Kemahiran Proses Sains

Top PDF Kemahiran Proses Sains:

Modul Kemahiran Proses Sains Thn 4

Modul Kemahiran Proses Sains Thn 4

Penguasaan murid dalam kemahiran proses sains boleh diterapkan melalui pelbagai pendekatan mengikut kesesuaian dan dirancang dengan teliti oleh guru. Salah satu pendekatan yang baik dalam menerapkan kemahiran proses sains ini adalah pendekatan berorientasikan proses yang mana murid itu sendiri mendapatkan pengetahuan sains melalui proses yang mereka lalui. Murid seharusnya sedar apa yang mereka lakukan (metakognisi) supaya mereka berupaya menggunakan kemahiran ini dalam situasi yang lain juga.

224 Baca lebih lajut

APLIKASI KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM PE

APLIKASI KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM PE

Instrumen bagi mengukur aplikasi kemahiran proses sains dalam PBM terhadap pencapaian pelajar dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran PBM dan ujian pra-pasca yang di bina oleh pengkaji dalam kajian ini. Modul dan setiap soalan digubal berasaskan taksonomi Bloom dan kesahan aras soalan ini di sahkan oleh pensyarah pakar dalam bidang pedagogi. Kesahan ini penting bagi merujuk kepada keupayaan suatu pengukuran yang dilakukan untuk mengukur nilai sebenar dalam konsep nutrisi. Berdasarkan jangka masa kajian dan objektif pengajaran dan pembelajaran PBM tersebut penyelidik telah menggubal empat senario masalah berkaitan Nutrisi dan dimuatkan dalam modul pelajar. Modul ini untuk melihat sejauh mana tahap pencapaian pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan pengetahuan dan kemahiran proses sains sedia ada pelajar. Senario masalah yang dibina berkait dengan dunia sebenar pelajar agar konsep dan objektif pembelajaran dapat di capai.
Baca lebih lanjut

9 Baca lebih lajut

Modul KPS Thn 3

Modul KPS Thn 3

Kurikulum Sains KSSR memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik iaitu kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains. Penerapan ketiga-tiga komponen ini tidak dijalankan secara berasingan tetapi ianya haruslah dijalankan secara beriringan. Sebagai usaha dalam membantu guru memahami dan menerapkan kemahiran proses sains semasa pengajaran dan pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah menghasilkan modul ini dalam mendedahkan guru strategi yang boleh digunakan.

146 Baca lebih lajut

TAHAP PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN KEMAHIR

TAHAP PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN KEMAHIR

Apabila pengetahuan sains diajar melalui kemahiran proses sains, murid-murid diberi peluang untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Jawapan yang dikemukakan oleh murid boleh menunjukkan pengetahuan sedia ada mereka dan seterusnya juga mencerminkan miskonsepsi yang dibawa oleh mereka yang disebabkan oleh pengalaman mereka yang lampau. Miskonsepsi mereka mungkin terdiri daripada sama ada kerangka alternatif fenomena ataupun perbendaharaan kata. Contoh kerangka alternatif fenomena ialah murid-murid menyatakan bahawa hanya objek yang berat akan tenggelam manakala hanya objek yang ringan akan timbul serta bumi ini adalah rata. Contoh kerangka alternatif perbendaharaan kata ialah murid- murid menyatakan nyamuk dan lalat bukanlah haiwan dan hanya binatang yang berkaki empat ialah haiwan. Justeru, sebaik-baiknya pelajar sentiasa dapat mempelajari sains secara bermakna melalui kemahiran proses sains secara penerokaan berdasarkan pendekatan konstruktivisme (Maloney, 2007, Greeno, et al., 1998).
Baca lebih lanjut

38 Baca lebih lajut

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES

Abd Ghafar (2003), menyatakan kaedah main peranan adalah berbentuk lakonan dan dilakukan secara spontan. Ianya bertujuan untuk menggambarkan sesuatu peristiwa yang sebenar. Lakonan atau drama ringkas ini adalah melibatkan lebih daripada dua pelajar. Dalam kajian ini, pelajar memberikan kadar persetujuan yang rendah terhadap kaedah lakonan. Hal ini mungkin disebabkan pelajar kurang gemar membuat aktiviti secara spontan. Pelajar lebih menggemari pendekatan yang lebih terancang seperti perbincangan, membuat pembentangan, dan mencari bahan pembelajaran selain daripada yang diberikan oleh pensyarah. Kaedah-kaedah ini dianggap baik untuk diaplikasikan bagi menguasai kemahiran generik.
Baca lebih lanjut

