i
SUMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI DI MALAYSIA DAN SINGAPURA
SITI NORAIZA BINTI MOHD YAACOB 22914
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Industri)
2011
Faculty of Economics and Business
N U E IV
R S IT I MA LAYSIA S A
R A A W K U N I M AS
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
ii
SUMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI DI MALAYSIA DAN SINGAPURA
SITI NORAIZA BINTI MOHD YAACOB
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian
(Ekonomi Industri)
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2011
iii
Pengesahan Pelajar
Saya mengakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk
Sumbangan Sektor Perkhidmatan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia dan Singapura
ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya nyatakan sumbernya.
_________________ ___________________
(Tarikh serahan) (Tandatangan Pelajar)
Siti Noraiza binti Mohd Yaacob 22914
iv ABSTRACT
Recently, numerous empirical studies have been to investigate the between services sector, Foreign Direct Investment (FDI) and economic growth for many countries including Malaysia and Singapore. Therefore, this paper is carried out to reexamine the relationship between services sector performance, FDI and economic growth for Malaysia and Singapore using time series data which cover from the year 1980 to 2009. Unit Root Test, Johansen Multivariate Test, Granger Causality based on Vector Error Correction Model (VECM) and Granger Causality Test are applied in order to run the analysis. In the findings, we found that the two relations between performance of the services sector, FDI and economic growth in Malaysia and Singapore in the long run. This means not only the services sector to increase economic growth but economic growth also can improve performance of the services sector in the long run. The services sector also contributed to economic growth in Malaysia and Singapore.
v ABSTRAK
Sejak kebelakangan ini, banyak penyelidikan dijalankan untuk mengkaji sumbangan dan hubungan antara kadar pertumbuhan sektor perkhidmatan, Pelaburan Asing Langsung (FDI) dan kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, termasuk Malaysia dan Singapura. Oleh sebab itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji semula hubungan antara sumbangan sektor perkhidmatan dan pertumbuhan ekonomi bagi negara Malaysia dan Singapura dengan menggunakan data sekunder antara tahun 1980 sehingga 2009. Ujian Unit Root, Ujian Kepengamiran Pembolehubah Johansen, Ujian Pembetulan Ralat Vektor (VECM) dan Ujian Penyebab Granger akan dilaksanakan untuk menganalisa data tersebut. Daripada keputusan analisa, mendapati wujudnya hubungan dua hala antara prestasi sektor perkhidmatan, FDI dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Singapura dalam jangka panjang. Ini bermaksud bukan sahaja sektor perkhidmatan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi, malahan pertumbuhan ekonomi juga dapat meningkatkan prestasi sektor perkhidmatan dalam jangka panjang. Selain itu. Sektor perkhidmatan juga, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Singapura.
vi
PENGHARGAAN
Assallamualaikum w.b.t. saya Siti Noraiza binti Mohd Yaacob bersyukur kehadrat Illahi kerana dapat menyiapkan Projek Tahun Akhir 2 (PTA 2) dengan jayanya tanpa ada kesulitan dan segalanya telah dipermudahkan untuk saya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan PTA 2 ini.
Terutamanya Puan Shafinah Begun selaku penyelia saya yang bertungkus lumus dalam memberi tunjuk ajar dan panduan dalam membuat PTA 2 ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa yang memberi sokongan dari segi kewangan dan nasihat untuk saya terus menyiapkan kerja projek ini walaupun dari jauh nasihat mereka tidak pernah dilupakan untuk saya meneruskan pembelajaran dan projek ini. Di samping itu, tidak lupa kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan projek ini dari segi bantuan alatan dan kemudahan untuk saya menyiapakan PTA 2 ini. Terima kasih juga kepada semua pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kerana di sini saya dapat belajar segalanya dengan baik dan mudah.
1
ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL
Jadual 1 2
Jadual 2 4
Jadual 3 5
Jadual 4 8
Jadual 5 9
Jadual 6 48
Jadual 7 50
Jadual 8 52
Jadual 9 55
Jadual 10 57
SENARAI GRAF
Graf 1 11
SENARAI RAJAH
Rajah 1 14
Rajah 2 33
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 4- 14
1.1.1 Maksud Terma 15-16
1.2 Rangka Teori 17
1.3 Pernyataan Masalah 17-18
1.4 Objektif Kajian 18
2
1.5 Rasional Kajian 19
1.6 Skop Kajian/Limitasi Kajian 19-20
BAB 2: ULASAN KARYA TERPILIH
2.1 Ulasan Karya Terpilih
2.1.1 Sektor Perkhidmatan dan Pertumbuhan Ekonomi 21-30 2.1.2 Pelaburan Asing Langsung dan Sektor Perkhidmatan 31-35
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Kerangka Konsep 36
3.2.1 Model Kajian 36-37
3.2.2 Pembolehubah 37-38
3.2.3 Unit Root 38
3.2.4 Kointegrasi 39
3.2.5 Ujian Penyebab Granger 39-40
3.3 Rekabentuk Kajian 40
3.3.1 Persampelan 41
3.3.2 Pengumpulan Data 41
3.3.3 Penganalisaan Data 41-46
3.4 Teori Ekonomi 47-48
3.5 Hipotesis Kajian 48
BAB 4: ANALISA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 49-50
3 4.2 Keputusan
4.2.1 Ujian Unit Root 50-54
4.2.2 Ujian Kopengamiran Pembolehubah Johansen 54-56 4.2.3 Ujian Pembetulan Ralat Vektor (VECM) 56-59
4.2.4 Ujian Penyebab Granger 59-61
4.3 Kesimpulan 62-63
BAB 5: PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Kesimpulan 64-66
5.2 Pelaksanaan Polisi/Dasar 66-67
5.3 Kekangan Kajian 67-68
RUJUKAN 69
LAMPIRAN
4 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan
Sektor perkhidmatan merupakan salah satu sektor ekonomi yang sangat penting dalam setiap negara terutamanya negara yang sedang membangun seperti Malaysia dan Singapura. Sektor perkhidmatan ditakrifkan dalam sastera ekonomi sebagai barang yang tidak nampak atau tidak wujud. Sektor perkhidmatan sangat penting dalam meningkatkan pendapatan negara kerana merupakan sektor ketiga yang tertinggi di Malaysia selepas sektor perkilangan dan pembinaan. Ekonomi di Malaysia mengamalkan pasaran berorientasikan negara dan terbuka. Pada tahun 2007 ekonomi di Malaysia merupakan ke-3 terbesar di Asia Tenggara dan ke-29 terbesar di dunia dengan pariti kuasa beli produk domestik kasar pada tahun 2008 sejumlah $222 ribu juta dengan kadar pertumbuhan 5 peratus sampai 7 peratus sejak tahun 2007. Pada tahun 2009 Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita (KDNK per kapita) di Malaysia berada pada AS$14,900. Pada tahun 2009 juga, KDNK nominal sebanyak AS$ 383.6 ribu juta dan KDNK nominal modal adalah AS$ 8,100. Di Malaysia pada tahun 2009, KDNK mengikut sektor perkhidmatan merangkumi 47.6 peratus.
5
Jadual 1: Pertumbuhan Tahunan KDNK Mengikut Sektor di Malaysia 2008-2010
(Q1-Q4)
Sektor 2008 2009 2010
(Q1) Perkilangan 7.0 5.6 1.8 -8.9 -17.9 -14.5 -8.6 5.0 16.9 Pembinaan 6.6 3.3 6.2 0.9 1.2 4.5 7.9 9.3 8.7 Perkhidmatan 8.9 8.2 7.1 5.5 -0.2 1.7 3.4 5.2 8.5 Pertanian 6.8 6.6 3.6 0.7 -4.4 0.4 -0.4 5.9 6.8 Perlombongan
dan Kuari
1.7 -3.1 -1.2 -7.0 -5.2 -3.5 -3.5 -2.8 2.1
(Sumber: Jabatan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Buletin Mingguan MITI)
Di Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 di atas, sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan tahunan KDNK pada tahun 2008-2010(Q1). Sektor perkilangan tetap dominan sebanyak 16.9 peratus pada tahun 2010, diikuti oleh sektor pembinaan sebanyak 8.7 peratus. Pada tahun 2010 sektor perkhidmatan meningkat menjadi 8.5 peratus iaitu ketiga terbesar yang menyumbang kepada tahunan KDNK.
