• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prosiding Kolokium Siswazah FEP 2019 - UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Prosiding Kolokium Siswazah FEP 2019 - UKM"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

i

PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH FEP 2019 (VOLUME 2) /

PROCEEDINGS OF POSTGRADUATE COLLOQUIUM FEP 2019 (VOLUME 2)

ISBN: 978-983-99223-8-7 2019

DITERBITKAN OLEH / PUBLISHED BY SEKRETARIAT SISWAZAH

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DICETAK OLEH / PRINTED BY PENERBIT UKM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

(2)

ii Cetakan Pertama / First Printing 2019

Hak Cipta/ Copyright---Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from the Faculty of Economics and Management UKM.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by SEKRETARIAT SISWAZAH

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM 43600 UKM BANGI, Selangor D.E, Malaysia

http://www.ukm.my/fep

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Cataloguing-in-Publications Data

Prosiding Kolokium Siswazah FEP 2019

(3)

iii KOLOKIUM SISWAZAH FEP

Kolokium Siswazah FEP merupakan aktiviti dianjurkan setiap semester oleh Sekretariat Siswazah FEP dengan kerjasama Persatuan Siswazah FEP, UKM.

Kolokium Siswazah merupakan satu platform terbaik untuk melatih pelajar siswazah melakukan pembentangan penyelidikan serta berinteraksi secara terbuka dalam menyampaikan idea dan bertukar pandangan serta maklumat balas. Prosiding Kolokium Siswazah FEP 2019 dikeluarkan dalam tiga (3) Volume hasil gabunagn pembentangan Kertas Prosiding pelajar Sarjana Ekonomi dan Sarjana Ekonomi Islam.

Gabungan Kertas Prosiding yang dihasilkan melalui penganjuran Kolokium Siswazah Semester 1 Sesi 2018/2019 bertarikh 19 Disember 2018 dan Semester 2 Sesi 2018/2019 bertarikh 25 Jun – 26 Jun 2019.

Sekretariat Siswazah

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

(4)

iv SIDANG EDITOR 2019 / EDITORIAL BOARD 2019

Prof. Madya Dr. Fathin Faizah Said (KETUA EDITOR) Prof. Madya Dr. Noorasiah Sulaiman

Prof. Madya Dr. Mariani Abd Majid Dr. Wye Chung Khain

Dr. Mohd Nasir Mohd Saukani Dr. Nor Shamliza Chamhuri Dr. Lai Wei Sieng

Dr. Hairunnizam Wahid Dr.Mohd Adib Ismail Dr. Riayati Ahmad Dr. Suhaili Al-Ma’amun

Dr. Mohd Hafizudin Syah Bangaan Abdullah Dr. Nafisah Mohammed

URUSETIA 2019

Pn. Siti Nora Mhd Isa

Pn. Noorsyam Noordin

Pn. Rosidah Satari

(5)

v KANDUNGAN

Kandungan v

1 Kesukaran Membuat Permohonan Zakat dalam Kalangan Penduduk Flat Kos Rendah di Kawasan Dun Batu, Lembah Pantai dan

Setiawangsa

Muhammad Adib Mohd Zaki, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid, Muhammad Syafiq Sham

1 – 11

2 Peranan PERKIM Bahagian Negeri Selangor (PBNS) dalam Pembangunan dan Pendidikan Mualaf: Satu Tinjauan Muhammad Qawiem Abdul Baki, Hairunnizam Wahid

12 – 22

3 Pengiraan Kadar Zakat Emas Perhiasan di Malaysia

Muhammad Norshah Rosle, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

23 – 33

4 Persepsi Warga Emas terhadap Pembiayaan Instrumen Kewangan ke atas Penjagaan Kesihatan Mental dan Fizikal: Kajian di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah

Nursyafiqah Liyana Mohd Shafiq Ong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

34 – 58

5 Tahap Kefahaman Akidah dalam Kalangan Mualaf dan Peranan Unit Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Saleha Anuar, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

59 - 78

6 Faktor Mempengaruhi tahap Kepuasan Agihan Zakat oleh Institusi Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Nadzirah Samsuddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

79 - 98

7 Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat : Kajian di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

Sharifah Shakinah Syed Hamid, Hairunnizam Wahid

99 - 113

8 Perlaksanaan Skim Kafalah Muzakki terhadap Pembayar Zakat, Kajian di Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ, MAIWP): Satu Sorotan Awal

Noorazlin Mohd Azizi, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

114 - 120

9 Persepsi Peniaga terhadap Perniagaan atas Talian dan Perbezaan Sistem Cukai dengan Zakat: Kajian Terhadap Peniaga Kecil di Uptown Jalan Reko, Kajang, Selangor

Mohamad Hafhiz Abdul Aziz, Hairunnizam Wahid

121 - 131

(6)

vi

10 Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras yang dimakan dan

Peranan Medium Promosi: Kajian di Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cawangan Kajang, Selangor

Mohd Shairazi Akmal Mohd Razali, Hairunnizam Wahid

132 - 145

11 Kecekapan Pengurusan Kutipan dan Agihan Zakat Pusat Zakat UKM Nor Hanani Kadimon, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

146 – 159

12 Persepsi Pelajar terhadap Pengurusan Zakat : Kajian di USIM

Nadiah Hanim Mokhtarudin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

160 – 174

13 Persepsi Masyarakat terhadap Sistem Pembayaran Zakat atas Talian dalam Urusan Pembayaran Zakat: Kajian di Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS)

Nurul Alyaa Izzati Abdul Khalid, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

175 - 193

14 Faktor-faktor Pembayaran Zakat Fitrah Ikut Harga Beras yang dimakan: Satu Kajian di Daerah Hulu Langat, Selangor

Sayidah Nafisah Abdul Rahman, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

194 - 214

15 Persepsi Masyarakat Wanita terhadap Pembayaran Fatwa Zakat Emas:

Satu Kajian di Masjid Putra Nilai, Negeri Sembilan (PZNS) Nurizni Sabrina Sapiee, Hairunnizam Wahid

215 – 232

16 Zakat Pendapatan : Satu Kajian Melibatkan Kakitangan Awam di Putrajaya

Muhammad Ridwan Darnisal, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

233 – 243

17 Pengurusan Program Institut Pendidikan melalui Model Agihan Zakat Secara Tidak Langsung: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Mohd Nasaruddin Shah Abdullah, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