11 Baca lebih lajut

INTEGRASI PEMBELA JARAN KEMAHIRAN PROSES

INTEGRASI PEMBELA JARAN KEMAHIRAN PROSES

Kemahiran ‘memerhati’, ‘meramal’ dan ‘mengenal pasti dan mengawal pembolehubah’ dapat disenaraikan oleh 3 kumpulan pelajar. Kumpulan 1 mengaitkan pemerhatian dengan pengukuran masa yang diambil oleh payung terjun mendarat mengikut saiz (Rajah 1) manakala kumpulan 2 pula melakukan pemerhatian secara kualitatif terhadap pergerakan payung terjun apabila dilepaskan dari tingkat tiga (Rajah 2). Kumpulan 3 menggunakan kemahiran ‘pemerhatian’ untuk membandingkan reka bentuk payung terjun yang ‘ mendarat paling awal dan paling lambat’ (Rajah 3) . Dalam kemahiran ‘meramal’, kumpulan 1 menggunakan jadual untuk merumuskan ramalan bahawa payung terjun yang besar akan lambat mendarat berbanding payung terjun bersaiz kecil (Rajah 1). Dua kumpulan lain menggunakan kemahiran ‘meramal’ untuk menjangka masa yang diperlukan untuk payung terjun yang berbeza untuk mendarat. (Rajah 2 dan Rajah 3). Kumpulan 1 yang menyatakan jadual sebagai kemahiran ‘ berkomunikasi ’ didapati telah mengaplikasikan kefahaman mereka untuk menjelaskan bagaimana mereka membuat ramalan dalam aktiviti ini. Ketiga-tiga kumpulan juga telah dapat mengaitkan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas dalam kemahiran ‘meramal’. Kumpulan 1, 2 dan 4 yang menyenaraikan kemahiran ‘mengenal pasti dan mengawal pembolehubah’ dapat mem beri huraian yang tepat dan jelas (Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 5).
Baca lebih lanjut

14 Baca lebih lajut

DSKP Sains KSSR Tahun 1

DSKP Sains KSSR Tahun 1

Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses untuk membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.
Baca lebih lanjut

64 Baca lebih lajut

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SAI

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SAI

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains yang kurang menarik tidak memotivasikan murid untuk belajar dan seterusnya mempegaruhi pencapaian murid. Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajarannya, guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang mempunyai cara belajar dan kecerdasan yang berbeza.
Baca lebih lanjut

55 Baca lebih lajut

ETOS DAN BUDAYA SEKOLAH MEMBERI KESAN KE

ETOS DAN BUDAYA SEKOLAH MEMBERI KESAN KE

Fokus utama kemenjadian pelajar dalam kajian ini ialah pelajar memperoleh ilmu pengetahuan, membangunkan penguasaan kemahiran dan memperlihatkan kemahiran untuk pembangunan diri pada masa depan.Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) mempunyai etos, budaya, watak, identiti tersendiridan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.Sekolah ini sentiasa berjaya melahirkan modal insan yang holistik serta mampu bersaing di persada antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti bagaimana etos dan budaya sekolah memberi kesan kepada kemenjadian pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan 4 pelbagai latar belakang demografi. Kajian ini mengkaji tentang etos dan budaya sekolah;proses pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran abad ke-21; Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-Think yang memberi kesan kepada kemenjadian pelajar. Kerangka konseptual kajian merupakan gabungan daripada dua teori antaranya teori atau model sistem ekologi (Bronfenbrenner 1977) dan teori modal sosial (Robert D Putnam 2000) yang berkaitan dengan etos dan budaya sekolah. Peranan yang dimainkan oleh individu- individu yang signifikan seperti pentadbir sekolah, guru dan rakan sebaya. Semua faktor ini memberikan pengaruh yang kuat dalam kemenjadian pelajar. Impaknya dapat dilihat dari aspek kecemerlangan akademik; kokurikulum dan sukan; sahsiah yang mulia; pelajar yang berkeyakinan; kemampuan saing di peringkat global dan sikap sayangkan sekolah dalam kalangan pelajar. Kertas konsep ini akan membincangkan bagaimana etos dan budaya sekolah memberi kesan kepada kemenjadian pelajar.
Baca lebih lanjut

20 Baca lebih lajut

Penggunaan Kaedah Nyanyian Lagu Beraksi

Penggunaan Kaedah Nyanyian Lagu Beraksi

Melalui kaedah nyanyian lagu beraksi, guru dapat mengembangkan kemahiran berkomunikasi murid. Kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam kemahiran proses sains iaitu dengan cara kebolehan murid untuk memindahkan sesuatu maklumat ke dalam bentuk maklumat yang lain secara lisan atau penulisan yang perlu dididik dan diperkembangkan dalam kalangan murid. Hal ini kerana kemahiran proses sains mengutamakan kaedah inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Oleh yang demikian perhubungan dan perkaitan di antara matlamat guru untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid terhadap mata pelajaran Sains dengan menerapkan kaedah nyanyian lagu beraksi sudah pasti dapat dicapai dengan mudah dan efektif seterusnya menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada mereka.
Baca lebih lanjut

