Top PDF Makanan dan kepercayaan tentang etiologi penyakit : kes Orang Melayu Kelantan

Makanan dan kepercayaan tentang etiologi penyakit : kes Orang Melayu Kelantan

Makanan dan kepercayaan tentang etiologi penyakit : kes Orang Melayu Kelantan

Kepercayaan Tentang Etiologi Penyakit dan Makanan Etiologi penyakit dalam kebanyakan masyarakat kerap dikaitkan dengan makanan. Foster dan Anderson (1979) membahagikan sebab musabab penyakit kepada tiga kategori utama, iaitu personalistik, naturalistik dan emosi. Sebab musabab personalistik dikaitkan dengan kepercayaan bahawa penyakit berlaku akibat daripada gangguan aktif yang disengajakan oleh suatu kuasa ghaib. Kuasa ghaib ini terdiri daripada tuhan, makhluk ghaib dan roh nenek moyang yang telah mati. Manusia (seperti bomoh atau ahli sihir) boleh menanipulasikan makhluk ghaib (seperti hantu) atau manusia lain untuk memasukkan bahan kotor, jampi dan/atau racun ke dalam makanan yang akan dimakan oleh orang yang mereka kehendaki, memakan unsur tubuh (darah) atau semangat manusia yang diingininya atau memberi manusia minum atau makan makanan mereka. Makanan dan minuman hantu dipercayai selalunya terdiri daripada bahan kotor. Pesakit adalah mangsa kepada perbuatan yang disengajakan akibat dendam, marah, cemburu, dengki, ingin menolong seseorang atau untuk memerangkap kasih sayang seseorang yang mana pesakit sendiri atau kaum keluarganya sahaja yang tahu akan sebabnya, iaitu lebih bersifat peribadi.
Baca lebih lanjut

18 Baca lebih lajut

Personalistik, etiologi penyakit, dan sistem perlindungan diri: menyingkap perspektif tradisi masyarakat Melayu Kedah

Personalistik, etiologi penyakit, dan sistem perlindungan diri: menyingkap perspektif tradisi masyarakat Melayu Kedah

menyerupai berbagai objek fizikal yang terdapat di sekeliling manusia, seperti pokok kayu, binatang, dan manusia itu sendiri. Daripada segi perwatakan, makhluk ini dikatakan memiliki perwatakan sebagai mana manusia, seperti marah, sedih, kuat, lemah, baik dan jahat. Hantu baik biasanya sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak manusia, seperti menyembuhkan penyakit, menjaga harta tuannya daripada dicuri, melindungi tuannya daripada sakit dan disihir, serta melakukan berbagai tugas fizikal-spiritual yang berat bagi pihak manusia, seperti menanam padi, mengawasi haiwan ternakan, serta mengajar ilmu kebatinan kepada manusia, seperti ilmu penjinakan haiwan, perlindungan diri, serta perbomohan. Hantu jahat pula berperanan melakukan apa sahaja tugas jahat untuk memenuhi kehendak manusia atau diri mereka sendiri, seperti menimpakan sakit kepada manusia, mencuri harta orang lain untuk tuan mereka, merosakkan hubungan antara ahli keluarga, mengajar ilmu yang salah kepada manusia, seperti ilmu kebal untuk tujuan mencuri atau merompak, selain membantu bomoh menjayakan kegiatan sihir, seperti menghidupkan bahan sihir, memasukkan bahan sihir ke dalam makanan, serta memasuk dan mengaktifkan bahan sihir di dalam badan mangsa. Daripada segi agama pula, makhluk ini dikatakan menganut berbagai jenis agama. Antaranya ialah Islam, Majusi, Kristian, dan tidak beragama. Makhluk ini juga memakan berbagai jenis bahan kotor. Antaranya ialah darah binatang, tulang binatang, cacing, dan telur ayam kampung. Dalam kepercayaan masyarakat Melayu Kedah, terdapat lebih daripada 20 jenis hantu. Antaranya ialah hantu penanggal, hantu raya, hantu laut, hantu pelesit, hantu busut, hantu tanah, hantu bungkus, hantu kubur, langsuir, hantu pari, mambang, orang bunian, dan toyol. Mereka (Winstedt 1925:16-19, 1961:19, 1982; Mohtar 1977a:1-2; Mohd Taib 1989b:181) dipercayai hidup di merata-rata tempat, seperti di kawasan pertanian, lautan, pantai, hutan rimba, rumah, dan sebagainya.
Baca lebih lanjut

