rrtlJn IIll' !-flu rlc' ll l il <.t/'If rll'lIlw f thinl pany nn I h i:, 1 1"'ljl'<:ln'h('~I~ unn· II ht'\·nrnl's lh(, sol i- prllpPrf) nr U~(Ml\S.
• Th iS Pro.ip.,t.rrlw:'i~ ur any rnall'rii-tl, d dl:l jtnd infor lTla tion )"I··I'I[('d II) ,I !';.hall flllt Ill' dislribulr-d, puhli:-:hl-J ur (iI....I, lo:·H·d 10 any lJart,Y by thl' !-II lIi1(' 11 I " '<(:('P' wll h UNIMAS pf'rmi:'l"inn
('\11')"('11 1 .\ddrr~~~.
71 . PANTAI JOHOR, 05250 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
Nolf· ....: * 11' 11", I'roj l't'l hp~l~ i~ CONFIDENTlAL or RESTRICTED. 1'1";·1:-',' :~t 1:H'h (0 l-W I hi'!"
n~ an IH'XU"; ;1 klll'r rmm t hf' organir,;ll illt, wit It I hi' pp I'jod and r(-;l... (ln~ o/' (',!Oriell'nl i ;ll j ~y :IIl.I
I'C'~I I'II'\ Ion
"
PENDEKATAN ELEMEN - ELEMEN KOMUNIKASI DALAM PENGHASILAN KARYA KOMUNIKASI VISUAL
MUHAMMAD LUQMAN BIN ROSDIDI
Kajian ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian
(Program Seni Halus)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2018
iii
PENGAKUAN
Projek bertajuk PENDEKATAN ELEMEN - ELEMEN KOMUNIKASI DALAM PENGHASILAN KARYA KOMUNIKASI VISUAL telah disediakan oleh MUHAMMAD LUQMAN BIN ROSDIDI dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuh isyarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Seni halus).
Disahkan oleh:
(EN. MOHAMAD FAIZUAN BIN MAT) Tarikh :
iv
PENGESAHAN
Adalah ini diakui bahawa saya, MUHAMMAD LUQMAN BIN ROSDIDI disertai penulisan yang bertajuk PENDEKATAN ELEMEN - ELEMEN KOMUNIKASI DALAM PENGHASILAN KARYA KOMUNIKASI VISUAL sebagai sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dalam Program Seni Halus diterima.
Disahkan oleh:
(EN. MOHAMAD FAIZUAN BIN MAT) Tarikh :
v
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan mental dalam menyiapkan kajian saya ini. Walaupun terdapat beberapa kekangan dan masalah yang saya alami sewaktu menjalankan kajian ini, namun saya diberi keizinan dan kurniaNya dalam menempuhi segala cabaran tersebut sehingga saya dapat menyiapkan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat sepanjang kajian ini dijalankan. Terutama sekali kepada keluarga saya kerana sentiasa memberi semangat, bantuan dari segi kewangan dan memahami saya sepanjang saya menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam melaksanakan kajian saya ini. Terima kasih juga atas iringan doa yang mereka panjatkan kepada Allah sepanjang tempoh pengajian saya di UNIMAS.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek tahun akhir saya iaitu En. Mohamad Faizuan Bin Mat atas dorongan, tunjuk ajar dan bantuan serta nasihat beliau yang sangat meninggalkan kesan sepanjang saya menjalankan kajian saya ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibubapa saya dan kepada semua yang terlibat menjalankan kajian saya ini secara langsung mahupun tidak langsung. Jasa anda semua tidak dapat saya balas hanya dengan ucapan terima kasih dan doa saya sertakan untuk anda semua. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan kemaafan kepada semua yang terlibat atas kesalahan yang saya lakukan dalam sedar dan tidak sedar. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang selalu melakukan kesilapan itu datangnya dari diri saya sendiri.
