• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "PENGENALAN"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan dokumen perancangan tertinggi dalam rangka kerja perancangan pembangunan fizikal negara. Ianya mengandungi perancangan fizikal yang menterjemah dasar-dasar strategik dan sektoral negara dalam konteks dimensi spatial dan fizikal. Fungsi RFN adalah untuk:

1. Menterjemah dasar sektoral meliputi dasar-dasar sosio-ekonomi, pemuliharaan, perubahan iklim dan pengurusan sumber dalam bentuk spatial;

2. Menyediakan rangka kerja spatial bagi perancangan di peringkat wilayah, negeri dan tempatan yang menjadi rujukan utama bagi mana-mana perancangan;

3. Menyediakan pelan perancangan fizikal bagi pelaksanaan strategi pembangunan mampan;

4. Memandu tindakan-tindakan agensi pelaksana sektoral ke arah menyokong rangka kerja spatial negara; dan 5. Mengenal pasti program dan tindakan utama untuk menambah baik perancangan spatial negara.

RFN telah melalui dua (2) fasa kajian semula sebagaimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 6B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). RFN pertama disediakan pada tahun 2005. Kajian semula RFN pertama ini telah dilaksanakan melalui penyediaan RFN Ke-2 pada tahun 2010 dengan fokus ke arah negara berpendapatan tinggi.

Kedua-dua RFN telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN). RFN Ke-2 telah dikaji semula sekali lagi pada tahun 2015 dan dikenali sebagai RFN Ke-3 dengan penambahbaikan dan penstrukturan semula dokumen perancangan spatial negara. RFN Ke-3 telah diluluskan oleh MPFN Ke-25 (Bil.1/2016) pada 21 Julai 2016.

Rancangan Fizikal Negara Ketiga (RFN Ke-3) menetapkan rangka kerja perancangan dan pembangunan spatial untuk diterjemahkan kepada strategi dan tindakan perancangan di peringkat negara, negeri dan tempatan

RFN Ke-2

Diluluskan oleh Jemaah Menteri dan MPFN pada Ogos 2010

Pemakaian Semenanjung Malaysia Tempoh Perancangan

2020

RFN Pertama

Diluluskan oleh Jemaah Menteri dan MPFN pada April 2005

Pemakaian Semenanjung Malaysia Tempoh Perancangan

2020

RFN Ke-3

Diluluskan oleh MPFN pada Julai 2016 Pemakaian

Semenanjung Malaysia, Sabah dan WP Labuan.

Bagi negeri Sarawak, perkara-perkara strategik yang merentas sempadan sahaja diambil kira

Tempoh Perancangan

2005 2010 2015

Rancangan Fizikal Negara Ke-3

Rajah 1.1 Fasa Kajian Semula dan Tempoh Pelaksanaan Dokumen RFN

(2)

RANGKA PERANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA

Pembangunan di Semenanjung Malaysia dilaksanakan pada tiga (3) peringkat perancangan. Di peringkat tertinggi, perancangan strategik pembangunan negara adalah berpandukan kepada Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), RFN dan dasar-dasar sektoral yang diluluskan oleh Jemaah Menteri. Dasar-dasar strategik dan rangka kerja keseluruhan perancangan negara disediakan untuk menentukan hala tuju rancangan pembangunan di peringkat wilayah / negeri dan tempatan. Di peringkat negeri, perancangan pembangunan adalah berpandukan kepada Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan dasar-dasar sektoral yang dirumuskan oleh kerajaan negeri masing-masing dengan mengambil kira dasar-dasar strategik RFN. Di peringkat tempatan pula, perancangan pembangunan dilaksana dan dikawal dengan rancangan pemajuan seperti Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT). Rancangan pemajuan memfokuskan kepada pembangunan spatial kawasan-kawasan PBPT dan keperluan masyarakat tempatan.

