• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PERSONALITI WARNA MENURUT TEORI DON LOWRY DALAM SERAMIK KONTEMPORARI

(

Analisis Terhadap Pelajar Di Universiti Malaysia Sarawak Yang Berusia 21-24 Tahun

)

JALWA JAZILAH BINTI MOHAMAD ROSDI (51997)

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Seni Halus)

2018

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

(2)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: _____________

Please tick ( )

Final Year Project Report Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ………..day of………..2018.

Student’s Declaration:

I, JALWA JAZILAH BINTI MOHAMAD ROSDI (51997) FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS hereby declare that the work entitled PERSONALITI WARNA MENURUT TEORI DON LOWRY DALAM SERAMIK KONTEMPORARI is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

___________________ _____________________________

Date submitted Jalwa Jazilah Binti Mohamad Rosdi (51997)

Supervisor’s Declaration:

I, PUAN ENDANG LESTARI hereby certifies that the work entitled PERSONALITI WARNA MENURUT TEORI DON LOWRY DALAM SERAMIK KONTEMPORARI was prepared by the above named student, and was submitted to the FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS as a *partial / full fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED ARTS HONOURS (FINE ART) and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by:

PUAN ENDANG LESTARI Date:____________________________

(3)

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick ()):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.

Student signature: _______________________ Supervisor signature: ______________________

( ) ( ) Current Address:

TAMAN WAWASAN 2 JALAN MAJU 3, TANJUNG GEMOK,

26820 KUALA ROMPIN, PAHANG

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

(4)

PENGESAHAN

Projek bertajuk Personaliti Warna Menurut Teori Don Lowry Dalam Seramik Kontemporari telah disediakan oleh Jalwa Jazilah Binti Mohamad Rosdi dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus).

Diterima dan diperiksa oleh:

______________________________

PN. ENDANG LESTARI (PENYELIA)

Tarikh:

_____________________________

(5)

PENGAKUAN

Adalah ini diakui bahawa saya, Jalwa Jazilah Binti Mohamad Rosdi disertai penulisan yang bertajuk Personaliti Warna Menurut Teori Don Lowry Dalam Seramik Kontemporari sebagai sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus). Saya mengaku bahawa tiada bahagian dalam penyelidikan ini telah digunakan sebagai sokongan untuk sesuatu ijazah atau mana-mana kedudukan, sama ada kepada universiti atau institusi pengajian tinggi yang lain.

Disediakan oleh:

_______________________________

JALWA JAZILAH BINTI MOHAMAD ROSDI (51997) Tarikh:

_________________________

(6)

PERSONALITI WARNA MENURUT TEORI DON LOWRY DALAM SERAMIK KONTEMPORARI

JALWA JAZILAH BINTI MOHAMAD ROSDI (51997)

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian

( SeniHalus )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2018

(7)

i

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya amat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin kurniaanya saya telah dapat menyempurnakan tugasan bagi Projek Tahun Akhir saya. Sepanjang melakukan tesis ini, saya telah mengalami pelbagai pengalaman yang menarik mahupun tidak menarik, namun begitu pengalaman kali ini sangat memberi erti kepada saya sepanjang menyelesaikan tugasan.

Seterusnya, selain pengalaman untuk berkarya saya juga dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya dalam kajian yang saya lakukan. Terima Kasih juga kepada pensyarah yang selaku penyelia saya iaitu Puan Endang Lestari kerana beliau telah banyak tunjuk ajar dan meluangkan masanya sepanjang saya dan rakan-rakan melakukan tugasan ini. Tanpa beliau saya dan rakan-rakan pasti tidak akan sampai ketahap ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Mohamad Rosdi Bin Ismail dan Maimunah Binti Mohamad kerana menjadi tulang belakang dan menyokong saya sepanjang saya menjadi pelajar di Unimas ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak membantu dan bekerjasama sepanjang saya melakukan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyelesaikan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

(8)

ii

ISI KANDUNGAN

Halaman

Penghargaan………... i

Abstrak……….. vii

Abstract………. viii

Bab 1 (Pengenalan) 1.0 Pendahuluan……… 1-2 1.1 Latar belakang kajian………. 3

1.2 Permasalahan kajian………... 4

1.3 Objektif kajian……… 5-6 1.4 Persoalan kajian……….. 6

1.5 Kepentingan kajian………. 6

1.6 Skop Kajian………. 7

1.7 Kesimpulan……….… 7

Bab 2 (Sorotan kajian) 2.0 Pendahuluan……… 8

2.1 Kajian lepas………. 8-11

2.2 Perkembangan warna……….. 11-13

2.3 Teori Don Lowry dan personaliti warna………. 14-17 2.4 Seramik kontemporari………. 17-19

2.5 Artis rujukan………... 19-24

(9)

iii

2.6 Kesimpulan………. 25

Bab 3 (Metodologi kajian)