Singapura merupakan ekonomi yang sangat maju dan mempunyai ekonomi campuran kapitalis. Ianya menduduki tempat sebagai pilihan utama bagi syarikat-syarikat industri barangan dan sektor perkhidmatan. Serta merupakan tempat kelima teratas dalam sektor perkhidmatan media, perbankan dan kewangan (Hui, 2011). Ia merupakan negara yang memiliki saham daripada syarikat-syarikat yang terdiri 60 peratus daripada KDNK melalui entiti seperti dana kekayaan kedaulatan Temasik dan mengamalkan persekitaran usaha yang terbuka, relatif, tiada rasuah dan telus, dan harga stabil. Negara ini merupakan salah sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang tertinggi dalam per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di dunia, iaitu sebanyak AS$ 27,991 juta (World Bank, 2010). Di Singapura
6
aktiviti eksport, khususnya dalam elektronik dan bahan kimia, dan perkhidmatan menyediakan sumber utama pendapatan bagi ekonomi yang membolehkan membeli sumber daya alam dan barang mentah yang mana tidak terdapat dalam negara. Pada Ogos 2010, Singapura dianggap sebagai ekonomi terpantas di dunia dengan kadar pertumbuhan sebanyak 17.9 peratus untuk semester pertama tahun 2010. Pada tahun 2009, KDNK mengikut sektor perkhidmatan sebanyak 73.2 peratus lebih tinggi daripada Malaysia.
Singapura bergantung kepada konsep, diperpanjang perdagangan import dengan membeli barang mentah dan penyulingan untuk di eksport. Selain itu, Singapura mempunyai pelabuhan strategik yang menjadikannya sebuah negara yang lebih sempurna daripada negara-negara jiran untuk mengendalikan kegiatan pelabuhan. Pelabuhan infrastruktur dan kemahiran tenaga kerja menjadikan kejayaan dasar pendidikan negara dalam menghasilkan pekerja mahir dari segi mengimport dan eksport.
Di Malaysia, sektor perkhidmatan telah diterima secara antarabangsa kerana mempunyai saiz yang mencukupi bagi sumbangan sektor perkhidmatan terhadap ekonomi sebanyak 20 peratus dari jumlah keseluruhan eksport. Pada Tahun 2007 dan 2008, sektor perkhidmatan Malaysia mencatat angka RM100.9 ribu juta dan RM102 ribu juta, iaitu peningkatan sebanyak 17 peratus. Manakala keunggulan sektor perkhidmatan di Singapura telah berkembang secara konstant atau mendatar dalam tahun tersebut.
Sumbangannya terhadap pendapatan nasional dalam keluaran dan pekerjaan telah berkembang pada kos sektor perkilangan. Kerajaan Singapura telah mengesyorkan standard atau piawaian kebangsaan untuk sektor perkhidmatan.
Ianya merupakan salah satu negara di dunia yang berusaha untuk
7
membangunkan piawaian kebangsaan untuk sektor perkhidmatan. Piawaian kebangsaan adalah SPRING Singapura (Standard, Produktiviti dan Papan Inovasi) yang berperanan dalam membangunkan piawaian perkhidmatan.
Pada tahun 2005, sumbangan sektor perkhidmatan Singapura mencapai 62 peratus daripada KDNK dan 77 peratus daripada pekerjaan (Chakra, 2008).
Jadual 2: Eksport Perkhidmatan Terhadap KDNK di Malaysia dan Singapura Pada Tahun 2006.
Sektor Perkhidmatan Malaysia Singapura
Pengangkutan 2.8 15.9
Pelancongan 6.9 5.3
Komunikasi 0.4 0.5
Pembinaan 0.7 0.5
Royalti & Yuran Lesen 0.8 0.6
Kewangan & Insurans 0.2 4.2
Komputer & Perkhidmatan Perniagaan 2.7 17.5
Perkhidmatan Lain 0.6 0.2
Sumber: Bank Dunia- Kerajaan Malaysia, 2008.
8
Jadual 3: Imports Perkhidmatan Terhadap KDNK Malaysia dan Singapura Pada Tahun 2006.
Sektor Perkhidmatan Malaysia Singapura
Pengangkutan 6.4 17.4
Pelancongan 2.7 7.9
Komunikasi 0.4 0.7
Pembinaan 0.9 0.2
Royalti & Yuran Lesen 0.7 7.9
Kewangan & Insurans 0.5 3.1
Komputer & Perkhidmatan Perniagaan 3.1 9.3
Perkhidmatan Lain 1.1 0.4
Sumber: Bank Dunia- Kerajaan Malaysia, 2008.
Sektor perkhidmatan yang paling penting di Malaysia adalah sektor pelancongan, pengangkutan, kewangan dan insurans, maklumat dan komunikasi, kesihatan, pendidikan dan latihan, teknologi, pembinaan, perkhidmatan pengurusan, logistik, minyak dan gas, komputer dan perkhidmatan perniagaan . Sektor pelancongan bernilai sebanyak RM50 ribu juta dan merupakan salah satu perkhidmatan utama yang menyumbang kepada pendapatan eksport dengan peningkatan sebanyak 5 peratus pada Tahun 2008 (Chakra, 2008). Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber alam dan sangat sesuai untuk aktiviti pelancongan yang berterusan, industri pelancongan mempertahankan kesinambungan kekayaan ekonomi negara.
Kerajaan Malaysia telah memberi perhatian dalam pembangunan sektor pelancongan kerana ia merupakan sumbangan kepada ekonomi negara melalui sumber pertukaran asing. Sektor pelancongan menyumbang terhadap
9
pertumbuhan ekonomi di Malaysia melalui kemasukan pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melawat seluruh pelosok Malaysia kerana terdapat pelbagai jenis produk yang mampu menarik minat pelancong seperti di Negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan pelbagai jenis dan bentuk kraftangan yang cantik dan bercorak yang mampu menarik minat pelancong. Selain daripada kesenian seperti ukiran batik dan kayu yang membuat para pelancong teruja dengan cara buatan yang begitu halus. Di samping itu, terdapat acara sukan, persidangan korporat dan akademik membantu menarik sebilangan besar warga asing ke Malaysia (Chakra, 2008).
Di Singapura sektor perkhidmatan yang penting termasuk sektor Kewangan dan Perniagaan (F&B), komunikasi, pelancongan, pengangkutan, komputer dan perkhidmatan perniagaan, Perkhidmatan perdagangan, hiburan dan media, perubatan, pendidikan dan latihan, dan sektor runcit. Sektor Kewangan dan Perniagaan (F&B) paling penting kerana perkhidmatan tersebut menyaksikan keutungan maksimum dalam jumlah pekhidmatan, perakaunan 40 peratus daripada jumlah perkhidmatan output pada tahun 1996.
Di Singapura juga sektor pelancongan banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui kemasukan pelancong dalam dan luar negara.
Sektor pelancongan juga sangat penting bagi ekonomi Singapura kerana ianya mampu menarik masuk pelancong setiap tahun dan sekali gus menambahkan pendapatan produktif bagi kerajaan. Kepelbagaian budaya Singapura merupakan cerminan dari sejarah penjajahan dan etnik China, Melayu, India dan Arab. Kerajaan Singapura sangat sedar persekitaran dan penglibatan aktif dalam program pemuliharaan alam dan warisan mampu
10
menarik minat pelancong untuk datang ke Singapura. Selain itu, Bahasa Inggeris menjadi salah satu bahasa rasmi dan relatif mudah bagi rakyat untuk berinteraksi dengan pelancong antarabangsa. Jalan Orkid merupakan daerah yang didominasi oleh pusat perbelanjaan multi dan hotel yang boleh dianggap sebagai pusat pelancongan Singapura (Chakra, 2008).