Rancangan Tempatan

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Rancangan Struktur

Rancangan Struktur Merumuskan dasar-dasar

strategik perancangan spatial negara dan tindakan pelaksanaan bagi menyediakan hala tuju pembangunan dan

pemuliharaan tanah

Pelan yang memberi pengolahan khas dan terperinci mengenai cara

pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau amalan pengurusan dan

kaedah pelaksanaan PERINGKAT 1 :

PERANCANGAN NEGARA

PERINGKAT 2 : PERANCANGAN WILAYAH / NEGERI

PERINGKAT 3 : PERANCANGAN TEMPATAN

Dasar / Rancangan Sektoral

Dasar / Rancangan Sektoral Pelan jangka sederhana

untuk melaksanakan program pembangunan

kerajaan, menetapkan sasaran perkembangan

makro ekonomi serta peruntukan yang disediakan untuk pembangunan sektor

awam bagi tempoh lima (5) tahun sesuatu

rancangan

Dokumen perancangan yang mengandungi strategi pembangunan spatial untuk mencapai

pertumbuhan dan pengagihan yang seimbang. Melibatkan kawasan di dalam dua (2) negeri atau lebih

Dokumen kawalan perancangan yang lebih terperinci. Disediakan melalui proses rundingan dan mendapat persetujuan penggunaan

tanah antara PBPT, penduduk tempatan dan pemilik tanah

Dasar-dasar yang telah diluluskan oleh Jemaah

Menteri

Dasar-dasar yang telah diluluskan oleh Kerajaan

Negeri Rancangan Malaysia

Lima Tahun

Rancangan Wilayah Rancangan Struktur

Rancangan Kawasan Khas

Rajah 1.2 Rangka Kerja Perancangan Pembangunan Negara

Dasar dan cadangan untuk pembangunan tanah

dalam sesebuah negeri.

Menyediakan panduan pembangunan spatial dan

menangani isu-isu utama negeri. Menterjemahkan dasar-dasar RFN, dasar

spatial wilayah dan cadangan pembangunan

bandar dan luar bandar

(3)

PELAKSANAAN RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2

RFN pertama memfokuskan ke arah negara maju menjelang tahun 2020, manakala RFN Ke-2 mengekalkan fokus dan memberi penambahan fokus iaitu negara berpendapatan tinggi. Kedua-dua RFN menetapkan tahun 2020 sebagai penanda aras tempoh pelaksanaan dan pencapaian selaras dengan Wawasan 2020 yang merupakan visi nasional dalam membangunkan negara.

RFN Ke-2 bermatlamat untuk Membentuk Satu Rangka Spatial Negara yang Efisien, Saksama dan Mampan untuk Memandu Pembangunan Keseluruhan Negara ke Arah Mencapai Tahap Negara Maju dan Berpendapatan Tinggi Menjelang Tahun 2020. Sebanyak 41 dasar telah dirumus bagi mencapai matlamat ini melalui lapan (8) Tema Utama yang meliputi pembentukan rangka kerja spatial negara, peningkatan daya saing ekonomi negara, pemuliharaan sumber pertanian dan pembangunan luar bandar, pembangunan pelancongan mampan, pengurusan petempatan manusia, pemuliharaan sumber asli, biodiversiti dan alam sekitar, penyepaduan rangkaian pengangkutan bandar dan negara serta penyediaan infrastruktur bersesuaian.

RFN Ke-2 menekankan pembangunan koridor bertumpu untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bagi mengurangkan ketidakseimbangan wilayah iaitu; Wilayah Utara, Wilayah Tengah, Wilayah Selatan dan Wilayah Timur dengan tumpuan pembangunan diberikan kepada empat (4) konurbasi iaitu konurbasi Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Wilayah kemajuan ekonomi diperkenalkan dengan wujudnya Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Region Economic Corridor- NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region- ECER) dan Iskandar Malaysia. Penubuhan agensi khas bagi setiap wilayah ekonomi (kecuali bagi Kuala Lumpur) untuk memandu dan menyelaras strategi pembangunan wilayah telah mengubah fokus pembangunan yang disasarkan ke arah meningkatkan jumlah pelaburan dan peluang pekerjaan di setiap wilayah ekonomi. Penekanan kepada pembangunan dalam konurbasi juga telah mendorong Pihak Berkuasa Negeri mewujudkan konurbasi kecil dalam usaha mengimbangi pembangunan di peringkat negeri. Penyelarasan semula di peringkat nasional adalah perlu bagi memastikan kawasan- kawasan fokus ini saling melengkapi selaras dengan strategi RFN Ke-2 agar bandar berskala besar, sederhana dan kecil memainkan peranan tertentu mengikut hierarki bandar yang telah ditetapkan.