244 - 265

18 Mekanisme Wakaf Tunai: Kajian Terhadap Isu Wakaf Pembelian Tanah di Negeri Selangor

Siti Salwani Mustapa, Hairunnizam Wahid, Mohd Faisol Ibrahim

266 – 282

19 Potensi Wakaf Tunai di Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad

Julieawati Salim, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Hairunnizam Wahid

283 – 296

20 Peranan Wakaf Terhadap Pendidikan: Kajian di Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KOTARAJA), Perak

Nur-Lainun Nodion, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

297 - 310

(7)

vii

21 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Gelagat Remaja Terhadap

Penggunaan Produk Halal

Nurul Azwana Ibrahim, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

311 - 322

22 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Penggunaan Barangan Halal dalam Kalangan Guru Sekolah

Amran Ahmad @ Mat, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

323 - 335

23 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Persetujuan Pengguna Berkaitan Integrasi Halal dan Kewangan Islam

Mohd Hafiz Asmani, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

336 - 352

24 Tanggungjawab Sosial Korporat Dalam Industri Halal : Peranan Agama dan Nilai

Nurun Najihah Subakir, Shifa Mohd Nor, Aisyah Abdul Rahman

353 – 365

25 Determinants of Halal Related Trade Products in OIC Member Countries

Siti Nabilah Khusenimantri, Mohd Adib Ismail

366 - 378

(8)

PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH FEP (2019) VOLUME 2, 311 – 322 ISBN: 978-983-99223-8-7

Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) ,

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GELAGAT REMAJA TERHADAP PENGGUNAAN PRODUK HALAL

NURUL AZWANA IBRAHIM

Universiti Kebangsaan Malaysia

MOHD ALI MOHD NOOR

Universiti Kebangsaan Malaysia

HAIRUNNIZAM WAHID

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pemilihan produk halal adalah merupakan satu kewajipan dan keperluan bagi setiap umat Islam.

Umat Islam hari ini begitu terdedah kepada pelbagai jenis produk yang berada di pasaran khususnya produk import yang rata-rata datangnya dari negara bukan Islam atau diusahakan oleh orang bukan Islam yang pastinya menimbulkan banyak persoalan berkaitan masalah produk tersebut. Remaja juga tidak terkecuali dalam isu memilih produk halal ini. Remaja masa kini perlu diberi pendedahan meluas terhadap pemilihan produk halal. Ini adalah kerana kesedaran terhadap memilih produk halal adalah perlu diterapkan pada remaja khususnya agar dapat membiasakan mereka dalam menggunakan produk halal seawal usia mereka. Maka, kajian ini ditulis bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat remaja terhadap penggunaan produk halal. Sebanyak 127 responden terlibat dalam penyelidikan ini melalui soalan kaji selidik yang telah diedarkan kepada pelajar. Data yang telah dikumpulkan telah diproses secara kolektif dengan menggunakan kaedah logit binomial dalam Statistical Package for Social Science (SPSS).

Kata kunci: Produk halal; gelagat remaja

ABSTRACT

The selection of halal product is a must and a requirement towards the Muslims. In this borderless era, Muslims are exposed to various products originating from non-Muslim producers or countries, thus rising a lot of concern and eyebrows on the matter. Our young generation does not exclude themselves in the selection of halal product and must be given necessary and ample exposure. The realization in selecting and consuming halal products must be instilled within the young to familiarize them from early age. Hence, the research put together is aimed to study the factors affecting teenagers behaviours in the consumption of halal product. 127 respondents involved in the study has been sampled through questionaires distributed and data collected has been processed using logit binomial method within Statistical Package for Social Science (SPSS).

Keywords: Halal product;teenagers behaviours

PENGENALAN

Remaja adalah aset negara yang penting kerana merekalah yang akan mencorakkan jatuh dan bangun tamadun bangsa ini di masa hadapan kerana mereka adalah bakal pemimpin negara. Golongan remaja adalah kumpulan pengguna yang penting kerana kuasa membeli yang kuat dalam kalangan mereka.

Menurut Kumar (2010), pasaran kosmetik masa kini telah bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan permintaan dari pelanggan yang lebih muda iaitu dalam kalangan remaja perempuan.

(9)

312 Nurul Azwana Ibrahim, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

Gaya hidup pelajar zaman kini menyebabkan mereka perlu dan gemar membeli dan menggunakan produk tertentu. Kepelbagaian produk yang berada di pasaran samada produk halal dan tidak halal memberi lebih peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan (Yusrina et al.2018)

Isu produk halal amat meluas diperkatakan di media masa khususnya di atas talian dan laman sosial. Hal ini memberi kesan terutamanya kepada remaja berikutan mereka lebih mendominasi penggunaan media sosial berbanding golongan masyarakat yang lain. Golongan pelajar merupakan antara pengguna terbesar di Malaysia di mana mereka gemar membeli dan berani mencuba sesuatu yang baru. Golongan pelajar adalah kumpulan pengguna yang penting kerana kuasa membeli yang kuat dalam kalangan mereka. Gaya hidup remaja kini menyebabkan mereka perlu dan gemar membeli dan menggunakan produk tertentu

Remaja masa kini terlalu dimanjakan ketika membeli sesuatu produk kerana terdapat banyak produk yang boleh dipilih dalam pelbagai jenis dan bentuk. Mereka bebas untuk membeli apa sahaja produk atau perkhidmatan tanpa mengetahui siapakah pengeluar atau pengilang sesuatu produk itu.

Selain itu, mereka juga tidak prihatin dengan kandungan makanan atau produk kecantikan yang telah mereka beli. Menurut Karina dan Citra (2017), remaja di Indonesia kini mulai menggunakan produk kosmetik untuk kelihatan cantik dan tampan tetapi masih ramai remaja yang tersalah pilih kosmetik yang tidak mempunyai status halal ataupun status halal yang meragukan.

Penggunaan internet dan pendedahan kepada pelbagai medium juga membuatkan mereka lebih terdedah kepada pelbagai sumber maklumat dan trend terkini. Portal Halal Malaysia yang dilancarkan pada 2007 bertindak sebagai pusat sehenti dengan dilengkapi ruangan info halal, direktori halal, kemudahan aduan dan capaian ke atas sistem permohonan sijil halal. Sebagai contoh, di bawah ruangan Direktori Halal orang ramai boleh menyemak maklumat yang dikeluarkan sama ada untuk produk gunaan, premis makanan atau pusat sembelih. Kemudahan carian halal adalah berdasarkan kod bar, diskripsi produk dan nama syarikat yang telah diberikan sijil halal. Namun, budaya merujuk sumber di internet terutama berkaitan maklumat produk halal masih rendah. Ini mungkin disebabkan kebanyakan ibu dan pelajar sekolah tidak pernah menyangka apa yang mereka makan atau gunakan mungkin daripada sumber tidak halal (Utusan Malaysia 2011).

