• Tidak ada hasil yang ditemukan

SINOPSIS KURSUS-KURSUS PROGRAM SAINS KOMPUTER

BAHAGIAN C PENAWARAN PROGRAM

SINOPSIS KURSUS-KURSUS PROGRAM SAINS KOMPUTER

CSF3001 : Struktur Diskrit (Discrete Structure) Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini membincangkan konsep-konsep dalam matematik diskrit dan bagaimana menggunakannya dalam sains komputer secara praktis. Ia merangkumi tajuk-tajuk prinsip asas pembilangan, asas logik, set, aruhan matematik, hubungan dan fungsi, hubungan jadi semula dan graf.

(This course discusses the concepts of discrete mathematics and how to use them in computer science environment. It covers the fundamentals topics such as the principle of counting, fundamentals of logic, set, mathematical induction, relations and functions, recurrence relations, and graphs.)

CSF3104 : Struktur Data dan Algoritma (Data Structure and Algorithm) Kredit : 3 (2+1)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada kaedah pengaturcaraan dalam penyelesaian masalah. Bahan kursus ini mencakupi pengenalan kepada struktur data seperti senarai terpaut, timbunan, giliran, pokok, graf, teknik isihan dan juga kaedah gelintaran. Teknik pengaturcaraan bermodul adalah dititik beratkan. Selain daripada itu, pengiraan kekompleksan masa algoritma sebagai teknik pengukuran algoritma yang efisyen turut akan diperkenalkan.

(This course introduces programming methods to solve problems. Topics for this course include the introduction to data structure such as linked list, stack, queue, tree, graph, sorting techniques and searching methods. Emphasis will be given on modular programming technique. This course also introduces algorithm time complexity as a measuring technique of an efficient algorithm. In addition, the time complexity algorithm as an efficient algorithm measurement technique will also

be introduced.)

CSF3105 : Pemikiran Sistem dan Logik (System Thinking & Logic) Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini membincangkan konsep-konsep dalam reka bentuk logik atur cara dan bagaimana menggunakannya dalam sains komputer secara praktis. Ia merangkumi tajuk-tajuk struktur aturcara, pilihan, ulangan, pengendalian fail, modularasi dan pengaturcaraan berasaskan objek.

(This course discusses the concepts of programming logic and design and how to use them in computer science environment. It covers the fundamentals topics such as decisions, looping, arrays, file handling, modularization and object oriented programming.)

CSF3108 : Pengaturcaraan (Programming) Kredit : 4 (3+1)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini merangkumi asas pengaturcaraan dan bahasa pengaturcaraan, teknik penyelesaian masalah, pengcartaaliran dan penghalusan langkah dalam Alkhawarizmi; teknik penulisan

pengaturcaraan dan arahan untuk menyelesaikan masalah formal. Latihan amali dalam makmal akan dilakukan bagi mengukuhkan pengetahuan pelajar.

(This course contains basic programming and programming language; Problem solving techniques; flow diagram and structured algorithm; Program coding techniques and instructions to solve formal problems. Hands-on programming exercises will be given to strengthen students programming knowledge.)

CSF3109 : Pengaturcaraan Berorientasikan Objek (Object - Oriented Programming) Kredit : 3 (2+1)

Prasyarat : CSF3108 (WA)

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada kaedah pengaturcaraan berorientasikan objek. Pelajar akan diajar konsep objek dan perbezaannya dengan kaedah berprosedur, dan bahasa Java asas.

(This course introduces object-oriented programming concepts. Students will be taught object concept and its differences with procedural technique and elementary Java language.)

CSF3204: Analisis dan Reka Bentuk Sistem (System Analysis And Design) Kredit: 3 (2+1)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini memperkenalkan konsep-konsep berorientasikan objek dalam pembangunan sistem. Pengurusan projek dan perancangan, analisa sistem, reka bentuk sistem, perlaksanaan dan pengoperasian sistem akan dibincangkan secara terperinci. Pelajar juga akan diajar analisis dan reka bentuk berorientasikan objek dengan menggunakan notasi UML dan perisian yang berkaitan.

(This course introduces object-oriented concepts in system development. Project management and planning, systems analysis, systems design, systems implementation and operation will be discussed in details. The student also will be taught on analysis dan design the object-oriented design by using UML notation and particular tools.)