Sekian, terima kasih.
vi
ISI KANDUNGAN
Borang Pengesahan Status Laporan
……….
i-iiBorang Pengakuan
……….…
iiiPengesahan dan Tandatangan Penyelia
………..…………
ivPenghargaan
………...………
vIsi kandungan
………...…………
vi-viii Abstrak……….………
ixBAB 1: PENGENALAN 1.0Pengenalan
……….………..……
11.1 Definisi
………...…….
11.2 Latar Belakang Kajian
………...….
21.3 Permasalah Kajian
………..…………...
31.4 Persoalan Kajian
………....…………..…….
31.5 Objektif Kajian
……….………...………..……..
3 – 4 1.6 Kepentingan Kajian……….……..
41.7 Skop Kajian
………..
41.8 Rumusan
……….
4 - 5 BAB 2: KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan………...………
62.1 Apa itu Komunikasi Visual?
……….………..……
6 - 8 2.2 Apakah Elemen-Elemen Komunikasi Visual?………..
8 - 13 2.3 Apakah Kesan Komunikasi Visual?………...…………...
13 - 16 2.4 Apa itu Seni Kontemporari?………..…………..
17 - 18 2.5 Visual Immersif Multimedia……….……...………...……
18 - 19 2.5.1 Visual Planetarium Cosmo………..………...……
18 - 19 2.5.2 Visual Mapping………...………...
20vii
2.5.3 Visual di dinding
……….……...….………… 20 -
212.6 Karya Rujukan
……….….………
22 - 242.7 Rumusan
……….….…………
24 - 25BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan
………...………
263.1 Rasional Pemilihan Kaedah
……….………
26 - 27 3.2 Rasional Pemilihan Kawasan Kajian………...…....
273.3 Kaedah Ekperimen
………...………...………...
27 - 29 3.4 Kaedah Pemerhatian………..……..………….
303.5 Kaedah Analisis Dokumen
……….………...
313.6 Rumusan
……….……….…...……...
31BAB 4: DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan
...
324.1 Visual Komunikasi
...
324.2 Elemen komunikasi
...
334.3 Seni Kontemporari
...
334.4 Visual Immersif
...
344.5 Analisi Karya
...
344.6 Maklumbalas Pensyarah
...
35 - 36 4.7 Rumusan...
36BAB 5: PENGHASILAN KARYA 5.0 Pengenalan
...
375.1 Proses Penghasilan karya
...
375.1.1 Rakaman dan Penyuntingan
...
37 - 39 5.1.2 Pemasangan Karya...
39 -40 5.1.2 Karya Akhir...
41viii
5.2 Kesimpulan
...
41 - 425.3 Cadangan
...
415.3 Akhir Kata
...
42 - 43 Rujukan...
44 - 45 LAMPIRAN Figura Figura 1 : Hasnol Jamal Saidon...
22Figura 2 : Wolf Vostell
...
23Figura 3: Bill Viola
...
24Figura 4: Gambar Pemandangan di Terus Bekenu, Miri
...
28Figura 5: Video 360
...
28Figura 6 -7 : Multi-Monitor
...
29Figura 8 -9 : Cosmo Dome
...
29Figura 10 : Visual Realiti
...
30Figura 11 : Karya Akhir
...
41Jadual Jadual 1 : Maklumbalas dan Penambahbaikan
...
35 - 36 Jadual 2 : Mengyunting Video 360...
38Jadual 3 : Menyunting Gambar Panorama
...
39Jadual 4 : Pemasangan karya Akhir
...
40ix Abstrak
Penghasilan karya seni adalah salah satu kaedah dalam penyampaian sesuatu maklumat.
Kajian ini lebih menumpukan penghasilan karya dengan menerapakan elemen komunikasi visual. Untuk menyampaikan maklumat kepada audien pengkarya perlu menekankan elemen-elemen komunikasi visual dalam penghasilan karya. Kegagalan dalam memberi perhatian sewajarnya kepada elemen-elemen ini akan menyebabkan komunikasi visual ini tidak memberikan impak sebaiknya kepada audien terutama dalam penghasilan sesebuah karya seni. Kajian ini bertujuan membantu pengkarya dalam penyampaian karya seni dengan pengaplikasian elemen komunikasi.
