• Tidak ada hasil yang ditemukan

NOTIS PELAWAAN UNTUK CADANGAN (RFP) - UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "NOTIS PELAWAAN UNTUK CADANGAN (RFP) - UKM"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UKM-SPKPPP-PT(P02)-JANA-

AK01-L03 No. Semakan: 00 Tarikh Kuat kuasa: 01/01/2023 NOTIS PELAWAAN UNTUK CADANGAN (RFP)

PELAWAAN UNTUK CADANGAN (RFP) BAGI MEMBINA, MENGURUS, MENGOPERASI DAN MENYELENGGARA LAPANG SASAR GOLF (GOLF DRIVING RANGE) DUA TINGKAT YANG BAHARU MENGGANTIKAN LAPANG SASAR GOLF SEDIA ADA DI ATAS SEBAHAGIAN

TANAH LOT PT 181, KAMPUS BANGI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1. Tujuan Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) ini adalah untuk mendapatkan cadangan daripada Pembida mengenai hasrat UKM untuk membina, mengurus, mengoperasi dan menyelenggara lapang sasar golf (golf driving range) dua (2) tingkat yang baharu dan menggantikan lapang sasar golf sedia ada di atas sebahagian tanah Lot PT181.

2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa syarikat pembida yang berwibawa dan berpengalaman untuk hadir ke taklimat Pelawaan untuk Cadangan (RFP) seperti berikut:

No. RFP UKM.JNA.400-5/1/51

Tajuk RFP

MEMBINA, MENGURUS, MENGOPERASI DAN MENYELENGGARA LAPANG SASAR GOLF (GOLF DRIVING RANGE) DUA TINGKAT YANG BAHARU MENGGANTIKAN LAPANG SASAR GOLF SEDIA ADA DI ATAS SEBAHAGIAN TANAH LOT PT 181, KAMPUS BANGI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Butiran Taklimat Pembeliaan Dokumen RFP Penghantaran Kertas Cadangan Tarikh Taklimat dan

Lawatan Tapak:

3 Mei 2023 (Rabu)

Masa:

2:00 petang – 5:00 petang

Alamat:

Dewan Kuliah 43.102 Kompleks Tun Abdullah

Mohd. Salleh, UKM

Tarikh Pembeliaan Dokumen:

3 Mei 2023 – 10 Mei 2023

Masa:

9:00 pagi - 4:00 petang Alamat:

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), Aras 4, Bangunan Canselori, UKM

Tarikh Akhir Penghantaran:

7 Jun 2023 (Rabu)

Masa:

Sebelum atau pada jam 12:00 tengah hari

Alamat:

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), Aras 4, Bangunan Canselori, UKM

Harga Dokumen RM350.00 senaskah (tidak akan dikembalikan)

3. Syarikat adalah diwajibkan menghadiri sesi taklimat untuk menyertai RFP ini. Dokumen RFP hanya akan dikeluarkan kepada syarikat yang menghadiri taklimat tersebut.

4. Syarikat yang berminat dikehendaki mengemukakan salinan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau salinan sijil Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ketika pembelian dokumen RFP tersebut.

5. Dokumen RFP boleh diperolehi di alamat yang dinyatakan dan dengan bayaran yang ditetapkan hendaklah dibuat secara atas talian sahaja melalui akaun bank CIMB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA:

8002234307.

6. Syarikat yang tersenarai diminta untuk membuat satu pembentangan kepada UKM pada masa yang akan ditentukan kemudian.

(2)

UKM-SPKPPP-PT(P02)-JANA-

AK01-L03 No. Semakan: 00 Tarikh Kuat kuasa: 01/01/2023 NOTIS PELAWAAN UNTUK CADANGAN (RFP)

7. UKM tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau sebarang RFP. UKM juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab penolakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan oleh syarikat yang mengemukakan RFP.

8. Kertas cadangan yang diterima selepas jam 12:00 tengah hari pada 7 Jun 2023 akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Sr. Mohd Za’im/ Sr. Ts. Mohammad Firdaus/ Encik Muhammad Shazwan di talian 03-8921 3016/ 3592/ 3092.

Referensi

Dokumen terkait