Penggunaan gelatin dalam produk seperti makanan dan farmaseutikal turut mendapat perhatian masyarakat kini. Menurut Abdul et al. (2010) sebahagian besar produk farmaseutikal dihasilkan daripada gelatin yang diperolehi daripada tulang dan kulit haiwan yang tidak diketahui status halalnya. Pada tahun 2016, JAKIM telah mengesahkan bahawa kebanyakan produk marshmallow yang dijual secara terbuka khususnya diimport adalah diragui status halalnya.

Marshmallow merupakan produk yang menjadi kesukaan para remaja umumnya. Mereka membeli tanpa mengetahui isi kandungan makanan tersebut serta tidak peka terhadap logo tanda halal. Timbul isu marshmallow haram berikutan kenyataan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal, Mohd Amri bin Abdullah yang dipetik dari Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pada 15 Jun 2016 (Berita Harian 2016). Isu tentang produk berasaskan gelatin daripada sumber haiwan adalah antara yang dikenal pasti sebagai produk kritikal daripada perspektif halal.

Makanan yang halal dari sisi syarak ialah makanan yang bersih zatnya, suci kaedah perolehannya serta bebas daripada sebarang kemudaratan yang menjamin kepada konsep halalan thoyyiban (Harlida & Alias 2014). Pada tahun 2016, masyarakat dikejutkan dengan isu mi segera jenama Samyang yang dikhuatiri tidak halal. Isu tersebut viral akibat gelagat remaja yang membeli mi tersebut kerana ingin menyahut cabaran untuk menguji tahap kepedasan mi tersebut. Status halal produk tersebut diragui kerana ia merupakan produk import dari Korea. Setelah siasatan dilakukan, pihak JAKIM mengesahkah mi tersebut halal. Remaja yang tidak prihatin tentang isi kandungan serta tidak peka pada cop logo halal yang mengelirukan akan terus membeli. Tanda logo halal antarabangsa yang terdapat pada produk makanan yang diimport dari luar negara menimbulkan kekeliruan kepada remaja kerana banyak penggunaan logo halal yang dibenarkan di Malaysia.

Media juga sering memaparkan perlanggaran terhadap hukum halal dan haram yang telah disyariatkan dalam Islam. Akhbar Sinar Harian bertarikh 28 April 2017 menyiarkan golongan remaja warga Felda Purun di Bera tanpa segan silu membeli arak. Arak yang dibeli melalui orang tengah didapati daripada kedai yang menjual arak dan rokok secara haram (Sinar Harian 2017). Arak jelas haram dan akan mengakibatkan remaja terpesong akidah. Menurut Al-Quran dan Sunnah, minuman yang mengandungi alkohol dan minuman beralkohol haram dan wajib dihindari oleh setiap Muslim.

Bukan itu sahaja, arak turut menjejaskan kesihatan.

(10)

Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 2 313

Produk seperti berus lukisan, berus cat dan berus muka yang digunakan dalam peralatan mekap sering digunakan oleh golongan remaja masa kini dalam kehidupan seharian mereka.

Kebanyakan produk tersebut yang diimport khususnya dari China boleh mendatangkan keraguan kepada pengguna beragama Islam. Tinjauan PPIM mendapati banyak kegunaan harian dijual hanya tertulis ‘Pure Bristles atau Britsles’, menimbulkan kerisauan kerana perkataan tersebut memberi maksud bulu haiwan. Lebih mengelirukan lagi, produk tersebut dijual tanpa pelekat atau cop logo JAKIM, malah diletakkan bersama-sama produk lain. Remaja yang kurang prihatin tentang bahan asas produk ini akan membeli tanpa berfikir panjang.

Selain itu, laporan Abdul Kadir Mohd Ayub (2012) menyatakan sikap tidak kisah pengguna Muslim terutama golongan remaja yang mengunjungi premis-premis yang jelas tiada logo halal dan tidak pernah diiktiraf oleh pihak JAKIM amat membimbangkan. Faktor amalan gaya hidup moden dan kebiasaan melepak di café sedemikian menjadi salah satu alasan mereka untuk mengunjungi tempat tersebut. Malah mereka juga mempersoalkan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Remaja tidak mengambil berat berkenaan logo halal samada ada atau tidak diletakkan di luar atau dalam premis tersebut.

Bukan sahaja di premis-premis makanan, malah isu makanan ringan yang yang diragui status halal perlu dipandang serius. Menurut Harian Metro bertarikh 17 Julai 2018, JAIS telah menyita 20 produk makanan ringan yang dijual pada harga RM3 termasuk jeli, coklat, gula-gula dan jeruk kering yang diawet. Makanan tersebut merupakan makanan yang amat digemari oleh remaja. Makanan tersebut dijual dengan meluas di kedai runcit dan serbaneka di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang

Lantaran daripada isu-isu penggunaan produk halal yang berlaku dalam kalangan remaja di Malaysia telah mendorong penulis untuk membuat kajian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat remaja terhadap penggunaan produk halal. Kajian ini mengandungi beberapa pembolehubah temasuk faktor sikap, norma, kawalan, agama, logo dan gelagat pembelian remaja terhadap produk halal. Kajian terhadap remaja berkaitan isu halal ini masih baru dan belum pernah dibuat oleh mana- mana penulis. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu dan memberi manfaat serta faedah kepada pelajar tentang kepekaan mereka yang beragama Islam dalam mengamalkan hukum halal haram.

Selain daripada itu, kepentingan kajian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada remaja Islam untuk memilih produk berlogo halal dalam kehidupan seharian. Bahkan juga untuk membantu pelajar mengatasi ketidakpastian dalam pengambilan produk berlogo halal dalam kehidupan seharian.