3.0 Pendahuluan……… 26

3.1 Kuantitatif………... 26-28

3.2 Kualitatif………. 28-30

Bab 4 (Analisis dan Hasil Kajian)

4.1 Pengenalan ……… 31

4.2 Hasil analisis data………... 31-37 4.3 Proses penghasilan karya……… 37-50

4.4 Ulasan karya………... 50

4.5 Kesimpulan……….…… 51

Bab 5 (Rumusan kajian)

5.0 Pendahuluan……… 52-53

5.1 Penutup………... 53

Rujukan 54-56

Lampiran 57-59

(10)

iv

SENARAI GAMBAR RAJAH

Halaman

Fig.1 Artis rujukan (Dr. Shamsu Mohamad)……… 19

Fig.2 Melentur Buluh, Biar dari Rebungnya (2004)……… 20

Fig.3 Artis rujukan (Soo Sunny Park)………. 21

Fig.4 Unwoven Light (2013)……… 22

Fig.5 Artis rujukan (Paige Bradley)………. 23

Fig.6 Expansion, Third Life………. 24

Carta Bar 1 Taburan responden mengikut umur………. 32

Carta Bar 2 Taburan Responden Mengikut Jantina……… 32

Carta Bar 3 Taburan Responden Mengikut Bangsa/Kaum………. 33

Carta Bar 4 Taburan Responden Mengikut Agama……… 34

Carta Bar 5 Taburan Responden Mengikut Fakulti……… 34

Carta Bar 6 Personaliti Warna Pelajar Unimas……….. 35

Fig.7 Lakaran idea 1………. 37

Fig.8 Lakaran idea 2………. 37

Fig.9 Lakaran idea 3………. 38

Fig.10 Lakaran idea 4………. 38

Fig.11 Lakaran idea 5………. 38

Fig.12 Teddy bear mengikut pandangan depan………. 39

Fig.13 Teddy bear mengikut pandangan sebelah kanan…………. 39

Fig.14 Teddy bear mengikut pandangan belakang………. 39

Fig.15 Teddy bear mengikut pandangan sebelah kiri………. 39

(11)

v

Fig.16 Memotong tanah liat dengan menggunakan dawai………. 40 Fig.17 Memotong tanah liat mengikut sebanyak mana yang

diperlukan………

40 Fig.18 Membungkus semula tanah liat yang tidak diperlukan….. 41 Fig.19 Menguli tanah liat yang ingin digunakan……… 41 Fig.20 Menguli sehingga berbentuk seperti gambar di atas……... 41 Fig.21 Menguli sehingga bentuk silinder……….. 41 Fig.22 Memotong tanah liar yang telah dibentukkan silinder

kepada beberapa bahagian………..

42 Fig.23 Setelah itu leperkan mengikut ketebalan yang diperlukan 42 Fig.24 Membancuh plaster of paris………. 43 Fig.25 Menggaul plaster tersebut sehingga pekat……….. 43 Fig.26 Mengisi plaster yang telah dibancuh sebelah kanan

dahulu………..

44 Fig.27 Mengisi plaster pada bahagian kiri pula………. 44 Fig.28 Bentuk teddy bear yang telah ditekapkan dengan

menggunakan mold……….

45 Fig.29 Bentuk teddy bear yang telah dikemaskan……….. 45 Fig.30 Teddy bear yang telah dikeringkan sedikit akan

dilubangkan pada seluruh anggotanya………

45 Fig.31 Rupa bahagian badan Teddy bear yang telah dilubangkan 45 Fig.32 Setelah kering, akan dibakarkan dengan suhu 1000celcius 46 Fig.33 Rupa teddy bear seramik yang telah dibakar……….. 46

(12)

vi

Fig.34 Menyambungkan wayar untuk menyalakan lampu dengan satu arus………...

