Top PDF Pembangunan Perisian Pembelajaran Berpandukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Pecahan Tingkatan Satu Berdasarkan Model Pembelajaran ASSURE

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berpandukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Pecahan Tingkatan Satu Berdasarkan Model Pembelajaran ASSURE

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berpandukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Pecahan Tingkatan Satu Berdasarkan Model Pembelajaran ASSURE

Abstrak : Projek ini bertujuan untuk menghasilkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu bagi tajuk Pecahan menggunakan pendekatan tutorial. PBK ini bersifat mesra pengguna dan interaktif dimana maklumbalas akan diberikan serta merta kepada pengguna. Rekabentuk perisian ini dibangunkan bertujuan memudahkan pemahaman dan menarik minat pengguna. Proses pembangunan perisian PBK ini mengambil model ASSURE sebagai panduan. Model ini mengandungi enam fasa utama iaitu fasa analisis, fasa menentukan objektif, fasa memilih kaedah, media dan bahan, menggunakan media dan bahan, fasa penglibatan pelajar dan fasa penilaian dan pengubahsuaian. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai perisian utama dengan disokong oleh perisianperisian lain seperti Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS2 dan QuickTime 5. Diharapkan perisian ini dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran pecahan dengan baik.
Baca lebih lanjut

9 Baca lebih lajut

Pembangunan Perisian Berbantukan Komputer (PBK) Matematik Tingkatan Satu Bertajuk Luas

Pembangunan Perisian Berbantukan Komputer (PBK) Matematik Tingkatan Satu Bertajuk Luas

Abstrak : Objektif projek ini adalah untuk membangunkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Matematik Tingkatan Satu bagi tajuk Luas. Perisian ini dibangunkan dalam Bahasa Inggeris dan isi kandungannya disusun mengikut Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan Satu. PBK ini dibangunkan berdasarkan Model ADDIE dan berdasarkan strategi pengajaran tutorial, latih tubi, permainan dan kaedah penyelesaian masalah. Perisian pengarangan Adobe Macromedia Authorware 6.5 digunakan sebagai perisian utama dalam membangunkan PBK ini dan disokong oleh perisian-perisian sampingan seperti Adobe Photoshop CS, Adobe Macromedia Flash MX 2004, SwiSHmax dan Adobe Audition 1.5. PBK ini mengandungi elemenelemen multimedia yang menjadikan perisian ini lebih menarik dan interaktif dan seterusnya dapat membantu pelajar memahami konsep luas. Diharapkan perisian ini dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran matematik dengan lebih baik. Katakunci : Perisian Berbantukan Komputer (PBK), Matematik, Luas
Baca lebih lanjut

6 Baca lebih lajut

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (Pbk) Menggunakan Pendekatan

Konstruktivisme Bagi Tajuk Penjelmaan Matematik Tingkatan Dua

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (Pbk) Menggunakan Pendekatan Konstruktivisme Bagi Tajuk Penjelmaan Matematik Tingkatan Dua

Abstrak: Kajian ini bertujuan membangunkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi tajuk Transformation (Translation, Reflection dan Rotation) dengan menggunakan Pendekatan Konstruktivisme. Isi kandungan perisian ini disusun berdasarkan silibus pelajaran Tingkatan Dua dan buku teks Matematik KBSM. Terdapat pelbagai strategi pengajaran yang sesuai telah digunakan dalam perisian ini iaitu tutorial, latih tubi dan permainan untuk mencapai objektif perisian yang ditetapkan. Reka bentuk perisian ini mengaplikasikan teori pembelajaran konstruktivisme yang menegaskan kepentingan membina pengetahuan dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada. Perisian pengubahan multimedia iaitu Macromedia Authorware 7.0 telah digunakan untuk membina PBK ini kerana ia dapat mengintegrasikan pelbagai elemen misalnya teks, grafik, animasi, audio, video dan interaktiviti untuk mempersembahkan sesuatu maklumat dengan lebih menarik dan berkesan. Perisian PBK ini mempunyai antara muka yang mesra pengguna untuk memudahkan pengguna semasa menggunakannya. Melalui perisian ini, pengguna boleh mengawal kadar pembelajaran mengikut keupayaan masing-masing. Perisian PBK ini diharapkan dapat memanfaatkan pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Baca lebih lanjut

8 Baca lebih lajut

Pembangunan Sistem Pembelajaran Berbantukan Komputer Berasaskan Web Bagi Matapelajaran

