Penghargaan Kendiri

Top PDF Penghargaan Kendiri:

Hubungan Antara Tekanan Hidup, Sumber Sosial, Kemahiran Daya Tindak Dan Kesejahteraan Spiritual Dengan Penghargaan Kendiri Remaja Ponteng

Hubungan Antara Tekanan Hidup, Sumber Sosial, Kemahiran Daya Tindak Dan Kesejahteraan Spiritual Dengan Penghargaan Kendiri Remaja Ponteng

Kenyataan oleh Aminudin (2011) agak berani mengkritik Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah yang tidak berfokus kepada pembangunan sahsiah dan karektor murid. Aminudin (2011); Azizi et al., (2006); Azizi et al., (2007): dan Johari dan Nik Selma (2010), dalam kajian mereka mendapati terdapat pelbagai punca yang menyebabkan remaja melakukan ponteng. Di antara punca- punca yang dikenal pasti seperti kemahiran sosial, model peranan dan penglibatan ibu bapa, pengaruh media, kurang penghargaan kendiri, pengaruh rakan sebaya, perpecahan keluarga, pengurusan bilik darjah, pengaruh perbandaran atau urbanisasi yang semakin cepat, pengaruh materialism, dan kebebasan bertindak individu (hak asasi).
Baca lebih lanjut

41 Baca lebih lajut

Hubungan penghargaan kendiri, resilien, sikap asertif dan kempimpinan dalam kalangan “Mat Rempit” di Lembah Klang

Hubungan penghargaan kendiri, resilien, sikap asertif dan kempimpinan dalam kalangan “Mat Rempit” di Lembah Klang

Selain itu, remaja yang terlibat dengan tingkah laku berisiko dikatakan mudah dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan mempunyai tahap asertif yang rendah. Tingkah laku asertif adalah ciri-ciri personaliti yang amat diperlukan untuk membantu diri untuk mengharungi cabaran hidup yang kompleks (Demirbilek & Otrar, 2015). Cabaran-cabaran ini menjadikan seseorang itu lebih terdedah kepada pelbagai dugaan dan rintangan hidup. Untuk menjadi seseorang remaja yang mempunyai jati diri yang kukuh, maka, tahap asertif hendaklah tinggi. Seseorang remaja yang mempunyai sikap dan tingkah laku asertif akan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dan diterima oleh semua lapisan masyarakat. Selain itu, penghargaan kendiri berkait rapat dengan tingkah laku asertif (Popoola et al., 2018). Perlakuan asertif seseorang remaja bermula dari kesedaran terhadap kelemahan tingkah laku diri sendiri sebelum dapat mengubahnya supaya tidak menyusahkan orang lain atau keluarga sendiri. Sikap dan tingkah laku asertif ini boleh membantu remaja yang terlibat dengan tingkah laku berisiko untuk menjadi lebih fokus dan jelas dengan apa yang mereka mahukan dalam kehidupan tanpa melukakan hati orang lain atau
Baca lebih lanjut

12 Baca lebih lajut

Hubungan sokongan sosial dan penghargaan kendiri dengan kemurungan dalam kalangan pelatih sekolah tunas bakti

Hubungan sokongan sosial dan penghargaan kendiri dengan kemurungan dalam kalangan pelatih sekolah tunas bakti

digunakan ialah kajian ex-post facto (jenis korelasi). Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Beck Depression Inventory II (BDI II) untuk mengukur kemurungan, Social Support Behavior (SSB) untuk mengukur sokongan sosial keluarga dan rakan-rakan dan Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES) untuk mengukur penghargaan kendiri. Pekali kebolehpercayaan untuk BDI II ialah . 79, SSB ialah .96 dan RSES ialah .85. Sementara itu pekali kesahan BDI II ialah .93, SSB ialah .9 7 dan RSES ialah .90. Sejumlah 155 orang pelatih Sekolah Tunas Bakti telah dipilih secara persampelan rawak mudah. Data-data telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik infrensi. Aras kesignifikanan telah ditetapkan pada .05.
Baca lebih lanjut