47 Fig.35 Membetulkan wayar-wayar sebelum dipasangkan suisnya 47

Fig.36 Menyusun dengan betul supaya wayar tidak berselirat….. 47

Fig.37 Mencuba lampu putih yang pencerahannya tinggi……….. 47

Fig.38 Mencuba lampu kuning yang pencerahannya yang rendah 48 Fig.39 Penyusunan pertama……… 49

Fig.40 Penyusunan kedua……….. 49

Fig.41 Penyusunan ketiga……….. 49

Fig.42 We Can’t Photoshop Personality………. 50

Fig.43 Pengkarya bersama Penyelarasnya (Pn.Endang Lestri) dan TNC Unimas………. 54 Fig.44 Pengkarya bersama karyanya………. 54

Fig.45 Pengunjung yang hadir untuk melihat karya………... 55

Fig.46 Pengkarya bersama Prof Hasnol ………... 55

Fig.47 Pengkarya bersama penyelianya Puan Endang Lestari….. 56

(13)

vii ABSTRAK

Warna mempunyai peranan penting dalam kehidupan manusia, melalui warna kita dapat mengenali personaliti seseorang. Warna juga merupakan sesuatu yang tidak dapat dirasa tetapi dapat lihat dan memberi kesan psikologi kepada manusia.

Pengkarya menghasilkan karya dari hasil pengumpulan data soal selidik untuk mengenali personaliti pelajar yang berusia 21-24 tahun di Universiti Malaysia Sarawak. Bagi mengetahui makna disebalik personaliti warna para pelajar, pengkarya menggunakan teori dari Don Lowry. Namun begitu, pengkarya telah menggunakan kaedah dari Sidek Mohd Noah untuk mengenal pasti warna personaliti pelajar di Unimas. Pengkarya telah menggunakan kaedah yang dipanggil Inventori Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan kepada karya yang berbentuk seramik kontemporari.

Kata kunci : Personaliti warna, Teori Don Lowry dan Seramik Kontemporari

(14)

viii

ABSTRACT

Colour has an important role in human life, through our colours to recognize one's personality. Colour is also something that can not be seen but can see and give psychological impression to humans. The creator produce works from the collection of questionnaire data to recognize the personality of students aged 21-24 at Universiti Malaysia Sarawak. To know the meaning behind the color personality of the students, researchers use the theory of Don Lowry. However, researchers have used the method from Sidek Mohd Noah to identify the color of student personality at Unimas. Researchers have used a method called Color Personality Inventory (IPW). The main media in this work is ceramic. The results of this study will be applied to contemporary ceramics.

Keywords: Colour personality, Don Lowry Theory and Contemporary Ceramic

(15)

1 BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan

Personaliti atau dalam perkataan Inggeris person adalah merupakan dua perkataan yang berkait rapat. Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan tentang seseorang individu tersebut tetapi secara khusus, personaliti adalah sifat-sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi, dan lain-lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain.

Personaliti akan memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang individu. Selain itu, personaliti juga boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk faktor persekitaran, rakan-rakan, keluarga, pengalaman dan sebagainya. Personaliti seseorang sentiasa berubah mengikut cara hidup individu itu sendiri. Menurut Allport, personaliti ialah satu organisasi dinamik yang berkaitan dengan sistem psikofizikal dalam diri individu yang akan menentukan penyesuaian tertentu ke atas persekitaran dan menentukan ciri-ciri tingkah laku serta pemikiran individu tersebut.

Sejak dahulu lagi semua budaya dalam tamadun manusia menggunakan warna untuk menandakan perubahan dalam aktiviti kehidupan mereka hidup mereka.

Warna merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia dan dunia ini.

Melalui warna juga dapat mengenali personaliti seseorang walaupun orang itu tidak mempunyai hubungan rapat dalam kehidupan orang lain. Warna adalah spektrum tertentu yang terdapat di dalam suatu cahaya yang berwarna putih. Identiti sesuatu warna ditentukan melalui panjang gelombang cahaya tersebut. Seterusnya, warna dapat membentuk sesuatu persoalan yang akan terhasil daripada penglihatan

(16)

2

manusia dan maklumatnya akan ditafsirkan melalui otak. Warna boleh memberi kesan kepada ‘mood’, personaliti, perasaan dan tenaga fizikal. Namun begitu, warna yang gunakan juga boleh menggambarkan keadaan emosi seseorang. Hal ini dapat dilihat melalui warna pakaian yang dipakai boleh mempengaruhi emosi seseorang itu. Selain itu pilihan warna dinding rumah boleh mempengaruhi diri sendiri dan juga orang lain untuk menjadi sama ada tertekan, penat, bertenaga atau lapar dan sebagainya. Warna juga jika digunakan secara bijaksana dapat memberi kekuatan, ketenangan dan inspirasi dalam kehidupan seharian seseorang.

