• Tidak ada hasil yang ditemukan

Model Rakan Pemikir

Dalam dokumen Buku Pedagogi Abad 21.pdf (Halaman 36-42)

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD 21 2.0 Pengenalan

3. Penstrukturan Semula Idea

2.4.2 Model Rakan Pemikir

Apakah yang dimaksudkan dengan Model Rakan Pemikir? Model ini memberi penekanan kepada pengetahuan para pendidik menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah. Mereka hendaklah mempunyai pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri setiap pelajarnya, pengetahuan tentang kepercayaan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta penilaian rakan dalam kumpulan. Model ini banyak melibatkan cara penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, ilustrasi menarik, contoh-contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas dan bermakna serta tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi pelajaran dapat difahami oleh pelajar secara mudah.

Di samping itu, Model Rakan Pemikir memberi fokus membantu pendidik bahasa meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka. Model ini menggunakan model terapan untuk menerapkan kemahiran generik melalui pelbagai pendekatan, antaranya pembentangan hasil kerja perbincangan, kerja berpasukan, pencarian maklumat, pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pembinaan bahan secara kreatif dan efektif. (Maridah:2010) Model ini disediakan secara terancang dan tersusun bagi memantau dan menilai pelajar secara efektif. Penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Kegiatan pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar ini akan dapat membantu pelajar menghayati kandungan pelajaran dan

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

44

meningkatkan daya afektif dan kreativiti mereka seterusnya meningkatkan minat dan memupuk bakat pelajar terhadap Bahasa Malaysia.

Selanjutnya, satu sistem penilaian rakan dalam kumpulan diwujudkan bagi menilai komitmen pelajar sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan. Menurut Brown (1999), penilaian rakan dalam kumpulan sangat membantu dalam melengkapkan maklum balas formatif pelajar, terutamanya apabila mereka melaksanakan tugasan yang diberikan. Ini penting untuk peningkatan kendiri pelajar dan khususnya membantu guru yang tidak dapat menilai beberapa aspek sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pada masa ini, pendidik mempunyai beban tugas yang sangat mencabar dalam proses pengajaran dan bentuk ilmu pengetahuan yang pelajar mereka terima. Pendidik yang baik akan menunjukkan rasa tanggungjawabnya terhadap apa yang dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.

Bagaimanakah penggunaan Model Rakan Pemikir dapat meningkatkan kualiti pendidik seterusnya berupaya menghasilkan pelajar yang cemerlang? Model ini dapat menyumbang kepada kaedah pengajaran yang menitikberatkan pembelajaran yang bermakna bertujuan untuk membantu pelajar;

i. menggunakan strategi dan kemahiran belajar untuk mengakses dan memilih maklumat daripada pelbagai sumber yang relevan dengan tugasan yang diberikan.

ii. melaksanakan kolaborasi dengan rakan-rakan dalam kumpulan dan pihak-pihak yang terlibat secara optimum bagi menghasilkan kerja dan persembahan yang berkualiti.

iii. mengamalkan pemikiran reflektif dalam interaksi lisan semasa sesi kolaborasi dengan guru/pensyarah, rakan dalam kumpulan dan pihak-pihak tertentu serta dalam penulisan reflektif.

iv. menilai rakan-rakan dalam kumpulan mereka dengan telus berasaskan borang penilaian yang disediakan.

Penilaian kendiri adalah penting. Justeru, para pendidik bahasa menyediakan rubrik yang lengkap tentang aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran tersebut. Rubrik akan membantu pelajar melakukan penilaian kendiri dari peringkat awal proses pembelajaran hingga menghasilkan satu produk akhir.

Komputer ialah alat kognitif yang penting dalam model ini. Literasi digital dapat mencabar pemikiran pelajar kerana apabila belajar dengan komputer, komputer menjadi rakan intelektual (Jonassen, 2005). Pelajar perlu mempunyai kemahiran belajar cara belajar.

45

Melalui Model Rakan Pemikir ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi setiap pelajar dalam kumpulan untuk berusaha memberi komitmen sepenuhnya dalam aktiviti berkumpulan dan seterusnya menghasilkan bahan pembelajaran yang bermutu. Ringkasnya, Model Rakan Pemikir memberi tumpuan kepada lima komponen yang berikut;

i. inventif;

Murid mengumpulkan maklumat melalui perbincangan ii. inovatif;

Murid berbincang berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui perbincangan dalam kumpulan dan mengaitkan pemikiran kreatif dan inovatif dengan pemikiran lateral. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah dan melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah tersebut dan mencetuskan idea baharu berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru.

iii. informatif;

Untuk memantapkan kreativiti dan inovatif murid di dalam bilik darjah, mereka digalak menggunakan alat-alat berfikir iaitu Peta Pemikiran i-THINK untuk membantu mereka memahami fakta-fakta dan maklumat yang diperoleh dalam langkah inventif. Murid digalakkan untuk mencatat nota dengan menggunakan peta pemikiran. Melakarkan peta pemikiran yang sesuai menggunakan maklumat yang diperoleh. Membina tiga (3) soalan mengikut aras Taksonomi Bloom– aras KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) untuk diajukan kepada rakan sewaktu sesi pembentangan. Penggunaan peta pemikiran membantu murid berfikir secara lebih terbuka, kreatif, dan inovatif.

iv. inferens

Sesi pembentangan - Ahli kumpulan yang ditetapkan sebagai pembentang akan melakukan pembentangan dalam kumpulan yang ditetapkan. Pembentangan akan dilakukan serentak untuk semua kumpulan. Mereka akan menggunakan peta pemikiran yang telah dibincangkan dalam kumpulan masing-masing. Selepas sesi pembentangan, pembentang akan mengajukan soalan kepada ahli dalam kumpulan untuk dibincangkan bersama.

v. intelektual.