CSF3205 : Pangkalan Data (Database) Kredit : 3 (2+1)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini merangkumi konsep pangkalan data (tujuan SPPD, hubungan, organisasi, skema dan sub skema); model data, penormalan (sehingga ke BCNF), skema kanonik dan kemerdekaan data; bahasa pemerihalan data; bentuk dan kemudahan pertanyaan; fungsi pertanyaan; reka bentuk dan strategi penterjemahan; dan integriti dan kebolehpercayaan data.

(This course introduces database concepts (goals of DBMS, relationships, physical and logical organization, schema and subschema); data models, normalisation (until BCNF), canonical schema and data independence; data description language; query facilities, query functions; design and translation strategies; and data integrity and reliability).

CSF3206 : Reka Bentuk Antara Muka Berasaskan Web (Web-Based Interface Design) Kredit : 3 (2+1)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini menawarkan pengetahuan dengan mengintegrasikan konsep asas dalam Interaksi antara Manusia dan Komputer dengan Reka Bentuk Web. Kursus ini juga akan mendedahkan pelajar kepada dua (2) teknologi utama pembangunan laman web iaitu Hypertext Markup Language (HTML)

dan Cascading Style Sheets (CSS) secara praktikal. Pada akhir kursus ini, pelajar akan membangunkan laman web dengan mengaplikasikan prinsip dan kaedah reka bentuk laman web yang berpusatkan pengguna.

(This course offers the knowledge of integrating a basic concept of Human Computer Interaction (HCI) with Web Design. This course also, practically, will expose students to the two (2) core technologies for building web sites which are Hypertext Markup Language (HTML) and Cascading Style Sheets (CSS). Before the end of this course, students will develop a simple web site by applying the principles and methods to the design of user-centred web sites.)

CSF3303: Sistem Pengoperasian (Operating System) Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini memperkenalkan konsep sistem pengoperasian serta membincangkan mekanisme yang perlu untuk perlindungan dan keselmatan system computer. Topik-topik utama dalam sistem pengoperasian merangkumi proses, bebenang, konsep-konsep multiprogram dan multiproses (penjadualan,sinkronisasi, kebuntuan dan lain-lain.), pengurusan ingatan, pengurusan storan dan pengurusan fail. Pelajar akan didedahkan dengan teknologi terkini dalam sistem pengoperasian melalui kajian kes.

(This course introduces operating system concepts as well as discusses the mechanisms necessary, for the protection and security of computer systems. Major topics in operating systems cover process, thread and multiprogramming concepts (scheduling, synchronization, deadlock etc.), memory management, storage management and file management. Students will also be exposed to the current technologies in operating system through a case study.)

CSF3304: Senibina dan Organisasi Komputer (Computer Architecture And Organization) Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini akan memperkenalkan struktur dan organisasi komputer digital yang melibatkan komponen-komponen utamanya iaitu Unit Pemprosesan Pusat (CPU), Ingatan Utama (MM) dan Unit Input/Output (I/O). Fungsi dan hubungan antara komponen-komponen ini dalam perlaksanaan arahan juga akan dibincangkan. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan kepada asas logik digital di samping struktur dan organisasi komputer multi-pemproses.

(This course introduces the structure and organization of digital computer which includes Central Processing Unit (CPU), Main Memory (MM) and Input/Output (I/O). Functions and relationship)

CSF3402 : Rangkaian (Networking) Kredit : 3 (2+1)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada seni bina, struktur, fungsi dan komponen Internet dan rangkaian komputer. Di akhir kursus pelajar akan dapat membina rangkaian LAN yang mudah, melakukan konfigurasi asas router dan switch, juga mengimplementasi skema pengalamatan IP.

(This course exposes students the architecture, structure, functions and components of the Internet and other computer networks. By the end of the course, students will be able to build simple LANs, perform basic configurations for routers and switches, and implement IP addressing schemes).

CSF3404: Keselamatan Siber (Cyber Security) Kredit : 3 (2+1)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada latar belakang keselamatan siber khususnya Internet. Penggunaan teknik kriptografi akan dibincangkan. Seterusnya pelajar akan diperkenalkan kepada beberapa bentuk ancaman terhadap internet. Kemudian, pelajar akan didedahkan kepada beberapa aplikasi pertahanan seperti firewall dan peralatan analisis rangkaian.

(This course introduces cyber security especially Internet. The usage of cryptography technique will be disccussed. This course also introduces to student about form of internet. Several defence applications such as firewall and network analysis tools will be introduced to the student.)

CSF3501: Asas Kejuruteraan Perisian (Software Engineering Basic) Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini merangkumi prinsip dan teknik kejuruteraan perisian termasuk model proses perisian, kejuruteraan permintaan, reka bentuk dan pengujian perisian. Ia juga memperkenalkan konsep metrik produk dalam perisian.

