Top PDF Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar aliran vokasional

Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar aliran vokasional

Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar aliran vokasional

Perbezaan individu merupakan ciri yang membezakan seorang individu dengan individu yang lain. Dari segi fizikal, individu jelas berbeza dari segi jantina, bentuk fizikal badan, tahap kesihatan dan sebagainya. Dari segi kognitif, perbezaan dilihat dari segi keupayaan melakukan persepsi, pemahaman, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menunjukkan respons terhadap maklumat yang diterima. Manakala, dari segi afektif, individu berbeza dari sudut personaliti, kecenderungan perasaan, tanggungjawab, motivasi dan tahap interaksi dengan rakan sebaya. Perbezaan individu yang paling asas dapat dilihat dari segi jantina di mana persoalan pencapaian akademik yang tidak seimbang di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan pada masa ini adalah merupakan satu isu pendidikan yang semakin ketara serta perlu diberi perhatian (Kamaruddin & Mohamad, 2011). Menurut (Yahaya et al., 2003) kesan jangka panjang ketidakseimbangan yang berlaku pada masa kini akan mempengaruhi polisi pendidikan pada masa akan datang. Ketidakseimbangan yang begitu ketara dari segi bilangan pelajar lelaki dan perempuan di pusat-pusat pengajian tinggi adalah menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih baik pencapaian akademiknya jika dibandingkan dengan pelajar lelaki. Nampaknya trend ini bukan sahaja berlaku di negara ini malah juga berlaku di kebanyakan negara di seluruh dunia dan ianya merupakan satu fenomena global. Ini berlaku disebabkan oleh perbezaan gaya belajar yang diamalkan oleh mereka.
Baca lebih lanjut

45 Baca lebih lajut

Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik N. Sembilan

Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik N. Sembilan

Dunn ( 1979 ) dalam menghuraikan pembelajaran sebagai satu strategi menyatakan bahawa kajian yang dilakukan semenjak abad yang lalu menunjukan bahawa strategi belajar seseorang adalah berbeza diantara satu sama lain tanpa mengira umur, status sosio-ekonomi atau IQ. Sesetengah sifat belajar juga turut berubah apabila kanak-kanak membesar dan semakin matang, manakala sesetengah sifat kanak-kanak itu kekal tidak berubah dan sifat-sifat yang tidak berubah inilah yang membawa kesan kepada pencapaian akademik kanak-kanak tersebut seperti yang dikatakan oleh Dunn ( 1984 ) dalam Santhi Suppiah ( 2000 ).
Baca lebih lanjut

19 Baca lebih lajut

Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru

Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru

Pendidikan adalah bidang yang sentiasa mengalami perubahan sesuai dengan perkembangan yang berlaku terhadap persekitaran kerana apa sahaja perubahan yang berlaku akan member kesan terhadap pendidikan terutama dalam aspek kurikulum. Pendidikan teknik dan vokasional adalah penting dalam pembangunan sesebuah negara khususnya sebuah negara perindustrian. Perhatian yang diberikan kepada gaya pembelajaran adalah merupakan perhatian terhadap perbezaan individu dan perbezaan kekuatan individu. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap pelajar berbeza antara satu sama lain. Seseorang pelajar itu telah membentuk gaya pembelajaran mereka sendiri sejak ia dilahirkan. Selepas itu, dia akan terus menggunakan gaya pembelajaran tersebut dalam proses pembelajaran.
Baca lebih lanjut

13 Baca lebih lajut

Faktor yang mendorong pencapaian akademik pelajar dalam program kimpalan di kolej vokasional

Faktor yang mendorong pencapaian akademik pelajar dalam program kimpalan di kolej vokasional

Sikap merupakan perubahan tingkah laku yang positif sambil individu itu bertindakbalas kepada situasi dalam usaha menyesuaikan tingkah laku dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Sikap juga membolehkan individu itu memenuhi minat atau mencapai matlamatnya. Untuk menilai prestasi pelajaran seseorang pelajar maka faktor sikap adalah satu faktor yang amat ditekankan. Ini disokong oleh Omar (2008) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendapat ini diperkuatkan lagi oleh Hashim dan Yaakob (2003), pelajar yang mempunyai sifat tanggungjawab akan lebih giat dalam setiap aktiviti pembelajaran berbanding mereka yang tidak betanggung jawab. Menurutnya lagi dengan adanya sifat tanggung jawab menyebabkan wujudnya keazaman yang tinggi dalam diri pelajar tersebut.
Baca lebih lanjut