1 BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN
Komunikasi merupakan asas penting dalam kehidupan seharian kita. Setiap ketika, tidak kiralah kepakaran dan pengetahuan bidang apa sekalipun komunikasi merupakan perkara penting dalam memupuk kefahaman di persekitaran kita. Komunikasi akan berlaku apabila individu ingin menyampaikan maklumat kepada penerima maklumat. Komunikasi adalah satu tindakan seorang individu menghubungkan dengan individu yang menerima maklumat. Secara umumnya komunikasi adalah satu proses interaksi dan perkongsian makna, pertukaran idea dan pendapat atau perkongsian maklumat sama ada dalam bentuk lisan dan visual. Bentuk lisan seperti bunyi-bunyian atau pertuturan, disampaikan secara berdepan ataupun menggunakan media masa manakala pernulisan atau symbol adalah bentuk visual.
1.1 DEFINISI
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komunikasi adalah perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (ber-cakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat untuk ~ dan alat untuk berfikir dan melahirkan buah fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita, dll) melalui saluran komunikasi.
2 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pada zaman pra-sejarah manusia telah memperkenalkan dan menggunkan komunikasi berbentuk visual buktinya penemuan pictogram dan hieroglyphics yang digunakan oleh masyarakat Mesir. Kemudian seiring dengan kemajuan bentuk-bentuk ini berubah kepada penulisan, conthnya prasasti, buku dan sebagainya. Komunikasi telah memacu kemajuan seiring dengan pekembangan ilmu pengetahuan menjadikan komunikasi merupakan alat terpenting dan efektik sehinggalah sekarang.
Dalam perkembangannya, komunikasi visual telah menjadi alat terpenting dalam penyampaian maklumat tidak kiralah dalam bidang perkejaan apa sekalipun. Iklan, akhbar harian, majalah dan sebagainya adalah kesan perkembangan komunikasi visual yang berlaku. Komunikasi visual menjadi peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Tidak kiralah dimana kita berada informasi berbentuk visual sering kita temui.
Namun disebalik kemajuan yang pesat berlaku dalam komunikasi, pengkaji telah mengenalpasti kekurangan dalam berkomunikasi. Kegagalan berkomunikasi sering timbul dan jelas kelihatan adalah disebabkan penyampai tidak memberi perhatian sewajarnya kepada elemen-elemen komunikasi. Hal ini telah menyebabkan komunikasi tidak berkesan dan tidak memberikan impak sebaiknya kepada audien terutama dalam penghasilan sesebuah karya seni. Melalui kajian ini, pengkaji telah menyusun dan mengaplikasikan elemen-elemen komunikasi visual dalam penghasilan karya seni. Pengkaji telah mengambil pendekatan dengan menekankan tujuh elemen komunikasi visual dalam penghasilan karya.
Kajian ini bertujuan membantu pengkarya seni dan pengkaji sendiri dalam penyampaian karya seni dengan pengaplikasian elemen komunikasi.
3 1.3 PERMASALAH KAJIAN
Komunikasi visual adalah berbentuk propaganda, risalah, gambar, symbol, karya seni dan sebagainya. Walaubagaimanapun, komunikasi visual itu berlaku dalam kehidupan seharian namun komunikasi visual masih tidak memberikan impak yang mendalam kepada audien.
Menurut Osman. M (2000) semasa berkomunikasi elemen-elemen ini seboleh-bolehnya, diberikan perhatian sewajarnya. Gagal memberi perhatian sewajarnya kepada elemen- elemen ini akan menyebabkan komunikasi tidak memberikan impak sebaiknya kepada audien. Antaranya elemen-elemen itu adalah pengantar, mesej, ekod, salura, penerima, dekod, maklumbalas dan gangguan.
1.4 PERSOALAN KAJIAN
Antara persoalan-persoalan yang terdapat dalam kajian ini adalah : 1. Apakah elemen-elemen komunikasi visual?
