• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gmail™ dan perkhidmatan Google™ lain

Dalam dokumen Panduan pengguna. Xperia P LT22i (Halaman 52-56)

Jika anda mempunyai akaun Google™, anda boleh menggunakan aplikasi Gmail™ pada peranti anda anda untuk membaca, menulis dan mengatur mesej e-mel. Selepas anda menyediakan akaun Google™ anda untuk berfungsi pada peranti anda, anda juga boleh berbual dengan rakan menggunakan aplikasi Google Talk™, menyelaraskan aplikasi

kalendar anda dengan Google Calendar™ anda dan memuat turun aplikasi dan permainan dari Google Play™.

Perkhidmatan dan ciri yang diterangkan dalam bab ini mungkin tidak disokong di semua negara atau rantau atau oleh semua rangkaian dan/atau pengendali rangkaian di semua kawasan.

Untuk menyediakan akaun Google™ pada peranti anda

1 Dari Skrin utama anda, ketik .

2 Dapatkan dan ketik Tetapan > Tambah akaun > Google.

3 Ikut wizard pendaftaran untuk membuat akaun Google™, atau daftar masuk jika anda sudah mempunyai akaun.

Anda juga boleh mendaftar masuk atau membuat akaun Google™ dari panduan persediaan pada kali pertama anda memulakan peranti anda. Atau anda boleh pergi ke dalam talian dan buat akaun di www.google.com/accounts.

Untuk membuka Gmail™ Aplikasi

1 Dari Skrin utama, ketik .

2 Dapatkan dan ketik Gmail .

Menggunakan e-mel

Untuk membuat dan menghantar mesej e-mel

1 Pastikan bahawa anda sudah menyediakan akaun e-mel.

2 Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik E-mel.

3 Jika anda menggunakan beberapa akaun e-mel, ketik pada bahagian atas skrin dan pilih akaun yang anda ingin gunakan.

4 Ketik , kemudian ketik Kepada dan mula menaip nama atau alamat e-mel penerima atau ketik dan pilih satu atau lebih penerima daripada senarai Kenalan anda.

5 Masukkan subjek dan teks mesej e-mel, kemudian ketik .

Untuk menerima mesej e-mel

1 Dari Skrin utama anda, ketik .

2 Cari dan ketik E-mel.

3 Jika anda menggunakan beberapa akaun e-mel, ketik pada bahagian atas skrin dan pilih akaun yang anda ingin semak. Jika anda hendak menyemak semua akaun e-mel anda sekali, ketik Paparan gabungan.

4 Untuk memuat turun mesej baru, ketik .

Jika anda telah menyediakan akaun e-mel korporat, anda boleh menetapkan kekerapan menyemak ke Automatik (Tolak).

Untuk membaca mesej e-mel anda

1 Dari Skrin utama anda, ketik .

2 Cari dan ketik E-mel.

3 Jika anda menggunakan beberapa akaun e-mel, ketik pada bahagian atas skrin dan pilih akaun yang anda ingin semak. Jika anda hendak menyemak semua akaun e-mel anda sekali, ketik Paparan gabungan.

4 Dalam peti masuk e-mel, tatal ke atas atau bawah dan ketik e-mel yang anda hendak baca.

Untuk menggunakan anak tetingkap pratonton e-mel

1 Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik E-mel.

2 Jika anda menggunakan beberapa akaun e-mel, ketik dan pilih akaun yang anda ingin semak. Jika anda hendak menyemak semua akaun e-mel anda sekali, ketik Paparan gabungan.

3 Pegang peranti anda secara mendatar. Anak tetingkap pratonton e-mel kelihatan.

4 Tatal ke atas atau bawah dalam peti masuk e-mel dan ketik e-mel yang anda hendak baca. E-mel dibuka dalam anak tetingkap pratonton. Untuk melihat maklumat lanjut mengenai e-mel, ketik anak panah ke bawah bersebelahan dengan nama pengirim. Dalam badan medan teks, cubit dua jari atau kembangkannya untuk mengezum masuk atau keluar.

5 Untuk melihat e-mel dalam format skrin penuh, ketik bar pemisah (terletak antara senarai e-mel dan badan isi e-mel) sewajarnya. Dalam format skrin penuh, gunakan anak panah ke kiri dan ke kanan untuk membaca mesej anda yang sebelum ini atau seterusnya.

6 Untuk kembali ke paparan peti masuk, ketik bar pemisah sewajarnya.

Sebelum menggunakan anak tingkap pratonton, aktifkannya dalam tetapan anak tingkap pratonton.

Untuk menyembunyikan anak tetingkap pratonton, pegang peranti anda secara menegak atau tukar tetapan anak tetingkap pratonton.