Kajian ini dilakukan oleh pengkarya untuk membuktikan melalui warna dapat mengenali personaliti seseorang. Pengkarya akan melakukan kajian warna tersebut kepada para pelajar yang berumur 21 hingga 24 tahun, di mana mereka tergolong kepada tahun satu, dua dan tiga yang belajar di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Kajian ini ingin dilakukan kepada golongan pelajar universiti itu kerana pelajar tahun satu merupakan individu yang baru ingin menghadapi suasana pembelajaran yang baru lebih matang. Hal ini dapat lihat personaliti mereka akan berbeza dengan personaliti warna bagi pelajar tahun dua dan tiga. Hal ini kerana pelajar tahun dua dan tiga pula merupakan individu yang telah mengharungi pelbagai cabaran setelah berada di alam universiti sekian lama. Dengan melakukan kajian warna terhadap mereka, pengkarya akan dapat mengenali sedikit sebanyak personaliti para pelajar tahun satu, dua dan tiga yang belajar di Unimas ini.

(17)

3 1.1 Latar Belakang Kajian

Menurut Jack Falt dalam Dimensi Personaliti – Temperament telah menghuraikan beberapa maksud di sebalik personaliti yang berkait dengan warna.

Dalam buku tersebut, beliau mengatakan bahawa individu yang mempunyai personaliti Hijau merupakan golongan yang sentiasa menginginkan yang terbaik untuk diri dan kehidupannya. Mereka ini sentiasa mencuba yang terbaik dari semasa ke semasa. Golongan ini juga merupakan golongan yang mana lebih mementingkan ilmu pengetahuan dan mereka akan melakukan sesuatu yang mereka mahir untuk lebih maju ke hadapan.

Seterusnya, individu yang personaliti warna Emas pula lebih meminati dengan fakta daripada idea yang spontan. Mereka ini merupakan golongan yang mengikuti peraturan, bertanggungjawab dan suka kehidupan yang stabil. Selain itu, golongan yang personaliti warna Jingga pula lebih kepada keseronokan dan cabaran.

Mereka ini lebih meminati untuk menanggung risiko bagi mendapatkan apa yang diinginkan. Mereka tidak akan mudah putus usaha dan sentiasa mencari peluang yang ada untuk meneruskan kehidupan. Golongan ini juga tidak menyukai tekanan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Bagi golongan yang personaliti warna biru pula mereka lebih menyukai berinteraksi dengan manusia. Mereka ini lebih bersikap positif dan sentiasa menginginkan situasi yang aman dan harmoni. Individu yang golongan dalam personaliti biru ini beranggapan peraturan yang terdapat dalam dunia ini hanyalah sebagai panduan hidup dan sekiranya peraturan tersebut tidak sesuai dalam sesuatu keadaan peraturan tersebut boleh diketepikan. Begitulah sebesedikit tentang personaliti warna daripada Jack Falt.

(18)

4 1.2 Permasalahan Kajian

Melalui penulisan Mir Hazil Azran Ramli dalam bukunya yang bertajuk Aura Personaliti Warna, beliau mengatakan “Seseorang mungkin nampak kurus pada luarannya, tetapi bagaimana pula dengan sikap mentalnya? bagaimana dengan perasaan atau emosinya ketika itu? Maksud yang tersirat mengenai warna dapat meresap jauh ke dalam dan lebih daripada apa yang tersurat pada permukaan ataupun luaran seseorang. Fakta warna berguna bagi menganalisis sistem mental dan emosi dan fizikal seseorang.” Pada pandangan pengkarya, kata-kata Mir Hazil Azran Ramli dalam bukunya itu, menunjukkan bahawa melalui warna dapat mentafsir personaliti seseorang dan melalui warna juga dapat mengetahui keadaan seseorang itu.

Menurut Fait (1999) , sejarah mengenai penggunaan teori personaliti warna telah dimulakan oleh Don Lowry melalui kad-kad yang telah digunakan dalam aktiviti True Colours. The Colours merupakan sejenis kad permainan yang berasaskan personaliti yang telah melibatkan empat jenis warna iaitu emas, hijau, biru dan jingga. Warna emas melambangkan seseorang yang mengikut peraturan, hijau pula melambangkan seseorang yang lebih kepada pemikiran, biru melambangkan seorang yang mementingkan perasaan dan jingga melambangkan seorang yang gemarkan kepada pengalaman. Pada pandangan pengkarya, melalui teori ini dapat lihat yang bahawa setiap warna yang digunakan mempunyai maksud yang tersendiri dan dapat mengetahui personaliti seseorang dengan menggunakan kad The Colours tersebut.