Matematik Tingkatan Satu Bertajuk Pecahan

Pembangunan Sistem Pembelajaran Berbantukan Komputer Berasaskan Web Bagi Matapelajaran Matematik Tingkatan Satu Bertajuk Pecahan

Abstrak: Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan satu laman web Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Matematik Tingkatan Satu bagi mempelajari tajuk Pecahan dalam Bahasa Inggeris. Proses pembangunan laman web berunsurkan PBK ini berteraskan Rekabentuk Instruksi Bersistem Model ADDIE. Laman web ini disusun dan dipersembahkan secara teratur supaya pelajar dapat membina konsep dan kemahiran matematik secara aktif dan bermakna. Pelajar dibantu membina konsep abstrak dengan visual yang konkrit. PBK ini juga bersifat mesra pengguna dan interaktif di mana maklum balas akan diberikan dengan serta merta terhadap setiap tindakan pengguna. Pelajar mempunyai kuasa kawalan yang sepenuhnya dan bebas untuk belajar menggunakan PBK yang telah disediakan. Aktiviti seperti tutorial dan latihan, yang disediakan dalam laman web ini diharap dapat membantu pelajar mengukuhkan pemahaman mereka dengan cara yang menyeronokkan. PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop CS, Adobe Audition 1.5, Flash MX 2004 dan sebagainya. Diharapkan laman web ini dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran pecahan dengan baik.
Baca lebih lanjut

8 Baca lebih lajut

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Topik Bulatan Matematik Tingkatan 2 Berasaskan Teori Konstruktivisme

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Topik Bulatan Matematik Tingkatan 2 Berasaskan Teori Konstruktivisme

ABSTRAK: Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) merupakan satu pendekatan yang digunakan di sekolah bagi meningkatkan mutu dan taraf pendidikan kerana ianya merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan interaktif. Justeru itu, pembangunan perisian bahan bantu mengajar ini bertujuan untuk merekabentuk dan membangunkan perisian bahan bantu mengajar bagi topik Bulatan Tingkatan 2 berasaskan teori konstruktivisme. Dalam mereka bentuk perisian ini, strategi yang digunakan adalah kaedah tutorial dan juga berdasarkan model reka bentuk pengajaran ADDIE bagi memberi panduan dalam membangunkan perisian multimedia ini. Model ADDIE merangkumi 5 fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian. Dalam perisian ini, banyak menu yang menarik yang dimuatkan dalam menu utama pada laman yang mampu menarik minat pelajar. Ia dibangunkan hasil dari penggunaan Macromedia Authorware 7.0 di mana ianya mempunyai struktur asas dan dan kandungan dalam perisian multimedia ini. Perisian yang dibangunkan menggunakan pendekatan konstruktivisme ini memberi peluang kepada pelajar bebas memilih subtopik yang ingin dipelajari, menjana persoalan sendiri dan juga merancang pembelajaran masing-masing. Diharap dengan terciptanya perisian ini, dapat membantu pelajar mendapat input yang berkesan dalam topik Bulatan Tingkatan 2.
Baca lebih lanjut

5 Baca lebih lajut

Pembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer menggunakan pendekatan permainan bagi mata pelajaran fizik tingkatan empat: Forces and Motion–Work, Energy and Power.

Pembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer menggunakan pendekatan permainan bagi mata pelajaran fizik tingkatan empat: Forces and Motion–Work, Energy and Power.

Abstrak : Tujuan projek ini adalah untuk membangunkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Fizik tingkatan empat bagi tajuk Forces and Motion – Work, Energy and Power berasaskan teori Konstruktivisme dengan menggunakan pendekatan permainan. Permainan yang berorientasikan pembelajaran akan memperkembangkan kemahiran mental, pemikiran logik, ketangkasan, pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah yang akan wujud dalam diri para pelajar (Rao, Rao, Zoraini dan Wan Fauzy, 1991). Model ADDIE digunakan sebagai garis panduan pembangunan. PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Adventure Game Studio 3.0.2 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian- perisian lain seperti Adobe Photoshop CS2 dan Sonic Foundry Sound Forge 8.0. Perisian PBK ini dapat membantu pelajar mengukuhkan pemahaman konsep dengan cara yang menyeronokkan. Gabungan teks, grafik, audio dan animasi diterapkan dalam perisian ini bagi mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara pengguna dengan komputer. Interaksi ini berupaya mempersembahkan maklumat yang menarik bagi mengekalkan tumpuan pembelajaran pelajar dan memudahkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran.
Baca lebih lanjut