14 Baca lebih lajut

Simptom-simptom penyakit dalam main teri: satu kajian kes di Kampung Pasir Mas (Kelantan symptoms of disease in main teri: a case study in Kampung Pasir Mas, Kelantan)

Simptom-simptom penyakit dalam main teri: satu kajian kes di Kampung Pasir Mas (Kelantan symptoms of disease in main teri: a case study in Kampung Pasir Mas, Kelantan)

Main teri adalah perubatan orang tua dulu-dulu yang wujud berabad lama sebelum kedatangan Islam. Pengaruh animisme seterusnya, pertembungan Hindu, Buddha yang telah mendahului kedatangan agama Islam yang unsur-unsur ini telah diserap ke dalam sistem kepercayaan orang Melayu. Main teri adalah popular di negeri Kelantan. Main teri juga memainkan dua fungsi dalam satu masa iaitu sejenis permainan tradisi yang berbentuk hiburan dan pada masa yang sama juga adalah untuk perubatan bagi menyembuhkan penyakit- penyakit yang tidak dapat di kesani melalui cara perubatan moden. Cara perubatan main teri adalah dilakukan di ruang tempat yang terbuka yang boleh disaksikan cara perubatan itu yang dipersembahkan dihadapan khalayak ramai. Main teri adalah melibatkan penggunaan alat-alat muzik tradisional seperti gendang ibu, gendang anak, kersi, gong ibu, gong anak, rebab dan serunai. Cara perubatan main teri, melibatkan hubungan komunikasi dua hala antara alam nyata (tok teri, tok minduk dan pesakit) dan alam ghaib (jin, roh-roh, malaikat, iblis, syaitan).
Baca lebih lanjut

17 Baca lebih lajut

Sikap terhadap Bahasa Melayu : satu kajian kes di Pantai Timur Semenanjung

Sikap terhadap Bahasa Melayu : satu kajian kes di Pantai Timur Semenanjung

Begitu juga dengan sikap dan pandangan tentang kemampuan bahasa Melayu yang menunjukkan min yang paling rendah adalah pada umur 20 tahun ke bawah, walaupun secara statistik tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan yang ada. Persoalan ini tetap mengarah kepada kecerdasan sosial umur 20 tahun ke bawah (remaja) yang lebih dipengaruhi oleh simbol-simbol tertentu. Dalam dunia moden ini, secara fakta bahasa Melayu bukanlah sesuatu bahasa yang mendunia atau mengglobal, sains dan teknologi lebih sering disajikan dalam bahasa Inggeris, sehingga menyebabkan muncul ketidakpercayaan di kalangan remaja terhadap kemampuan bahasa Melayu dalam dunia globalisasi. Secara ringkasnya, golongan yang berada pada peringkat umur ini belum mampu berfikir secara abstrak tentang potensi bahasa Melayu dalam dunia sains dan teknologi. Apatah lagi dalam isu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, ini akan menjadi suatu soft stimulus untuk mengarah pemikiran bahawa semakin rendahnya mutu bahasa Melayu dalam percaturan dunia global. Sebaliknya, bagi kelompok dewasa pertengahan dan akhir mereka telah mampu menerima isu pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris ini hanyalah suatu brainstorm untuk lebih memacu kualiti sains dan matematik kebangsaan, dan bukanlah suatu realiti yang sebenarnya yang menunjukkan rendahnya kualiti bahasa Melayu di antara bahasa lain di dunia.
Baca lebih lanjut