(This course introduces software engineering principles and techniques including software process model, requirement engineering, design and testing. It also introduces product metrics in software.)

CSF3701: Sistem Pintar (Intelligence System) Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini memperkenalkan konsep-konsep asas kecerdasan komputer dan aplikasinya. Ia merangkumi topik-topik asas dalam kecerdasan komputer seperti sistem berasaskan aturan, logic kabur, rangkaian neural buatan, komputeran evolusi, sistem hibrid, perlombongan data dan agen pintar.

(This course introduces the fundamental concept of intelligent system and its applications. It covers the fundamental topic in intelligent system such as expert system, fuzzy logic, artificial neural network, computer evolution, hybrid system, data mining and intelligent agent).

CSM3401: Komputeran IoT (IoT Computing) Kredit : 3 (2+1)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini memperkenalkan konsep dan komponen utama IoT. Pelajar didedahkan kepada konsep IoT melalui teknologi dan protokol rangkaian serta persekitaran tanpa wayar. Pelajar juga akan didedahkan kepada analitik data dalam persekitaran IoT. Bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran, pelajar juga akan didedahkan kepada pembangunkan aplikasi IoT tertentu di dalam makmal.

(This course introduces concepts and main components of IoT. Student will be exposed to the concept of IoT thru the network technology and protocol as well as the wireless environment. Students also will be exposed to the data analytics in a IoT environment. To increase the student learning experiences, exposure to the selected IoT applicatopn development will be carry-out in the lab.)

CSE3501: Kejuruteraan Keperluan Perisan (Software Requirement Engineering) Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini memperkenalkan pelajar konsep asas analisis keperluan perisian dan pendekatan yang boleh digunakan untuk menganalisis keperluan suatu perisian. Pelajar juga akan diberi satu kajian kes untuk diselesaikan dan menghasilkan laporan mengenai kajian tersebut.

(This course introduces basic concepts of requirement analysis and approaches that can be used in analyzing software requirement. Students will be given a case study to be solved and produce a report about the case study.)

CSE3502: Pembangunan Aplikasi Berasaskan Web (Web-Based Application Development)

Kredit : 3 (2+1) Prasyarat : Tiada

Kursus ini menawarkan pengetahuan berkaitan dengan pembangunan aplikasi web secara dinamik. Melalui kursus ini, pelajar akan menumpukan kebanyakan masa untuk mempelajari bagaimana untuk membina aplikasi web dengan menggunakan skrip pelayan. Pelajar akan mempelajari Teknologi J2EE seperti Java Server Page (JSP), JavaBeans, Servlets dan JDBC. Mereka juga akan mempelajari konsep corak reka bentuk MVC dengan menggunakan Java Servlet dan akan berhubung dengan pangkalan data untuk proses transaksi data. Sebelum berakhirnya kursus, pelajar akan membangunkan aplikasi web yang menghubungkan ke pangkalan data, dan melakukan kemasukan, kemas kini, capaian dan penghapusan rekod.

(The course offers the knowledge related to dynamic web development. Throughout this course, students will spend most of the time to learn how to develop web application using server-side scripting. Students will learn J2EE technologies such as Java Server Page (JSP), JavaBeans, Servlets and JDBC. They will also learn MVC design pattern using Java Servlet and will communicate with database for transactions of data. Before the end of this course, students will develop a simple web based application connecting to a database, and perform basic inserting, updating, retrieving and deleting record (CRUD).)

CSE3508: Pengurusan Projek Perisian (Software Project Management) Kredit : 3 (2+1)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini memperkenalkan konsep, fungsi dan teknik yang diguna pakai dalam pengurusan projek perisian dan bagaimana mengurus projek pembangunan perisian. Penekanan diberi terhadap penghasilan produk yang berkualiti tepat pada masa, memenuhi skop, dan dalam lingkungan belanjawan. Ia meliputi penjadualan dan perancangan projek, penganggaran kos, pengurusan risiko, pengurusan manusia, penghasilan dokumen, pengurusan kualiti dan penyelenggaraan perisian.

(This course introduces the concept, functions and responsibilities of a software management project and how to manage a software development project. The emphasis is on the production of quality product in time, meet the scope and within budget. It covers project scheduling and planning, cost estimation, risk management, human management, document production, quality management and software maintenance.)