Di Malaysia pelaburan yang dilakukan dalam sektor perkhidmatan telah mencapai RM66.4 ribu juta pada tahun 2007 tetapi menyusut kepada RM50.1 ribu juta pada tahun 2008, namun masih melebihi pencapaian tahunan sebanyak RM5.8 ribu juta yang ditetapakan oleh Industrial Master Plan Ketiga (IMP3). Penanaman modal dalam negeri meningkat lebih dari 85 peratus dari pelaburan dalam perkhidmatan, sedangkan Pelaburan Asing Langsung (FDI) berada pada tahap 15 peratus. Oleh itu, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk meningkatkan FDI dalam sektor perkhidmatan. Pada permulaannya kerajaan telah meliberalisasi keadaan ekuiti yang dikenakan kepada pelabur asing dan telah meringankan sekatan terhadap pekerja pakar asing dan profesional di sektor perkhidmatan.
Manakala inisiatif lain termasuk perlonggaran 27 pembahagian sektor perkhidmatan pada bulan April 2009, diikuti oleh perlonggaran perkhidmatan kewangan yang dipilih dan peraturan daripada panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing. Kerajaan Malaysia berpendapat bahawa perlonggaran sebegini boleh membawa modal baru, keahlian dan teknologi, mencipta peluang kerja baru untuk usaha sama antara perkhidmatan asing dan domestik.
Pertumbuhan perkhidmatan ini juga diakui sebagai aspek penting dalam pembangunan ekonomi dan sangat berkaitan dengan pertumbuhan pendapatan dan pemodenan ekonomi (Francois dan Reinhert 1996).
11
Jadual 4: Kedudukan Pelabur Asing Langsung Mengikut Sektor Di Malaysia, 2003-2007.
SEKTOR 2003 2004 2005 2006 2007
RM (Bil.) % RM (Bil.) % RM (Bil.) % RM (Bil.) % RM (Bil.) %
Pertanian 0.4 0.3 0.5 0.3 0.6 0.4 1.1 0.6 9.3 3.7
Perlombongan 8.3 5.3 6.5 4.0 7.1 4.2 15.7 8.3 20.7 8.2 Perkilangan 90.6 57.9 98.7 60.3 102.4 60.9 108.9 57.3 133.6 52.6
Pembinaan 0.0 0.0 0.0 0.0 0.3 0.2 1.2 0.6 1.9 0.7
Perdagangan/Commerce 7.7 4.9 7.9 4.8 10.0 5.9 15.1 7.9 19.0 7.5
Perantaraan Kewangan (termasuk Insurans)
45.8 29.3 45.3 27.7 41.7 24.8 28.5 15.0 39.6 15.6
Ladang Nyata 1.8 1.2 2.0 1.2 1.8 1.1 5.9 3.1 7.4 2.9
Perkhidmatan 1.6 1.0 2.5 1.5 3.8 2.3 13.7 7.2 22.5 8.9
Lain-lain 0.3 0.2 0.2 0.1 0.4 0.2 0.0 0.0 -0.1 0.0
(Sumber: Jabatan Statistik Malaysia, 2010)
Untuk tempoh tahun 2003-2007 sektor perkilangan, perantaraan kewangan, perlombongan dan perkhidmatan adalah empat sektor utama menyumbang kepada Pelabur Asing Langsung (FDI). Jadual 4 menunjukkan sektor perkilangan tetap dominan menyumbang lebih daripada setengah jumlah Pelabur Asing Langsung. Ini diikuti oleh sektor perantaraan kewangan dan perkhidmatan pada tahun 2007. Pada tahun 2007 sektor perkhidmatan meningkat menjadi 8.9 peratus iaitu ketiga terbesar yang menyumbang dalam Pelabur Asing Langsung (FDI).
12
Jadual 5: Taburan Pelaburan Langsung Luar Negera oleh Aktiviti Pelabur Luar negara di Singapura Tahun 2007 dan 2008.
2007 ($bil) 2008 ($bil) Saham dalam 2008 (%)
Jumlah 314,472 298,102 100.0
Perkilangan 67,820 72,596 24.4
Perniagaan Borong dan Runcit 14,913 16,000 5.4 Pengangkutan dan Simpanan 10,106 10,885 3.7
Komunikasi dan maklumat 14,569 14,395 4.8
Kewangan dan Perkhidmatan Insurans 177,903 149,599 50.2 Ladang nyata, Sewaan dan Sektor
Perkhidmatan Penyewaan Akaun
13,142 13,571 4.6
Profesional dan teknikal, Pentadbiran dan Sokongan Perkhidmatan
4,862 5,313 1.8
(Sumber: Jabatan Statistik Singapura, 2010)
Di Singapura seperti yang ditunjukkan dalam jadual 5 sebanyak $149.6 ribu juta atau 50.2 peratus pelaburan langsung di luar negara Singapura adalah dalam perkhidmatan kewangan dan insurans sementara sektor perkilangan menarik pelaburan langsung sekitar $72.6 ribu juta atau 24.4 peratus pada tahun 2008. Pelaburan langsung Singapura dalam perdagangan borong dan runcit, maklumat dan komunikasi, dan ladang nyata, sewaan dan sektor perkhidmatan penyewaan akaun mencapai sebanyak 4.6 peratus hingga 5.4 peratus daripada luar negeri langsung setiap pelaburan.
Kajian ini membandingkan Malaysia dengan Singapura sebagai salah satu negara Asia Tenggara (ASEAN) yang mempunyai banyak persamaan dari segi pembangunan, ekonomi dan perdagangan. Pelan Induk Industri atau Industrial Master Plan 3 (IMP 3) menyatakan bahawa bagi Tahun 2005,
13
jumlah perdagangan Singapura sebanyak RM429.8 atau 34.5 peratus lebih tinggi daripada Malaysia yang mempunyai jumlah sebanyak RM255.6 atau 20.5 peratus. Selain daripada itu, Malaysia paling banyak berdagang dengan Singapura iaitu pada tahun 1996 sebanyak RM66,635.2 juta dengan 24.1 peratus manakala pada tahun 2005 sebanyak RM246,183.7 juta dengan 25.4 peratus. Dalam kajian ini juga, Malaysia dan Singapura berpotensi untuk berkembang sebagai pusat serantau dengan adanya sektor perkhidmatan seperti pelancongan, pendidikan, pengedaran dan perkhidmatan kesihatan.
Malaysia dan Singapura mempunyai persaingan dalam aktiviti pelabuhan yang bermula pada tarikh 18 Ogos 2000. Pembawa laut terbesar di dunia, Maersk Sealand telah mengumumkan bahawa mereka akan memindahkan operasi muatan dari Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor, Malaysia. Maersk Sealand merupakan arus utama perkhidmatan yang digunakan untuk panggilan di Singapura kecuali perkhidmatan Australia Barat dan New Zealand akan dipanggil (PTP) pada masa hadapan. (Maersk Sealand juga akan dipindahkan syarikat perkhidmatan New Zealand ke Hong Kong dan Taiwan berikutan masalah dengan PSA Corporation semasa menunggu di pelabuhan Singapura). Ini menjadikan operasi PTP sebagai operasi yang terbesar dalam rangkaian dunia Maersk Sealand. (Mee Leng Goh, Guangyan Wu and Huiwen Zhang 2002).
14
Graf 1: Sektor Perkhidmatan di Malaysia dari Tahun 1980-2009.
(Sumber: Data Bank Dunia, 2010)
Graf 1, menunjukkan sektor perkhidmatan nilai tambah di Malaysia pada tahun 1980 hingga 2009. Di antara tahun 1980 hingga 1986 sektor prkhidmatan mengalami peningkatan dalam sektor pelancongan kerana ia merupakan penggerak ekonomi yang dinamik. Selain itu, sektor ini merupakan produk akhir bagi kebanyakan industri atau sektor perkhidmatan.
Seterusnya ia meningkat daripada 1988 sehingga 1996 disebabkan sektor Kewangan dan Perniagaan (F&B) kerana perkhidmatan tersebut menyaksikan keuntungan maksimum dalam jumlah pekhidmatan, perakaunan 40 peratus daripada jumlah perkhidmatan output pada tahun 1996 (Chakra, 2008). Pada tahun 2009 sektor perkhidmatan berada pada angka RM 314, 073 ribu juta iaitu menunjukkan peningkatan daripada tahun sebelumnya (Bank Dunia, 2010).