14 Baca lebih lajut

Penerapan komunikatif dalam pengajaran bahasa

Melayu: kajian kes guru cemerlang

Penerapan komunikatif dalam pengajaran bahasa Melayu: kajian kes guru cemerlang

GC bahasa Melayu telah wujud sejak tahun 1994. Sehingga kedua puluh tahun ini, masih belum banyak yang dapat dikongsi tentang amalan PdP GC bahasa Melayu, sedangkan setiap tahun jumlah GC semakin bertambah. Penelitian terhadap kajian perpustakaan menunjukkan bahawa kajian khusus terhadap amalan komunikatif dalam bentuk pendekatan mengajar bahasa Melayu hanya melibatkan guru-guru biasa bahasa Melayu. Amalan komunikatif yang berkait langsung dengan pencapaian matlamat pendidikan bahasa Melayu iaitu untuk melahirkan murid yang berketerampilan dalam berbahasa sangat perlu untuk dikaji khususnya dari segi perspektif GC. Sehingga hari ini, masih belum ada kajian yang diketahui. Warga pendidikan, khususnya pendidik bahasa Melayu ingin mengetahui bagaimanakah GC yang diiktiraf pedagogi pengajarannya mengamalkan pendekatan komunikatif dalam PdP bahasanya.
Baca lebih lanjut

11 Baca lebih lajut

BAB II TINJAUAN PUSTAKA 2.1 Etiologi Penyakit Pulpa

BAB II TINJAUAN PUSTAKA 2.1 Etiologi Penyakit Pulpa

Beberapa penelitian menyatakan bahwa inflamasi pulpa yang mengakibatkan penyakit pulpa merupakan infeksi polimikrobial yaitu infeksi yang disebabkan oleh berbagai jenis bakteri. Penelitian yang dilakukan oleh E. Ercan (2006) menyatakan bahwa beberapa bakteri yang terdapat pada infeksi saluran akar gigi adalah bakteri Fusobacterium spp dan bakteri Prevotella spp . Daniel Saito et al (2006) menyatakan bahwa salah satu

10 Baca lebih lajut

Makan dan makanan dalam kesusasteraan Melayu

Makan dan makanan dalam kesusasteraan Melayu

Sulalatus Salatin memperlihatkan adat makan sebagai strategi memperdaya Raja Cina. Menerusi episod Tun Pepatih Putih diutuskan untuk menghantar surat kepada Raja China, perbuatan makan kangkung itu dinyatakannya sebagai adat dan kegemaran orang Melayu. Atas nama adat, Tun Perpatih Putih menjadikannya sebagai strategi untuk melihat wajah Raja Cina. Menurut Syed Zulflida (1986), peristiwa ini juga menimbulkan wit bersifat tipu daya, helah dan mempersendakan seseorang. Tun Pepatih Putih menyembunyikan witnya dengan menggunakan makanan. Episod memakan kangkung yang dilakukan oleh Tun Perpatih Putih memperlihatkan helah yang digunakan untuk menatap wajah Raja Cina. Sayur kangkung yang tidak dikerat dimakan secara mendongak oleh Tun Perpatih Putih bukan sahaja dianggap bijak, tetapi melalui episod ini juga dikhabarkan bahawa dari situlah orang Cina mulai pandai memakan kangkung sampai ke hari ini. Pengarang menjadikan episod makan untuk memperlihatkan kebijaksanaan melalui helah ini. Kangkung sebagai makanan yang kononnya menjadi kegemaran orang Melayu berjaya menipu Raja Cina angkuh kerana tidak mengizinkan rakyat melihat wajahnya.
Baca lebih lanjut

17 Baca lebih lajut

BAB II TINJAUAN PUSTAKA 2.1 Etiologi Penyakit Pulpa

BAB II TINJAUAN PUSTAKA 2.1 Etiologi Penyakit Pulpa

Beberapa penelitian menyatakan bahwa inflamasi pulpa yang mengakibatkan penyakit pulpa merupakan infeksi polimikrobial yaitu infeksi yang disebabkan oleh berbagai jenis bakteri. Penelitian yang dilakukan oleh E. Ercan (2006) menyatakan bahwa beberapa bakteri yang terdapat pada infeksi saluran akar gigi adalah bakteri Fusobacterium spp dan bakteri Prevotella spp . Daniel Saito et al (2006) menyatakan bahwa salah satu