Semasa pembentangan, kumpulan yang mendengar akan membuat penilaian terhadap pembentang berdasarkan senarai semak yang dibekalkan oleh guru. Dari senarai semak tersebut, setiap ahli dalam kumpulan juga akan membuat refleksi tentang hasil dapatan dalam langkah inventif, inovatif, informatif, dan inferens mereka.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

46 Kerangka Aktiviti 1

Tajuk : Model Rakan Pemikir

Objektif : Pada akhir sesi peserta dapat;

i. menyemaikan budaya membaca dalam kalangan guru,

ii. menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baharu secara mendalam,

iii. mengakses maklumat daripada pelbagai sumber, memilih maklumat yang relevan dan mengorganisasi maklumat secara sistematik dan bermakna,

iv. menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (High Order Thinking Skills) dan membina pemikiran sendiri (independent thought),

v. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan,

vi. menggalakkan suasana pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial untuk meningkatkan mutu pembelajaran,

vii. dapat menilai secara telus pencapaian sendiri dan pencapaian rakan-rakan dalam kumpulan, dan

viii. merancang penilaian berterusan secara kolaboratif. viiii. menggunakan peta pemikiran i-Think secara maksimum. Tempoh : 2 jam

Persediaan : Para peserta telah menyediakan bahan pembelajaran dan bahan rujukan berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Peta Pemikiran i-Think, Borang Penilaian, Komputer Riba.

Kerangka Aktiviti 2

1. Guru mengajar/memberi kuliah/menggunakan modul.

2. Membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan. (5 orang). Lantik ketua dan tentukan giliran pembentangan.

3. Minta peserta berkongsi maklumat dalam kumpulan dan sediakan bahan pembentangan. Bahan pembentangan yang perlu disediakan ialah,

Peta Pemikiran i-Think yang menarik

 Sekurang-kurangnya 3 soalan KBAT yang akan digunakan dalam sesi perbincangan.

47 Pergerakan Pembentang Kumpulan 1 Kumpulan 2

Kumpulan 4

Kumpulan 3

X – Pembentang yang telah dilantik oleh kumpulan

Pembentang ini akan bergerak ke kumpulan yang ditetapkan apabila sesi pembentangan.

4. Pembentang yang telah dilantik akan bergerak ke kumpulan yang ditetapkan. Contohnya : Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 2

Kumpulan 3 Kumpulan 3 Kumpulan 4

Kumpulan 4 Kumpulan 1

5. Sesi perbincangan berdasarkan soalan-soalan aras pemikiran tinggi yang disediakan.

6. Rakan dalam kumpulan mengisi borang penilaian – untuk menilai pembentang. Borang-borang yang telah lengkap diisi akan diserahkan kepada pembentang. 7. Rumusan oleh fasilitator.

8. Sesi tamat. Pembentang Pembentang Pembentang Pembentang X X X X

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

48

Kesimpulannya, sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan untuk melahirkan murid-murid cemerlang, yang berfikir secara kreatif, inovatif, dan kompetens selaras dengan pembentukan modal insan bagi mengisi keperluan negara maju. Modal insan yang dilahirkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai ketahanan serta mampu untuk menghadapi dunia global yang sering berubah-ubah.

Pelbagai kaedah koperatif yang boleh digunakan sebagai panduan. Sila layari web yang diberikan. 1. Think-Pair-Share http://www.colorincolorado.org/educators/content/cooperative/ 2. Search-Pair-Share 3. Round Table 4. Knotty Problems 5. Model Student Teams

http://www1.umn.edu/ohr/prod/groups/ohr/@pub/@ohr/documents/asset/ohr_ 89185.pdf

6. Model Student Teams Achievement Divisions (STAD)

http://www.academia.edu/5124516/The_Impact_of_STAD_Strategy_on_FL_ Reading_Achievement_of_Low-_Average-_and_High- achieving_Students_in_Al_balqa_Applied_University http://www.infonomics-society.org/IJCDSE/The%20Effect%20of%20Student%20Teams%20Achievement%2 0Divisions%20as%20a%20Teaching%20Strategy%20on%20Grade%2010%20Learne rs%20Economics%20Knowledge.pdf

7. Coorperative Integrated Reading and Composition (CIRC)

http://ies.ed.gov/ncee/wwc/pdf/intervention_reports/wwc_circ_062612.pdf http://ies.ed.gov/ncee/wwc/interventionreport.aspx?sid=109 8. Learning Together 9. Group Investigation http://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_198912_sharan.pdf http://www.keansburg.k12.nj.us/cms/lib02/NJ01001933/Centricity/Domain/163 /Intro_to_Coop_Learning.pdf

49

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS

Tajuk Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan

Topik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP BM Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat;

4. memberikan penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid;

5. membimbing guru dalam proses pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan kehendak sukatan pelajaran;

6. menggunakan dan mengamalkan pemikiran aras tinggi semasa pengajaran dan pembelajaran.

B. Kandungan Pengajaran

Kemahiran berfikir aras tinggi perlu menjadi satu budaya dalam kalangan guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan instrumen berfikir dapat membantu guru meningkatkan amalan berfikir aras tinggi, dalam usaha membudayakan kemahiran tersebut.

Alat berfikir aras tinggi dan Peta Pemikiran i-THINK dipersembahkan dalam 8 bentuk grafik mudah untuk diguna pakai serta mempunyai proses pemikiran tersendiri. Penggunaan peta pemikiran ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.

C. Kaedah

Dalam dokumen Buku Pedagogi Abad 21.pdf (Halaman 36-42)

Dokumen terkait