0 50,000 100,000 150,000 200,000 250,000 300,000 350,000
1980 1982 1984 1986 1988 1990 1992 1994 1996 1998 2000 2002 2004 2006 2008
PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH (semasa LCU)
SVA (semasa LCU)
15 1.1.1 Maksud Terma
Pertumbuhan Ekonomi
- Pertumbuhan ekonomi ditakrifkan sebagai pengembangan kemungkinan pengeluaran kesan daripada pengumpulan modal dan perubahan teknologi. Pengumpulan modal merujuk kepada pertumbuhan sumber modal manakala perubahan teknologi ialah pembangunan baru dengan cara yang lebih baik untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan (Parkin, 1988). Kedua-dua factor sentiasa mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Secara umumnya, pertumbuhan ekonomi diukur dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
- KDNK ditakrifkan sebagai jumlah nilai barangan akhir dan perkhidmatan telah dikemukakan dalam tempoh setahun atau tempoh tertentu selepas ditolak kos barangan dan perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran tetapi sebelum ditolak peruntukan bagi penggunaan modal tetap (Bank Negara Malaysia, 2003). KDNK boleh dinilai sama ada untuk nilai belian atau ks factor.
Terdapat tiga jenis pendekatan yang digunakan untuk mengira KDNK iaitu pendekatan produk, perbelanjaan dan pendapatan. Berdasarkan perbelanjaan KDNK diukur dengan menambah empat kelas utama perbelanjaan iaitu penggunaan dan pelaburan. Perubahan dalam KDNK digunakan untuk mewakili kadar pertumbuhan ekonomi.
16
Pelaburan Asing Langsung (FDI)
- Pelaburan Asing Langsung merupakan komponen akaun kewangan kebangsaan dalam sesebuah Negara. Ianya merupakan pelaburan asset asing yang digunakan dalam struktur domestik, peralatan dan organisasi dalam sesebuah Negara. FDI juga, tidak termasuk pelaburan asing dalam pasaran saham. Pelaburan Asing Langsung sangat berguna untuk pelaburan dalam ekuiti syarikat kerana pelaburan ekuiti berpotensi kerana boleh mengelakkan daripada berlakunya masalah dalam negara. Selain itu, FDI juga tahan lama dan secara amnya amat berguna untuk menyumbangkan dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Sektor Perkhidmatan
- Sektor perkhidmatan ditakrifkan sebagai barang yang tidak nampak atau tidak wujud. Ianya dikenali sebagai sektor tertiar atau peringkat ketiga dalam ekonomi negara kerana tidak mengeluarkan barangan sebaliknya membekalkan perkhidmatan kepada pengguna. Sektor ini merangkumi sektor pegangkutan, kewangan dan insurans, hartanah, perkhidmatan perniagaan, pelancongan, komunikasi dan maklumat dan sebagainya. Ianya merupakan sektor ekonomi kedua yang terpenting mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai sektor utama negara pada masa akan datang.
17 1.2 Rangka Teoritikal
Rajah 1: Hubungan antara sektor perkhidmatan, FDI dan Pertumbuhan Ekonomi.
Rajah 1, menunjukkan rangka teoritikal hubungan antara sektor perkhidmatan, FDI dan pertumbuhan ekonomi. Terdapat tiga pembolehubah dalam rajah tersebut, pembolehubah bebas adalah sektor perkhidmatan dan FDI, manakala pembolehubah bergantung adalah pertumbuhan KDNK, yang akan diuji dalam kajian ini. Jika terdapat hubungan positif antara sektor perkhidmatan, FDI dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Singapura, peningkatan dalam sektor perkhidmatan dan FDI akan menyebabkan kepada pertumbuhan ekonomi dan sebaliknya. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah teori pertumbuhan iaitu digunakan untuk mengukur pertumbuhan dalam ekonomi melalui sektor perkhidmatan dan pengeluaran.
1.3 Pernyataan Masalah
Sektor perkhidmatan sangat penting sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara Malaysia kerana ianya memberi kesan kepada pendapatan dikedua-dua negara. Sektor perkhidmatan banyak mempengaruhi ekonomi dalam negara melalui kemasukan rakyat asing ke dalam negara. Masalah yang berlaku dalam sektor perkhidmatan juga disebabkan kurangnya nilai-nilai murni, kesopanan, tanggungjawab dan etika
-Sektor Perkhidmatan -FDI
Pertumbuhan Ekonomi (KDNK)
18
dalam pekerjaan. Di Malaysia terdapat banyak isu yang melibatkan majikan dan pekerja seperti keselamatan dan kesihatan. Di samping itu, terdapat banyak lambakan pekerja asing di Malaysia dan Singapura sehinggakan memberi kesan kepada pekerja tempatan untuk memasuki pasaran kerja kerana kebanyakan kerja didominan oleh pekerja asing. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk menangani isu-isu yang melibatkan masalah dalam sektor perkhidmatan kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara dari aspek lain secara tidak langsung sekiranya perkara tersebut dipandang remeh.
1.4 Objektif Kajian Objektif Umum
Untuk mengenal pasti sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Objektif Khusus
Untuk mengesan hubungan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Singapura.
Untuk menyarankan usaha yang dianggap penting untuk mengukuhkan lagi kedudukan sektor perkhidmatan terpilih agar terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
19 1.5 Rasional Kajian
Penentuan sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Singapura adalah penting untuk mengetahui tingkat pendapatan dalam negara. Sektor perkhidmatan seperti pelancongan, kesihatan, pendidikan, hiburan dan media, sektor runcit, kewangan dan perniagaan, dan pengedaran berpotensi untuk dikembangkan sebagai pusat serantau. Kerajaan Malaysia dan Singapura perlu memahami dan menerokai nilai dan sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan ekonomi.
Daripada hasil kajian ini, kerajaan berpeluang melaksanakan strategi berterusan supaya manfaat daripada kumpulan industri perkhidmatan ekonomi negara dapat digunakan sepenuhnya malalui pencapaian pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil.
1.6 Skop/Limitasi Kajian
Kertas kajian ini melaksanakan analisis hubungan antara prestasi sektor perkhidmatan, FDI dan pertumbuhan ekonomi untuk Malaysia dan Singapura. Data siri masa yang didapati hanya antara tahun 1980 sehingga 2009 sahaja kerana terdapat sesetengah sumber yang masih tidak lengkap untuk tahun selebihnya. Data yang digunakan dikumpulkan dari Bank Dunia dan Jabatan Perangkaan Singapura. Kajian ini, menggunakan data yang telah sedia ada seperti maklumat didapati daripada internet, buku, dan jurnal.
Kajian ini difokuskan kepada negara Malaysia dan Singapura kerana negara tersebut merupakan negara yang mempunyai banyak persamaan dalam kegiatan ekonomi.
20 BAB 2
ULASAN KARYA TERPILIH
2.1 ULASAN KARYA TERPILIH
Bab ini akan membincangkan tentang ulasan karya terpilih yang berkaitan dalam kajian yang dipelajari. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara prestasi sektor perkhidmatan, FDI dan pertumbuhan ekonomi bagi Malaysia dan Singapura. Oleh itu, ulasan karya yang terpilih yang terdiri dalam bab ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sektor perkhidmatan, FDI dan pertumbuhan ekonomi dalam kajian negara-negara lain yang telah sedia ada dan yang berkait rapat dengan isu-isu tepat di Malaysia dan Singapura.
Sektor Perkhidmatan dan Pertumbuhan Ekonomi
Dalam kajian terkini Dutta (2008) telah mengatakan bahawa sektor perkhidmatan telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi seperti meningkatkan KDNK negara. Sektor perkhidmatan merupakan aktiviti- aktiviti yang disokong oleh kuasa globalisasi dan kemajuan teknologi kerana ianya telah mencipta cabaran dunia yang luas. Hal ini demikian, sektor perkhidmatan banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Singapura.