10 Baca lebih lajut

Orang Melayu dan Tamadun Melayu dalam Hi

Orang Melayu dan Tamadun Melayu dalam Hi

Konsep keadilan yang dirakamkan dalam teks Hikayat Aceh mempunyai kaitan yang erat dengan tugas-tugas yang nyata (praktis) yang perlu diselesaikan oleh raja negara Aceh masa itu. Tugas itu adalah sebagai berikut: mengumpulkan negara-negara Melayu ke bawah perintah suatu sultan yang umum; mengkonsolidasikan semau negeri--negeri dan raja-raja Melayu Islam untuk menentang musuh-musuh yang umum, iaitu orang Portugis yang melanggar dan menghapuskan Melaka. Sultan Aceh menaklukkan negara-negara yang berjiran dan menyebarkan kuasanya ke seluruh alam Melayu. Kerana itu lah di antara kriteria-kriteria keadilah yang dirakamkan dalam Hikayat Aceh salah satu fungsi raja adil yang paling adalah pembangunan suatu negara Islam yang bersatu di seluruh dunia, yaitu - mengumpulkan segala raja-raja Masyrik Maghrib Dar as- Salam. Hal ini mencerminkan suasana bellicosity (sifat suka berperang) yang masa itu tersebar di dalam pemandangan masyarakat Melayu Aceh. Suasana tersebut adalah akibat daripada kegiatan orang Portugis yang menjadi terkenal kerana kekejamaannya. Dalam teks-teks sejarah yang lain (yang sebelum Hikayat Aceh dan juga yang selepasnya) sebutan “mengumpulkan segala raja- raja Masyrik Maghrib” tidak diketemui lagi.
Baca lebih lanjut

40 Baca lebih lajut

Persepsi masyarakat terhadap bencana banjir monsun di Malaysia: kajian kes Kota Bharu, Kelantan

Persepsi masyarakat terhadap bencana banjir monsun di Malaysia: kajian kes Kota Bharu, Kelantan

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun setaraf dengan negara-negara asia seperti Singapura, Brunei, Thailand, dan lain-lain, yang mempunyai visi dan misi dalam mencapai wawasan 2020. Kerajaan telah banyak merancang dalam membangunkan negara melalui pelbagai projek besar, sebagai contohnya pembinaan Menara Berkembar Petronas atau KLCC, yang menjadi salah satu tunggak utama pembangunan negara Malaysia dan mampu berdaya saing dengan negara asia yang lain. Namun sesetengah perkara masih tidak dapat diselesaikan dengan peningkatan pembangunan tersebut, seperti bencana banjir. Di Malaysia, peristiwa yang sering kali menghantui penduduk warga kota mahupun warga kampung adalah bencana banjir yang berlaku hampir setiap tahun dan berjaya memusnahkan harta benda awam serta harta persendirian (Messner & Meyer, 2005). Bencana banjir yang terdapat di Malaysia adalah bencana banjir kilat dan bencana banjir sungai (selalunya dirujuk sebagai banjir monsun). Kajian penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengeksploitasi masyarakat Kota Bharu dalam mengadaptasi terhadap bencana banjir monsun yang berlaku di negeri Kelantan. Secara amnya, bencana banjir monsun merupakan kejadian alam semula jadi yang berlaku akibat daripada peredaran bumi di paksinya yang menghasilkan pergerakan angin yang berbeza berlaku, dimana peredaran angin (dikenali sebagai angin monsun timur laut) yang mengandungi wap air yang banyak bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah (Ooi et al., 2013; Braesicke et al., 2012). Jika dirujuk kepada teori fiziknya pula, bencana banjir monsun yang berlaku adalah pada bulan November hingga Mac atau musim sejuk sahaja kerana sinaran cahaya matahari adalah jatuh pada kawasan Hemisfera Selatan dan membentuk suatu kawasan tekanan rendah di Australia, manakala di Hemisfera Utara pula membentuk suatu kawasan tinggi di Asia Tengah. Oleh kerana radiasi penyejukan dan olakan udara sejuk secara berterusan mewujudkan suatu lapisan udara yang sangat sejuk dan stabil dekat Siberia dan di bahagian Utara China dengan pergerakan di haling di Barat Daya oleh Dataran Tinggi Tibet. Keadaan ini meningkatkan kekuatan “zon Baroklinik” di antara jisim udara sejuk kebenuaan dan jisim udara panas Tropika ke Selatan. Oleh itu, suatu jurang ata s dalam di latitude pertengahan meningkatkan “anticyclogenesis” dekat Tengah China dan “cyclogenesis” dekat Laut China Timur berlaku (Ooi et al., 2013; Ooi et al., 2012).
Baca lebih lanjut