6 Baca lebih lajut

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Matematik Tingkatan Tiga Bertajuk Trigonometri Menggunakan Pendekatan Tutorial

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Matematik Tingkatan Tiga Bertajuk Trigonometri Menggunakan Pendekatan Tutorial

ABSTRAK : Penggunaan teknologi yang semakin luas dewasa ini memberi ruang dan peluang bagi menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam tajuk Trigonometri bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Tiga. Perisian PBK berkonsepkan tutorial ini dibangunkan berdasarkan kepentingannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Elemen visualisasi diterapkan bagi memberikan kesan yang positif dalam aktiviti P&P. Visualisasi dapat membantu pelajar yang sangat lemah dan bersifat sederhana dalam meningkatkan daya keupayaan kognitif mereka (Norasikin dan Zawawi, 2005). Perisian PBK ini juga untuk membantu pelajar dalam memahami konsep pembelajaran serta mengukuhkan maklumat sedia ada mereka. Berdasarkan Model Reka Bentuk Hannafin & Peck, PBK ini dibangunkan dengan menggunakan Macromedia Authorware 7 yang merupakan perisian yang utama dan disokong dengan perisian lain iaitu Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS3, Sound Forge 7.0 dan Microsoft Office. Gabungan perisian-perisian ini dapat menghasilkan pelbagai media seperti grafik, teks, animasi, audio dan interaktiviti untuk menghasilkan suatu sistem pembelajaran multimedia yang interaktif bagi mengekalkan tumpuan pelajar. Bersesuaian dengan pendekatan yang diguna, terdapat pelbagai jenis media yang dapat membantu menterjemahkan isi pembelajaran ke bentuk yang lebih mudah difahami. Dengan terhasilnya PBK ini diharapkan dapat membantu pelajar memahami serta menguasai konsep Trigonometri. ABSTRACT : The emergence of technology uses giving some spaces and chances to develop and produce an education courseware about Trigonometry for Mathematics Form Three subject. According to the importance of computer in teaching and learning process in school, the tutorial type of educational courseware was developed by include visual elements to give some positive effects in teaching and learning activities. Visualisation can help weak students to increase their cognitive ability (Norasikin dan Zawawi, 2005). The purpose of this education courseware development is in order to help students understanding their learning concepts and also strengthen their existence information. Based on Systematic Instructional Design Model by Hannafin & Peck, this educational courseware was developed by using the main authoring language software, which was Macromedia Authorware 7 supported with other software such as Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS3, Sound Forge 7.0 and Microsoft Office. The
Baca lebih lanjut

9 Baca lebih lajut

Pembangunan Prototaip Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Ungkapan Dan Persamaan Kuadratik Matematik Tingkatan Empat.

Pembangunan Prototaip Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Ungkapan Dan Persamaan Kuadratik Matematik Tingkatan Empat.

Abstrak : Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan satu prototaip perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Matematik Tingkatan Empat bagi mempelajari tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik dalam Bahasa Inggeris. Proses pembangunan CD-ROM multimedia berunsurkan PBK ini berteraskan Rekabentuk Instruksi Bersistem Model Rapid Prototyping. Perisian ini disusun secara teratur supaya pelajar dapat membina konsep dan kemahiran matematik secara aktif dan bermakna. Pelajar dibantu membina konsep abstrak dengan visual yang konkrit. PBK ini juga bersifat mesra pengguna dan interaktif dimana maklum balas akan diterima dengan serta-merta terhadap setiap tindakan pengguna. Pelajar mempunyai kuasa kawalan yang sepenuhnya dan bebas untuk belajar menggunakan aktiviti PBK yang telah disediakan. Aktiviti seperti kuiz dan ujian yang disediakan dalam perisian ini diharap dapat membantu pelajar mengukuhkan pemahaman mereka dengan cara yang menyeronokkan. PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Visual Basic sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Authorware, Adobe Photoshop CS, Sony SoundForge, Flash MX 2004 dan sebagainya. Di akhir proses pembangunan, sebuah prototaip perisian telah berjaya dibangunkan berdasarkan Model Rekabentuk Rapid Prototyping dan adalah diharapkan ianya dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran ungkapan dan persamaan kuadratik dengan berkesan.
Baca lebih lanjut