Rajah 1.3 Konurbasi Sepertimana RFN Ke-2 dan Wilayah Ekonomi

• Jumlah pelaburan RM 4.3 bilion (2014)

• Jumlah pelaburan RM 51.7 bilion (2014)

• 63,500 peluang pekerjaan (2014)

• Jumlah pelaburan RM 22.9 bilion (2014)

• 23,000 peluang pekerjaan (2014)

• Jumlah pelaburan RM 47.1 bilion (2014)

• 320,100 peluang pekerjaan (2014)

Sumber :

(4)

Cadangan rel berkelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura yang diperkenalkan oleh RFN Ke-2 merupakan antara dasar yang kini sedang dikaji dengan lebih terperinci oleh Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan.

Dasar pewujudan dan pengukuhan Central Forest Spine (CFS) menunjukkan komitmen RFN Ke-2 untuk melindungi, memelihara dan memulihara aset-aset semula jadi negara.

Kawasan hutan merupakan habitat semula jadi bagi spesis- spesis tumbuhan dan hidupan liar yang unik kepada negara dan rantau ini bagi membentuk rangkaian ekologi bersepadu. Di samping itu, Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang mula diperkenalkan dalam RFN pertama telah diperkukuhkan dalam RFN Ke-2. Ia menjadi antara komponen utama pemeliharaan alam sekitar di peringkat dasar, strategi pelaksanaan dan kawalan pembangunan guna tanah dalam usaha mewujudkan keseimbangan di antara arus pembangunan dan pemuliharaan.

Pencapaian dan kekangan pelaksanaan dasar telah diambil kira dalam kajian semula RFN Ke-2 bagi menentukan sama ada dasar sedia ada perlu diteruskan atau ditambah baik.

Pencapaian pelaksanaan RFN Ke-2 diukur melalui 108

Pencapaian Pelaksanaan 41 Dasar RFN Ke-2 Indikator Prestasi

25 49

14 59

2 10

telah dilaksanakan telah diguna pakai

sedang dilaksanakan tidak diguna pakai

peringkat perancangan indikator baharu

diperkenalkan Rajah 1.4 Pencapaian Pelaksanaan Dasar dan Indikator Prestasi

indikator prestasi di mana 49 indikator telah diguna pakai dan 10 indikator prestasi baharu telah diperkenalkan di dalam proses pemantauan pelaksanaan dasar-dasar.

Terdapat 59 indikator asal RFN Ke-2 yang tidak diguna pakai berikutan kekangan data dan maklumat bagi pihak agensi memantau atau agensi melaksana.

Maklum balas agensi pelaksana yang terdiri daripada agensi peringkat Persekutuan dan Negeri menekankan kepada keperluan penterjemahan spatial dan tindakan pelaksanaan yang lebih jelas daripada penyataan- penyataan RFN bagi memastikan pelaksanaan yang lebih berkesan. Di samping itu, terdapat pertindihan dalam beberapa dasar serta percanggahan di antara dasar persekutuan dan negeri yang telah dikenal pasti memerlukan penyelarasan bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan.

Pencapaian pelaksanaan 41 dasar RFN Ke-2 secara keseluruhannya pada tahun 2014 merumuskan; 25 dasar (61%) telah dilaksanakan, 14 dasar (34.1%) sedang dilaksanakan manakala dua (2) dasar (4.9%) berada di dalam kategori peringkat perancangan.

(5)