KAJIAN LEPAS

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, halal berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud sebagai hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dalam Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan atau dibenarkan. Menurut Mohamed Elwathig (2013), halal ialah membolehkan dan membenarkan sesuatu perkara dilakukan. Dari segi bahasa, halal adalah berlawanan dengan haram (Wizarah al-Awqaf 1990) dan turut disokong oleh Dahalan (2008) yang menyatakan bahawa halal ialah membolehkan dan membenarkan sesuatu perkara dilakukan, manakala haram pula ialah sesuatu yang dilarang atau ditegah.

Secara umum, halal dalam perspektif industri ialah menghasilkan sesuatu produk yang tidak mengandungi alkohol dan bahan yang haram, namun ia juga melibatkan proses pengeluaran, pembuatan dan juga pembungkusan sesuatu produk. (Hashim & Mat Hashim 2013).

Gelagat pengguna sering didefinisikan sebagai suatu kajian tentang cara seseorang membuat keputusan untuk memanfaatkan segala sumber yang ada seperti masa, wang dan usaha untuk memperolehi item-item yang berkaitan dengan kepenggunaan (Mowen 1995). Gelagat pengguna turut didefiniskan sebagai kelakuan yang ditunjukkan oleh pengguna untuk mencari, membeli, menggunakan, menilai dan membuang produk dan perkhidmatan yang mereka harapkan akan dapat memenuhi keperluan mereka (Schiffman et al. 2012). Gelagat pengguna juga menggambarkan keputusan keseluruhan yang dibuat oleh pengguna terhadap penggunaan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengeluar atau penjual pada bila-bila masa (Hoyer & MacInnis 2001).

Manakala gelagat pengguna Muslim ialah gelagat yang dibawa oleh Muslim untuk memenuhi

(11)

314 Nurul Azwana Ibrahim, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

keperluan bukan setakat keperluan terhadap kebendaan sahaja tetapi juga untuk memenuhi keperluan rohani (Rizqiningsih 2013).

Gelagat remaja dalam menggunakan produk halal belum pernah dibuat kajian sebelum ini.

Maka, dalam pemilihan produk halal, beberapa faktor telah dikenal pasti memberi pengaruh kepada gelagat remaja terhadap penggunaan produk halal.

Sikap Terhadap Produk Halal

Sikap diukur dalam usaha untuk meramal tingkah laku dan merupakan sasaran untuk mempengaruhi usaha dalam pembentukan tingkah laku. (Joshua 2015). Sikap merupakan perasaan individu yang positif atau negatif terhadap objek tertentu atau niat untuk melakukan sesuatu perbuatan (Ajzen &

Fishbein 2000). Menurut Nor Nisma dan Ezanee (2017) kebanyakan pelajar Muslim mempunyai sikap prihatin dan sentiasa mengambil berat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan produk halal.

Mereka hanya akan membeli produk makanan yang mempunyai logo halal yang sah daripada pihak JAKIM. Hasil kajian ini disokong oleh Dahalan (2008) yang menyatakan bahawa sikap pengguna yang sentiasa berhati-hati menjadi faktor kepada pemilihan produk halal. Dapatan kajian Nurul Hanis (2017) turut menyokong bahawa sikap merupakan faktor utama yang mempengaruhi kecenderungan untuk membeli produk halal kosmetik. Ini adalah kerana sikap merupakan sesuatu perilaku yang boleh dipupuk dalam diri individu.

Norma Subjektif Terhadap Produk Halal

Peranan norma subjektif adalah sebagai pengaruh sosial pada tingkah laku seseorang termasuklah persepsi rakan, rakan sebaya dan anggota keluarga (Lutz 1991). Menurut Theory of Reasoned Action (TRA), norma subjektif dipengaruhi oleh kepercayaan individu terhadap pengaruh pihak lain yang dirujuk dalam memotivasikannya untuk melakukan sesuatu gelagat. (Ajzen & Fishbein 1980). Juga dirujuk sebagai norma normatif, iaitu satu fungsi kepercayaan yang menentukan pemikiran seseorang tentang kelakuan tingkah laku tertentu oleh kumpulan yang berkaitan, misalnya memakan produk halal (Lada et al. 2009).

Menerusi kajian Lada dan Amin (2009), telah berjaya membuktikan dua perkara iaitu pertama, sikap dan norma subjektif secara positif mempengaruhi keinginan untuk memilih produk halal. Kedua, norma subjektif juga mempengaruhi sikap untuk memilih produk halal secara positif. Dapatan kajian Vita dan Nurwanti (2017) turut menyatakan bahawa norma subjektif mempunyai impak yang positif ke atas sikap terhadap produk halal. Dapatan kajian Syaifuddin (2017) juga mendapati bahawa sikap adalah merupakan faktor yang paling mempengaruhi dalam pemilihan produk halal. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji adakah norma subjektif merupakan salah satu faktor dalam mempengaruhi gelagat remaja terhadap penggunaan produk halal.

Kawalan Terhadap Kelakuan Bagi Produk Halal

Theory of Planned Behavior (TPB) merupakan lanjutan bagi mengatasi kelemahan Theory of Reasoned Action (TRA) kerana ketiadaan faktor kawalan terhadap kelakuan. Melalui kawalan, pengguna cenderung untuk melakukan gelagat yang mereka rasakan dapat dikawal dan mengelak gelagat yang tidak dapat dikawal (Ajzen 1991). Menurut Nurul Hanis (2017) menyatakan jika seseorang mempunyai banyak sumber kewangan, peluang dan masa, maka dia mempunyai kuasa dan kawalan samada untuk membeli sesuatu produk halal atau tidak. Dapatan kajian oleh Syaifuddin (2017) mendapati terdapat hubungan positif dan signifikan antara norma subjektif dan niat untuk memilih produk halal.

Agama Terhadap Produk Halal

Dalam membentuk kepercayaan, pengetahuan dan sikap seseorang, agama memainkan peranan yang penting. Setiap Muslim wajib mematuhi hukum halal yang telah ditetapkan bagi mengekalkan integriti produk halal secara global (Hazlinda & Jamil 2012). Menurut Essoo dan Dibb (2004), agama merupakan salah satu faktor sosial yang penting dalam mempengaruhi umat. Agama bertindak

(12)

Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 2 315

sebagai asas kepada pembentukan sikap dan tingkah laku manusia. Dapatan kajian oleh Yasid et al.

(2016) mendapati agama memberi kesan kesedaran pengguna Muslim terhadap makanan halal.