7 Baca lebih lajut

Pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) jenis tutorial berasaskan Teori Konstruktivisme Matematik Tingkatan Satu- “Fraction”

Pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) jenis tutorial berasaskan Teori Konstruktivisme Matematik Tingkatan Satu- “Fraction”

Abstrak : Matematik sering dikaitkan dengan konsep dan idea abstrak yang sukar difahami dan digambarkan dengan jelas. Perisian Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu cara penggunaan komputer dalam pendidikan. Komputer mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang menarik dalam pengintegrasian elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, video dan animasi. Sehubungan itu, projek ini memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan tersebut bagi menyediakan satu perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (PBK) jenis tutorial berasaskan pendekatan konstruktivisme untuk topik pecahan tingkatan satu. Strategi pembelajaran di dalam perisian ini berdasarkan tutorial dan teori pembelajaran konstruktivisme merupakan asas pembangunan. Perisian ini menggunakan Model Hanaffin & Peck untuk merekabentuk dan membangunkan perisian PBK ini. PBK ini menyediakan keupayaan visualisasi dan animasi serta ciri-ciri multimedia yang lain bagi tujuan memudahkan proses pembinaan konsep pecahan. Ia juga menyediakan situasi pembelajaran yang interaktif serta pengguna bebas untuk mengawal pembelajarannya. Latihan yang terdapat dalam PBK ini diasingkan mengikut kemampuan pelajar dan turut disediakan aktiviti menarik di dalam PBK ini sebagai rekreasi minda. Pakej pembelajaran multimedia yang dibina adalah berasaskan perisian Macromedia Authorware 7.0 dan beberapa perisian sokongan yang lain seperti Adobe Photoshop CS2, Recorder Sound Fordge 9.0, Ulead Cool 3D dan Macromedia Flash Profesional.
Baca lebih lanjut

8 Baca lebih lajut

Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual Bagi Matapelajaran Matematik Tingkatan 1: Perimeter And Area

Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual Bagi Matapelajaran Matematik Tingkatan 1: Perimeter And Area

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian pendidikan bagi topik ‘Perimeter and Area’ Matematik Tingkatan Satu dengan menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual. Pengajaran dan pembelajaran kontekstual merupakan satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka (Baskoro, 2007). Selain itu, pembangunan perisian PBK ini dihasilkan dengan kombinasi elemen multimedia yang interaktif seperti penggunaan teks, grafik, animasi, audio dan video. Hal ini dapat memastikan pelajar mengalami proses pembelajaran yang bermakna dan bukan sekadar menghafal konsep-konsep yang terdapat dalam matematik. Selain itu, model reka bentuk pembangunan yang digunakan ialah model Hanaffin dan Peck. PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai platform pembangunan, disamping penggunaan perisian Adobe Photoshop CS2, Sound Forge 6.0 dan perisian lain sebagai perisian sokongan bagi menghasilkan PBK yang lebih menarik. Selain daripada dapat membantu proses pengajaran guru dan memudahkan pemahaman pelajar, PBK ini juga dapat menarik minat pelajar, meningkatkan motivasi pelajar serta dapat menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam memahami konsep-konsep berkaitan dengan tajuk ‘Perimeter and Area’.
Baca lebih lanjut

8 Baca lebih lajut

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berasaskan Masalah Topik Elektrolisis Bagi Kimia KBSM Tingkatan 4

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berasaskan Masalah Topik Elektrolisis Bagi Kimia KBSM Tingkatan 4

Abstrak : Projek ini adalah pembangunan perisian Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK) berkaitan tajuk elektrolisis di dalam subjek Kimia Tingkatan Empat yang merupakan salah satu topik yang abstrak kerana ia melibatkan pergerakan ion-ion yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia (Nadzrah, 2003) serta sukar dipelajari (Ogude dan Bradley, 1995). Pembangunan perisian ini dihasilkan dengan kombinasi elemen multimedia seperti teks, grafik, audio,video dan animasi. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Authorware sebagai perisian utama di samping Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop, Sound Forge dan SWISHmax sebagai perisian sokongan bagi menghasilkan perisian yang lebih menarik serta berkesan. Model reka bentuk pengajaran ADDIE telah digunakan sebagai panduan dalam mereka bentuk PBK ini. PBK ini mengaplikasikan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan menjana pemahaman yang mendalam terhadap subjek melalui pembelajaran kendiri (Lynda Wee, 2004). Diharap perisian ini dapat membantu pelajar mengukuhkan kefahaman mengenai konsep di dalam sub topik electrolyte and non- electrolyte, electrolysis of molten compounds dan electrolysis of aqueous solutions serta menjadikannya proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.
Baca lebih lanjut

