• Tidak ada hasil yang ditemukan

Yuran Penyertaan: RM120 No. Telefon/EXT - eHebahan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Yuran Penyertaan: RM120 No. Telefon/EXT - eHebahan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

TARIKH : 17 NOVEMBER 2018 (SABTU) MASA : 8.00 PAGI – 6.00 PTG

TEMPAT : RUANG GALERI BLOK PENDIDIKAN PPUKM

JAWATANKUASA PENGANJUR

ANJURAN KELAB PING PONG & KELAB SUKAN KAKITANGAN (KSK) PPUKM

Borang Penyertaan

Jabatan :……… Yuran Penyertaan: RM120 No. Telefon/EXT :……….... Tarikh Tutup: 30 Oktober 2018

Bil Nama Pemain No. Pekerja

1.

2.

3.

4.

5.

T.tangan wakil permain :……… Tarikh : ………..

Pengesahan AJK Pertandingan

Nama AJK : ………. T.tangan AJK : ………

*Syarat-syarat Penyertaan boleh didapati di bahagian belakang :

(2)

( Syarat – Syarat Penyertaan )

KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN ANTARA JABATAN TERTUTUP PPUKM 2018 ANJURAN KELAB PING PONG & KELAB SUKAN KAKITANGAN (KSK) PPUKM Peraturan Umum:

1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang yang berkuatkuasa dan telah diterima oleh Persatuan Ping Pong Malaysia.

2. Peraturan Tambahan:

Selain dari peraturan umum di atas, jawatankuasa penganjur adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran Aktiviti Sukan KSK PPUKM.

3. Pendaftaran Pemain :

Setiap Pasukan mestilah boleh / terdiri daripada :-

i) Kakitangan berkerja di PPUKM , kampus Perubatan Cheras, Pra-Klinikal dan UMBI.

ii) 4 - 5 orang pemain (maksima) bagi satu pasukan dan tiada had maksima untuk Jabatan menghantar penyertaan melebihi satu pasukan.

iii) Mengikut kesemua syarat yang ditetapkan dalam pekara 4.

iv) Pensyarah , “housement” Pra-klinikal & UMBI.

4. Syarat Penyertaan :

i) Pemain yang tidak pernah mewakili NEGERI / UNIVERSITI / GUGUSAN dibenarkan bermain bagi Dua acara Perseorangan dan Beregu.

ii) Pemain yang mewakili NEGERI / UNIVERSITI/ GUGUSAN adalah tidak dibenarkan berpasangan sesama sendiri di dalam satu pasukan.

iii) Senarai nama pemain yang pernah mewakili NEGERI / UNIVERSITI:

a. Rahman Bullah, b. Hamsani Ab. Halim, c. Azri Harun, d. Shahrizal Khaled, e. Salehhuddin Kusaini, f. Hashim,

g. Hafiz Abu Bakar.

iv) Dalam satu pasukan hanya dibenarkan SEORANG PEMAIN GUGUSAN atau SEORANG PEMAIN UNIVERSITI SAHAJA.

v) Pemain yang pernah mewakili GUGUSAN hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam acara Perseorangan atau Beregu. Manakala pemain yang pernah mewakili UNIVERSITI / NEGERI hanya dibenarkan bermain didalam acara Beregu sahaja.

vi) Pemain perempuan dikecualikan daripada syarat di atas jika berpasangan sesama perempuan tetapi Tidak dibenarkan berpasangan dengan Pemain Lelaki yang pernah mewakili NEGERI / UNIVERSITI / GUGUSAN.

vii) Pemain yang pernah mewakili UNIVERSITI disenaraikan sebagai pemain GUGUSAN adalah Steward Lindong serta Khairol Buang.

viii) Pemain veteran berumur 45 tahun ke atas Tidak dikira sebagai pemain UNIVERSITI dan disenaraikan sebagai pemain GUGUSAN adalah Dr. Kamal serta Shahrulhizad Ahmad.

ix) Pengurus pasukan dibenarkan bermain dan nama pengurus hendaklah didaftar dalam senarai nama pemain.

5. Cara Pertandingan :

i) Format perlawanan adalah Perseorangan , Beregu , Perseorangan . ii) Pusingan awal kategori ini, akan dijalankan secara liga di peringkat kumpulan

iii) Hanya Juara, Naib Juara dan ketiga bagi setiap kumpulan akan layak kepusingan seterusnya, iaitu pusingan Kalah Mati.

iv) Perlawanan akan dijalankan dengan Format ’Best of 5’ dengan kiraan 11 mata untuk setiap set.

6. Pemberian Mata Dan Penentuan Kemenangan :

v) Pemberian mata dan penentuan kemenangan adalah berdasarkan format berikut:- i. Menang : 3mata

ii. Kalah : 0 mata

vi) Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat kumpulan telah selesai dan jika didapati dua (2) pasukan atau lebih memperolehi jumlah mata yang sama, maka tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambil kira bagi menentukan susunan pemenang dalam kumpulan tersebut, iaitu:-

vii) Sekiranya hanya ada dua (2) pasukan yang memperolehi mata yang sama, maka pemenang perlawanan di antara dua (2) pasukan tersebut akan dikira sebagai Juara Kumpulan.

viii) Sekiranya ada tiga (3) atau lebih pemain/pasukan yang memperolehi mata yang sama, maka kaedah berikut akan digunakan mengikut turutan:-

i. Bilangan Perlawanan : Nisbah menang / kalah ii. Bilangan Permainan/Set : Nisbah menang / kalah iii. Bilangan mata permainan : Nisbah menang / kalah

ix) Sekiranya dalam apa jua keadaan, kaedah diatas gagal untuk menentukan pemenang, pihak penganjur berhak menggunakan sebarang kaedah yang difikirkan perlu dan munasabah untuk menentukan pemenang.

x) Sebarang keputusan penganjur diatas adalah muktamad.

7. Penarikan Diri (Walkover) :

i. Penarikan diri adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya berlaku, pengurus atau ketua pasukan perlu bertanggungjawab sepenuhnya termasuk digugurkan penyertaan.

ii. Semua pasukan diwajibkan melaporkan diri 20minit lebih awal sebelum masa yang ditetapkan dalam jadual rasmi Kejohanan.

iii. Tangguhan masa 15 minit darimasa yang ditetapkan akan diberikan jika berlakukelewatan, selepas masa tangguhan ,maka pihak penganjur berkuasa member kemenangan PERCUMA (3-0) kepada pasukan yang hadir mengikut jadual.

8. Masa Pertandingan :

i) Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh1 hari.

ii) Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola

iii) Kemenangan percuma (walk Over) .Sekiranya sesebuah pasukan itu memberikan kemenangan percuma(walk Over) kepada pasukan lain-lain. Pasukan itu dikira telah memberikan kemenangan percuma kepada lain-lain pasukan di dalam

kumpulannya. Selain daripada itu semua keputusan perlawanan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan.

9. Pakaian : Pakaian pemain hendaklah Track Bottom yang berwarna selain daripada putih.

10. Peralatan Pertandingan : Pihak jawatankuasa pengelola akan menyediakan bola jenis ‘NITTAKU 40+ PREMIUM’ berwarna putih

Referensi

Dokumen terkait