CSE3510: Kesenibinaan Perisian (Software Architecture) Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada aspek seni bina perisian. Ini merangkumi seni bina middleware seperti CORBA, seni bina berorientasikan aspek, seni bina model-driven, service-oriented architecture (SOA), komponen dan pola. Pelajar turut didedahkan kepada asas bagi proses seni bina, reka bentuk dan analisis seni bina.

(This course introduces students to aspects of software architectures. These include middleware architecture such as COM and CORBA, aspect-oriented architecture, model driven architecture, Service-Oriented Architecture (SOA), components and design patterns. Students are also exposed to the basics behind the software architecture process, design and analysis.)

CSE3511: Pengujian Perisian (Software Testing) Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini memperkenalkan pelajar konsep, prinsip dan teknik berkaitan dengan pengujian perisian. Pelajar akan mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kekuatan dan batasan pelbagai kaedah pengujian fungsian dan struktur. Antara tajuk yang terlibat adalah ujian kotak hitam dan kotak putih serta strategi reka bentuk kes ujian, teknik pengujian integrasi berperingkat, pemeriksaan dan semakan. Pelajar berpeluang untuk mempraktikkan teknik yang dipelajari melalui projek dan kajian kes.

(This course introduces basic concepts, principles and techniques related to software testing. Students will become acquainted with both the strengths and limitations of various functional and structural testing methods. Topics include: black-box and white-box test case design strategies, incremental integration testing techniques, inspections and reviews. Students will have the opportunity to practice the techniques presented in class via project exercises and case studies.)

CSE3512: Penjaminan Kualiti Perisian (Software Quality Assurance) Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini memperkenalkan fungsi, tatacara dan kaedah dijalankan dalam mengawal dan menjamin kualiti perisian. Ini termasuklah elemen dan peranan jaminan kualiti, pemeriksaan kualiti dan pengujian perisian serta memperkenalkan beberapa alatan kualiti perisian.

(This course introduces function, procedure, and method that are exercised in controlling and assuring software quality. These include elements and the role of quality assurance, quality inspection, software testing and also introduces some basic tools in software quality.)

CSE3513: Penyelenggaraan dan Evolusi Perisian (Software Maintenance And Evolution) Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini mendedahkan aspek asas penyelenggaraan perisian yang merangkumi konsep dan teknik, pengubahsuaian perisian dan analisis impak, pengujian dalam penyelenggaraan perisian, model proses bagi evolusi perisian, guna semula perisian dan isu-isu semasa dalam penyelenggaraan perisian.

(This course covers fundamental aspects of software maintenance and evolution, including concepts and techniques, software changes and impact analysis, testing for software maintenance, process models for system evolution, software reuse and current issues in software maintenance.)

CSE4801: Etika dan Amalan Profesional (Ethics And Professional Practises) Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini menganalisa isu etika dan masyarakat yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Pengenalan kepada latar belakang yang berkaitan dengan teori, etika, sosial, dan perundangan diberi penekanan. Fokus turut diberikan kepada masalah khusus seperti privasi, kebolehpercayaan, sekuriti, tanggungjawab dalam penggunaan TMK serta pandangan pro dan kontra mengenai kebaikan dan keburukan TMK. Pelajar TMK perlu diberi pendedahan ini supaya mereka menjadi pengamal dan pengusaha TMK yang berhemah dan memusatkan pembangunan teknologi kepada kesejahteraan manusia supaya akhirnya teknologi mendatangkan manfaat kepada peningkatan tamadun manusia. Beberapa pelanggaran etika penggunaan TMK turut dijelaskan. Akta dan undang-undang siber khususnya yang berkaitan dengan Malaysia didedahkan supaya pelajar menyedari bahawa penggunaan TMK tanpa etika boleh menimbulkan masalah ditafsir sebagai menyalahi undang-undang. Kod etika profesional dan tanggungjawab dalam menggunakan Internet turut dijelaskan disertai dengan beberapa langkah penyelesaian masalah.

(This course analyses ethical and societal issues in relation to the usage and development of information technology and communication (ICT). Brief introduction on the issues of theory, ethics, social and laws pertaining to ICT is given. Emphasis is also given on the specific problems such as privacy, reliability, security, responsibility in using ICT and also both the advantages and disadvantages of ICT. Students ought to be exposed to these issues prior to be qualified and ethical ICT practitioners and entrepreneurs. The development of ICT must be human-centered, beneficial to society and finally able to better the civilization of mankind. Concerns are also given to various ethical violations in using ICT. Cyber laws and acts in Malaysia are made known to educate students that the unethical used of ICT will invite problems. Professional code of ethics and responsibility in using the Internet and several solutions to the problems are discussed.)