16 Baca lebih lajut

Kajian penghargaan kendiri dan kepuasan hidup pelajar

Kajian penghargaan kendiri dan kepuasan hidup pelajar

dalam skop pelajar sekolah menengah. Keadaan ini amat relevan supaya suatu kajian dilaksanakan dalam kalangan remaja yang masih berada di peringkat sekolah menengah. Ini kerana remaja merupakan golongan yang perlu diberi perhatian serius kerana golongan ini lah yang akan mencorakkan masa depan negara (Shamsudin, 1994). Walau bagaimana pun, golongan remaja juga terdedah kepada sikap ingat mencuba sesuatu yang baharu, gagal menjaga pergaulan serta cenderung untuk terlibat dengan tingkah laku negatif. Oleh yang demikian, Shamsudin (1994) menjelaskan bahawa perubahan fizikal, kognitif dan emosi manusia adalah paling ketara di peringkat remaja kerana peringkat ini adalah fasa transisi penting di dalam kehidupan manusia. Oleh itu, kajian bagi mengenal pasti hubung kait di antara apek penghargaan kendiri dan aspek kepuasan hidup remaja adalah signifikan bagi menjelaskan faktor penyumbang kepada pembentukan remaja yang baik dari segi psikologinya terutama dalam aspek kepuasan hidup. Justeru, aspek pembentukan kualiti diri yang positif remaja harus diteroka supaya usaha-usaha murni dapat dilakukan bagi menyumbang kepada kesejahteraan diri remaja dan mengelakkan suasana hidup yang pincang dalam kalangan remaja yang merupakan aset penting bagi sesebuah negara (Ann, 1994). Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan meneliti dengan lebih mendalam tentang hubungan di antara penghargaan kendiri dengan kepuasan hidup dalam kalangan remaja di sekolah.
Baca lebih lanjut

10 Baca lebih lajut

Hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku delinkuen remaja

Hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku delinkuen remaja

Oleh yang demikian, kajian-kajian di atas melihat hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan pencapaian akademik dan penghargaan kendiri dengan agresif remaja. Manakala dalam kajian ini, secara umumnya penyelidik akan mengkaji dua faktor yang dirasakan menjadi penyebab utama kepada berlakunya tingkah laku delinkuen di kalangan remaja. Faktor-faktor yang dikaji termasuklah faktor gaya asuhan ibu bapa iaitu autoritarian, autoritatif serta permisf dan faktor penghargaan kendiri yang mempengaruhi delinkuen remaja. Penyelidik juga akan mengenal pasti punca-punca responden remaja yang kian meningkat di negara kita, khususnya di tiga buah sekolah integriti iaitu Sekolah Integriti Kajang, Selangor, Sekolah Integriti Kluang, Johor dan Sekolah Integriti Muar, Johor. Kebanyakan kajian yang telah dijalankan ke atas remaja adalah remaja di sekolah menengah, kolej ataupun di universiti. Manakala keunikan kajian ini adalah responden yang dipilih dalam kajian ini adalah responden yang sedang menjalani hukuman mengikut undang-undang negara kita. Dengan pemilihan responden-responden tersebut maka kita akan dapat menjawab persoaln kajian penyelidik.
Baca lebih lanjut

44 Baca lebih lajut

Kesan Modul Terapi Realiti (MTR) Terhadap Penghargaan Kendiri Dan Kemurungan Mangsa Buli

Kesan Modul Terapi Realiti (MTR) Terhadap Penghargaan Kendiri Dan Kemurungan Mangsa Buli

Dan (2001), menjelaskan tingkah laku buli meninggalkan kesan negatif terhadap mangsa buli dan pembuli itu sendiri mengalami masalah psikologi. Mangsa buli cenderung untuk ponteng sekolah, mempunyai harga diri yang rendah, kerisauan yang tinggi, mengalami kemurungan dan ada yang sanggup membunuh diri (Noran Fauziah Yaccub 2004). Hal ini menunjukkan kesan yang dialami ekoran masalah buli menggugat kelestarian dan kelangsungan pendidikan yang sempurna dalam kalangan murid-murid di sekolah. Cooley, et al. (2009), mengenal pasti tingkah laku buli adalah salah satu tingkah laku yang serius dan amat membimbangkan semua pihak. Kajian oleh Rigby (2002), menjelaskan bahawa tingkah laku buli dalam kalangan murid sekolah mempunyai perkaitan antara kesihatan mental dan fizikal. Tambah beliau lagi individu yang menjadi mangsa buli mengalami kemurungan yang tinggi dan tahap penghargaan kendiri yang rendah.
Baca lebih lanjut