Vijayakumari Kanapathy (2003) telah menyimpulkan bahawa, melalui pandangan tradisional, perkhidmatan hanya penting bagi ekonomi hanya apabila
21
mencapai tahap perbandingan pembangunan ekonomi sedang maju kerana dicabar oleh bukti-bukti yang lebih baru bahawa perkhidmatan merupakan prasyarat untuk pembangunan ekonomi bukan hanya permintaan terakhir. Semakin banyak pengalaman yang diambil daripada negara membangun dapat menunjukkan bahawa persediaan produk perkhidmatan tidak lagi meragukan elemen penting yang memastikan pertumbuhan ekonomi yang dinamik. Perkhidmatan pembangunan menengah yang tidak mencukupi ialah perkhidmatan yang menyumbang terhadap pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang boleh menghalang pertumbuhan sektor lain. Menyedari keadaan tersebut Industrial Master Plan atau Pelan Induk Industri (1996-2005) menekankan pentingnya sokongan mengembangkan perkhidmatan untuk perkilangan, strategi pembangunan industri atau asas atasan. Perkembangan bentuk sektor perkhidmatan dari strategi pembangunan asas klaster yang diadaptasi sejak tahun 1996. Sektor perkhidmatan seperti pelancongan, maklumat dan komunikasi, kewangan dan insurans, pembinaan dan kesihatan amat penting dalam mengembangkan ekonomi negara kerana ianya mempunyai hubungan yang positif terhadap pertumbuhan KDNK negara.
Razak (2009) Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa, sektor perkhidmatan merupakan komponen yang penting dalam ekonomi negara, kerana memberi sumbangan sebanyak 55 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2008, manakala 47.6 peratus disumbangkan oleh perkhidmatan bukan kerajaan. Ini menunjukkan sektor perkhidmatan dan pertumbuhan ekonomi mampunyai hubungan yang positif kerana memberi sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Dengan adanya
22
peningkatan dalam sektor perkhidmatan tidak mustahil ekonomi negara Malaysia juga akan mengalami paningkatan.
Clemes dan Gani (2003) telah menyatakan bahawa perdagangan dalam sektor perkhidmatan juga telah berkembang pesat dalam beberapa buah negara di seluruh dunia. Menurut Bank Dunia (2000), perkhidmatan perdagangan dijangka sebanyak $1.3 trilion. Sektor perkhidmatan juga merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan dan pekerja di beberapa buah negara. Menurut Klasifikasi Sistem Piawaian Antarabangsa (ISIC), jenis sektor perkhidmatan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi meliputi grosir dan perdagangan runcit, restoran dan hotel, pengangkutan,simpanan, komunikasi, perkhidmatan kewangan, insurans, ladang sebenar, perkhidmatan masyarakat, sosial dan perkhidmatan kerajaan. Selain itu, para penulis juga mangatakan sektor perkhidmatan adalah dominan menyumbang terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam pada tahun 1995-1999, sedangkan di Indonesia, sumbangan sektor perkhidmatan terhadap KDNK menunjukkan penurunan. Perkhidmatan saham penyumbang tertinggi terhadap KDNK di Singapura antara semua negara ASEAN. Sejak tahun 1980 dan seterusnya, Malaysia menduduki peringkat ke atas dalam rata-rata senarai iaitu sebanyak 8.1 peratus pada setiap tahun. Sekali gus menunjukkan prestasi sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia mengalami peningkatan yang baik.
Huat (2009) telah mendapati dalam Pelan Induk Industri Ke-3 (IMP 3) bermula dari tahun 2006-2020, sektor perkhidmatan memberi sumbangan
23
terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sasaran sebanyak 48.4 peratus turun sebanyak 2.3 peratus dalam tempoh pelan tersebut. Polisi Malaysia dalam IMP 3 jelas menunjukkan bahawa pertumbuhan sektor perkhidmatan dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi kepentingan strategik dalam membina sektor perkhidmatan yang dinamik. Ini menunjukkan bahawa sektor perkhidmatan mempunyai hubungan yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi kerana ianya mempunyai kepentingan dan sentiasa berkait rapat antara satu sama lain, selain menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Mukherjee, Mody, Taneja dan Sachdeva (2003) mendapati dalam kajian secara global di Singapura, sektor pelancongan merupakan salah satu sektor perkhidmatan yang terbesar yang menyumbang satu pertiga daripada jumlah keseluruhan perdagangan dunia. Selain itu, kedatangan pelancong ke Singapura meningkat daripada 91,000 pada tahun 1964 menjadi lebih dari 7 juta pada tahun 2000. Pada tahun 2000, Singapura berada pada peringkat ke-25 dalam sektor pelancongan. Pertumbuhan industri pelancongan dalam negara ini adalah kerana pendekatan holistik (wisata) pembangunan pelancongan termasuk strategi pemasaran yang inovatif dari Papan Perjalanan Singapura (STB), kebersihan dan keselamatan, prestasi Singapura Airlines dan penglibatan dalam Star Alliance, fokus terhadap pelancongan budaya dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga sektor perkhidmatan lain yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi seperti kewangan dan insurans, kesihatan, pendidikan dan latihan, pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi, pembinaan, perkhidmatan pengurusan dan logistik (Chakra, 2008).
24
Menurut Mankiw, Romer dan Weil (1992), korelasi (correlation) antara kadar pertumbuhan ekonomi dan tahap awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), nilainya adalah kecil dan positif (log pekali KDNK pada tahun 1960 mencapai kadar pertumbuhan antara 1960 dan 1992 adalah sebanyak 0.0943) di suatu tempat sepanjang jalan, ianya tepat seperti telah dipecahkan. Iaitu menunjukkan sektor perkhidmatan memberi kesan terhadap pertumbuhan KDNK negara iaitu meningkat sebanyak 0.0943 antara tahun 1960 dan 1992. Dalam kajian ini membincangkan tentang pendekatan kegagalan ini berkait rapat dengan andaian kegagalan yang menjadi asas pembinaan fungsi agregat pengeluaran dan mencadangkan satu pendekatan alternatif kepada teori pertumbuhan yang meninggalkan pengeluaran agregat.
Menurut kajian Banerjee dan Duflo (2004), jika kita menjalankan regrasi OLS kadar pulangan sektor pendidikan di atas purata pencapaian pendidikan (bilangan tahun pendidikan), dengan menggunakan data pilihan pekali adalah sebanyak -0.26 dan ketara pada tahap 10 peratus. Pulangan pendidikan diramalkan daripada pelbagai regrasi ini daripada 6.9 peratus bagi negara dengan tahap pendidikan yang terendah kepada 10.1 peratus untuk negara Malaysia dan Singapura dengan tahap pendidikan tertinggi. Ini adalah satu rangkaian yang kecil. Jadi tiada bukti bahawa prima facie kembali kepada pendidikan yang lebih tinggi apabila pendidikan yang lebih rendah berada pada nilai negatif. Pekali tahun pendidikan meningkat kepada -0.45 apabila terdapat 38 buah negara dalam Psachropoulos yang terkini dimasukkan (kebanyakan negara yang digugurkan kerana pangkalan data tidak melaporkan tahun pendidikan walaupun terdapat negara-negara yang jelas sedia ada seperti Austria. Ini menunjukkan sektor
25
perkhidmatan seperti pendidikan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Lynch (1996), dalam kajiannya telah menunjukkan saiz sebenar sektor kewangan dalam ekonomi. Pembolehubah kewangan direka bentuk untuk menunjukkan saiz sebenar sektor kewangan ekonomi yang semakin meningkat di mana wang menyediakan pembayaran harga dan perkhidmatan menyimpan.
‘Wang sempit’ merupakan saham yang terbaik dalam mencerminkan perkhidmatan pembayaran. Manakala ‘wang luas’ berfungsi sebagai simpanan.
Nilai wang meningkat secara kecil sejajar dengan ekonomi urus niaga, tetapi wang luas meningkat pada kadar yang lebih cepat sekiranya kewangan pedalaman berlaku. Hal ini demikian, menunjukkan sektor kewangan juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Singapura.
Berdasarkan karya Dritsakis (2004), yang telah mangkaji kesan pelancongan jangka panjang terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Singapura dengan menggunakan analisis penyebab dan akibat (causality analysis) daripada KDNK, sektor perkhidmatan dan FDI. Auto Multivarian Regresif (VAR) model telah dilaksanakan. Keputusan integrasi analisis mancadangkan bahawa terdapat salah satu vektor kointegrasi (co-integration) dalam KDNK sebenar, sektor perkhidmatan dan FDI. Ujian Penyebab dan akibat Granger berdasarkan Model Pembetulan Ralat (ECMs), telah menyatakan bahawa terdapat ‘sebab- musabab Granger yang tepat’ hubungan antara sektor pelancongan dan pertumbuhan ekonomi, hubungan antara FDI dan pertumbuhan ekonomi.