52 Baca lebih lajut

Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik : Tinjauan Dikalangan Pelajar-Pelajar Tahun Akhir Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor

Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik : Tinjauan Dikalangan Pelajar-Pelajar Tahun Akhir Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor

Berdasarkan kenyataan tersebut, maka pengkaji menjalankan satu kajian tentang kaitan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar tahun akhir Sains Sukan, Fakulti Pendidikan,UTM, Skudai, Johor. Hal ini penting kerana kefahaman tentang gaya pembelajaran pelajar adalah penting untuk membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

7 Baca lebih lajut

Peranan Faktor Demografik Dalam Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran, Disiplin Pembelajaran dan Pencapaian Akademik Pelajar

Peranan Faktor Demografik Dalam Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran, Disiplin Pembelajaran dan Pencapaian Akademik Pelajar

Kesimpulan: Jantina perempuan merupakan kesan penyederhana (moderator) yang signifikan di dalam hubungan antara disiplin pembelajaran dan pencapaian akademik (PA_MT). Rumusan: Ujian hipotesis mendapati bahawa Jantina Lelaki tidak menjadi kesan penyederhana (moderator) yang signifikan dalam hubungan antara disiplin pembelajaran dan pencapaian akademik (PA_MT), manakala pada Jantina Perempuan merupakan kesan penyederhana (moderator) yang signifikan di dalam hubungan antara disiplin pembelajaran dan pencapaian akademik (PA_MT). Maka penyelidik boleh membuat kesimpulan bahawa Jantina mempunyai kesan penuh (full moderation) dalam hubungan ini.
Baca lebih lanjut

16 Baca lebih lajut

Kemahiran interpersonal guru dan hubungan dengan pencapaian akademik pelajar

Kemahiran interpersonal guru dan hubungan dengan pencapaian akademik pelajar

Dapatan kajian yang menunjukkan tidak wujud hubungan antara kemahiran interpersonal guru dan pencapaian akademik pelajar ini juga boleh dijelaskan oleh gaya pembelajaran pelajar pintar cerdas yang berbeza. Kajian Rosadah, Noriah dan Zalizan (2005) merumuskan ciri-ciri pelajar pintar cerdas adalah mempunyai minat yang tinggi untuk belajar sendirian, berkeupayaan menyelesaikan masalah tanpa bantuan orang lain dan gemar merumuskan sesuatu perkara secara sendirian. Mereka tidak mengharapkan sokongan dan rangsangan dari faktor luaran seperti yang ditawar oleh kemahiran interpersonal guru. Hal ini turut disokong oleh kajian Chan (2001) yang merumuskan bahawa pelajar pintar cerdas lebih menyukai gaya pembelajaran bebas tanpa bergantung kepada pihak lain. Pyryt, Sandal dan Begoray (1998) juga merumuskan perkara yang sama bahawa pelajar pintar cerdas lebih menyukai gaya pembelajaran bersendirian, berupaya memotivasikan diri sendiri serta berorientasikan kepada tugasan yang mencabar.
Baca lebih lanjut

12 Baca lebih lajut

Hubungan kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran dengan prestasi akademik pelajar UTHM

Hubungan kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran dengan prestasi akademik pelajar UTHM