42 Baca lebih lajut

Faktor-faktor sokongan sosial yang mempengaruhi penghargaan kendiri remaja Sekolah Menengah Daerah Melaka Tengah

Faktor-faktor sokongan sosial yang mempengaruhi penghargaan kendiri remaja Sekolah Menengah Daerah Melaka Tengah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penghargaan kendiri remaja sekolah menengah di daerah Melaka Tengah dan hubungannya dengan sokongan sosial. Remaja sekolah pada tingkatan 2 (13- 14 tahun) dipilih secara rawak dari 3 buah sekolah kerajaan di daerah Melaka Tengah. Alat kajian ini mengguna borang soal selidik “The Piers-Harris Children Self Concept Scale” dan “Social Support Questionnaire”. Seramai 242 orang responden terlibat dalam kajian ini iaitu 111 (45.9%) lelaki dan 131 (54.1%) perempuan. Terdapat hubungan yang signifikan di antara sokongan ibu bapa terhadap penghargaan kendiri remaja sekolah dengan ujian multivariate linear regresi (p < 0.05). Manakala sokongan guru, rakan dan rakan sebaya tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tahap penghargaan kendiri remaja. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan penghargaan kendiri remaja mengikut sosiodemografik seperti jantina, bangsa, status pekerjaan ibu bapa dan status penjaga (nilai p > 0.05). Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam memberi sokongan sosial kepada remaja sangat membantu dalam meningkatkan tahap penghargaan kendiri remaja.
Baca lebih lanjut

10 Baca lebih lajut

Tahap pengherotan kognitif, kesunyian, kemurungan, penghargaan kendiri, dan sokongan sosial dalam kalangan wanita hamil luar nikah

Tahap pengherotan kognitif, kesunyian, kemurungan, penghargaan kendiri, dan sokongan sosial dalam kalangan wanita hamil luar nikah

Selain daripada itu, pelbagai kesan negatif yang dihadapi oleh wanita hamil luar nikah ini perlu diberi perhatian khususnya dengan melihat sejauh mana tahap-tahap kesan yang mereka hadapi seperti kemurungan, gangguan kognitif, penghargaan kendiri, sokongan sosial dan kesunyian yang mana faktor-faktor ini dipercayai boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk lagi seperti pembuangan bayi, pengguguran dan potensi untuk membunuh diri (Mathias Lasgaard, Luc Goossens dan Ask Elklit, 2011).

11 Baca lebih lajut

Hubungan Iklim Organisasi dengan Penghargaan Kendiri Berasaskan Organisasi: Satu Kajian Empirikal di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

Hubungan Iklim Organisasi dengan Penghargaan Kendiri Berasaskan Organisasi: Satu Kajian Empirikal di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

Di dalam bidang pengurusan organisasi , penghargaan kendiri adalah satu cabang personaliti yang sentiasa dijadikan bahan penyelidikan. Penghargaan Kendiri Berasaskan Organisasi (organization-based self-esteem – OBSE) pula merupakan aspek psikologi yang mengukur secara spesifik mengenai penghargaan kendiri oleh pekerja (employee) atau ahli sesuatu organisasi berkenaan organisasi mereka serta tahap kedudukan dan nilai diri mereka dalam organisasi berkenaan.

