• Tidak ada hasil yang ditemukan

JKE 413 - Analisis Ekonomi Islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "JKE 413 - Analisis Ekonomi Islam"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang

Sidang Akademik 2003/2004 April 2004

JKE 413 - Analisis Ekonomi Islam

Masa: 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMP AT muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B. Anda dikehendaki menjawab Soalan 1 dalam Bahagian A dan DUA soalan dalam Bahagian B.

Markab dalam kurungan menunjukkan wajaran yang diberikan kepada setiap soalan.

Oleh itu bahagikan masa anda mengikut wajaran yang digariskan itu.

Mesin hitung elektronik tak berprogram boleh digunakan untuk peperiksaan ini.

. .. 2/-

227

(2)

Angka Giliran: _ _ _ _ _ _ _ _ - 2 - [JKE413]

ARAHAN: Jawab Soalan I dan mana-mana DUA soalan dalam Bahagian B.

BAHAGIAN A (40 markah]

1. (a) Jelaskan bagaimana konsep iman, ihsan dan akhirat digunakan bagi mencapai kesepaduan dalam kegiatan ekonomi dalam perspektif ekonomi Islam. Apakah yang dimaksudkan dengan keadilan dalam ekonomi Islam?

Bincangkan.

(10 markah) (b) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ekonomi? Bincangkan secara ringkas kriteria ekonomi lazim bagi menentukan sistem ekonomi, dan bandingkan dengan kriteria sistem yang dicadangkan oleh Mohd Akram Khan.

(10 markah) ( c) Apakah matlamat-matlamat universal sistem ekonomi Islam? Apakah anda berpendapat bahawa matlamat-matlamat ini pada umumnya dapat diterima oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia sekirannya ia dilaksanakan di Malaysia. Berikan pendapat anda.

(10 markah) ( d) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep al-fa/ah dalam ekonomi Islam?

Terangkan syarat-syarat ekonomi bagi mencapai al-falah.

(10 markah)

... 3/-

228

(3)

Angka Giliran:

- - - -

BAHAGIAN B [60 markah]

Jawab DUA soalan sahaja.

-3- [JKE413]

2. (a) Bagi firma Islam, permintaan pasaran semata-mata tidak boleh digunakan sebagai panduan untuk menentukan output yang mesti dikeluarkan.

Apakah kelemahan yang terdapat pada permintaan pasaran yang dipertikaikan oleh Islam? Bincangkan.

(10 markah) (b) Bincangkan konsep keseimbangan firma dalam Islam. Gunakan model-

model keseimbangan konvensional sebagai asas rujukan dan perbandingan. Apakah pada pendapat anda wujud satu model khusus yang boleh dipakai oleh firma Islam? Jelaskan.

(10 markah) (c) Huraikan secara ringkas pendekatan Islam terhadap harga pasaran.

Kenapakah konsep lebihan pengguna dan lebihan pengeluar tidak dapat memenuhi kehendak pendekatan Islam terhadap harga pasaran? Apakah peranan ekonomi Islam dalam konteks ini? Jelaskan.

(IO markah)

3. Konsep utiliti berbeza daripada konsep maslahah. Maslahah ialah kuasa yang ada pada sesuatu barang yang dapat meningkatkan unsur-unsur asas dan objektif kehidupan manusia di dunia ini.

(a) Apakah yang membezakan di antara kedua-dua konsep tersebut? Apakah pula perbezaannya di antara konsep "kemahuan" dan konsep "keperluan"?

Pada pandangan anda yang manakah lebih memberi kesan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan hidup manusia?

(10 markah) (b) Apakah konsep-konsep yang digunakan oleh Islam untuk menyusun keutamaan unsur kehidupan yang penting bagi meningkatkan matlamat kehidupan manusia di dunia? Huraikan secara ringkas

(10 markah) (c.) Bagaimana "dosa" dan "pahala" memainkan peranan dalam proses pemaksimuman utiliti pengguna Muslim? Terangkan dengan menggunakan satu model yang mudah.

229

(10 markah) .. .4/-

(4)

Angka Giliran: _ _ _ _ _ _ _ _ - 4 - [JKE413)

4. (a) Pihak-pihak yang tidak memahami konsep dan tujuan institusi zakat dalam ekonomi Islam mendakwa pelaksanaan sistem zakat menimbulkan ketidakadilan terhadap golongan berada. Apakah hujah Islam bersabit dengan dakwaan ini? Terangkan konsep harta dalam Islam dan kaitan dengan zakat.

(10 markah) (b) Bincangkan permasalahan-permasalahan yang berkait dengan pemungutan dan pengagihan zakat di Malaysia. Huraikan secara kasar permasalahan yang berkaitan, baik di peringkat pemerintah mahupun di peringkat individu.

.,,,

~10 markah) ( c) Umer Chapra menggariskan enam prinsip bagi pengurusan perbelanjaan awam. Huraikan secara ringkas prinsip-prinsip tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan keadilan pengagihan dalam pengurusan pembiayaan awam Islam?

(10 markah)

- 0000000 -

230

Referensi

Dokumen terkait

Karena itu, ekonomi Islam dianggap dapat menjadi sistem alternatif yang dapat memberikan solusi atas permasalahan ekonomi yang ada, di mana tujuan syariah Islam dalam

Pembahasan sejarah pemikiran ekonomi Islam harus dipisahkan pada batas-batas tertentu dengan keilmuan ekonomi Islam yang lain seperti filsafat ekonomi Islam, sistem ekonomi

Andai pengertian umum seperti di atas dapat diterima, maka paradigma ekonomi Islam dapat saja menjadi istilah bagi perkembangan baru ilmu dan sekaligus sistem ekonomi yang

Keterbatasan dalam pemahaman tentang ekonomi konvensional (kapitalis dan sosialis) dapat menimbulkan anggapan bahwa sistem ekonomi Islam tidak memiliki konsep

Hasil penelitian menunjukkan bahwa : (1) ilmu Ekonomi Islam bukan hanya sebuah sistem atau norma belaka sebagaimana yang pernah disangkakan orang di masa

Di antara tujuan dari sistem ekonomi Islam adalah untuk memaksimalkan kepuasan konsumen, mensejahterakan ekonomi umat manusia secara keseluruhan, dan menggunakan nilai-nilai kemanusiaan

iii SISTEM JUAL BELI BENUR DI PT.ESAPUTLII PRAKARSA UTAMA ANALISIS HUKUM EKONOMI ISLAM Skripsi Sebagai salah satu syarat untuk mencapai Gelar Sarjana Hukum Program Studi Hukum

5.1.3 Perlindungan konsumen terhadap sistem jual beli e-commerce di QuantumCom kota Parepare menurut hukum ekonomi Islam, sebagai pedagang, olshop QuantumCom Parepare sangat