Sistem pendidikan negara kini mengalami perubahan yang sungguh pesat. Secara umumnya perubahan itu dibuat secara terancang, namun ia mendatangkan dilema akan perubahan yang seolah-olah mendadak ini terutamanya kepada pelajar dan warga pendidik. Globalisasi merupakan faktor utama yang menentukan perubahan sistem pendidikan. Globalisasi mengingatkan bahawa dunia ini semakin sempit dan meninggalkan kesan ke atas hidup penduduk Malaysia secara langsung dan tidak langsung. Dalam menghadapi masa depan yang kian mencabar, masalah keruntuhan moral di kalangan remaja turut berleluasa. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Perangkaan Polis Diraja Malaysia menunjukkan aliran peningkatan kes yang melibatkan kelompok umur berkenaan yang merangkumi penyalahgunaan dadah, gengsterisme dan perilaku seks bebas. Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan dari Januari-Februari 2008, seramai 233 pelajar yang berumur antara 13 dan 18 tahun terlibat dengan jenayah. Kes kecurian motosikal merupakan jenayah paling popular, iaitu 91 orang pelajar terlibat dan ini diikuti dengan kes mencuri (65 orang), pecah rumah (40 orang) dan rogol (37 orang). Akibat daripada tahap kecerdasan emosi yang rendah dapat dilihat kebelakangan ini fenomena keganasan dan salah laku di kalangan pelajar semakin berleluasa (Berita Harian, 2003). Ini berkemungkinan satu petunjuk bahawa keperluan pelajar dalam akademik seperti cara belajar pelajar atau peranan mereka dalam sistem pendidikan tidak dipenuhi. Dengan bukti yang nyata ini menunjukkan semakin ramai pelajar yang bertindak berani melakukan rompakan, perkosaan dan pergaduhan semata-mata ingin memberontak dan melepaskan perasaan amarah dan dendam serta menunjukkan pergolakan emosi yang dialami. Ini bukan sahaja menyebabkan prestasi pembelajaran mereka merosot tetapi menjejaskan keselamatan dan keamanan masyarakat sekitar.
Baca lebih lanjut

39 Baca lebih lajut

Hubungan Antara Tahap Motivasi Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia

Hubungan Antara Tahap Motivasi Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia

kepuasan kepada mereka (Marios, 2001). Azizi dan lain-lain (2005) menyatakan bahawa seseorang akan mendapat motivasi intrinsik yang tinggi jika satu keadaan psikologi yang mendorong membuat sesuatu disebabkan minatnya terhadap sesuatu. Bagi menjawab objektif kajian yang pertama, dapatan kajian ini menunjukkan motivasi intrinsik pelajar berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan pelajar mempunyai motivasi dalaman yang tinggi muncul dari faktor minat untuk belajar (Item 3, 17, 21, 25) atau perasaan ingin tahu sesuatu perkara (Item 13, 19, 23). Pelajar mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi disebabkan mereka suka belajar di universiti (Item 3, Min=4.39); dan mereka menyukai subjek yang ditawarkan yang membolehkan mereka berfikir secara kritikal (Item 7, Min=3.81). Ini mungkin kerana dorongan belajar yang kuat dalam diri pelajar menyebabkan mereka ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Ini disokong oleh Dunn dan Dunn (1978) yang menyatakan motivasi intrinsik terbina apabila terdapat dorongan dalaman di dalam diri pelajar untuk turut serta dalam pembelajaran. Namun demikian, dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh Azizi dan lain-lain (2005) yang bertajuk ‘Hubungan antara Konsep Kendiri, Motivasi dan Gaya Keibubapaan Dengan Pencapaian Pelajar’. Hasil dapatan kajian mereka menunjukkan, motivasi intrinsik pelajar berada pada tahap sederhana (Min = 3.39).
Baca lebih lanjut

11 Baca lebih lajut

Ciri-ciri personaliti dalam pemilihan kerjaya pelajar,gaya pembelayaran pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik

Ciri-ciri personaliti dalam pemilihan kerjaya pelajar,gaya pembelayaran pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri personaliti pelajar dalam pemilihan kerjaya dan gaya pembelajaran pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 202 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Haji Ahmad, Pontian, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian, Pontian, Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Mereka dipilih secara rawak kelompok. Satu set soal selidik telah digunakan untuk kajian ini. Soal selidik bahagian B merupakan soal selidik yang dibina oleh penyelidik, manakala bahagian C merupakan ubahsuai daripada Inventori Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford (1986). Selain itu Inventori Pekerjaan Holland (1973) telah digunakan untuk menentukan pemilihan jenis-jenis kerjaya. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah “Scale Alpha” yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.9279 bagi bahagian B dan 0.6572 bagi bahagian C. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai untuk menunjukkan latar belakang responden kajian, ciri-ciri personaliti dan gaya belajar. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson digunakan untuk menunjukkan hubungan di antara pemboleh ubah iaitu hubungan personaliti dengan pencapaian akademik dan hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Analisis dapatan kajian yang menggunakan SPSS menunjukkan responden lebih menggunakan gaya pembelajaran aktivis. Selain itu, responden lebih memiliki ciri-ciri personaliti menyelidik. Dalam pemilihan kerjaya pula, responden memiliki ciri-ciri personaliti sosial. Responden juga memilih jenis-jenis pekerjaan yang berstatus tinggi dan profesional. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik mengikut mata pelajaran PMR. Manakala analisis kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara ciri-ciri personaliti dengan pencapaian akademik mengikut mata pelajaran PMR. Beberapa kajian telah dikemukakan bagi pendedahan gaya pembelajaran yang patut diamalkan oleh pelajar dan ciri-ciri personaliti yang positif di kalangan pelajar. Beberapa cadangan bagi kajian lanjutan juga turut dikemukakan.
Baca lebih lanjut

13 Baca lebih lajut

Hubungan antara lokus kawalan dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah  teknik

Hubungan antara lokus kawalan dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah teknik

pasti tahap Lokus Kawalan pelajar berdasarkan min. Kolerasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara Lokus Kawalan dengan pencapaian akademik pelajar. Ujian-T dan ANOVA sehala pula digunakan untuk melihat perbezaan Lokus Kawalan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi responden. Hasil kajian bagi persoalan kajian pertama menunjukkan perbezaan peratusan yang kecil berkaitan Lokus Kawalan pelajar-pelajar aliran Teknik dan aliran Vokasional. Persoalan kajian kedua menunjukkan tidak terdapat hubungan antara Lokus Kawalan dengan pencapaian akademik. Bagi persoalan kajian ketiga, hasil menunjukkan tiada perbezaan Lokus Kawalan pelajar- pelajar yang berlainan kursus. Hasil kajian bagi persoalan kajian keempat menunjukkan tiada perbezaan Lokus Kawalan di kalangan pelajar yang berlainan jantina dan persoalan kajian kelima pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan Lokus Kawalan di kalangan pelajar-pelajar berlainan sosio ekonomi. Daripada hasil dapatan yang diperolehi, secara keseluruhannya tahap Lokus Kawalan tidak mempengaruhi pencapaian akademik dan ianya pula tidak dipengaruhi oleh ciri-ciri demografi pelajar.
Baca lebih lanjut

10 Baca lebih lajut

Peranan motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik

Peranan motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik

ABSTRAK : Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah. Seramai 291 orang pelajar di lapan buah sekolah menengah di daerah Kulai, Johor telah dipilih secara rawak berkelompok. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.948. Soal selidik berkaitan aspek motivasi pembelajaran dan sikap pelajar dibina sendiri dan diubahsuai berpandukan instrumen yang digunakan oleh penyelidik terdahulu dalam kajian-kajian lepas dan pendekatan psikologi bagi menyediakan pelbagai jenis soalan berdasarkan objektif kajian. Statistik deskriptif iaitu min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik serta tahap pencapaian akademik pelajar. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson digunakan pada aras signifikan 0.05 bagi mengetahui hubungan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, ujian-t juga digunakan untuk mengetahui perbezaan signifikan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap di kalangan pelajar sekolah mengikut lokasi tempat tinggal. Hasil kajian mendapati bahawa faktor matlamat merupakan faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik, manakala faktor gred merupakan faktor yang paling dominan dalam motivasi ekstrinsik. Analisis korelasi Pearson mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian ini dalam usaha untuk meningkatkan motivasi pembelajaran dan pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah.
Baca lebih lanjut

28 Baca lebih lajut

Hubungan antara gaya pembelajaran terhadap pencapaian akademik pelajar kejuruteraan dalam subjek berkaitan Grafik Kejuruteraan Berkomputer

Hubungan antara gaya pembelajaran terhadap pencapaian akademik pelajar kejuruteraan dalam subjek berkaitan Grafik Kejuruteraan Berkomputer