2. Apakah fakta yang menyokong elemen-elemen komunikasi visual?
3. Bagaimanakah elemen-elemen komunikasi visual membantu dalam penghasilan karya seni?
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini telah mengenal pasti tiga objektif untuk dijadikan maklumat yang hendak dicapai dalam kajian ini. Objektif-objektif ini juga bertindak sebagai penyelesaian terhadap permasalahan kajian adalah :
1. Mengenalpasti elemen-elemen komunikasi visual
2. Menganalisis fakta yang menyokong elemen-elemen komunikasi visual
4
3. Menzahirkan elemen-elemen komunikasi visual dalam penghasilan karya seni
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengetengahkan elemen-elemen komunikasi visual dalam penghasilan karya seni berbentuk kontemporari. Penggunaan elemen-elemen komunikasi ini akan memberi nafas baru kepada pengkarya untuk menghasilkan karya melalui komunikasi visual. Kaedah ini dapat meningkatkan kualiti dan memberi kefahaman kepada audien tentang apa yang ingin disampaikan oleh pengkarya. Pengadabtasian elemen-elemen komunikasi visual dapat meningkatkan kemampuan dan keberhasilan karya seni.
1.7 SKOP KAJIAN
a) Kajian ini dilaksanakan berdasarkan elemen-elemen komunikasi visual dalam penghasilan karya seni
b) Hasil kerja eksplorasi terhadap Kajian ini dilaksanakan berdasakan elemen-elemen komunikasi visual dalam penghasilan karya seni
1.8 RUMUSAN
Bab ini membincangkan latar belakang kajian dari aspek pendekatan elemen komunikasi visual dalam penghasilan karya kontemporari. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaplikasian elemen-elemen komunikasi digabungkan bersama visual dalam pengahasilan karya kontemporari. Terdapat tiga persoalan dalam kajian ini dan persoalan itu akan menentukan metodologi kajian selanjutnya. Selain itu, pengkaji juga telah menyenaraikan beberapa istilah kajian dinyatakan untuk menyatakan secara jelas dan
5
terperinci bagi mengelakan kajian ini tidak tersasar dan berketepatan dengan objektif dan persoalan kajian.
6 BAB 2
KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan
Bab ini menyatakan definasi komunikasi visual, menerangkan elemen-elemen komunikasi visual dan menerangkan kesan komunikasi visual serta contoh penghasilan karya komunikasi visual. Selain itu, bab ini jugak turut menyatakan tentang teori-teori komunikasi visual dan keberkesanan dalam berkomunikasi serta kajian lepas yang berkaitan dengan komunikasi visual.
2.1 Apa itu Komunikasi Visual?
Kata atau istilah komunikasi berasal dari perkataan Latin, communicare yang membawa maksud penyampaian atau pemberitahuan. Dari perkataan communicare tersebut, maka terjemahan kata communis/communal yang mengandungi maksud pemilikan bersama atau kebersamaan yang secara umum dapat dikatakan sebagai berlaku dipersekitaran.
Komunikasi visual berfungsi menyampaikan maklumat dan mesej secara visual.
Sutanto (2005) menyatakan bahawa bahasa komunikasi visual mempunyai potensi istimewa dalam menyampaikan mesej. Pertama sekali, bahasa visual dapat dikenalpasti dengan lebih cepat dan terus difahami daripada bahasa verbal, tulisan, lisan atau berbentuk suara. Kedua, bahasa visual lebih berkesan daripada bahasa suara yang bergerak dalam tempoh pergerakan waktu dan ketiga, bahasa visual mempunyai nilai simbolik yang lebih kuat berbanding komunikasi verbal. Komunikasi bertindak menguasai penglihatan yang melibatkan mesej visual. Komunikasi visual berlaku dengan menenalpasti melalui mata
7
sehingga dapat mengenal, dibaca, dan difahami oleh individu atau sebuah kumpulan masyarakat.
Danesi (2004) alam bukunya menyebut bahawa setiap detik alam kehidupan seharian kita secara tidak sedar kita telah mengalami dan mempraktikkan semiotic dalam berkomunikasi.