8 Baca lebih lajut

Dakwah kepada golongan muallaf orang asli di Kelantan

Dakwah kepada golongan muallaf orang asli di Kelantan

Pusat latihan dan dakwah Orang Asli (PULDOA) telah diwujudkan oleh Islamic Outreach ABIM di Kok Lanas Kelantan (IOA). Sejak tahun 2003 lagi Pusat ini ditubuhnya sehinggalah sekarang. Ia diadakan adalah untuk melicinkan program-program pendidikan dan latihan terhadap Saudara Baru Orang Asli. Tujuannya adalah untuk membolehkan Saudara Baru dari kalangan Orang Asli memahami dan menghayati akidah yang mantap dengan cara menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan baik, memahami dan menghayati akhlak Islam dalam kehidupan harian dan memahami dan menghayati konsep keagamaan sosio budaya dalam Islam (Laporan Tahunan IOA Kelantan 2006/2007).Terdapat dua kursus yang dijalankan di PULDOA iaitu Kursus Pengajian Islam Jangka panjang (KPI) dan Kursus Asas kefahaman Islam (FAHMI). Kursus KPI dijalankan setahun kepada Saudara Baru Orang Asli. Manakala kursus FAHMI pula diadakan selama dua minggu
Baca lebih lanjut

19 Baca lebih lajut

Kearifan Tempatan Dalam Tadbir Urus:

Kajian Kes Institusi Penggawa Di

Daerah Bekelam, Kelantan

Kearifan Tempatan Dalam Tadbir Urus: Kajian Kes Institusi Penggawa Di Daerah Bekelam, Kelantan

Dalam The Malays, Their Problem and Future, beliau menerangkan bahawa komuniti tempatan yang saiznya adalah kecil tidak memerlukan struktur politik pentadbiran yang kompleks dengan jumlah kakitangan yang besar untuk memastikan mereka berfungsi. Sepertimana yang telah dijelaskan sebelumnya, ketua dalam setiap komuniti adalah merupakan ahli yang paling tua. Mereka akan memilih ketua dan setiap ketua tidak mempunyai apa-apa hubungan antara satu sama lain dalam apa jua bentuk struktur yang berpusat. Ketua komuniti ini adalah individu yang dihormati dan berpengaruh. Hal ini demikian kerana, masyarakat tradisional seperti ini memiliki kepercayaan bahawa kebijaksanaan dan kewibawaan seseorang pemimpin adalah diukur berdasarkan kepada usianya (Syed Husin, 2008).
Baca lebih lanjut

36 Baca lebih lajut

Penghayatan tradisi lisan Melayu dalam kalangan masyarakat Cina  Kelantan(Appreciation of  Malay oral traditions among  the Chinese In Kelantan)