Untuk menukar tetapan anak tetingkap pratonton e-mel

1 Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik E-mel.

2 Tekan , kemudian ketik Tetapan.

3 Ketik Umum > Tontonan tetingkap, kemudian buat pilihan.

Untuk melihat lampiran mesej e-mel

1 Dari Skrin utama anda, ketik .

2 Cari dan ketik E-mel.

3 Cari dan ketik mesej e-mel yang mengandungi lampiran yang anda hendak lihat. E-mel dengan lampiran ditunjukkan oleh .

4 Selepas mesej e-mel dibuka, ketik , kemudian ketik Lihat.

Untuk menyimpan alamat e-mel penghantar ke kenalan anda

1 Dari Skrin utama anda, ketik .

2 Cari dan ketik E-mel.

3 Cari dan ketik mesej dalam peti masuk e-mel anda.

4 Ketik nama pengirim, kemudian ketik OK.

5 Pilih kenalan sedia ada atau ketik Wujudkan kenalan baru.

6 Sunting maklumat kenalan, jika diinginkan, kemudian ketik Selesai.

Untuk membalas mesej e-mel

1 Dari Skrin utama anda, ketik .

2 Cari dan ketik E-mel.

3 Dalam peti masuk e-mel anda, cari dan ketik mesej yang mahu dibalas, kemudian ketik .

4 Ketik Balas atau Balas semua.

5 Masukkan balasan anda, kemudian ketik .

Untuk menghantar semula mesej e-mel

1 Dari Skrin utama anda, ketik .

2 Cari dan ketik E-mel.

3 Dalam peti masuk e-mel anda, cari dan ketik mesej yang mahu dihantar semula, kemudian ketik .

4 Ketik Kehadapan.

5 Ketik Kepada dan masukkan alamat e-mel penerima secara manual, atau ketik untuk memilih penerima daripada kenalan anda.

Untuk memadamkan mesej e-mel

1 Dari Skrin utama anda, ketik .

2 Cari dan ketik E-mel.

3 Dalam peti masuk e-mel anda, cari dan ketik mesej yang anda hendak padamkan, kemudian ketik .

4 Ketik Ya.

Untuk menyusun e-mel anda

1 Dari Skrin utama anda, ketik .

2 Cari dan ketik E-mel.

3 Jika anda menggunakan beberapa akaun e-mel, ketik pada bahagian atas skrin dan pilih akaun yang anda ingin semak. Jika anda hendak menyemak semua akaun e-mel anda sekali, ketik Paparan gabungan.

4 Tekan , kemudian ketik Isih.

5 Pilih pilihan penyusunan.

Untuk mencari e-mel

1 Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik E-mel.

2 Ketik di bahagian atas skrin dan pilih akaun yang ingin anda cari.

3 Ketik .

4 Masukkan teks carian anda, kemudian ketik Pergi papan kekunci anda.

5 Hasil carian kelihatan dalam senarai yang disusun mengikut tarikh. Ketik e-mel yang anda mahu buka.

Untuk menukar pilihan carian, ketik dan pilih pilihan yang berbeza.

Untuk melihat semua folder untuk satu akaun e-mel

1 Dari Skrin utama anda, ketik . Kemudian cari dan ketik E-mel.

2 Ketik pada bahagian atas skrin dan pilih akaun yang anda ingin semak, kemudian ketik sekali lagi dan pilih Tunjukkan semua folder untuk melihat semua folder dalam akaun ini.

Untuk menukar kekerapan menyemak peti masuk

1 Dari Skrin utama anda, ketik .

2 Cari dan ketik E-mel.

3 Tekan , kemudian ketik Tetapan.

4 Pilih akaun yang anda ingin tukar kekerapan menyemak peti masuk.

5 Ketik Kekerapan semakan peti masuk dan buat pilihan.

Untuk menetapkan pembalasan auto Tiada di Pejabat dalam akaun Exchange Active Sync

1 Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik E-mel.

2 Tekan , kemudian ketik Tetapan.

3 Pilih akaun EAS (Exchange Active Sync) di mana anda ingin menetapkan pembalasan auto Tiada di Pejabat.

4 Ketik Di luar pejabat.

5 Ketik di sebelah Di luar pejabat supaya ditukar ke .

6 Jika perlu, tandakan kotak semak Tetapkan julat masa dan tetapkan julat masa untuk pembalasan auto.

7 Masukkan mesej Tiada di Pejabat anda dalam medan teks isi.

Dalam dokumen Panduan pengguna. Xperia P LT22i (Halaman 52-56)

Dokumen terkait