26
Hubungan antara sebab dan akibat pertumbuhan ekonomi dan sektor pelancongan, dan antara FDI dan sektor pelancongan.
Dritsakis, Athanasiadis dan Mervar (2002), dalam kajian mereka mendapati kerajaan di seluruh dunia termasuk Malaysia dan Singapura telah mengiktiraf peranan dan kepentingan pelancongan dalam pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial. Kebanyakan negara cuba mangembangkan potensi pelancongan dengan cepat dan berkesan menggunakan pelbagai cara yang efektif melalui kaedah-kaedah yang disarankan oleh kerajaan mahupun badan-badan yang bertanggung jawab seperti membuat promosi dan sebagainya. Negara- negara membangun seperti Greece melihatkan pelancongan sebagai sektor yang mempunyai potensi untuk menampung keperluan mata wang asing. Hal ini demikian, menunjukkan sektor pelancongan amat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Singapura.
Berdasarkan kajian Qasenivalu (2008), sektor pelancongan adalah penentu utama dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sektor perkhidmatan udara antarabangsa juga merupakan penentu kepada pertumbuhan ekonomi kerana mempunyai kesan yang baik terhadap pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.
Ia juga telah menyatakan bahawa reformasi perdagangan dan perusahaan awam dalam sektor perkhidmatan diusahakan sehingga ke tahap yang lebih tinggi di negara-negara yang berpendapatan tinggi dan mempunyai kesan positif terhadap prestasi sektor. Kajian ini meneliti sumbangan eksport pelancongan kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan hipotesis pertumbuhan penerbangan juga sah untuk Malaysia. Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan bahawa kedua-dua
27
pembaharuan dalam perdagangan pelancongan dan langkah-langkah pro- persaingan yang dijalankan dalam industri penerbangan. Antara penentu lain yang tidak memberi kesan ke atas prestasi eksport ialah pelancongan dan perkhidmatan udara. Ini menunjukkan selain sektor pelancongan sektor perkhidmatan udara antarabangsa juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Gullickson dan Harper (1999) telah menyatakan bahawa, terdapat kesilapan dalam mengukur perkhidmatan hasil perniagaan yang memberi kesan kepada hasil pampasan pengeluaran industri yang menggunakan perkhidmatan perniagaan. Langkah-langkah peningkatan sebenar perkhidmatan keluaran perniagaan hanya akan memberi kesan yang kecil kepada anggaran pertumbuhan pengeluaran ekonomi yang terbuka. Manakala hasil kerja projek dari industri perbankan bernilai hampir dua pertiga dari keluaran yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara di Malaysia dan Singapura. Semakan terkini jumlah perbankan akan mempengaruhi sumbangan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ekonomi yang terbuka.
Whinston et al (1999) mendapati anggaran $301 bilion tidak dapat dihuraikan sebagai sumbangan bersih dari e-dagang terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Di Malaysia hanya sekitar $101 billion dari jumlah penjualan merupakan e-commerce akhir. Dua pertiga yang lain merupakan teknologi tingkat tinggi pelaburan oleh syarikat e-dagang dan pembelian hasil lain, seperti perisian dan laman web perkhidmatan tuan rumah. Hasil ini akan mengalir keluar dari setiap anggaran KDNK, sehingga $301 bilion jumlah dalam pengertian perakaunan tradisional kebangsaan. Walaupun beberapa transaksi
28
digunakan untuk mengetahui jumlah keseluruhan yang berkaitan dengan e- dagang, transaksi jumlah keseluruhah tidak memberikan jumlah keluaran yang tidak digandakan, kerana secara keseluruhan dikira dengan nilai tambah. Ini menunjukkan e-dagang turut menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Singapura.
Brydan, Malthieson, Wall, Abdul Kadir dan Redzuan (1988) telah meneliti sektor pelancongan di ASEAN termasuk Malaysia dan Singapuraa secara sepintas lalu, penekanan diberikan kepada sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara masing-masing, di samping meneliti bentuk-bentuk kerjasama semasa yang dilakukan oleh ASEAN dalam menjayakan industri tersebut.
Peranan sektor ini dalam meningkatkan hasil pendapatan negara, menambahkan peluang pekerjaan dan ekonomi perkhidmatan Sekali gus menunjukkan bahawa sektor pelancongan merupakan sektor yang terpenting dalam menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Singapura.
Wong (1986) dalam kajiannya mengatakan hakikatnya kini, sektor pelancongan dianggap penggerak ekonomi yang dinamik kerana sektor ini merupakan produk akhir bagi kebanyakan industri atau sektor perkhidmatan yang kompetitif kerana semua negara termasuk Malaysia dan Singapura secara intensif merebut pasaran yang sama dan bersifat multi-dimensi kerana kesan-kesan pembangunanya turut mempengaruhi persekitaran politik, ekonomi dan sosial.
Selain sektor pelancongan perkhidmatan kewangan dan kesihatan juga sangat penting dalam Malaysia dan Singapura kerana ia merupakan penggerak kepada pertumbuhan negara.
29
Ismail dan Abidin (2009), dalam kajian mereka telah menyatakan syarikat milik orang Melayu yang beroperasi di pembahagian sektor perkhidmatan termasuk kewangan, insurans, ladang dan perdagangan mendapat tahap kecekapan yang tinggi kerana faktor daripada teknologi yang digunakan dalam pembahagian sektor. Dalam pada itu, pertumbuhan pembahagian sektor adalah meningkat mengikut kenaikan jumlah hutang dengan tingkat bunga yang rendah dari bank, aktiviti insurans dan lain-lain yang mendorong usahawan atau pengurus dalam pekerjaan pembahagian sektor terhadap peningkatan kualiti perkhidmatan mereka untuk meningkatkan dan mempertahankan pengguna. Selain itu, peningkatan dalam perniagaan runcit dan gudang masih pada tahap yang memuaskan dengan sebahagian besar pengusaha Melayu yang terlibat dalam sektor ini mempunyai pembahagian syarikat bersaiz kecil dan terletak di kawasan luar bandar menjadikan mereka kurang produktif dan cekap dalam menggunakan teknologi secara keseluruhan dalam operasi perniagaan. Perkhidmatan termasuk kewangan, insurans, ladang dan perdagangan merupakan sektor yang menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi kerana berada pada tahap kecekapan yang tinggi dalam pembahagian sektor perkhidmatan.
Pelabur Asing Langsung dan Sektor Perkhidmatan
Dalam kajian Mahadevan (2002) telah mengkaji sektor perkhidmatan di Singapura dengan menggunakan sempadan stokastik (SF) iaitu pendekatan untuk mengkaji jumlah faktor pengeluaran (TFGP) yang mendapati bahawa perkhidmatan dalam negara tidak beroperasi pada kapasiti penuh berdasarkan kecekapan teknikal. Pertumbuhan keluaran di sebahagian besar pembahagian sektor perkhidmatan adalah hasil yang difokuskan bahawa TFGP menunjukkan
30
hubungan negatif selama dua tempoh terkini kajian (1976-1984 dan 1987-1994).
Salah satu faktor menyebabkan TFGP lemah adalah penurunan rasional dalam kecekapan teknikal. Walaupun sektor perkhidmatan mengalami pertumbuhan positif dalam kemajuan teknologi selama tempoh itu. Menurut pengkaji, pembahagian sektor dalam negeri tidak mampu beroperasi pada tahap kepuasan pengeluaran. Berdasarkan kecekapan teknikal, daripada jumlah keseluruhan 17 pembahagian sektor perkhidmatan 65.0 peratus (13 pembahagian sektor perkhidmatan) berpotensi beroperasi di bawah tahap keluaran maksimum sementara berada 35 percent.