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· HUBUNGAN ANTARA GAYA PEMBELAJARAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR KEJURUTERAAN DALAM SUBJEK BERKAIT AN GRAFIK KEJURUTERAAN BERKOMPUTER.. SESI PENG[r]

24 Baca lebih lajut

Hubungan antara tahap kompetensi fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah Menengah di Negeri Kelantan

Hubungan antara tahap kompetensi fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah Menengah di Negeri Kelantan

Seseorang guru yang cemerlang mestilah mempunyai elemen kompetensi fungsional untuk menjadi guru yang berkesan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Antara elemen kompetensi fungsional untuk mencapai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang digariskan oleh KPM (2014) adalah; 1) menguasai isi kandungan dan teknik penyampaian bidang berkaitan serta menggabungjalinkan dalam PdP yang dirancang dan menyesuaikan dengan ciri-ciri dan gaya pembelajaran pelajar dalam merancang penyampaian yang berkesan, 2) berupaya memilih, menyediakan dan menggunakan sumber pendidikan yang menarik, selamat dan berkesan, 3) berupaya mengemukakan soalan yang mampu mendorong minat, mempelbagai teknik penyoalan yang berkesan untuk meningkatkan pemahaman dan menggalakkan pelajar berfikir kritis dan kreatif, 4) berupaya melibatkan diri dan berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP untuk mencapai objektif pembelajaran serta meningkatkan penguasaan pembelajaran pelajar dan 5) guru berupaya membuat penilaian dengan pelbagai kaedah yang sesuai bagi menentukan tahap pencapaian pembelajaran pelajar dan membuat tindakan susulan.
Baca lebih lanjut

10 Baca lebih lajut

Hubungan di antara gaya pembelajaran dan kemahiran insaniah dengan pencapaian akademik pelajar

Hubungan di antara gaya pembelajaran dan kemahiran insaniah dengan pencapaian akademik pelajar

Yahaya et al.(2003) menyebut jika gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar bersesuaian dengan jurusan yang diambil, ia akan memberi kesan positif terhadap pencapaian akademik mereka.Othman dan Othman(2004) menyebut dalam kajiannya bahawa perbezaan pencapaian wujud antara pelajar berdasarkan penggunaan gaya pembelajaran yang berbeza manakala Mohamed Zakaria (2006) telah membuat kajian mengenai hubungan gaya pembelajaran dengan tahap pencapaian akademik. Hasil kajian tersebut mendapati sifat individu seperti gaya pembelajaran boleh memberi kesan kepada hasil pencapaian pelajar. Othman et al. (2008)pula menyebut dalam kajiannya, pendekatan teknik pembelajaran berasaskan masalah telah berjaya membantu pelajar meningkatkan kemahiran insaniah mereka bagi menghadapi dunia pekerjaan.Ini menunjukkan bahawa dengan pendekatan gaya pembelajaran yang betul dan sesuai dengan matapelajaran yang diambil, akan dapat membantu pelajar meningkatkan tahap penguasaan kemahiran insaniah mereka.
Baca lebih lanjut

45 Baca lebih lajut

Hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah

Hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah

Kajian yang lebih sistematik dijalankan oleh Mott (1972), yang dipetik oleh Hoy dan Miskel (2001). Model ini digunakan sebagai model kajian. Dalam model ini, beberapa perkara penting iaitu kuantiti produk, kualiti produk, ketepatan, kebolehsuaian dan fleksibel. Maka lima kriteria ini adalah penting untuk mendefinisikan tentang kebolehan sesuatu organisasi untuk menggerakkan kuasa pusat untuk mencapai matlamat dan membuat pengubahsuaian. Sekolah yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai keputusan yang baik dan melahirkan perlakuan pelajar yang positif iaini para pelajar yang dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan boleh berhadapan dengan masalah yang timbul. Justeru itu, sekolah yang efektif adalah sekolah yang berjaya mewujudkan budaya formal sekolah yang positif dan sihat. Model ini menekankan tentang hasil yang positif terhadap pelajar. Output atau hasil akhir dalam model ini adalah lebih komprehensif secara teori untuk mendefinasikan kualiti dan keberkesanan sekolah.
Baca lebih lanjut