23 Baca lebih lajut

Kemahiran employability dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan, UTHM

Kemahiran employability dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan, UTHM

Walau bagaimanapun, kajian Mohd Salleh. K. at al. (2008) menunjukkan bahawa penguasaan pelajar terhadap kemahiran employability dan penghargaan kendiri ini masih di tahap sederhana walaupun penerapan telah dilakukan oleh pensyarah. Menurut beliau lagi, apabila penguasaan pelajar dalam kemahiran employability terutama dari aspek penghargaan kendiri berada pada tahap sederhana akan meyebabkan seseorang pelajar susah untuk mengetahui hala tuju dalam mencari pekerjaan. Berdasarkan isu-isu yang timbul berkaitan kemahiran employability dan penghargaan kendiri, satu kajian untuk merungkaikan isu-isu tersebut perlu dijalankan. Kurangnya kemahiran empoyability dalam diri pelajar dan hala tuju kerjaya yang sebenar meyebabkan pelajar masih tidak mampu melihat potensi diri dalam mengurus kerjaya mereka. Dengan adanya pendedahan dan penguasaan dalam kemahiran employability ini, peluang bagi pelajar ini untuk memperoleh pekerjaan selepas belajar adalah lebih terbuka luas.
Baca lebih lanjut

32 Baca lebih lajut

Peranan keletihan emosi dan penghargaan kendiri berasaskan organisasi dalam hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan tingkah laku kerja

tidak produktif

Peranan keletihan emosi dan penghargaan kendiri berasaskan organisasi dalam hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan tingkah laku kerja tidak produktif

Ukuran ini secara spesifik menilai penghargaan kendiri dalam konteks organisasi iaitu sejauh mana individu mempercayai diri sebagai berkebolehan, signifikan dan bernilai di tempat kerja. Pengkaji lepas berpendapat ukuran penghargaan kendiri yang bersifat spesifik (misalnya dalam konteks organisasi) adalah lebih relevan apabila menilai hubungannya dengan tingkah laku di tempat kerja berbanding ukuran penghargaan kendiri yang bersifat umum atau global (Bowling et al. 2010; Chen et al. 2005). Contoh item ialah “saya dianggap penting di tempat kerja” dan “saya adalah seorang yang diyakini di tempat kerja.” Pemarkahan dilakukan menggunakan skala persetujuan bermula daripada “1 = Sangat Tidak Setuju” kepada “5 = Sangat Setuju.” Skor tinggi menunjukkan tahap PKBO yang tinggi dan sebaliknya. Nilai kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah .92.
Baca lebih lanjut

16 Baca lebih lajut

134472657-Hubungan-Gaya-Keibubapaan-Dengan-Penghargaan-Kendiri-Pelajar-Sekolah.pdf

134472657-Hubungan-Gaya-Keibubapaan-Dengan-Penghargaan-Kendiri-Pelajar-Sekolah.pdf

Dalam konteks kajian ini, model ini telah dijadikan rujukan utama dalam kajian. Setiap gaya keibubapaan tersebut didapati memberikan kesan kepada tingkah laku anak- anak. Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa autoritatif cenderung menikmati kehidupan, mempunyai motivasi yang tinggi, berpuas hati dengan diri dan bersikap positif terhadap rakan sebaya. Anak-anak juga cenderung bersikap bertanggungjawab dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Manakala, kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa autoritarian cenderung untuk menjadi terlalu agresif atau pasif, mempunyai kemahiran sosial yang lemah dan mempunyai penghargaan kendiri yang rendah. Kanak- kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa permisif pula akan membentuk sifat kurang matang, kurang kawalan diri dan kurang keyakinan diri dalam diri mereka. Malalui kajian ini, ia diharapkan membantu pelajar memahami jenis gaya keibubapaan dan bentuk-bentuk tingkah laku yang terhasil daripada gaya keibubapaan tersebut.
Baca lebih lanjut

136 Baca lebih lajut

Hubungan antara tingkah laku keibubapaan dengan penghargaan kendiri di kalangan remaja