Dapatan tersebut menunjukkan tahap kepelbagaian (kepercayaan agama) mempunyai hubungan dengan kesedaran pengguna Muslim terhadap makanan halal. Dapatan tersebut juga relevan dengan dapatan kajian oleh Salman dan Siddiqui (2011). Melalui kajian mereka, pengguna Muslim mempunyai petunjuk pengenal pasti seperti keluarga dan rakan yang selalu menggunakan makanan halal, keluarga yang akan berhenti menziarahi jika mendapati ada keluarga yang mengambil makanan haram dan kepercayaan bahawa Muslim mestilah mengikuti undang-undang yang dikawal oleh agama bagi memberi kesedaran terhadap penggunaan makanan halal. Sebagai contoh, meletakkan produk makanan dan minuman dengan tanda logo halal memberikan isyarat bahawa produk tersebut boleh digunakan oleh Muslim. Norma agama mempengaruhi seluruh aspek kehidupan seseorang individu, termasuklah dalam menggunakan produk iaitu berhubung tentang makanan atau minuman yang boleh digunakan atau tidak. Contohnya, seorang Islam tidak boleh makan babi, manakala seorang Hindu pula tidak boleh memakan lembu (Bayu & Ibnu 2015).

Logo Halal Terhadap Produk Halal

Pensijilan halal telah menjadi peraturan yang berlandaskan kepada agama bagi memenuhi permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna Islam. Pengguna Islam masa kini berhadapan dengan pelbagai jenis produk di pasaran yang status halalnya meragukan. Kepelbagaian produk yang ditawarkan ini sering mengelirukan masyarakat khususnya remaja untuk mempercayai maklumat yang diterima.

Menurut Farah et al. (2017), masyarakat Islam hari ini didapati yakin dan memilih produk serta premis yang memaparkan logo halal. Menurut kajian Syaifuddin (2017), sikap terhadap logo halal dan norma subjektif adalah paling penting dalam kalangan muslim di Indonesia dalam memilih produk halal. Tetapi, menurut Zainalabidin (2008) dan Nordin (2007),melalui kajian mereka terhadap pandangan dan persepsi pengguna mendapati bahawa penggunaan logo halal JAKIM semata-mata pada sesuatu barang tidak cukup untuk meyakinkan pengguna akan status kehalalan barangan tersebut,namun demikian tidak dinafikan bahawa penggunaan logo halal ini banyak membantu pengguna. Dalam kajian Anderson et al. (1997), pengguna hanya bergantung kepada penjual atau berdasarkan pemerhatian sendiri untuk mempercayai maklumat yang diterima. Menurut Azreen Jihan (2014), logo halal bukanlah merupakan faktor utama dalam memilih produk kosmetik tetapi bahan dan kandungan merupakan faktor utama. Ini adalah kerana menurut perbincangan bersama 20 wanita dewasa yang tinggal di kawasan Lembah Klang mendapati bahawa halal bukanlah merupakan faktor utama ketika memilih menggunakan produk kosmetik. Ini adalah kerana kosmetik merupakan penggunaan luaran dan boleh ditanggalkan dengan menggunakan alat menanggalkan solekan.

Menurut kajian Hashanah dan Hifza Rahimah (2011) mendapati bahawa hanya 20% responden generasi Y menyatakan logo halal adalah penting berbanding kebanyakannya lebih menitikberatkan kualiti makanan tersebut.

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Pensampelan

Data yang digunakan dalam kajian ini adalah daripada soal selidik yang memfokuskan kepada orang awam secara umum. Kajian ini melibatkan 127 orang responden yang terdiri daripada golongan pelajar SMK Cheras Jaya. Soal selidik yang diberikan kepada responden terbahagi kepada 3 bahagian iaitu latar belakang responden,tahap keprihatinan pengguna dan faktor yang mempengaruhi pembelian.

Data yang diperolehi daripada soal selidik tersebut diproses dengan menggunakan kaedah logit binomial dalam perisian SPSS (Statistical Package for Social Science).

Kaedah Analisis Data

Data dianalisis menggunakan model regresi logistik bagi menguji kebarangkalian beberapa pemboleh ubah untuk mencapai objektif kajian. Analisis regresi digunakan dalam kajian ini dalam menganalisis

(13)

316 Nurul Azwana Ibrahim, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

data berkaitan dengan kebarangkalian. Model logit binomial sesuai digunakan memandangkan pembolehubah bersandar berbentuk dikotomus sekaligus dapat menguji kesan terhadap tujuh pembolehubah yang berbentuk dami (Gujarati 2003). Model yang dianggarkan dalam regresi logistik adalah seperti berikut:

Pi = E( Y = 1/X ) = 1/ ( 1+ e-z ) (1)

Di mana Pi adalah kebarangkalian bagi responden yang memilih produk halal iaitu Y=1 dan Y=0 bagi responden yang tidak memilih produk halal. Kajian ini akan mengadaptasikan model daripada kajian oleh Sanep dan Hairunnizam (2004). Dengan ini berpandukan persamaan (2) model khusus yang akan dianggarkan dalam kajian ini ialah:

L = In (Pi / ( 1-Pi ) = β0 + β1 X1 + β2 X2 + β3 X3 + β4 X4 + β5 X5 + β6 X6 + β7 X7 (2)

L Adalah log bagi nisbah ‘odds’ suka membeli produk halal X 1 Adalah Pendapatan

X 2 Adalah dami Jantina X 3 Adalah dami Sikap X 4 Adalah dami Norma X 5 Adalah dami Kawalan X 6 Adalah dami Agama X 7 Adalah dami Logo

Pembolehubah bersandar adalah bernilai 1 jika responden menyatakan memilih produk halal dan memberi nilai 0 jika respon tidak memilih produk halal. Kesemua pembolehubah dalam persamaan (2) diuji untuk menentukan manakah pembolehubah yang signifikan mempengaruhi gelagat remaja terhadap penggunaan produk halal.