Penghayatan tradisi lisan Melayu dalam kalangan masyarakat Cina Kelantan(Appreciation of Malay oral traditions among the Chinese In Kelantan)

berlainan dengan Bahasa Melayu rasmi. Sebagai contohnya, `mu make gapo tu ?’ yang membawa maksud ‘kamu makan apa?’. Masyarakat Cina Peranakan masih mengamalkan dialek Hokkien namun dialek ini agak berbeza dengan penggunaan dialek Hokkien yang digunakan oleh komuniti Hokkien di negeri-negeri lain. Hal ini berlaku kerana dialek Hokkien Cina Peranakan Kelantan ini telah dihasilkan dari percampuran loghat Hokkien, Melayu Kelantan dan Siam kampung. Dalam pertuturan harian mereka, golongan dewasa biasanya mereka menggunakan dialek Melayu Kelantan. Golongan tua pula sering menggunakan dialek Siam. Golongan muda menggunakan dialek Hokkien dalam perhubungan sesama mereka. Golongan tua pula mempunyai masalah yang besar apabila mereka hendak berkomunikasi dengan masyarakat Cina di luar negeri Kelantan. Hal ini disebabkan mereka hanya mengetahui bahasa loghat Hokkien yang mereka gunakan tersebut. Encik Chua Chai Tit (73 tahun) menyatakan bahawa di dalam Kampung Sakar, daerah Pasir Mas tiada lagi anggota masyarakat Cina di kampung tersebut yang memahami bahasa Manderin, mereka hanya menggunakan bahasa Hokkkien Cina Peranakan sahaja.
Baca lebih lanjut

22 Baca lebih lajut

Generasi Baru Orang Melayu and Orang Buk

Generasi Baru Orang Melayu and Orang Buk

Kisah dalam Kalau Sudah Kehendak Hati berkisar di sekitar watak Kamirah, seorang gadis yang terpelajar. Dia melayan pelanggan yang datang ke kedai yang dibuka ayahnya dengan baik sehinggakan sudah menarik perhatian ramai lelaki yang muda. Ayahnya mengingatkannya untuk berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Suatu hari, dia yang membeli ais dari gerai Kudri sudah tertarik dengan kemahiran Kudri. Selepas itu, Kamirah sudah berubah menjadi pelanggan tetap di gerai Kudri. Tetapi abangnya, Kasnun, yang bermata duitan, tidak suka adik perempuannya berkawan dengan Kudri yang berasal daripada keluarga yang miskin. Jadi, Kasnun membuat cerita palsu yang menyebabkan Kurdri dipenjarakan selama tiga bulan. Marah dengan perbuatan abangnya ke atas Kudri, Kamirah menuduh Kasnun menggelapkan wang ayahnya. Ini menyebabkan Kasnun dipenjarakan selama dua tahun. Disebabkan jujur dan tekun menjalankan perniagaan, ayah Kamirah, seorang peniaga sendiri, ingin anak perempuannya berkahwin dengan Kudri selepas dia keluar dari penjara. Mesej di sini adalah Kudri yang mewakili generasi baru Melayu itu adalah orang berani dan cekal, maka sanggup berniaga kecil- kecilan di pusat kota raya Singapura yang sibuk.
Baca lebih lanjut

19 Baca lebih lajut

Mengajar Bahasa Melayu Kepada Penutur Asing dan Cabarannya:

Pengalaman di Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

Mengajar Bahasa Melayu Kepada Penutur Asing dan Cabarannya: Pengalaman di Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

Penulisan ini bertujuan berkongsi pengalaman mengajar bahasa Melayu kepada penutur asing atau orang asing yang berada di Universiti Malaysia Kelantan. Penutur asing yang dimaksudkan terdiri daripada dua kategori iaitu pelajar asing dan pensyarah asing. Mereka mempelajari bahasa Melayu mengikut keperluan masing-masing. Bagi pelajar asing mempelajari bahasa Melayu kerana kursus berkenaan diwajibkan kepada mereka seperti yang terdapat dalam peraturan yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana mengikuti Kursus Bahasa Melayu dan mempelajari bahasa Melayu adalah sebagai prasyarat untuk lulus dalam pengajian. Bagi kumpulan pensyarah bangsa asing pula mereka perlu mempelajari bahasa Melayu untuk kegunaan harian iaitu untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan komuniti yang ada di sekeliling mereka sebagai ikhtiar hidup dan bahasa komunikasi. Dengan kata lain, pengajaran bahasa Melayu kepada pensyarah asing ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan semasa.Kertas ini juga membincangkan cabaran yang dihadapi oleh penutur asing dalam menguasai bahasa Melayu.
Baca lebih lanjut

7 Baca lebih lajut

Bahasa orang asli Melayu-proto: Bahasa atau dialek Melayu?

