• Tidak ada hasil yang ditemukan

Akibat Hukum Yang Timbul Terhadap Agama Anak Ditinjau Dari Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) Tahun 2003

HUKUM YANG TIMBUL TERHADAP ANAK APABILA SALAH SATU ORANG TUANYA BERPINDAH AGAMA

A. Akibat Hukum Yang Timbul Terhadap Agama Anak Ditinjau Dari Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) Tahun 2003

Berdasarkan perspektif fikih, pemelukan agama Islam seseorang itu adalah mudah

dan ringkas. Pemelukan agama Islam hanya akan berlaku apabila seseorang itu dengan hati

yang rela melafazkan kalimah syahadah serta memenuhi syarat-syarat yang telah

ditetapkan oleh fikih. Antara syarat sah pemeluk Islam oleh seseorang itu ialah baligh dan

berakal. Di dalam Hadis Rasulullah S.a.w yang berbunyi:

‚Diangkat pena dari tiga golongan, anak-anak sehingga ia baligh, orang yang tidur lena

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)31

Hadis ini bermaksud tidak diambil kira kesalahan tiga golongan ini, iaitu anak-anak

sehingga ia baligh, orang gila sehingga sembuh dan orang tidur sehingga ia jaga.32 Hadis ini

juga dimaksud , diambil kata-kata itu berdasarkan tiga perkara, iaitu daripada anak-anak

sehingga ia baligh. Maka pemelukan Islam oleh seseorang yang belum baligh atau

seseorang yang gila adalah tidak sah.Ini karena syarat sahnya keislaman seseorang yang

memeluk Islam ialah dia hendaklah seorang yang telah baligh selain berakal dan waras.

Walaubagaimanapun, kebanyakan para ulama tidak mensyaratkan umur baligh

sebagai syarat sah Islam anak-anak. Adalah cukup pengakuan anak-anak yang berakal dan

tahu Islam sebagai dinyatakan ia tahu bahwa Allah itu tidak ada sekutu bagiNya dan Nabi

Muhammad itu RasulNya.33

Sebagian ulama berpendapat, pengakuan tersebut sah setelah mereka berumur tujuh

tahun. Ini karena, Nabi Muhammad S.a.w baru menyuruh mereka melakukan shalat

apabila mencapai batas umur tersebut. Ini menunjukkan batas umur ibadah mereka

31 Sulayman ibn al Ashath Abu Dawud, ‚Kitab: al Hudud‛ (Dar Ihya’ al-Sunnah al Nabawiyyah, 2001), Hal 119.

32Ibn Qudamah, al-Mughni, (al-Riyadh: Maktabah al-Riyadh al-Hadithah, 1980), Hal. 124

33Ibn Qayyim, Tuhfat al-Wadud fi Ahkam al-Maulud, (Al-Qahirah: al-Maktab al-Thaqafi,1986), Hal. 229-331.

diterima. Demikian juga pengislaman mereka.34 Sayyidina ‘Ali r.a memeluk Islam ketika ia

masih anak-anak lagi. Beliau hanya baru berada dalam lingkungan tiga belas tahun.35

Walaubagaimanapun, bagi seseorang yang belum baligh atau tidak cukup syarat

seperti orang gila dan sebagainya, apabila salah seorang atau kedua ibu ayah atau

penjaganya memeluk Islam, secara tidak langsung dia dianggap memeluk Islam

bersama-sama ibu ayahnya. Maka, dalam hal ini secara tidak langsung seseorang yang dibawah

asuhan pemeluk Islam itu turut menjadi pengganut Islam.

Demikian juga dalam bab al-laqit (menjumpai anak-anak hilang), mengikut

hukum Islam anak-anak itu beragama Islam jika ia dijumpai di negara Islam. Demikian juga

jika dijumpai di negara kafir yang mempunyai orang-orang Islam seperti peniaga dan

sebagainya. Jika dijumpai di negara kafir yang tidak mempunyai orang Islam, barulah

dihukum kafir.36

Lembaga Persekutuan menetapkan semua perkara yang berkaitan dengan hal

agama Islam diletakkan di bawah kewenangan-kewenangan kerajaan negeri. Badan-badan

Perundangan Negeri (bagi negeri-negeri) dan Parlemen (bagi Wilayah Persekutuan) diberi

kuasa oleh Lembaga Persekutuan menggubah apa-apa peraturan yang berkaitan dengan

34Ibn Qayyim, Tuhfat al-Wadud fi Ahkam al-Maulud (Al-Qahirah: al-Maktab al-Thaqafi,1986), Hal. 230.

35Jalal Muzhar, Muhammad Rasulullah: Siratuha wa Atharuhu fi al-hadarah (Al-Misr: Maktabah al-Khaniji), Hal. 51.

hal agama Islam. Secara umumnya Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri,

serta Kaedah-kaedah Pemeluk Agama Islam Negeri menetapkan undang-undang dan

kehendak-kehendak yang perlu dipenuhi bagi seseorang yang ingin memeluk Islam.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri menetapkan, seseorang yang

tidak beragama Islam, boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan;

a) Sudah mencapai umur delapan belas tahun; atau

b) Jika dia belum mencapai umur delapan belas tahun, ibu dan ayah atau

penjaganya mengizinkan memeluk Islam olehnya.

Selain itu, terdapat kehendak-kehendak yang perlu dipatuhi bagi mengesahkan

masuknya seseorang kepada agama Islam. Kewajiban-kewajiban tersebut ialah seperti

berikut:37

a) Wajib mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam bahasa Arab secara jelas;

b) Pada waktu mengucap dua kalimah Syahadah itu, wajib sadar bahwa kalimah itu

bermakna ‚Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi

bahwa Nabi Muhammad S.a.w ialah utusan Allah‛; dan

c) Pengucapan itu mesti dilakukan dengan kerelaan hati.

37Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan Kaedah-Kaedah (Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd, 2015, Hal. 40

Setelah selesai mengucap kalimah Syahadah dan kewajiban-kewajiban tersebut

dipenuhi, seseorang itu telah menjadi seorang Islam dan dia disebut sebagai muallaf,38 dan

seterusnya dari saat pemelukan Islam itu ia telah diwajibkan kepada tugas-tugas serta

kewajiban-kewajiban yang sama seperti orang Islam yang lain.

Menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri pasal 107 yang

menyatakan:

‚Umur yang dibolehkan bagi anak-anak kecil untuk memeluk Islam ialah apabila dia sudah

mencapai umur delapan belas tahun. Tetapi jika dia belum mencapai umur delapan belas

tahun, ibu dan ayah atau penjaganya mengizinkan dan menemaninya saat memeluk

agama Islam‛.

Di dalam perkara yang menjadi kajian saya ini, ayah anak-anak tersebut telah

membawa mereka kepada orang yang berwenang untuk masuk ke agama Islam tanpa

persetujuan dari anak-anak itu sendiri. Terakhir, mahkamah telah memutuskan bahwa

mengenai pengislaman anak-anak itu terletak pada pilihan mereka sendiri. Hal ini karena,

ketika waktu itu mereka telah mencapai batas umur 12 tahun bagi laki-laki dan 8 tahun

bagi perempuan. Secara dasarnya anak-anak yang umur begitu sudah dapat berfikir untuk

membedakan yang mana baik dan yang mana buruk.

38Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan Kaedah-Kaedah (Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd, 2015, Hal. 41

B. Akibat Hukum Yang Timbul Tentang Orang Yang Berhak Menjaga Anak