HASIL KAJIAN

Jadual 1 menunjukkan Demografi Responden yang diperolehi semasa menjalankan pengutipan data di lapangan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa (58.3%) adalah remaja perempuan berbanding (41.7%) responden remaja lelaki. Jadual menunjukkan 10.2% remaja tinggal di luar bandar manakala 89.8%

remaja tinggal di bandar. Menurut Jadual 4 lagi, sebanyak 9.4% ibu bapa atau penjaga remaja yang mempunyai pendapatan di bawah RM1000. Sebanyak 11.8% remaja yang ibu bapa atau penjaga yang mempunyai pendapatan RM1001 sehingga RM1500. Sebanyak 10.2% remaja yang ibu bapa atau penjaga mereka yang memperolehi pendapatan sekitar RM1501 sehingga RM2000. Sebanyak 11.8%

remaja pula yang mempunyai ibu bapa atau penjaga berpendapatan RM2001 sehingga RM2500 manakala 13.4% remaja yang ibu bapa atau penjaga yang memperolehi pendapatan dari RM2501 sehingga RM3000. Bagi ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan RM3001 sehingga RM3500 pula adalah sebanyak 14.2%. Bagi pendapatan ibu bapa atau penjaga dari RM3501-RM4000 pula ialah sebanyak 8.7% manakala dari RM4001 sehingga RM4500 adalah sebanyak 3.9%. Bagi ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan dari RM4501 sehingga RM5000 adalah sebanyak 2.4%. Akhir sekali, bagi ibu bapa atau penjaga yang memperolehi pendapatan RM5001 ke atas adalah sebanyak 14.2%.

JADUAL 1. Demografi responden

Item Bilangan Peratusan (%)

Jantina:

Lelaki 53 41.7

Perempuan 74 58.3

Kawasan tempat tinggal:

(14)

Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 2 317

Bandar 114 89.8

Luar Bandar 13 10.2

Pendapatan ibu bapa/penjaga:

<1000 12 9.4

1001-1500 15 11.8

1501-2000 13 10.2

2001-2500 15 11.8

2501-3000 17 13.4

3001-3500 18 14.2

3501-4000 11 8.7

4001-4500 5 3.9

4501-5000 3 2.4

>5000 18 4.2

Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2018

Lima (5) faktor yang dikaji iaitu Faktor Sikap, Faktor Norma, Faktor Kawalan, Faktor Agama dan Faktor Logo. Min setiap faktor dinilai untuk dijadikan rujukan tahap persetujuan responden iaitu bagi min 3.81 dan keatas adalah tahap persetujuan yang tinggi, nilai min 2.41 hingga 3.80 adalah tahap persetujuan yang sederhana, dan nilai min 2.4 dan kebawah dinilai sebagai tahap persetujuan yang rendah. Hasil kajian ini telah mendapati tahap persetujuan yang tinggi berlaku kepada faktor Norma Subjektif (4.39%). Faktor Agama turut menyumbang tahap persetujuan yang tinggi iaitu 4.24%. Manakala faktor yang dinilai berada pada tahap persetujuan yang sederhana adalah faktor Sikap iaitu 3.68% sama dengan faktor Logo (3.68%). Faktor Kawalan turut menyumbang pada tahap persetujuan yang sederhana iaitu 3.92%.

JADUAL 2. Faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat remaja terhadap penggunaan produk halal

Bil. Item Nilai Min Tahap1

Sikap terhadap produk halal Sederhana

1 Produk halal sangat penting bagi saya 4.78

2 Saya amat besetuju dengan pembelian produk halal 4.81

3 Produk dengan label halal adalah baik 4.72

4 Saya sanggup menghabiskan wang saya untuk menghadiri seminar produk halal

2.94 5 Saya sanggup menghabiskan wang setelah mengetahui status halal

produk

3.30 6 Saya kerap membelanjakan sejumlah wang bagi membeli produk

halal

3.76 7 Saya merasakan kebanyakan produk halal adalah mahal 2.91 8 Saya akan mencari maklumat terlebih dahulu sebelum membeli

sesuatu produk walaupun mengambil masa yang agak lama

3.65 9 Saya lebih mementingkan jenama berbanding status halal 2.24

Purata 3.68

Norma Subjektif terhadap produk halal Tinggi

1 Ahli keluarga saya berpendapat saya sepatutnya membeli produk halal 4.51 2 Kebanyakan orang disekeliling saya membeli produk halal 4.35 3 Mereka yang menghormati saya juga membeli produk halal 4.21

(15)

318 Nurul Azwana Ibrahim, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

4 Orang yang penting bagi saya akan menyokong saya membeli produk halal

4.39

5 Ahli keluarga saya membeli produk halal 4.65

6 Saya akan menolak ajakan rakan untuk membeli jika saya meragui status halal produk tersebut

4.01 7 Saya akan memastikan ahli keluarga saya turut menggunakan produk

halal dalam kehidupan seharian

4.61

Purata 4.39

Kawalan terhadap kelakuan bagi produk halal Sederhana

1 Saya berkemampuan untuk membeli produk halal 4.08

2 Membeli produk halal adalah sepenuhnya di bidang kuasa saya 3.83 3 Saya mempunyai pengetahuan untuk membeli produk halal 3.83 4 Saya mempunyai sumber untuk membeli produk halal 3.83 5 Saya mempunyai keupayaan untuk membeli produk halal 4.01

Purata 3.92

Agama terhadap produk halal Tinggi

1 Saya percaya penggunaan produk halal dapat menguatkan diri untuk melaksanakan ibadat kepada Tuhan

4.17 2 Saya percaya penggunaan produk halal adalah sebagai tanda taat

kepada Tuhan

4.22 3 Saya percaya penggunaan produk halal boleh memelihara hubungan

saya dengan Tuhan

4.23 4 Saya percaya adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk

menggunakan produk halal

4.27 5 Pendidikan agama mampu memberi nilai kesedaran tentang

kepentingan produk halal

4.31

Purata 4.24

Logo terhadap produk halal Sederhana

1 Saya mengenali logo halal JAKIM dengan baik 4.23

2 Logo halal banyak mempengaruhi saya semasa membeli produk 4.10 3 Saya selalu mengikuti perkembangan produk halal terutamanya di

laman web JAKIM

3.46 4 Saya amat berhati-hati dengan produk yang diiklankan sekiranya tiada

logo halal JAKIM

3.91 5 Jika saya merasakan produk tersebut sesuai atau serasi dengan saya,

maka saya akan terus membeli walaupun tiada pengesahan cop halal

2.69

Purata 3.68

Nota: Kesemua pembolehubah melepasi ujian Bartlett’s Test of Sphericity: dan signifikan pada aras keertian 1%

¹ Skala Tahap Persetujuan; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi (Bahril Balli & Wahid Razzaly (2011)

