JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BILANGAN:3
KELUARAN:
1/2011
Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur. Tel: 03-2698 1711/1791/1642 Fax: 03-2693 2285
http://state.water.gov.my/wp
Talian Aduan Awam
Majlis Korban
JPSWPKL Banjir Kilat
Menarik Di Dalam
Karnival Sg Penchala
Majlis Hari Raya
Hari Keluarga
Lawatan Ke Rumah Orang Tua
Majlis Berbuka Puasa
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 02
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
A lhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinnya JPSWPKL dapat menerbitkan Buletin Wilayah 2011. Tahniah kepada JK Redaksi yang diterajui oleh Timbalan Pengarah, Dr. Hj. Md Nasir Bin Md Noh yang berusaha untuk mengumpulkan maklumat pencapaian JPSWPKL sepanjang tahun dan diterjemahkan dalam bentuk artikel yang menarik untuk tatapan warga JPS.
River Of Life (ROL) merupakan Projek Permulaan (EPP) yang telah dikenalpasti dalam Greater Kuala Lumpur di bawah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) bagi Program Tranformasi Ekonomi (ETP). Tranformasi ini dibahagikan kepada 3 komponen iaitu komponen pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan koridor sungai. JPS telah diberi mandat untuk melaksanakan komponen pembersihan sungai dengan meningkatkan kualiti air Sungai Klang dari Kelas IV ke Kelas IIB. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk JPS melaksanakan 14 buah pakej di bawah projek tersebut. Bagi fasa pertama, projek- projek berkenaan telah dilaksanakan pada suku keempat tahun 2011 dan dijangka siap pada tahun 2013.
Penglibatan JPSWPKL di dalam Pelan Tindakan Inovasi JPS di bawah Aktiviti 6: KIK telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang. Kumpulan Menara 3 yang diketuai oleh En.
Zaharuddin Bin Din dan Fasilitatornya En. Shahrulnizam telah berjaya mengharumkan nama Jabatan dengan menjadi Johan KIK Kategori Teknikal Peringkat JPS dan meraih tempat ke 3 pada Konvensyen KIK Peringkat NRE. Tahniah dan syabas di atas usaha dan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan. En. Wahiddin pula telah memenangi pertandingan Mencipta Tema Hari Inovasi JPS.
Bagi mengukuhkan lagi ikatan ukhwah dikalangan warga, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh Kelab (KEJAPS) antaranya adalah Kejohanan Bowling, Hari Keluarga dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tidak ketinggalan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh JK Surau iaitu Tazkirah, Majlis Berbuka Puasa, Majlis Korban dan Lawatan Ke Rumah Warga Emas. Program sebegini diharapkan dapat melahirkan rasa keinsafan dan muhasabah diri untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan Negara.
Akhir kata, saya mendoakan agar Warga JPSWPKL sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala usaha yang kita laksanakan.
Sekian, Wassalam.
TN HAJI MAT RAHIM BIN ISMAIL Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
“River of Life” yang didefinasikan dengan “Sungai Nadi Kehidupan”, adalah antara Projek Permulaan (EPP- entry point project) yang telah dikenalpasti oleh kerajaan, di bawah unit Greater Kuala Lumpur / Klang Valley (KL/KV), seperti yang terkandung di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Program Transformasi Ekonomi (ETP). Bertujuan untuk mentransformasikan Sungai Klang menjadi sebuah sungai ikon bagi bandaraya Kuala Lumpur yang berdaya maju dan membangun pesat, di samping kawasan tepian sungainya memberi nilai ekonomi yang tinggi kepada Negara. Dalam mencapai hasrat ini, tiga komponen program transformasi telah dirangka terhadap sungai-sungai ini iaitu;
(i) Pembersihan Sungai (ii) Pengindahan Sungai dan (iii) Pembangunan Hartanah di kawasan sekitar sungai.
Pembersihan Sungai
Sepanjang 110km lembangan Sungai Klang telah dikenalpasti untuk dibersihkan.
Lembangan ini melibatkan beberapa majlis perbandaran iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pengindahan Sungai
Sebagai nilai-tambah untuk berdaya maju, sepanjang 10.7km yang melibatkan koridor Sungai Gombak dan Sungai Klang akan diindahkan. Antara kawasan-kawasan signifikan yang terlibat dalam kerja-kerja pengindahan ini termasuklah Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek.
Objektif Skop Kerja pembersihan sungai ini adalah untuk membersihkan dan meningkatkan kualiti air disepanjang 110km lembangan Sungai Klang yang kini pada Kelas III – V (tidak sesuai untuk sentuhan pada anggota badan), kepada Kelas IIB (sesuai untuk sentuhan pada anggota badan dan untuk tujuan rekreasi) menjelang tahun 2020.
Skop Kerja Pembersihan Sungai.
Kearah mencapai matlamat ini, sebanyak 24 agensi dan jabatan kerajaan dari empat Kementerian (Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), dua Negeri (Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan tiga Majlis perbandaran (MPS, MPAJ dan DBKL), bekerjasama dalam melaksanakan 12 initiatif utama yang telah dikenalpasti melalui makmal Greater KL/KV.
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 04
Rumusan
Dengan kejayaan “River of Life” ini diharapkan keseluruhan aspirasi yang terkandung di bawah Greater KL/KV untuk menjadi satu-satunya metropolis di Asia yang menuju seiring kearah pencapaian 20 bandaraya yang paling pesat membangun dari segi ekonomi serta bandaraya yang paling diminati untuk didiami menjelang tahun 2020 tercapai.
Dengan pelaksanaan kerja pengindahan tersebut, maka ianya akan memberi suntikan terhadap pertumbuhan dari segi pelaburan ekonomi di kawasan sekitar untuk terus berkembang pesat dalam jangka masa yang singkat.
Sebagai pemacu terhadap pertumbuhan pembangunan di lembangan sungai tersebut, tanah-tanah kerajaan yang berpotensi membangun akan dikenalpasti untuk dibangunkan oleh sektor swasta menerusi persaingan tender terbuka.
Pembangunan Tanah
Laporan oleh: Ir. Hj. Tengku Abdul Rahman Bin Tengku Azam