(19)

5

Seterusnya, menurut Sidek Mohd Noah (1998), individu yang menyukai warna biru merupakan seorang yang bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang member, inspirasi, riang, gembira, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. Kunci utama personaliti ialah romantis dan sukakan keharmonian. Pada pandangan pengkarya, menurut teori yang dibuat oleh Sidek Mohd Noah, dapat lihat bahawa setiap warna itu mempunyai pelbagai maksud dan perkara yang tersirat.

Oleh itu, pengkaji bersetuju dengan kata-kata Mir Hazil Azran Ramli, Fait dan Sidek Mohd Noah. Hal ini menunjukkan bahawa setiap warna memang dapat mengenali personaliti seseorang dan warna juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Dalam kajian ini pengkaji akan membuktikan bagaimana warna dapat mengenali personaliti seseorang remaja itu.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Umum

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti personaliti warna para pelajar Unimas dan menghasilkan sebuah karya dengan menggunakan seramik sebagai bahan utama.

(20)

6 1.3.2 Objektif Khusus

a) Mengenal pasti dan menganalisis personaliti warna para pelajar Unimas yang berusia 21 hingga 24 tahun dengan penggunaan teori Don Lowry.

b) Menggunakan kaedah inventori Sidek Mohd Noah bagi mengetahui dan mengenali personaliti warna para pelajar di Unimas.

c) Menghasilkan karya mengikut warna personaliti para pelajar di Unimas.

1.4 Persoalan Kajian

1. Adakah dengan menggunakan rujukan teori dari Don Lowry dapat membuktikan personaliti warna pelajar tersebut?

2. Adakah melalui kaedah inventori Sidek Mohd Noah dapat mengenali personaliti warna para pelajar itu?

3. Bagaimanakah pengkarya menghasilkan karya personaliti warna pelajar tersebut dengan menggunakan kaedah seramik kontemporari?

1.5 Kepentingan Kajian

1. Mengkaji dan menganalisis warna personaliti para pelajar.

2. Kajian dilakukan untuk menghasilkan karya melalui personaliti warna para pelajar di Unimas pada masa kini.

(21)

7 1.6 Skop Kajian

a) Pelajar Unimas yang berjantina lelaki dan perempuan.

b) Berumur di antara 21-24 tahun.

c) Kawasan kajian di sekitar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)

1.7 Kesimpulan

Manusia sangat menyukai warna, hal ini kerana warna merupakan element yang paling terdekat dengan diri sendiri. Sebagai contoh, kanak-kanak menggunakan warna dalam pengecaman objek yang berada di sekelilingnya. Namun begitu, bagi remaja pula mereka menggunakan warna dalam pemilihan pemakaian sebagai element yang terdekat dengan diri kerana pada peringkat usia ini, mereka lebih mementingkan keterampilan diri. Kuasa warna juga secara tidak langsung menunjukkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai. Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personalitinya.

Seterusnya, bagi fokus kajian ini ialah untuk mengenal pasti personaliti warna para pelajar Unimas dengan menggunakan teori Don Lowry dan menggunakan kaedah daripada Sidek Mohd Noah. Selain itu, kajian dilakukan untuk menghasilkan karya melalui personaliti warna para pelajar Unimas pada masa kini. Hasil kajian akan diaplikasikan dalam bentuk instalasi. Bahan utama dalam karya ini ialah seramik dan lampu.

(22)

8 BAB 2

SOROTAN KAJIAN 2.0 Pendahuluan

Melalui bab ini, pengkaji akan mengumpul sumber maklumat yang telah diperolehi mengenai kajian yang telah dilakukannya. Maklumat serta panduan daripada kajian lepas sangat penting untuk pengkarya. Hal ini kerana dapat menambahkan lagi ilmu serta maklumat yang pernah dikaji oleh pengkaji-pengkaji yang lepas. Sebagai pengkarya perlulah merujuk kepada kajian lepas bagi memantapkan lagi tentang kajian yang ingin dilakukan.