Shujiro Urata (1998) menyatakan pertumbuhan pengeluaran antarabangsa didorong oleh kekuatan ekonomi dan teknologi. Hal ini juga didorong oleh liberalisasi yang berterusan daripada Pelabur Asing Langsung (FDI) dan perdagangan dasar. Dalam konteks ini, globalisasi menawarkan peluang yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam negara-negara membangun seperti Singapura untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat melalui perdagangan dan pelaburan. Pada tempoh 1970-an, perdagangan antarabangsa meningkat lebih cepat berbanding FDI. Hal ini demikian, perdagangan antarabangsa adalah jauh lebih penting daripada kebanyakan aktiviti ekonomi antarabangsa yang lain. Situasi ini berubah secara dramatik dan cepat pada pertengahan 1980-an, ketika FDI meningkat dengan pantas. Pada tahun ini, FDI telah meningkat menjadi sumbangan terpenting dalam pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Singapura dengan memindahkan teknologi dan membina rangkaian pemasaran dan pengadaan yang cekap untuk pengeluaran dan perniagaan antarabangsa. FDI mempunyai hubungan yang positif dengan sektor
31
perkhidmatan kerana peningkatan FDI akan menyebabkan sektor perkhidmatan juga meningkat, sekali gus memberi kesan yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Singapura.
Ishak dan Rahmah (2002) telah mengeluarkan sentimen bahawa Pelabur Asing Langsung (FDI) digunakan bertujuan untuk melakukan kegiatan sumber, tambahan modal dan perluasan pengeluaran dalam negara. Pada kemasukan modal dalam bentuk FDI membolehkan ekonomi isi rumah melabur dalam kegiatan pengeluaran di luar negara atau domestik yang dapat dicapai dengan pelaburan tabungan sendiri. Hal ini demikian, sekali gus meningkatkan ekonomi dalam Malaysia dan Singapura kerana berlakunya pengaliran keluar dan masuk wang tunai dari dalam dan luar negara. Dengan meningkatnya FDI akan memberi kesan yang positif terhadap sektor perkhidmatan kerana kemasukan buruh-buruh asing dapat meningkatkan pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan.
Ramstetter (1996) mendapati, Pelabur Asing Langsung (FDI) Singapura mempunyai beberapa ciri-ciri yang unik yang mungkin memberi kesan kepada implikasi perdagangan luar pelabur asing (OFDI). Kerajaan perlu menyokong OFDI dengan memainkan peranan yang penting dalam hal yang berkaitan.
Sementara itu, apa yang dilihat negara tersebut sama dengan apa yang terdapat OFDI oleh negara-negara luar seperti kerajaan China di pelbagai (mengembangkan industri) negara yang cenderung untuk mencegah FDI luar (OFDI). Struktur pemilikan OFDI Singapura juga berbeza dari FDI negara asal kerana sebahagian besar FDI Singapura berasal dari syarikat di mana syarikat- syarikat transnasional asing yang mempunyai saham terbesar. Keputusan
32
menunjukkan FDI memberi kesan yang positif terhadap sektor perkhidmatan dan pertumbuhan eknomi negara di Malaysia dan Singapura.
Hardin, Holmes, Markusan dan Dee (1999) mendapati, FDI telah membuka saluran penting untuk perdagangan intra-syarikat lintas batas yang menambah nilai kegiatan. Syarikat biasanya terlibat dalam perdagangan intra- syarikat kerana mereka berasa lebih cekap untuk melakukan perniagaan dalam syarikat dari pasaran luaran. Strategi pembentukan rangkaian syarikat untuk mempromosikan pengantarabangsaan, kegiatan ini disokong oleh FDI yang mengintegrasikan pengeluaran secara menegak dan mendatar. Dalam konteks ini (1985) nilai Porter model rantai generik membantu untuk menjelaskan pentingnya peningkatan FDI , pola perubahan dan pelaburan intra-syarikat, dan hubungan perdagangan. Hal ini biasa berlaku kerana terdapat satu syarikat tunggal yang melakukan semua aktiviti teras (contohnya penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, pemasaran, penghantaran, dan penyediaan perkhidmatan selepas- jualan) dan aktiviti penyokong (contohnya pengadaan hasil, teknologi, sumber daya manusia dan infrastruktur lain seperti pengurusan dan kewangan) dengan sendirinya. Beberapa kegiatan yang mudah, kos yang rendah dan lebih baik dengan pembekal yang berada di tempat lain, boleh menyebabkan penentuan arus tranksasi lintas-sempadan di antara barangan dan perkhidmatan oleh hierarki multinasional (Dunning, 1993).
Goh, Whu dan Zhang (2004) dalam kajian mereka mendapati kedudukan Singapura terletak berhampiran dengan beberapa pusat utama dunia pelayaran seperti Trans-Pasifik, Eropah Timur, intra-Asia, pusat Asia Tenggara dan
33
Australasia menjadikannya sebagai transit hampir semua perjalanan antara Eropah dan Asia Timur melewati Singapura melalui Selat Melaka. Singapura dihubungkan dengan lebih daripada 250 baris penghantaran ke 600 pelabuhan dalam 123 buah negara. Pelabuhan Singapura merupakan kedua terminal yang tersibuk di dunia (selepas Hong Kong). Ini membolehkan Singapura berkembang menjadi pusat penghantaran bungkusan yang terbesar di dunia. Kira-kira 80 peratus dari kontena yang masuk ke pelabuhan Singapura. Tuntutan Singapura untuk dapatkan kapal yang lebih cepat dan kos lebih rendah berbanding pelabuhan lain adalah janji kosong sahaja. Pelabuhan menawarkan bahan bakar, pemanduan dan penyeretan, kargo, pembaikan kapal, pergudangan dan perkhidmatan sokongan seperti perbankan, insurans, komunikasi dan hiburan. Hal ini demikian, menunjukkan FDI mempunyai hubungan yang positif dengan sektor perkhidmatan kerana ianya berkait rapat dalam meningkatkan atau menurunkan ekonomi Malaysia dan Singapura.
Mas’ud, Yusoff dan Yahaya (2008) telah menyatakan bahawa dalam setiap negara FDI ditubuhkan selepas memegang minimum 10 peratus dari jumlah keseluruhan modal dalam syarikat tempatan oleh pelabur asing langsung di luar negeri. Setiap transaksi seterusnya dalam aset kewangan atau tanggungan yang berlaku antara pelabur langsung dan tempatan yang dihubungkan oleh sebuah hubungan pelaburan asing langsung (FDIR) juga diklasifikasikan sebagai pelaburan asing langsung (FDI). Selain Malaysia, Kanada juga mengambil FDIR untuk menentukan transaksi pelaburan asing langsung FDI. Dengan kata lain, pelaburan langsung juga boleh dibentuk dengan adanya kepentingan abadi antara pelabur langsung dan syarikat. Hal ini demikian, FDI memberi kesan terhadap
34
sektor kewangan dalam Malaysia dan Singapura melalui pelabur asing dan tempatan yang dihubungkan oleh FDIR.
35 Pembolehubah
Sektor Perkhidmatan (SVA)
Pelaburan Asing Langsung (FDI)
Pembolehubah
Bersandar/Bergantung Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan
Dalam Bab ini, metodologi yang digunakan akan dibincangkan secara menyeluruh. Kajian ini difokuskan kepada sektor perkhidmatan, FDI dan pertumbuhan ekonomi dengan menggunakan kerangka konsep dan bentuk kajian yang dijalankan dengan lebih teliti. Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan ekonomi. Kajian ini akan dijelaskan melalui persampelan, pengumpulan data, pengukuran pembolehubah dan analisis data dalam bentuk kajian.
3.2 Kerangka Konsep
Bebas
Rajah 2: Rangka konsep sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan ekonomi.
3.2.1 Model Kajian
Y= α + β1X 1 + β2X2 + e
Y= Pertumbuhan ekonomi dalam KDNK X1= Sektor Perkhidmatan
X2= Pelaburan Asing Langsung α= Pintasan/Intercept
36 β= Anggaran set parameter
e = Terma Ralat
Model: KDNK= α + β1 (SVA)+ β2 (FDI) + e
Pembolehubah bebas adalah sektor perkhidmatan (SVA) dan Pelaburan Asing Langsung (FDI). Pembolehubah bergantung ialah KDNK. Data digunakan untuk mengesan keadaan pembolehubah bebas (SVA & FDI) yang memberi kesan kepada pembolehubah bergantung (KDNK).