Menurut Alex (2009) semiotik merupakan ilmu yang mencakupi pelbagai disiplin ilmu yang ada seperti kajian bahasa contohnya, tanda, simbolm seni bina, dan reka bentuk visual.
Peirce (1914) semiotik memberi fokus pada tiga aspek iaitu ikon, indeks dan symbol. Hal ini, memperlihatkan pengaruh kuat visual dalam berkomunikasi.
Menurut Cotton. B (1990) Seorang yang ingin berkomunikasi secara visual perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang luas tentang komunikasi visual. Selain bakat yang dimiliki, individu itu haruslah mempunyai kemampuan untuk menganalisa sesuatu masalah, mencari penyelesaian berdasarkan pemasalahan. Alatan teknologi akan membantu dan berfungsi sebagai kemudahan untuk meningkatkan kualiti penyampaian maklumat.
Secara realitinya ramai diantara kita fasih dan petah bercakap. Ramai yang menyangka asal mereka pandai bercakap, mereka tentu sudah berkomunikasi. Ini tidak benar. Bercakap adalah sejenis bakat. Komunikasi bukan setakat bercakap sahaja tetapi tanpa bercakap pun kita boleh berkomunikasi (Abdullah dan Ainon, 2000).
Keupayaan bertutur dan mengvisualkan adalah sangat penting untuk berkomunikasi namun komunikasi dengan orang-orang yang kurang upaya sangat berlainan dengan penggunaan bahasa seharian kita menyebabkan kita perlu menggunakan pendekatan berbeza contohnya
8
mengunakan bahasa umum seperti Bahasa English, bahasa isyarat dan visual seperti gambar dan logo atau sebagainya. Menurut Pearson (2000) bahasa adalah merupakan kod simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi. Manakala Sulaiman (2002) komunikasi isyarat berbeza-beza maknanya mengikut budaya bangsa. Sesuatu pergerakan yang kebiasannya dilakukan oleh masyarakat melayu adalah berbeza maksudnya apabila dilihat dan ditafsir oleh bangsa lain. Jika sesuatu sumber itu tidak mampu untuk mengalami proses berfikir, ini akan menyebabkan komunikasi ini tidak berkesan.
Kesimpulannya, komunikasi visual sangat mempengaruhi masyarakat jika dibandingkan dengan yang berbentuk tulisan atau percakapan semata-mata, keadaan ini jelas jauh lebih mudah untuk memberi maklumat. Dengan kata lain komunikasi visual merupakan metod yang paling cepat untuk memberikan maklumat jika dibandingkan dengan tulisan ataupun percakapan. Visual selalunya dapat berdiri sendiri kerana mempunyai subjek yang mudah difahami.
2.2 Apakah Elemen-Elemen Komunikasi Visual?
Johnson (1997) Seluruh interaksi manusia selalu didasari oleh komunikasi. Menurut Osman. M (2000) semasa berkomunikasi elemen-elemen ini seboleh-bolehnya, diberikan perhatian sewajarnya. Gagal memberi perhatian sewajarnya kepada elemen-elemen ini akan menyebabkan komunikasi tidak memberikan impak sebaiknya kepada audien.
Antaranya elemen-elemen itu adalah penghantar, mesej, ekod, saluran, penerima, dekod, maklumbalas dan gangguan. Verdeber (2002) dan Hybels & Weaver (2001) bersependapat dengan mendefinasikan komunikasi adalah proses membentuk dan berkongsi makna dan idea dalam ucapan, interaksi kumpulan bertulis, atau ucapan awam. Proses ini kebiasaannya
9
melibatkan individu dan interaksi mereka dengan melibatkan unsur-unsur konteks, mesej, saluran, gangguan, dan maklum balas.