RFN14 Pertumbuhan

Conurbation

RFN15 Conubation

Utama RFN16 Bandar Padat Cekap Tenaga

RFN17 Bandar Berciri

Khas RFN18

Pusat Petempatan

RFN19 Perumahan Mampu Milik RFN20 Piawaian Perancangan

RFN21 Maklumat Guna

Tanah

RFN35 Bekalan Air

RFN36 Pembetungan

RFN37 Sisa Pepejal

RFN39 Bekalan Elektrik

RFN40 Bekalan Gas Asli

RFN41 Komunikasi

RFN34 Infrastruktur

Bersepadu

RFN38 Pengairan dan

Saliran

Telah Dilaksanakan Sedang Dilaksanakan Peringkat Perancangan Pertumbuhan RFN2

Bandar

Kawasan RFN6 Pertanian Utama

RFN22 Kawasan Sensitif

Alam Sekitar

RFN28 Pengangkutan

Bersepadu RFN11

Pelancongan Mampan

Keseimbangan RFN3 Wilayah

Kawasan RFN7 Jelapang Padi

RFN23 Central Forest

Spine

RFN29 Rangkaian Rel

Bersepadu

RFN12 Produk Pelancongan

Kerjasama RFN4 Serantau

Tanah Padi RFN8 Sedia Ada

RFN24 Ekosistem Marin

dan Pantai

RFN30 Rangkaian Jalan

Raya

RFN25 Pembangunan

Tanah Tinggi

RFN31 Lapangan Terbang dan

Pelabuhan

RFN26 Sumber Air

RFN32 Pembangunan Berorientasikan

Transit

RFN27 Perubahan Iklim

RFN33 Pengangkutan

Awam RFN13

Infrastruktur Pelancongan Pembangunan RFN5

Industri

Pembangunan RFN9 Desa

RFN10 Petempatan

Orang Asli PerancanganRFN1

Guna Tanah Bersepadu

RANGKA

SPATIAL SUMBER

PERTANIAN &

PEMBANGUNAN DESA

PETEMPATAN

MANUSIA SUMBER ASLI, BIODIVERSITI DAN ALAM

SEKITAR

RANGKAIAN

PENGANGKUTAN PENYEDIAAN INFRASTRUKTUR PELANCONGAN

Rajah 1.5 Pencapaian Pelaksanaan Dasar-dasar RFN Ke-2

Kedua-dua dasar ini iaitu Dasar RFN7 yang berkait dengan pemuliharaan dan pewartaan kawasan jelapang padi, serta Dasar RFN31 berkenaan pembangunan lapangan terbang dan pelabuhan utama. Kekangan pelaksanaan kedua-dua dasar ini dilihat di dalam konteks ketiadaan peruntukan khas berkaitan pewartaan kawasan jelapang padi serta Pelan Induk Pelabuhan Negara yang sedang disediakan.

DAYA SAING EKONOMI

(6)

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA

Merupakan usaha lengkap di bawah Program Transformasi Kerajaan yang telah dikenal pasti untuk meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi rakyat Malaysia.

PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI

Bertujuan menuju ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Program Transformasi Ekonomi memperkenalkan 12 bidang ekonomi yang diberi penekanan melalui projek permulaan (entry point projects - EPP).

RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS 2016 - 2020 Dirangka dengan memberi keutamaan kepada rakyat dalam semua usaha

pembangunan. Sasaran pertumbuhan negara akan diukur berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), pendapatan per kapita, pendapatan isi rumah dan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia.

Membanteras Rasuah

Mengurangkan Jenayah

Memastikan Pendidikan Berkualiti Mempertingkatkan Taraf Kehidupan

Isi Rumah Berpendapatan Rendah Menangani Kos Sara Hidup Mempertingkatkan Pengangkutan

Awam Bandar

Kuala Lumpur & Kawasan

Sekitar Lembah Klang Minyak, Gas & Tenaga Minyak Sawit & Getah

Pemborongan & Peruncitan

Perkhidmatan Kewangan

Pelancongan Elektrik & Elektronik

Perkhidmatan Perniagaan Kandungan & Infrastruktur

Komunikasi Pendidikan

Pertanian Penjagaan Kesihatan

Memperkukuh inklusiviti ke arah

masyarakat yang saksama Meningkatkan

kesejahteraan rakyat

Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju

Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran

Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi

Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan

MATLAMAT KAJIAN SEMULA RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Seksyen 6B (4) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memperuntukkan supaya kajian semula RFN dijalankan setiap lima (5) tahun seiring dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara atau, jika dan apabila diarah oleh MPFN. Kajian semula RFN bertujuan untuk:

1. Mengambil kira dan menterjemah dasar-dasar Kerajaan Persekutuan dalam konteks spatial;

2. Menterjemah matlamat dan prinsip pembangunan global dalam konteks pembangunan negara;

3. Menyelaras arah tuju pembangunan negeri dengan agar selari dengan arah tuju pembangunan negara; dan 4. Memastikan RFN dapat dilaksanakan di pelbagai peringkat pelaksana.

