• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kean Yew terus cipta sensasi - UiTM Library Article Indexing

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kean Yew terus cipta sensasi - UiTM Library Article Indexing"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Kean Yew terus cipta sensasi Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 14 December 2021 Journalist Syazwan

Source https://www.hmetro.com.my/arena/

badminton/2021/12/788369/kean- yew-terus-cipta-sensasi

Remarks Sains Sukan

Kean Yew terus cipta sensasi

Syazwan

KEAN Yew berpeluang menjalani latihan bersama Axelsen di Dubai, awal tahun ini. FOTO EPA

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki Singapura Loh Kean Yew melaungkan amaran bahawa dia bukanlah 'biasa-biasa' apabila menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan juara dunia 2017, Viktor Axelsen, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol, awal pagi tadi.

Walaupun, Kean Yew tewas pada set pertama namun dia berjaya bangkit untuk

menewaskan pilihan kedua kejohanan itu dengan kemenangan 14-21, 21-9, 21-6 sekali gus akan bertemu dengan Luka Wraber dari Austria bagi perebutan tiket ke pusingan ketiga.

(2)

Headline Kean Yew terus cipta sensasi Language Malay

Media Tittle

Harian Metro Section/Page

No

Sukan

Date 14 December 2021 Journalist Syazwan

Source https://www.hmetro.com.my/arena/

badminton/2021/12/788369/kean- yew-terus-cipta-sensasi

Remarks Sains Sukan

Sebagai rekod, ia adalah kemenangan pertama pemain kelahiran Pulau Pinang itu ke atas pemain nombor satu dunia berkenaan selepas tewas semua empat pertemuan sebelum ini.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Selepas saya tewas set pertama, saya perlu lebih pantas di set kedua dan ketiga. Saya perlu kekal fokus.

"Saya tidak tahu bila dia akan kembali bangkit dan jika dia mendapat semula keyakinannya, saya akan mati.

"Saya fikir dia berada di bawah tekanan yang tinggi dan dia mahukan kejuaraan di sini.

Saya pasti dia akan kembali bangkit. Perjalanan saya masih panjang dan saya perlu kekal fokus untuk perlawanan seterusnya," kata Kean Yew yang berpeluang menjalani latihan bersama Axelsen di Dubai, awal tahun ini.

Sementara itu, Axelsen berkata, Kean Yew berhak untuk menang kerana mempamerkan aksi cukup memukau sepanjang tempoh 'pertarungan' mereka.

"Saya gembira dengan pencapaian sepanjang tahun ini tetapi hari ini bukan hari saya.

Saya tidak bermain seperti mana yang saya mahukan.

"Kean Yew bermain dengan baik dan berhak dengan kemenangan ini. Saya cuba melakukan yang terbaik dan bangkit tetapi tidak berjaya.

"Saya tidak mahu berdiri di sini dan meratapi kekalahan ini kerana saya tahu saya boleh melakukan yang sebaliknya. Kean Yew menang dan dia berhak dengan kemenangan ini," katanya.

Disiarkan pada: Disember 14, 2021 @ 1:58pm

Referensi

Dokumen terkait

Headline Tze Yong mampu cipta 'magis' di Terbuka Malaysia Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 09 Disember 2022 Journalist BERNAMA

Headline Tak mahu pandang remeh lawan Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 17 Mac 2022 Journalist Syazwan Msar Source

Headline UiTM HA idam lakar kejutan tundukkan THT Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 27 Mac 2022 Journalist Malik Muhamad Source

Headline Malaysian Tigers benam Mesir Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 05 November 2022 Journalist Syazwan Msar Source

Headline Permintaan tinggi musim perayaan Language Melayu Media Title Harian Metro Section/Page No AGRO Date 1 Mei 2022 Journalist Nurul Husna Mahmud Source Harian Metro

Headline Harrif buru gelaran Tour Mevlana Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 17 Mac 2021 Journalist Ferzalfie Fauzi Source

Headline Gelebeh Tetapi Stailo Language Melayu MediaTitle Harian metro Section/PageNo 37 -38 Date 20 Januari 2022 Journalist Nurul Husna Mahmud Source Suratkhabar

Headline Harimau Malaya benam Hong Kong Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 01 Jun 2022 Journalist Firdaus Hashim Source