2.1 Kajian Lepas

Melalui kajian lepas Novita Harini (2013) pelajar Fakulti Psikologi, Universiti Muhammadiyah Malang, telah membuat kajian berkenaan dengan terapi warna bagi mengurangkan kecemasan. Dalam kajian beliau, kecemasan merupakan suatu keadaan individu yang diliputi perasaan takut dan khawatir dalam menghadapi situasi atau kondisi tertentu. Terapi warna adalah suatu bentuk metode terapi dengan menggunakan warna-warna tertentu. Warna telah dipelajari sejak akhir abad 19 sebagai alat penyembuh penyakit yang mempunyai nilai terapi. Terapi warna dapat diterapkan untuk mengatasi pelbagai persoalan serta masalah dari segi fizik, mental, emosi, atau masalah-masalah khusus yang biasa diatasi dengan terapi relaksasi.

beliau memilih beberapa warna yang boleh mengurangkan kecemasan antaranya

(23)

9

ialah warna biru dan warna hijau. Hal ini kerana warna tersedut menenangkan dan memberikan kesegaran, serta menyeimbangkan.

Melalui kajian Sidek Mohd Noah (1997), telah membina suatu alat ukur yang dinamakan Inventori Personaliti Warna dan item-item personaliti tersebut telah diperincikan mengikut sifat-sifat dominan setiap jenis personaliti dalam inventori itu. Mengikut beliau, personaliti warna melalui inventorinya boleh dibahagi kepada empat, iaitu personaliti Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Berikut merupakan maksud personaliti warna mengikuti teori Sidek :

Personaliti Jingga

Menurut Sidek Mohd Noah (1997), individu yang berpersonaliti Jingga menunjukkan individu yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut serta berkemahiran. Keutamaan personaliti Jingga ialah suka mengembara.

Personaliti Biru

Mengikut Sidek Mohd Noah (1997), individu berpersonaliti Biru melambangkan individu yang bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang member, inspirasi, riang, gembira,

(24)

10

penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. Kunci utama personaliti ialah romantis dan sukakan keharmonian.

Personaliti Hijau

Menurut Sidek Mohd Noah (1997), individu berpersonaliti Hijau pula cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin tahu, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip dan berasaskan logik. Kata kunci utama personaliti Hijau ialah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi .

Personaliti Emas

Mengikut Sidek Mohd Noah (1997), individu yang berpersonaliti Emas dikatakan bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan serta menaruh perhatian. Kata kunci utama personaliti Emas ialah peraturan dan saya bertanggungjawab.

Dalam kehidupan setiap warna memegang suatu peranan penting. Secara psikologi, diuraikan oleh Linschoten dan Mansyur (dalam Atma, 2011) tentang warna, iaitu warna bukanlah suatu gejala yang hanya dapat dinikmati saja malah warna itu mampu mempengaruhi kelakuan serta memegang peranan penting dalam penilaian estetik dan turut menentukan suka tidaknya akan bermacam-macam benda.

Salah satu fungsi warna secara psikologi iaitu dapat memberikan pengaruh tertentu pada perangai kita dan penghidup jiwa kita. Melalui warna dapat mempengaruhi

Referensi

Dokumen terkait

Seperti kenyataan di atas, perkongsian budaya antara masyarakat telah membawa kepada perkongsian dengan generasi yang baharu seperti pengusaha kecil- kecilan yang membuat

Berdasarkan data-data yang telah dianalisa, pengkaji telah menyusun semula data yang dimasukkan ke dalam penulisan ilmiah yang lebih kepada pengkajian tentang

 Pengkaji akan mengkaji cabaran yang dihadapi oleh kaum dusun dalam pengekalan dan pengamalan adat istiadat dalam melaksanakan perkahwinan secara tradisional ini

Untuk pemilihan teks ke dalam komposisi iaitu pemilihan lirik untuk dinyanyikan oleh vokal dan koir akan diambil daripada kitab Mazmur yang berkaitan dengan kata-kata

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan kraf anyaman Sarawak yang multifungsi iaitu menginovasi kraf anyaman Sarawak yang berbentuk traditional kepada rupa bentuk yang

Sehubungan dengan peningkatan penggunaan semulajadi oleh manusia , keunikan dan kecantikan kawasan persisiran pantai yang semulajadi dapat menarik pelancong untuk berkunjung ke kawasan

c Enkod Enkod adalah mesej, idea, maklumat atau pandangan yang diterjemah oleh penghantar dari minda penghantar dan cuba untuk menyampaikan kepada individu atau kumpulan mengunakan

Dalam kajian ini, pengkaji akan dapat mengenalpasti dengan terperinci pengurusan yang dijalankan oleh pihak muzium mengenai bahagian pengurusan dapat menguruskan koleksi dan pameran