Bagi memastikan pencapaian berkesan, kemajuan spatial negara diselaraskan dengan beberapa komitmen di peringkat negara dan peringkat global yang telah ditetapkan dalam usaha menentukan arah tuju pembangunan negara. Komitmen negara diambil kira melalui Program Transformasi Kerajaan, bidang-bidang ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi, teras-teras strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 serta melalui dasar-dasar sektoral dan pelan induk pelaksanaan yang berkaitan.

Rajah 1.6 Komitmen Negara dan Komitmen Global Komitmen Negara

Mempertingkatkan Pembangunan Luar Bandar

RM

(7)

DASAR-DASAR SEKTORAL DAN PELAN-PELAN INDUK PELAKSANAAN SEDIA ADA

SUSTAINABLE

DEVELOPMENT GOALS (SDGs)

Agenda untuk menghasilkan pelan tindakan yang memelihara keperluan asas global. 17 matlamat SDG mengimbangi dimensi pembangunan bersepadu termasuklah menjadikan bandar dan petempatan manusia inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan.

Komitmen Global

• Dasar Perbandaran Negara

• Dasar Ekonomi Baru

• Dasar Komoditi Negara

• Dasar Agro Makanan Negara

• Dasar Jaminan Makanan Negara

• Dasar Mineral Negara

• Dasar Alam Sekitar

• Dasar Perubahan Iklim Negara

• Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Negara

• Dasar Sumber Air Negara

• Dasar Teknologi Hijau Negara

• Dasar Sosial Negara

• Dasar Kebudayaan Kebangsaan

• Dasar Sains dan Teknologi Negara

• Dasar Warga Tua Kebangsaan

• Dasar Orang Kurang Upaya

• Dasar Belia Negara

• Lain-lain dasar yang berkaitan

• Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara

• Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

• Pelan Induk Perindustrian Negara Ke-3

• Pelan Induk Logistik dan Fasiliti Perdagangan

• Pelan Induk Lembangan Sungai

• Pelan Induk Saliran Mesra Alam

• Pelan Induk Koridor Ekologi

• Lain-lain pelan induk yang berkaitan

Komitmen di peringkat global pula diambil kira dalam konteks Sustainable Development Goals (SDGs) oleh United Nations (UN) yang merupakan agenda pembangunan jangka panjang sehingga tahun 2030. Ia berpaksikan kepada matlamat untuk memelihara keperluan asas global, hak asasi manusia dan mengukuhkan keamanan sejagat.

Semua negara dan pihak berkepentingan akan bertindak dalam mengintegrasikan sasaran global ini, termasuklah perancangan strategik RFN Ke-3 yang berbentuk holistik dan jangka panjang. Walaupun sasaran SDGs tidak tertakluk dari sudut undang-undang, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk mewujudkan rangka pembangunan negara yang menyokong pencapaian SDGs. Setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk menilai pencapaian pelaksanaan sasaran yang memerlukan pengumpulan data yang berkualiti, mudah akses dan tepat.

Selain itu, persidangan UN berkaitan Perumahan dan Pembangunan Bandar Mampan (Habitat III) telah menggunapakai New Urban Agenda yang merupakan dokumen berorientasikan tindakan yang akan menetapkan piawaian global dalam pencapaian pembangunan bandar mampan. Matlamat utama agenda ini adalah untuk mencapai tahap bandar dan penempatan manusia yang memberi kebebasan asasi, hak dan peluang sama rata bagi semua. Ini termasuklah pengurusan bandar melalui kerjasama dengan orang awam dan pihak berkepentingan di peringkat kerajaan serta sektor swasta. Agenda ini membuka ruang dalam pengintegrasian konsep pembangunan mampan bagi meningkatkan kesamarataan, kebajikan dan kemakmuran bersama. RFN Ke-3 akan menjadi rangka spatial yang menyumbang kepada laporan pencapaian negara di peringkat global.

Sumber :

http://www.un.org/sustainabledevelopment/sustainable-development-goals/

(8)

BENTUK DAN KANDUNGAN RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-3

Setelah 10 tahun pelaksanaan RFN yang melalui dua (2) kali proses kajian semula, RFN Ke-3 mengambil pendekatan tidak membentuk dasar-dasar perancangan spatial baharu. Sebaliknya, dasar-dasar sedia ada diperkemas dan diperincikan dalam bentuk hala tuju strategik dan strategi serta tindakan pelaksanaan bagi memantapkan pelaksanaan dasar-dasar sedia ada. Di samping itu, dasar- dasar sektoral dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, alam sekitar dan sosial turut diterapkan dalam cadangan hala tuju strategik RFN Ke-3.