36 Baca lebih lajut

Hubungan Antara Motivasi dan Penerimaan Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Pembelajaran Menggunakan M-Pembelajaran di Kolej Vokasional

Hubungan Antara Motivasi dan Penerimaan Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Pembelajaran Menggunakan M-Pembelajaran di Kolej Vokasional

M-pembelajaran adalah penggunaan teknologi komunikasi mudah alih tanpa wayar dalam institusi pendidikan tanpa mengira lokasi dan masa [3] [4] [5]. Jadi, dengan hasrat untuk melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi, m-pembelajaran adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini untuk mencapai objektif bagi menentukan hubungan antara motivasi ekstrinsik, motivasi instrinsik, jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, keseronokan dan niat tingkahlaku dengan pencapaian akademik pelajar dalam pembelajaran Computer Preventive Maintenance menggunakan m-pembelajaran, menganalisis faktor ramalan pencapaian akademik pelajar dalam pembelajaran Computer Preventive Maintenance menggunakan m-pembelajaran daripada motivasi ekstrinsik, motivasi instrinsik, jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, keseronokan dan niat tingkahlaku, dan menganalisis faktor ramalan bahagian varian pencapaian akademik
Baca lebih lanjut

6 Baca lebih lajut

Hubungan Di Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Hubungan Di Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Permasalahan semasa yang telah dialami dalam negara menuju ke alaf milineum semenjak beberapa abad yang lalu mendapati bahawa tidak ramai pelajar di sekolah yang memperoleh keputusan cemerlang. Ada sesetengah daripada mereka yang berjaya tetapi pada peringkat yang sederhana. Ekoran daripada itulah, penyelidik ingin mengenal pasti sama ada prestasi pelajar dipengaruhi oleh gaya pembelajaran pelajar Adakah terdapat perbezaan dalam gaya pembelajaran di antara pelajar berprestasi cemerlang, sederhana dan rendah?
Baca lebih lanjut

8 Baca lebih lajut

Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik

Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik

ABSTRAK : Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya pembelajaran dominan dengan pencapaian akademik. Kajian ini juga bertujuan mengkaji taburan gaya pembelajaran dominan pelajar-pelajar aliran sains dalam mata pelajaran kimia dan untuk mengkaji bagaimana setiap gaya pembelajaran dominan menyelesaikan masalah. Seramai 178 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dari di tiga buah sekolah di kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor dilibatkan dalam kajian ini. Dua set soal selidik iaitu soal selidik gaya pembelajaran Honey dan Mumford yang mengandungi 80 item dan Ujian Tahap Kognitif Menyelesaikan Masalah Kimia (UTKMMK) yang mengandungi 4 soalan telah diedarkan kepada responden. Segala data atau butiran dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 11.0. Hasil daripada kajian mendapati majoriti pelajar adalah dari gaya pembelajaran Aktivis. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dominan dengan pencapaian akademik. Hasil daripada kajian juga mendapati kebanyakan golongan setiap jenis gaya pembelajaran dominan mempunyai proses yang baik dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, beberapa cadangan kaedah pengajaran dikemukakan mengikut kesesuaian gaya pembelajaran pelajar.
Baca lebih lanjut

10 Baca lebih lajut

Kesan hafazan al-Quran dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar

Kesan hafazan al-Quran dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar

Kebelakangan ini pengajian dalam bidang tahfiz al-Quran menjadi pilihan pelajar masa kini dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya dalam kalangan ibubapa yang mahu menghantar anak mereka untuk mengikuti pengajian ini. Nordin (2015) menyatakan bilangan permohonan untuk memasuki institusi yang menawarkan tahfiz al-Quran di Darul Quran khususnya dan di seluruh negara sama ada di bawah kelolaan kerajaan negeri mahupun persekutuan atau swasta semakin bertambah dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan timbul kesedaran terhadap kepentingan hafazan al-Quran dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak (Ismarulyusda et al. 2016).
Baca lebih lanjut

6 Baca lebih lajut

Show all 10000 documents...

Related subjects