• Tidak ada hasil yang ditemukan

Migrasi agamawan dan impaknya terhadap perkembangan Pendidikan Islam di Sabah - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Migrasi agamawan dan impaknya terhadap perkembangan Pendidikan Islam di Sabah - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Migrasi agamawan dan impaknya terhadap perkembangan Pendidikan Islam di Sabah

ABSTRAK

Perbahasan berkenaan impak migrasi di Sabah bukanlah satu perkara baharu. Bagaimanapun, perbahasan impak migrasi dalam arus perdana lebih menjurus kepada impak migrasi ekonomi dan migrasi pelarian. Hal ini kerana kedua-dua dimensi tersebut berlaku dalam skala yang besar. Hakikatnya, migrasi yang berlaku di Sabah tidak hanya tercakup dalam dua dimensi tersebut sahaja. Terdapat juga dimensi-dimensi migrasi lain yang turut berlaku, antaranya migrasi agamawan. Migrasi agamawan tidak dinafikan telah memberikan impak yang besar terutamanya dalam perkembangan peradaban Islam di Sabah. Oleh itu, kajian ini akan membahaskan impak migrasi golongan agamawan terhadap perkembangan pendidikan Islam di Sabah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan temu bual. Kajian mendapati migrasi agamawan ke Sabah telah memberikan impak yang signifikan bermula dengan penyebaran awal Islam ke Sabah itu sendiri, proses-proses dakwah yang sentiasa dijalankan (sehingga menyumbang kepada peningkatan komposisi Islam sebagai kumpulan majoriti), pindaan perlembagaan negeri yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri, seterusnya pembangunan hal ehwal Islam dari segenap aspek termasuklah pendidikan Islam. Ini menunjukkan bahawa migrasi golongan agamawan berupaya memberikan impak signifikan di tempat yang didatangi mereka dan aspek ini wajar untuk diterokai lagi untuk kajian-kajian lanjutan.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil kajian juga mendapati internet telah memberikan impak yang sederhana di kalangan responden dalam aspek kefahaman akidah dan syariah atau ibadah. Internet juga telah

Sekalipun Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada asalnya adalah melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura, tetapi artikel ini hanya akan memberi tumpuan ke-atas Sabah

1995 Jurnal Pemiagaan dan Sains Sosial Journal o/Business & SOCial Sciences MENGESAN CABARAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA IKS DI SABAH ARSIAH BTE BAHRON WONG HOCK TSEN Sekolah

Dalam masa yang sama, pihak yang bertanggungjawab mesti rneningkatkan kecekapan dalam mengeluarkan sijil halal dan dengan menjalankan penguatkuasaan dari masa ke semasa untuk

Dalam konteks adat perkahwinan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah, pengkaji menyimpulkan bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong ke arah pelaksanaan sesebuah adat perkahwinan

Justeru, kajian ini bertujuan untuk merungkai penyalahgunaan dadah jenis Syabu Methamphetamine secara spesifik di daerah Sandakan, Sabah dengan mensasarkan golongan masyarakat Islam

Justeru, kajian ini bertujuan untuk merungkai penyalahgunaan dadah jenis Syabu Methamphetamine secara spesifik di daerah Sandakan, Sabah dengan mensasarkan golongan masyarakat Islam

Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa semua agensi kerajaan dan kakitangan awam di Sabah bukan sahaja perlu melaksanakan transformasi digital iaitu daripada perkhidmatan tradisional