Rajah 2, menunjukkan model kajian sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Singapura pada tahap sektor perkhidmatan dan Pelaburan Asing Langsung. Model ini merangkumi pembolehubah bebas dan pembolehubah bergantung, pemboleh ubah bebas ialah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala pembolehubah bergantung terdiri daripada sektor perkhidmatan dan Pelaburan Asing Langsung (FDI).
Kajian ini bertujuan menentukan sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan ekonomi dalam KDNK yang dipengaruhi oleh sektor perkhidmatan (SVA) dan Pelaburan Asing Langsung (FDI) bagi negara Malaysia dan Singapura.
3.2.2 Pembolehubah
3.2.2.1 Pembolehubah Bersandar/Bergantung (Dependent Variable)
Pembolehubah bersandar/bergantung merupakan pembolehubah utama yang sangat penting dalam kajian. Ia ditakrifkan sebagai faktor utama untuk penyiasatan dalam kajian (Sekaran, 2000). Nilai pembolehubah bebas sentiasa
37
dipengaruhi oleh pembolehubah bergantung atau lain. Dalam kajian ini, kadar pertumbuhan KDNK yang ditakrifkan sebagai pembolehubah bersandar, di mana ia dipengaruhi oleh pembolehubah bebas iaitu pertumbuhan sektor perkhidmatan dan FDI.
3.2.2.2 Pembolehubah Bebas (Independent Variables)
Sementara itu, pembolehubah bebas adalah pembolehubah yang dipengaruhi pembolehubah bergantung sama ada secara positif atau negatif.
Dengan erti kata lain apabila pembolehubah bebas hadir, pembolehubah bergantung juga ada, dan dengan setiap unit peningkatan dalam pembolehubah bebas, akan ada peningkatan atau penurunan dalam pembolehubah bersandar (Sekaran, 2000). Sektor perkhidmatan dan FDI dalam kajian ini merupakan pembolehubah bebas atau tidak bersandar. Sebarang perubahan dalam kadar pertumbuhan sektor perkhidmatan dan FDI akan menyebabkan kadar pertumbuhan KDNK berubah.
3.2.3 Unit Root
H0: Pembolehubah adalah tidak pegun (non-stationary) H1: Pembolehubah adalah pegun (stationary)
Atau
H0: Sektor perkhidmatan bukan penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara Malaysia.
38
H1: Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara Malaysia.
3.2.4 Kointegrasi
H0: Yt dan Xt tidak kointegrasi (not cointegrated) H1: Yt dan Xt kointegrasi (cointegration)
3.2.5 Ujian Penyebab Granger
Model sektor perkhidmatan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
In KDNKt = µ1 + α11 In KDNKt-1 + α21 In KDNKt-2 + ….. + αm1 In KDNKt-m + β11
In SVAt-1 + β21 In SVAt-2 +…. + βn1 In SVAt-n + ε1tm
In KDNKt = µ1 + ∑ αk1 In KDNKt-k + ∑ βk1 In SVAt-k + ε1t (6)
Model pertumbuhan ekonomi menyumbang kepada pertumbuhan sektor perkhidmatan
In KDNKt = µ2 + ∑ βk2 In SVAt-1 + β22 In SVAt-2 +….. + βp2 In SVAt-10 + α12 In KDNKt-1 + α22 In KDNKt-2 +…. + αq2 In KDNKt-q + ε2t
In SVAt = µ2 + ∑ βk2 In SVAt-k + ∑ αk2 In SVAt-k + ε2t (7)
Di mana, In KDNKt = Logaritma tahun semasa KDNK In KDNKt-1 = Logaritma Lat KDNK
In SVAt = Logaritma tahun semasa sektor perkhidmatan
39
In SVAt-1 = Logaritma Lat sektor perkhidmatan µ1 dan µ2 = Nilai konstant
α1 dan α2 = Pekali Lat KDNK
β1 dan β2 = Pekali Lat sektor perkhidmatan εit = Sebutan ralat, i=1,2
Dalam persamaan (6), hipotesis bersamaan H0 = 0, H1 : β1 ≠ 0. Jika pekali sektor perkhidmatan didapati nilai signifikan (significant) kepada sifar, H0 tidak boleh ditolak, ia membayangkan bahawa sektor perkhidmatan akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
Sementara itu, dalam persamaan (7), hipotesis H0 : α2 = 0, H1 : α2 ≠ 0. Jika pekali KDNK didapati nilai yang signifikan (significant) kepada sifar, H0 tidak boleh ditolak, ia bermakna pertumbuhan ekonomi negara tidak akan menyumbang kepada pertumbuhan sektor perkhidmatan.
3.3 Rekabentuk Kajian
Kaedah kajian ini adalah menggunakan data sekunder atau data yang telah sedia ada untuk mendapatkan maklumat sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Singapura. Kajian ini bertujuan untuk mengesan sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan ekonomi Singapura bagi tujuan perbandingan dengan Malaysia. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti dan menyarankan usaha yang dianggap penting untuk mengukuhkan sektor perkhidmatan sebagai salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Singapura.
40 3.3.1 Persampelan
Kajian ini menggunakan persampelan dalam data sekunder. Setiap maklumat yang didapati perlu tepat mengikut tahun, masa dan jenis data. Populasi ialah jumlah sektor yang terdapat dalam Malaysia dan Singapura. Sampel ialah jenis-jenis sektor perkhidmatan terpenting yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Bilangan sektor merujuk kepada jumlah sektor yang terpenting yang memberi sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Singapura.
3.3.2 Pengumpulan Data
Struktur kajian didapati daripada data sekunder antara Malaysia dan Singapura. Data dan maklumat yang dikumpul dalam kajian ini melalui data sekunder iaitu jurnal, artikal web, maklumat pembelajaran lepas, maklumat kajian daripada pakar-pakar ekonomi, surat khabar dan buku berkaitan sektor perkhidmatan di Malaysia dan Singapura. Data yang akan dikumpul sepanjang 30 tahun antara tahun 1980-2009. Dalam kajian ini data berkaitan dengan sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan ekonomi dan menyarankan sektor- sektor lain yang penting menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Singapura. Dalam kajian ini, data yang dikaji ialah data sektor perkhidmtan nilai tambah, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Pelaburan Asing Langsung (FDI) mengikut nilai Dolar Amerika Syarikat (AS$ semasa).
3.3.3 Penganalisaan Data
Dalam kajian ini, data dianalisis menggunakan model E-Views (Ekonometrik View) iaitu Ujian Unit Root ialah Ujian Kepegunan Imbuhan
41
Dickey -Fuller (ADF) dan Philip Perron (PP), Ujian Kepengamiran Pembolehubah Johansen-Julius, Ujian Pembetulan Ralat Vektor (VECM), dan Ujian Penyebab Granger dengan menggunakan data sekunder. Kajian ini mengkaji sumbangan sektor perkhidmatan yang terpenting menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi, hubungan antara KDNK, sektor perkhidmatan dan FDI, dan perbandingan sumbangan sektor perkhidmatan antara Malaysia dan Singapura.
3.3.3.1 Ujian Unit Root
Sebelum analisa kointegrasi (cointegration) dilakukan, sifat pegun (stationary) atau tidak pegun (non-stationary) dari data siri masa tertentu mesti ditentukan. Biasanya, pembolehubah siri masa yang paling tepat didapati tidak pegun kerana mean dan varians bergantung pada waktu. Siri masa kepegunan adalah siri yang bererti mean dan varians yang wujud perubahan sistematik semantara waktu berlalu dan menunjukkan bahawa di sini tidak ada pola bermusim atau berkala fluktuasi.
a) Ujian Kepegunan Imbuhan Dickey -Fuller (ADF)
Ujian Kepegunan Dickey-Fuller (ADF, 1979) digunakan untuk mengesan kehadiran unit root dalam kajian ini, berdasarkan bantuan regrasi:
k
∆yt = α + βyt -1 + ∑ ѱ∆y t - 1 + µt (1)
i = 1
k
∆yt = α + δT + βyt -1 + ∑ ѱ∆y t - 1 + µt
(2)
i = 1