• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP Jaga Alam Menerusi Kursus Ko-Kurikulum

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP Jaga Alam Menerusi Kursus Ko-Kurikulum"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA

10 Mac 2019

UniMAP JAGA ALAM MENERUSI KURSUS KO-KURIKULUM

Kangar, 10 Mac – Dalam usaha memberi pendedahan dan penghayatan beberapa aspek kemahiran insaniah termasuk mencintai alam sekitar, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menawarkan kursus ko-kurikulum Manusia dan Kelestarian Alam kepada pelajar universiti itu.

Kursus ini merupakan yang pertama ditawarkan di UniMAP dengan diselaraskan oleh Penyelaras Kampus Lestari, Dr Siti Khadijah Zaaba serta disertai 40 pelajar yang berdaftar kursus berkenaan.

Taklimat kursus itu diberikan oleh Dr Siti Khadijah dan dimulakan oleh Ts Dr Irnis Azura Zakarya dengan menyampaikan kuliah berkaitan kompos, termasuk teknik yang digunakan bagi menghasilkan kompos daripada sisa makanan.

Menurut Dr Siti Khadijah, pelajar bukan sahaja diberi penerangan malah turut dibawa bagi menghasilkan baja kompos menggunakan Sistem Kompos Mudah (SKM) yang dilaksanakan berhampiran Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP).

“Lebih menarik, seramai tujuh pensyarah kanan dari pelbagai pusat-pusat pengajian UniMAP secara sukarela bekerjasama di dalam melaksanakan aktiviti ko-kurikulum itu.

“Pelajar dibahagikan kepada tujuh kumpulan bagi menjalankan projek yang telah dirancang oleh setiap tujuh pensyarah kanan berkenaan ,”

katanya.

Antara pensyarah kanan yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dirancang ialah Dr Umi Fazara Md Ali, Dr Shuhaida Yahud, Dr Norshah Aizat Shuaib, Dr Ragunathan Santiagoo, Dr Sara Tasina Yusof serta Dr Irnis Azura dan Dr Siti Khadijahsendiri.

(2)

Unit Media Page 2 Ujar Dr Siti Khadijah, selain kompos aktiviti yang dijalankan ialah menanam pokok, plogging, kitar semula, hidroponik, akuaponik dan carbon footprint.

“Selain aspek kemahiran insaniah kecintaan alam sekitar, aktiviti-aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan mengenai kepimpinan, kerjasama, disiplin selain penyaluran tindakan yang berstruktur.

“Kursus ini juga memperbanyakkan platform kerjasama antara universiti lain samada di dalam atau luar negara melalui aktiviti kokurikulum,”

katanya.

Dikeluarkan Oleh :

Aininulniza Mohd Yusof ([email protected]) Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Tel : 04-9798522

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 14 Oktober 2016 UniMAP Johan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi PIN Kangar, 14 Oktober: Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH 3 BINTANG DALAM PENILAIAN PENGURUSAN REKOD Kangar, 27 September 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Raih Tempat Ketiga Pesta Pantun Terbuka Perlis KANGAR, 30 September 2016 - Wakil Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya meraih

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SERAH SUMBANGAN 3,449 PERABOT KEPADA 23 SEKOLAH Kangar, 14 Disember 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP telah menyumbangkan

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP 2017 LOGO REBRANDING Kangar, March 17 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP had launched an addition to the UniMAP logo, now bearing the

Bahagian Media, UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SASAR KEKALKAN KEJUARAAN SUKUM 2017 Kangar, 19 Julai – Universiti Malaysia Perlis UniMAP menyasarkan juara keseluruhan Kejohanan

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA PENSYARAH UniMAP TERPILIH PROGRAM CSR SAINS PENGKOMPUTERAN Kangar, 10 Januari – Tiga pensyarah Universiti Malaysia Perlis berjaya terpilih sebagai

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP DAN YTSP TAJA PELAJAR KE TAIWAN Kangar, 18 November – Universiti Malaysia Perlis UniMAP bersama Yayasan Tuanku Syed Putra YTSP akan