10 Baca lebih lajut

Kemahiran Asas Konseling Dalam Kalangan Guru Konseling Sekolah Menengah

Kemahiran Asas Konseling Dalam Kalangan Guru Konseling Sekolah Menengah

Kemahiran mikro kaunseling terbukti berkesan dalam membantu permasalahan klien (A. J. V. d. M. Kuntze, H.T. and Born, M.P, 2009b). Mikro kaunseling berguna sebagai strategi membantu permasalahan klien (Baytekin, 2004; Cameron, 1990; Carr, 1983; DeVoe, 1978; Klock, 1978; Poitras-Martin, 1977; Savin, 1976; H. T. Van der Molen, 1984, 1985, 1990; H. T. Van der Molen, Gramsbergen-Hoogland, Y., Wolters, F., & Meyer, M. de, 1987). Kaunselor juga dapat menunjukkan kemahiran mereka dalam merancang perhidmatan kaunseling, menentukan halatuju, memilih proses kaunseling secara profesional (Higgeins, 2003). Kaunselor yang menguasai kemahiran asas kaunseling dapat membantu klien yang ingin mengembangkan diri mereka dalam membuat perubahan hidup (Hackney, 2009; Hutchins, 1997). Kemahiran asas kaunseling juga dapat membantu meningkatkan kualiti hubungan kaunselor dengan orang lain terutama fokus pada mendengarkan, pemahaman, penerimaan dan empati (Nasser, 2012).
Baca lebih lanjut

17 Baca lebih lajut

0 KESAN KAEDAH INKUIRI KOPERATIF BERBANT

0 KESAN KAEDAH INKUIRI KOPERATIF BERBANT

pemikiran saintifik yang diperlukan dalam pelajaran sains (Novak & Musonda, 1991; Roth & Roychoudhury, 1993). Pada masa yang sama, ramai sarjana menyatakan ketidakyakinan mereka terhadap kaedah berpusatkan guru dan kaedah ekspositori sebagai kaedah yang boleh menyokong pemikiran yang kompleks dan beraras tinggi di kalangan pelajar sedangkan kejayaan menguasai subjek sains didokong oleh tahap pemikiran kritis, kreatif dan bersifat saintifik (Harlen & Elstgeest, 1992; Kember & Murphy, 1990; Lawson, 1995; Papert, 1993a; 1993b). Pendekatan pedagogi berasaskan kaedah berpusatkan guru didapati berkesan kepada pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi untuk belajar sebaliknya kaedah ini tidak berkesan untuk membantu semua pelajar khususnya yang berpencapaian rendah kerana pelajar mempunyai kepelbagaian kecenderungan kepada jenis dan kadar pembelajaran serta memiliki cara belajar yang tidak sama (Ayersman, 1993; Gardner, 1993; Johnson & Johnson, 1999; Perrin, 1995; Sim & Sim, 1995). Oleh yang demikian, pendekatan yang mengambilkira perbezaan cara belajar individu adalah mustahak dipertimbangkan oleh para guru semasa merekabentuk instruksi.
Baca lebih lanjut

40 Baca lebih lajut

SAINS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (3)

SAINS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (3)

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Oleh itu pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran bertujuan sebagai kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan nilai disamping menilai aktiviti yang dijalankan semasa PdP. Pentaksiran juga menyokong pembelajaran murid dan memberi maklum balas berguna kepada stake holder seperti pentadbir, guru, murid dan ibu bapa/penjaga tentang perkembangan dan pencapaian murid. Maklum balas ini boleh digunakan untuk meningkat mutu PdP.
Baca lebih lanjut

82 Baca lebih lajut

SAINS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (1)

SAINS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (1)

Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang se- benar. Simulasi boleh dilaksanakan melalui main peranan, permainan atau penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai syarat yang perlu dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid akan dapat membayangkan situasi sebenar dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.
Baca lebih lanjut

86 Baca lebih lajut

DSKP KSSR SAINS TAHUN 6

DSKP KSSR SAINS TAHUN 6

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang,berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Baca lebih lanjut

82 Baca lebih lajut

SAINS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (5)

SAINS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (5)

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Oleh itu pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran bertujuan sebagai kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan nilai disamping menilai aktiviti yang dijalankan semasa PdP. Pentaksiran juga menyokong pembelajaran murid dan memberi maklum balas berguna kepada stake holder seperti pentadbir, guru, murid dan ibu bapa/penjaga tentang perkembangan dan pencapaian murid. Maklum balas ini boleh digunakan untuk meningkat mutu PdP.
Baca lebih lanjut

82 Baca lebih lajut

8 DSKP  KSSR SEMAKAN 2017 SAINS TAHUN 2

8 DSKP KSSR SEMAKAN 2017 SAINS TAHUN 2

KSSR Sains memberi penekanan kepada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Pelaksanaan bagi kurikulum Sains adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkuatkuasa sekarang. Waktu minimum yang diperuntukkan bagi sains tahap I adalah 48 jam setahun. Kurikulum ini mempunyai tiga lajur utama iaitu Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi). Maksud SK, SP dan SPi adalah seperti dalam Jadual 12.

80 Baca lebih lajut

Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR T (1)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR T (1)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen- elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

10 Baca lebih lajut

SAINS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (7)

SAINS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (7)

Melalui aktiviti seperti eksperimen murid akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri-penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri- penemuan ini. Namun perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri- penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri-penemuan terbimbing.
Baca lebih lanjut

69 Baca lebih lajut

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang,berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Baca lebih lanjut

69 Baca lebih lajut

Show all 10000 documents...