Penekanan hubung kait aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar sebagai komponen utama pembangunan mampan dalam satu ekosistem yang lengkap memperlihatkan fokus RFN Ke-3 kepada tiga (3) teras utama iaitu Pertumbuhan Dinamik Bandar dan Luar Bandar, Kemampanan Spatial dan Daya Tahan Terhadap Perubahan Iklim dan Pembangunan Komuniti Inklusif dan Berdaya Huni.

RFN Ke-3 mengandungi tujuh (7) bab iaitu:

Bab 1 Memperkenalkan RFN secara am dari segi fungsi, matlamat, bentuk dan kandungan RFN Ke-3 serta ringkasan berkenaan status pelaksanaan RFN Ke-2

Bab 2 Menggariskan matlamat, teras dan strategi pembangunan fizikal serta memperincikan Pelan Pengurusan Spatial Negara dan komponen-komponennya

Bab 3 Memperinci dan menghuraikan Teras 1 iaitu teras yang berkaitan dengan ekonomi dan pertumbuhan negara Bab 4 Memperinci dan menghuraikan Teras 2 iaitu teras yang berkaitan dengan aspek perancangan fizikal

termasuk alam sekitar, guna tanah dan infrastruktur

Bab 5 Memperinci dan menghuraikan Teras 3 iaitu teras yang berkaitan dengan aspek komuniti inklusif Bab 6 Menterjemah Pelan Pengurusan Spatial Negara dalam konteks setiap negeri di Semenanjung Malaysia,

negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Bab 7 Memperincikan mekanisme pelaksanaan RFN Ke-3

Matlamat dan teras RFN Ke-3 diterjemah dalam bentuk spatial melalui Pelan Pengurusan Spatial Negara yang menyediakan hala tuju pertumbuhan pembangunan fizikal serta pemuliharaan sumber dan alam sekitar.

Pelan Pengurusan Spatial ini seterusnya diterjemah dengan penjelasan yang lebih terperinci agar penerapan RFN Ke-3 di peringkat perancangan negeri lebih tepat dan konsisten dengan RFN Ke-3.

KAWASAN PERANCANGAN

Penyediaan dokumen RFN yang disediakan di bawah peruntukan Seksyen 6B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dikhususkan untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Namun begitu, RFN Ke-3 ini telah diluaskan kawasan perancangan yang meliputi Semenanjung Malaysia, negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala bagi negeri Sarawak, perkara-perkara strategik yang merentas sempadan sahaja diambil kira. Selain itu,

isu wilayah juga diberi perhatian di dalam RFN Ke-3 bagi memastikan promosi pembangunan yang lebih dinamik dan seimbang di kawasan bandar dan luar bandar, peningkatan penyediaan infrastruktur mampan dan aspek alam sekitar yang berdaya tahan dalam menghadapi cabaran negara pada masa hadapan.

(9)

JANGKA MASA PERANCANGAN

RFN Ke-3 mempunyai dua (2) jangka masa perancangan iaitu sehingga tahun 2020 dan tahun 2040. Ini berikutan tempoh perancangan tahun 2020 yang hanya tinggal lima (5) tahun untuk dicapai pelaksanaannya. Strategi RFN Ke-3 yang digubal perlu mengambil kira dan selaras dengan Sustainable Development Goals (SDGs) di peringkat global.

SDGs ini telah mensasarkan keperluan perancangan sehingga tahun 2030. Sehubungan dengan itu, menjadi keperluan untuk perancangan fizikal dan spatial peringkat RFN Ke-3 dipanjangkan melangkau tahun 2020 bagi memastikan negara bersedia menghadapi cabaran masa hadapan di samping memenuhi komitmen antarabangsa.