Sumber: Maklumat Soalselidik 2018

Ujian Model: Merujuk kepada Jadual 3 Pengelasan Regresi Logistik, kajian mendapati model Regresi binomial logistik yang digunakan, pembolehubah bersandar ialah responden suka membeli produk halal dan sebaliknya. Ia menunjukkan peratusan betul bagi yang suka ialah 100 peratus betul manakala tidak tidak ialah 8.7 peratus betul. Ini menunjukkan model ini adalah aras kesahan benar yang tinggi melebihi 50 peratus. Merujuk kepada Jadual 4, hasil kajian ini juga mendapati pembolehubah bersandar yang diterangkan oleh pembolehubah bebas sebanyak 2.2 peratus digambarkan oleh Cox dan Snell (R2 =0.220) dan 49 peratus ditunjukkan oleh Negelkerke (R2 = 0.493). Selanjutnya ujian padanan model telah dilakukan menggunakan ujian chi-square Hosmer dan

(16)

Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 2 319

Lemeshow menunjukkan nilai bersamaan 6.346 (df=5) dan didapati tidak signifikan. Ini menunjukkan model ini mempunyai padanan yang baik dan sesuai untuk dianalisis. Nilai koefisien: Hasil regresi terhadap model mendapati terdapat dua pembolehubah yang kekal signifikan pada aras keertian 5 peratus iaitu pembolehubah Kawalan dan Agama. Nilai koefisien untuk pembolehubah kawalan adalah 2.492 namun bernilai negatif. Ini menunjukkan wujud hubungan yang negatif antara pembolehubah kawalan terhadap pembolehubah bersandar. Nilai koefisien negatif bagi faktor Kawalan memberi isyarat bahawa dengan kurangnya keupayaan, kemampuan, pengetahuan atau sumber untuk mendapatkan produk halal, semakin tinggi kebarangkalian remaja memilih produk halal.

Nilai koefisien bagi faktor Agama adalah bernilai 3.468. Nilai koefisien pembolehubah Sikap adalah lebih tinggi berbanding pembolehubah Pendapatan. Namun begitu berdasarkan Jadual 4, pembolehubah pendapatan, jantina, sikap, norma dan logo adalah tidak signifikan.

JADUAL 3. Pengelasan regresi logistik¹

Diramalkan Peratusan betul

Pemerhatian Ya Tidak

Model Ya 116 0 100

Tidak 11 0 8.7

Nota: ¹ nilai batasan = 0.5

Model regresi: Regresi binomial logistik.

Pemboleh ubah bersandar: Suka membeli produk halal.

JADUAL 4. Hasil regresi

Pembolehubah (β) S.Wald S.E Exp (β) Sig.

Konstan -9.008 6.7377 3.471 .000 .009

Jantina -.402 .206 .885 .669 .650

Pendapatan .150 1.022 .148 1.162 .312

Sikap(1) 1.330 1.287 1.172 3.780 .257

Norma(1) .225 .067 .868 1.252 .795

Kawalan(1) -2.492 3.315 1.369 .083 .069

Agama(1) 3.468 7.548 1.262 32.058 .006

Logo(1) .388 .142 1.030 1.475 .706

Hosmer and Lemeshow (χ²) 6.346

Cox and Snell R² 0.220

Negelkerke R² 0.493

Nota: (1) pemboleh ubah dami

(2) Model regresi: Regresi binomial logistik.

(3) Pemboleh ubah bersandar : Suka membeli produk halal

KESIMPULAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat remaja terhadap penggunaan produk halal. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi pemilihan produk halal. Faktor-faktor tersebut adalah faktor agama dan faktor kawalan.

Hasil dapatan menunjukkan agama dan kawalan adalah positif dan signifikan dalam menyumbang kepada tahap kecenderungan remaja untuk menggunakan produk halal. Agama merupakan faktor utama yang mempengaruhi remaja untuk cenderung menggunakan produk halal.

Hal ini kerana, remaja telah diberi didikan agama yang baik sejak dari kecil melalui ibu bapa mereka.

(17)

320 Nurul Azwana Ibrahim, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

Ibu bapa perlulah mendidik anak mengenal makanan serta produk halal sedari kecil lagi. Allah SWT berfirman:

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal dan baik dari apa saja yang terdapat di bumi, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kalian yang nyata.”

(Surah Al-Baqarah (2):168)

Bertepatan dengan kajian oleh Khadijah et al. (2013), yang mengatakan bahawa seseorang yang berpegang kuat terhadap ajaran agama dilihat sentiasa menjalankan tanggungjawab agama dengan baik, melakukan gelagat berlandaskan tuntutan agama serta akan mendahulukan suruhan agama dalam segala hal yang dilakukan.

Kawalan pula merupakan faktor kedua mempengaruhi pemilihan produk halal. Hal ini kerana jika seseorang remaja mempunyai sumber kewangan, pengetahuan atau sumber serta berkeupayaan membeli produk halal, maka ia tidak menghalangnya untuk mendapatkan produk itu.

RUJUKAN

Abdul Kadir Mohd Ayub. 2012. Remaja Melayu Tidak Sensitif Isu Halal? Dewan Masyarakat.

Abdul, W.M.K., Abdullah,S., Asma,A.,Cheng, W. & Mohamad, G.H. 2010. The Mainstream Cosmetics Industry in Malaysia and the Emergence, Growth, and Prospects of Halal Cosmetics.

Ajzen, I. 1991. The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision Processes 50: 179-211.

Ajzen, I. & Fishbein, M. 1980. Understanding Attitudes and Predicting Social Behavior. Prentice- Hall, Englewood Cliffs, New Jersey.

Ajzen, I. & Fishbein, M. 2000. Attitudes and the attitudes–behavior relation: Reasoned and automatic processes. European Review of Social Psychology 11: 1-33.

Anderson, E.W., Fornell, C. & Rust, R.T. 1997. Customer statisfaction, productivity and profitablity:

Differences between goods and services. Marketing Science 16(2): 129-145.

Anon. 2017. Remaja tidak segan beli arak. Sinar Harian, 28 April.

Azreen Jihan, C.M.H. & Rosidah, M. 2014. Factors influencing attitude towards halal cosmetic among young adult urban Muslim women, a focus group analysis. Elsevier Procedia-Social and Behavioral Sciences 130: 129-134.