7 Baca lebih lajut

Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK): Pendidikan Islam Tingkatan Empat Di Bawah Tajuk Sembelihan Mengikut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK): Pendidikan Islam Tingkatan Empat Di Bawah Tajuk Sembelihan Mengikut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Abstrak : Pembangunan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia telah mempengaruhi pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan malahan penggunaan teknologi ini telah meletakkan bidang perguruan ke suatu taraf yang berbeza seiring dengan bidang profesional yang lain. Penggunaan computer dalam bidang pendidikan seperti Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah salah satu usaha menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan teknologi maklumat (IT) Sehubungan dengan itu, Projek Sarjan Muda ini telah memilih untuk membangunkan sebuah perisian PBK dalam matapelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat di bawah tajuk Sembelihan mengikut silibus atau sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pembangunan perisian ini menggunakan Bahasa Gubahan Macromedia Autoware 7.0 serta digabungkan dengan beberapa perisian lain seperti Macromedia Flash MX 2004, Sonic Foundry Sound Forge, Adobe Premiere 6.0, Adobe Photoshop CS3, Macromedia Illustrator dan Movie Maker. Model Robert Glasea telah digunakan dalam merekabentuk perisian ini. Semoga perisian yang telah dihasilkan ini dapat memberi manfaat dan dorongan kepada semua pengguna.
Baca lebih lanjut

8 Baca lebih lajut

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Untuk Topik

Pecahan Tingkatan Satu Menggunakan Pendekatan Masteri

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Untuk Topik Pecahan Tingkatan Satu Menggunakan Pendekatan Masteri

Abstrak : Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadi semakin penting dan telah menunjukkan kesan yang begitu mengagumkan. Pada umumnya para pelajar dapat membina daya kreativiti dan inovasi di samping cekap menggunakan teknologi dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Di samping itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik telah terbukti memberikan manfaat yang berguna kepada pelajar dalam menguasai konsep-konsep matematik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) untuk topik Pecahan tingkatan satu menggunakan pendekatan masteri. Pendekatan masteri adalah pendekatan pengajaran- pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan pelajar dalam sesuatu perkara yang dipelajari (Abu Hasssan & Meor Ibrahim, 2006). Perisian yang dibangunkan berasaskan teori behaviorisme dan teori konigtivisme menggunakan strategi tutorial. Pembinaan perisian ini adalah berasaskan kepada model reka bentuk Hannafin dan Peck yang melibatkan proses tiga fasa. Dalam fasa pertama, analisis keperluan dan diikuti dengan fasa kedua iaitu fasa reka bentuk dan seterusnya dalam fasa ketiga, fasa pembangunan dan pelaksanaan. Semua fasa dalam model ini melibatkan proses penilaian dan pengulangan yang dijalankan dari semasa ke semasa mengikut peringkat fasa-fasa yang dinyatakan. Perisian yang dibangunkan merupakan mesra pengguna di mana pengguna bebas untuk mengawal pembelajaran. Perisian ini dibina berasaskan Macromedia Authorware 7.0 dan beberapa perisian sokongan yang lain iaitu Adobe Photoshop CS2, dan Macromedia Flash MX 2004. Penyebaran bagi perisian ini adalah menggunakan Compact Disc (CD) bagi memudahkan penyimpanan yang tidak memerlukan ruang yang besar. Diharap perisian ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar-pelajar khususnya pelajar tingkatan satu sejajar dengan perkembangan masa kini.
Baca lebih lanjut

6 Baca lebih lajut

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Garis Lurus Matematik Tingkatan Empat

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Garis Lurus Matematik Tingkatan Empat

Abstract: The purpose of this project is to develop a Computer Assisted Teaching (CAT) courseware for subtopic Gradient Of Straight Lines in Cartesian Coordinates in topic Straight Line. The main reason to develop this courseware is to accommodate an alternative for learning approach to all form four students in Mathematics. The development of this courseware was based on the ASSURE Model which includes six phases such as Analyze Learners, State Objectives, Select Methods, Media and Materials, Required Learner Participation, Evaluate and Revise. Behaviorism theory was used in developing the contents in the courseware. Macromedia Authorware 7.0 software with multimedia elements were used to make the learning process become more interesting. Adobe Photoshop CS3 and Sound Forge 6.0 are also been used as support software. It is hoped that this courseware can be used effectively in teaching and learning The Straight Line.
Baca lebih lanjut