6

Mesyuarat Jawatankuasa

dan Pasukan Kajian

11

Mesyuarat Jawatankuasa

Perancang Negeri dan Penyelarasan Bersama Negeri

19

Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) dan Engagement

Mesyuarat Penyelarasan Bersama Pasukan Teras dan Penyelarasan Bersama Kajian Dasar

Perbandaran Negara (DPN) dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPFN)

RFN3DPN DPFDN

Di peringkat negeri, kebanyakan RSN kini perlu dikaji semula kerana tempoh perancangan yang hampir tamat. Terdapat beberapa RSN yang telah dikaji semula dengan tempoh perancangan selepas tahun 2020. Sehubungan dengan itu, menjadi keperluan bagi RFN disediakan bagi tempoh melangkau tahun 2020 agar dapat memberi perspektif dan hala tuju jangka panjang untuk diterjemahkan di peringkat negeri.

PROSES PERUNDINGAN

Seksyen 6B(5) Akta 172 memperuntukkan tugas am Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk membantu dalam memastikan bahawa matlamat RFN tercapai. Sehubungan dengan itu, pendekatan secara rundingan dan perbincangan dengan semua agensi pelaksana, Pihak Berkuasa Negeri serta pihak-pihak berkepentingan telah dilaksanakan sepanjang proses pembentukan RFN Ke-3. Tujuan perundingan adalah bagi memastikan RFN Ke-3 dapat diterjemah dengan lebih tepat dan dijadikan sebagai dokumen bersama di mana komitmen berterusan dalam pelaksanaan dapat diperolehi. Sesi rundingan dan perbincangan yang telah dijalankan termasuklah:

1. Perbincangan kumpulan berfokus (focus group discussion-FGD) bagi mendapatkan maklum balas pemakaian dan pelaksanaan RFN Ke-2 bersama agensi pelaksana peringkat Persekutuan;

2. FGD dan maklum balas peringkat penemuan kajian semula bagi memantapkan hasil penemuan kajian semula dengan semua agensi pelaksana dan agensi memantau yang terdiri daripada agensi Kerajaan Persekutuan;

3. FGD bagi memantapkan dan memperincikan hala tuju, strategi dan cadangan tindakan ketiga-tiga teras RFN Ke-3 bersama agensi Kerajaan Persekutuan; dan

4. Rundingan bersama Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN).

Rajah 1.7 Sesi Rundingan dan Perbincangan FGD

(10)

PENGGUNAAN RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-3

RFN Ke-3 menetapkan rangka kerja perancangan dan pembangunan spatial bagi penterjemahan kepada tindakan perancangan yang lebih terperinci untuk pelaksanaan di pelbagai peringkat. Tindakan-tindakan penterjemahan RFN Ke-3 diambil kira melalui:

1. Peringkat Kerajaan Negeri boleh menggariskan cadangan umum bagi pembangunan dan kegunaan tanah melalui dokumen Rancangan Struktur Negeri / Pelan Struktur Negeri. Penyediaan Rancangan Struktur Negeri / Pelan Struktur Negeri ini menjadi instrumen yang memandu pembangunan spatial bagi menangani isu-isu utama negeri;

2. Peringkat Kerajaan Persekutuan bagi penentuan strategi pelaksanaan oleh agensi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan cadangan-cadangan projek dan program; dan

3. Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berkaitan perlu menjadikan RFN Ke-3 sebagai panduan dalam permohonan projek di mana keutamaan peruntukan kewangan perlu diberikan kepada projek- projek yang selaras dengan RFN Ke-3.

Bagi pelaksanaan RFN Ke-3 di negeri Sabah, Perkara 95E Perlembagaan Persekutuan diambil kira iaitu negeri Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam rancangan negara bagi penggunaan tanah, kerajaan tempatan, pembangunan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, adalah wajar jika Pelan Struktur Sabah 2033 diperkukuhkan dengan mengambil kira RFN Ke-3 sebagai panduan bagi rangka kerja strategik perancangan dan pembangunan spatial di peringkat negeri. Pelaksanaan RFN Ke-3 yang selari dengan hala tuju strategik di peringkat negara serta global tidak menjejaskan pemakaian Ordinan Perancang Bandar dan Desa (Sabah CAP.141) atau mana-mana perundangan sedia ada di negeri Sabah.

Referensi

Dokumen terkait

and the application of a differing number of 3-dimensional cubical bamboo shelters for enhancing the growth performance of Giant Freshwater Prawns (Macrobrachium rosenbergii de

Artikel ini membahas tentang intervensi politik yang dilakukan oleh Presiden Soeharto dan Pemerintah Orde Baru terhadap pelaksanaan Muktamar Nahdlatul Ulama (NU) ketika