Dapat disimpulkan bahawa terdapat elemen-elemen komunikasi visual yang menjadikan komunikasi itu lebih berkesan. Antara elemen-elemen komunikasi visual itu adalah:
a) Penghantar
Penghantar adalah sumber kepada maklumat dan berperanan dalam proses dalam berkomunikasi. Komunikasi itu berlaku apabila terdapat dua atau lebih individu dalam penyampaian sesuatu maklumat. Penghantar berperanan sebagai pengirim (sender), encoder, dan Pembicara. Sebagai contoh di dalam situasi sebuah organisasi, Penghantar atau kata lain adalah encoder akan menyampaikan mesej secara bertulis ataupun berbentuk lisan. Penghantar mesej perlu mengetahui dan perlu mengambil langkah dengan menghantar mesej pada watu yang sesuai dan mendapat perhatian daripada penerima agar mesej tersebut dapat sampai kepada individu atau kelompok yang dituju. Penghantar perlu mengetahui menjangkakan gangguan sebelum dan semasa mesej disampaikan agar gangguan dapat dikurangkan. Penghantar seharusnya memahami mesej yang diterima sama ada berbentuk lisan atau visual kandungan maklumat yang ingin disampaikan. penghantar perlu meneliti dengan baik mesej yang diterima agar tidak berlakunya gangguan dalam menerima mesej.
b) Mesej
Mesej ialah idea, maklumat atau pandangan yang datang dari minda penghantar dan cuba untuk menyampaikan kepada individu atau kumpulan. Mesej adalah elemen terpenting dalam komunikasi yang berlaku apabila cuba untuk
10
menyampaikan kepada enkod. Maklumat tersebut boleh diperolehi sama ada melalui pendengaran, bau, rasa, penglihatan, dan sentuhan yang akan mempengaruhi penerima. Contoh situasi adalah apabila sepasang suami isteri bertukar-tukar pandangan. Petukaran maklumat itu seharusnya tepat.
Perpindahan maklumat itu bukan berbentuk lisan semata-mata tetapi boleh berbentuk pandangan mata, mimik muka, gerak badan, sentuhan, isyarat atau kelantangan suara. Namun dalam hal ini komunikasi lisan akan lebih berkesan apabila melibatkan komunikasi selain lisan.
c) Enkod
Enkod adalah mesej, idea, maklumat atau pandangan yang diterjemah oleh penghantar dari minda penghantar dan cuba untuk menyampaikan kepada individu atau kumpulan mengunakan visual atau lisan agar mudah difahami oleh penerima maklumat. Contohnya, pelukan, ciuman dan sebagainya adalah satu bentuk penghantar ingin menyampaikan maklumat secara sentuhan. Penghantar tidak perlu berkata-kata tetapi cukup dengan sentuhan ini telah menunjukan emosi dan perasaan kedua-duanya. Tetapi kata-kata akan menambahkan menyakinkan terhadap maklumat yang ingin dihantar kepada penerima.
d) Saluran
Mesej disalurkan kepada penerima sama ada melalui visual atau lisan. Saluran adalah alat yang bertujuan untuk menghubungkan penghantar maklumat kepada penerima maklumat. Dalam situasi suami isteri saluran yang digunakan adalah bersemuka. Ini akan melibatkan penglihatan dan pendengaran. Kedua-duanya akan menggunakan saluran ini agar dapat berkomunikasi dengan berkesan dan saling memahami antara satu dengan yang lain. Dalam komunikasi ini antara
11
alat yang digunakan adalah telefon bimbit, atau computer. Kaedah ini lebih cepat dan mudah digunakan tanpa perlu menulis.
e) Penerima
Penerima adalah individu atau kumpulan manusia yang menjadi sasaran masej.
Penghantar perlulah mengetahui siapa penerima.
f) Dekod
Dekod adalah mesej yang diterima dan diterjemahkan atau ditafsirkan oleh penerima untuk memberi makna dan memperluaskan makna tersebut disandarkan kepada mesej atau maklumat yang dihantar. Pemberian makna atau perluasan makna tersebut boleh didapati berdasarkan maklumat penerima sama ada berbentuk pengalaman, latarbelakang, dan ilmu pengetahuan penerima.