8 Baca lebih lajut

Koswer Pembelajaran Kendiri Bagi Tajuk Jirim Tingkatan Empat Berasaskan Teori Kognitif

Koswer Pembelajaran Kendiri Bagi Tajuk Jirim Tingkatan Empat Berasaskan Teori Kognitif

Abstrak : Penggunaan komputer merupakan satu kaedah yang penting dalam zaman yang penuh dengan pelbagai teknologi tinggi ini bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, sebuah perisian Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk jirim untuk kegunaan pelajar tingkatan empat telah dibangunkan. Perisian ini dibangunkan berasaskan teori kognitif dan menggunakan model reka bentuk ADDIE. PBK ini dibangunkan menggunakan perisian perisian Macromedia Authorware 7.0 dan disokong dengan lima perisian lain iaitu Macromedia Flash 8, Swishmax, Macromedia Adobe Photoshop CS2, TextAloudMP3 dan Sound Forge 9.0. Pelbagai elemen multimedia yang interaktif seperti teks, animasi, grafik audio dan video telah diintegrasikan dalam perisian ini. Pengguna boleh menjelajah bahagian-bahagian ini dengan mudah melalui butang- butang yang telah disediakan. Selain itu, maklum balas serta merta diberi berdasarkan pilihan pengguna. Perisian ini dipakejkan dalam bentuk cakera padat dan sesuai untuk komputer bersistem MS-Windows. Pakar telah menilai PBK ini dan mengatakan bahawa perisian ini mempunyai reka bentuk yang cantik dan menarik. Pembangun mencadangkan PBK ini diletakkan elemen tiga dimensi dan menambahbaik perisian dari segi maklumat yang ada agar perisian ini dapat memberi lebih manfaat kepada golongan pelajar dan juga guru dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Baca lebih lanjut

8 Baca lebih lajut

Pembangunan perisian berpandukan komputer (PBK) matematik tingkatan satu bertajuk luas

Pembangunan perisian berpandukan komputer (PBK) matematik tingkatan satu bertajuk luas

PBK berbentuk latih tubi adalah untuk memberi latihan mengenai sesuatu konsep. Ia bertujuan untuk melihat tahap kefahaman dan kecekapan pelajar dalam sesuatu topik. Melalui latihan yang disediakan, pelajar dapat meningkatkan kefahaman serta mengingati fakta, menghubungkaitkan fakta tersebut dan membina suatu kemahiran melaluinya. Biasanya tiada bahan pengajaran yang baru diberi. Oleh itu, pelajar harus terlebih dahulu didedahkan kepada bahan pelajaran atau mengalami proses pembelajaran menerusi cara lain. Cara perlaksanaan latih tubi agak mudah. Komputer akan mempamerkan soalan di skrin komputer. Pelajar perlu menjawab soalan tersebut berdasarkan jawapan yang diberikan, komputer akan menilainya sama ada betul atau salah dan memberikan tindak balas kepada jawapan yang diberikan.
Baca lebih lanjut

12 Baca lebih lajut

Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Berdasarkan Pendekatan Kontekstual Bagi Tajuk Graviti Untuk Subjek Fizik Tingkatan Empat

Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Berdasarkan Pendekatan Kontekstual Bagi Tajuk Graviti Untuk Subjek Fizik Tingkatan Empat

Kekangan utama yang dihadapi oleh pembangun ialah ruang masa yang cukup terhad. Projek ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Projek Sarjana Muda Satu dan Projek Sarjana Muda Dua. Untuk enam bulan pertama, pembangun telah menggunakan sepenuhnya masa bagi menghasilkan cadangan kajian. Pada enam bulan kedua pula, proses pembangunan dijalankan, dan ia merupakan salah satu kursus yang perlu diambil oleh pembangun yang membawa nilai empat jam kredit dari keseluruhan jam kredit yang diambil oleh pembangun, iaitu tiga belas jam. Jadi, jika dikirakan empat per tiga belas dari masa keseluruhan iaitu enam bulan, hanya lebih kurang lima puluh lima hari sahaja masa yang sepatutnya diluangkan untuk proses pembangunan perisian ini. Cukup nyata, ini adalah satu jangka masa yang sangat singkat. Oleh yang demikian, pembangun sangat perlu berkerja keras dan meluangkan masa dengan sebaiknya untuk menyiapkan pembangunan perisian ini.
Baca lebih lanjut