CSF4992: Latihan Industri (Industrial Training) Kredit : 12 (0+12)

Prasyarat : Tiada

Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan, berkanun atau swasta untuk tempoh 24 minggu pada semester terakhir pengajian. Pelajar akan melaksanakan projek yang berkaitan dengan bidang sains komputer dengan diawasi oleh penyelia yang akan dilantik dari industri dan universiti.

(Students will be placed in government departments or private sectors for 24 weeks in the last semester of the study. Students will conduct computer science related projects and will be supervised by appointed supervisors from the industry and university).

CSF4998 : Projek Ilmiah Tahun Akhir I Kredit : 4 (0+4)

Prasyarat : Tiada

Pelajar akan menjalankan satu projek pembangunan perisian atau yang setara di bawah penyeliaan seorang pensyarah. Pelajar akan menjalankan kajian awal berkenaan tajuk yang dipilih,

menganalisis dan mereka bentuk sistem. Beberapa dokumentasi pembangunan perisian perlu disediakan oleh pelajar.

(The student will carry out a software development project or equivalent under supervision of a lecturer. The student will perform initial study on the selected topic, analyse and design the system. Several documentations of software deveopment will be prepared by the students.)

CSF4999 : Projek Ilmiah Tahun Akhir II

Kredit : 4 (0+4)

Prasyarat : CSF4998 (WL)

Kursus ini adalah lanjutan kepada kursus CSA4998. Pelajar akan menjalankan satu projek pengaturcaraan atau yang setara di bawah penyeliaan seorang pensyarah. Pelajar akan memfokuskan kepada fasa implementasi pembangunan projek. Di akhir kursus ini, pelajar akan menyediakan disertasi lengkap dan membuat pembentangan untuk dinilai.

(This Course is an extension of CSA4999. The student will carry out a programming project or equivalent under supervision of a lecturer. The student will focus on the implementation phase of project development. At the end of this course, the student will prepare a complete dissertation and present the dissertation for evaluation.)

CSA3501: Teknologi dan Aplikasi Informatik Maritim

Kredit : 3 (3+0) Prasyarat : Tiada

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada konsep-konsep asas penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam sektor maritim khususnya di dalam bidang sains marin, pengurusan perlabuhan, perkapalan, logistik dan keselamatan.

(This course introduces students to basic concepts of Informatian and Commnication Technology (ICT) in maritime sector such as marine science, port and shipping management, logistics and security.)

CSA3801: Pemodelan dan Simulasi (Modelling and Simulation)

Kredit : 3 (2+1) Prasyarat : Tiada

Kursus ini memperkenalkan konsep pemodelan dan simulasi sistem dinamik. Ia merangkumi asas-asas simulasi, sistem dinamik, kaedah-kaedah pengumpulan dan analisa data, pembangunan model, pengesahan dan pengesahsahihan model, analisa output dan seterusnya perbandingan antara prestasi sistem yang berbeza dan pengoptimaannya.

(This course introduces the concept of modeling and simulation of dynamic systems. It includes the fundamentals of simulation, system dynamics, data collection and analysis methods, model building, model validation and verification, output analysis and subsequently comparing the performances of different system and its optimization.)

MTK3007: Pengenalan kepada Statistik (Introduction to Statistics) Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : Tiada

Kursus ini membincangkan konsep asas bagi statistik termasuk kebarangkalian, pemboleh ubah rawak, taburan kebarangkalian pemboleh ubah rawak, teori taburan pesampelan, penganggaran dan ujian hipotesis.

(This course discusses fundamental concepts of statistics, including probability, random variables, probability distribution random variables, sampling theory, estimation and hypothesis testing).

MMM3401: Prinsip Pengurusan Maritim (Principle of Maritime Management)

Kredit : 3 (3+0) Prasyarat : Tiada

Definition on the maritime industrial sectors. Understanding the basic theories, principle, techniques and tools of management with emphasize on management function which relate to main functional areas of business and non business organization related to maritime industry. Emphasis will also be given on the well planned management approaches.

MMM4204: Pengurusan Pelabuhan dan Perkapalan (Port and Shipping Management) Kredit : 4 (4+0)

Prasyarat : Tiada

Management and administration concept. Comparison of management and administration. Public and private enterprises. Introduction to port. Container cargo port, bulk cargo port, LNG and petroleum port, fishery harbor, naval base port. Multimodal port. Preamble to management of port and shipping. Port administration and management, and shipping companies management. Port facilities and traffic flow. Queuing theory. Technical aspect, operational, commercial and financial.