Bahasa orang asli Melayu-proto: Bahasa atau dialek Melayu?

B.. Daripada Jadual 5 di atas, didapati bahawa bahasa Melayu-Proto dan bahasa Melayu. Keempat-empat bahasa ini memperlihatkan peratusan lebih daripada 85 peratus, kecuali bahasa Kuala ya[r]

16 Baca lebih lajut

Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan (Wkmtk): Kajian Archetypal Reka Bentuk Gambalan

Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan (Wkmtk): Kajian Archetypal Reka Bentuk Gambalan

Dalang Amat Ismail dikenali ramai pada zaman kegemilangannya bersama Dalang Awang Lah yang berpusat di Tumpat, Kelantan. Amat Ismail menjalin hubungan persahabatan yang akrab dengan Datuk Perdana Nik Mahmud Semail Menteri Besar Kelantan ketika itu. Oleh sebab itu, beliau mempunyai himpunan cerita yang lebih banyak berbanding dalang yang lain ketika itu. Ukiran gambalan wayang kulit turut berbeza hasil daripada perbincangan Nik Leh dengan Datuk Perdana yang sering memberi nasihat agar elemen budaya Melayu turut diselitkan bersama.
Baca lebih lanjut

24 Baca lebih lajut

Pelaksanaan aktiviti komunikatif dalam pengajaran Bahasa  Melayu sekolah rendah:satu kajian kes

Pelaksanaan aktiviti komunikatif dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah:satu kajian kes

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan aktiviti komunikatif dalam proses pengajaran mereka. Reka bentuk kajian ini ialah pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Sampel kajian yang terlibat ialah tiga guru dan 25 orang murid tahun lima daripada sebuah sekolah kebangsaan di Terengganu. Data telah diperoleh secara intensif melalui pemerhatian dan temu bual. Kesemua data yang telah dikutip telah dianalisis semasa dan selepas pengutipan data secara induktif. Dapatan kajian telah mengenal pasti tujuh kriteria yang digunakan oleh guru dalam aktiviti komunikatif semasa pengajaran bahasa Melayu. Kriteria ini adalah pengubahsuaian terhadap kontinum aktiviti komunikatif yang telah diperkenalkan Hamer dan prinsip aktiviti komunikatif Johnson. Tujuh kriteria berdasarkan kesesuaian dalam pengajaran bahasa Melayu ialah hasrat komunikasi, tujuan komunikasi, kandungan bukan struktur, kepelbagaian struktur bahasa, tiada campur tangan guru, tiada pengawalan bahan dan cantuman benda terpisah (jigsaw).Dapatan kajian ini memberikan implikasi terhadap pedagogi mata pelajaran Bahasa Melayu berkaitan pelaksanaan kemahiran mendengar dan bertutur murid sekolah rendah.
Baca lebih lanjut

15 Baca lebih lajut

Perbezaan Antara Orang Melayu dengan Ora

Perbezaan Antara Orang Melayu dengan Ora

Adakah orang Cina yang beli kedai, tanah dan hartanah orang Melayu tidak memainkan peranan meningkatkan hubungan antara dua kaum itu? Bolehkah tindakan mereka itu dipandang dari segi yang positif dalam erti kata turut membuka babak baru dalam sejarah mendirikan jambatan persahabatan dengan membawa orang Cina dan Melayu lebih dekat satu sama yang lain? Kedua-dua soalan itu dibangkitkan di sini kerana sebelum itu tidak banyak kontak, hubungan, komunikasi dan interaksi antara dua kumpulan etnik ini, justru mereka hidup di tempat yang berlainan, selain mereka telah membuat kerja yang berlainan, selain sudah dipisahkan jurang perbezaan bahasa, kebudayaan, ugama dan lain-lain, lebih-lebih lagi semua kumpulan etnik yang berlainan memang telah diasing-
Baca lebih lanjut

14 Baca lebih lajut

Show all 10000 documents...