Hubungan antara tingkah laku keibubapaan dengan penghargaan kendiri di kalangan remaja

keibubapaan dengan penghargaan kendiri di kalangan remaja. Tiga corak hubungan tingkah laku keibubapaan yang dikaji ialah sokongan, penglibatan dan sokongan. Subjek kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari Sekolah Menengah Katholik di Petaling Jaya. Alatan kajian Coopersmith Self-Esteem Inventory digunakan sebagai alat pengukuran penghargaan kendiri. Alat Ujian yang digunakan untuk mengukur persepsi anak terhadap tingkah laku keibubapaan adalah direkabentuk oleh pengkaji sendiri. Data kajian dianalisis dengan teknik min, sisihan piawai, ujian T, anova, korelasi dan regresi. Secara keseluruhan hasil keputusan menunjukkan bahawa tingkah laku keibubapaan adalah berhubung dengan penghargaan kendiri remaja. Di antara tiga dimensi tingkah laku keibubapaan , didapati sokongan dan penglibatan ibu bapa adalah berhubung secara positif dengan penghargaan kendiri remaja, manakala corak jenis kawalan ibu bapa adalah hubungan negatif dengan penghargaan kendiri remaja. Jika dilihat dari segi jantina remaja, adalah didapati penghargaan kendiri remaja lelaki adalah lebih berhubung dengan dimensi kawalan dan penglibatan ibu bapa, sementara penghargaan kendiri remaja perempuan adalah lebih berhubung dengan sokongan dan kawalan ibu bapa. Implikasi utama kajian ini adalah mendedahkan bahawa tingkah laku keibubapaan adalah memainkan peranan penting dalam pembentukakan penghargaan kendiri remaja.
Baca lebih lanjut

12 Baca lebih lajut

ANALISIS KONSTRUK PENGUKURAN PENGHARGAAN KENDIRI (SATU PERBANDINGAN ANTARA KONSTRUK BARAT DAN ISLAM)

ANALISIS KONSTRUK PENGUKURAN PENGHARGAAN KENDIRI (SATU PERBANDINGAN ANTARA KONSTRUK BARAT DAN ISLAM)

The purpose of this paper is to discuss the results of a measurement comparative between islamic self esteem constructs and Western construct. Self-esteem scale were used for the measurement of constructs sourced from western civilization is one of the most widely measurement tool used in the study of psychology local in Malaysia. The study involved a sample of 490 people consisting of teenagers aged between 15 and 21 years of rehabilitation centers peninsular Malaysia. Using content analysis approach and statistical approach, self-esteem measurement tool has been compared by measuring the psychosocial Islam, which constructs stem from a civilization that feels Qur'an and Sunnah. Through content analysis found that the items contained in the self-respect is closer to the concept of 'ujub (pride) which is very contrary to Islamic principles. While the approach berstatistik- although not signifi- found self-esteem measurement showed a negative direction index (r = -.052) when correlated with measurements of psycho-social Islam. This way the higher meaning of the psycho-social self-esteem lowers the level of an individual. In terms of type and level of misconduct, that the higher levels of delinquency was also a tendency towards mean higher self-esteem. Cons with psycho-social measurement tool Islam, the higher levels of adolescent misbehavior is also a tendency towards psycho-social min lower. The findings are expected to be a psychological assessment movement among Muslims Islam sayugyanya should approach Islam. Key word: Penghargaan Kendiri, Konstruk Barat, Islam
Baca lebih lanjut

14 Baca lebih lajut

17. Penghargaan Kendiri

17. Penghargaan Kendiri

EMK Kreatif dan Inovatif BBM Buku teks, buku latihan/buku aktiviti Penilaian P&P Soalan Lisan dan bertulis Refleksi Pada akhir pengajaran; ______ murid dapat mencapai objektif yang d[r]

1 Baca lebih lajut

Hubungan antara konsep kendiri dimensi p

Hubungan antara konsep kendiri dimensi p

Coopersmith (1967) telah melaporkan kajiannya terhadap 1,700 kanak-kanak berumur 10 -12 tahun yang mengukur penghargaan kendiri kanak-kanak tersebut. Hasil kajiannya adalah bahawa kanak-kanak dengan penghargaan kendiri tinggi mempunyai ciri-ciri berikut iaitu mereka adalah aktif, berjaya dari segi sosial dan akademik. Mereka lebih suka menyumbangkan idea dalam perbincangan dan tidak hanya mendengar. Mereka tidak sensitif kepada kritikan dan adalah berkeyakinan. Mereka juga melihat diri mereka sebagai penting, bernilai dan mampu mempengaruhi individu lain. Dalam kajiannya ini, Coopersmith mendapati tiada hubungan antara penghargaan kendiri dan saiz keluarga, ketinggian atau status sosio ekonomi. Dia mendapati penghargaan kendiri mempunyai hubungan dengan sikap ibu bapa dan gaya keibubapaan terutamanya layanan mesra serta peraturan dan disiplin yang dikenakan oleh ibu bapa.
Baca lebih lanjut

