• Tidak ada hasil yang ditemukan

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

http://www.water.gov.my Telefon: 03-26972828 Fax: 03-26987973, 26972412, 26972411, 26971025 Email: [email protected]

Semua Pengarah Bahagian Semua Pengarah JPS Negeri Semua Jurutera Projek

Y. Bhg. Dato’ /Tuan/Puan

Surat Arahan KPJPS Bil 1/2013

PEMATUHAN AUDIT KESELAMATAN JALAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN JPS YANG AKAN DISELENGGARA OLEH JKR

________________________________________________________________________

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sila ambil maklum bahawa semua projek pelaksanaan JPS yang melibatkan pembinaan jambatan, jalan dan kerja pengalihan utiliti akan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya bagi tujuan penyelengaraan. Oleh yang demikian Y. Bhg. Dato’ /Tuan/Puan adalah diarah untuk memastikan semua keperluan Audit Keselamatan Jalan dipatuhi khususnya bagi proses-proses dari peringkat 1 hingga peringkat 5 yang merangkumi perancangan, rekabentuk, pembinaan dan operasi.

3. Bagi tujuan di atas, proses audit tersebut hanya boleh dilaksanakan oleh Juruaudit Keselamatan Jalan atau lebih dikenali sebagai Road Safety Auditor (RSA). Terma Rujukan bagi Audit Keselamatan Jalan (Terms of Reference For Road Safety Audit) adalah sepertimana di Lampiran A.

…/2 Rujukan Kami : (14 )dlm PPS 10/4/2 BUB Jld.7

Tarikh : 15 Mac 2013

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

(Department of Irrigation and Drainage, Malaysia) KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Ministry of Natural Resources andEnvironment)

JALAN SULTAN SALAHUDDIN 50626 KUALA LUMPUR MALAYSIA

(2)

-2-

samb. ( 14 )dlm PPS 10/4/2 BUB Jld.7

4. Sehubungan dengan itu, pihak Y. Bhg. Dato’ /Tuan/Puan adalah diminta untuk memasukkan peruntukan bagi melantik Juruaudit Keselamatan Jalan tersebut seperti berikut:-

i. Bagi projek-projek yang menggunakan perkhidmatan perunding dalam kerja-kerja merekabentuk sehingga kepada kerja pengawasan projek

• Pejabat yang membuat lantikan perunding hendaklah memastikan kos bayaran Juruaudit Keselamatan Jalan (RSA) dimasukkan bersekali dalam yuran perunding untuk peringkat 1 hingga 5.

• Bayaran secara terus dibuat kepada RSA setelah mendapat persetujuan perunding melalui surat persetujuan sebagaimana contoh di Lampiran B.

• Pengiraan kos bayaran boleh merujuk kepada skala yuran RSA yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan Jalan, JKR.

ii. Bagi projek-projek yang menggunakan perkhidmatan perunding melibatkan kerja rekabentuk sahaja,

a. Peringkat 1 hingga 3

• Pejabat yang membuat lantikan perunding hendaklah memastikan kos bayaran RSA dimasukkan bersekali dalam yuran perunding

• Kaedah serta proses bayaran adalah sama seperti (i) di atas.

b. Peringkat 4 & 5

• Bahagian yang menyediakan Preliminaries Detailed Abstract (PDA)

& As Tendered Detailed Abstract (ATDA) hendaklah mengambilkira kos bayaran RSA diperuntukkan di bawah item miscellaneous.

• Kos bayaran boleh dibuat berdasarkan man-months.

…/3

(3)

-3-

samb : ( 14 )dlm PPS 10/4/2 BUB Jld.7

5. Arahan ini berkuatkuasa bagi semua projek-projek konventional yang melibatkan jalan persekutuan. Bagi projek reka dan bina pematuhan audit keselamatan hendaklah dimasukkan di bawah tanggungjawab kontraktor. Sebarang pengecualian daripada pematuhan kehendak audit keselamatan jalan hendaklah mendapat kelulusan Pengarah JKR Negeri yang berkenaan.

Sekian. Terima kasih.

s.k. Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes) Timbalan Ketua Pengarah II (Sektor Pakar) Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan)

Pengarah Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak Juruukur Bahan Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak Juruukur Bahan Bahagian Projek Khas

Juruukur Bahan Negeri/ Pembantu Teknik Ukur Bahan Negeri Fail

Referensi

Dokumen terkait

6 BAB I - GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI PROJEK ATAU KAJIAN KERAJAAN UNTUK UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. 1.0 Perolehan Perunding Secara Am 2.0

3.2 Kerja – Kerja Pengorekan (Dissilting) Kolam 2 dengan mengorek, mengeluarkan tanah, pasir, kelodak dan segala halangan serta membina semula slope kolam dengan

PENTING : DOKUMEN MEJA INI HANYA UNTUK RUJUKAN DAN TIDAK DIANGGAP SEBAGAI DOKUMEN SEBUTHARGA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR1. Sebutharga Untuk Kerja

iii Bagi projek yang menggunakan khidmat perunding untuk penyeliaan pelaksanaan kerja dan pentadbiran kontrak, maka perunding berkenaan boleh dilantik sebagai Wakil PP 3.2 Penentuan

Penemuan Audit 1 Penemuan Audit 1 Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti SPK yang dibangunkan oleh JPS – Malaysia – BSAH adalah merangkumi Manual Kualiti, Kualiti Polisi dan Objektif,

Page 6, Clause 6 Insert immediately after Clause 6, the new Clause 6A as follows :- 6A In the event of the Government commencing any action against the Contractor in respect of this

METODOLOGI i Kajian ini dijalankan secara primier melalui borang soal selidik dengan menyediakan soalan yang diedarkan kepada pelanggan dan stake holder bermula pada 19 Julai

METODOLOGI i Kajian ini dijalankan secara primier melalui borang soalselidik dengan menyediakan soalan yang diedarkan kepada pelanggan dan stake holder bermula pada 1 September