Headline Hakim Danish takluk Litar Antarabangsa Chang
Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 01 oktober 2022 Journalist Affan Rostam
Source https://www.hmetro.com.my/arena/permotor an/2022/10/887757/hakim-danish-takluk- litar-antarabangsa-chang
Remarks Sains Sukan
Hakim Danish takluk Litar Antarabangsa Chang
Affan Rostam
HAKIM Danish menyerlah di Thailand. FOTO Agensi
Kuala Lumpur: Lagu Negaraku berkumandang di bumi Thailand selepas pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli meraih kemenangan ketiganya dalam kempen Asia Talent Cup (ATC) 2022 di Perlumbaan 1 bagi Pusingan 4, hari ini.
Hakim, 15, yang memulakan perlumbaan di petak kedua Litar Antarabangsa Chang, Thailand itu menamatkan perlumbaan 16 pusingan dengan catatan masa 29 minit 01.585 saat (s).
Pelumba Indonesia, Veda Ega Pratama berada di tempat kedua dengan catatan masa 29:01.631s manakala, Gun Mie dari Jepun melengkapkan podium di tempat ketiga (29:01.848s).
Kemenangan Hakim itu juga membolehkan dia merampas kembali carta keseluruhan dengan 117 mata manakala Shinya Ezawa dari Jepun berada di tangga kedua (106 mata) dan Hamad Al-Sahouti di tangga ketiga (73 mata).
Headline Hakim Danish takluk Litar Antarabangsa Chang
Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page
No
Sukan
Date 01 oktober 2022 Journalist Affan Rostam
Source https://www.hmetro.com.my/arena/permotor an/2022/10/887757/hakim-danish-takluk- litar-antarabangsa-chang
Remarks Sains Sukan
Untuk rekod, Hakim sebelum ini pernah menawan Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia selepas memenangi dua perlumbaan yang berlangsung pada Mac lalu.
ATC 2022 kini berbaki dua pusingan lagi iaitu di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 hingga 23 Oktober ini bersempena Grand Prix (GP) Malaysia sebelum kemuncak musim bertempat di Mandalika pada pertengahan November ini.
Disiarkan pada: Oktober 1, 2022 @ 11:45pm