181 Baca lebih lajut

Bab 6 : Pengertian konsep kendiri

Bab 6 : Pengertian konsep kendiri

Menurut Kash & Borich (1978) dalam buku “Teacher Behavior & Pupil Self-Concept,” konsep kendiri yang umum terdiri daripada lima deria kendiri iaitu deria kendiri berpendirian, deria identiti kendiri, deria perkembangan kendiri, deria penghargaan kendiri dan deria imej kendiri. Model ini dikatakan mewakili komponen-komponen dalam bentuk bersifat psikologi yang konsisten dan biasa kepada kesemua konsep kendiri. Kendiri pendirian adalah yang paling dominan dan penting. Ia merujuk kepada kebolehan merasa atau melihat yang umum berkenaan keselamatan-bahaya, penerimaan-penolakan dan percaya-tidak percaya orang lain dan persekitaran. Identiti kendiri merujuk kepada kebolehan kendiri bergabung dengan orang lain dan persekitaran dan mempunyai identiti peranan dan terlibat sebagai ahli sosial melalui komunikasi. Perkembangan kendiri merujuk kepada kendiri sebagai pelaksana, pelajar dan orang
Baca lebih lanjut

9 Baca lebih lajut

HUBUNGAN KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN A

HUBUNGAN KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN A

Kajian ini meninjau hubungan antara konsep kendiri dan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih Institut Perguruan Darulaman. Subjek kajian terdiri daripada 111 orang guru pelatih perempuan dan 99 orang guru pelatih lelaki. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik ‘Tennessee Self-concept Scale’ yang telah diubah suai. Soal selidik ini mengandungi 60 item. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru pelatih Institut Perguruan Darulaman mempunyai konsep kendiri yang tinggi. Namun, peratusan guru pelatih perempuan yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi melebihi guru pelatih lelaki. Analisis korelasi menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan tetapi sederhana di antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih (r = 0.58, p<.01). Selain daripada itu, secara perbandingan , konsep kendiri aspek sosial didapati mempunyai hubungan yang paling tinggi dengan pencapaian akademik guru pelatih perempuan ( r = 0.66, p <.01). Bagi guru pelatih lelaki pula, konsep kendiri aspek psikologikal didapati menunjukkan sifat hubungan yang sama (r = 0.60, p <.01). Beberapa saranan dikemukakan untuk dipertimbangkan semasa merancang bagi pemupukan dan peningkatan konsep kendiri positif di kalangan guru pelatih.
Baca lebih lanjut

13 Baca lebih lajut

KERTAS CADANGAN  PROGRAM KENDIRI REMAJA

KERTAS CADANGAN PROGRAM KENDIRI REMAJA

Remaja hari ini banyak terdedah dengan gejala – gejala yang tidak sihat dan tingkah laku yang negatif. Jika perkara ini tidak dibendung, mereka mudah terpengaruh dengan perlakuan – perlakuan yang negatif dan akhirnya menyebabkan kehidupan mereka merana dan sengsara sepanjang hayat. Mereka sebenarnya kekurangan ilmu pengetahuan dan panduan gaya hidup yang sebenar sebagai remaja muslimah sejati. Menydari keperluan ini, program ini pemantapan kendiri remaja disusun agar memberikan ilmu pengetahuan tentang gaya hidup muslimah sejati.
Baca lebih lanjut

25 Baca lebih lajut

Lampiran 10 Instrumen Penilaian Kendiri.

Lampiran 10 Instrumen Penilaian Kendiri.

Lampiran 10 – Instrumen Penilaian Kendiri.doc PERHATIAN 2 Temubual bersama KJ dan KP  AREA 1 – Visi, Misi, Matlamat Pendidikan dan Hasil Pembelajaran  Misi, Visi & Objektif Pr[r]

16 Baca lebih lajut

Show all 1250 documents...