Perluasan makna akan berlaku jika penerima mempunyai ilmu yang lebih luas berbanding penghantar atau pengalaman peribadi penerima yang akan terjadinya peluasan makna.
g) Maklumbalas
Maklumbalas adalah tindakbalas terhadap penerima dan pemahaman mesej oleh penerima. Maklumbalas ini tidaklah berbentuk lisan semata-mata tetapi boleh berbentuk visual. Maklumbalas penting dalam komunikasi. Maklumbalas dapat membantu penghantar melihat ketepatan mesej apabila sampai kepada penerima. Maklumbalas ini juga menyebabkan penghantar menyemak kembali ketepatan kefahaman penerimanya dengan maksud mesej atau maklumat daripada penghantar. Maklumbalas juga respon penerima kepada penghantar bagi memaklumkan bagaimana mesej itu diterima.
12 h) Gangguan
Gangguan adalah perkara yang mengganggu dan menghalang keberkesanan komunikasi. Gangguan ini akan menyebabkan komunikasi atau maklumat yang diterima tidak tepat atau disalah tafsir. Komunikasi yang melibatkan audien pastinya telah terjadinya dua dunia yang berbeza dan tentunya menjadi sukar untuk komunikasi itu berkesan. Setiap orang mempunyai keperluan, latarbelakang dan pengalaman yang berbeza yang mempengaruhi perlakuan, dan pandangan yang berbeza. Bagi menghasilkan komunikasi yang berkesan tugas utama ialah menyedari kepentingan berkomunikasi yang berkesan, dan menyedari gangguan yang akan datang. Penghantar perlu berusaha untuk mengenalpasti halangan dan berusaha menghapusakannya. Sekiranya sukar untuk menghapuskan, cukuplah sekadar meminimumkan gangguan dan halangan tersebut. Antara gangguan komunikasi adalah:
Persediaan oleh penghantar mesej dan menyebabkan mesej tersebut kurang jelas.
Penghantar dan penerima tidak dapat mengenalpasti dan memisahkan antara pemerhatian, sangkaan, dan mesej yang sebenarnya.
Mempunyai kefahaman yang berbeza mengenai visual dan lisan
Tidak menghormati dan tidak sensitif kepada pihak lain. Pendek kata ego
Tidak bersifat terbuka
Penggunaan istilah yang tidak difahamkan
Penggunaan saluran yang tidak tepat
Tidak mengosongkan fikiran
Tanggapan yang berbeza
13
Persekitaran
Kesimpulannya, elemen-elemen komunikasi visual sangat mempengaruhi dalam berkomunikasi. Dengan kata lain pengaplikasian elemen-elemen komunikasi visual ini merupakan metod yang paling cepat untuk memberikan maklumat secara lebih berkesan jika dibandingkan dengan komunikasi yang tidak menitik beratkan elemen-elemen ini.
Elemen-elemen ini adalah bertujuan memantapkan lagi dalam menyampaikan sebuah maklumat.
2.3 Apakah Kesan Komunikasi Visual?
Komunikasi visual adalah berfungsi menyampaikan informasi dan pesan yang ingin disampaikan berbentuk visual. Komunikasi visual berupaya mengusai dan mempengaruhi sekelompok masyarakat. Komunikasi visual berusaha untuk mengusai pengsasarnya dengan memberi respon yang positif kepada mesej atau pesan daripada maklumat yang ingin disampaikan melalui visual itu. Oleh itu, komunikasi seharusnya bersifat mudah, dapat dikenali dan difahami oleh kumpulan sasaran tersebut.
Antara kesan komunikasi visual adalah :
a) Muda Memahami
Secara umumnya, masyarakat di Malaysia mengetahui berita dan maklumat tentang hal ehwal semasa itu kebiasaannya melalui media social, surat khabar, radio dan televisyen. Kesan ini adalah seiring dengan kemajuan dan kehidupan masyarakat di Malaysia. Kesan komunikasi ini secara tidak langsung memaklumkan kepada masyarakat mengenai perkara-perkara yang dirasakan oleh sumber maklumat atau