Bayu, A.R. & Ibnu, W. 2015. Pengaruh pengetahuan produk dan norma religious terhadap sikap consumer dalam niat mengkosumi produk makanan dan minuman Halal. Diponegoro Journal of Management 4(1): 2337-3792.

Dahalan, Z. 2008. Kecenderungan umat Islam terhadap konsep pemakanan halal: Penyelidikan di UiTM Pulau Pinang. ECER Regional Conference, University Publication Centre (UPENA), 57-89.

Esso, N. & Dibb, S. 2004. Religious influences on shopping behavior: An exploratory study. Journal of Marketing Management 20: 683-712.

Faliq Lajim. 2018. JAIS sita makanan ringan diragui status halal. Harian Metro,17 Julai.

Farah, M.S., Norazla, A.W., Norziah, O. & Nurza, M.Y. 2017. Norma dan kecenderungan pelajar IPT Islam mengenai produk makanan halal. 3rd Muzakarah Fiqh & International Conference (3rd MFIFC), 264-274.

Harlida Abdul Wahab & Alias Azhar. 2014. Halalan Tayyiban dalam kerangka perundingan Malaysia.

KANUN 1: 103- 120

Hashanah, I. & Hifza, R.I. 2011. Halal literacy among Malaysian Gen-Y consumers. Jurnal Penyelidikan Islam 24: 205-218.

Hashim, P. & Mat Hashim, D. 2013. A review of cosmetics and personal care products: Halal perspective and detection of ingredients. Pertanika Journals of Science and Technology 21(2):

281-292.

(18)

Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 2 321

Hazlinda Hassan & Jamil Bojei. 2012. The influence of halal intergrity on product adaptation stratergy. 2nd Global Islamic Marketing Conference, January 17-19. Abu Dhabi, United Arab Emirates.

Hoyer, W.D. & Mc Innis, D.J. 2001. Consumer Behavior. 2nd edition. New York: Houghton Mifflin.

Joshua, J.G. & Leandre, R.F. 2015. The attitude-behavior link: A review of the history. In International Encyclopedia of the Social & Behavioral Sciences, 2nd edition, edited by J.

Wright & J. Berry, 183-189.Elsevier.

Kamus Dewan Edisi ke-4. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Karina, I.R. & Citra, K.D. 2017. Pengaruh pengetahuan dan religusitas terhadap niat beli pada kosmetik halal melalui sikap. Jurnal Ecodemica 1(1): 27-35.

Khadijah, A., Fauziah, I., Mohd Suhaimi, M., Wan Shahrazad, W.S., Salina, N. & Norulhuda. 2013.

Tahap pengetahuan agama dalam kalangan banduan parol: Ke arah pembentukan akhlak sejahtera. Journal of Social Science and Humanities 8(2): 1-10.

Lada, S., Tanakinjal, H.G. & Amin, H. 2009. Predicting intention to choose halal products using Theory of Reasoned Action. International Journal of Islamics and Middle Eastern Finance and Management 2(1): 66-76

Lutz, R. 1991. The role of attitude theory in marketing. In Perspectives in Consumer Behaviour, edited by H.A. Kassarjian, 317-339. New Jersey: Prentice Hall

Mohamed Elwathig, S.M. 2013. Fats and oils: Halal. In All That You Need to Know, edited by Yumi Zuhanis, 36-40. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.

Mohd Zulkifli Zainuddin. 2016. Status halal marshmallow diragui-JAKIM. Berita Harian, 19 Jun Mowen, J.C.1995. Consumer Behavior. 4th edition. New Jersey: Prentice Hall.

Nor Nisma, M.N. & Ezanee, M.E.2017. Faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan pelajar Muslim terhadap logo halal produk makanan antarabangsa. Universiti Utara Malaysia, 762-772.

Nordin Ahmad 2007. Persepsi persatuan pengguna di Malaysia terhadap status pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). PhD. Thesis, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Nurul Hanis, N.H. & Mastora, M. 2017. Faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan pelajar untuk membeli produk kosmetik halal di UUM. Universiti Utara Malaysia, 701-771.

Rizqiningsih, S. 2013. Analysis of Muslim consumer behaviour toward hijab trend according to Islamic Consumption Theory (Case Study in Students of Department of Islamic Economics, Faculty of Sharia, IAIN Walisongo Semarang). Undergraduate Thesis, Semarang, IAIN Walisongo.

Salman, F. & Siddiqui, K. 2011. An explanatory study for measuring consumers awareness and preceptions towards halal food in Pakistan. Interdisciplinary Journal of Contemporary Research in Business 3(2): 639-652.

Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2004. Kesan prestasi agihan oleh institusi formal ke atas kepatuhan membayar zakat. Pascasidang Seminar Kebangsaan Fakulti Ekonomi &

Perniagaan 2004. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn Bhd.

Schiffman, L.G., Kanuk, L.L. & Hansen, H. 2012. Consumer Behavior: A European Outlook. 2nd edition. Harlow: Pearson Education Limited.

Siti Mariam Md Zain. 2011. Selesaikah isu halal di Malaysia?. Utusan Malaysia, 10 Julai

Syaifuddin, F. 2017. Halal labeling effect on Muslim consumers attitude and behavior. International Conference of Organizational Innovation (ICOI 2017), July 18-20. Weihai, Shandong China, 56-62.

Vita, B. & Nurwanti, M. 2017. Exploring antecedents and consequences of Indonesian Muslim youths’attitude towards halal cosmetic products: A case study in Jakarta. Asia Pasific Management Review 22 176-184.

Wizarah al-Awqaf wa Shu’un al-Islamiyyah. 1990. Jld.18. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah.

Yasid, Fikri, F. & Yuli, A. 2016. Factors affecting Muslim students awareness of halal products in Yogyakarta, Indonesia. International Review of Management and Marketing 6(S4): 27-31.

Yusrina, Y., Nurhanita, M.H. & Nurul Huda, Y. 2018. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kecenderungan Pelajar Terhadap Pemilihan Produk Halal di Malaysia: Kajian Ke Atas Pelajar Muslim Jabatan Perdagangan Polimas. E-Proceedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition.

(19)

322 Nurul Azwana Ibrahim, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

Zainalabidin, M., Golnaz, R., Mad Nasir, S. & Eddie, C.F.C. 2008. Halal logo and consumers’

confident: What are the important factors?. Economic and Technology Management Review 3:

37-45.

Referensi

Dokumen terkait