7 Baca lebih lajut

Persepsi pelajar terhadap aplikasi perisian multimedia dalam pembelajaran komsas bahasa melayu tingkatan 1

Persepsi pelajar terhadap aplikasi perisian multimedia dalam pembelajaran komsas bahasa melayu tingkatan 1

ABSTRAK: Kajian ini dijalankan bagi meninjau persepsi murid Tingkatan 1 terhadap perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) berasaskan multimedia bagi tajuk novel Istana Menanti. Novel tersebut merupakan teks sastera baru dalam komponen sastera (Komsas) bagi memenuhi sukatan pelajaran baru Bahasa Melayu yang bermula pada tahun 2010. Bahan PPBK ini menggunakan pendekatan tutorial berdasarkan model Hannafin dan Peck yang diintegrasikan dengan model ASSURE sebagai model reka bentuk bagi mewujudkan proses pembelajaran yang efektif dan kreatif. Kajian ini melibatkan seramai 122 orang murid Tingkatan 1 dari tiga buah sekolah menengah di daerah Muar, Johor. Dapatan kajian dipungut menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa perisian PPBK yang dibangunkan memenuhi keperluan mereka dalam proses pembelajaran novel. Murid dapat mengikuti pembelajaran secara menyeluruh tanpa bergantung kepada guru. PPBK ini juga telah meningkatkan motivasi mereka untuk menguasai hasil pembelajaran serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap elemen sastera dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
Baca lebih lanjut

16 Baca lebih lajut

Pembangunan Laman Web Pembelajaran Matapelajaran Matematik KBSM Bertajuk

Pecahan Bagi Tingkatan Satu

Pembangunan Laman Web Pembelajaran Matapelajaran Matematik KBSM Bertajuk Pecahan Bagi Tingkatan Satu

Abstrak: Dalam mempertingkat dan memperkasakan mutu pendidikan negara, kepelbagaian ilham dan alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran telah diwujudkan. Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk membina laman web pembelajaran bagi tajuk Pecahan dalam matapelajaran matematik tingkatan satu. Bahasa Inggeris telah dipilih sebagai bahasa pengantar adalah bagi memacu hasrat dan matlamat kerajaan dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti tinggi terutamanya dalam subjek sains dan matematik. Laman web ini dibangunkan berpandukan model Hanaffin & Peck dan juga menerapkan elemen-elemen pengajaran dan pembelajaran seperti teori konstruktivisme dan behaviorisme. Elemen penting yang tidak dilupakan ialah persekitaran laman web yang harmoni, mesra pengguna dan lebih menumpu kepada keperluan interaktif pengguna. Laman web ini dibina sepenuhnya menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8.0 dengan menggunakan sokongan perisian lain seperti Macromedia Flash 8.0, Adobe Photoshop 7.0 dan Adobe Image Ready 7.0. Diharap dengan kewujudan laman web ini dapat membantu pelajar dalam mempelajari subjek pecahan dengan mudah disamping memberi pendedahan kepada teknologi maklumat terkini.
Baca lebih lanjut

8 Baca lebih lajut

Pembangunan Aplikasimultimedia Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan

Minda Bagi Tajuk Stereokimia

Pembangunan Aplikasimultimedia Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Minda Bagi Tajuk Stereokimia

Pendekatan pembelajaran berpusatkan guru yang kurang berkesan mengakibatkan matlamat utama pembelajaran gagal dicapai. Pendekatan berpusatkan pelajar mula diaplikasikan terutamanya dengan menularnya pembelajaran berbantukan komputer. Ciri-ciri interaktif yang dapat diterapkan dengan adanya perisian multimedia berasaskan pendidikan menjadikan proses penyampaian pelajaran menjadi semakin menarik dan berkesan. Masalah seperti kesukaran menyampaikan maklumat yang memerlukan daya imaginasi yang tinggi terutamanya dalam topik stereokimia dapat diatasi dengan adanya animasi dan simulasi yang bersesuaian.
Baca lebih lanjut

6 Baca lebih lajut

Show all 10000 documents...

Related subjects